dan Nabi Muhammad adalah rasul Allah

Pengunjung misisuci sedang online

Friday, February 02, 2007

12. Mastika hadis - Beriman kepada adanya malaikat

 

Bab 4 : Beriman kepada adanya malaikat.

Perkara ini termasuk dalam sebahagian lagi kepercayaan kepada perkara yang ghaib. Hanya insan yang bergelar rasul sahaja yang layak melihat para malaikat, samada melihatnya dalam bentuk seorang lelaki atau melihatnya dalam rupanya yang asli. Firman Allah dalam Surah an-Najm:13–15 ketika berlakunya peristiwa Mikraj, yang bermaksud, "Sesungguhnya Muhammad saw telah melihat wajah Jibril dalam bentuknya yang asal di Sidratil Muntaha…" …Maknanya Nabi saw memang lihat sungguh malaikat samada dalam bentuk seorang lelaki yang jumpa dia di Gua Hira` dan begitu juga yang mendatanginya di Masjidil Nabawi, ataupun dengan wajah yang asli. Rasulullah memang nampak real punya. Tapi kita sebagai manusia biasa ni, sori, memang tak layak untuk lihat malaikat. Kita hanya setakat beriman kepada perkara yang ghaib sahaja.

Para malaikat adalah makhluk ciptaan Allah swt yang mempunyai tugas-tugas tertentu. Kita akan lihat nanti dalam hadith 19, permulaan kepada tugas para malaikat. Sebenarnya cukup banyak tugas para malaikat ni. Sebagai contohnya, adakalanya diturunkan untuk membantu tentera-tentera Islam, especially peperangan yang Nabi saw sertai. Malaikat turun dalam jumlah yang berbeza-beza. Ini Allah sebut dalam Quran. Adakala Allah sebut 3000 dan adakalanya Allah sebut 5000. Walaupun Nabi saw tidak mengiranya tetapi al-Quran lah yang memberitahu jumlah malaikat yang turun membantu Rasulullah terutamanya pertempuran di medan Badar.   

Selain membantu para mujahidin dalam peperangan, ada juga malaikat yang tugasnya meminta ampun kepada Allah, supaya diampunNya penduduk-penduduk bumi. Menurut al-Quran, golongan yang diampun oleh Allah melalui kempen para malaikat itu adalah mereka yang suka bertaubat dan mereka yang suka mengikut jalan Allah swt.

Okay yang kata malaikat ni, bukan saja orang Islam percaya, malah orang kafir pun percaya. Bukannya yahudi dan nasara yang ana maksudkan. Tapi ianya adalah golongan kafir yang menentang Rasulullah di Mekah tu. Dalilnya tuan-tuan boleh rujuk Suratul Furqan:7. Inilah ayat yang Allah cerita cara Abu Jahal menolak dakwah Islam. Berbagai-bagai cara Abu Jahal guna. Dia kan pemimpin Mekah ketika itu, so takdak masalah untuk dia perkudakan mass media. Segala saluran digunakannya supaya orang jauh daripada Islam. Antara isi kandung ceramahnya dalam kempen nak menolak dakwah Nabi saw, dia kata, "Kalau betul Muhammad ini rasul, mengapa tidak turun kepadanya malaikat?"…Maknanya apa tuan-tuan?..Maknanya walaupun Abu Jahal tu lawan Rasulullah, tapi dia pun percaya juga wujudnya malaikat.

Hadith 19

Dari Anas ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu malaikat berhubung dengan peringkat-peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan-keadaan yang akan dilalui dan didapatinya; apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, malaikat bertanya: "Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? – Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? – Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak?" Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seorang itu, malaikat bertanya lagi: "Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah ia atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya?" (Setelah malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis sebagaimana yang telah diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya." (Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad)       

 

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Dalam hadith ini, Nabi saw menceritakan ada malaikat yang ditugaskan untuk mengawal rahim ibu. Kalau ikut logik akal, mana mungkin malaikat yang beratus-ratus sayap dengan fizikalnya yang besar boleh duduk dalam rahim ibu?…So inilah yang dikatakan percaya kepada benda ghaib.

Okay dalam hadith ini, disebalik Nabi saw cerita tugas malaikat, ada agenda lain yang Allah suruh rasul bagitau kat kita. Iaitu Dia nak ungkit kejadian manusia. Kalau tuan-tuan kaji al-Quran, tuan-tuan akan dapati macamana Allah ungkit golongan yang kuffur kepadaNya, dengan Dia suruh golongan itu fikir penciptaan diri. Kalau seseorang itu ada maruah diri, pasti dia akan tunduk kepada Allah setelah menyedari akan kejadian manusia ini hanya dari setitis mani yang hina. Sebab itu, Imam Ghazali pernah menyebut bahwa di antara jalan terpantas untuk kamu mengenang Kebesaran Allah ialah kamu melihat diri mu sendiri.

Bila sebut "Kebesaran Allah", cuba tuan-tuan baca tiga ayat terakhir Suratul Hasyr. Daripada tiga ayat ini kita boleh lihat betapa hebatnya yang kata "Allah" tu tuan-tuan. Especially ayat terakhir tu, yang mention tentang tiga serangkai Kehebatan Allah swt; iaitu Dia Menciptakan, Dia Mengadakan dari yang tiada kepada ada dan Dia Membentuk rupa dengan indah. Sebab itu dalam satu hadith Nabi saw, Allah melaknat siapa yang mengukir patung-patung sebab meniru sifat Allah. Jadi bila sebut "Allah melaknat", maknanya kes berat la tu tuan-tuan. So please be alert dengan kes anak patung apa semua ni. Menurut fatwa Dr Yusuf al-Qardawi dalam bukunya "Al-halal wal-haram fil-Islam", yang boleh main dengan patung hanyalah budak-budak kecik sahaja. Bapa budak jangan dok gatai nak join sama main patung. Ianya hanya untuk kanak-kanak sahaja. Ini berdasarkan hadith Rasulullah saw ketika baginda pergi melamar Saidatina Aisyah radiallahuanha yang ketika itu baru berusia 9 tahun. Semasa Nabi sampai ke rumah Abi Bakrin, Nabi melihat Aisyah sedang menyikat rambut patung kuda bersayap miliknya. Nabi tak marah dan Nabi tak suruh Aisyah lempar patung itu. Jadi berdasarkan sirah ini, ulama ambik hukum bahwa harus bagi budak-budak kecik main patung. Dan menurut Dr Yusuf Qardawi, bahwa menjadi harus juga kepada si bapa untuk membeli patung kepada si anak. Kerana dengan sukanya hati si anak, boleh pahala kat si bapa tadi. Cumanya, benda-benda patung ini jangan dihormati. Jangan dok gantung buat perhiasan pulak. Biar disepak-sepakkan dia, biar bubuh bawah kerusi saja.

Okay kembali kita kepada hadith di atas. Kalau kita perati hadith ini, kita akan dapati Allah mencipta manusia dalam peringkat-peringkat kejadian. Dia tak buat sekaligus. Apa tak boleh kah Allah buat, ketika keluar saja sperma bertemu dengan ovam wanita, terus saja jadi lembaga manusia yang complete, eg bergigi, bertutur dan sebagainya?…Boleh, awat tak boleh pula. Tapi pasai apa Allah buat manusia ini dalam bentuk step by step, yang disebut Nabi, start daripada berenangnya sperma mencari telur wanita (ovam)?…Kalau tuan-tuan buka tafsir Fi-zilal, tuan-tuan boleh lihat sempoinya tafsir Sayid Qutb tentang sperma. Dia tafsir dalam bentuk sasteranya. Sayid Qutb ni dia ada sikit jiwa sastera. So sebab tu kalau sapa takdak jiwa sastera, susah sikit la nak faham tafsir Fi-zilal ni sebab bahasa dia agak tinggi. Apa yang ana faham kata Sayid Qutb, katanya, "Bayangkan sperma ini yang berenang-renang dalam rahim wanita. Bersusah payah merempuh alam rahim. Ada yang terus menerus mara, ada yang kecundang kembali menjadi darah haid. Yang mara, rintangan menanti seterusnya. Begitulah simbolik, susahnya kehidupan si sperma itu apabila dia menjadi manusia kelak."…Maknanya start daripada alam rahim lagi dia dah susah. Bukan senang nak mencari ovam wanita, sehingga terpaksa berenang dengan sedaya yang dia mungkin. Ini dia yang kata nu`fah (sperma) tu. Kalau kita check sperma ni bawah microskop, kita akan nampak dia ada kepala dan ada ekoq. Ianya mewarisi sifat ayah, dan ovam mewarisi sifat ibu. Jadi kalau kita nampak anak kita tu more kepada kita, maknanya genetik kita lebih. Sebab tu kalau ada anak kita jenih bebai hempas pintu bila tak dapat duit, jangan dok salahkan dia. Salahkan hangpa sebab dia ikut perangai hangpa la tu. Check tengok, kecik-kecik hangpa ada perangai macam tu tak?…Hempas-hempas pintu ni selalunya perangai orang pompuan. Hat anak lelaki lain pula. Depa buas lagu sat pi mandi sungai, sat pi mandi lombong. Terjun telanjang bulat camtu saja. Check tengok, pak dia kecik-kecik dulu suka mandi bogel tak?…Sah, confirm, pak dia pun dulu-dulu camtu la jugak. Ini dia genetik tu tuan-tuan. Dari kajian sains pula, perempuan hanya mempunyai kromosom X, manakala lelaki ada kromosom XY. So kalau sperma banyak mempunyai kromosom X, bertemu dengan kromosom wanita X, maka jadilah dia XX (anak perempuan). Begitulah juga kalau sperma banyak mempunyai kromosom Y dan bertemu dengan kromosom X wanita, maka jadilah dia XY (anak lelaki). Ini dia teori sains.

Okay kembali kita kepada persoalan, kenapa Allah jadikan manusia ini step by step?…Jawapannya ialah takdak tujuan lain selain nak mengajar kita supaya merasai betapa hinanya kejadian manusia ini. Start daripada air, jadi `alaqah. Dari `alaqah, jadi mudrah. Dari mudrah, jadi tulang belulang, kemudian jadi pula daging. Nampak tak tuan-tuan; kita bukannya jadi automatik seketoi camtu?…Dakkkk!…Kita manusia ini dijadikan dalam bentuk satu persatu, untuk menunjukkan betapa lemahnya yang dikatakan "manusia" tu.

Hina tak hina manusia ni, cuba tuan-tuan perati bila wanita start pregnant. Mengandung saja wanita, automatically darah haid pun takdak. Cuba tanya doktor, "Mana pi darah haid tu?"…Doktor akan bagitau bahwa darah itu ditukar menjadi makanan kepada si janin. Tu dia tuan-tuan, Allah buat kita sehina itu. So nak samseng apa kalau kita tau dulu kita hanya makan darah kotor dalam perut ibu?…Takkan ini pun tak boleh menyedarkan kita lagi?…Itu pun nak samseng lagi, nak lawan Allah, nak lawan Islam. Itu pun nak samseng lagi, kata macam-macam kat ulama`. Nak sekat sana, nak sekat sini. Padahal kamu yang samseng dulu tu pun, hanya makan darah kotor dalam perut ibu kamu yang ditransfer jadi makanan. Yang jadi samseng ni agak-agak tuan-tuan pasai apa?…Sebab dia tak pernah renung kejadian diri sendiri. Inilah sebabnya. Sebab itu golongan samseng ni, mereka akan bertindak di luar batasan kemanusiaan.

Cuba tuan-tuan tengok Surah `Abasa:17 – 21. Kata Allah, "Celakanya manusia ini! Kenapa dia lawan Aku?!…Dia tak tengok ka daripada apa Aku jadikan dia?…Aku jadikan dia daripada airmani. Kemudian Aku tentukan qadar untuk dia, ie rupabentuk dia, warna kulit dia, rezki dia, ajal dia dan segala-galanya. Lepas tu Aku send rasul ke dunia ini supaya ditunjukkan kepadanya yang mana jalan elok dan yang mana jalan tak elok. Kemudian dia akan dimatikan dan dikuburkan." …Nampak tak tuan-tuan; sampai tara tu Allah perjelaskan. So macam mana manusia yang kerdil ni nak lawan Allah?…Ketentuan celaka atau bahagianya ending seseorang pun Allah dah tetapkan. Tapi jangan pula kita faham qadar ketentuan Allah itu dengan fahaman jabariah atau qadariah. Contoh fahaman jabariah macam ni. Katalah ada satu couple kena tangkap berkhalwat. Lalu bila pegawai pencegah maksiat tanya kat couple tu, "Awat hangpa khalwat?"…Si lelaki tu jawab, "Nak buat macamana sheikh; Allah dah takdir kami berkhalwat."…Nampak tak tuan-tuan; puak-puak ni pun mengaji juga. Ya memang Allah dah tentukan nasib kita sejak dari dalam perut ibu kita lagi. Itu memang betul sabit daripada hadith yang kita bahas ni. Cumanya, para ulama menyatakan bahwa Allah akan beri tanda atau signal supaya manusia yang dalam kecelakaan itu boleh buat perubahan, atau manusia yang dalam kebahagiaan itu boleh maintain kehidupan yang baiknya itu. Dalam fahaman ahlul sunnah wal jamaah, kita tak boleh bergantung bulat serah kepada takdir. Kita perlu ada usaha dan ikhtiar sebab iradah Allah swt bergantung kepada ikhtiar manusia. Sebagai contoh; masuknya Abu Jahal ke neraka sebab dia sendiri yang memilih jalan itu. Lalu Allah dengan sifat iradah, meluluskannya. Begitu juga dengan para mujahidin. Mereka pilih mati di jalan Allah. So Allah dengan iradahNya, meluluskannya juga. Itu dia tuan-tuan.

Kesimpulan.

Apabila kita hidup sebenarnya kita sedang menjalankan qada Allah yang telah tertulis sejak azali lagi. Ini tidak boleh diubah oleh sesiapa pun, samada ending kita bahagia (Alhamdulillah) atau ending kita celaka (nauzubillah), sebab semuanya ini Allah telah tentukan. Namun begitu, Allah tidak membiarkan hambaNya begitu saja. Dia letak panduan untuk hambaNya sendiri pilih samada jalan bahagia atau jalan celaka itu. Dan dengan pilihan itulah, Allah akan menentukan dengan sifat iradah yang ada pada zatNya. Sebab yang kata iradah ini, ianya bergantung kepada ikhtiar manusia itu sendiri. Sebab itu jangan kita hairan dengan wujudnya santau, sihir, ilmu hitam apa semua ni. Memang benda-benda ni semua kita tak suka dan Allah pun tak suka, tapi ianya tetap berlaku. Sebab apa?…Sebab iradah (kelulusan daripada Allah) bergantung kepada ikhtiar manusia. Ini dia tauhid tuan-tuan. Jangan jadi macam jabariah yang bergantung bulat-bulat kepada takdir. Pegangan ini ditolak oleh ahlul sunnah wal jamaah.      

 

 

 

Hadith 21

Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Apabila Allah hendak membahagiakan seseorang hambaNya, Allah Ta`ala menyeru Jibril dengan firmanNya: 'Sesungguhnya Allah kasihkan si anu maka hendaklah engkau mengasihinya.'; Jibril pun mengasihinya; kemudian Jibril mengisytiharkan kepada sekelian penduduk langit, katanya: 'Sesungguhnya Allah kasihkan si anu maka hendaklah kamu sekelian mengasihinya.'; dengan itu penduduk langit pun mengasihinya; setelah itu orang yang tersebut dikasihi dan diberi sambutan di bumi. Dan apabila Allah Ta`ala bencikan seseorang hambaNya, Allah memanggil Jibril serta berfirman: 'Sesungguhnya Aku bencikan si anu maka hendaklah engkau bencikan dia.'; Jibril pun membencinya; kemudian Jibril mengisytiharkan kepada sekelian penduduk langit, katanya: 'Sesungguhnya Allah bencikan si anu maka hendaklah kamu sekelian membencinya.'; dengan itu penduduk langit pun membencinya; setelah itu orang yang tersebut dibenci dan dipulaukan di bumi." (Bukhari dan Muslim)       

 

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Hadith yang ke21 pada kali ini akan menerangkan sebahagian lagi tugas para malaikat, iaitu mengisytiharkan samada seseorang itu dikasihi atau dibenci oleh Allah swt. Calon yang ingin berada di bawah "kasih sayang Allah", sudah tentu perlu ada sifat yang mesti ditunaikan untuk melayakkan dia menjadi manusia yang di advertisekan oleh para malaikat sebagai manusia yang dikasihi oleh Allah swt. Sifat tersebut boleh tuan-tuan rujuk pada ayat 30 Surah as-Sajdah. Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya mereka-mereka yang berkata: Tuhan kami ialah Allah (termasuk taat kepada hukum-hukum Allah dan taat kepada hak/larangan Allah), kemudian mereka ini istiqomah, nescaya turunlah kepada mereka malaikat sambil berkata: Janganlah kamu takut, dan janganlah berdukacita dan bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan kepada kamu." …Maksud istiqomah dalam ayat ini dibahas oleh Saidina Abi Bakrin radiallahuanhum, katanya maksud istiqomah ialah jangan sekali-kali melibatkan diri dalam kerja-kerja syirik. Okay tuan-tuan bila kita ada dua syarat ini iaitu yang pertama mengakui Allah sebagai Rabb dan mengakui Allah sebagai Illah, kemudian yang keduanya kita berada pada dasar kebenaran dan istiqomah atas dasar tersebut; maka hasilnya Allah akan memerintah para malaikat turun kepada kita.

Dalam membahaskan ayat "turunlah kepada mereka malaikat", Imam Waqi` (salah seorang guru kepada Imam Syafie) menyatakan bahwa malaikat turun dengan membawa tiga berita gembira. Yang pertamanya, ketika dalam keadaan sakaratul maut, malaikat mai jumpa kita bagitau, "Kamu jangan bimbang. Kamu punya line…clear."…Tu dia tuan-tuan. Memang la kita tak nampak malaikat, tapi ini yang ulama` bahas. Bukannya apa tuan-tuan; la ni cerita mati ni tuan-tuan…Allahuakbar…macam-macam kita dengaq. Semalam, baguih punya dok sembang dengan kita, tiba-tiba hari ni dengaq, dah takdak. Ini trend mati zaman la ni, ie mati mengejut. Takut kita dengaq. Orang dulu-dulu, mati mengejut jarang kita dengaq. Allah bagi depa sakit dulu sampai berbulan-bulan. Maknanya ada chances untuk bertaubat apa semua. Tapi la ni, tup-tup kita dengaq dah meninggal. Umur baru 40, umur baru 30. Sakit apa?…Jantung, kencing manih, darah tinggi. Itu yang sering kita dengaq sekarang…Jadi inilah berita gembira yang pertama. Manakala berita gembira yang kedua pula ialah sewaktu dalam kubur. Sekali lagi malaikat mai jumpa kita bagitau, "You don't have to worried. InsyaAllah, persoalan dalam kubur, kamu beres."…Lagi sekali kita ucapkan, "Alhamdulillah!"…Dan yang ketiganya ialah ketika bangun di Padang Mahsyar. Kata malaikat, "Kamu jangan bimbang sedangkan orang lain tengah kalut."…Ini dia tuan-tuan perbahasan Imam Waqi`tentang maksud ayat "turun kepada mereka malaikat".

Kemudian sambung ayat itu lagi, Allah kata, "Malaikat akan bisik lagi kat kita: Jangan kamu takut dan jangan kamu berdukacita."…Ayat ini dibahas pula oleh seorang lagi ulama` yang seangkatan dengan Imam Waqi`, iaitu Imam `Atoq. Kata Imam `Atoq maksud "jangan kamu takut dan jangan berdukacita" ialah tidak usah takut akan amal kamu bakal ditolak, sebaliknya akan diterimaNya, dan jangan sedih mengenangkan dosa kerana ianya akan diampun Allah. Ini kata Imam `Atoq. Bila sebut "amalan bakal ditolak", kalau tuan-tuan check dalam Quran, tuan-tuan akan jumpa banyak ayat yang menceritakan tentang amalan manusia boleh ditolak. Contoh yang pertama, cuba check Suratul Hujurat:2. Kata Allah, "Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu meninggikan suara mu di hadapan Rasulullah saw, kerana ditakuti akan hapus pahala amalanmu, dalam keadaan kamu tidak sedar."…Ayat ini turun kerana ada sahabat-sahabat bila bercakap dengan Nabi, suara mereka lebih tinggi daripada Nabi saw. Tu dia tuan-tuan, punyala Allah jaga martabat rasulNya. Dia tak bagi kita buat lebih kurang kat Nabi. Kemudian bila tiba zaman Imam Malik, ada orang tanya, "Macamana ayat ini dengan kita sebab sekarang Nabi saw dah wafat?"…Lalu jawab Imam Malik, "Inilah ayat yang menyuruh kita beradab di depan makam Rasulullah saw. Jangan kita sembang merapu dengan meninggikan suara di depan makam Nabi."…So sapa yang nak pi haji/umrah akan datang ni tolong be alert benda ni. Jangan dok pi bertekak depan makam Nabi pulak sebab dikhuatiri ayat ini terkena pada kamu.        

Contoh yang kedua ayat Quran yang memberi amaran tentang amalan kita boleh Allah tolak ialah Suratul Baqarah:264. Allah kata, "Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu membatalkan pahala sedeqah kamu dengan mengungkit-ngungkit dan mencerca-cerca…"…Kalau aku tak bagi duit, tak makan nasik la hang. Gerenti hang makan ubi kayu je la. Ni untung aku ada, kalau tak, hang tidoq bawah Penang Bridge je la. Ungkapan-ungkapan sebegini boleh membatalkan pahala sedeqah dipengucap.

Contoh yang ketiga, tuan-tuan tengok ayat pertama Surah Muhammad. Allah kata, "Antara jalan amalan boleh terbatal ialah apabila mereka menjadi kuffur, kemudian menghalang pula orang daripada ikut jalan Allah." …Samada halang orang dengan kuasa, halang orang dengan harta benda, halang orang dengan apa saja supaya orang jangan hampir pada Islam; maka orang sebegini, hapus amalan dia…nauzubillahiminzalik. Jadi nak habaqnya, memang banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang hapus amalan ni tuan-tuan.

Okay kemudian kata Imam `Atoq lagi, "Maksud jangan berdukacita pula ialah jangan sedih mengenangkan dosa kerana ianya akan diampun Allah."…Inilah dia ciri orang yang dikasihi Allah swt. Rupanya bila Allah dah kasih, Allah tak duduk diam. Dia panggil Jibril untuk disuruh isytiharkan kasih-sayangNya itu kepada seluruh penduduk langit. Jadi bila Allah kasihkan seseorang, secara automatik seluruh para malaikat dan seluruh penduduk langit juga mengasihi orang tersebut. Maknanya matahari akan sayang kat kita, bulan sayang kat kita (itu sudah tentu la), bintang sayang kat kita, malaikat hat jaga pintu langit pun sayang kat kita. Bila ini berlaku tuan-tuan?…Apabila kita menepati ciri-ciri untuk layak dikasihi oleh Allah walaupun manusia membenci kita. Tu dia tuan-tuan. Kalau tuan-tuan baca buku "Amanat Hj Hadi", dalam perenggan terakhir penutup buku tersebut, tuan-tuan akan jumpa dengan ungkapan ini. Kata TG Hj Hadi, "Semoga amanat ini benar-benar menjadi amanat yang diredhai oleh Allah. Sebab redha Mu lah yang aku cari walaupun aku dimarahi oleh seluruh manusia."…Nampak tak tuan-tuan, macamana ulama ajar kita. Yang pentingnya, biarlah Allah kasih kita. Manusia kalau dia nak benci, itu dia punya pasai. Yang kita mau ialah seperti Allah sebut dalam ayat 30 Surah Hamim Fusilat (as-Sajdah), iaitu apabila kita istiqomah atas landasan Allah, maka malaikat akan turun berinteraksi dengan kita dengan memberi khabar gembira walaupun dalam keadaan kita tak nampak.

Okay tadi cerita tentang Allah kasih, maka begitulah juga sebaliknya. Jika sekiranya Allah benci kepada si polan bin si polan, maka Allah panggil Jibril as untuk isytiharkan kebencianNya terhadap seseorang itu kepada ahli sama`. Maka automatik orang itu dibenci oleh matahari, bulan, bintang termasuklah para malaikat. Sebab itu, ada orang sampai ke hari ini, kita nak tengok muka dia pun tak kelapaq. Perasaan meluat tu bukan kita saja buat-buat. Ini betul-betul punya rasa. Lepas saja dia resign jadi PM, orang punyala benci sampai muka dia orang lekat kat tong sampah. Allah hinakan dia sampai tara tu.

Kalau tadi dalam bab Allah kasih, ust Halim Nasir kaitkan dengan Surah as-Sajdah:30, maka dalam bab benci pula ust Halim petik Surah Muhammad:27 – 28. Kata Allah, "Dan bagaimana keadaannya nanti apabila mereka mati, ketika itu malaikat ambil nyawa dengan menampar muka dan menyepak punggung mereka."…As-babul nuzul ayat ini ialah ketika Perang Badar. Apabila matinya pembesar-pembesar kafir Quraisy dalam perang tersebut seperti al-Walid bin Utbah, Syaibah bin Rabiah, an-Nadar bin al-Harith, `As bin Wail, al-Mughirah, Abu Jahal dll; maka Allah pun cerita bagaimana malaikat ambik nyawa depa. Siap kena penampaq, lepas tu kena terajang punggung, dan sekaligus direntap nyawa…nauzubillah. Jangan buat main dengan penampaq malaikat tuan-tuan. Kalau setakat penampaq pak kita dulu, boleh lagi tahan. Ni penampaq malaikat hangpa nak tahan?…Ayat ini ditafsir oleh Ibn Abbas ra dengan menyatakan bahwa bagi setiap orang yang hidupnya penuh dengan kemaksiatan, kemudian matinya pula dalam keadaan melakukan maksiat kepada Allah swt, maka itulah cara mati yang dia akan dapat (ie malaikat akan tampar muka dan sepak punggung dia). Inilah yang disebut Allah dalam sambungan ayat 28. Allah kata, "Mereka itu terima sedemikian rupa sebab pertamanya sewaktu hidup, mereka sering membuat perkara yang dibenci Allah dan yang keduanya mereka membenci akan keredhaan Allah."…Tu dia tuan-tuan. Tolong be aware dengan dua keadaan yang disebut dalam ayat 28 ini. Contohnya kalau ulama dah kata haram tentang sesuatu perkara, sepatutnya kita kena terima dengan berlapang dada. Kita turut sokong dengan mengharamkan apa saja benda yang ulama sepakat kata haram. Ni dak!…siap kondem lagi bila hukum haram itu tak matching dengan kehendak kita. Jaga baik-baik tuan-tuan!…dengan kita benci perkara yang disepakati ulama, boleh mengundang kebencian Allah ke atas kita (nauzubillah). Yang keduanya, dah la dok buat benda yang Allah benci, kemudian tak suka pula dengan perkara yang Allah redha. Ini lagi teruk. Seperti menolak hukum Allah, kerana nak cari redha manusia. Pemimpin kita takut kat cina/hindu lagi, daripada takut kat Allah. Cina sambut bulan hantu lapaq, main muzik tepi jalan saja "pong! pang! pong! pang!"…punya la hingaq. Tarak sapa nak kacau pun walaupun takdak permit. Tapi cuba pi buat ceramah agama kat tepi jalan; siap!…dengan penceramah, dengan penganjur, semua sekali nanti kena angkat. Habih macamana nak dapat redha Allah kalau macam ni punya gaya?…Puak kuffur hangpa junjung, saudara seIslam hangpa pijak.

 

Kesimpulannya tuan-tuan; apa pun kita kena berusaha menjadi calon orang yang dikasihi Allah. Sebab bila Allah kasih, secara automatik malaikat akan kasih kat kita, seluruh penduduk langit dan bumi (InsyaAllah) pun turut mengasihi kita. Inilah yang menjadi matlamat kita.

 

 

 

Hadith 29

Dari Abu Darda` ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Tidak ada suatu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu: Dua malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: 'Wahai sekelian manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit (rezki) serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan-pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat'; dan tidak masuk matahari (terbenam matahari) melainkan ada di kiri kanannya dua malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: 'Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang mencurahkan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah, dan timpakanlah kerugian yang besar ke atas orang yang menahan nikmat-nikmat Allah itu daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah swt'." (Imam Ahmad dan Ibn Hibban)       

 

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Hadith yang ke29 pada kali ini akan menerangkan sebahagian lagi tugas dan fungsi para malaikat. Iaitu pada kali ini Nabi saw mengaitkannya dengan terbit dan terbenamnya matahari. Ketika terbit maupun terbenam matahari, Nabi mengisahkan bahwa ada seruan dari malaikat yang dapat didengar oleh semua makhluk kecuali manusia dan jin.

Bila sebut "matahari", teringat ana pada Surah al-Baqarah:258. Dalam ayat ini bagaimana Nabi Ibrahim as menggunakan matahari sebagai hujjah dalam perdebatannya dengan Namrud. Kata Allah, "Apakah kamu tidak lihat ketika Ibrahim dan Namrud berbantah-bantah tentang keTuhanan Allah?…"…Ayat ini panjang, jadi cuba kita tengok di penghujung ayat tersebut. Iaitu bilamana Nabi Ibrahim tengok Namrud masih lagi angkuh dalam perdebatan tersebut, maka Nabi Ibrahim menggunakan kebijaksanaannya dengan berhujjah menggunakan matahari sebab matahari itulah yang dilihat tiap-tiap hari berlegar atas kepala Namrud. Kata Ibrahim as di penghujung ayat tu, "…jika benar engkau hebat wahai Namrud!…silalah engkau terbitkan semula matahari daripada barat!"…Akhirnya mati akai Namrud dengan hujjah Nabi Ibrahim itu. Kalah dia. Dan rentetan daripada kekalahan debat itulah, maka Ibrahim as dibakar Namrud. Cerita ni panjang tuan-tuan, so ana rasa tak payahlah sambung sebab point yang ana nak bagitau ialah Nabi Ibrahim as menggunakan matahari sebagai hujjah untuk mengalahkan Namrud dalam debat perdana mereka. Itu saja.

Okay berbalik kita pada hadith di atas. Nabi saw cerita ketika terbit saja matahari daripada timur, akan ada dua malaikat mengiringinya, kiri dan kanan. Ini perkara ghaibiyah sebab kita tak boleh nampak. Kedua-dua malaikat ini pula bukan sekadar mengiringi terbitnya matahari, malah depa pun bagi ceramah juga. Nampak tak tuan-tuan, tak cukup dengan tok guru dan ustaz-ustaz bagi ceramah, Allah suruh malaikat pula bagi ceramah…Tu dia aih!

Jadi bila isi kandung ceramah malaikat-malaikat tu tak boleh didengari oleh manusia dan jin, maka Nabi saw lah yang terpaksa menceritakan kembali pada kita tentang mesej isi kandung ceramah tersebut. Nabi sebut bahwa para malaikat itu menyeru meminta kita supaya jangan berhenti daripada terus melakukan amal bakti kepada Allah swt. Nampak tak tuan-tuan; sama saja seruan malaikat itu dengan seruan tok-tok guru dan ustaz-ustaz yang sering kita dengar di kuliah-kuliah.

Okay bila sebut "amal bakti" ni tuan-tuan, teringat ana dengan kata-kata dari seorang ulama yang bernama Hatim al-`Asom, katanya, "Atas dasar apakah amal bakti itu kita lakukan?"…Persoalan ini perlu tuan-tuan sebab hari ini kita tengok ramai orang pakat dok buat amal termasuklah artis tu pun, ie dengan konsert amalnya. Tapi atas dasar apa, kita pun tak tau…Okay kemudiannya, Hatim al-`Asom kata lagi, "Daripada persoalan tadi, hendaklah kamu buat amal atas dua sebab yang besar. Yang pertamanya, kamu hendaklah menyedari bahwa tanggungjawab yang Allah taklifkan ke atas kita, hendaklah kita sendiri yang melakukannya. Bukan mengharapkan orang lain yang lakukan untuk kita…"…Contohnya dalam soal sembahyang. Kita kena buat sendiri. Orang lain tak boleh sembahyang untuk kita, kecualilah kita dah mati. Itu cerita lain. Kemudian yang keduanya pula kata Hatim al-`Asom, "…asas kepada amal soleh itu ialah menyedari maut yang sentiasa menjenguk kita."…Ini yang paling kita takut. Memang betul tuan-tuan, bila kita mati, takdak apa dah yang kita boleh bawa kecuali tiga benda yang Nabi saw sebut, ie amal soleh dari ilmu yang bermunafaat, sedeqah jariah dan doa anak yang soleh. Itu saja.

Okay kembali pada cerita seruan dari malaikat tadi. Nak ceritanya, semua seruan samada dari malaikat maupun dari para alim ulama, semuanya menjurus kepada kebaikan belaka. Dan Quran sebut bahwa manusia ni apabila disampaikan berita kebaikan kepada mereka, bila pun, mereka akan terbahagi kepada tiga golongan. Cuba tuan-tuan check Surah Faathir:32, Allah kata, "Kami telah turunkan kitab kepada orang-orang yang Kami pilih diantara hamba-hamba Kami. Diantara mereka ada yang menzalimi diri sendiri dengan tidak mempeduli langsung ayat-ayat Allah…" …Ini golongan pertama tuan-tuan dalam respon manusia terhadap ayat-ayat Allah. Puak ni, depa tak ambik kisah tentang masjid, tak ambik tau pasai semayang jemaah, perjuangan jihad langsung tak tau. Dunia Islam nak jadi apa, bukan urusan depa. Berapa ramai umat Islam di Palestin, di Iraq, di Afghanistan dan yang terbaru di Tak Bai Thailand dibunuh, depa tarak nak ambik tau. Yang depa tau, cerita mentahkedarah saja. So golongan macam ni, jangan sekali-kali kita teringin nak join. Nauzubillah.

Golongan kedua kata Allah, "…dan ada yang sederhana saja penerimaannya…" …Puak ni jenih maginal ngam-ngam je. Hat wajib saja depa buat. Hat sunat tak berapa minat. Zakat bayar, tapi sedeqah kedekut. Solat fardu ok, tapi sunat ko. Dan golongan yang ketiga kata Allah, "..dan ada yang berlumba-lumba ke arah kebaikan dengan izin Allah." …Yang ni insyaAllah kita tuan-tuan. Pantang saja dengaq ada jalan nak bawa kepada keredhaan Allah, gerenti involve punya. Golongan beginilah yang mesti kita join, insyaAllah. Tapi!…ada tapinya tuan-tuan. Tapi yang ana nak bagitau ialah bukan senang nak masuk dalam group ketiga tu tuan-tuan. Penghalangnya banyak. Tentang setan, ana rasa takyah mention la kot sebab dia memang clear musuh kita. Tapi ada satu lagi musuh, yang cukup kacau, iaitulah nafsu kita sendiri. Dulu masa ana saja-saja duduk dalam kuliah tasawuf, ana pernah dengar ust mention dalam diri kita ada 7 jenis nafsu. 3 jahat dan 4 lagi baik. Mari kita tengok hat jahat dulu. Bukannya apa; kalau kita boleh kenal hat jahat tu, mungkin mudah nak counter. Harap-harap camtu la.

Okay inilah tiga nafsu yang boleh menghalang kita daripada menjadi golongan yang berlumba-lumba ke arah kebaikan. Iaitulah:

i) nafsu amarah – senang ceritanya, jenih hat tak isi borang la tuan-tuan. Jenih ni jahat, langsung tak boleh dengaq Islam. Tak boleh tengok jubah serban. Bila dengaq hudud, terbeliak biji mata. Ini dia amarah tuan-tuan, 100% totally jahat.

ii) nafsu lawwamah – nak tengok penting tak penting nafsu lawwamah, tuan-tuan check Surah al-Qiyamaah:1-2. Allah berfirman yang bermaksud, "Aku bersumpah dengan hari qiamat, dan Aku juga bersumpah dengan nafsu yang namanya lawwamah."…Tu dia tuan-tuan yang kata nafsu lawwamah yang ada dalam tubuh kita tu. Nafsu lawwamah ni walaupun dalam katogeri nafsu jahat, tapi dia buat baik juga. Tapi sikit-sikit saja. Contoh kalau sedeqah tu sekupang saja, walhal dia boleh beli rokok RM5 sehari. Begitu juga bila mai kuliah. Nampak macam bersemangat pasai mai awai-awai. Tapi bila ustaz start saja kuliah, tiba-tiba dia boleh lena. Siap mengeruh lagi. Semayang tarawih pun macam tu la juga. Mai bukan tak mai, tapi bila tok imam pulun satu rakaat setengah juzuk, dia merungut siap hantar surat layang lagi. Ini dia tuan-tuan, petanda nafsu lawwamah cukup tebal. Benda-benda baik ni tak berapa gemar nak buat. Bangun tahajjud cukup malas, tapi kalau euro2004, sanggup bersengkang mata, siap ready dengan milo ais and kacang goreng.      

iii) nafsu mulhimah – ini jenih takdak istiqomah. Minggu ni mai kuliah, lepas tu break sampai 3 bulan, bulan keempat baru nampak muka. Orang yang nak hafal Quran, kalau ada nafsu mulhimah, hafalan dia gerenti fail.

Okay, kita dah berkenalan dengan ketiga-tiga nafsu jahat tuan-tuan. Jadi untuk nak counter, kita kena banyak buat zikrullah. Lawan dia dengan "Lailahaillallah" (nafi, isbat). "Lailah" tu nafi. Takdak tuhan, takdak hukum, takdak keagungan. Melainkan "illallah", kecuali Allah (inilah isbat). Kena zikir banyak-banyak tuan-tuan sebab nak lawan nafsu jahat-jahat ni bukan senang. Sebab yang kata nafsu ni, dia lebih senior dari akal. Buktinya cuba tengok bayi 5-6 bulan. Time tu mana dia ada akal, tapi dia tetap nak makan. So makan dia tu didorong oleh nafsu. Nampak tak tuan-tuan; nafsu lebih awal muncul daripada akal. Bayi 5-6 bulan, dia tak boleh beza lagi antara makanan dan najis. Akal dia belum sampai lagi. Inilah buktinya nafsu lebih senior daripada akal. Sebab tu kita kena berhati-hati dengan nafsu. Kena rendahkan nafsu mulhimah. Kena tundukkan nafsu lawwamah. Dan kena sepak terus nafsu amarah. Sebab kesemua inilah yang menghalang kita dari menjadi golongan yang berlumba-lumba ke arah kebaikan. Ini dia tasawuf tuan-tuan.

Sekarang kita tengok hat 4 baik punya pula. Nak sampai hat baik ni pun, masyaAllah, jenoh. Empat nafsu baik ialah :

i) nafsu kamil – nafsu jenih ni khas untuk nabi-nabi sahaja. Jenih ni tak peduli apa dah. Bab perang, anytime boleh turun. Bab makan, kalau ada makanan, dia akan pi cari orang ajak makan sama-sama. Kalau takdak makanan, posa. Kita boleh buat macam tu?…Takdak pasai. Dengan la ni kedai nasi kandaq operasi 24 jam. Agak-agak tuan-tuan boleh ka control nafsu makan bila tengok baguih punya satu macam lauk sotong dok lambai kat kita?…Takdak pasai. Sebab tu, nafsu kamil ini hanya untuk para rasul dan para nabi. Kita takdak.

ii) nafsu muthamainnah – nafsu ni kita boleh sampai tuan-tuan, tapi mujahadah kena tinggi seperti para sahabat radiallahuanhu.  

iii) nafsu mardiah / nafsu radiah – kedua-dua nafsu ni hampir sama, ie jenih redha akan segala ketentuan daripada Allah. Contohnya katalah kereta kita rosak tengah-tengah highway. Waktu tu yang first sekali terlintas di fikiran kita apa tuan-tuan?..Adakah ketentuan Allah atau nombor telefon mekanik?…Inilah dia ujian nak tahu ada tak nafsu mardiah/radiah kat kita…Nak ceritanya apa tuan-tuan?…Nak ceritanya, walaupun kita dah kenal kedua-dua group nafsu tadi, namun untuk mencapai tahap berlumba buat baik, cukup susah tuan-tuan.  

Okay kembali kita kepada perbahasan hadith. Kata Nabi saw lagi, "…pendapatan yang sedikit yang diredai Allah adalah lebih baik daripada pendapatan yang banyak tapi melalaikan akhirat." …Ini pesan Nabi saw tuan-tuan. Biarlah rezki tak banyak mana, asalkan kita tahu guna rezki yang sedikit itu untuk mencapai redha Allah, itu kira ok dah tu. Itu lebih baik daripada ada banyak harta tapi ianya sampai melalaikan kita ingatkan akhirat. Ada kereta besar pun buat apa kalau tak pernah drive pi masjid. Ada banyak duit pun buat apa kalau kedekut nak infaq fisabilillah. Ini yang kata lalai tu tuan-tuan.

Kemudian di penghujung hadith Nabi saw kata, "Apabila terbenamnya matahari, ada pula kiri kanan, dua malaikat berdoa kepada Allah swt, kata malaikat-malaikat itu: Ya Allah!…disepanjang hari ini, ada hambaMu yang gunakan nikmat untuk Islam, mereka guna harta pemberianMu untuk jalan yang Engkau redha, jadi tambahlah kembali harta mereka. Dan sekiranya ada mana-mana orang yang hari ini tidak guna nikmatMu, timpakanlah kecelakaan ke atasnya (nauzubillah)." …Hadith ini nak ajar apa kat kita tuan-tuan?…Sebenarnya hadith ini nak ajar kita supaya jangan putus berterusan buat amal soleh. Banyak ayat dalam Quran menyebut bahwa orang yang buat amal soleh ini dapat dua ganjaran. Pertamanya ialah "minhum maghfirotan" (mendapat keampunan Tuhan). Tuan-tuan tak ndak ka Allah ampun dosa kita?…Sedangkan dosa kita banyak tuan-tuan, ada yang kita sedar, dan ada yang kita tak sedar. Walaupun kita dah tak ingat dosa yang pernah kita buat, tapi dengan "minhum maghfirotan", Allah tolong tutup semua dosa kita. Dan ganjaran yang kedua kepada orang yang soleh ialah "wa ajron azima" (pahala yang besar). Tu dia tuan-tuan yang kata orang soleh tu.

Tapi nak capai status "soleh" tu bukan senang tuan-tuan. Seperti yang kita sebut tadi, ie terpaksa kena tempuh "awarid" (pelbagai halangan dan cabaran). Imam Ghazali telah mengkelas-kelaskan yang kata "awarid" ni, banyak. Antaranya yang kita sebut tadi ialah syaitan dan nafsu kita sendiri. Begitu juga dengan harta benda. Sebab dengan harta bendalah kebanyakan manusia terhalang untuk hampir kepada Allah. Contoh yang clear dalam Quran, sapa lagi kalau bukan si Qarun laknatullah, yang akhirnya mati kuffur kepada Allah (nauzubillah). Jadi tuan-tuan, untuk berlawan dengan segala awarid ini, kita amat perlu mujahadah yang tinggi. Kena bina sifat mahmudah, dengan "mukhlisin na la huddin" amat penting diambil kira.

Allahu`alam.

 

 

Hadith 30

Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh malaikat dari pintu-pintu syurga, katanya: 'Wahai hamba Allah! pintu ini lebih baik bagimu memasukinya!' Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyang: ia tetap diseru dari pintu sembahyang, dan sesiapa yang membanyakkan jenis perjuangan (jihad): ia tetap diseru dari pintu perjuangan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis puasa: ia tetap diseru dari pintu puasa – yang bernama: ar-royan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis sedeqah: ia tetap diseru dari pintu sedeqah." Mendengarkan yang demikian, Abu Bakar ra berkata, "Ayah dan ibuku menjadi galang-gantimu ya Rasulullah (dalam saat kecemasan)! Tidaklah menjadi sebarang kesusahan kepada orang yang dijemput masuk dari setiap pintu itu bahkan satu kemuliaan kepadanya, maka adakah sesiapa yang dijemput masuk dari semua pintu itu?" Nabi saw menjawab: "Ia, ada! Dan aku harap engkau seorang dari mereka yang berbahagia itu." (Bukhari dan Muslim)       

 

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Hadith yang ke30 pada kali ini membicarakan sebahagian lagi tugas malaikat, yakni mereka menyeru manusia dari pintu-pintu syurga mengikut amalan manusia itu di dunia. Mari kita bahas pintu-pintu syurga itu satu persatu.

1st sekali mari kita tengok pintu sembahyang. Jadi untuk nak memastikan kita antara yang diseru oleh malaikat melalui pintu sembahyang, kita kena make sure, kita faham betul apa yang Nabi saw sebut, "Sollu kama roai tumuni usolli (kamu semua kena solat macam aku solat)."…Ini hadith masyhur lagi sahih tuan-tuan. Kalau tuan-tuan banyak baca hadith-hadith Nabi saw dalam bab solat, tuan-tuan akan dapati Nabi selalu tekan tentang dua perkara, iaitu masalah rukuk dan masalah sujud. Salah satunya Nabi sebut kepada para sahabat dalam hadithnya yang masyhur, "Kamu semua tau tak siapa dia seburuk-buruk pencuri?"…Sahabat semua tak tau. Lalu Nabi kata, "Seburuk-buruk pencuri ialah orang yang mencuri dalam sembahyangnya."…Sahabat masih tak faham, "Macamana yang kata mencuri dalam sembahyang tu ya Rasulullah?" …Jawab Nabi, "Yang kata mencuri dalam sembahyang itu ialah orang yang sembahyang tetapi dia tidak sempurnakan rukuknya dan juga tidak disempurnakan sujudnya. Inilah dia ciri seburuk-buruk pencuri." …Nampak tak tuan-tuan, betapa strictnya Nabi dalam masalah rukuk dan sujud; sedangkan kita hari ini boleh buat lebih kurang saja. Jadi, tolong muhasabah sikit geng hat sembahyang macam F1 laju nak mampoih tu.                                                 

Okay sebelum kita pergi lebih jauh tentang bab sembahyang, para ulama sebut kita kena tau dulu, apakah syarat-syarat sah sembahyang?…Perkara ini penting tuan-tuan sebab sekiranya semua syarat-syarat ini ada pada kita, maka samada kita suka ataupun tidak, taklif (kewajibkan) sembahyang sudahpun tertanggung atas bahu kita. Okay syarat-syarat itu ialah:

a)      orang itu adalah Islam. Jadi, orang kapiaq tak sah sembahyang. Depa kena masuk Islam dulu, baru sah sembahyang depa.

b)      akil baligh – walaupun ada hadith sahih yang mengisahkan Nabi saw suruh kita ajar kanak-kanak sembahyang seawal 7 tahun, dan pukul mereka pada usia 10 tahun sekiranya tak sembahyang; tapi bukan maknanya kanak-kanak itu wajib sembahyang. Yang wajibnya dalam hadith ini ialah si bapa tu kena ajar sembahyang pada anak-anaknya, dan tindakan susulannya sekiranya anak-anaknya tak sembahyang. Itu yang wajib. Bukan anak-anak itu yang wajib sembahyang. Ini yang perlu kita faham. Tak berdosa pun budak-budak tu kalau tak sembahyang sebab mereka belum akil baligh. Beban taklif sembahyang masih belum tertanggung lagi atas bahu mereka.

c)      sempurna akal – orang gila tak wajib sembahyang. Kecualilah kalau dia kembali waras, maka ketika itu wajib dia sembahyang.

d)      suci daripada haid dan nifas – ini khusus untuk orang pompuan.   

e)      masuk waktu.    

 

Okay sekarang kita tengok apa yang dikatakan sebagai "sembahyang" ni pula. Kata para ulama, yang kata sembahyang ini ialah "Beberapa perkataan dan beberapa perbuatan yang diawali oleh takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam, dengan beberapa syarat yang ditentukan."…Maksud "dengan beberapa syarat yang ditentukan" di sini ialah bukan semua jenis perkataan dan bukan semua jenis perbuatan boleh masuk dalam sembahyang. Hanya perkataan dan perbuatan tertentu sahaja yang dibolehkan dalam sembahyang. Pernah tak tuan-tuan baca hadith sahih dari Imam Muslim yang meriwayatkan bagaimana seorang sahabat Nabi saw yang bernama Muawiyah bin Hakam al-Sulami ditegur Nabi apabila dia bercakap-cakap dalam sembahyang?…Ketika itu Muawiyah bin Hakam ini baru masuk Islam dan dia sembahyang bersama Nabi saw. Tengah-tengah dok sembahyang tu, tiba-tiba ada sahabat bersin, dan tak semena-mena Muawiyah bin Hakam menyahut, "Alhamdulillah" dengan agak lantang. Bila jadi macam tu, ada sahabat lain pandang kat dia semacam ja. Muawiyah bin Hakam ni pun tanya kat sahabat tu, "Hang ushar apa?!"…Dalam sembahyang tu tuan-tuan. Jadi bila habih saja sembahyang, Nabi pun tanya, "Sapa yang kata Alhamdulillah tu tadi dalam sembahyang?"…Muawiyah bin Hakam jawab, "Ana ya Rasulullah."…Nabi tak marah, cumanya Nabi kata, "Sesungguhnya yang tadi tu sembahyang. Tidak ada percakapan di dalamnya kecuali Quran, dan tidak ada sebutan kecuali zikir. Maknanya tidak ada benda yang boleh kita sebut kecuali beberapa benda yang hanya diputuskan oleh Allah swt." …Selepas teguran Nabi itu, Muawiyah bin Hakam kata, "Sejak daripada hari itu aku kenal sapa dia Nabi Muhammad saw. Tak pernah aku jumpa lagi orang yang tak marah kat aku dan tak mengaibkan aku bila aku buat silap. Sebaliknya dia didik aku. Tak pernah aku jumpa orang seperti ini kecuali Nabi Muhammad saw seorang sahaja."

Point yang boleh kita kutip daripada hadith Muawiyah bin Hakam al-Sulami ini ialah dalam sembahyang bukan kita boleh cakap dan bukan boleh bergerak ikut suka, sebab kita berada di dalam zone Allah. Kalau kita tengok makna "takbiratul ihram" itu sendiri memberi maksud "takbir yang mengharamkan". Maknanya sebelum takbir, semua benda halal boleh kita lakukan. Seperti kita boleh makan minum, berjalan ke sini ke sana, baca paper dan sebagainya. Tapi bila takbir saja "Allahuakbar", yang halal tadi automatik jadi haram. Yang boleh lakukan selepas takbir hanyalah seperti yang disebut tadi iaitu beberapa perkataan dan beberapa perbuatan yang disyaratkan sahaja. Ini sahaja yang halal. Yang lain semua haram. Samalah juga bila kita dalam ihram di Mekah. Pakai saja kain ihram, niat haji/umrah, automatik benda halal jadi haram. Potong kuku yang pada asalnya halal, dah jadi haram. Isteri yang halal, dah tak boleh bercampur. Minyak wangi tak boleh pakai, tutup kepala dah tak boleh, kain berjahit pun dah tak boleh. Pasai apa Allah mengharamkan semua ini?…Sebab Allah nak bagi satu tarbiyah kepada manusia bahwa inilah yang kata kuasa Allah. Ini dia yang kata "ihram" tu tuan-tuan.

Okay berbalik kita pada bab solat. Yang kita tau, rukun solat ada 13. Dan kita mengaji dulu, kalau salah satu daripada rukun ini ditinggalkan, maknanya solat jadi tidak sah. Maknanya bukan 13 – 1 = 12, tapi 13 – 1 = 0, lingkup habih. Jadi yang kata "rukun" ni dia mesti ada, bukannya macam matematik.

Okay sekarang mari kita tengok rukun yang paling awal iaitu "niat" sebagai perbahasan supaya kita nampak, adakah sembahyang yang kita buat selama ini menepati makna apa yang Nabi saw sebut "Sollu kama roai tumuni usolli"?…Okay, niat ini adalah satu benda besar tuan-tuan sebab ianya roh bagi sesuatu ibadah. Tanpa niat, ibadah ditolak. Dan niat adalah amalan hati secara mutlak. Bukannya kerja mulut dan ianya bukan kerja perbuatan.

Okay sekarang ana bawa dua pendapat ulama yang membicarakan tentang "niat". Yang pertamanya kita tengok dulu apa kata ulama khalaf (terkemudian). Ulama khalaf kata bahwa niat itu ialah "khasdun shaik mu`tarinan bi fi`li" (sengaja ingat buat suatu kerja, dan disertakan dengan kerja itu). Maknanya bila nak buat kerja, masa tu baru kita niat. Ini berdalilkan hadith Saidina Umar al-Khatab yang bercakap ketika hijrah, "Innamal a`mallu bin niat…", yang bermaksud "Amal itu bahawasanya dengan niat. Maka siapa yang hijrah kerana Allah, syurga menantinya. Dan barangsiapa hijrah kerana perempuan, dia boleh kahwin dengan perempuan tu tapi pahala apa semua takdak." Dan satu lagi dalil tentang niat, ulama ambik daripada Surah al-Bayyinah:5 yang bermaksud, "Dan kamu tidak diperintah untuk sembah Allah kecuali dengan keikhlasan dalam niat…". So dalam kes nak sembahyang; ketika seluruh anggota badan kita sudah mengadap kiblat, kita pun angkat tangan tanda takbir, masa tu baru hati niat. Masa mulut kata Allahuakbar, time tu juga hati mau niat. Inilah yang kata niat masuk serentak dengan sembahyang…Tuan-tuan boleh nampak tak apa yang ana bagitau ni?…Pening juga dalam bab niat ni pun.

Dan pendapat ni juga menyatakan bahwa kalau kita buat sembahyang wajib, mesti ada dalam niat itu khasad, ta` arad, ta`yil. Maksud "khasad" ialah niat dalam hati sengaja buat suatu ibadat, eg ketika mulut kata "Allah..", hati kata "sahaja aku sembahyang". "Sahaja aku sembahyang" itulah khasad. Manakala "ta`arad" pula ialah kita sebut fardhu. Dan "ta`yil" ialah kita sebut nama fardhu, eg maghrib, isya` dan sebagainya. So bila ada tiga benda ni, barulah dikatakan telah niat suatu sembahyang.

Dan dalam pendapat ulama khalaf ni juga, sembahyang fardhu ada dua jenih. Pertama ialah sembahyang lima waktu, ie start daripada Subuh sampai ke Isya`. Dan yang kedua ialah sembahyang Jumaat. Okay oleh kerana dalam pendapat khalaf ini mengatakan bahwa niat itu ialah masa nak buat kerja baru niat; maka dalam sembahyang isya` sebagai contoh, ketika kita angkat tangan takbir kata "Allaaaaaaah…", time tu mesti masukkan "aku sembahyang fardhu isya`" sebelum sebut "…huakbar". Kalau tak sempat masuk, ianya dikira batal. Kena niat sekali lagi. Nampak tak tuan-tuan?…Dan dalam pendapat ini juga, ulama mengatakan bahwa kalau kita sembahyang Jumaat, kita kena tentukan samada kita ini imam atau makmum ketika angkat takbir. Ini dipanggil "ta`yin nafsah". Maknanya kita kena niat "aku sembahyang fardhu Jumaat imam atau makmum" sebelum sebut "…akbar". Kalau tak sempat masukkan imam atau makmum, niat itu dikira batal.

Dan dalam pendapat yang pertama ini juga menyatakan bahwa untuk mengelokkan lagi niat, kita dituntut buat dua benda lagi. Yang pertamanya ketika takbir, kita kena buat "istihdar". Iaitu menghadirkan hati dan fikiran secara ijmal pada khaifiat sembahyang. Maksudnya sewaktu berdiri nak takbir, kita kena membayangkan keseluruhan rukun-rukun sembahyang. Lepas tu baru kita takbir "Allahuakbar". Dan untuk solidkan lagi niat, ketika mulut ucap "Allahuakbar", disamping kena niat "sahaja aku sembahyang…", time tu juga kita kena terus masukkan khaifiat sembahyang dalam ingatan sebelum habisnya takbir. Ini dipanggil "mukarranah"…Tuan-tuan boleh faham tak apa yang ana bagitau?…Memang payah tuan-tuan kalau ikut takrif ulama khalaf ni. Walaubagaimana pun ana rasa clear dah kot takrif "niat" dari pandangan ulama khalaf.

Okay sekarang kita tengok pula pendapat yang kedua berkenaan masalah "niat", ie pendapat ulama salafussoleh. Mari kita buat comparison antara dua pendapat ini; yang mana satu paling hampir kepada ucapan Nabi saw "Sollu kama roai tumuni usolli"….Okay kata ulama salaf, hat kita terang dengan panjang lebar tadi, itu semua bukannya "niat" solat, sebab dua dalil yang dikemukakan oleh ulama khalaf itu tidak releven khususnya bagi "niat solat". Dua dalil tadi ialah hadith Umar al-Khatab riwayat Bukhari/Muslim semasa hijrah dan Surah al-Bayyinah:5. Yang kata tak releven tu sebab sejarah solat difardhukan menurut al-Qurtubi dalam tafsirnya dan disepakati ijmak para ulama ialah setahun sebelum hijrah ke Madinah (ie ketika Isra` mikraj), maknanya Nabi saw dah dirikan solat setahun sebelum hijrah lagi; sedangkan hadith Umar al-Khatab itu berlaku semasa hijrah dan ayat 5 Surah a-Bayyinah turun di Madinah. Ini bermakna ketika setahun Nabi saw sembahyang di Mekah, niat solat Nabi tidak berpandukan hadith dan ayat Quran tersebut. Betoi tak tuan-tuan?…Jadi, macamana Nabi niat ketika solat di Mekah?…Tuan-tuan faham tak apa yang ana bagitau ni?...Ana saja bawa mai dua-dua pendapat ini bukannya apa tuan-tuan; supaya minda kita open sikit buat perbandingan.

Kalau ikut pendapat ulama salaf tadi, bermakna cara ulama khalaf cipta niat solat tidak bertepatan langsung dengan niat yang Nabi saw buat. Maka timbul persoalan; bila dah kata niat cara ulama khalaf tak macam Nabi, so macamana pula Nabi niat solat di Mekah?…Lalu kata ulama salaf bahwa memang tidak ada dalil tentang niat solat di Mekah. Ini bermakna, Nabi langsung tak pernah ajar pasai niat di Mekah. Baginda hanya ajar rukun-rukun sembahyang yang lain. Point yang ulama salaf nak bagitau di sini ialah Nabi tak pernah ajar niat macam yang ulama khalaf ajar kat umat Islam hari ini. Sebab apa?…Sebabnya ialah walaupun niat adalah satu benda besar tapi ianya juga adalah satu benda senang. Takpayah nak ajar. "Niat" dalam takrifan ulama salaf ialah al-iradatu (satu kehendak untuk menyempurnakan satu benda). Ini yang Imam Nawawi sebut dalam kitabnya "Majmu`". Lagi pun, mana mungkin ketika angkat takbir "Allahuakbar" masa tu juga kita nak ingat "sahaja aku sembahyang…", sedangkan takbir Allahuakbar itu sendiri ada maknanya, iaitu "Allah Maha Besar". Mana boleh tempat "Allah Maha Besar" itu kita pi adjust dengan niat nak sembahyang?…Tuan-tuan nampak tak maksud ana?

Yang kita ambik air sembahyang itu untuk apa tujuannya tuan-tuan?…Kemudian dah ambik air sembahyang, berjalan pula menuju ke sejadah itu pun untuk apa tuan-tuan?…Untuk nak sembahyang la tu. Takkan nak pi karaoke kot. Jadi, start dari ambik wuduk, lepas tu berjalan pula ke saf hadapan bersama dengan tok imam; kesemuanya itu dikira "al-iradatu". Cuba tuan-tuan buka Surah Yaasin: 82, tengok Allah kata apa tentang niat. Allah swt kata, "…bila Allah ada kehendak (iradah) nak cipta satu benda, maka terus saja tercipta benda tu."…Inilah dia maksud "niat". Jadi dalam konteks sembahyang ni pun, sekiranya kita ada satu kehendak nak sempurnakan sembahyang, maka terciptalah sembahyang itu. Very simple tuan-tuan…Okay kedua-dua pendapat dah ana bahaskan, so sekarang mai ana nak tanya. Di antara dua perbahasan "niat" tadi, yang mana satu tuan-tuan nampak terus kepada cara Nabi saw?…Final decision ada pada tuan-tuan, so buatlah pilihan.

Tak habih di situ saja tuan-tuan, perdebatan antara ulama salaf dan khalaf berlanjutan bila ulama salaf kata, "Disebabkan niat ciptaan ulama khalaf lah yang membuatkan orang jadi was-was ketika takbir. Mana mungkin ketika takbir, masa tu juga nak niat. Punya nak pemasuk juga-juga niat tu sampai angkat takbir berkali-kali. Cuba kamu bawa mai hadith yang pernah cerita Nabi angkat takbir dua kali masa nak sembahyang?"…Mana ada tuan-tuan. Yang ada hadith cerita Nabi angkat takbir ialah hadith sahih Nabi angkat takbir sekali saja "Allahuakbar" dengan lafaz yang pantas. Bukannya macam tok guru kita ajak dulu, "Allaaaaaaaahuakbar" boleh pi sampai 14 harakat. Petua ini tidak ada asas tuan-tuan. Pasai apa boleh pi sampai 14 harakat?…Pasai nak kampoi segala khasad, ta` arad, ta`yil, istihdar, mukarranah, kesemuanya ini dalam satu niat. Inilah dia tuan-tuan yang kata kesilapan dalam memahami "niat".

Di sini ada satu soalan tuan-tuan. Ada sahabat kita tanya, "Ana lebih cenderung kepada niat yang dibahas oleh ulama salaf, tapi adakah niat cara ulama khalaf ini salah?"…Jawab ulama salaf, "Semua ibadat kita mesti ikut Allah dan rasul. Ini muktamad. Selama mana kita tak tau lagi cara mana yang sahih, maka ketika itu dibenarkan beramal dengan yang mana satu kita yakin. Tetapi setelah kita ada ilmu boleh differentiate yang mana satu yang sahih, maka ketika itu, ilmu menuntut kita mengamalkan yang sahih."…So ana rasa jelas dah kot persoalan niat tadi. Okay sekarang bila kita dah tau cara mana yang Nabi buat, ana rasa kita just follow saja cara yang paling cenderung kepada kekasih Allah itu. Mudah-mudahan bila niat sebagai rukun pertama itu elok, maka 12 rukun seterusnya akan elok.

 

...sambungan...

 

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Mari kita sambung lagi matan hadith yang ke30 ini dengan membicarakan pintu syurga yang kedua, ie pintu jihad. Melalui pintu inilah malaikat akan seru hamba-hamba Allah yang melibatkan diri di dalam perjuangan.

Yang kata jihad ini, secara umum dari sudut lughah, ianya diambil dari fe`el ma-zhi "jahadah" yang bermakna "bersungguh-sungguh". Sebab itu tak salah kalau kita guna "jihad" di sudut lughah kepada geng perompak. Awat taknya?… Cuba tengok dalam movie-movie, macamana geng perompak buat perancangan. Depa bukan pi rompak bengong camtu saja. Depa ada perancangan, ada strategi. Depa check habih kat mana hidden camera yang dipasang dalam bank, depa tau kat mana kedudukan pak guard, depa tau time bila pak guard keluar pi makan, time bila senapang patah pak guard ditinggalkan; kesemua data ini amat penting bagi mereka yang plan nak merompak. Jadi maknanya kalau kita nak guna istilah jihad dari sudut bahasa bagi perompak, ianya tak salah, sebab depa melakukan dengan bersungguh-sungguh.

Okay tadi dari sudut lughah (bahasa). Tapi kalau kait dengan Islam, pengertian "jihad" bertukar menjadi perjuangan bagi meninggikan kalimah Allah swt. Cuba tuan-tuan lihat ayat Quran Surah ash-Shaf:10–11. Inilah ayat yang Allah minta kita buat bisnes denganNya. Dimana keuntungan yang bakal diperolehi bukan dalam bentuk harta dunia, tapi dalam bentuk diselamatkan kamu dari azab yang pedih. Lalu Allah menyenaraikan 3 jenis bisnes yang perlu kita buat. Yang pertamanya ialah "tu`minu nabillah" (kamu kena beriman kepada Aku). Keduanya ialah "wa rasulihi (beriman kepada rasul Aku). Dan yang ketiganya ialah "wa tujahidu na fisabillillah bi amwalikum wa anfusakum" (dan kamu berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan nyawa kamu)…Tu dia yang kata bisnes dengan Allah tu tuan-tuan.

Berjihad dalam makna meninggikan kalimah Allah sebenarnya adalah sunnah para nabi dan rasul alaihimassalam tuwassalam. Jadi macamana orang-orang yang mengaku sebagai orang Islam berangan-angan nak masuk syurga kalau mereka tidak memahami jihad yang diajar khususnya oleh 25 para rasul alaihimassalam tuwassalam?…Persoalan ini perlu kita ajukan pada setiap umat Islam tuan-tuan. Bagaimana kita yang mengaku Islam ini boleh berangan-angan nak masuk syurga tanpa berjihad, sedangkan seluruh para rasul yang dijamin syurga itu menghadapi kerajaan yang zalim pada zaman mereka?…Kesemua para rasul melancar jihad terhadap pemerintah masing-masing dengan menegur supaya kembali kepada risalah Islam. Seperti sabdaan baginda tatkala ditanya tentang jihad yang paling utama:

"Jihad yang paling utama ialah kata-kata yang benar di hadapan pemimpin yang zalim." (Diriwayatkan an-Nasa`i dan disahihkan oleh an-Nawawi di dalam Riyadhush-Shailihin)

Sampai ke tahap ada yang hilang nyawa seperti yang berlaku ke atas dua rasul anak beranak, iaitu Nabi Zakaria dan Nabi Yahya as. Agak-agak tuan-tuan mengapa Allah tak bagi kemenangan mudah kepada dua rasul anak beranak itu?…Allah boleh turunkan saja bantuan daripada langit kalau Dia hendak. Tapi kenapa dua orang rasul itu terpaksa bersusah payah sehingga diburu dan dibunuh?…Inilah dia jihad, yang perlu difahami oleh manusia.   

Lihat saja apa yang berlaku kepada Nabi Ibrahim as. Tak cukup dengan dihalau keluar dari rumah oleh ayahnya yang menjadi towkey berhala pada waktu itu, kemudian dibakar pula oleh pemerintahnya Namrud. Ibrahim as tidak peduli semua itu. Yang dipedulinya ialah redha Allah swt. Begitu jugalah yang berlaku ke atas Musa dan Harun as. Pada kemuncak kezaliman Firaun, rasul adik beradik itu diburu sehingga ke lautan Merah. Terpaksa bersusah payah mereka. Akhirnya Allah memberi kemenangan ke atas mereka dengan menenggelamkan Firaun. Nak ceritanya apa tuan-tuan?…Nak ceritanya, inilah jihad yang merupakan sunnah para rasul as.  

Maknanya kalau orang-orang melayu yang mengucap dua kalimah syahadah, berangan-angan nak masuk syurga dalam keadaan mereka tak ingin berjihad, apatah lagi dalam keadaan mereka membenci agama Allah; maka kirim salam sajalah yang boleh diucapkan. Sebab memang mereka tak layak nak masuk syurga Allah kerana syurga Allah mengkehendakkan orang-orang yang berjihad, yang berani tampil mempertahankan risalah Allah swt walaupun terpaksa menyusahkan diri sendiri. Inilah yang Islam minta daripada kita demi untuk meninggikan kalimah Allah; dengan melihat kecilnya kesusahan dunia, dan kekal abadinya kebahagiaan di negeri akhirat.

Jihad yang diajar oleh Rasulullah saw adalah dalam berbagai bentuk. Tapi akhir-akhir ini, khususnya kita orang Melayu, difahamkan jihad dalam bentuk yang terlalu kecil. Ada yang memahami jihad di sudut jihad ekonomi membangunkan ummah sahaja. Ya, memang kita tidak menafikan bahwa ummah mesti dimajukan. Ini hanya sebahagian daripada jihad. Begitu juga, ada yang melihat jihad dari sudut pendidikan sahaja. Ya, memang kita tidak menafikan jihad dalam bentuk pendidikan amat penting sebab ayat Quran yang 1 st sekali turun ialah perihal pendidikan (5 ayat awal Surah al-`Alaq). Tapi jangan kita sempitkan pengertian jihad hanya setakat dua benda ni sahaja. Ada lagi satu jihad yang lebih besar, iaitu sabit dari hadith Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, sabda Nabi, "Di akhir zaman, kamu akan jumpa satu golongan yang punya dua sifat. Kamu mesti berjihad terhadap golongan ini. Sifat pertama mereka ialah mereka bercakap benda yang mereka tak akan buat…"…Ada tak golongan ni sekarang tuan-tuan?… Ada, belambak. Cakap pasai Islam kita tengok kemain hebat lagi, walhal bini sendiri tak kenal kain tudung. Manakala sifat yang kedua kata Nabi, "…dan mereka buat benda yang Allah tak suruh."…Ada tak golongan ini dalam negara kita tuan-tuan?… Ada, malah mereka sekarang dah jadi majority. Arak dan judi clear Allah swt tak suruh kita buat. Tapi sekarang ini kedua-duanya sudah menjadi antara industri yang terbesar di negara kita, dan sekaligus menolong memangkin perkembangan ekonomi negara. Inilah alasan kerajaan yang ditunjangi bn/umno bila kita bangkitkan isu arak/judi di Parlimen. Walhal Kelantan dah lama tutup premis-premis perjudian dan meminimisekan penjualan arak, pun boleh maju juga. Kalau hangpa tak percaya Kelantan akan menjadi satu negeri maju, hangpa boleh pi tanya sendiri kat Datuk Nik Yahya (pengasas umno Kelantan tahun 1953). Beliau masih hidup lagi. Hangpa boleh pi sendiri tanya kat dia, "Betoi ka orang dok kata Kelantan mundur?"…Ana sendiri pernah baca risalah yang ditulis beliau tentang masalah pembangunan di Kelantan. Dalam risalah tu dia tulis 50 projek telah diluluskan oleh kerajaan pusat dalam Rancangan Malaysia ke7, yang melibatkan nilai wang yang berbillion-billion juta ringgit sedang menanti di Kelantan. So, sapa kata Kelantan mundur?…Timpa lagi mai rezeki ada la. Tu tak termasuk lagi minyak yang dijumpai di persisiran pantai negeri Kelantan. Berita ini diberitahu sendiri oleh pegawai Petronas kepada ust Ahmad Jailani ketika beliau dijemput buat ceramah atas Pelantar Minyak di Terengganu. Paling banyak kedudukan yang mereka jumpa potensi sebagai telaga minyak baru adalah di Kelantan. Inilah sebabnya kita tidak hairan bila sekarang ini puak-puak bn/umno begitu desperate nakkan Kelantan.

Lalu sambung Nabi, "Maka barangsiapa yang berjihad menggunakan tangannya terhadap golongan ini, dia beriman." …Jadi bila datang pilihanraya umum maupun pilihanraya kecil, gunalah kuasa ditangan kita masing-masing bagi menolak golongan yang "cakap tak serupa bikin dan suka sangat buat benda yang Allah tak suruh."…Kemudian kata Nabi saw lagi, "Barangsiapa yang berjihad dengan lidahnya menegur mereka, dia beriman."…Mana pi suara-suara utaz dan ustazah umno yang dah jadi YB dalam menangani isu-isu semasa?…Sunyi sepi tuan-tuan. Mulut-mulut mereka dah terkunci, tak berani nak tegur kesilapan bos depa. Dah jadi setan bisu. Walhal Nabi saw sebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Hakim dan disahihkan oleh adz-Dzahaby, begitu juga al-Albani di dalam Silsilah ash-Shahihah. nombor 374, kata Nabi, " Penghulu orang yang mati syahid ada dua. Yang pertama ialah Saidina Hamzah bin Abdul Muthalib, dan yang kedua ialah seorang yang berdiri dan menegur di hadapan raja yang zalim, tiba-tiba dia dibunuh atas ucapannya itu." …Ini dia kemuliaan tuan-tuan.

Dan akhirnya Nabi saw tutup hadith ini dengan berkata, "Barangsiapa berjihad mencegah mungkar dengan hati, dia juga mukmin. Selepas daripada itu, tidak ada lagi iman walaupun sebesar zarah yang kecil."… Maknanya kalau hati pun tidak ada perasaan benci kepada benda mungkar, ini bermakna kita takdak iman walaupun sebesar zarah…nauzubillah.

Yang kata jihad ni tuan-tuan, Allah akan tunjuk kemuliaan yang dianugerahNya kepada para syuhadah bila mereka mati. Cuba tuan-tuan buka Quran Surah al-A`raaf:113-126. Allah ceritakan kematian ahli sihir Firaun. Pada permulaannya sebelum diadakan perlawanan dengan Nabi Musa as, para ahli sihir mendatangi Firaun (nak bodek la tu), depa tanya, "Wahai Firaun! Adakah kami dapat habuan kalau kami kalahkan Musa?"…Firaun jawab, "Ya itu sudah semestinya. Bila aku dapat mengekalkan kekuasaan aku bila Musa kalah, bukan saja kamu dapat upah, malah kamu semua akan jadi kroni aku!" …Nampak tak tuan-tuan, kronisme apa semua ni, zaman Firaun pun dah ada dah. Apatah lagi hari ini!…Jadi, ahli sihir Firaun pada mulanya memang kaki bodek cari habuan. Tetapi akhirnya bila melihat kebenaran berlaku depan mata mereka sendiri, mereka pun jatuh tersungkur, seraya berkata, "Kami telah beriman kepada Tuhan semesta alam. Tuhan Musa dan Harun."…Dengaq-dengaq macam tu, Firaun cukup marah, lalu disiksanya ahli-ahli sihir itu sebelum kesemua mereka dibunuh. Sebab apa Allah cerita kematian ahli-ahli sihir itu tuan-tuan?…Sebab inilah kematian yang cukup mulia kerana berjuang di atas dasar kebenaran.    

Bila sebut jihad ni tuan-tuan, ana rasa tak lengkap kalau kita tak cakap tentang jihad para mujahidin di Fallujah ketika ini. Ana selalu mengikuti perkembangan mutakhir di sana menerusi laman web www.ladang.net, atau pun sekali-sekala ana contact ustaz Abdullah Osman al-Iraqi. Beliau banyak menceritakan kejadian-kejadian yang berlaku di Iraq yang tidak disiarkan oleh CNN maupun dalam berita arus perdana kita. Bahkan cerita sebenar yang berlaku ke atas beliau sendiri pun banyak yang tak betul. Berita yang dulunya gembar gembur kata beliau tak mau balik ke Malaysia adalah tidak betul tuan-tuan. Sebenarnya ust Abdullah dah dapat surat hitam putih dari kedutaan Malaysia untuk tinggal di Baghdad. Semua menteri-menteri yang pernah pergi ke Iraq termasuk Paklah, tahu kerja ust Abdullah di sana. Disamping ust Abdullah belajar ilmu hadith di Baghdad, beliau juga adalah orang yang bertanggungjawab menunjuk jalan kepada badan-badan kebajikan dari Malaysia yang nak masuk ke Baghdad bagi menyampaikan bantuan seperti ubat-ubatan dan makanan. Ya memang ada orang-orang dari badan kebajikan itu pernah masuk ke Bosnia, Somalia apa semua ni, tapi ianya berbeza kali ini di Iraq. Banyak juga negara-negara lain hantar bantuan ke Iraq, tapi yang berlaku ialah Ameika curi ambik kat depa, sikit pun tak bagi kat rakyat Iraq. Ust Abdullah sebut dia sendiri ambil gambar tentera Amerika tengah dok makan minum dari bantuan negara asing kepada rakyat Iraq dengan sewenang-wenangnya depan khalayak ramai. Dengan angkuh tentera Amerika kata, "Sapa boleh buat apa kat kami?!"…Dari sini timbul persoalan, iaitu adakah juga barang-barang kita dari Malaysia sampai kepada rakyat Iraq?…Daripada sitiuasi begini, tuan-tuan boleh jawab sendiri persoalan tersebut.

Menurut ust Abdullah, sebelum beliau ditahan pihak Amerika, memang banyak ubat-ubatan dan makanan daripada Malaysia masuk ke Iraq. Ust Abdullah dibantu oleh sahabat-sahabatnya 66 orang yang terdiri daripada para doktor bergabung tenaga bersama-sama pelajar-pelajar Univ menumpukan perhatian di kawasan-kawasan hospital dan sekolah-sekolah anak yatim. Bila kerajaan Saddam jatuh, bekalan ubat-ubatan ke hospital-hospital terputus. Jadi inilah masanya bantuan ubat-ubatan dari luar amat diperlukan. Ust Abdullah bersama-sama sahabat-sahabatnya bertungkus lumus membahagi-bahagikan bantuan ubat-ubatan kepada hospital-hospital yang teruk terputus bekalan. Jadi maknanya ust Abdullah langsung tidak terbabit dalam suasana perang. Bila berlaku keadaan macam ni, menyebabkan ust Abdullah susah untuk balik ke Malaysia. Tapi yang sedihnya kata ust Abdullah, media-media di tanahair punya "goreng" kata pihak Malaysia dah hantar kapalterbang untuk bawa ust balik, tapi dia tak mau balik. Nampak tak tuan-tuan, macamana pihak media melakukan fitnah?

Kemudian ust Abdullah cerita pula macamana boleh dia ditangkap oleh pihak Amerika. Bila Amerika tahu rumah ust merupakan tempat menyimpan ubat-ubatan dan bantuan makanan daripada negara luar, tentera Amerika pun buat spotcheck hampir 6-7 kali. Setiap kali mereka masuk, pasti ada yang kena sepak terajang. Habih semua komputer-komputer pecah kena terajang. Bila depa keriau, "Ooouuuut!"…Semua orang dalam rumah tu kena keluar, meniarap atas tanah, kena pijak kena terajang apa semua. Ust Abdullah dan sahabat-sahabatnya tetap sabar. Tapi last sekali akhirnya bila ust dapat berita Amerika akan serang rumah tersebut, cepat-cepat bantuan especially makanan dikeluarkan. Rakyat Iraq amat perlu kepada makanan. Alhamdulillah, hampir keseluruhan barang-barang bantuan dapat dikeluarkan. Tetapi akhirnya dalam kesibukan memunggah barang (last trip), tiba-tiba muncul helicopter Apache depan rumah ust. Yang kata helicopter Apache ni tuan-tuan, subhanAllah, satu ciptaan manusia yang cukup canggih. Dia boleh kesan musuh dengan begitu cepat. Dia boleh masuk kot celah-celah bangunan camtu saja. Helicopter lain tak boleh masuk, dia boleh masuk. Peluru berpandu dia cukup kuat, di luar jangkaan kita. Dari segi teknologi memang kita akui depa cukup tinggi, tapi dari segi nak berperang dengan mujahidin, depa cukup penakut.

Jadi bila Apache ada depan rumah, dengan muncung dia dok tala ready nak tembak, ust Abdullah pun keriau kat sahabat-sahabat dalam rumah, "Keluarrrr! Apache ada depan rumah!"… Ada sahabat yang lintang pukang keluar dan ada yang tak sempat. Tiba-tiba helicopter tu tembak roket, "Gedebum!"…Berkecai apa yang ada dalam rumah, termasuklah sahabat-sahabat yang tak sempat keluar. Batang tubuh depa langsung tak dapat dikesan. Ini menyebabkan ust Abdullah hilang sabar, dia mengamok lalu Amerika nak tangkap dia. Habih keliling rumah tersebut dikepung oleh kereta-kereta kebal dan helicopter. Lalu sahabat cepat-cepat bawa lari ust Abdullah kot bawah parit dan dimandikannya dengan sejenis minyak supaya sukar untuk dikesan. Inilah antara teknik yang digunakan oleh para mujahidin untuk elak dari dikesan.

Lepas tu bila ust Abdullah selamat dari kepungan Amerika, beliau pergi ke salah satu hospital di Baghdad untuk meneruskan tugasnya menolong para doktor menyelamat mangsa-mangsa perang yang tercedera. Keadaan dalam hospital sesak. Menurut ust Abdullah, prioriti diberikan kepada mangsa yang kena serpihan bom yang besar-besar dulu. Setiap pendedahan, doctor akan diberi USD10 sebagai inisatif. Lepas tu tiba-tiba dalam kelam kabut menyelenggara mangsa-mangsa kecederaan, datang berita Amerika sedang cari ust Abdullah dalam hospital tersebut. Sahabat-sahabat pun arah ust lari. Lalu ust Abdullah pun menyusup keluar dan terus lari ke arah sempadan Syria. Di sini timbul tanda-tanya dikalangan wartawan, kenapa ust Abdullah lari ikut jalan Baghdad-Syria yang merupakan kawasan mujahidin?…Adakah dia ada link dengan rangkaian al-Qaeda?…Lalu ust Abdullah jawab bahwa beliau lari ikut Syria sebab kawasan tu ada banyak kebun-kebun, rumah-rumah dan tempat-tempat perhentian. Kalau ust lari ikut jalan Baghdad-Amman yang merupakan kawasan padang pasir, senanglah Amerika nak cekup dia.     

Bila ust sampai ke sempadan Syria, datang seorang yang bernama Daud memperkenalkan dirinya. Rupa-rupanya Daud ini adalah ejen Amerika berbangsa yahudi yang menyamar dengan berpakaian macam mujahidin. Kerjanya di sempadan hanya menangkap orang-orang dikehendaki oleh pihak Amerika. Bila ust Abdullah kena tahan, maka bermulalah episod beliau dibuli habis oleh Amerika selama setahun dua bulan dalam 11 buah penjara. Antaranya termasuklah penjara Abu Ghraib. Jadi bila berita kehilangan ust Abdullah sampai kepada sahabat-sahabat di Baghdad, mereka pun mengadakan tunjuk perasaan melaungkan, "Keluarkan Abdullah dari Malaysia secepat mungkin!"…Bila palang merah tanya Amerika, di mana mereka penjarakan ust Abdullah?…Amerika buat-buat tak tahu. Padahal Amerika sorok ust dalam kontena lah, dalam peti lah, dalam jamban lah, tanam dalam tanah lah; macam-macam yang ust Abdullah al-Iraqi kena. Ini dia yang kata Amerika tu tuan-tuan, penipu besaq!

Menurut ust Abdullah, ada satu kejadian yang cukup sedih berlaku depan mata dia ketika dalam penjara. Dalam ramai-ramai dok duduk sembang dalam penjara tu, tiba-tiba Amerika bawa seorang perempuan Iraq yang pakai jilbab tutup habis di depan khalayak ramai. Penjara terbuka memang macam tu la tuan-tuan. Mereka dibiar dok sembang ramai-ramai dan dipisah dengan dunia luar hanya dengan tembok tinggi sahaja. Dari maklumat yang diperolehi, rupa-rupanya perempuan itu dalam masa 3 jam sahaja dia berjaya membunuh 9 orang tentera Amerika. Depa heret perempuan tu dalam keadaan menjerit-jerit minta tolong. Dua anak perempuan itu diletak kiri kanan panggil, "Mama! Mama!"…Lepas tu kelihatan 8 orang Amerika londeh habis perempuan tu sampai sebenang pun takdak. Penghuni penjara yang berjumlah 15000 orang time tu tak boleh buat apa-apa. Sehingga akhirnya depa tak sampai hati nak tengok, lalu mereka berpakat ambik batu, lontar ke arah tentera Amerika. Niat memang nak baling Amerika, tapi bila dah ramai-ramai baling, perempuan tu pun kena sekali sampai berdarah dia. Dah habis 8 orang pertama itu kerjakannya, datang pula 8 orang yang kedua. Begitulah seterusnya sampai 17x. Hingga akhinya perempuan itu menghembuskan nafasnya yang terakhir di situ juga.

Helicopter mula berlegar-legar di atas kepala bila lihat ramai tentera Amerika cedera kena baling batu. Peluru getah pun dihamburkan pada peringkat awal. Ratusan yang kena. Sapa kena, pasti kena jahit 3 jarum. Kemudian bila lihat keadaan semakin tak terkawal, satu lagi helicopter datang. Kali ini dia guna peluru hidup menyebabkan puluhan yang mati syahid kerana mempertahankan perempuan muslimah itu.   Peristiwa ini diceritakan dalam surat-akhbar milik Muqtaza as-Sadr.

Hangpa kenal ke sapa dia Muqtaza as-Sadr?…Ramai orang confuse dengan dia. Bila Saddam memerintah, dia lari ke Iran. Bila Saddam jatuh, dia kembali ke Baghdad bersama-sama Amerika. Mujahidin yang mati paling banyak di Baghdad adalah berpunca dari Muqtaza as-Sadr. Amerika minta bantuan Muqtaza as-Sadr untuk bunuh para mujahidin di kawasan Baghdad supaya senang mereka masuk ke Baghdad. Sebab selagi mana mujahidin ada di kawasan Baghdad, sukar untuk Amerika masuk. Ketika seluruh penduduk Baghdad bergelap takdak elektrik takdak air, menanti serangan daripada Amerika, tiba-tiba kedengaran tembakan bertalu-talu, "Tum! Tam! Tum! Tam!…"…peluru bersimpang-siur walaupun tak nampak sorang pun tentera Amerika masuk ke Baghdad lagi. Keesokan paginya tengok-tengok, ramai mujahidin syahid terbunuh. Ribuan mujahidin dibunuh oleh tentera Muqtaza as-Sadr dalam masa seminggu. Ini merupakan satu jinayah yang dilakukan oleh Muqtaza as-Sadr.

Atas jasanya itu, Amerika bagi sebuah bangunan untuk Muqtaza as-Sadr di Baghdad. Di mana bangunan itu dia buat sebagai pejabat suratkhabar yang banyak menceritakan bagaimana Saddam kena tangkap. Mula-mula banyak dia cerita pasai Saddam, kemudiannya hari demi hari, dia selit 1% cerita tentang kekejaman Amerika terhadap para tahanan dalam penjara. Dia buat cerita sebegitu hanya untuk mendapat kembali pengaruh rakyat. Tapi rakyat tau dengan sapa dia kembali. Bila dia buat cerita lebih-lebih tentang penangkapan Saddam, membuatkan Amerika marah dan kepung pejabat dia. Habis orang dia kena tangkap. Ketika itu dia isytiharkan jihad, tapi takdak sapa nak dengaq. Lalu dia pun lari ke Najaf dan Karbala sambil melaungkan "Kita kena pertahankan makam Saidina Ali", pun takdak sapa nak dengaq. Sebab itu no wonder lah Amerika boleh hentam dia di Najaf dan Karbala hanya ambik masa 15 hari sahaja. Sedangkan di Fallujah, sehingga saat ini, Amerika masih gagal untuk masuk. Berita yang CNN siarkan kata Amerika berjaya di Fallujah adalah pembohongan tuan-tuan. Kalau betul berjaya, buat apa hantar 5000 lagi tentera tambahan?…Kalau betul berjaya, untuk apa serangan udara besar-besaran dilancarkan?…Sebenarnya Amerika dalam keadaan cukup malu sekarang ini tuan-tuan.

Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah swt, mudah-mudahan Allah swt menolong mana-mana umat Islam di serata dunia ini yang sedang berusaha untuk meletakkan ugama Allah swt di atas, supaya ugama Allah tidak dihina dan dipijak-pijak oleh musuh-musuh Allah swt.  

 

...bersambung... 

 

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Mari kita sambung sebahagian lagi matan hadith ini. Daripada perbahasan yang lepas kita telah membicarakan dua daripada pintu-pintu syurga, iaitulah pintu yang diberi nama 'Babussolah' dan 'Babuljihad'. Pada kali ini kita tengok dua lagi pintu iaitulah pintu puasa (arroyan) dan pintu sedeqah.

First sekali kita tengok pintu puasa dulu. Bila berbicara tentang puasa, tak dapat tidak, pasti ayat 183 Suratul Baqarah akan diperkatakan. Ayat ini bukan diturunkan sekadar menyuruh umat Islam berpuasa, malah Allah nak bagitau bahwa ibadah puasa ini 'dah lama dah' difardukan (sejak sebelum zaman Nabi saw lagi). Sebab itu kita tak heran bila ada golongan yang diselewengkan aqidah juga turut melakukan amalan berpuasa. Saki baki jahiliyah daripada zaman Nabi sampai ke hari ini, masih ada lagi. Mereka melakukan dengan berbagai-bagai gaya dan tafsiran. Tapi for sure cara mereka tidak akan sama sepertimana yang diajar oleh Allah swt. Sebagai contoh, ada golongan yang berpuasa dengan tidak memakan benda-benda yang berdarah seperti makan sayur-sayuran sahaja. Mereka namakan amalan itu sebagai puasa. Walhal bagi kita orang Islam, Allah dah tentukan dari terbit fajar hingga terbenam matahari, tidak boleh ambik walaupun sebutir nasi maupun setitik air dan perlu mematuhi beberapa peraturan yang telah disyaratkan. Bila sebut "Allah yang tentukan" puasa untuk orang Islam, maka sudah tentulah orang Islam mendapat hikmah yang terlalu besar. Dan yang pastinya, hikmah ini tidak ada pada penganut-penganut agama lain walau betapa hebat sekalipun amalan yang mereka namakan sebagai puasa.

Bila Nabi saw sebut "sesiapa yang membanyakkan jenis puasa, ia tetap diseru dari pintu puasa", ini bermakna Nabi minta kita memfokuskan kepada puasa-puasa sunat. Hat wajib seperti puasa bulan Ramadan, itu memang kena buat. Tapi pengukur untuk kita dapat keistimewaan masuk melalui arroyan itu ialah memperbanyakkan puasa sunat. Jadi siapa yang rajin puasa Isnin/Khamis, siapa yang rajin puasa 3 hari berturut iaitu hari-hari putih (13, 14 dan 15 haribulan qamariyah), siapa yang puasa pada hari wukuf di Arafah (9 Zulhijjah), siapa yang berpuasa pada 10 Muharram (Asyuro), siapa yang puasa 6 hari dalam bulan Syawal; maka malaikat yang berdiri di arroyan akan memanggil mereka-mereka ini untuk memasuki pintu tersebut.          

Bagi kita orang Islam, puasa mendidik kita dalam banyak hal. Mari kita tengok beberapa peringatan yang boleh kita petik. Antaranya 1st sekali ialah puasa mendidik kita supaya mengekang hawa nafsu daripada menjadi rakus kepada dunia. Cuba tuan-tuan bayang, ketika kita puasa, start daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari, secara automatik benda halal jadi haram. Jadi bila benda halal pun kita terpaksa menjauhkan diri, inikan pula benda yang betoi-betoi haram?…Lagila kita tak pandang. Jadi inilah dia latihan supaya kita dapat mengekang nafsu, jangan tunduk pada dunia yang sentiasa mendugakan kita dengan segala perhiasannya seperti kuasa dan harta yang pada bila-bila saja boleh meragut iman dan aqidah kita.

Yang keduanya puasa mengajar kita supaya sabar menghadapi ujian. Teringat kata-kata Dr Yusuf al-Qardhawi, katanya, "Di antara syarat untuk Allah mencampakkan kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam ialah para pejuang itu sendiri mesti memiliki sifat sabar."…Bila tengok pihak musuh memiliki segala kekuatan dari segi materialnya, mass medianya, pengaruhnya; maka pejuang Islam kena sabar. Apa yang berlaku dalam PR ke 11 tahun sudah, kalau kita tak ada sifat sabar, pasti benda yang tak elok boleh berlaku. Sebenarnya kita tak kalah tuan-tuan. Sebaliknya kita menang. Menang dari sudut pahala kebajikan yang banyak kerana berjaya menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat. Kita bersabar dari segala serangan sebab yakin dengan janji Allah bahwa Islam akhirnya akan menang. Tapi makan masa la sikit sebab Allah sebut dalam Quran, "Kalaulah perjuangan Islam ini perjuangan yang singkat, kejap jer menang, pasti ramai akan ikut berjuang Islam. Sedangkan perjuangan Islam adalah suatu perjuangan yang jauh. Memerlukan kesabaran demi kesabaran."…Itu dia Islam tuan-tuan, bukan senang punya kerja.

Dan pintu syurga yang terakhir yang disebut dalam hadith yang dibahas ini ialah pintu sedeqah. Cuba perati ayat dalam Surah Ali Imran: 92 yang bermaksud, "Kamu sekelian manusia tidak dinamakan orang baik sehinggalah kamu nafkahkan apa yang kamu sayang…"…Tu dia tuan-tuan, Allah letak syarat pada kita kalau nak jadi orang baik. Maknanya selagi kita tak mampu nak nafkah benda yang kita sayang, kita masih belum cukup baik lagi. Ini nilainya tuan-tuan. Sebab apa Allah kata macam tu?…Sebab yang kata sedeqah ni dia benda susah. Cuba compare antara sedeqah dengan semayang, yang mana senang?…Sudah tentu semayang sebab semayang tak payah keluar duit. Ambik wuduk, masjid dah sediakan kolah. Cuaca hangat, masjid ada kipas; kalau kat area elit siap ngan acon lagi. Semua dah provided. Tapi bila mai soal sedeqah, kita kena keluarkan hak kita, ini yang kata susah tu. Duit dan harta apa semua ni manusia cukup sayang. Tapi kalau sanggup bagi kepada jalan Allah, maka dia layak untuk jadi "orang yang baik" di sisi Allah swt. Sebab itu Allah mewajibkan kita infaq ke jalanNya pada kadar masing-masing. Orang senang, cara senang. Orang miskin, cara miskin.

Dalam bab sedeqah, Allah telah meletakkan garis panduan tentang prioriti kepada siapa hendak disedeqahkan. Dalam Quran, banyak ayat yang membicarakan tentang benda ni. Antaranya ayat 177 Suratul Baqarah yang bermaksud, "…Maka mereka mengeluarkan harta yang mereka sayang kepada kaum kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, orang yang terputus dalam perjalanan, orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba, …"…Tu dia tuan-tuan, 1st sekali kita kena check kroni kita dulu. Ada tak lagi adik beradik kita yang susah?…Kalau ada, depa menjadi 1st prioriti untuk dibantu. Tapi jangan jadi macam umno. Kroni dah kenyang, dikenyangkan lagi. Ini yang tak kenanya. Kemudian yang keduanya, baru kita cari anak yatim. Yang ketiganya ialah orang miskin. Dalam M`sia, istilah miskin ialah pendapatan bulanannya RM500 ke bawah. Keempat ialah orang yang terputus dalam perjalanan. Contoh, katalah ada sorang datang ke tempat kita dari KL, tiba-tiba time dia nak balik KL, duit dia dicuri. Dalam masalah begini, kita perlu bantu dia. Kemudian yang kelimanya ialah orang yang meminta-minta. Dia mai rumah kita minta sedeqah atau minta derma untuk buat masjid/sekolah, maka ini perlu kita bantu dengan kadar yang mampu. Dan keenam ialah untuk membebaskan hamba abdi. Inilah susunan-susunannya selain yang biasa kita buat iaitu infaq kepada perjuangan Islam dan sebagainya. Nak ceritanya, apabila kita rajin bersedeqah, kita akan dipanggil dari pintu sedeqah di syurga kelak.

Dan pada bahagian akhir hadith ini, kita tengok bagaimana respon Abi Bakrin bila mendengar kata-kata Nabi saw. Abi Bakrin begitu terpegun dengan hadith tersebut sehingga bertanya kepada Nabi saw, "Adakah sesiapa yang dipanggil dari semua pintu itu?"…Malah jawab Nabi, "Ia, Ada!"…Maknanya akan ada orang yang akan dipanggil dari semua pintu-pintu tu. MasyaAllah! Hebat tuan-tuan orang yang Nabi sebut tu. Jenoh dia, tak tau mana satu pintu yang dia nak masuk. Semua pintu pakat panggil dia. Yang kita bimbang, takdak satu pintu pun yang nak panggil kita…wal`iyazubilllah. Takdak dalam senarai. Ini yang paling takut.

Okay ringkasan daripada hadith ini ialah Nabi nak suruh kita banyakkan amalan sunat. Tu saja. Jangan kita rasa dah cukup dengan semayang wajib hat 5 waktu saja. Kita kena try buat solat-solat sunat juga, especially solat sunat rawatib. Sebab dalam satu hadith lain yang statusnya sahih, Nabi kata bahwa di akhirat kelak ketika Allah menghitung solat kita, Dia akan tanya kat malaikat, adakah solat sipolan ini lengkap?…Kalau tak lengkap, Allah akan tanya lagi, bagaimana dengan solat sunatnya?…Kalau sipolan itu banyak solat sunatnya, Allah akan suruh malaikat tampung solat wajib yang tak complete tu dengan solat sunatnya. Tu dia tuan-tuan yang kata pentingnya solat-solat sunat tu.

Begitu juga dengan puasa. Jangan rasa dah cukup dengan puasa Ramadhan sahaja. Puasa sunat kena buat juga tuan-tuan. Begitu juga dengan sedeqah. Tak cukup dengan zakat saja, sedeqah pun kena rajin-rajin hulur. Pendekata, kita kena menjadi golongan yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Ini yang Nabi saw suruh.

Wallahu ta`ala `alam.

 

 

Hadith 31

Dari `Amar bin Yasir ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Sesungguhnya ada bagi Allah satu malaikat yang diberikan kepadanya kuasa mendengar ucapan hamba-hamba Allah semuanya, maka tidak ada seseorang pun yang mengucap sesuatu selawat kepada ku melainkan malaikat itu menyampaikannya kepadaku." (Bukhari dalam kitab torikhnya dan Thabarani)       

 

Hadith 32

Dari Abdillah bin Mas`ud ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Sesungguhnya ada bagi Allah beberapa malaikat yang berjalan di merata-rata bumi untuk menyampaikan salam kepada ku dari sesiapa di antara umatku yang memberi salam kepadaku, sekalipun jauh negeri orang itu dan tempat tinggalnya." (Imam Ahmad dan an-Nasa`i)

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Kedua-dua hadith ini dibawa oleh dua orang sahabat Nabi yang cukup rapat dengannya. 1 st mai kita tengok `biodata Amar bin Yasir dulu. Ayah `Amar yang bernama Yasir adalah seorang yang berasal dari Yaman dan ibunya Sumaiyah adalah seorang Negro berbangsa Afrika. Hebatnya `Amar bin Yasir ialah sebab daripadanyalah satu hukum yang dinamakan "rukhsah" boleh kita gunakan ketika dalam keadaan darurat. Ini salah satu kelebihan kepada kita, umat akhir zaman. Cerita tentang apa yang berlaku kepada keluarga Yasir ketika awal Islam memang cukup masyhur. Ayahnya Yasir, ibunya Sumaiyah dan abangnya Abdullah, kesemuanya gugur sebagai syuhada` kerana angkara Abu Jahal. `Amar juga tidak terlepas dari seksaan Abu Jahal sehingga dia digertak supaya meninggalkan ugama Muhammad saw. Dalam keadaan tidak tertanggung lagi seksaan yang diterima, akhirnya dilafazkannya bahwa dia meninggalkan ugama Muhammad. Lalu bila dia dibebaskan, bergegas dia pergi berjumpa dengan Nabi saw untuk bertanya hukum tentang dirinya. Nabi saw tanya satu saja, "Bagaimana dengan hati kamu ketika kamu sebut tinggalkan ugama Muhammad?"…`Amar menjawab, "Hatiku tetap bersama Allah. Hanya mulutku yang menyebut begitu sebab tak tahan dengan seksaan."…Bila Nabi dengar begitu, berkatalah baginda, "Wahai `Amar! Sesungguhnya engkau tidak terkeluar daripada Islam kerana engkau masih beriman kepada Allah."…Maka dari peristiwa inilah diistinbatkan hukum bahwa sekiranya diancam nyawa kita supaya meninggalkan Islam, maka kita boleh melafazkannya dalam keadaan hati tidak redha. Ketika itu, kita tidak murtad. Dikira masih beriman kepada Allah swt. Inilah pengajaran besar yang boleh diambil dari `Amar bin Yasir. Cumanya Nabi kata lagi, "Wahai `Amar, kalau kamu mati syahid, itu terlebih baik."…Maknanya kalau kita stand bertahan dengan ugutan itu, lalu kita dibunuh kerananya, maka itu adalah terlebih baik kerana mati dalam keadaan syahid.                       

Yang keduanya, kita tengok pula sahabat Nabi yang bernama Abdullah ibn Mas`ud. Beliau ini adalah seorang yang terkenal dengan bacaan Qurannya yang cukup fasih. Beliau ialah huffaz, penghafal al-Quran. Dan bacaannya adalah yang paling sedap dikalangan para sahabah radiallahuanhum ajmain. Dan Ibn Mas`ud ini juga adalah manusia yang telah dipilih oleh Allah swt di dalam Peperangan Badar untuk menceraikan leher Abu Jahal laknatullahi alaik. Lalu beliau membawa kepala yang telah dipancung itu di hadapan Nabi sambil bergembira. Bila Rasulullah melihat kepala Abu Jahal, maka terus Nabi bersabda, "Inilah dia firaun bagi umat ini!"…Maknanya apa tuan-tuan?…Maknanya watak firaun akan tetap ada sepanjang zaman. Dalam lain perkataan; dulu, kini dan selamanya akan tetap ada orang perangai macam firaun.     

Okay tuan-tuan kedua-dua hadith yang dibawa oleh `Amar dan juga Ibn Mas`ud ini menceritakan tentang fadhilat apabila mengucapkan selawat dan salam ke atas Nabi saw. Para ulama telah membahaskan untuk apa perlu kita ucapkan selawat dan salam kepada Rasulullah?…Ulama seperti Azzarul Rahman menyatakan bahwa hanya ada satu sebab sahaja iaitulah ianya sebagai satu bentuk penghargaan kepada Rasulullah saw kerana dengan hasil usaha dia lah, hari ini kita kenal risalah Allah, sehingga kita boleh bezakan antara haq dan bathil.    

Kita sebagai orang Islam beruntung kerana boleh pahala bila selawat ke atas Nabi saw. Sedangkan orang-orang yang bukan Islam, walaupun mereka boleh memberi puji-pujian kepada Nabi dalam bentuk tulisan atau ucapan, tetapi mereka tidak dapat apa-apa daripada pujian mereka itu sebab mereka belum mengucap dua kalimah syahadah. Mereka hanya boleh menulis di atas tinta-tinta sejarah yang masih kekal sehingga ke hari ini. Sebagai pengetahuan, mari kita tengok beberapa kenyataan dari orientalis-orientalis barat yang memuji Nabi saw.

i)                    Kata Stanley Lanepool ketika dia menghuraikan Fathul Mekah, katanya, "Tidak ada sejarah dalam dunia apabila seorang lelaki yang pernah dihalau dari kampung halamannya dengan dicaci maki, yang pernah dilempar najis unta di atas kepalanya, yang pernah dipulau ekonomi selama tiga tahun sehingga terpaksa menggigit daun-daun kayu kerana menahan kelaparan; tetapi lihatlah apabila insan yang berjiwa agama ini mendapat peluang dengan kuasa yang ada memasuki kota Mekah. Sepatutnya beliau boleh buat sesuka hati terhadap mereka yang pernah meludahnya, yang pernah menuduh beliau sebagai orang gila, yang menuduh beliau pemecah-belah dan macam-macam lagi. Tetapi beliau tidak mengambil kesempatan. Sebaliknya beliau masuk dengan penuh syukur kepada Allah dan hanya memecahkan berhala-berhala yang ada di sekeliling Ka`bah. Itu sahaja. Manakala seluruh manusia yang ada di kota Mekah, dimaafkannya. Inilah dia tidak ada insan lain seperti ini dalam sejarah kecualilah seorang insan sahaja yang bernama Muhammad bin Abdullah.

ii)                  Kata seorang lagi sarjana Inggeris bernama Arthur Gillman ketika mengulas tentang Fathul Mekah, "Kemenangan Muhammad adalah kemenangan agama yang benar kerana beliau menolak semua penghormatan peribadi. Bahkan beliau adalah seorang insan yang cukup merendah diri."

iii)                Kata pula Thomas Kylie, "Beliau adalah seorang yang sentiasa menepati janji, seorang yang ikhlas dan amat bijaksana. Apabila beliau berkata-kata, sentiasalah ucapan beliau memberi suatu sinar terhadap apa yang diperkatakannya. Dalam kehidupan sehariannya, beliau menampal jubahnya sendiri dan menjahit kasutnya."…Bila cerita seperti ini dihilite, teringat ana kepada Allahyarham Fadzil Noor. Pernah diceritakan oleh keluarga beliau, sewaktu hidupnya tak pernah dia suruh isterinya kak Jah basuh baju maupun iron baju dia. Dia sendiri akan buat, termasuklah pakaian anak-anak menantu dia bila depa balik kampung. Pernah sekali tu, sahabat dari celcom cerita, "Sheikh, ada dua tiga geng kami dah isi borang sebab depa tengok ust Fadzil sendiri beratur bayaq bil kat kaunter celcom."…Tu dia tuan-tuan. Mana nak cari pemimpin macam ni?…Seorang Presiden sebuah parti gerakan yang disegani di dunia boleh queue pegang bil pi bayaq sendiri. Diberitahu, jadi kelam-kabut staff-staff celcom tengok ust Fadzil beratur. Tapi bagi diri dia, it`s nothing takdak apa-apa sebab dia kira dia manusia biasa. Jadi, macamana orang tak sayang kat dia?…Sehingga ada orang masih ingat lagi kat dia walaupun dah tiga tahun beliau meninggalkan kita.

iv)                 Kata George Bernand Shaw, "Beliau adalah penyelamat bagi umat manusia."

v)                   Kata John Austin, "Muhammad adalah sumber inspirasi yang sebenarnya sebagai pemerintah negara Madinah yang menggoncang dunia."

Ini dia tuan-tuan puji-pujian yang dihamburkan oleh beberapa orang sarjana barat walaupun mereka tidak mampu untuk berselawat. Kalau depa selawat pun tak dapat apa sebab depa belum mengucap dua kalimah syahadah. Amalan mereka seperti debu-debu yang berterbangan, tidak dinilai di sisi Allah selagi mereka tidak masuk Islam. Mereka hanya boleh express dalam bentuk tulisan/ucapan. Jadi, alangkah untungnya kita umat Islam, bukan sekadar boleh mencernakan kepujian kepada Nabi saw dalam bentuk tulisan, malah boleh pahala bila berselawat ke atas Nabi saw.

Okay sekarang kita tengok perbahasan ust Halim Nasir seterusnya dalam merangkumkan kedua-dua hadith yang dibahas ini berdasarkan ayat 56 Suratul Ahzab. Ayat ini cukup popular. Selalu kita dengar especially khatib baca time khutbah Jumaat, maksudnya, "Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Mengucap selawat dan salamlah kamu kepada Nabi dengan salam yang paling baik."… Para ulama membahaskan, apa maksud Allah berselawat ke atas Nabi?…Ini adalah persoalan antara Allah dan Nabi, ulama kata ada 4 maksud. Maksud yang pertama ialah Allah amat kasihkan Nabi saw. Buktinya ialah Nabi Muhammad digelar habibullah (kekasih Allah). Sehingga Allah letak syarat, kalau kita nak kasihkan Allah, kita kena kasihkan Nabi saw dulu. Mana dalil?…Dalilnya cuba tengok Surah `Ali Imran:31. "Katalah wahai Muhammad! Barangsiapa yang ingin dikasihi oleh Allah, maka ikutlah aku (Nabi saw), nescaya kamu akan dikasihi oleh Allah swt…"

Maksud yang kedua, ialah Allah merahmati segala usaha Rasulullah, start dari turunnya ayat Quran hat 1st sekali ie ayat 1 – 5 Surah al-`Alaq sehinggalah ayat 281 Suratul Baqarah (ayat terakhir turun). Segala penat lelah Nabi selama mana dia membawa ayat-ayat Allah ini kepada umum, semuanya dirahmati Allah. Dan itulah yang akan Allah buat kepada mereka yang menuruti jejak Rasulullah saw. Manakala makna ketiga 'Allah berselawat ke atas Nabi' ialah Allah menaikkan darjat Rasulullah saw. Dah dapat pangkat 'rasul' tu kira mulia dah sebab Allah yang lantik, tiba-tiba dinaikkan statusnya lagi menjadi 'saiyyidin mursalin' (Penghulu segala rasul)…masyaAllah. Dan makna yang keempat 'Allah berselawat ke atas Nabi' ialah Allah melindungi Rasulullah saw dari perbuatan jahat manusia dan syaitan. Bila sebut Allah sentiasa melindungi Nabi, ada sahabat tanya, "Tu yang Nabi cedera teruk dalam Perang Uhud tu apa, awat Allah tak lindung?"…Inilah Allah nak ajar, itulah contoh bila berjuang. Kena maki, kena fitnah, dimainkan berbagai isu. Dalam tv, tiap-tiap hari Pas kena. Dah kalau dulu bagitau bila Pas kalah dalam PR, bermakna rakyat tolak Pas, tapi pasai apa tiap-tiap hari dok hentam Pas lagi?…Ini bermakna, Pas masih menjadi ancaman kepada pihak tertentu. Sekarang ana sebut 'pihak tertentu' sebab dilihat sekarang Pas dah ada ramai musuh. Bukan saja umno, malah geng-geng hat bawa kitab ke hulu ke hilir pun sedang mendendami Pas. Kita pun tak tau motif depa. Mungkin dah dekat nak muktamar kot. Tapi inilah reality hari ini. Takpa nanti kita cerita bab ni di lain masa.

Okay sekarang mari kita tengok pula apa makna 'malaikat berselawat ke atas Nabi'?…Para ulama kata ada dua saja makna. Makna pertama ialah malaikat pandang Rasulullah dengan penuh rasa hormat. Dan yang kedua ialah malaikat mencintainya.

Dan akhir sekali kita tengok pula, apa makna kita selawat ke atas Nabi?…Kata ulama, maknanya hanya satu sahaja iaitu untuk berdoa dan memberi pujian. Doanya ialah yang seperti selalu kita ucap selepas azan ie "minta kedudukan Rasulullah diletakkan di makam yang terpuji." Dan pujian kepada Nabi pula ialah kerana jasa baginda lah yang telah menunjukkan kita kepada Islam. Cuba tuan-tuan bayangkan macamana Nabi boleh settle pertelingkahan antara kaum Aus dan Khazraj yang memakan masa selama 120 tahun sebelum bangkitnya dalam masa begitu singkat sahaja?…Famous tak famous isu antara dua puak ini sehingga Allah rakam dalam al-Quran, kata Allah, "Kamu dahulu adalah di tepi jurang api neraka, lalu dengan kedatangan Muhammad, Allah menyelamatkan kamu."…Ini dia yang kata penyelamat tu tuan-tuan.

Kesimpulan yang boleh kita petik ialah Allah melantik malaikat untuk menyampaikan salam dari kita kepada Rasul saw. Dan kita dah tengok tadi dari ayat 56 Suratul Ahzab, bagaimana dibahaskan pengertian "selawat ke atas Nabi", iaitu 4 makna untuk Allah, 2 makna untuk malaikat dan satu untuk kita. Sekarang yang perlu kita buat ialah beramal. Jangan setakat sebut dalam semayang saja, jangan setakat sebut dalam rukun khutbah sahaja; tetapi hendaklah berterusan berselawat ke atas Nabi saw. Dengar saja orang sebut nama Nabi, on the spot lidah kita berselawat.

Wallahu `alam.     

   

 

Hadith 33

Dari Abu Hurairah ra, bahwa Nabi saw bersabda: "Sesungguhnya yang berselawat kepadaku sekali selawat, nescaya Allah limpahkan sepuluh rahmat kepadanya dengan sebab sekali selawat itu." (Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Nasaai, Imam Ahmad dan Hibban)       

 

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Hadith yang akan dibicarakan masih lagi berlegar tentang fadhilat selawat ke atas Nabi saw. Dan kali ini kita lihat adanya "rahmat" Allah disebut. Mari kita tengok apa yang dikatakan sebagai "rahmat" Allah. Cuba perati ayat 23 Surah al-`Araaf, yang di dalamnya ada satu doa yang selalu kita sebut selepas solat. Maksudnya, "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Dan jika sekiranya Engkau tidak mengampunkan kami di atas kezaliman yang telah kami lakukan, dan jika sekiranya Engkau tidak memberi rahmat kepada kami, maka nescaya kami akan termasuk dikalangan orang-orang yang rugi di sisi Allah swt."…Ayat ini dirakam Allah ketika Nabi Adam as berdoa dan merintih apabila dia dikeluarkan dari syurga. Dari doa ini kita boleh lihat betapa pentingnya yang kata "rahmat" Allah tu. Sehingga disebut rugi sekiranya kehidupan kita tidak dirahmati oleh Allah swt.

Dalam tafsir asy-syahid Sayyid Qutb rahimallahu ta`ala berkata bahwa "rahmat" itu adalah gabungan dari dua asma` Allah iaitulah ar-Rahman dan ar-Rahim. Sebab itu kita pernah dengar adanya malaikat yang jaga alam rahim dalam perut ibu sebab di situ adalah antara area yang dirahmati Allah. Disebut alam rahim sebab dengan kasih sayang Allah lah, janin kita yang diberi dengan berbagai-bagai nama sainsnya seperti embriyo, zigot   dan sebagainya, dapat makan dan dapat bernafas. Maknanya apabila berlaku sahaja persenyawaan, maka kasih sayang Allah tertumpah; tak kira samada dalam perut ibu muslimah maupun yang bukan Islam.

Apa lagi tuan-tuan nak cerita pasai "rahmat" ni?…Oh ya, cuba tuan-tuan perati kat batu nisan orang mati. Tertera tulisan "sipolan bin/binti sipolan telah kembali ke rahmatullah". Nampak tak tuan-tuan; mungkin orang hat mati tu jahat macam firaun, sembahyang tak pernah, puasa jauh sekali, tapi bila mati saja dia, pasti "rahmat" Allah yang dicarinya juga. Sebab itu disebut "Allahyarham" bermaksud semoga Allah merahmatinya, atau "Almarhum" bermaksud yang dirahmati, kepada orang yang meninggal dunia. Maknanya, dari dalam perut mak sampailah ke kubur, tak boleh putus dari rahmat Allah swt.

Dalam Quran pun begitu banyak contoh-contoh yang telah Allah bentangkan kepada kita menceritakan tentang "rahmat"Nya. Salah satunya kita boleh refer dalam Surah al-Kahfi, dimana dalam surah ini Allah menceritakan tentang bagaimana tujuh orang pemuda yang berani menegur pemerintah yang zalim. Ganjaran cukup besar tuan-tuan kalau kita dibunuh apabila berani menegur pihak pemerintah. Cuba rujuk satu hadith riwayat al-Hakim yang disahihkan oleh adz-Dzahaby, begitu juga al-Albani di dalam Silsilah ash-Shahihah. nombor 374. Hadith itu berbunyi, "Penghulu bagi orang yang mati syahid di dalam syurga ada dua golongan. Yang pertamanya ialah Hamzah bin Abdul Muthalib radiallahuanhu. Dan yang keduanya ialah seseorang yang berdiri dihadapan pemerintah yang zalim, lalu mengajak pemerintah kepada amar makruf nahi mungkar, tiba-tiba dia mati dibunuh kerana ajakannya itu maka dia adalah saiyyidul syuhada`."…Inilah yang dibuat oleh as-habul Kahfi terhadap pemerintah mereka seperti yang disebut dalam ayat 14 Surah al-Kahfi, kata Allah, "Dan ingatlah! Ketika tujuh orang pemuda itu berdiri di hadapan raja yang zalim, lalu mereka berkata: Tuhan kami adalah Tuhan yang menguasai langit dan bumi, dan sekiranya kami mengucapkan perkataan   yang lain daripada ini, nescaya kami akan menyeleweng dari jalan kebenaran."…Maknanya apa tuan-tuan?…Maknanya ialah ia telah menjadi suatu fitrah bahwa apabila kebenaran disampaikan, maka tunggulah akan datangnya ujian dan cabaran. Inilah yang berlaku kepada as-habul Kahfi. Mereka diburu oleh raja yang zalim sehingga lari ke sebuah gua. Cerita seterusnya mungkin semua kita dah tau kot. Tapi ada satu benda yang ana nak bagitau di sini, iaitu sebelum mereka membaringkan diri masing-masing dalam gua itu, ada satu benda yang mereka buat. Apa yang depa buat tuan-tuan?…Takdak benda lain yang depa buat melainkan meminta doa kepada Allah sepertimana yang dirakam oleh Allah dalam ayat 10 Surah al-Kahfi. Mereka tidak minta supaya malaikat turun dari langit untuk menjaga pintu gua untuk mereka. Tetapi yang mereka minta ialah diturunkan "rahmat" kasih sayang dari Allah kerana mereka tahu bahwa itulah saja yang boleh menyelamatkan mereka. Jadi yang mereka boleh tidur selama 309 tahun itu ialah sebab mereka tidur atas "rahmat" Allah. Nampak tak tuan-tuan, betapa besarnya "rahmat" kasih sayang Allah swt ke atas makhlukNya.

Apa lagi tuan-tuan nak cerita pasai "rahmat" Allah?..Okay mai kita tengok satu lagi hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim rahimallahu ta`ala tentang kemasukan manusia ke dalam syurga Allah. Maksud hadith tersebut berbunyi, kata Nabi saw, "Seseorang diantara kamu tidak akan dapat memasuki syurga Allah hanya kerana amalan kamu…"…Tu dia tuan-tuan, apa dah jadi?…Nabi kata kita semua tak boleh masuk syurga kalau semata-mata bersandarkan kepada amalan. Maknanya, kita bukan masuk syurga kerana kuat semayang, bukan kerana berani berjihad, bukan kerana rajin berpuasa, bukan kerana haji umrah. Habih kerana apa?…Nabi kata, "Tetapi kamu boleh masuk syurga adalah kerana rahmat Allah swt."…Tu dia tuan-tuan. Sebab itu dalam ilmu tasawuf, kalau kita bergantung pada amalan untuk dapat pahala, masih dianggap biadap dan kurang sopan kepada Allah swt. Contohnya bila kita bubuh dalam mindset kita semayang untuk dapat pahala, maka di sisi ulama tasawuf, menganggap apa yang kita lakukan itu masih tidak beradab kepada Allah swt. Bagi kita orang awam yang imannya nipis tara tu ok dah dari tak semayang langsung. Tapi bukan kepada para ulama yang setiap perbuatan mereka bukan berkehendakkan pahala sebab pahala apa semua tu adalah hak Allah. Yang mereka hendak ialah rahmat Allah. Tapi yang kata "amalan" tu tetap kena beramal juga sebab ianya menjadi matlamat penciptaan kita bersama-sama dengan kaum jin. Sepertimana kata Allah dalam Quran, "Tidak Aku cipta jin dan manusia melainkan kena menyembah Aku!"…Ini dia yang kata "amalan" tu tuan-tuan. Dia bukan untuk masuk syurga, sebaliknya hanya sebagai penzahiran matlamat penciptaan manusia. Tu saja.

Okay kita dah bincang apa dia yang dikatakan "rahmat". Cumanya sekarang, bagaimana caranya nak mencapai "rahmat"?…Salah satu caranya ialah seperti yang diajar Nabi dalam hadith yang dibahaskan kali ini iaitu hanya dengan berselawat ke atas Nabi sekali sahaja, Allah bagi kat kita 10 rahmat. Tabarakallahu ta`ala. Punyalah baiknya Allah.

Lagi satu jalan nak dapat "rahmat" Allah, cuba tuan-tuan tengok Surah al-Baqarah:218. Dalam ayat ini Allah sebut ada tiga jalan. Yang pertamanya, dengan hanya beriman sudah diberi "rahmat" Allah. Yang keduanya, dengan berhijrah meninggalkan maksiat pun dapat "rahmat". Dan yang ketiganya ialah dengan cara berjihad di jalan Allah dengan nyawa, harta, pemikiran dan sebagainya juga turut diberi "rahmat". Ini dia tuan-tuan, nak bagitau pentingya "rahmat" dalam kehidupan kita. Kalau takdak campurtangan "rahmat" dalam kehidupan seharian, kita akan rasa tak tenteram, jiwa gelisah, mengaji Quran tak sedap, buat apa pun tak sedap. Contoh orang yang hidup mereka penuh "rahmat" selain dari Rasulullah saw, takdak lain, ialah para sahabat radiallahuanhu. Lihat saja Saidina Umar al-Khatab bila dijemput ke kota al-Quds (Baitul Maqdis) setelah berjaya dibebaskan oleh Abu Ubaidah Amir al-Jarrah dari tangan tentera salibiyah. Dia pi ke sana tu bukannya naik kuda atau unta, tapi naik baghal saja. Baghal time tu kira takdak kelas punya kenderaan. Nampak tak tuan-tuan, ini dia hidup yang dirahmati Allah . Dia tak peduli apa orang nak kata, sedangkan dia tu khalifah. Bukannya dia parking baghal tu jauh-jauh tak bagi orang nampak. Malah dia terus tarik tali baghal tu sampai ke depan pintu kota Baitul Maqdis yang ketika itu dipenuhi oleh orangramai yang sedang menanti ketibaannya. Abu Ubaidah tak terkata apa sebab dia kenal sangat dengan perangai Omar. Selepas menyaksikan penyerahan kunci kota Baitul Maqdis, maka bangunlah Saidina Omar memberi ucapan masyhurnya, kata Omar, "Kita orang Arab dimuliakan oleh Allah kerana kita berpegang kepada Islam. Sebaliknya kalau kita mencari selain dari Islam, kita akan dihina oleh Allah swt."…Tu dia tuan-tuan, hebatnya ucapan orang yang hidupnya diberkati Allah, sehingga matinya juga dirahmati Allah.   

Wallahu `alam

 

Hadith 35

Dari Ibn Mas`ud ra, bahwa Nabi saw bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari qiamat ialah orang lebih banyak selawatnya kepadaku." (Tirmizi)        

 

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Hadith yang akan dibicarakan kali ini adalah berkenaan elemen yang boleh membantu kita di Padang Mahsyar. Kita semua kan tahu hari qiamat iaitu hari yang disebut oleh ribuan ayat tentangnya di dalam al-Quran ialah hari yang tidak ada siapa yang sudi menolong kita. Firman Allah dalam Surah `Abasa:34-36 yang bermaksud, "Pada hari itu, saudara mara lari meninggalkan saudaranya, ibu dan ayah lari meninggalkan anak-anak mereka, begitu juga anak-anak lari tidak pedulikan ibubapa mereka, suami lari meninggalkan isterinya, begitu juga isteri tidak lagi mempedulikan suaminya,"…Inilah dia qiamat. Hari yang paling ditakuti oleh sekian para nabi dan rasul alaihimassalam tuwassalam. Contohnya cuba tengok doa Nabi Ibrahim as dalam Surah asy-Syu`arak:87 yang bermaksud, "Dan janganlah aku dihina pada hari kebangkitan,"…Nampak tak tuan-tuan, Nabi Ibrahim pun gerun dengan hari qiamat. Walaupun diberi gelaran "Khalilullah" (teman rapat Allah), tapi masih bimbang dia. Berjuang dia sampai kena humban dalam api. Macam tu pun Allah nak hina dia ka?…Tapi itulah yang didoanya. Sebab itu, doa para nabi ni kita kena memorize selalu untuk dijadikan sebagai doa harian sebab apa yang depa sebut tu atas bimbingan wahyu dari Allah. Bukan saja-saja seronok sebut.

Kemudian disebut sikit gambaran Qiamat pada ayat seterusnya ie ayat 88 Surah asy-Syu`arak. Allah kata, "Pada hari itu tidak berguna lagi harta benda dan anak pinak,"…Nampak tak tuan-tuan, Allah sebut harta dulu kemudian baru anak pinak. Inilah dia sunnah al-Quran. Allah sebut begitu sebab Dia tahu manusia sayang lebih kepada hartanya daripada anak-anak. Kita pernah baca kan dalam internet hari tu tentang cerita anak kecik dibelasah makbapak sendiri sampai last sekali hilang tangan si anak kecik tu hanya sebab dia pi guris kereta bapak dia yang baru beli?…Semua dah bacakan cerita tu?…Inilah sebabnya Allah kata manusia ni lebih sayangnya harta dari anak. Dan ayat seterusnya (ayat 89) Allah kata, "Yang nak selamat (pada hari qiamat) ialah orang yang datang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera."

Okay sekarang kita tengok pula doa Nabi Yusuf as yang dirakam Allah dalam Surah Yusuf:101 yang ada hubung-kaitnya dengan hari qiamat. Nabi Yusuf kata, "Ya Allah! …Engkaulah pelindungku dunia dan akhirat. Wafatkanlah aku sebagai seorang Muslim dan kemudiannya tolong hubungkan aku dengan orang-orang yang soleh."…Tu dia tuan-tuan yang kata Nabi Yusuf tu. Walaupun dia dah nabi, tapi kebimbangannya pada hari qiamat tetap ada sehingga dia berdoa kepada Allah untuk diconfirmkan mati sebagai muslimin dan seterus dikumpulkan bersama orang baik-baik. Ini dia cerita Qiamat tu tuan-tuan yang semua makhluk takut.

Dalam hadith yang disebut di atas, selain sebut tentang Qiamat, Nabi juga sebut tentang "syafaat". Apa yang kata "syafaat" tu tuan-tuan?…"Syafaat" dalam bahasa kampung mudah fahamnya ialah boleh tolong orang lain. Manakala dalam istilah Islam pula, "syafaat" itu bermaksud suatu keizinan yang Allah berikan kepada beberapa jenis manusia di Padang Mahsyar untuk tolong orang lain ketika kalutnya pada hari itu. Nak tau jenis manusia yang diberi lesen oleh Allah untuk tolong orang lain, tuan-tuan boleh rujuk Surah an-Naba`:38. Pada akhir ayat tersebut Allah kata, "Orang yang diberi keizinan itu ialah di dunia lagi Allah dah redha dengan ucapan-ucapan dan perbuatan mereka."…Maka disebut dalam suatu hadith Nabi saw, yang dimaksudkan dengan "orang yang Allah redha dengan ucapan dan perbuatan mereka" adalah tiga jenis. Yang pertamanya ialah al-anbiya` (nabi-nabi dan rasul-rasul). Keseluruhan nabi dan rasul berjumlah 114000. Ada yang nama mereka disebut dalam Quran dan ada yang tidak. Dan yang keduanya ialah al-ulama`. Dari sudut lughah, alim ulama bermaksud orang yang banyak ilmu. Contohnya, seorang yang mahir dibidang engineering, kita boleh panggil dia sebagai ulama di bidang kejuruteraan. Jadi dari sudut Islam, alim ulama ialah orang yang reti nak differentiate halal haram, orang yang reti hukum hakam. Sehingga disebut dalam hadith Abu Nuaim yang diriwayatkan oleh Tirmizi, kata Nabi saw, "Kalau dua jenis manusia ini baik, maka rakyat juga akan baik. Tapi kalau kedua-duanya lingkup, maka rakyat pun turut lingkup. Mereka ialah ulama` wal umara`."…Nampak tak tuan-tuan, Nabi letak ulama` dulu baru umara` (pemerintah). Itulah tingginya nilai ulama`. Yang terpaksa menghadapi ujian, cabaran dan makian daripada masyarakat. Ucapan mereka amat suka dikontroversikan. Begitulah juga dengan tindakan mereka yang seringkali disalah-tafsirkan. Inilah dia yang kata ulama` tu tuan-tuan. Yang terpaksa menempuh laluan yang begitu sukar dalam nak menerangkan Islam kepada masyarakat. Sebab itu, ulama` juga akan diberi lesen untuk memberi syafaat pada hari qiamat. Dan yang ketiganya ialah asy-syuhada` (orang yang mati syahid). Tiga golongan ini saja yang boleh bagi syafaat kepada orang awam macam kita ni di hari qiamat.

Dan dalam hadith yang lain, Nabi sebut bahwa orang yang untung mendapat syafaat dari Rasulullah saw ialah orang yang mengucapkan "Lailahaillallah" dengan ikhlas. Point yang nak bagitau di sini ialah apa bezanya antara khalu (ucapan) "Lailahaillallah" dan ahli   (orang yang mengerti) "Lailahaillallah"?…Perbezaannya ialah kalau sekadar khalu "Lailahaillallah" sahaja, masih tak selamat; nak selamatnya kena jadi ahli "Lailahaillallah". Sebab disebut dalam hadith riwayat at-Tabarani bahwa Nabi saw bersabda, "Barangsiapa yang mengucapkan Lailahaillallah dengan penuh keikhlasan, dia masuk syurga."…Maka sahabat tanya, "Apa dia yang kata ikhlas tu ya Rasulullah?"…Lalu Nabi jawab, "Ikhlas itu ialah engkau memagari kalimah itu (Lailahaillallah) dengan setiap yang diharamkan oleh Allah."…Maknanya bila mengucap "Lailahaillallah", maka on the spot kena mengharamkan yang haram dan menghalalkan yang halal, baru boleh masuk syurga. Jangan jadi macam ustazah hat Baling nu tuan-tuan, yang menghalalkan kerja lacur dalam keadaan darurat. M`sia darurat ka la ni kita nak tanya?…Mana ada. Banyak kerja lain lagi aih kat bumi M`sia bertuah ni dari pi jadi pompuan jalang tu buat apa. Ni yang kata "dok tak duduk, pi buka pekung seniri". Nampak tak tuan-tuan, depa (baca:umno) ada rancangan, Allah pun ada perancanganNya. Rasa ana, Allah buatkan Dr Mashitah silap jawab. Tu saja. Sebagai seorang ilmuwan agama, takkan dia tak tau kot kerja yang membabitkan zina tu haram. Dia tau, tapi dia tersilap jawab persoalan yang diaju dalam harian metro tempohari. Cumanya sekarang yang jadi persoalan susulan ialah kenapa Dr Mashitah tak keluar sebarang kenyataan untuk menjawab kutukan yang dia kena dari segenap penjuru, atau atleast dia tarik balik kesilapannya itu?…Inilah dia yang kata egoism tu tuan-tuan. Bila dah ada nama apatah lagi pangkat, isu sebegitu besar hanya dipandang remeh kalau tidak ada apa-apa kepentingan duniawi.

Sebab itu tuan-tuan kita kena bersama dengan ulama` yang bercakap secara ikhlas, yang tidak ada kepentingan duniawi dalam kepala otak depa. Ulama` macam ni kita kena jadikan rujukan, apatah lagi dia boleh beri syafaat untuk kita di hari akhirat kelak. Bukannya apa tuan-tuan; nak harapkan muka macam kita nak pi mati syahid, perghhhhhhhhh!…tak nampak jalan tuan-tuan, penakut nak mampoih. Dengaq saja bunyi siren, kira cari selipar, nak belah. Walhal ambulan yang mai, bukannya Fru. Nak mati syahid apa macam tu punya gaya?…Sebab itu, muka macam kita ni kena cari tok-tok guru, alim ulama`. Kena pi mengaji kat depa. Mudah-mudahan alim ulama` boleh bagi syafaat kat kita sebagai anak murid dia.   

Okay yang kata "syafaat" ni, dia ada banyak katogeri. Pertama ialah syafaat yang boleh melepaskan sengsara di Padang Mahsyar. Kedua ialah syafaat untuk memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa dihisab. Ini adalah hak Rasulullah saw sebab dia boleh cam orang jenis macamana yang bawa pi kat titian sirat, terus melintas macam kilat menuju ke syurga. Golongan jenih ni, takdak sapa boleh dakwa apapun kat depa. Dan jenih syafaat yang ketiga ialah boleh bawa keluar orang yang ada dalam neraka. Ketiga-tiga jenih syafaat ni adalah hak Nabi saw. Manakala bagi para syuhada`, mereka boleh mensyafaatkan kepada 70 ahli keluarganya yang berdosa. Dan para ulama` pula, mereka boleh memberi syafaat kepada anak-anak murid mereka ketika dihisab. Memang Allah tetap akan tanya, tapi insyaAllah, ringan. Dalam Quran sebut "hisaban yasiro". Allah tetap tanya, umur muda kita buat apa, harta kita ambik dari mana dan dibelanjakan ke jalan mana, tapi just simple-simple question saja sebab dah jadi geng-geng alim ulama` yang dipimpin Nabi saw….Alaaah, macam interview nak minta kerja juga la tuan-tuan. Especially dalam open interview, kalau interviewer tu dah ada orang, dah jumpa dengan calon yang mempunyai kriterea yang dikehendaki, maka hat interviewee lain-lain yang sedang tunggu giliran tu kira naya la tuan-tuan. Bukan orang lain, ana seniri pernah kena. Bayangkan, ana minta bahagian engineering, tapi yang dimintanya kita cerita apa yang ada di sebuah pulau yang tak pernah berpenghuni. Apa kejadah tu. Nampak tak tuan-tuan, saja si interviewer nak pekena kita. Hangpa tau apa aku buat?…Ana bangun, minta balik fail particular ana yang si sheikh interviewer tu tengah dok perati, sekali dengan fotostat-fotostat pun ana minta balik sebab nak print apa semua tu kena duit jugak tu, and pastu ana sound kat dia, "Apa encik ingat I ni tourist guide ka? Buang masa saya saja."…Pastu dengan ayaq tu ana angkat kaki. Tapi lain la kalau ada "orang dalam" yang dah rekomenkan kita. Emmmpphhh, soalan tanya kira very-very simple saja, "What is ur father name?"…Walhal nama kita lepas bin tu, nama bapa kita la tu. Dia tau dah, tapi saja tanya. Lepas bagitau nama bapa kita, dia pun kata, "Okay boleh balik, tunggu surat dari kami."…Sah dapat dah tu tuan-tuan. Tu dia yang kata recommendation tu. Sama la juga dengan para ulama` ni tuan-tuan. Recommendation (syafaat) daripada mereka amat kita perlu untuk melepasi check-point mizan yang pasti kita akan kena juga tuan-tuan sebab muka macam kita memang tak layak masuk syurga tanpa dihisab. Dengan adanya recommendation dari Nabi ataupun ulama`, insyaAllah, hisabnya mudah. Dapat hat tu pun jadilah. Takla teruk kena tanya hat bukan-bukan sehingga boleh terhijab aib kita. Nauzubillah.

Jadi kesimpulannya, antara jalan nak dapat syafaat dari Nabi saw, kenalah berusaha memperbanyakan selawat ke atasnya. Bila kata memperbanyakan selawat, bukan makna lepas solat saja boleh selawat, malah at anytime boleh. Tengah drive, tengah jalan, tengah relax semuanya boleh. Jangan lepas peluang ini tuan-tuan. Timbul persoalan; ada sahabat tanya, "Ya Rasulullah, di Padang Mahsyar nanti macamana kamu nak kenal umat yang berselawat ke atas kamu?"…Selain perkhabaran dari malaikat, Nabi kenal kita melalui kesan wuduk di tubuh kita. Sebab itu, ketika berwuduk diwajibkan meratakan air keseluruhan anggota wuduk. Buat betoi-betoi sebab di akhirat nanti anggota wuduk akan bercahaya, maka senang Nabi kenal. Bab ini ada ulama` bahas. Sehingga menjadi sunnah Nabi, berwuduk waktu nak tidor. Lalu ada muslimah tanya, "Kalau tak kawin takpa la. Kami hat kawin ni jenoh amik wuduk kalu lagu tu. Dapat pulak suami hat jenih powerroot punya."…Laaa…hat kawin tu memang la bila masuk tidoq tu habih batai wuduk dah semua. Jangan dok pi keraih semacam pulak tak mau layan suami pasai nak jaga wuduk tu. Kalau nak keraih, kerat dua katil tu lagi baguih. Jangan la pi faham hadith "ambik wuduk sebelum tidur" tu secara betoi bendoi gitu saja. Yang nak sebutnya ialah ia menjadi sunnah Nabi saw ambik wuduk ketika nak tidoq. Tu saja.  

 Allahu`alam.                              

20/07/05

 

Hadith 38

Dari Anas ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan dua malaikat untuk menulis segala apa yang dilakukan atau dituturkan oleh seseorang hambaNya (satu di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya); kemudian apabila orang itu mati…maka Tuhan perintahkan kedua malaikat itu dengan firmanNya: 'Hendaklah kamu berdua tinggal tetap di kubur hambaKu itu serta hendaklah kamu mengucap tasbih, tahmid dan takbir hingga ke hari qiamat, dan hendaklah kamu menulis pahalanya untuk hambaKu itu.'" (Abu ash-Shaik dan Tabarani)

   

Dan pada satu atsar, ada disebutkan bahwa kedua malaikat itu melaknat si mati hingga ke hari qiamat   - jika ia seorang kafir.    

 

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Dalam perbincangan kali ini, sekali lagi Rasulullah saw menyebut tentang sebahagian lagi tugas para malaikat. Iaitu tentang tugas dua malaikat yang diperintahkan oleh Allah untuk berada di sebelah kanan dan di sebelah kiri manusia. Dan tugas mereka tidak lain melainkan mencatit segala ucapan dan perbuatan yang dilakukan oleh manusia. Dalam hal ini, tuan-tuan boleh rujuk dua ayat dalam al-Quran untuk direlate dengan hadith yang kita bincang kali ini.

Yang pertamanya adalah dalam Surah Qaaf:18 yang bermaksud, "Tidak ada suatu lafaz (termasuk perbuatan) yang diucapkan oleh seseorang melainkan Kami letakkan di sisi mereka dua malaikat, Raqib dan `Atid." …Sehingga ulama` sebut sewaktu kita merintih sakit sebut "Aduih!", pun dicatit oleh Raqib dan `Atid. Jadi, apatah lagi ucapan-ucapan yang menghina Islam?…Pasti akan dicatit oleh malaikat.

Yang keduanya ialah dalam Surah al-Infithaar:10-12 yang bermaksud, "Dan ke atas kamu adanya hafizin (penjaga-penjaga), itulah malaikat kiroman katibin (yang mulia lagi menulis), mereka tahu apa yang kamu buat." …Yang kata "kiroman katibin" tu ialah sifat malaikat, bukan nama malaikat. Nama malaikat yang mencatit amalan kita sudah disebut Allah secara khusus dalam Surah Qaaf:18 tadi, ie Raqib dan `Atid. Jadi makna "kiroman" ialah yang mulia. Mulia macamana yang kata malaikat tu tuan-tuan?…Mulianya para malaikat ialah kerana tak reti nak bantah Allah. Kalau sujud, dia sujud terus sampai qiamat. Kalau rukuk, dia rukuk terus sampai qiamat. Itu yang Nabi saw lihat sewaktu baginda mikraj, sehingga diambil perbuatan-perbuatan malaikat itu untuk dijadikan sebagai amalan dalam sembahyang kita. Dan makna "katibin" ialah menulis. Menulis segala apa yang kita buat, termasuklah mengundi. Sebab itu, mengundi mana ada rahsia. Hangpa pangkah umno/bn, malaikat tau. Depan Allah, hangpa jawab la nanti pasai pi pilih golongan yang berpura-pura pi jadi pemimpin…nauzubillah.

Okay, cuba perati sekali lagi hadith yang kita bahas kali ini. Nampak tak tuan-tuan, ia   berhubung dengan soal kubur. Jadi, mana mungkin ada segolongan manusia yang menganggap diri mereka sebagai ahli fikir Islam boleh menolak wujudnya alam kubur?…Kalau tuan-tuan rajin surfing dalam internet especially dalam e-group yang berlambak-lambak tu, tuan-tuan akan jumpa dengan golongan yang dikatakan sebagai bijak-pandai macam ni. Depa ni punya la banyak pikiaq sampai ada yang pertikaikan betoi ka ada malaikat duduk kat kiri-kanan kita sambil menulis?…Depa dok pikiaq, macamana yang kata malaikat menulis?…Depa ingat macam manusia menulih kot. Sampai tara tu tuan-tuan depa punya pikiaq. Ana pernah camdek kat puak-puak yang perasan sebagai ahli fikir ni, ana kata, "Hangpa punya la banyak sangat pikiaq sampai jadi bodo!"…Ana kata macam tu sebab depa dah lupa bahwa Allah letak "allazi nayukminu na bil ghoib" sebagai syarat muttakin yang pertama. Maknanya, ayat awal dalam Surah al-Baqarah:3 itu adalah syarat ketaqwaan yang pertama untuk muncul menjadi generasi rabbani, iaitu beriman kepada benda ghoib yang disebut dalam Quran dan hadith Nabi saw. Tu dia duduknya tuan-tuan.

Tetapi kalau nak sembang dari sudut logik akai, ana rasa teknologi masa kini telah pun menjawab persoalan "macamana malaikat menulis dan kemudiannya bentang di Padang Mahsyar" . Malah teknologi telah membenarkan apa yang Quran dan hadith sebut berkenaan persoalan ghoibiyah. Tuan-tuan tahu kan apa itu cd-rom?…Bukan kata dah tahu, malah sekarang ini tiap-tiap hari kita guna dia. Ia adalah sejenis piring yang boleh ditulis program komputer di atasnya dalam bentuk byte. Samada nak tulih ayat-ayat Quran, nak tulih lagu-lagu rock atau nak tulis apa saja, semuanya dalam bentuk byte. Lepas tu kita bubuh cd tu dalam cd-player, kita akan dengar apa saja yang ditulis atas cd itu dalam bentuk audio pula. Tu dia tuan-tuan yang kata teknologi tu. Mula-mula dalam bentuk byte, pastu boleh transform jadi audio…masyaAllah. Cuba kita pegang perati tengok kat permukaan cd tu, nampak tak yang kata byte kat atas cd tu?…Takdak nampak apa pun aih!…Tapi kita percaya tak adanya byte atas cd tu?…Ya, kita percaya dan ianya ditulis dengan menggunakan digital sistem. Ilmu matematik dengan ilmu digital bukan sama tuan-tuan. Dalam matematik, 1 + 1 = 2. Tapi dalam ilmu digital, 1 + 1 = 10. Dia bukan sepuluh, dia disebut one zero ie logic hi dan logic lo. Lepas tu, ada pula or gate, nor gate, and gate, nand gate, segala jenih gate ada dalam digital sistem termasuk gate keretapi sekali. Ini dia teknologi hari ini tuan-tuan, yang semua orang boleh terima kewujudannya samada rom, ram, prom, eprom atau apa saja access dalam digital teknologi walaupun kita tak nampak pun semua benda tu. Jadi, sama lah juga dengan apa yang Nabi saw sebut "malaikat menulis amalan manusia", memang ia juga wujud, so pasai apa nak ragu?…Nampak tak tuan-tuan, hari ini teknologi telah membenarkan Islam yang diajar oleh Nabi saw.

Antara prinsip yang boleh di"relate"kan dengan kepercayaan "malaikat menulis amalan manusia" , ialah seperti hadith yang Nabi saw ajar dalam sabdanya yang bermaksud, "Siapa yang mengaku beriman kepada Allah dan hari kemudian, hendaklah dia bercakap benda baik sahaja atau mendiamkan diri itu lebih bagus."…Nampak tak tuan-tuan; releven tak hadith ini dengan hadith yang menjadi perbahasan kali ini?…Releven kan. Nabi sebut macam tu sebab nak bagitau bahwa malaikat akan start mencatit amalan kita sejak kita mencapai umur yang boleh memikul dosa sendiri (semenjak kita ditakhlifkan dengan ibadah). Setiap catatan mengenai ucapan dan perbuatan akan di save dalam file peribadi masing-masing. Dan semuanya akan dibongkar kembali di depan Allah melalui malaikat yang memegang tugas menyimpan file-file peribadi semua manusia. Jadi, bila kita dengar macam ni punya berita, apa yang perlu kita buat selepas ini ialah kita kena pastikan apa saja ucapan dan perbuatan kita hanya berkait dengan benda baik sahaja. Dan dalam masa yang sama, cuba sedaya upaya menghindarkan diri dari buat benda yang tak elok, sebab ia juga akan dicatit dan gerenti akan menyusahkan kita di Padang Mahsyar kelak. Tapi kalau terbabas juga dah buat benda tak elok, make sure cepat-cepat minta ampun dengan kadar segera.

Dalam Quran Allah sebut, "Tidak ada ucapan yang paling baik sekali melainkan ucapan yang menyeru kembali kepada Allah…"…Ini dia yang kata kerja dakwah. Tapi please tuan-tuan, kerja dakwah menyeru masyarakat kembali kepada Allah, bukan semata-mata terletak atas bahu tok-tok guru dan ustaz-ustaz sahaja. Malah semua yang mengaku sebagai Islam,   menjadi fardu ain untuk memikul tanggungjawab ini. Tak kira di mana saja kita berada, kita kena try sebarkan kebenaran yang ada dalam Islam dengan kemampuan yang ada pada kita. Sebab apa?…Sebab semua benda baik yang kita lakukan itu akan dicatit oleh malaikat. Kalau kita tak mampu menggunakan kepetahan dalam berkata-kata, kita boleh try tarik orang dengan cara penulisan atau dengan show-up perbuatan amalan kita. Kita kena berstrategi. Macam matematik juga tuan-tuan, solution boleh didapati melalui pelbagai cabang jalan. Banyak teknik boleh kita gunakan untuk menarik masyarakat kembali kepada Allah. Tapi kerja ni bukan kerja senang. Walaupun begitu, Allah tetap suruh kita lakukan seperti firmanNya dalam Surah al-Balad:11-16, yang menyuruh kita rebut buat amalan baik walaupun terpaksa menghadapi kesulitan.

Mari kita tengok ayat 11-16 dalam Surah al-Balad. Kalau kita kaji ayat-ayat ini, kita akan dapati betapa indahnya ayat Quran ciptaan Allah. Tengok ayat 11, Allah kata apa?…Allah kata, "Fa laq` tahamal `aqobah,"…Kalau nak translate secara zahir, makna ayat tu jadi "kenapa kamu tak mahu mendaki bukit?"…Sedangkan ulama menyatakan bahwa maksud ayat itu dari pemahaman para salafussoleh ialah "kenapa kamu tidak mahu beramal dengan amalan yang susah seperti susahnya mendaki bukit?"…Ini dia tuan-tuan yang kata indahnya bahasa al-Quran tu. Dan nampak tak tuan-tuan, apa yang Allah suruh kita buat?…Allah suruh kita buat benda baik walaupun ada halangan dan kesulitannya. Itu maksud ayat tersebut.

Kemudian dalam ayat 12, Allah tanya kita, "Tahukah kamu, apakah amalan yang susah seperti daki bukit itu?" …Amalan pertama yang kata susah tu, Allah bagitau kat kita pada ayat 13, "Iaitulah memerdekakan hamba abdi."…Susah tak nak membebaskan hamba abdi?…Susah tuan-tuan, lihat sejarah bagaimana Saidina Abi Bakrin bebaskan Bilal ibn Rabah. Terpaksa Abi Bakrin mengeluarkan duitnya sendiri untuk membayar kepada Umaiyah bin Khalaf. Apa yang Abi Bakrin dapat?…Tidak ada apapun yang dia dapat dari sudut zahir, tetapi Allah kata bahwa itulah `aqobah, ie amalan yang susah untuk mendapat pahala yang besar.       

Okay, pada kita hari ini mungkin nak cari hamba abdi agak sukar, tetapi cuba tengok ayat seterusnya (ayat 14), Allah kata, "Atau kamu memberi makan kepada orang miskin pada hari kelaparan." ….Ini dia amalan kedua yang susah orang nak buat. Contohnya macam kita kena tsunami hari tu. Rumah-rumah persisiran pantai area Kuala Muda, habih kena sapu ngan ombak besar. Masing-masing pakat tinggai sehelai sepinggang belaka. Katalah, dalam banyak-banyak rumah yang musnah tu, tiba-tiba ada satu rumah yang Allah pelihara. Orang lain semua susah, tapi penghuni rumah yang terselamat itu ada sedikit makanan. Lalu tuan rumah yang terselamat tu panggil semua orang kampung, dia jamu. Fuhhhh! tuan-tuan ingat senang ka nak buat macam tu?….Susah tuan-tuan sebab tuan-rumah yang terselamat tu pun nak kena kira budget untuk keluarga dia juga. Dia pun ada anak bini, anak pula nak sekolah apa semua. Tapi walaupun begitu, dia masih mampu untuk menolong orang yang lebih susah daripada dia. Inilah dia yang Allah kata "fi yau min zi masqhobah", iaitu pada hari yang cukup susah kerana kelaparan.

Atau kalau amalan yang kedua tu pun nampak susah, cuba tengok amalan yang ketiga pada ayat seterusnya (ayat 15). Allah kata, "ya ti man za maq` robah" yang bermaksud, "Memberi pertolongan kepada anak yatim dari kalangan kaum kerabat kamu sendiri."…Contohnya katalah adik kita syahid di medan jihad. Dia tinggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Kat M`sia ni, orang pi jihad qital pasti akan dicop sebagai teroris, betoi tak tuan-tuan?…So, bila si ayah dicop sebagai teroris, maka anak-anak akan menghadapi masalah untuk melanjutkan pelajaran. Kerajaan sekular yang ada dalam negara kita akan memberi berbagai kesulitan kepada mereka. Jadi di sini, kita sebagai pak penakan kepada anak-anak yatim itu, perlu cekal dalam memberi segala bentuk bantuan kepada mereka. Lebih-lebih lagi kita pula bekerja dengan kerajaan, yang sebelum ini, kita mendapat pelbagai privilege hasil khidmat kita kepada kerajaan. Ini sedikit sebanyak akan memberi cabaran kepada kerjaya kita. Ingat senang ka nak mengimbangi antara periok nasi kita dengan bantuan kepada anak-anak yang si ayah mereka dicop sebagai terroris?…Silap haribulan, kita pulak dituduh bersyubahat dengan pengganas. Tak ke haru tu?

Okay kalau yang ketiga kita tak mampu, Allah bagi pilihan keempat iaitu "aw miskinan za math robah", yang bermaksud, "atau menolong orang miskin yang terlantar di tanah."…Maknanya, orang miskin yang cukup melarat. Ini dia tuan-tuan empat amalan yang nampak memang susah, tapi Allah suruh kita buat juga sebab malaikat akan catit sebagai rekod baik kita.

Ada sedikit penambahan ana nak selit di sini sebagai peringatan untuk kita semua. Iaitu amalan yang kita lakukan itu bukan hanya sekadar menjadi bahan catatan sahaja, bahkan amalan itu akan dibawa naik ke langit oleh malaikat hafazoh untuk menghadap Allah swt. Bab ini kita pernah bincang dalam perbahasan "Mastika Hadith - Muqaddimah - Bab 3 - Hadith 9". So please be alert tentang hal ini, iaitu tentang Allah nak terima atau nak tolak amalan yang kita lakukan itu. Ini penting tuan-tuan sebab bukannya apa, penat saja kita buat ibadah seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, jihad dan sebagainya, tetapi tiba-tiba dengan hanya sedikit sahaja sifat mazmumah yang ada pada kita, ibadah kita tidak diterima Allah. Tak problem punya cerita ka tu tuan-tuan?…Jadi pointnya di sini ialah tolong ikhlaskan niat ibadah kita semata-mata kerana Allah. Marilah kita buang sifat-sifat mazmumah seperti yang digariskan oleh Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin. Jadi, kalau nak tulis bab agama, tulis elok-elok. Jangan dok bawa mai riwayat-riwayat yang tak betoi. Begitu juga kalau nak tulis bab politik, tulis elok-elok dengan fakta-fakta yang benar. Kalau nak tulis kemungkaran yang dilakukan oleh seseorang, jangan main copy/paste saja; biar kita confirm dulu akan kebenarannya, baru kita tulis. Bukan makna kita tak boleh nak bongkar mungkar, boleh, tapi ada adab dan batasannya. Jangan jadi terlampau over, menyebabkan kita naik syok tulis mengata orang itu, mengata orang ini tanpa hak; yang akan menyebabkan amalan kita sangkut di langit, tak sampai kepada Allah. Bila mari akhirat, apa pun takdak. Letih saja yang dapat, sedangkan amalan kita dihapuskan oleh Allah…nauzubillahiminzalik.

Okay, last sekali mari kita lihat di penghujung hadith ini Nabi saw kata apa?…Nabi kata bahwa apabila manusia yang beriman itu mati, Allah akan perintahkan malaikat yang berada di kedua kiri-kanan kita itu duduk sekali dengan kita di alam barzakh. Apa malaikat-malaikat tu buat?…Mereka bertasbih, bertahmid dan bertakbir sampai hari qiamat. Dan setiap tasbih, tahmid dan takbir oleh para malaikat itu, bukannya malaikat yang dapat pahala, malah Allah bagi pahala itu untuk kita. MasyaAllah, baiknya Allah. Inilah yang disebut dalam Quran, "Sesungguhnya Tuhan kamu cukup baik dan cukup penyayang kepada kamu."…Dah mati dah kita, tapi masih dapat bonus lagi. Tetapi sebaliknya dalam satu atsar sahabat, ada riwayat menyebut sekiranya yang mati itu kafir dan yang se'millah' dengannya seperti munafik dan fasik; maka raqibun `atid yang ada di sisi mayyit itu bukannya depa tasbih, tahmid, takbir seperti yang depa buat kat orang yang beriman, malah depa melaknat si mayyit itu sampai qiamat. Dah la kena balun dengan munkar wa nankir, itu sepasal dah, ditambah pula dengan dimaki oleh raqib dan `atid lagi…nauzubillah.

Kesimpulan hadith 38 yang boleh ana rangkum ialah masing-masing kita ada malaikat di kiri-kanan yang mencatit setiap amalan kita. Di sebelah kanan namanya Raqib, dan di sebelah kiri namanya `Atid. Dan dalam Surah al-Infithaar, Allah sebut sifat-sifat malaikat Raqib dan `Atid ini sebagai kiroman katibin (yang mulia dan yang menulis). Kemudian, ana kaitkan sedikit dengan teknologi hari ini yang telah membenarkan hadith yang dibahas kali ini, iaitu tidak mustahil malaikat boleh mencatit (merakam), sedangkan hari ini manusia cukup percaya dengan teknologi digital yang boleh menulis atas disk, kemudian boleh display pula menerusi monitor komputer untuk kita baca dan sebagainya. Benda macam ni pun manusia boleh buat, apatah lagi Allah Yang Maha Pencipta. So, bila kita dah yakin bahwa malaikat sentiasa ada di kiri-kanan kita, sentiasa memonitoring segala perbuatan kita, apa lagi yang boleh kita buat, melainkan kena cakap dan buat benda baik lah sahaja. Cuba hindarkan dengan sedaya upaya dari segala benda kejahatan, tetapi kalau "ter"buat juga, istiqhfarlah cepat-cepat kepada Allah swt.

Allahu`alam.

16/08/05

 

 

Hadith 41

Dari Anas ra, bahwa Nabi saw bersabda: "Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah ta`ala berfirman kepada malaikat penulis amalnya: 'Tulislah juga untuknya amal-amal solih yang biasa ia lakukan'; kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan dia hidup berkeadaan baharu – bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberinya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya." (Ibn Abu Shaibah, Imam Ahmad dan Baihaqi)

    

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Hadith ke41 ini menceritakan pada dasarnya berhubung dengan ujian, iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah swt kepada sesiapa saja yang selagi dia dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah swt.

Di dalam salah satu buku Prof Dr Hamka, beliau pernah menyebut bahwa, "Ketinggian nilai keimanan itu bukan terletak pada rukuk dan sujud, tetapi ia terletak pada sekadar mana ujian Allah ke atas manusia."…Tuan-tuan boleh relate sebutan Dr Hamka ini dengan ayat 2 Surah al-Ankabut, yang bermaksud, "Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."…Maknanya apa tuan-tuan?…Maknanya, kita tidak layak untuk menyebut kita sebagai orang yang beriman selagi Allah tidak memberi ujian kepada kita. Dan biasanya ujian-ujian ini akan didatangkan oleh Allah mengikut kadar keimanan seseorang. Seperti dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, di mana Nabi saw bersabda yang bermaksud, "Besarnya pahala seseorang adalah bersamaan dengan sekadar mana ujian yang dikenakan oleh Allah kepada dia."…Maknanya kalau ujian tu kecik, maka keciklah pahala yang kita dapat. Kalau ujian tu besar, maka besarlah pula pahala yang diberikan oleh Allah.   

Golongan mana yang paling hebat diuji Allah?…Tidak lain dan tidak bukan, mereka adalah golongan para rasul dan nabi alaihimussola tuwassalam. Seperti yang disebut oleh ust Halim Nasir ketika mengisahkan suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"…Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."…Inilah susunan yang Nabi saw letak dan jawapan kepada Saad bin Abi Waqash radiallahuanhu.

Kalau kita lihat sejarah yang ditinggalkan oleh para nabi dan rasul pun sudah cukup untuk kita tahu bahwa mereka diuji dengan ujian yang amat berat, yang tak mungkin dan tak mampu bagi insan kerdil seperti kita untuk menerima ujian-ujian sepertimana yang dikenakan oleh Allah kepada para anbiya`. Sebab itu, pada hujung Surah al-Baqarah, kita diajar oleh Allah swt dengan doa-doa, yang bermaksud, "Ya Allah! Jangan Engkau timpakan ke atas kami dengan ujian yang kami tidak sanggup untuk memikulnya;…"…Inilah yang Allah ajar kepada kita, especially kita yang lemah iman untuk memohon kepada Allah supaya ujian yang dikenakan, biarlah ujian yang mampu ditanggung. Bukannya apa; kita bimbang sebab kadang-kadang manusia boleh hanyut jauh dari ugama Allah dengan hanya ujian yang dikenakan oleh Allah kepadanya.

Mari kita tengok beberapa contoh bagaimana  para nabi/rasul terima ujian dari Allah swt. Yang pertamanya, kita lihat peristiwa yang berlaku kepada Nabi Nuh as. Ujian yang Nabi Nuh kena amat-amat berat tuan-tuan. Sehingga anaknya sendiri dihancurkan depan mata dia. Hati ayah mana yang tidak hancur melihat anaknya melencong jauh dari jalan orang yang beriman?…Hati ayah mana yang tidak terguris melihat anak dia tak mau ikut cakap dia?…Alangkah hancurnya hati ibubapa yang punya anak bersikap demikian. Sedangkan makbapak dah doa berjela-jela. Sewaktu di Mekah, sanggup cari tempat yang mustajab doa seperti di telaga zamzam, safah marwa, depan pintu Kaabah, sambil tawaf, habih semua kita doa; tetapi tidak diperkenankan juga oleh Allah swt. Anak tetap macam setan. Bila jadi macam tu, apa perasaan kita tuan-tuan?…Inilah dia ujian.    

Tapi kata Prof Hamka, walaubagaimana berat sekali pun ujian yang kita terima, tetap tak boleh challenge apa yang Nabi Nuh as kena. Dia rasul, sedangkan kita bukan rasul. Dia berdakwah bukannya 10 tahun, 20 tahun; malah dia mengambil masa selama 950 tahun untuk berdakwah kepada kaumnya, tanpa henti. Siang malam dia ceramah. Namun begitu, apa pun dia tak dapat hasil dari dakwahnya itu melainkan semua pakat cabut lari. Kaumnya tidak mahu mendengar seruan dakwahnya, termasuklah anaknya sendiri. Ini dia tuan-tuan rintihan Nabi Nuh as yang dirakam oleh Allah di dalam al-Quran. Inilah ujian yang Nabi Nuh kena, sehingga dia berdoa kepada Allah supaya menyelamatkan anaknya yang kuffur itu ketika bencana ombak besar melanda. Dalam Surah Hud: 45, Nabi Nuh berdoa kepada Allah, "Ya Allah! Itu anak dari keluarga ku, selamatkanlah dia."…Tapi pada ayat seterusnya (Surah Hud:46), Allah menjawab doa Nabi Nuh itu dengan firmanNya, "Wahai Nuh! Sesungguhnya dia bukan dari ahli keluarga mu, kerana dia tidak melakukan amal-amal yang solih…"…Dari jawapan tersebut, maka hancur luluh hati Nabi Nuh, namun begitu, dia menerima ujian itu dengan penuh kesabaran.

Yang kedua, kita lihat apa yang kena pada Nabi Lut as pula. Siapa yang mengkhianati beliau?…Bukannya orang lain, tak lain tak bukan, iaitu isterinya sendiri. Isteri yang tidur sekatil dengannya, isteri itulah yang bancuh minuman untuknya, isteri itulah yang basuh baju untuknya. Namun, apabila Nabi Lut berdakwah berhempas-pulas menentang amalan homoseksual yang semakin menjadi-jadi di zamannya, tiba-tiba si isteri pula pi jadi broker; tak haru punya cerita ka tu tuan-tuan?...Bayangkan betapa hancurnya hati Nabi Lut bila dia dapat tau isterinya sendiri mengkhianatinya. Namun begitu, beliau tetap tabah menghadapi perkara tersebut sebagai suatu ujian daripada Allah swt. Akhirnya berlaku sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Anfaal: 83 yang bermaksud, "Kami selamatkan seluruh kaum Nabi Lut, kecuali isterinya, ia termasuk orang-orang yang tinggal dalam siksaan."…Maknanya, Allah lingkupkan negeri Sadom bersama isteri Nabi Lut as, yang sekarang ini terkenal dengan panggilan "The Dead Sea".

Yang ketiga, kita lihat Nabi Ibrahim as. Apa ujian yang Nabi Ibrahim kena?…Beliau diuji untuk memilih antara cinta kepada Allah atau kasih sayang kepada anak. Bukan kecik punya ujian tu tuan-tuan Tetapi akhirnya, Nabi Ibrahim berjaya dalam ujiannya sehingga perintah Allah dalam mimpinya itu menjadi ibadah kepada seluruh umat Islam. Ini dia mimpi para rasul.

Dan yang keempat kita lihat Nabi kita Muhammad saw. Dalam bulan Rejab yang baru lalu, ana tengok ada sorang-dua ustaz agak kurang cermat dalam membicarakan sirah ketika buat ceramah Isra` wal Mikraj. Depa terus pergi ke ayat pertama Surah al-Isra` dengan meninggalkan apa yang Rasulullah saw kena sebelum baginda di Isra`-Mikrajkan. Sepatutnya depa kena meneliti satu persatu dulu ujian-ujian yang Allah kenakan kepada Nabi saw sebelum baginda dijemput ke Sidratul Muntaha, maka barulah nampak bernilainya Isra` wal Mikraj tu. Dimulakan dengan gelaran-gelaran buruk yang diberikan oleh masyarakat Mekah kepada Nabi seperti seorang ahli sihir yang cekap, pelajar yang gila, dan bermacam-macam lagi. Kemudian Allah uji lagi dengan kematian Abu Tolib, yang merupakan seorang exco kanan kerajaan negeri Mekah yang lurus bendol orangnya sebab projek apa pun takdak. Anak ramai, keluarga susah. Gaji yang dia dapat tu cukup-cukup untuk bagi makan kat anak-anak dia saja. Walaupun begitu, dia tetap jaga Nabi dengan menggunakan kuasa exconya. Allah ambik nyawanya. Lepas tu, wafat pula Khadijah radiallahuanha, isteri kesayangan Rasulullah. Mana lagi Nabi nak pi?…Kerajaan Mekah time tu dah tak bagi ruang untuk Nabi berceramah. Permit-permit apa semua memang tak lulus dah. Tapi dalam keadaan macam tu pun, Nabi boleh juga menyorok-menyorok buat ceramah kelompok. Kira dapat la juga sedas-dua, walaupun kena kepung. Suasana jadi semakin susah untuk Nabi bergerak. Bila tengok Mekah dah takdak harapan, Nabi try pi dakwah kat Taif dengan harapan orang Taif boleh terima Islam. Di Taif, bukan disambut dengan permaidani merah, sebaliknya disambut dengan lemparan ketul-ketul batu. Berdarah habih seluruh tubuh Nabi, mengalir turun sehingga bertakung dalam sepatu Nabi saw. Bayangkan tuan-tuan, seorang kekasih Allah dikenakan ujian yang begitu berat. Baginda bertahan dari dibaling batu bersama Zaid bin Harithah radiallahuanhu. Mereka berundur sehingga akhirnya tersadai kedua-duanya di suatu tembok dalam kebun milik Utbah bin Rabi`ah. Dalam kebun itulah Nabi saw mengangkat tangan bermunajat kepada Allah dengan doa yang dirakam oleh Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti di dalam kitab Fiqh al-Sirahnya (Jilid 1 ms 180), Nabi berdoa (panjang doa tu, so ana petik di pangkalnya sahaja):

"Ya Allah! Betapa hinanya aku dalam pandangan manusia.  Ya Allah! Betapa lemahnya kekuatan ku. Ya Allah! Kepada siapakah yang Engkau nak serahkan aku? Adakah kepada musuh yang sentiasa menanti untuk membaham aku? Ya Allah! Aku tidak peduli semua itu, kerana yang aku cari hanyalah keredhaan daripada Mu…"

…Maknanya apa tuan-tuan?…Maknanya walaupun orang lempar batu ka, orang bubuh najis unta atas kepala ka, orang kata dah gila ka; semua tu Nabi saw tak peduli. Yang dipedulinya ialah adakah Allah redha atas segala perbuatannya?…Ini yang Nabi saw ajar kepada kita tuan-tuan. Dan ini cukup berat sebab bukan mudah untuk kita nak sampai ke tahap mendapat keredhaan dari Allah swt. Kemudian lepas balik dari Ta`if, barulah Allah angkat Nabi ke langit. Kena hurai macam tu dulu tuan-tuan, baru kita boleh nampak betapa bernilainya Isra` wal Mikraj. Kalau terus start dengan "Subhanallazi…", maka jadilah perjalanan Nabi itu seolah-olah seperti melancong sahaja. Sebab apa ana sebut macam tu?…Sebab kita dah tinggalkan muqaddimah kepada peristiwa Isra` iaitu bagaimana Nabi menerima ujian dan penentangan yang terlalu dahsyat yang tidak dapat ditanggung oleh manusia biasa seperti kita kecualilah hanya para nabi dan rasul sahaja yang mampu.

Okay tuan-tuan tadi kita dah tengok macamana para rasul kena uji, sekarang kita tengok pula macamana tabiin (golongan muncul selepas Nabi saw wafat) menghadapi ujian. Mereka juga tidak terlepas dari menerima ujian yang besar dari Allah swt walaupun mereka terkenal dengan ilmu yang begitu luas. Siapa tidak kenal dengan Nu`man bin Tsabit rahimahullahu ta`ala, yang terkenal dengan panggilan Imam Abu Hanifah, iaitu imam mazhab Hanafi?…Imam mazhab bukan macam imam surau. Depa ni bukan calang-calang punya orang, Quran/hadith semua dalam kepala. Depa mampu menangani isu semasa pada zaman mereka. Punya la hebat ilmu, namun mereka juga tidak terlepas dari diuji oleh Allah swt. Ujian yang Imam Abu Hanifah terima ialah dia dipaksa meminum racun, dalam keadaan fizikalnya cukup lemah setelah dipukul di dalam penjara. Sebabnya satu saja, iaitu kerana beliau enggan menerima jawatan sebagai Qadi. Itu saja. Bukan dia buat salah apa pun. Jawatan qadi yang dioffer tu ialah tok hakim, bukannya tok qadi hat "aku nikahkan akan dikau…" tu. Bukannya apa; orang melayu kalau dengaq kata tok qadi, kira dia ingat hat bawa beg hitam dengan saksi dua orang tu la. Hat saksi tu pula samseng nak mampoih. Baru dapat RM20, dia cakap banyak pulak dah, memanjang tak sah. Jenoh pengantin lelaki nak kena ulang….Okay, imam Abu Hanifah tak mau terima tawaran jadi hakim sebab dia takut akan dibicarakan oleh Allah sekiranya dia salah menghukum. Lalu menyebabkan khalifah time tu naik angin, sumbat dia dalam penjara dan pegawai-pegawai penjara pukul dia sehingga berdarah belakang Imam Abu Hanifah. Dalam keadaan tak bermaya dan tak sedarkan diri itulah, dia disua segelas air berisi racun, apabila Imam Abu Hanifah minum, dia mati di depan khalifah. Tu dia tuan-tuan.

Yang kedua, kita tengok pula apa yang Imam Malik bin Anas rahimahullah kena. Beliau kena apabila mengeluarkan fatwa di Madinah mengatakan bahwa lelaki yang menceraikan isterinya dalam keadaan lelaki itu dipaksa, maka cerai itu tidak sah. Tu saja. Bukannya dia lawan khalifah apa pun. Tetapi apabila ulama-ulama di sekeliling khalifah time tu adalah geng-geng muktazilah belaka, depa bukan senang dengan Imam Malik, jadi depa cari jalan nak pekena Imam Malik. Dan apabila fatwa tersebut dikeluarkan, maka depa nampak inilah peluang untuk memalukan Imam Malik. Menurut ust Halim Nasir, yang kata muktazilah apa semua ni, depa ni berasal dari anak-anak murid Imam Hassan al-Basri. Maknanya, depa pun bukan calang-calang punya group. Pada waktu Imam Hassan al-Basri, telah berlaku perdebatan tentang masalah orang yang melakukan dosa besar. Anak-anak murid Imam Hassan al-Basri kata, orang macam tu kekal dalam neraka, manakala Imam Hassan al-Basri pula kata bahwa ianya tidak kekal, sebaliknya orang itu akan masuk syurga juga setelah dosanya dibakar oleh Allah swt. Masing-masing bawa mai hujjah, namun, sebahagian dari anak muridnya tetap membantah, maka akhirnya Imam Hassan al-Basri pun berlepas tangan dari anak-anak muridnya itu dengan berkata, "Iqtaziltah! Nyahlah toksah bersama aku lagi!"…Jadi, dari iqtazil inilah munculnya kumpulan muktazillah. Itu ceritanya. Balik kepada cerita Imam Malik tadi; apabila muktazillah menguasai kerajaan time tu, maka Imam Malik pun dipanggil untuk disoal-siasat. Sebaik saja diambil kenyataan apa semua, lepas tu depa paksa Imam Malik untuk tarik balik fatwanya tentang tidak sahnya orang yang menjatuhkan talak ke atas isterinya dalam keadaan dipaksa. Namun, Imam Malik tetap stand dengan fatwanya itu dengan dalil sebagaimana peristiwa Amar bin Yasir yang dipaksa meninggalkan agamanya dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat siksaan yang teruk. Last sekali, khalifah yang termakan hasutan muktazillah, memerintahkan Imam Malik ditangkap dan dipukul di hadapan penduduk Madinah. Nampak tak tuan-tuan, Imam mazhab pun diuji begitu teruk, apatah lagi kita!               

Nak katanya, keempat-empat Imam mazhab yang besar, semuanya kena uji. Ujian tetap akan sampai apabila kita benar-benar beriman kepada Allah. Dan Allah uji tu, Dia tengok kadar iman kita tahap mana. Okay selepas zaman tabiin, muncul pula zaman tabiin tabiin, depa pun tak lari dari dikenakan ujian. Contoh yang paling ketara ialah ujian yang dikenakan Allah kepada Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah. Dialah antara ulama yang paling banyak sekali kena penjara. Disebabkan sedikit perdebatan tentang masalah sifat Ketuhanan, beliau dimasukkan dalam penjara. Lepas tu keluar 2 minggu, sumbat balik 2 tahun. Keluar seminggu, sumbat balik 3 tahun 8 bulan. Sehingga akhirnya dia mati dalam penjara. Itu dia yang kata ujian tu tuan-tuan.

Okay berbalik kita kepada hadith yang dibahaskan di atas. Ujian yang Nabi sebut dalam hadith tu khususkan adalah pada tubuh manusia. Maksudnya apabila manusia demam, sakit, gering, kena accident dan sebagainya; Allah akan perintah malaikat tulis pahala untuk orang yang sakit itu sama seperti waktu dia tak sakit dulu. Contohnya macam orang yang rajin pi kuliyah/ceramah agama apa semua tu. Sekali bila depa jatuh demam tak boleh pi kuliyah, kata kat depa, "you don't have to worried" sebab pahala untuk depa sedang berjalan. Maknanya pahala yang depa dapat time sakit tu, sama dengan pahala time depa attend majlis ilmu; seolah-olah depa hadir walaupun hakikatnya depa sedang terlantar sakit di hospital. Tu dia tuan-tuan, Allah punya sayang kat kita. Tapi jangan buat-buat sakit pulak, yang tu tak aci. Hat dok cerita ni, hat sakit betoi-betoi punya.

Kemudian Nabi saw sebut lagi, "Kalaulah dengan sakitnya itu, Allah matikannya, maka dia mati dalam keadaan bersih dari dosa dan diberi rahmat oleh Allah swt."…Tapi ini semua berlaku dengan syarat. Syaratnya ialah kita betoi-betoi ambik waktu sihat untuk Islam. Waktu sihat dulu pulun sungguh pi mengaji; buka kitab, catit, rakam, apa semua. Tiba-tiba jatuh sakit, seminggu tak pi kuliyah, tetap malaikat catit pahala sepertimana tuan-tuan hadir ke majlis ilmu tu jugak.

Kesimpulannya; ujian mesti datang, cabaran mesti sampai. Dan Allah akan uji mengikut kadar tara mana iman kita. Sikit iman kita, sikitlah ujian. Besar iman kita, maka besarlah datangnya ujian. Selagi namanya dunia, pasti ujian akan datang dengan berbagai ragam. Ujian dalam bentuk anak-anak. Kita mau dia jadi ulama, dia pi terbang jadi superman kot tengah jalan. 24 jam dok belek motor dia saja. Jiran lagu jiran; kita nak tidoq, depa pi bantai sinar.fm in full volume. Ujian hawa nafsu, ujian setan, semua mai. Takdak sapa yang Allah tak uji, semuanya kena uji. Dan bila kena uji, Allah minta satu benda saja kat kita, iaitu kita kena sabar banyak-banyak sebab dari situ adanya pahala. Kalau tak sabar, lingkup pahala tak dapat. Tambah-tambah lagi di bumi umat Islam yang diserang kuffar hari ini seperti di Palestin, di Iraq, di Afghanistan, di Kashmir, di Chechya, di Moro, di Patani dan sebagainya; semua tu ujian Allah yang berat-berat belaka tu. Di bumi yang dalam suasana perang seperti yang disenaraikan ini, disamping kena bijak berstrategi, sabar juga perlu ada. Cumanya sebagai manusia yang serba serbi lemah, kita harap, ujian yang Allah bagi kat kita ialah ujian yang mampu kita tanggung. Tu saja yang kita doa. Bukannya apa, kita bimbang dengan ujian yang tak mampu ditanggung, menyebabkan kita bertindak di luar batasan. Nauzubillahiminzalik.  

Allahu ta`ala `alam.  

 

Hadith 42

Dari Abu Umamah radiallahuanhu, bahwa Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan malaikatNya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orangramai." (Tirmizi)

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Hadith ke 42 yang kita bahas pada kali ini adalah merupakan suatu pengiktirafan dari Allah swt, dari para malaikat, dari seluruh penduduk-penduduk langit dan juga dari penduduk-penduduk bumi, kepada satu golongan manusia, dalam bentuk yang tidak pernah dibayangkan oleh manusia walaupun dengan kata-kata yang paling indah sekalipun. Golongan manusia yang mendapat pengiktirafan ini adalah golongan yang suka mengajar benda-benda baik kepada sesama manusia. Dan pengiktirafan yang dimaksudkan ini pula adalah berlaku dalam dua bentuk. Pertamanya dalam bentuk rahmat, iaitu dari Allah swt dan para malaikat kepada manusia. Manakala dalam bentuk doa, datangnya dari makhluk-makhluk lain termasuklah doa dari semut-semut dalam lubang dan ikan-ikan di laut, kepada manusia yang suka mengajar benda-benda baik.

Inilah satu bentuk pengiktirafan yang tidak difikir oleh musuh-musuh agama Allah swt. Yang hanya mereka fikir ialah bagaimana nak ambil tindakan ke atas golongan yang menegur kemungkaran dan menyampaikan perkara-perkara baik kepada masyarakat, sehingga alasan-alasan yang mereka beri itu tidak masuk akal walaupun pada hakikatnya memang mereka ada akal. Ini yang menjadikan mereka lebih hina dari binatang yang tidak dikurniakan akal oleh Allah seperti semut dan ikan yang kita sebut tadi. Ikan yang mereka telan tiap-tiap hari tu lebih mulia sebab ikan tu pun tahu berdoa supaya Allah swt memberi "hayatan thoiiyibah" kepada golongan manusia yang suka buat baik. Maknanya sekali sahaja kita cakap benda baik atas prinsip seperti yang diajar oleh Nabi saw "sampaikan daripada ku walaupun sepotong ayat", bermakna, kita berpeluang untuk didoakan oleh sekelian makhluk di langit mahupun di bumi. Tu dia tuan-tuan, mau apa lagi?

Menurut ust Halim Nasir, kalau kita tak reti kholallah maupun khola rasulullah, kita boleh tunjuk dalam bentuk amali seperti menjaga akhlak dengan menjauhkan riak, sum`ah dan sebagainya. Ataupun kita boleh ajar melalui mantiq, iaitu cara guna akal atau secara hikmah. Kalau amali pun tak reti, mantiq pun tak reti, jawabnya kita main rimbok terus. Paku terus tang situ, janji nasihat mau sampai. Sebab kekadang ada orang macam tu, hat jenih tak makan saman punya. Jenih ni kekadang, kena tibai, baru depa nampak. Jadi nak sebutnya, cara penyampaian terletak pada kadar iman dan ilmu kita masing-masing.

Okay tuan-tuan; apa dia benda-benda baik yang kita nak ajar pada manusia?…Kalau nak sebut one by one, sampai bila pun tak habih sebab benda baik ni terlalu banyak. Jadi di sini, ana hanya rumuskan kesemua benda baik tu dalam bentuk empat tajuk yang cukup besar. Rujukan ana ialah dalam buku "Apa ertinya saya menganut Islam?" karangan al-ustaz Fathi Yakan (dalam sub-title Muslim di sudut aqidah - per 3 - m.s 20). Bila sebut benda baik, mau tak mau, kita tak boleh lari dari apa yang dilakukan oleh para rasul alaihissalam tuwassalam, sebab kesemua mereka adalah generasi manusia yang memang sepanjang hidup tidak pernah berpisah dari menyampaikan perkara-perkara yang baik kepada manusia. Inilah yang disebut oleh Fathi Yakan dalam bukunya itu untuk ana jadikan perbahasan kepada hadith di atas.

Ada empat perkara baik yang diajar oleh para rasul seperti yang disebut dalam perenggan perkara ke 3 di bawah sub-title "Muslim di sudut aqidah". Empat perkara itu ialah:

1) rasul mengajar berkenalan dengan Allah - mari kita tanya diri masing-masing; setakat mana kita kenal Allah bila kita kata Lailahaillallah?...Ini persoalan besar tuan-tuan. Sebab itu, dalam kitab Bidayatul Hidayah, Imam Ghazali menyatakan bahwa untuk berkenalan dengan Allah, selain penyucian hati dan beruzlah mengasingkan diri daripada maksiat dan mungkar itu perlu, kita hendaklah juga mengetahui adab-adab dengan Allah. Kata Imam Ghazali, tujuan kita beradab dengan Allah ialah kerana Allah itulah sebenarnya kawan kita yang paling setia, yang tak pernah berpisah dari kita sampai bila-bila. Lalu Imam Ghazali meletakkan 8 adab kita dengan Allah:

i) bersegera mematuhi perintahNya.

Samada perintah itu berbentuk fardhi, berbentuk sunnah, berbentuk mufrad atau jama`i; maka bersegeralah kepadanya. Susah sangat ka kita hari ini nak bersegera kepada perintah Allah kalau nak dibandingkan dengan para sahabah radiallahuanhu?…Masjid time zaman sahabah, jangan kata aircon, kipas pun takdak. Namun, solat mereka tepat pada waktu. Sehinggakan dalam satu riwayat yang sahih dalam kitab Bahrul Mazi, mengisahkan bagaimana pada suatu ketika di Madinah, pernah Nabi saw dan para sahabah melambatkan sedikit solat zohor kerana keadaan cuaca time tu terlampau panas, sehingga ada sahabat yang pengsan. Lalu Nabi lewatkan sikit sehingga agak-agak dah redup sikit, baru Nabi dan para sahabah solat. Itu cerita zaman sahabah, yang kipas apa pun takdak. Takkan kita dengan kipas liplap-liplap, siap dengan aircon lagi la ni, nak buat macam tu?…Takkan dalam keadaan kita la ni yang fully provided, tak boleh nak bersegera mengikuti perintah Allah?…Bukannya apa tuan-tuan; yang kata Allah ni, dengan sifat ar-Rahman ar-RahimNya, Dia tak pernah terlewat satu saat pun bagi nikmat kat kita; walaupun Dia tau ramai dikalangan manusia sekarang ini boleh dok buat lebih kurang dengan perintah Dia. Ada tak dikalangan kita, bila bangun pagi-pagi tu, komen kat Allah pasai bagi lambat oksigen kat dia?…Mana ada. Semua kita dapat bahagian kita masing-masing. Sebab itu, ana pesan, tolong bersegera mengikuti segala perintah Allah, kecualilah kalau ada sebab-sebab tertentu. Seperti hadith Nabi tentang dihidangkan makanan ketika azan berkumandang. Ketika itu, hendaklah kita makan dahulu, lepas tu baru solat. Keadaan macam ni takpa dilewatkan, namun dalam normal kes, jangan sekali-kali dilambat-lambatkan perintah Allah.

ii) jauhkan larangan Allah.

Ini adalah salah satu adab kita dengan Allah. Samada larangan dalam bentuk ucapan, perbuatan, penglihatan, dan apa sahaja; kita kena belajar jauhkan. Kita diajar oleh Nabi saw beruzlah bencikan maksiat dan kemungkaran apabila baginda beruzlah ke gua hira` setelah maksiat dan kemungkaran berleluasa di kota Mekah di waktu itu. Sebab apa Nabi saw ajar macam tu?…Sebab tidak ada yang redha dengan maksiat dan mungkar, kecualilah golongan munafiqun. Seperti yang disebut Allah di dalam al-Quran tentang sifat orang munafik, "Mereka mengajak manusia melakukan kejahatan, mereka mencegah manusia kepada al-makruf."…Tiadalah makruf yang paling besar melainkan menegakkan hukum Allah swt di atas mukabumi ini, sepertimana yang disebut oleh Dr Yusuf al-Qardhawi di dalam bukunya "Fiqh al-Daulah" dengan menyatakan bahwa yang dinamakan negara Islam itu ialah negara yang diasaskan hukumnya dalam kerangka hakimiyah Ilallah.

iii) tidak menunjukkan rasa tidak puashati terhadap takdir Allah.

Apa sahaja yang berlaku kepada kita, itulah takdir Allah ke atas kita, so jangan beri negatif respon. Kita kena menerima dengan hati yang lapang walaupun payah sebab yang jadi itu adalah semuanya kehendak dari Allah. Siapa yang boleh tahan kehendak Allah?…Allah sebut sepatah saja, "fak `alul lima urid" (Aku buat apa Aku hendak), siapa pun tak boleh halang. Hatta kuasa dunia yang paling kuat pun tak boleh buat apa-apa dengan serangan tentera-tentera Allah di New Orleans.

iv) melazimi fikir tentang kudrah Allah.

Ada satu riwayat yang sahih boleh kita relate tentang memikir kudrah Allah. Kisah ini menceritakan bahwa suatu hari para sahabah radiallahuanhu datang berjumpa dengan Aisyah radiallahuanha semasa Nabi saw dah wafat. Mereka berdialog di balik tabir untuk menghindar dari fitnah sebab walaupun Aisyah digelar ummahatul mukminin tapi dia masih muda waktu tu. Lalu sahabat tanya Aisyah, "Boleh tak cerita kepada kami satu kenangan yang paling tidak boleh dilupai antara kamu dengan Rasulullah saw?"…Dengaq-dengaq sahabat tanya macam tu, Aisyah rasa hiba, terus dia menangis. Dah puas menangis, baru dia start cerita. Aisyah kata, "Antara Rasulullah dengan aku, terlalu banyak kenangan manis. Cumanya ada satu peristiwa yang paling aku tak boleh lupa, iaitu pada malam giliran Rasulullah ke rumahku. Rasulullah pun datang dan baring di sebelahku, lalu bercakap kepadaku: Ya Aisyah, boleh tak izinkan saya beribadah malam ni?"…Maksudnya, Nabi tak ndak mengadakan "hubungan suami isteri" dengan Aisyah pada malam tu. Selalunya pun memang Nabi beribadah tiap-tiap malam selepas bergaul dengan isterinya, tapi malam tu, datang-datang saja, terus nak beribadah; maka baginda minta izin dari Aisyah. Lama Aisyah ambik masa nak jawab sebab dia dok pikir, giliran Rasulullah nak mai balik kat dia, lambat. Maklumlah, isteri Nabi ramai. Tapi keresahan Aisyah tentang gilirannya itu hilang setelah dia ingatkan Allah ta`ala. Lalu jawab Aisyah kepada Rasulullah, "Dengan Allah aku sayang, dengan kamu pun aku sayang. Takpalah, kerana Allah, aku korbankan malam ku ini untuk kamu beribadah."…So, pengajaran yang boleh kita petik dari hadith ini ialah antara kita dengan isteri kena ada toleransi. Bukan semua benda kita boleh guna kuasa veto sebagai suami. Ada beberapa perkara juga yang kita kena berbincang dan minta izin dari isteri.

Hadith ini panjang tuan-tuan, bukan stop takat tu je. Lepas Aisyah izinkan, lalu Nabi pun turun ambik wuduk. Aisyah perati dari tempat tidurnya. Lain benar Nabi sembahyang pada malam tu. Start saja sembahyang, Nabi menangis. Rukuk, menangis. Sujud menangis sampai basah janggut dia. Kata Aisyah, "Malam tu lah, Nabi sujud paling lama aku pernah tengok."…Selalu Nabi menangis juga, tapi malam tu, nampak lain macam sikit. Sehingga bengkak-bengkak kaki Nabi, tapak kaki habih pecah-pecah kerana lamanya berdiri dalam sembahyang. Inilah yang payah kita nak buat tuan-tuan. Tarawih dok mai ni, lama sikit tok imam baca, confirm dapat surat layang la jawabnya. Okay, Nabi continue sembahyang sampai lah ke Subuh. Bila masuk Subuh, Bilal pun mai azan. Lepas azan, Bilal cerita kat Aisyah bahwa dia nampak Nabi solat sunat fajar. Lepas solat sunat Subuh tu, baginda menangis lagi. Menangis dan terus menangis. Kemudian bila dah habih Subuh pun nampak Nabi masih lagi teresak-esak, Bilal pun tanya, "Ya Rasulullah, kenapa kamu menangis?"…Nabi pun kata bahwa pagi tadi sebelum Subuh, telah turun firman Allah seperti yang tercatat dalam Surah Ali `Imran: 190-191. Kata Allah, "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih berganti siang dan malam, adalah merupakan tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang mampu berfikir (ulil albab). Mereka ialah orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk, waktu berbaring; semasa mereka memikirkan kejadian alam ini, mereka berkata: Ya Allah, Maha suci Engkau, tidak ada sesuatu pun ciptaan Mu sia-sia, semuanya ada tujuan, maka selamatkanlah kami dari api neraka."… Bilal kata, "Bagus ayat tu. Yang kamu menangis tu buat apa?"…Jawab Nabi, "Aku menangis sebab aku bimbang akan ada umat aku yang masih tidak mengenali Allah walaupun ayat yang sebegini indah dah turun."…Dia tengok langit, dia tak "nampak" Allah. Tengok bumi, tak "nampak" Allah. Ada tak orang macam ni?…Ada tuan-tuan. Sebab tu Nabi menangis sebab baginda dah baca dah, akan ada dikalangan umatnya perangai macam tu. Hati mereka sudah dihijab. Yang depa nampak, takdak lain, projek je memanjang. Nampak je hutan, nampak je tanah lapang, kira nampak duit, bukannya "nampak" Allah.

v) putus harap dari makhluk.

Maksudnya di sini bukan kita tak boleh minta tolong kat orang. Boleh minta tolong. Kita kan hidup bermasyarakat, so tolong menolong tu biasa la tuan-tuan. Katalah kita buat sesuatu permohonan, dan permohonan kita diluluskan, maka iktikad kita di situ ialah Allah yang bagi, bukan orang yang approve tu yang bagi. Itu maksud dia. Orang hat approve itu hanya sebagai wasilahnya sahaja. Kalau Allah tak izin, pasti permohonan kita itu tidak akan diluluskan.

vi) tunduk kerana kehebatan Nya.

Banyak ayat dalam Quran yang boleh kita petik berhubung dengan kehebatan Allah swt. Misalnya dalam Surah al-Mulk: 16-17, Allah kata dengan jelas, "Apakah kamu rasa tak takut dengan Aku? Sedangkan anytime Aku boleh benamkan kamu di dalam bumi? Bahkan dalam keadaan kamu berasa aman tu pun, Aku boleh hantar ribut untuk membinasakan kamu;…"… Tuan-tuan tau ka apa yang dah jadi di New Orleans sebelum Katrina rimbok depa?…Tuan-tuan masuk internet, surf tengok satu laman nama "southern decadence", tuan-tuan akan tau apa yang berlaku di New Orleans. Sebenarnya istilah "southern decadence" ini lama dah popular especially dikalangan homosex. Kita saja yang tak tau. Kalau tuan-tuan nak tau, yang kata perayaan "southern decadence" yang disambut di New Orleans ini telah pun wujud selama 35 tahun yang lalu. Ini dia tuan-tuan, selama ini kita tak tau bahwa di bumi Allah swt ini adanya suatu tempat khusus bagi golongan gay, golongan bisexual, golongan transgender, yang pergi untuk menyambut satu perayaan yang mereka namakan sebagai "southern decadence". Kita tak pernah tahu semua benda ni tuan-tuan, tapi bila berlakunya hurricane Katrina di Amerika, maka barulah kita menyedari bahwa ada berlaku sesuatu yang dahsyat di sana. Tahun lepas sahaja, lebih dari 100000 golongan gay, lesbian, bisexual dan transgender menyambut perayaan ini. Tahun ini pula, mereka mendapat tempahan seramai 135000 orang. Mereka datang dari seluruh pelusuk dunia ke New Orleans untuk menyambut perayaan ini dengan mengadakan sex sejenis atau sex melalui dubur di tepi-tepi jalan dan dalam pusat-pusat hiburan. Nampak tak tuan-tuan, bagaimana mereka telah mengulangi satu kesilapan yang sama seperti yang dilakukan oleh kaum Nabi Lut alaihissalam beribu tahun yang lampau. Inilah yang mengingatkan kita pada ayat Allah yang bermaksud, "Apabila mereka lupa kepada peringatan daripada Tuhan, lalu Kami bukakan kepada mereka segala pintu kesenangan dan kemewahan sehingga mereka bergembira dengan apa yang Kami berikan kepada mereka. Lalu Kami binasakan mereka secara tiba-tiba, jadilah mereka kaum yang berputus-asa." …Ni dia tuan-tuan, Allah cerita direct apabila kita tinggalkan perintah-perintah Allah. Bukan Dia tarik nikmat, malah Dia bagi semua. Kalau tuan-tuan tengok tragedi di New Orleans pun, bukan Allah lanyak depa secara tunai. Installment tu tuan-tuan, setelah 35 tahun depa buat kerja tu, baru Allah lanyak hari ini.

Mereka menyambut perayaan "southern decadence" tahun ini bermula pada 30 Ogos sehinggalah 4 Sept. Bila Katrina hentam depa?…Kemuncak ribut Katrina berlaku pukul 6.10am pada 29 Ogos dan berulang sehinggalah pada 31 Ogos dengan kelajuan 255km/j, sehingga menyebabkan Amerika Syakirat mengalami kerugian lebih dari USD200 billion (dianggar bersamaan dengan kos dua peperangan). Akibat daripada hurricane Katrina ini juga menyebabkan lebih dari 1 juta rakyat Amerika hilang tempat tinggal. Dan kawasan disaster ini pula merangkumi seluas 233km persegi, ini bersamaan dengan keseluruhan kepulauan United Kingdom. Dari kajian yang dibuat oleh pakar ribut, yang menenggelamkan New Orleans bukannya ribut selaju 255 km/j tu, yang tu dia terbangkan apa saja bila dia lalu. Tapi yang menenggelamkan New Orleans ialah kepala angin berkekuatan 344 km/j, yang bergulong dan berputar menyedut air laut naik ke atas dan kemudiannya menghimbau ke seluruh New Orleans. Aksi inilah yang tidak dapat dirakam oleh seorang cameraman pun. Macam tsunami dulu la tuan-tuan, time dia mengamuk tu, kita tidak diperlihatkan oleh Allah. Yang kita lihat dari rakaman-rakaman apa semua tu, hanyalah tempias-tempiasnya saja.

Jadi soalannya sekarang, adakah kita nak tunggu negara kita juga ditimpakan bala macam ni?…Ada orang kata, negara kita duduk di luar lingkaran api, so gempabumi sure tak boleh kena punya. Dan puting beliung yang dahsyat-dahsyat dilihat hanya berlaku di hemisfera utara sahaja, so negara kita selamat. Tetapi depa ini tidak menyedari bahwa dari kajian terbaru pakar-pakar geologis menunjukkan kepada kita bahwa gempabumi yang kerap berlaku sekarang ini menyebabkan negara kita juga semakin hampir kepada lingkaran api. Dan kalau tuan-tuan baca laporan tentang hurricane Katrina, ia makin menakutkan kita sebab kajian ahli-ahli sains tentang fenomena puting beliung yang kerap berlaku di bahagian hemisfera utara, sekarang ini semakin turun ke selatan. Maknanya, sebelum dia turun ke selatan, dia akan melalui garisan khatulistiwa dulu, betoi tak tuan-tuan?…So negara mana yang ada kat khatulistiwa tu?…Jadi, sehubungan dari laporan ini, seorang ahli sains dari negara kita turut menyatakan bahwa dengan fenomena seperti ini, kemungkinan pada satu hari, negara kita juga tidak terkecuali daripada dilanda puting beliung. Ini yang disebut dalam akhbar negara kita, tapi ana lupa samada dalam Utusan or Berita Harian. Ini amat menakutkan, lebih-lebih lagi gejala murtad semakin berleluasa dalam negara kita hari ini.

vii) malu kepada Allah.

Sewaktu jahiliyahnya kita dulu, time tu kalau Allah tarik nyawa kita apa macam?…Tak kacau punya cerita ka tu tuan-tuan?…Tetapi kasihnya Allah kat kita, time kita buat maksiat dulu, Dia boleh tangguh lagi. Dia masih bagi peluang kat kita untuk bertaubat. Sekarang ini bila kita dah kenai masjid, dah attend kuliah-kuliah agama, kita jadi malu pula kat Allah bila ingat time jahiliyah dulu.

viii) bertawakkal kepadaNya.

Setelah kita berusaha ke arah yang dicita-citakan, maka bertawakkallah kepada Allah. Contohnya katalah kita ada anak. Kita tengok matapelajaran apa yang dia lemah. Yang lemah tu kita hantar dia pi tuition. Tak cukup dengan tuition, balik rumah, kita pula tunjuk ajar kat dia lagi. Tiba-tiba mai exam, dia fail juga dalam subject hat dia lemah tu. Nak kata apa tuan-tuan?…Kita dah berusaha, tapi gagal juga. So yang boleh kita kata kat dia ialah inilah habuan kamu yang Allah tentukan sejak azali lagi. Tapi takpa, dalam Islam tidak ada istilah putus-asa, teruskan usaha kamu selagi Allah bagi nyawa. Itu yang boleh kita sebut untuk memberi semangat juang dalam diri anak-anak kita.

2) ajar benda baik dengan beritahu manusia akan asal-usulnya - sebab apa tuan-tuan?…Sebab untuk mengingatkan manusia supaya jangan sekali-kali sombong. Cuba perati dalam Surah Yaasin: 77, Allah kata, "Tidakkah manusia mengetahui bahwa Kami jadikan mereka daripada airmani yang hina; tiba-tiba mereka jadi penentang no.1."…Ini dia tuan-tuan, walaupun dah bergelen-gelen minum air yaasin, tapi yang baca yaasin tiap-tiap malam Jumaat itulah yang jadi penentang kuat gerakan Islam. Ini realiti tuan-tuan sebab depa hanya baca Yasin tapi tak tau apa yang Allah sebut dalam Surah Yaasin.

3) memahami matlamat dijadikan sebagai manusia - kita semua tahu bahwa matlamat Allah jadikan kita di atas mukabumi ini ialah untuk dijadikan sebagai khalifah. Hanya makhluk nama manusia saja yang boleh mentadbir sebab Allah bagi kekuatan akal untuk berfikir. Cumanya cara fikir manusia kuffar berbeza dengan orang Muslim. Kuffar barat anggap manusia ini seolah-olah macam robot, yang hanya tahu bekerja untuk produktiviti negaranya tanpa memikirkan masalah dosa dan pahala. Tapi Islam berbeza, kerana ianya ada pertimbangan dalam matlamat menjadi manusia. Cuba tuan-tuan tengok dalam Surah -al-Qasyash: 77, Allah kata, "Bersungguh-sungguhlah (wab ta qhi) untuk negeri akhirat…"…Maknanya, program apa saja yang membabitkan akhirat, Allah suruh kita go all out. Selagi ada ruang untuk mendapat kebahagiaan akhirat, pastikan kita menyertainya samada dalam keadaan susah ataupun senang. Ini prinsip pertama bagi orang Islam menjadi manusia. Jadi nak pulun itu saja ka?…Tidak. Allah kata dalam ayat seterusnya, "…tapi janganlah kamu lupa akan habuan kamu di dunia."…Maknanya, Islam suruh kita kerja, cari rezeki. Islam tak suruh kita wirid sampai anak-bini tak makan. Pernah sahabat cerita kat ana, jiran dia, bini nak beranak, tiba-tiba suami takdak. Tanya punya tanya, dapat tau, suami dia pi…nuuuu… India. Tak kacau ka macam tu tuan-tuan?…Katalah nak jadi cerita, si isteri nak kena operate; mana nak pi cari signature suami dia time tu?…Ini masalahnya tuan-tuan. Dalam berdakwah pun, kenalah ada konsepnya. Islam tak ajar keluar berdakwah dalam keadaan sampai melarat anak-bini. Jangan terperangkap dengan nafsu kita sendiri, tuan-tuan. Setan ni pandai, dia boleh rosakkan kita dalam pelbagai cara. Dia bisik kat kita, " Cuba tengok janggut enta dalam cermin, panjang dah tu."…Kita pun syok, urut-urut. "Tengok dahi enta pulak, itam dah tu. Confirm syurga.", bisik setan. Dahi hindu sampai 3 line, syurga ka tuan-tuan?…Setan bisik lagi, "Baju tu takyah tukaq, takyah basuh, seminggu pakai pun takpa, itulah konsep zuhud."…Elok kita angkat takbir "AllahuAkbar!", 3 saf lari. Tak tahan baunya tuan-tuan. Sedangkan kebersihan itu sebahagian daripada iman, kata Nabi saw. Tuan-tuan jumpa tak orang macam ni?…Berlambak punya dok ada la ni tuan-tuan. Konsep golongan ini nampak jelas ada kecacatannya.

4) last sekali perkara baik yang kita nak sebut pada manusia ialah lepas ni, masing-masing nak pi mana? - kita bukan binatang tuan-tuan. Binatang bukan reti mati. Kalau binatang reti mati, kata ulama`, kamu tak akan dapat makan daging binatang yang gemuk. Sebab apa?…Sebab masing-masing kurus kerana risau dok pikiaq pasai malaikat maut. Bila mai Raya korban, jenoh nak cari lembu-lembu hat gemuk. Silap-silap haribulan, tuan lembu tu yang kena korban sebab dia lagi gemok dari lembu. Inilah yang kita kena beritahu manusia, last sekali, ke mana kita tuan-tuan?…Kita hidup di dunia ni tak lama. Boleh pi ka lebih dari 100 tahun?…Umoq 80 pun, orang kata, dah laih dah tu. Anak-cucu pun tak larat nak jaga dah.

…Jadi, inilah 4 perkara yang perlu diajar kepada manusia untuk dikaitkan dengan hadith yang kita bahas kali ini.

Kesimpulannya;

a) semuanya termasuk Allah, para malaikat, semua binatang-binatang samada semut-semut dalam lubang ataupun ikan-ikan di laut; semuanya pakat memberi rahmat dan berdoa kepada orang yang suka mengajar benda baik atas dasar "sampaikanlah daripada ku (Nabi saw) walaupun satu ayat", yang tidak terpikul atas bahu ustaz-ustaz atau tok-tok guru sahaja.

b) Bila sebut benda baik, dianya banyak. So ana rangkum dalam 4 topik besar yang dipetik dari buku "Apa ertinya saya menganut Islam?" tulisan ustaz Fathi Yakan. Pertamanya ialah mengajar manusia supaya mengenali Allah. Dari sini, ana kaitkan 8 adab-adab dengan Allah. Yang kedua, ajar manusia tentang asal-usulnya datang daripada mana. Yang ketiga, memahami matlamat mereka dijadikan sebagai manusia. Dan yang keempat, selepas semuanya tu, kita nak pi mana?

c) Dan last sekali ana sebut satu ayat dalam Surah al-Qasyash, yang mengajar kita bagaimana prinsip untuk hidup, iaitu pulun akhirat namun dunia jangan lupa. Takdak dalam Quran maupun hadith, suruh kita pulun dunia, lupakan akhirat. Sebab apa?…Sebab terlalu cinta dunialah menjadi punca segala masalah manusia.

Allahu ta`ala `alam

 

Hadith 43

Dari Abu ad-Darda` radiallahuanhu, bahwa Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan." (Tirmizi dan Abu Daud)

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Kalau dalam hadith ke 42 yang kita bahas dalam sesi yang lalu memberi penghormatan kepada orang yang mengajar ilmu, maka pada hadith ke 43 yang kita bahas pada kali ini pula memberikan penghormatan kepada orang-orang yang suka menuntut ilmu. Kalau orang yang mengajar ilmu, akan didoakan oleh makhluk-makhluk di langit mahupun di bumi (termasuk semut-semut di dalam lubang-lubangnya dan ikan-ikan yang bertebaran di lautan luas), maka orang-orang yang menuntut ilmu, lain pula cara penghormatan yang diterima mereka. Iaitulah mereka dihormati oleh para malaikat dengan malaikat merendahkan sayapnya sebagai tanda memuliakan dan menghormati orang-orang yang menuntut ilmu. Cumanya, Allah tidak membuka hijab kepada kita untuk melihat semua ini. Tetapi kita amat yakin sebab khabar ini datang dari mulut Nabi kita yang mulia yang tidak pernah berbohong sepanjang hidupnya.

Cuba tanya kepada para penuntut ilmu agama; untuk apa depa pi mengaji?…Takdak lain melainkan tujuan mereka semata-mata hanyalah untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Bukannya apa tuan-tuan; hari ini kalau kita tengok kat tv, ada saja program-program yang diatur oleh pihak kuffar (especially rancangan-rancangan berunsur dokumentari), bagaimana kita lihat mereka juga cuba memberi gambaran tuhan dalam pelbagai imej. Ana masih ingat dalam beberapa bulan yang lalu menerusi Discovery Channel (topik apa, ana dah lupa), mereka menayang suatu slot kisah yang berlaku di India. Di mana dalam rancangan tu, dilihat bagaimana seorang perempuan pada setiap pagi akan menarik seekor lembu dan diparkingnya lembu tu di tengah-tengah bandar. Kemudian dilihat bagaimana kereta queue berderet-deret, masing-masing tunggu giliran, keluar dari kereta untuk pergi di bahagian belakang lembu itu sambil menadah untuk meminum air kencing lembu tersebut. Bila journalis orang putih tanya kepada salah seorang dari mereka, "Kenapa dan sejak bila kamu minum air kencing lembu itu?"… Ada yang menjawab, "Kami minum sebab lembu adalah binatang suci, maka air kencingnya juga suci. Dan kami dah amal benda ni sejak 20 tahun yang lalu."…Nampak tak tuan-tuan, betapa hinanya manusia, malah lebih hina dari binatang bila depa tak kenal Allah. Jadi oleh sebab itulah, kita rasa beruntung dijadikan sebagai orang Islam, yang diajar mengenal Allah dengan kaedah yang betul.

Bila bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam; kita jangan pula diam begitu saja. Jangan jadi Islam pada bakanya sahaja. Kita kena pi tuntut ilmu, pi cari yang kata Islam tu apa. Bila kita dah tau Islam tu apa, maka mudah-mudahan kita ditransform menjadi orang Islam yang beriman dan bertakwa. Contoh nak mudah fahamnya, cuba kita tengok proses daun teh. Sebelum dipetik, daun yang ada kat pokok tu dinamakan daun teh. Selepas diproses menjadi serbuk, bubuh dalam gelas; walaupun dah jadi serbuk, namun ia tetap teh. Tapi nak jadikan ia teh 'O', kenalah tuang air panas, bubuh gula dan seterusnya kena kacau. Nampak tak tuan-tuan, teh tu dah berubah, dari daun teh kepada teh 'O'. Dia bukan automatik dari daun teh terus pi jadi teh 'O', dia tak jadi macam tu. Dia ada proses perubahannya. Kemudian nak bagi keruh, kita bubuh pula susu. Nak bagi lagi 'kaw', tarik la sikit bagi berbuih, jadilah dia teh tarik. Begitulah Islam pun, dia bukan habih setakat mengucap syahadah sahaja, malah dia kena jadi macam proses daun teh tadi. Dia kena mengaji, kena pi kuliah, kena sedeqah, kena jihad; maka barulah Islam itu ditransform menjadi mukminin, menjadi solihin, menjadi muttaqin, menjadi muslihun dan sebagainya.

Okay dalam Islam, yang kata ilmu ni, memang cukup banyak. Jadi, ana cuba pointkan topik yang penting-penting seperti yang ana petik dalam satu dialog dari satu laman internet. Walaupun kesahihan cerita itu, betoi ke tak ana tak tahu; tapi ada beberapa pengajaran yang menarik boleh kita manafaatkan. Dialog itu adalah di antara dua orang sahabat yang karier profesyen masing-masing berbeza, seorang pengembala kambing dan seorang lagi cendiakawan. Kisah itu bermula apabila satu hari, si cendiakawan melintasi kawasan gembala kambing. Setelah bagi salam, tanya khabar apa semua, si cendiakawan tu start tanya kawan lamanya si pengembala kambing, "Ya akhi, ana tau enta seorang anak murid yang cerdik time sekolah dulu, so, enta tak mau pi further study lagi ka?"…Si gembala kambing tu ngan selamber je dia jawab, "Ana rasa takyahlah buang masa gi mengaji lagi, coz I think I already gain all intipati ilmu."…Tercengang seketika dibuatnya si cendiakawan tu. Cakap omputih lak dia. So si cendiakawan tu try korek apa ilmu yang ada kat si gembala kambing tu, dia tanya, "Okay explain mai kat aku apa yang hang kata intipati ilmu yang hang dapat tu?"…Kata si pengembala kambing, "Yang kata intipati ilmu ni, dia ada lima. Kalau lima ni ada, selamat dunia/akhirat. Yang pertamanya, selagi aku masih berpeluang untuk bersikap jujur dan amanah, aku tidak akan berbohong."…Tu dia tuan-tuan; ada tak cerdik-pandai hari ini pikiaq sampai tara tu?…Sekarang lagi tinggi mengaji, lagi kuat putaq-belit orang. Lagi besaq pangkat, lagi kuat makan rasuah. Orang yang dilantik sebagai pemimpin dah takdak amanah hari ini. Ini dalam bulan puasa ni, apa yang madrasah Ramadhan ajar kita tuan-tuan?…Salah satu rahsia hikmah yang diajar kepada kita dalam bulan puasa ialah sikap amanah. Amanah kepada diri sendiri dengan tak makan, tak minum, tak isap rokok walaupun orang tak nampak. Ini dia tuan-tuan, yang diajar oleh si gembala kambing tadi.

Intipati ilmu yang kedua kata si pengembala kambing tu ialah, "Selagi masih ada makanan yang halal, aku tak akan telan makanan haram ."…Dari ungkapan ini, sekali lagi puasa mengajar kita. Cuba tuan-tuan perati, ketika kita berpuasa dari terbit fajar hinggalah ke maghrib, benda halal tiba-tiba jadi haram. Nampak tak tuan-tuan; benda halal pun kita tak boleh ambik, inikan pula benda haram?…Ini dia tuan-tuan, Allah swt ajar kita secara hikmah supaya berjinak buang benda haram. Mana la tau kot-kot hat sebelas bulan lagi tu dok mentahkedarah hasil dari duit nomor ekoq; so Ramadhan ajar ambik sikit saja hat halal, hat haram confirm buang terus.

Manakala intipati ilmu yang ketiga kata si pengembala kambing, "Selagi masih terdapat cela dan aib pada diri ku, aku tidak akan mencari cela dan aib orang lain ."…Tuan-tuan, honestly la kita semua memang ada aib dan cela masing-masing yang kita sendiri tau. So bila kita tau kita sendiri ada banyak aib dan cela, why not kita remedy diri kita dulu dari asyik mencari aib dan cela orang lain. Namun dari segi membongkar kemungkaran orang lain, walaupun ianya wajib tetapi kenalah kita berhati-hati supaya tidak sampai melampau sehingga mengungkit aib dan cela orang itu. Ya, memang kita kena membongkar kemungkaran yang dilakukan oleh seseorang supaya orang lain jangan ikut dia atas kemungkaran yang dilakukannya, tetapi pembongkaran itu hendaklah hanya dalam lingkungan yang dibenarkan oleh batasan syara` sahaja. Jangan lebih-lebih tuan-tuan. Sebab itu turun ayat 12 dalam Surah al-Hujurat yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan buruk kerana sebahagian sangkaan buruk itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip-ngintip aib orang lain dan jangan kamu mengumpat-ngumpat yang bukan hak…" …Asbabul nuzul ayat ini berhubung dengan Salman al-Farisi radiallahuanhu. Salah satu kelemahan dia ialah sewaktu dia nyenyak tidur, dia asyik berdengkur. Samalah dengan kita pun, especially tidur ketika letih. Jadi bila Salman dengaq sahabat lain dok kutuk dia kuat berdengkur, dia rasa malu dan pi mengadu kat Nabi, lalu turun ayat tadi. Tu dia yang kata istimewanya sahabat Nabi tu tuan-tuan. Kutuk pasai berdengkur pun Allah tegoq, apatah lagi kita hina keturunan orang, hina batang tubuh orang. Itu lagi teruk. Dalam beragama, kita jangan jadi melampau tuan-tuan. Sebab itu dalam satu kuliah Dr Asri Zainul Abidin (pensyarah USM), beliau pernah sebut bahwa ada 3 perkara yang para pendakwah kena buat. Pertama, mereka kena menangani penyelewengan orang-orang yang melampau dalam ilmu Islam. Yang kata "melampau" dalam Islam ialah depa terlajak lebih dari hat Islam suruh. Contoh selain Nabi nasihat para sahabat supaya jangan hina Salman pasai dengkurnya tadi, Nabi saw turut melarang sahabat dari mencerca Abu Jahal walaupun jelas semasa hayatnya, dialah orang yang paling memusuhi Islam. Sebab apa?..Sebab anaknya Ikrimah telah pun memeluk Islam. Tuan-tuan, walaupun betoi bapa kita jahat, tapi tiap-tiap hari punya dok dengaq orang cerca bapa kita, lama-lama boleh tahan ka?…Sedikit sebanyak akan tersinggung juga kita. Okay itu yang pertama, jangan melampau. Yang kedua, para pejuang agama Allah turut kena buat ialah kena menangani masalah suka tokok tambah dalam ibadah. Dan yang ketiga, menangani masalah tafsiran agama oleh golongan jahil sebab dari sinilah munculnya puak-puak liberal. Ketiga-tiga benda ni jangan ada dalam gerakan Islam sebab ketiga-tiga inilah punca musnahnya agama.

Intipati yang keempat kata si pengembala kambing ialah, "Selagi ada rezeki yang halal di bumi, aku tidak akan meminta dengan orang lain ."…Makna apa tu tuan-tuan?…Maknanya, kita kena guna tulang empat kerat usaha cari rezeki yang halal. Dan akhir sekali intipati yang kelima kata si pengembala kambing ialah, " Sebelum aku menjejakkan kaki ke syurga, terlebih dahulu aku mesti mengenal tipu daya syaitan ."…Tuan-tuan di dalam al-Quran dinyatakan bahawa golongan syaitan ini terdiri dari dua jenis iaitu "minal jinnati wan nas" (dari kalangan jin dan manusia). Setan jenih jin kalau kita baca ayat Quran, hemboih kat dia, insyaAllah dia lari. Tapi kalau kita baca ayat Quran kat setan manusia, hemboih kat dia, silap-silap haribulan, dia hemboih balik kat kita. Ini yang lecehnya tuan-tuan. Yang kata setan manusia ni pula dia ada dua jenih jugak. Pertama, setan manusia hat jenis jelas kuffarnya, yang menentang Islam secara terang-terang, ana rasa jenih ni takdak masalah untuk kita direct konfront dengan dia. Tetapi yang jadi masalahnya, jenih setan manusia yang kedua ni, iaitu dari segi zahirnya, kita nampak dia Islam, tetapi hakikat di dalam hatinya, dia membenci Islam. Setan manusia jenih ni yang kita bimbang tuan-tuan. Tipu daya syaitan jenih kedua ni yang perlu kita berhati-hati sebab kita masuk masjid, dia pun masuk masjid juga. Kita baca Quran, dia pun boleh baca Quran juga. Silap-silap haribulan, dengung wajibal unnahnya lebih berdengung dari kita. Namun begitu, sifat-sifat setan manusia jenih kedua ini telah Allah bongkar dalam Surah al-Baqarah: 8-20, untuk orang-orang beriman senang trace dan berjaga-jaga dengan puak yang dipanggil sebagai "al-munafiqun". Bahayanya puak munafik ini sehingga Allah rakamkan perangai depa seawal mukasurat ke3 lagi dalam al-Quran. First lima ayat dari Surah al-Baqarah, Allah cerita sifat-sifat orang yang beriman. Kemudian disusuli hanya dua ayat sahaja pasai orang kapiaq. Dan kemudiannya terus Allah cerita pasai munafik sebanyak 12 ayat. Nak tau munafik tu apa, cuba cari kitab tafsir, tengok apa Allah kata tentang puak ini start dari ayat 8 sampai 20 dalam Surah al-Baqarah.

Ini dia lima intipati ilmu yang si pengembala kambing bagitau kat si cendiakawan. Kita boleh ambil sebagai pengajaran, namun, bagi kita orang awam, jangan kita dah tau kelima-lima intipati tu, kita dah tak mau mengaji pula. Kita kena terus mengaji. Dan lagi satu pengajaran yang boleh kita kutip dari cerita ini ialah walaupun cendiakawan tu bergelar cendiakawan (orang yang diiktiraf sebagai cerdik-pandai), namun dia masih mahu lagi mendengar ilmu dari seorang pengembala kambing. Jadi pointnya, kita kena cari ilmu tak kira dari siapa pun, asalkan ilmu tu manafaat untuk diri kita sendiri khususnya dan untuk Islam amnya.

Allahu`alam.

 

Hadith 45

Dari Ibn Mas`ud radiyallahu`anhu, bahwa Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda: "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaran; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahwa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan." (Tirmizi dan Nasa`i)

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah. Dalam hadith ke 45 yang kita bahas pada kali ini, ia membicarakan tentang masalah hati manusia yang menjadi rebutan antara syaitan dan malaikat. Syaitan akan mengambil kesempatan dari hati kita untuk membisikkan perkara-perkara yang tidak baik seperti menghasut dan menabur benih-benih yang boleh mencambahkan pertentangan kita kepada agama Allah swt. Manakala malaikat pula bertarung untuk merebut hati kita dengan membisikkan supaya sentiasa melakukan kebaikan dengan niat ikhlas kerana Allah swt.

Oleh sebab hati kita menjadi rebutan, maka ianya perlu kepada defending system yang kuat supaya tidak mudah dibalik-balikkan oleh syaitan laknatullahi alaik. Sekiranya sistem pertahanan kerohanian kita lemah, akan jadilah sepertimana yang kita lihat di dada-dada akhbar hari ini bahwa ada golongan yang nama dalam mykadnya dilihat macam nama orang Islam tetapi ditangkap kerana memakan di siang hari di khalayak ramai ketika bulan puasa. Inilah hati yang sudah hancur dipengaruhi oleh syaitan walaupun syaitan telah dirantai oleh malaikat di bulan puasa. Hati yang dibajai oleh amalan-amalan syaitan pada 11 bulan yang lain, menyebabkan mereka sendiri berkelakuan seumpama syaitan. Sebab itu, di dalam satu riwayat Imam Muslim yang dirakamkan oleh Imam Nawawi di dalam kitabnya Riyadhus solihin, bagaimana Nabi saw mengajar kita satu doa "Ya mu-khol-libal kulub sab-bith-qolbi `ala dinika wa tho-`atika". Maksudnya, "Wahai Allah! Yang membalik-balikkan hati manusia, tetapkanlah hati ku di atas ugamaMu dan ketaatan kepadaMu."…Doa ini kena amal selalu tuan-tuan sebab yang kata syaitan ni, dia anytime boleh mai kacau. Buktinya telah Allah rakam dalam Surah Shad:82, selepas syaitan dihalau dari syurga, dia bersumpah, "Wahai Tuhan! Demi kebesaranMu, akan ku sesatkan seluruh anak Adam!"…Ini janji dia di depan Allah swt.

Tu dia tuan-tuan. Jadi bila dah tau syaitan janji macam tu, apa yang perlu kita buat ialah kita mesti kaji bagaimana bentuk seruan-seruan syaitan membisikkan kepada kita. Dalam kitab Minhajul `Abidin, Imam Ghazali telah menggariskan bahwa seruan iblis itu ada 6 cara. Ini penting tuan-tuan; sebab bila kita dah tau iblis tu musuh kita yang nyata, mau tak mau, kita kena kaji taktik dan strategi dia. Alaaaa, macam Selangor pukoi Perlis baru-baru ni la tuan-tuan dalam final Malaysia Cup. Sebelum game, masing-masing pakat berbincang dengan coach, strategi apa nak digunakan dalam game malam tu. Sebab bagi Selangor, Perlis tu musuh dia. Dan bagi Perlis, Selangor tu musuh dia. Masing-masing kena belajar, tang mana weakness dan tang mana kekuatan pasukan musuh. Ini memang berlaku pada mana-mana pertarungan pun, bukan saja bola, bukan saja politik, malah sekarang amat penting di Iraq, Palestin, Afghanistan, Chechen, Kashmir, Moro, selatan Thai; semua Mujahiddin kena ada taktik dan strategi dalam menghadapi tentera-tentera kuffar sebab ia melibatkan hidup matinya Islam di bumi-bumi yang ana mention tadi…Okay berbalik pada nak lawan iblis tadi, Imam Ghazali sebut dalam Minhajul `Abidin, dia akan mai dengan 6 cara:

1) syaitan akan melarang manusia supaya jangan taat kepada Allah.

Contohnya dalam bulan puasa sekarang, kita lihat saja, memang ramai yang berpuasa, tapi ramai juga tak sembahyang. Ingkar dalam ketaatan. Ibn Abbas radiallahuanhu pernah berkata, "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan tetapi tidak mendirikan solat lima waktu, maka tempatnya layaklah di neraka jahannam."…Sebab itu, kita usul kepada kerajaan, jangan tangkap orang yang tak puasa saja, orang yang tak solat lima waktu pun mau tangkap sama. Sebab Imam Syafie sebut bahwa antara kewajipan pemerintah itu ialah menghukum orang yang tidak sembahyang lima waktu. Ni dia. Ya la, minyak naik harga tu satu hal la; kita tau kerajaan dok pening nak kawal harga barang yang semakin melambung akibat kenaikan harga minyak sekarang. Tapi isu tak sembahyang ni lagi besaq dari tu. Ini yang ana masih hairan dengan ulama-ulama dalam umno, depa masih membisu tak mau tegoq PM, walaupun clear Allah dah sebut dalam Quran, "Hangpa tolong ugama Aku, Aku pasti tolong hangpa."…Ini dia asas yang perlu dilihat sebagai jalan penyelesaian untuk keluar dari kemelut ekonomi kita hari ini. Takdak jalan lain dah tuan-tuan.

Okay berbalik kepada seruan syaitan yang pertama, supaya jangan ditaati Allah swt, bagaimana nak counter taktik pertama ini?…Imam Ghazali kata, "Bila saja bisikan seperti itu masuk, maka jawablah kepada bisikan itu bahwa 'aku mengharapkan pahala daripada Allah, untuk itu, aku haruslah mempunyai bekal di dunia untuk dibawa ke negeri akhirat'."…Walaupun dari sudut ulama tasawuf, amalan mengharapkan pahala itu agak biadap, tapi untuk orang awam macam kita, kira okay la tu.

2) syaitan hasut supaya melambat-lambatkan taubat.

"Relax la, usia masih muda, enjoy dulu, life begin at 40."…Tu dia bunyi pun. Macamana nak jawab kalau ada bisikan macam ni?…Imam Ghazali kata sebut macam ni, "Kematian aku bukan berada di dalam tangan kamu. Jika sekiranya aku menunda-nunda amalan ku ke esok hari, mana mungkin aku tunaikan sebab hari esok pun sama dengan hari ini, begitu banyak amalan yang perlu dilakukan setiap hari."…Maknanya Imam Ghazali suruh kita bagitau kat setan, "Hang bukan yang menentukan tarikh mati aku. Yang tentukan ialah Allah."…At anytime kalau Allah nak ambik nyawa kita, Dia boleh ambik. Dan kita tak tau bila Dia nak ambik, so kena always be prepared. Yang kata "taubat" ni bukan tunggu "rumah kata pi, kuboq kata mai" baru nak tobat, bukan macam tu. Yang kata "taubat" ni, tiap-tiap masa kena buat tuan-tuan.

3) syaitan akan mengajak manusia melakukan amalan dalam keadaan tergopoh-gapah seperti bisikannya, "cepatlah beramal, agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan yang lain."…Inilah strategi ke3 yang digunakan oleh syaitan setelah dia gagal menyekat kita dari beramal. Tengah-tengah khusyuk kita dok semayang, dia apply strategi ini, "Nie sheikh! Semayang tu kasi cepat la sikit pasai satgi nak wirid pulak."…Time wirid pun macam tu juga, dia kacau lagi, "Nie sheikh! Wirid kasi laju-laju sikit, pasai satgi nak baca Quran pula, banyak kerja lagi nak buat ni!"…Ini yang wirid "Subhanallah", kita dengaq bunyi jadi "seblah-seblah-seblah", punya laju dok pulun wirid, sampai apa makna pun tak tau. So, macamana nak counter benda macam ni?…Imam Ghazali ajar supaya kita jawab kepada bisikan syaitan itu dengan jawapan, "Amal yang sedikit dalam keadaan sempurna adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi dalam keadaan kelam kabut."…Ini adalah masalah inconsistent. Sebab itu ada ulama sebut, lebih baik baca Quran setiap hari walaupun hanya dari satu `ain ke satu `ain daripada pulun baca sampai 3 juzuk lepas tu rest tak baca sampai 3 bulan.

4) bila syaitan fail nak convince kita dengan caranya yang ke 3, dia akan try cara ke 4, iaitulah dia akan menyuruh manusia menjalankan amal secara baik agar tidak dicela oleh orang lain . Nampak tak tuan-tuan, cukup halus strateginya. Dia bukan halang kita buat ibadah, malah dia motivate kita buat ibadah sesempurna yang mungkin, supaya nak tunjuk kat orang lain bahwa kita terer beribadah. Tu dia yang kata setan tu tuan-tuan. Dia nak bawa kita kepada perasaan riak dalam beribadah. Tu yang kalau semayang sunat sorang-sorang kat rumah, hanya dengan tshirt pagoda lusuh aja. Baca pulak inna `ak tai na dengan gulhu saja. Balik-balik dari Mekah, buboh serban jubah pi masjid, terus orang tolak jadi imam. Alang-alang dah tolak jadi imam, time tu lah nak tunjuk sengat. Apalagi terus pederaih Surah Yasin tuan-tuan. Padahal kalau kat rumah, baca inna `ak tai na dengan gulhu ja. Ini dia tuan-tuan, keikhlasan kepada Allah sudah tidak ada. Jadi, apa kita nak jawab dengan bisikan seperti ini?…Imam Ghazali kata, "Jawablah dengan menyatakan bahwa bagi diri ku, penilaian hanya daripada Allah. Tidak ada manafaat sekiranya aku beramal kerana manusia."

5) cara yang ke 5, syaitan akan membisikkan pujian kepada orang yang beramal dengan mengatakan, "Betapa tinggi darjat mu dengan amalan salih mu, membuatkan kamu cerdik dan sempurnanya diri mu."…Strategi ni lagi hebat. Dia mai bisik puji-pujian pulak dah. Dia bagi kita terapung di awang-awangan, tak berpijak di bumi nyata. "Amboi! enta hebat, hapai habih ayat Quran, hadith-hadith pula dalam kepala. Apa saja masalah dalam agama, enta sajalah orangnya yang boleh settlekan."…Kita pun jadi kembang semacam ja. Jadi, bila setan bisik macam tu, apa kita nak jawab?…Kata imam Ghazali, "Jawablah oleh mu bahwa semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah milik Allah. Dan Allah lah yang melimpahkan taufik hidayah kepada ku. Sekiranya tanpa kurniaan Allah, apalah erti segala amalan ku ini."…Ini dia tuan-tuan, nak ajar kepada kita supaya tidak ada perasaan tinggi diri yang boleh menjerumuskan kita kepada kufur nikmat. Contoh, lihat peristiwa pemecatan ke atas Khalid al-Walid oleh Amirulmukminin Umar al-Khatab ketika berlakunya satu peperangan. Jawatan itu diserahkan kepada Abu Ubaidah Amir al-Jarrah. Semua sahabat pakat terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Saidina Umar. Habih saja perang, semua pakat terpa pi jumpa Umar, tanya kat dia, "Kenapa kamu sewenang-wenangnya pecat Khalid, sedangkan dia adalah saifullah (pedang Allah)?…Semua perang yang diketuainya., menang belaka."…Jawab Umar, "Aku pecatnya kerana Allah! Kerana untuk menjaga aqidah kamu wahai para sahabah. Setiap kali ada saja peperangan, aku pasti akan dengar dikalangan kamu berkata: Menanglah kita sebab Khalid ada. Apakah kamu lupa bahwa yang memberi kemenangan itu adalah Allah? Sebab itu, aku pecat dia, kerana aku bimbang melihat aqidah kamu semakin tergelincir. Yang memberi kemenangan adalah Allah, bukannya Khalid!"…Begitulah juga kita yang ada bergulung-gulung PhD, Masters, BA apa semua ni. Ilmu yang ada kat kita ni hanyalah sekelumit saja kalau nak dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha luas. So sebab itu, jangan sombong dengan apa yang ada.

6) selepas gagal strategi ke5, syaitan akan guna cara yang terakhir. Syaitan akan berkata, "Wahai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri dengan melakukan ibadah, sebab sekiranya Allah telah menetapkan engkau seorang yang berbahagia sejak azali lagi, maka engkau tetap akan menjadi orang yang bahagia walaupun kamu meninggalkan ibadah. Dan sebaliknya sekira Allah menetapkan kamu sebagai orang yang celaka, maka tidak guna kamu beribadah sebab kamu dah ditetapkan sebagai orang yang celaka."…Tu dia tuan-tuan, punyalah terernya setan, dia boleh main isu azali, ie qada` dan qadar. Dia akan bisik kat kita, "Yang hang susah payah pi buat segala ibadah ni buat apa? Bangkit tahajud tengah malam sampai tidoq pun tak cukup, pasai apa? Letih teruk lembik badan posa Ramadhan ni pasai apa? Yang pi sedeqah sampai habih duit pasai apa? Kalau Allah dah confirm hang sejak azali lagi jadi orang bahagia, tak payah la teruk-teruk ibadah macam ni sebab memang confirm hang orang akan mendapat kebahagiaan."…Dia bisik macam ni, silap-silap haribulan boleh terpengaruh kita sebab dia ada hujjahnya. Jangan buat main. Cuba kita flashback kepada hadith 19 yang menjadi hadith pertama dalam bab 4 yang telah kita bahas dulu. Dalam hadith 19 tu, Nabi saw bagitau bahwa sewaktu benih ayah dan ibu bertemu, ketika malaikat nak jadikan kita hidup di alam rahim ibu, Allah suruh malaikat tulis siap-siap ajal kita bila, rezeki banyak mana dan tulis samada kita bahagia atau celaka di akhirat kelak. Nampak tak tuan-tuan; syaitan guna hadith ini untuk pesongkan aqidah manusia. "Buat apa hang nak ibadah teruk-teruk, sedangkan hang dah confirm masuk syurga. Relax je la.", dia bisik macam tu kat geng-geng hat suka mengaji. Yang kat geng hat baru nak jinak-jinak pi masjid, dia bisik macam ni pula, "Buat apa nak ibadah kalau Allah dah tentukan memang hang ahli neraka."…Depa pikiaq-pikiaq, angguk, "Betoi jugak."…Punah tuan-tuan. Sebab tu ada taik pit bila ditanya pasai apa jadi penagih?…Dengan tawaduknya dia jawab, "Sebab sudah tertulis sejak azali lagi saya menjadi begini."…Lingkup macam ni kalau semua pakat berserah kepada azali. Memanglah kita diwajibkan beriman kepada qada` dan qadar, tetapi kita mesti ingat bahwa dalam pegangan ahli sunnah wal jamaah, untuk menentukan samada kita bahagia atau celaka, ikhtiariyah manusia juga diambil kira. Maknanya kalau kita berikhtiar mencari jalan yang baik, maka sejak azali, confirm ditulis mendapat kebahagiaan. Tu saja sifirnya. Begitu juga sebaliknya, kalau kita ikhtiar cari kot jalan jahat, sure sejak azali telah ditulis kejahatan untuk kita.

Okay bila setan mai dengan cara ke6 ni kita nak jawab macamana tuan-tuan?…Imam Ghazali kata, "Kamu jawab dengan mengatakan bahwa aku hanyalah hamba Allah. Maka wajib bagi ku untuk menurut perintahNya. Menetapkan dengan kehendakNya dan berbuat sesuka hatiNya, itu adalah kerja Allah."…Bila disebut sebagai "hamba", apa saja tuan suruh, mesti kena taat. Kalau tuan kata, "Pi market."…Kita kena pi, takdak excuse lagi. So bila kita ini disebut sebagai hamba Allah, maka apa saja yang Allah suruh, kena la kita buat. Allah suruh sembahyang, kita kena sembahyang. Allah suruh puasa, kita kena puasa. Yang menentukan bahagia atau tidak, itu adalah hak Allah.

Kemudian tambah Imam Ghazali, "Seterusnya kamu jawab lagi dengan mengatakan bahwa sekiranya aku ditetapkan sebagai seorang yang berbahagia, maka aku akan tetap beribadah sebagai tanda bersyukurnya aku kepada Allah. Namun sebaliknya kalau aku ditetapkan sebagai seorang yang celaka (nauzubillah), aku tetap akan beribadah meminta keampunan daripada Allah supaya aku tidak menyesal di Padang Mahsyar kelak."

Ini dia tuan-tuan 6 cara bisikan syaitan yang perlu kita lawan. Nabi saw sebut kalau ada lintasan dalam hati bisikan-bisikan dari syaitan, maka mintalah perlindungan daripada Allah dengan menyebut "`A-uzubillahiminasy-syaitonirrojim". Sebaliknya kalau bisikan-bisikan itu baik, maka ketahuilah bahwa itu adalah bisikan malaikat yang didatangkan oleh Allah swt. Maka bersyukurlah kepada Allah. Contoh, katalah ada kuliah malam satgi, tiba-tiba petang tu kita diperingatkan buat preparation untuk pi kuliah malam nanti, maka ketahuilah bahwa yang memperingatkan kita itu adalah malaikat. Bersyukurlah dengan ucapan "Alhamdulillah".

Allahu ta`ala `alam.

23/10/2005

 

Hadith 50

Dari Uwaimi bin Sa`adah radiyallahu`anhu, bahwa Rasulullahi sallallahu`alaihiwasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah telah memilih ku dan memilih untuk ku beberapa sahabah serta Ia jadikan diantara mereka menteri-menteri ku, mertua-mertua ku dan menantu-menantu ku, juga penolong-penolong ku; oleh sebab itu sesiapa yang memburuk-buruk dan mencaci mereka, maka tertimpalah di atasnya laknat Allah dan malaikat serta manusia seluruhnya; Allah tidak akan menerima daripadanya sebarang ibadah dan juga sebarang tebusan." (Tabrani)

 

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah. Dalam hadith ke 50 yang kita bahas pada kali ini, menerangkan berkenaan dengan tiga golongan manusia. Golongan itu ialah:

1) tidak lain tidak bukan ialah diri Nabi saw sendiri.

Pada awal hadith di atas, Nabi saw telah memulakan dengan suatu ucapan rendah diri dengan menyatakan bahwa "Sesungguhnya Allah telah memilih ku". Inilah satu pengisytiharan yang tawaduk dan rendah diri. Apa yang Nabi nak bagitau ialah baginda dilantik jadi rasul bukan sebab akhlaknya yang baik, tetapi dia jadi rasul sebab Allah lah yang pilih. Ini yang perlu diambil sebagai pengajaran, iaitu walau sebesar mana pun pangkat kedudukan kita, tawaduk dan merendah diri adalah suatu kemestian.

Cuba lihat apa kata Nabi Sulaiman alaihissalam apabila melihat singgahsana Balqis dibawa di depan matanya pada Surah an-Naml:40, katanya, "…Inilah dia kurniaan Allah kepada ku, Dia menguji ku, samada aku bersyukur atau mengkuffuri nikmatNya…"…Nampak tak tuan-tuan, Nabi Sulaiman sikit pun tak mendabik dada. Dia tak kata ulama yang bawa mai singgahsana Balqis tu hebat. Sebaliknya dia meletakkan itu semua pemberian dari Allah. Inilah yang menyebabkan para nabi dan rasul tidak sekali-kali sombong sebab mereka tahu status yang mereka capai itu hanyalah pemberian daripada Allah semata-mata.

2) golongan yang kedua ialah para sahabah radiallahuanhu.

Golongan inilah yang ditulis oleh para ulama` dengan pelbagai kalimah supaya dapat diperkenalkan kepada umat akhir zaman. Cukuplah dengan tulisan as-syahid Sayyid Qutb rahimallahu ta`ala dalam kitabnya Ma`alim fi thoriq, bagaimana beliau describe zaman para sahabah seumpama generasi al-Quran yang cukup hebat, yang tidak akan lahir lagi orang-orang seperti para sahabah sehinggalah ke hari qiamat. Maknanya, takdak dah iman seperti para sahabah pada orang zaman kini. Cuba lihat apa kata imam Mujahid bin Abdul Jabbar mengenai solat para sahabah radiallahuanhu. Untuk pengetahuan tuan-tuan. imam Mujahid adalah dari kalangan tabiin, yang menjadi anak murid kepada Ibn Abbas selama 65 tahun. Maknanya imam Mujahid sempat melihat kehidupan para sahabah. Antara yang imam Mujahid sebut ialah dia melihat apabila para sahabah solat, mereka berdiri tegak kelihatan seolah-olah seperti tiang-tiang bangunan yang tidak bergerak sama sekali. Tu dia yang kata sahabah ra tu tuan-tuan. Bukan macam kita sembahyang; tergaru sana, tergaru sini. Sat korek idung, sat korek telinga. Macam-macam.

Kalau nak tengok akhlak para sahabah, tuan-tuan boleh perati ayat 9 Surah al-Hasyr. Ayat ini panjang, so ana ambik kat hujungnya yang bermaksud, "...mereka mengutamakan sahabat lebih dari diri mereka sendiri, meskipun mereka juga berhajat ..."...Ayat ini turun apabila suatu hari seorang sahabat Muhajirin datang jumpa Nabi saw dalam keadaan amat lapar. Ketika itu, Nabi saw sendiri pun takdak apa nak bagi dia makan. So Nabi saw pun berpaling kepada para sahabat yang ada di sekelilingnya, lalu tanya Nabi, "Siapa sanggup entertain sahabat kita ni, bagi dia makan?"...Lalu bangun seorang sahabat dikalangan Ansar, katanya, "Okay takpa ana boleh layan dia. Jom pi rumah."...Sampai di rumah, sahabat Ansar itu sendiri rupanya hanya ada sedikit makanan yang cukup untuk anak-anaknya sahaja. Dia dengan bini dia pun terpaksa ikat perut. Lalu dia bagitau kat isterinya, "Awak tidurkan anak-anak, biar depa lupa nak makan. Habuan untuk anak-anak, kita bagi kat sahabat Mujahirin tu makan. Sebelum tu, awak pasang dulu pelita depan dia, kemudian awak buat-buat terpadam dan ambik masa nak repair pelita tu. Supaya dalam gelap itu nanti, biarlah tetamu kita habiskan makanan tersebut tanpa dia sedari tuanrumah tak makan."...Tu dia tuan-tuan yang kata mulianya peribadi para sahabat radiallahuanhu. Mereka sanggup layan tetamu yang lapar sedangkan mereka sendiri dalam keadaan kelaparan. Boleh cari ka orang macam ni la ni tuan-tuan?...Takdak dah la. Membazir buat open house hariraya sampai tak larat nak makan lagi ada.

Okay berbalik kepada perbahasan hadith di atas, Nabi saw kata, "...Allah memilih untuk ku beberapa orang sahabat. Dan dijadikanNya sahabat-sahabat ini beberapa golongan. Ada yang dijadikan sebagai menteri-menteri ku..."...Mereka inilah yang menjadi ahli majlis mesyuarat sebelum Nabi saw putuskan untuk buat sesuatu. Mereka terdiri dari 10 orang sahabat. iaitu Abi Bakr, Umar, Utsman, Ali, Saad bin Abi Waqash, Zubair bin al-Awwam, Abu Ubaidah Amir al-Jarrah, Abdurrahman bin Auf, Sa`id bin Za`id dan Thalhah bin `Ubaidullah radhiallahu `anhum. Semua ini adalah exco kanan Nabi. Apa-apa hal, Nabi mesyuarat dengan depa dulu, kemudian baru Nabi jumpa rakyat biasa minta pandangan.

Lepas tu Nabi kata, "..ada yang Allah lantik jadi mertua-mertua ku..."...Sapa lagi kalau bukan Saidina Abi Bakr as-Siddiq dan Saidina Umar al-Khatab. Nabi mengahwini puteri Abi Bakrin, Saidatina Aisyah radiallahuanha, dan puteri Umar al-Khatab, Saidatina Habsah radiallahuanha. Kemudian Nabi sambung, "...dan ada yang Allah lantik jadi menantu-menantu ku..."...Tak lain dan tak bukan mereka adalah Saidina Utsman radiallahuanhu dan Saidina Ali karramallahu wajhah. Saidina Utsman digelar "dua cahaya mata" sebab beliau berkahwin dengan dua orang anak Nabi, iaitulah Rukayah dan Umi Kulsum. Rukayah meninggal dunia ketika berlakunya Perang Badar. Sebab tu Saidina Utsman tidak ke medan Badar sebab ketika itu Rukayah sakit tenat. Selepas meninggalnya Rukayah, Nabi kahwinkan Utsman dengan adik kepada Rukayah iaitulah Umi Kulsum radiallahuanhuma. Untungnya Saidina Utsman tuan-tuan. Manakala Saidina Ali pula dikahwinkan dengan puteri baginda bernama Saidatina Fatimah.

Dan last sekali Nabi kata, "...penolong-penolong ku..."...Dikalangan sahabah, ramai yang Allah jadikan sebagai penolong-penolong Nabi. Seperti Anas bin Malik, yang berkhidmat kepada Nabi sejak kecil lagi. Seperti Abu Hurairah, penghafal paling banyak hadith-hadith Nabi saw. Seperti Khalid al-Walid, panglima perang yang tidak Nabi lucutkan jawatannya walaupun dia masuk Islam agak lewat. Dan ramailah lagi kalau nak sebut satu persatunya.

3) golongan ketiga ialah golongan yang menghina para sahabah radiallahuanhu.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku di kalangan umat Islam, tapi realitinya tak boleh dielakkan, ia tetap berlaku. Dan golongan yang very clear menghina para sahabah ra sejak dari dulu lagi ialah satu golongan dari puak syiah. Ana sebut satu golongan sebab syiah pun berpecah kepada beberapa golongan juga depa. Golongan syiah yang paling lantang menghina para sahabah ialah dari golongan al-Rafidhah. Ada pun golongan lain dalam syiah, mereka begitu berhati-hati dalam masalah ini. Ana amat bimbang dengan perkembangan mutakhir ini sebab golongan ini sedang berkembang biak di M`sia. Mereka menyusup masuk ke laman-laman internet bertujuan meracuni pemikiran saudara seIslam. Namun, Alhamdulillah, sekarang ni sudah ada sahabat-sahabat kita yang mengambil inisiatif mendedahkan bahayanya fahaman syiah al-Rafidhah dengan dibukukan dan menulis di laman-laman internet. Antum semua boleh refer buku tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin - "Pertelingkahan Para Sahabat Nabi ( s.a.w): Antara Ketulenan Fakta dan Pembohongan Sejarah" (Edisi Kedua) (Pustaka Yamien, Gombak 2003), atau surf ke laman www.al-firdaus.com, insyaAllah antum akan didedahkan dengan strategi puak syiah al-Rafidhah.

Bukannya apa tuan-tuan; sebagaimana kita menghadapi umno, begitu juga kita menghadapi puak syiah ni. Kita bukan menentang mereka tapi yang kita tentang ialah fahaman mereka tu. Kita sayangkan mereka sebab mereka juga dikalangan sanak saudara kita sendiri. Raya baru-baru ni, ketika bersua dengan adik beradik yang majoritinya "kaf ro` ya`sin", ana mengambil pendekatan seperti yang disarankan oleh TG Nik Aziz, dengan meletakkan Pas sekadar "hidden" tool saja sebab ramai sangat yang masih fobia dengan Pas especially kat area Penang. So yang ditampilkan, hanya berkenaan dengan Islam. Alhamdulillah, nampak macam depa boleh terima.

Allahu`alam

17/11/2005

 

Hadith 52

Dari sebilangan sahabah radiyallahu`anhum, dari Rasulullahi sallallahu`alaihiwasallam, sabdanya yang bermaksud: "...dan apabila seseorang mukmin sampai masa matinya ia digembirakan oleh malaikat yang hendak mengambil nyawanya: Bahwa ia akan beroleh rahmat Allah dan keredhaanNya serta syurgaNya, maka pada ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dicintai oleh orang itu lebih daripada menerima apa yang dihadapinya, lalu ia suka dan ingin mengadap Allah, dan Allah juga redha menerimanya dengan sebaik-baik sambutan; dan apabila seseorang yang kafir atau yang berdosa didatangi oleh malaikat yang hendak mengambil nyawanya, ia diberitahu bahwa ia akan beroleh azab siksa Allah dan kemurkaanNya, maka pada ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dibencinya lebih daripada yang dihadapinya; dengan sebab itu maka ia merasa gerun dan tidak suka mengadap Allah, dan Allah juga tidak redha ia mendekati rahmatNya apalagi mengadapNya." (Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasa`i)

 

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah. Dalam hadith ke 52 yang kita bahas pada kali, menceritakan kepada kita sedikit sebanyak tentang suasana kematian yang semua orang akan hadapi apabila sampai waktu dan ketikanya. Sebab itulah Rasulullah saw selalu memperingatkan kita di dalam hadith-hadithnya yang lain supaya umatnya sentiasa ingat persoalan mati. Sehingga Imam Ghazali rahimallahu ta`ala menulis di dalam kitabnya Ihya Ulumudin suatu bab yang dinamakan "Mengingati Mati". Bab sebegini pasti ada orang yang tidak suka, especially orang yang takut nak mati. Namun bagi orang yang sentiasa ingatkan mati, ini merupakan suatu bab yang amat digemari.

Dalam bab "Mengingati Mati", Imam Ghazali sebut ada 4 perkara yang manusia kena ambil peduli tentang soal mati.

1) Banyakkan mengenang dan mengingati orang-orang yang terlebih dahulu meninggalkan kita.

Kenangkan ibubapa kita yang suatu waktu dahulu bersusah payah membesarkan kita, saudara mara yang bergurau senda dengan kita, guru-guru yang memberi pendidikan kepada kita, semua mereka dah takdak dah. Kata Imam Ghazali, "Dan kamu juga apabila sampai saatnya, akan menjejaki langkah mereka."

2) Fikirkan nasib mereka sekarang yang berada di alam kubur.

Selepas kita mengenangkan ibubapa dan adik beradik yang dah mati, seterusnya disarankan oleh Imam Ghazali supaya kita fikir pula keadaan mereka di dalam kubur sekarang. Ketika jenazah hendak dikebumikan, pernah tak tuan-tuan masuk ke liang kubur dan sambut jenazah?...Kalau tak pernah, try sekali tengok. Baru tau yang kata kuboq tu apa. Tanah dan cacing saja yang ada di sekeliling kita. Cacing-cacing yang ada dalam tanah tu lah yang akan mamah isi badan mayat dalam tanah. Kalau dulu semasa hidup, tubuh badan yang cantik itulah yang dijaga, sekarang bila dah mati, semuanya itu tidak ada nilai lagi di mata manusia, lebih-lebih lagilah di sisi Allah swt kecuali iman dan ketaqwaan.

3) Mengingati kedudukan mereka sebelum mati dan bandingkan keadaan mereka sekarang yang telah mati.

Dulu mereka ada yang bergelar hartawan dengan wang berjuta-juta di dalam bank, menguasai apa sahaja lapangan yang mereka ceburi, tapi kini bersemadi di dalam kubur hanya tinggal tulang belulang yang tunggu nak reput saja. Jasad yang tidak hancur di mamah bumi hanya 3 golongan sahaja, iaitulah para anbiya`, para syuhada` dan para huffaz. Bila sebut para syuhada`, ana teringat satu hadith sahih riwayat Imam Muslim yang mafhumnya, Nabi saw berkata, "Apabila pejuang-pejuang Islam kena pukulan maut yang membawa kepada syahid, ketika itu mereka hanya merasai seperti digigit semut sahaja. "...Tu dia tuan-tuan yang kata mati syahid tu. Kita yang penakut ni saja yang seram sejuk tengok tubuh pejuang-pejuang syuhada` berkecai dalam operasi bom mereka seperti yang diattach dalam internet, namun hakikatnya mereka hanya rasa macam digigit semut sahaja.

4) Bayangkanlah jasad-jasad mereka yang telah dimamah oleh tanah.

Baru-baru ini, meninggal seorang jkkk di area tempat ana tinggal. Umur baru 43, mati mengejut kena hurt attack dengan meninggalkan dua anak yang masih kecik-kecik. Sekarang ni, mati mengejut dah jadi macam trend. Dulu yang kita dengaq, orang akan sakit dulu baru meninggal. Tapi sekarang, tiba-tiba saja kita dengaq dah meninggal, padahal baru petang tadi minum teh dengan dia kat kedai. Ana amat bimbang dengan fenomena macam ni sebab dengan dosa yang banyak, takut-takut tak sempat bertaubat.

Okay, dalam hadith yang kita bahas kali ini, ada dua suasana yang berbeza ketika seseorang nak mati. Jangan kata nak mati, sebenarnya waktu hidup pun dah ada perbezaannya. Cuba lihat kehidupan orang yang beriman dengan orang yang fasiq, jauh bezanya tuan-tuan. Cara bercakap, cara pergaulan, cara berfikir, cara tindakan orang-orang yang beriman amat berbeza dengan golongan fasiqun. Point-point ucapan orang yang beriman sentiasa menuju ke arah mirdhotillah. Dan itulah yang akan dia dapat. Namun yang kata beriman ini, dia mesti diiringi dengan amal-solih. Kalau setakat kat mulut saja kata beriman, tapi masih lagi tak tutup aurat, masih lagi tak solat, masih lagi tikam ekoq, itu bukan lagi dalam katogeri beriman.

Okay dalam beramal-solih untuk mencapai status orang yang beriman dan bertaqwa, ada satu lagi benda yang amat penting yang perlu kita dapat, iaitulah tak lain tak bukan, keredhaan dari Allah swt. Kalau takdak redha Allah, takdak guna amalan yang kita buat. Cuba tuan-tuan tengok Surah an-Naml:19, bagaimana Nabi Sulaiman alaihissalam berdoa meminta rahmat dari Allah di atas segala amal-solihnya. Ayat itu dimulakan dengan menceritakan senyuman Nabi Sulaiman sambil tertawa kecil apabila baginda mendengar semut bercakap dari jarak tiga batu jauhnya, menurut tafsir Imam Qurtubi. Lalu baginda berdoa:

"Ya Tuhanku, tetapkanlah hatiku supaya aku mensyukuri di atas nikmatMu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku, serta pandulah aku supaya aku dapat kerjakan amal-solih yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang solih."

Doa Nabi Sulaiman ni kalau dapat hafal, cukup cantik tuan-tuan. Tapi yang ana musykil sekarang, bolehkah amalan kita diredhai sekiranya kita secara tak langsung menghentam amalan-amalan Rasulullah saw, para sahabah ra dan amalan imam 4 mazhab yang muktabar?...Awat tak kata macam tu, cuba antum semua refer akhbar Mingguan Malaysia 27 Nov`05 pada halaman pertama lagi, tengok Ikim kata apa?...Ikim sebagai salah satu saluran yang bercakap tentang Islam dan boleh dikatakan juga sebagai lidah rasmi kerajaan Malaysia, didapati telah menyelar fahaman wahabi kerana dianggap membawa ajaran sesat. Kemudian pada 28 Nov`05, disebut lagi dalam Utusan Malaysia bahwa fahaman wahabi ini kalau dibiarkan menular, ia akan menjejaskan perpaduan ummah kerana mereka adalah pengganas. Okay, ana tak mau bincang apa itu wahabi. Tapi yang ana nak bincang ialah definasi wahabi yang Ikim sebut. Ikim kata kalau sapa nak kenal wahabi, boleh kenal golongan ini dengan beberapa amalan seperti berikut:

i) depa tak bertahlil kenduri arwah, (ii) depa tak baca qunut waktu solat Subuh, (iii) depa tak mau talqin mayyit, dan sebagainya.

Kalau senarai di atas inilah yang dikatakan wahabi, sehingga dicadangkan ke peringkat kabinet supaya diambil tindakan terhadap fahaman wahabi, ana rasa terpanggil untuk ulas sikit. Mari kita buktikan bahwa kesemua definasi Ikim itu bukanlah fahaman wahabi, tapi itu adalah khilaf pendapat imam-imam mazhab.

1st kita tengok yang kata golongan tak mau baca Quran pada orang mati atau dalam lain perkataan, tak mau tahlil arwah. Okay cuba tuan-tuan buka kitab tafsir Ibn Kathir dan perati tafsiran pada ayat 33-41 Surah an-Najm. Pada ayat 39, Allah sebut, "Bahwa yang kata manusia ini, mereka tidak akan dapat pahala mahupun dosa kecualilah apa yang diusahakan."... Lalu kata Ibn Kathir, "Dari ayat ini (Surah an-Najm:39), maka Imam Syafie rahimallahu ta`ala telah mengeluarkan suatu hukum bahwa pahala bacaan Quran oleh orang yang masih hidup tidak akan sampai kepada si mati, kerana itu adalah usaha orang hidup, bukannya usaha si mati. Oleh sebab itu, perkara ini tidak pernah disunatkan oleh Rasulullah saw kepada umatnya. Dan perkara ini juga tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan sahabah radiyallahuanhu. Sekiranya perkara ini (menghadiahkan ayat Quran kepada si mati) baik, maka sudah tentulah para sahabat terlebih dahulu melakukannya."...Tu dia tuan-tuan, sapa kata ni?...Bukan ana kata, tapi itu adalah petikan ucapan Imam Syafie yang disebut kembali oleh Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya. Namun yang kita nak bincangnya, bukanlah masalah pahala baca Quran itu sampai ka tak sampai (masalah ini kita serah kepada perbincangan imam-imam mazhab), tapi yang kita nak bincangnya ialah sekiranya Ikim kata wahabi itu orang yang tak mau buat tahlil, maka sapa yang kena istilah wahabi di sini kalau merujuk kepada tafsir Ibn Kathir tadi?...Yang kena ialah Imam Syafie!...So kalau Ikim kata wahabi itu sesat, maka Imam Syafie juga turut sesat. Betoi ka tu?...Sedangkan pada perenggan terakhir dalam kenyataan yang dibuat oleh Ikim disebut, "Marilah kita menjaga keharmonian mazhab Syafie."...Nampak tak tuan-tuan, depa dah sidai tengah belakang Imam Syafie cukup-cukup, kemudian ajak pula kita menjaga keharmonian mazhab Syafie. Kita nak tanya, "Syafie mana yang enta nak jaga wahai Ikim oiii?!"...Sebab itulah, ana nak bagitau bahwa definasi yang Ikim sebut tentang wahabi tu salah.

Okay 2ndly kita tengok pula definasi kedua iaitu Ikim kata sapa yang tak berqunut ketika solat Subuh itu adalah wahabi. Untuk membuktikan kenyataan Ikim tu sekali lagi salah, cuba tuan-tuan buka kitab al-Majmu` tulisan Imam an-Nawawi rahimallahu ta`ala, yang merupakan rujukan fekah dalam mazhab Syafie. Dalam jilid 3 ada satu masalah yang dibincangkan oleh ulama berkenaan bacaan qunut dalam solat Subuh. Lalu kata imam Nawawi, "Pada mazhab kita (Syafie), bacaan qunut pada solat Subuh itu adalah sunat yang dituntut."...Maknanya, golongan yang bermazhab Syafie, kalau tertinggal qunut hendaklah ditampung dengan sujud sahwi. Namun berkata lagi Imam Nawawi, "Namun begitu telah berkata Abdullah bin Mas`ud radiyallahuanhu dan pengikut-pengikutnya, dan telah berkata juga Imam Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya, dan Imam Sufian ats-Tsauri dan Imam Ahmad ibnu Hambal: Tidak ada qunut pada solat Subuh."...Dan tambah Nawawi lagi, "Berkata pula Ibn Abbas radiyallahuanhuma: Baca qunut pada solat Subuh itu satu bida`ah."...Tu dia tuan-tuan, takkan Abdullah bin Mas`ud dan Abdullah bin Abbas (dua sahabat anak didik Nabi saw) itu juga wahabi?...MasyaAllah, kepada siapa kita dah tuduh sesat ni tuan-tuan?

Dan last sekali kita tengok pula tanda ketiga yang Ikim kata wahabi itu ialah golongan yang tidak bertalqin kepada mayyit. Okay untuk membuktikan sekali lagi tafsiran Ikim itu salah, cuba tuan-tuan buka kitab Fiqhul Sunnah tulisan Sheikhul Azhar Sayid Sabiq rahimallahu ta`ala, di bawah tajuk "Apa hukum dibaca talqin kepada mayat setelah dikebumikan". Sayid Sabiq kata, "Baca talqin di atas kubur telah disunatkan oleh Imam Syafie."...Maknanya dalam mazhab kita Syafie, disunatkan talqin atas kubur. Namun menurut Imam Syafie, dalil yang dipegangnya sebagai menyokong disunatkan talqin adalah dari satu hadith yang dhoif. Kata Imam Syafie, "Masalah talqin itu bukannya suatu hukum, jadi tidak menjadi kesalahan untuk diambil pengajaran dari hadith yang dhoif."...Hadith itu diriwayatkan oleh Said bin Mansur, dari Rashid bin Said, dari Dhamrah bin Habib, dari Hakim bin Umair, sabda Rasulullah saw, "Setelah kubur diratakan dan hadirin mulai beredar, ketika itulah hendak diseru nama folan bin folan. Sebutlah Lailahaillallah, Lailahaillallah, Lailahaillallah. Wahai folan bin folan, katalah Tuhan kamu Allah, agama kamu Islam, Muhammad itu Nabi kamu."...Kemudian sebagai menyokong hukum yang disunatkan bertalqin di atas kubur, Imam Syafie bawa satu lagi hadith yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dari Abu Umamah al-Bahili. Tetapi matan hadith ini, jumhur ulama mendapati tidak berapa elok menyebabkan status hadith ini jatuh lebih teruk dari dhoif. Matannya bunyi macam masyarakat Melayu kita dok buat tu, tapi ayat last tu ada menyebut satu dialog antara Malaikat Munkar dan Nakir. Salah satu Malaikat akan sebut sambil memegang tangan malaikat yang satu lagi, "Kita dah dengaqkan imam sedang ajar mayat, jadi takdak apa lagi kita nak soal si mati, jom kita belah!"…Lebih kurang macam tulah maksud ayat hat last tu. Jadi, akibat dari status hadith yang menjadi hujjah Syafie itu sangat-sangat dhoif, menyebabkan ulama-ulama dalam mazhab Maliki dan ulama-ulama dari mazhab Hambali menyatakan bahwa talqin itu hukumnya makruh. Makruh tu apa tuan-tuan?…Makruh tu kalau buat tak dapat apa, kalau tinggai dapat pahala. So, adakah golongan yang tidak bertalqin di atas kubur itu juga wahabi?

Tiga contoh yang ana bawa sudah cukup untuk membuktikan betapa salahnya kecaman Ikim kepada golongan yang dimaksudkan sebagai wahabi di M`sia. Tetapi yang menjadi masalahnya sekarang, orang yang mewakili Ikim untuk bercakap isu ini, bergelar "Doktor", sedangkan kita yang menyanggah pandangan si Doktor itu, apa gelaran pun takdak. Ini masalahnya tuan-tuan. Nak kata depa tak mengaji, sedangkan depa tu ada gelaran Master, bahasa Arab cair kat lidah. Takkan depa tak baca kitab "Khilaf Fekah 4 Mazhab" yang ditulis oleh ulama Mesir, yang complete mendetailkan perbahasan keempat-empat imam mazhab yang muktabar?...Tak sebut pun mazhab wahabi dalam kitab "Khilaf Fekah 4 Mazhab" tu tuan-tuan. Kalau tuan-tuan nak tau apa itu wahabi, tuan-tuan mengajilah bab Siyasah Daulah, kata al-Albani. Maknanya istilah wahabi ini kita akan jumpa dalam masalah politik, bukannya dalam masalah fekah. Namun di M`sia, kita senang-senang saja tunjuk itu wahabi, ini wahabi, last-last tanpa disedari kita sendiri hentam imam-imam mazhab yang besar-besar. Macam ni punya gaya, boleh ka Allah nak bagi rahmat kat kita?...Takdak pasai tuan-tuan. So cukuplah, jangan kita dok bergaduh dalam bab wahabi ni tuan-tuan. Banyak lagi isu-isu besar yang sepatutnya kita bincang, seperti masalah global yang menimpa masyarakat Islam di seluruh dunia seperti di selatan Thai, di Moro, di Iraq, di Kashmir, di Afghanistan, di Chechen, termasuklah masalah dalam negara kita sendiri seperti masalah tahanan ISA, masalah kezaliman umno/BN dan banyak lagi yang boleh kita bincang. Inilah yang sepatutnya kita fokus, tapi seolah-olah disepikan begitu saja.

 

Allahu`alam

 

7/12/05

No comments: