dan Nabi Muhammad adalah rasul Allah

Pengunjung misisuci sedang online

Monday, December 04, 2006

4. Qanun jenayah syariah (Hudud - Qazaf)

20. Bah 1 - Bab 2 - Hudud - Fasal 2 - Qazaf - Per 38 - 39

 

Fasal 2 : Qazaf

Perkara 38: Qazaf

1) Ialah melemparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya. (Nihayah al-Muhtaj: 7/139)

[ Kalau kita tuduh seseorang itu berzina, sedangkan dia belum pernah ada record berzina, maka itu dinamakan qazaf. Sebab itu, kita nak kata bahwa siapa yang buat aniaya kepada DSAI adalah zolim orangnya. Sebab apa kita kata zolim?...Sebab DSAI tidak pernah ada record perzinaan dalam mahkamah. Dia bukanlah orang jahat. Dia adalah orang biasa macam kita, tapi tiba-tiba ada dikalangan manusia jahat tuduh bahwa dia ada hubungan sulit dengan Shamsidar sehingga melahirkan anak luar nikah. Inilah contoh perangai jahat manusia. Orang yang buat kerja lagu ni, dia tertakluk kepada Qazaf.

Tapi orang kita biasalah, bila kita buat teguran, dia pun kata, "Oooi! takkan kerajaan tak reti kot dalam soal sebegini?...Depa pun ada alim ulama juga." ...Okay kalau depa reti; mana dia bukti yang kata DSAI berzina atau meliwat?...Sebenarnya takdak bukti. Kalau takdak bukti, lebih baik duduk sengap, jangan dok bercakap tak tentu hala. Begitu jugalah dalam masalah KMM. Pemimpin negara kita kata dalam berita bahwa mereka ni terpaksa dikenakan ISA sebab didapati dalam soal siasat bahwa mereka terlibat dalam pembunuhan Joe Fernandez. Okay kalau betoi depa terlibat dalam pembunuhan Joe Fernandez, bawalah ke mahkamah dan kalau depa didapati bersalah, gantunglah depa. Tapi pasai apa depa ni tak dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan?...Inilah yang menunjukkan bahwa sebenarnya kerajaan tidak ada bukti seperti apa yang depa kata kepada masyarakat. ]

2) Qazaf dalam jinayah syar`iyah terbahagi kepada dua bahagian:

i) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud, seperti seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil.

[ Sampai ke hari ini masih juga kedengaran suara-suara sumbang mempertikaikan, "Pakai kamera tak boleh ka?..Pasai apa kena pakai 4 orang saksi juga?..Pasai apa saksi kena orang lelaki?..Orang perempuan tak boleh ke?..Bukan ka zaman la ni orang perempuan lebih bijak daripada lelaki?" ...Dan bermacam-macam lagi yang kita dengar. Kalau nak dihurai satu persatu secara ilmiah, mungkin akan memakan masa yang panjang. Jadi apa yang kita nak bagitau secara ringkas ialah apa saja keputusan Allah, janganlah kita nak mempertikaikannya. Sebab kita hanyalah manusia yang bukannya cerdik tara mana sangat. Kalau kita berusaha nak mengkaji rahsiaNya, faddhal silakan, memang digalakkan. Tapi jangan sekali-kali mempertikai dan menganggap salah akan arahan daripada Allah swt itu. Pasai apa?...Pasai Dia lebih tahu daripada kita.

Contohnya, macam ada sahabat-sahabat kita yang berbahas dalam masalah babi. Pasai apa babi tu haram?...Dok bahas benda lagu tu buat apa sampai terkeluar kata-kata yang tak menyenangkan sesama kita. Apa yang kita tahu, kalau Allah swt haramkan satu-satu benda, ini bermakna bahwa keburukan dia lebih banyak daripada kebaikan. Apa keburukannya?...Kalau nak kaji, silakan, kajilah. Tetapi jangan sekali-kali mempertikaikan hukum Allah swt...Kalau tak silap saya, hari tu ada satu article cerita pasai apa Islam tak benarkan makan babi. Ia adalah kerana dalam daging babi itu ada cacing pita. Cacing pita bila masuk dalam perut kita, dia akan pegang dengan kuat dalam usus sebab di kepalanya ada sejenis cangkuk. Kita buanglah air lagu mana pun, dia tetap tidak akan keluar daripada usus. Jadi, segala zat makanan yang kita makan, akan dapat kat dia dulu. Oleh sebab itu, antara symthom orang yang ada cacing pita dalam perut dia ialah dia akan jadi kurus. Makanlah banyak mana pun, dia takkan gemuk-gemuk. Jadi, sapa yang kuat makan tu, tapi tak jugak gemuk-gemuk, esok mau pi minta doktor check.

Oleh sebab itu, ada orang kata haram makan daging babi sebab dia ada cacing pita. Tapi persoalannya sekarang ada pihak bukan Islam mengatakan bahwa daging babi sekarang ni dah pun sterilised yakni dah bunuh habih dah kuman cacing pita. Jadi, adakah bila cacing pita itu dimusnahkan oleh teknik-teknik moden, maka dihalalkan makan daging babi?...Dak juga tuan-tuan, ia tetap diharamkan. Sapa yang kata halal, maka dia telah kuffur kepada Allah swt. Jadi, apa yang penting yang kita nak bagitau di sini ialah benda yang tersirat disebalik hukum yang diturunkan Allah swt, sesetengahnya memang tidak dapat dijangkau dengan pancaindera kita. Sebab kita ni memang tidak sebijak mana kalau nak banding dengan Allah swt. ]

ii) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman ta`zir, seperti seseorang menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum arak atau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci, memaki dan lain-lainnya yang boleh menjatuhkan maruah seseorang dan menghinanya.

[ Hukuman ta`zir maksudnya ialah bentuk hukuman itu diserah kepada kebijaksanaan kerajaan atau pemerintah; samada nak denda, nak penjara, atau nak macamana ka, terpulang kepada kebijaksanaan pemerintah. ]

 

Perkara 39: Hukum Qazaf.

Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil, hukumnya adalah haram dan termasuk dalam dosa besar dan wajib dikenakan hukuman had qazaf (sebat) sebanyak 80x sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya, kerana dia adalah orang yang fasiq. Firman Allah swt yang bermaksud, "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi, maka sebatlah mereka 80x sebat, dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya, kerana mereka itu adalah orang-orang yang fasiq." (Surah an-Nur:4)

[ Siapa yang tuduh orang berzina atau siapa yang tuduh orang meliwat tanpa 4 orang saksi lelaki yang adil; Allah swt telah tetapkan 3 jenis hukuman kepada mereka ini.

i) Kata Allah, "Sebatlah mereka itu 80x sebat..."

ii) jangan kamu terima kesaksian mereka selama-lamanya. Kita tak boleh percaya orang lagu ni sebab dia seorang penipu. Ingat tak tuan-tuan masa "dia" kena sakit jantung hari tu?...Memang time tu dah kronik sangat dah sampai takdan nak pi buat pembedahan kat luar negara pun, sehingga terpaksa buat kat IJN. Tapi kemudian selepas dia terlepas dari malapetaka tu, apa yang dia kata orangramai?...Biasala dengan muka slambernya, dia kata, "Saya buat kat IJN sebab saya cukup yakin dengan pakar-pakar tempatan."...Pembohong sungguh dia ni tuan-tuan. Padahal, masa tu memang dia nak mampuih dah pun. Takdan nak naik flight dah. Bukan kata nak pi England, nak pi Singapore pun takdan dah. Last sekali terpaksa dihambat ke IJN, tiba-tiba habag kat orang ramai, "Oooh! sebab saya percaya dekat pakar-pakar perubatan tempatan."...Penipu besaq betoi orang macam ni tuan-tuan. Tak boleh percaya orang lagu ni. Takyah la saya sebut nama dia. Tuan-tuan pun kenai siapa dia kan?...Alah, sapa lagi kalau bukan kawan karib kita yang senang lenang sekarang ni duduk kat Putra jaya tu. Inilah dia dasar penipu. Perangai ahli politik fahaman sekular, macam ni lah tuan-tuan; nak penipu aje kerjanya. Sebab definasi politik dalam fahaman sekular pun ialah menipu. Sedangkan Islam ajar kepada kita bahwa politik ini ialah menegakkan agama dan memerintah dunia dengan agama. Inilah siyasah politik cara Islam. Sepatutnya orang macam ni Allah kata jangan terima kesaksiannya buat selama-lamanya. Tapi apa yang berlaku hari ini, masih ada dikalangan masyarakat kita menyanjung dan masih percaya kepadanya. Ini menunjukkan bahwa kefahaman dalam ilmu agama telah menjadi begitu kritikal dalam masyarakat kita hari ini; sehingga tak reti dah nak membezakan yang mana orang amanah dan yang mana orang penipu.

iii) ALLAH melabelkan orang sebegini adalah fasiq. ]

 

Perkara 40 : Penuduh yang boleh dikenakan hukuman had qazaf.

1) Seseorang yang menuduh seseorang yang lain berzina yang boleh dikenakan hukuman had qazaf ke atasnya adalah tertakluk di bawah 5 syarat:

i) Berakal (tidak gila);

[ Orang gila tidak boleh dikenakan hukuman hudud. ]

ii) Baligh (telah dewasa mengikut perhitungan syara`);

[ Orang lelaki kalau bermimpi sampai keluar air mani atau orang perempuan didatangi haid ataupun selewat-lewatnya berusia 15 tahun mengikut mazhab Imam Syafie rahimahullahu ta`ala, maka dikira sebagai baligh. ]

iii) kemahuan sendiri (tidak dipaksa);

[ Kalau dipaksa, maka tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Yang dimaksudkan sebagai "paksa" ni pula, dia ada syarat-syaratnya sendiri. Bukan kata pukoi semua terpaksa, maka gugurlah hukuman hudud ke atasnya; bukan lagu tu. Yang kata "terpaksa" di sini ialah ia berhubung dengan nyawa, maka barulah boleh dikatakan terpaksa. Contohnya katakanlah dalam kes perceraian; kita kena tau paksaan macamana yang boleh menyebabkan lafaz cerai menjadi sah dan paksaan macamana yang menyebabkan lafaz cerai menjadi tidak sah. Katakanlah ada seorang ayah memaksa anak lelakinya menceraikan isterinya dalam bentuk ugutan; kata si ayah tu, "Kalau kamu tak ceraikan isteri kamu itu, kamu jangan harap nak dapat harta aku nanti!"...Dalam keadaan lagu ni kalau si anak itu tadi ikut paksaan si ayah dengan menceraikan isterinya, tapi kemudian dia kata dia terpaksa, maka paksaan tadi tidak dikira. Maknanya, lafaz perceraian oleh si anak tadi, sah. Tapi kalau si ayah itu ugut dengan meletakkan pistol di kepala anaknya, lalu dia kata, "Kalau kamu tak ceraikan isteri kamu, aku akan tembak kamu. Biar mampus!"...Bila berlaku keadaan sedemikian, maka anak itu pun mengeluarkan lafaz cerai ke atas isterinya atas alasan nyawanya terancam. Adakah lafaz cerai itu sah di segi hukum syara`?...Lafaz cerai itu tidak sah, sebab anak itu dipaksa sehingga menggugat nyawanya. Inilah dia syarat-syarat paksaan yang perlu kita tahu. Iaitu keadaan macamana dikira sah mengikut hukum syara` dan keadaan macamana pula tidak dikira sah mengikut hukum syara`.

Bukan pasai apa tuan-tuan, sebab hari ni terlalu banyak sangat orang menggunakan alasan kerana dia terpaksa. Sikit-sikit terpaksa, sikit-sikit terpaksa. "Kalau aku tak buat lagu ni satgi, aku tak dapat kontrak pulak. Habih macamana aku nak settle segala hutang piutang apa semua ni?..Hang boleh la sembang, pasai hang ada motor sebijik je. Aku sampai 4 bijik kereta ni, sapa nak bayar?". ..Inilah dia antara contoh dilemma masyarakat korporat kita hari ini, sehingga dia sanggup bersekongkol dengan orang yang tidak diredhai oleh Allah swt walaupun hatinya membantah. Adakah orang macam ni dia boleh buat excuse kerana terpaksa di depan Allah swt nanti?...Mana boleh tuan-tuan, sebab benda tu bukannya terpaksa. Orang lain pun ada kereta jugak. Tapi hang pasai nak maintain hang punya bungalow sampai 10 bijik, kereta sampai 4-5 bijik, menyebabkan hang rasa terpaksa untuk bersama-sama dengan golongan yang menentang Allah swt. Maka alasan darurat seperti ini tidaklah dikira sah mengikut hukum syara`. Yang dikatakan darurat atau yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita ialah berkaitan dengan nyawa. ]

iv) mengetahui haramnya qazaf (menuduh);

[ Keadaan seperti ini jugak akan terpakai dalam keadaan-keadaan tertentu. Contohnya katakanlah seseorang itu terasing jauh daripada masyarakat berilmu. Kehidupannya betul-betul terpinggir seperti sekolah takdak, masjid takdak, surau takdak, cikgu takdak, sehingga menyebabkan terputus hubungannya dengan ajaran agama yang asasi. Maka orang macam ni akan diterima alasannya kalau dia kata bahwa dia memang tak tau bahwa haramnya qazaf. Tetapi kalau orang macam kita ni yang cukup dengan maklumat terkini, ditambah pula dengan adanya pengajian-pengajian ilmu di masjid/surau, ada sekolah, ada yang mengaji sampai ke univ, kemudian keluar jadi jurutera, jadi doktor dan sebagainya; tiba-tiba bagitau bahwa kita tak tau haramnya qazaf, maka alasan ini tidak diterima. ]

v) bukan ibubapa dan datuk hingga ke atas kepada orang yang dituduh.

[ Bukan makna kata halal ibubapa dan datuk ni boleh buat aniaya sewenang-wenangnya kat anak cucu depa. Tapi nak katanya ialah dari segi hudud, gugur hudud ke atas mereka. Contohnya kalaulah bapa bunuh anaknya, maka perbuatan itu tetap haram dan berdosa besar di sisi Allah swt, tapi adakah si bapa itu akan diqisos kerana bunuh anaknya?...Jawapannya ialah tidak kerana hukuman qisos itu gugur. Begitu juga kalau si bapa itu menuduh anaknya berzina. Perbuatan tuduhan tanpa bukti ini tetap haram dan berdosa di sisi Allah swt. Tetapi adakah si bapa itu boleh menerima hukuman hudud qazaf kerana tuduhannya itu?...Jawapannya juga tidak kerana gugur hukum hudud ke atasnya. Ini berdasarkan dalil dari suatu hadith Rasulullah saw, sabdanya, "Kamu dan juga harta benda kamu adalah milik bapa kamu."...Maka para ulama` mengatakan bahwa dengan sebab adanya nas ini, maka dia menjadi syubhah kepada hukuman hudud. Dan seperti yang kita tahu bahwa hukuman hudud akan tertolak bila ada sebarang syubhah. ]

2) Jika orang yang menuduh itu gila atau kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf ke atas mereka. Ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari; mafhumnya, "Allah tidak akan menyiksa 3 golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gilanya." (Riwayat Bukhari dalam al-Sahih)

[ Inilah dalil bahwa kanak-kanak yang belum lagi baligh dan orang gila tidak ada dosa. ]

3) Seseorang yang dipaksa untuk membuat tuduhan (bukan dengan kemahuannya sendiri) menuduh seseorang yang lain berzina, tidak boleh juga dikenakan hukuman had qazaf ke atas mereka. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, "Allah mengangkatkan (menghapuskan) dosa umatku yang tersilap dan terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan." (HR Tabrani dari sanad yang sahih).

[ Inilah dalilnya yang menyatakan bahwa siapa buat sesuatu dalam keadaan tersilap, maka tidak akan dikira sebagai dosa. Contohnya katalah kita sedang sembahyang Isya`dan pada realitinya kita hanya buat 3 rakaat sahaja tapi atas keyakinan sudah buat 4 rakaat; maka adakah kita berdosa?...Jawapannya ialah tidak berdosa. Samalah juga dengan perkahwinan. Kita memang yakin perkahwinan kita sah, tapi tiba-tiba kemudiannya didapati tidak sah. Adakah kita dikira berdosa?...Jawapannya juga adalah tidak berdosa. Menurut ust Jailani, banyak masalah sebegini berlaku kepada pasangan yang berkahwin di selatan Thai. Contohnya, baru-baru ini berlaku kepada satu pasangan yang pergi ke Siam untuk mencari seorang tok imam yang boleh menikahkan mereka. Bila depa sampai ke satu kampung di selatan Thai, depa pun tanya kepada seorang penduduk di situ, yang mana satu rumah tok imam tersebut?...Bila lihat saja orang M`sia mai (berpasangan pulak), penduduk kampung tu boleh agak dah apa tujuan pasangan tersebut kalau bukan nak kahwin. Lalu penduduk kampung tu pun bawalah pasangan tersebut berjumpa dengan tok imam yang dimaksudkan. Lalu dipendekkan cerita, mereka pun dinikahkan. Tapi bila berlaku satu masalah, kemudian setelah dicheck kembali, maka didapati bahwa rupa-rupanya orang yang menikahkan pasangan itu tadi bukannya tok imam yang ada authority untuk bagi nikah orang. Nampak tak tuan-tuan macamana pasangan tersebut sudah kena tipu. Tok imam tersebut hanya menjual surat nikah dan mengambil upah menikahkan orang dalam keadaan yang tidak direstui oleh syara`. Jadi, adakah nikah pasangan tadi sah atau tidak sah?...Jawapannya ialah tidak sah. Kerana sesiapa yang bernikah di selatan Thai hanya dikira sah jika yang menikahkan kita itu ialah wali am yang dilantik oleh Sheikhul Islam (pegawai tertinggi agama di Thailand). Di bawah jabatan Sheikhul Islam itu tadi, dia ada pula majlis-majlis agama Islam (termasuklah majlis agama Islam Songkla). Kemudian di bawah majlis agama Islam Songkla pula, dia ada satu senarai wali am yang dilantik untuk menikahkan orang. Sapa yang dinikahkan oleh wali am ni memang sah. Kalau lain dari wali am, memang tidak sah. Jadi apa yang berlaku kepada pasangan tadi walaupun pernikahan mereka tidak sah, tapi adakah mereka berdosa?...Jawapannya adalah tidak berdosa sebab mereka dok ingat memang sah, sedangkan mereka ditipu.

Sebab itu, pada sapa-sapa yang nak kahwin dua tu, saya sarankan tak payahlah pi Siam. Kat M`sia pun boleh kalau tahu caranya. Dulu betoi, memang susah nak kahwin dua ni, sebab kena dapatkan persetujuan dari isteri pertama dulu dengan diturunkan tandatangannya. Atau kalau dia tak bagi, kita curi cap jarinya ketika dia tidur. Ni semua cerita dulu, la ni tak payah dah. Sebab la ni sapa nak kahwin lagi satu, dia tak payah dah minta izin dari isteri pertama (minta maaf banyak-banyaklah pada muslimat yang marah kat saya kali ni. Tapi yang saya nak habag adalah benda betoi). Kalaulah si suami apply untuk kahwin satu lagi, mahkamah akan tengok dulu ada dak keizinan dari isteri pertama?...Kalau ada, mahkamah akan automatik bagi teruih, takdak soal banyak dah. Tapi kalau isteri pertama tak bagi, haaah!...yang ni mahkamah akan check dulu. Tengok gaji si suami tu berapa; mampu atau tidak untuk dia berpoligami?...Kalau gaji dia bawah dari RM1000 sebulan, mahkamah akan kata bahwa dia tak mampu. Kalau diukur dengan realiti dunia hari ini, hatta kalau gaji dia RM1000 lebih sebulan pun, dia tak akan mampu. Pasai apa kita kata lagu tu?... Cuba tuan-tuan calculate tengok; katakan tanggungan ke atas seorang isteri ialah RM500. Kemudian anak pulak ada 5 orang, sorang RM200; jadi calculate-calculate tengok jumlahnya dah RM1500, tu tak campur dengan hutang apa semua lagi tu. Dan yang hat bini muda punya pun tak calculate lagi. Sebab itu, mahkamah kebiasaannya memang very strict dalam bab-bab macam ni kecualilah orang yang ada duit banyak. ]

4) Kanak-kanak yang belum baligh dan telah mumaiyiz yang menuduh seseorang berzina tidak boleh dikira sebagai kesalahan qazaf yang boleh dikenakan hukuman had qazaf, tetapi kanak-kanak yang telah mumaiyiz itu wajib dikenakan ke atasnya hukuman ta`zir.

[ Ini bermakna budak kecik yang belum baligh, tak boleh kena hudud. Tetapi kalau dia mumaiyiz (umur dalam lingkungan 9-10 tahun, yang dah reti bezakan antara benda baik dan benda buruk), maka boleh dikenakan hukuman ta`zir ke atasnya. Ta`zir ini tujuannya ialah untuk mengajarnya supaya lain kali jangan buat kerja lagu tu. Nampak tak tuan-tuan macamana Islam ajar kita bagaimana nak handle masalah kanak-kanak. Dalam Islam, budak yang kecik sangat (belum mumaiyiz), dilarang untuk kita memukul mereka. Sebab kalau kita pukul jugak, maka ini akan menyeksa jiwanya dan tumbesaran perasaan psikologinya boleh terjejas. Tetapi kalau kita terlalu memanjakan sampai langsung tak pukoi atau terlambat nak pukoi dia sehingga dah besar panjang baru kita nak pukoi, pun tak boleh jugak. Dia akan jadi seperti "Anakku Sazali".

Sebab itu, Islam mengajar kita kalau buat sesuatu biarlah bertepatan. Nak pukul terlalu awal pun tak boleh dan terlalu lambat pun tak boleh. Kalau terpaksa kita pukoi, maka lakukanlah pada masa sepertimana yang diajar oleh Islam. Begitu juga dengan cara pukulannya, mestilah kita mengikut seperti yang Islam ajar. Jangan dok pi modify pulak Islam yang datang kepada kita ni. Kalau Islam kata mumaiyiz baru kita boleh bagi ta`zir, maka kita tengoklah dulu adakah dia mumaiyiz ka belum, sebelum kita pukoi dia. Nampak tak tuan-tuan macamana Islam mengajar kita supaya melaksanakan ajaran Islam berdasarkan dengan ketepatan hukum syara`. Jangan berlebih kurang dengannya. Kecuali kalau yang ada rukhsah (kelonggaran) di sisi Islam; yang tu cerita lain. Tapi yang pentingnya, hendaklah kita mengamal ajaran Islam mengikut ketepatan.

Sekarang ni kita boleh lihat mana-mana pun orang bercakap pasal Islam. Orang yang tak reti pasai Islam pun nak bercakap juga, malah yang bukan Islam pun turut sama. Baru-baru ni dalam tv muncul sorang pemimpin bercakap pasai Islam, katanya, "Pasai apa kita suka sangat guna masjid bercerita pasai politik?..Saya nak buat satu contoh. Tapi contoh ni kalau saya sebut, mesti orang marah. Tapi saya nak sebut jugak ni. Antara punca kita orang Islam berpecah belah adalah disebabkan kita suka bercakap politik dalam masjid. Pasai apa kita tak tiru macam hindu atau macam kristian, yang tak bercakap politik pun dalam tokong atau gereja mereka?..Sebab itu, mereka boleh bersatu-padu.". ..Nampak tak tuan-tuan macamana jahilnya orang melayu hari ini, sehingga dia nak bandingkan Islam ini dengan hindu/kristian. Takkan dia tak tau kot bahwa Islam ni amat berbeza dengan ajaran-ajaran lain?...Sebab itu, kalau tuan-tuan baca dalam beberapa buku tulisan beberapa orang ulama`, tuan-tuan jangan terkejut kalau mendapati sebahagian daripada ulama` ini tidak bersetuju kalau kita kata Islam itu agama. Sebab apa?...Sebab ada takrif yang menyatakan bahwa istilah agama itu sendiri merujuk kepada suatu ajaran yang sempit, iaitu ajaran tentang akhirat semata-mata. Sedangkan Islam itu satu ajaran yang datang kepada kita dalam bentuk duniawi dan ukhrawi. Semua ada di dalamnya. Ini berbeza dengan Buddha; yang hanya satu etika. Begitu juga kalau kita tengok dalam bible version Matthews 22:21, tertulis, "Render therefore to the ceasar what is ceasar`s, and to the god what is god`s."...Yang bermaksud, "Bagi kepada pemerintah apa yang kepunyaan pemerintah, dan bagi kepada Allah apa yang kepunyaan Allah." ...Inilah dia ajaran kristian. Sebab itu, kalau paderi dia naik atas mimbar baca khutbah, bab dunia dia tak akan cakap. Sebab kristian adalah satu ajaran yang memisahkan antara dunia dan akhirat. Dalam gereja, urusan keduniaan tak boleh cakap. Tapi dalam Islam, bila kita masuk masjid untuk berdakwah, kita akan bercakap dan buat teguran dalam semua urusan; samada akhiratnya, politiknya, sukan ka, hiburan ka dll. Inilah dia ajaran Islam. Jadi pasai apa kita nak tiru kristian?...Sebab itu, kita nak bagitau bahwa memang kita tak boleh samakan Islam dengan ajaran-ajaran lain.

Jadi bila berlaku lagu ni, maka kita nak bagitau bahwa antara syarat nak jadi pemimpin, mestilah fakih tentang Islam. Sebab muka-muka pemimpinlah yang banyak sekali keluar tv bercakap dan ini boleh mempengaruhi masyarakat. Tapi jangan salah tafsir pulak. Bukan kita kata nak jadi pemimpin ni mesti semua ustaz. Bukan lagu tu. Kalau hang engineer nak jadi pemimpin, silakan; tapi syaratnya hang mesti faham tentang Islam. Doktor kalau nak jadi PM, silakan; tapi syaratnya mestilah faham tentang Islam. Begitu juga kalau sorang lawyer nak jadi adun, silakan; tapi dengan syarat, mestilah faham tentang Islam. Takdak kata diskriminasi dalam bab ni. Yang kita ndak ialah bila kamu jadi ahli dunia, dalam masa yang sama kamu juga ahli dalam bidang akhirat. Inilah keseimbangan yang kita nak wujudkan dalam masyarakat Islam kita hari ini.

Cuba tuan-tuan tengok isu yang sedang hangat diperkatakan hari ini. Macamana beberapa pertubuhan Islam telah menghantar memorandum kepada majlis raja-raja, membantah tentang perangai beberapa orang penulis yang menulis tentang beberapa perkara yang agak sensitif kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam. Bila tengok muka-muka yang hantar memorandum tu macam pro-Pas aje, lalu muncullah sekoq badut dalam tv kata, "Penulis beginilah yang kita mahu sebab dia adalah penulis yang dinamik lagi progresif!"...Nampak tak tuan-tuan macamana singkatnya akai seorang pemimpin yang jahil tentang Islam. Sapa lagi kalau bukan pemimpin umno. Dulu pun pernah orang mempertikaikan salah seorang anggota Sisters In Islam kerana dia mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan Islam. Dia nak bercakap pasai Islam, tapi tudung pun tak pakai. Bila orang hentam dia, tiba-tiba muncul hero umno membela. Kata hero tu, "Inilah contoh Islam yang moderate!"...Nampak tak tuan-tuan macamana puak-puak haprak ni nak tunjuk kata depalah bijak dengan menggunakan istilah-istilah canggih lagi mengelirukan. Awat tak kelirunye; cuba tuan-tuan buka kamus Oxford, dan tengok apa maksud perkataan "moderate" tu?...Kamus Oxford kata "moderate" itu adalah average in quality. Yang dalam bahasa melayunya ialah mutu yang purata. Jadi maknanya, anggota Sisters In Islam tu hanyalah orang Islam yang biasa saja. Tak le hebat pun kalau lagu tu. Begitulah juga kalau kita dengar ulama` yang moderate; maknanya ulama` yang mutunya biasa aje. Apa ni?...Tanya balik kat diri kita sendiri; adakah kita nak jadi seorang Islam yang mutunya biasa aje?...Tentu sekali tidak, tuan-tuan. Sebab saya nak jadi seorang Islam yang mutunya adalah yang terbaik. Begitu juga dengan tuan-tuan; betoi tak?...Tuan-tuan pun nak jadi seorang Islam yang soleh dan mukmin yang paling cemerlang; betoi tak?...Inilah sebenarnya cita-cita kita. Bukannya nak jadi biasa memanjang lagu tu je. Sebab itu, saya mengatakan bahwa istilah-istilah akhir zaman macam ni (dinamik, progresif, moderate) memang mengelirukan. Sebenarnya bukannya salah kalau nak guna istilah-istilah ni. Tapi kalau kita kaji balik istilah ni, kadang-kadang dia tak berapa sesuai kalau nak digunakan kepada ulama` mahupun penulis yang mendukung perjuangan Islam sepertimana yang diarahkan oleh Allah swt kepada kita. Oleh sebab itu dalam tindakan kita, kita hendaklah make sure ulama` ataupun seseorang penulis itu menulis dengan ungkapan-ungkapan yang sesuai dengan ajaran Islam.

Sekarang kita tengok pulak satu isu lagi, iaitu isu kebebasan berpakaian. Bila timbul isu ini di Singapura, tiba-tiba muncul sorang lagi menteri dalam negara kita, katanya, "Dalam negara kita, kita menjamin kebebasan berpakaian."...Sebenarnya, dalam Islam pun ia menjamin kebebasan berpakaian, tetapi tidaklah secara mutlak. Islam ada limitasinya. Pakaian jenis apa pun, pakailah. Kebaya ka, kebarong ka, t-shirt ka, seluaq ka, semuanya boleh. Tapi syaratnya, mestilah longgar dan jangan sampai mendedahkan aurat.

Tuan-tuan baca dak paper minggu sudah, yang menceritakan apa yang sedang berlaku di Kandahar sejak kebelakangan ni?...Macam-macam yang kita dengar. Dulu sebelum Toliban mai, kita pernah dengar adanya kegiatan homoseks. Kemudian masa Toliban perintah, depa kata Toliban keras sangat. Sehingga kita dengar Toliban sanggup tembak perempuan. Maka teraniayalah kaum perempuan ketika Toliban perintah. Ini semua sebenarnya adalah fitnah golongan barat nak memburuk-burukkan Islam. Sekarang bila Toliban takdak, apa yang berlaku di Kandahar dan wilayah-wilayah lainnya?...Homoseks yang berjaya dihapuskan oleh Toliban, sekarang ni dah aktif balik. Macamana tak aktif balik tuan-tuan, sekarang ni masyarakat Afghan telah didedahkan dengan tv satelite yang beroperasi 24 jam dengan 140 channel termasuklah rancangan-rancangan lucah. Siapa punya angkara ni?...Sapa lagi kalau bukan Amerika Syarikat.

Bila kita sebut Amerika ni, ingat tak tuan-tuan dengan konflik di Balkan tak lama dulu. Ingat tak macamana Nato yang didalangi oleh Amerika Syarikat campurtangan dalam konflik tu?...Kita masih ingat macamana ribuan umat Islam Bosnia disembelih oleh puak-puak Serbia begitu saja, akibat tak dapat mereka nak lawan balik sebab tidak dibekalkan senjata. Bila kita minta supaya dibekalkan Bosnia dengan senjata, tiba-tiba Nato sekat. Nato kata, "Kalau dibiarkan senjata diseludup masuk ke Bosnia, maka akan berlakulah pertempuran yang lebih dahsyat. Ini akan mengorbankan lebih banyak nyawa."...Nampak tak tuan-tuan, sebenarnya secara tak langsung, Nato dan Amerika Syarikat juga ada mengambil bahagian dalam etnic cleansing di Bosnia Herzegovina tempohari. Tapi kemudiannya bila sampai satu peringkat, bilamana Allah menggerakkan tenteraNya yang terdiri daripada mujahidin-mujahidin seluruh dunia pakat masuk ke Bosnia bagi menolong menentang puak-puak Serbia; sehinggakan satu ketika sebahagian besar daripada Bosnia Herzegovina dapat dikuasai kembali oleh pejuang-pejuang Islam, maka ketika itulah Nato bersama dengan Amerika masuk untuk campurtangan secara langsung dalam konflik ini. Ini keadaan sebenarnya yang berlaku tuan-tuan. Padahal kalau depa nak campurtangan, sejak dari awal lagi pun boleh. Tapi depa tangguhkan dulu, kerana nak tengok berapa ramai orang Islam disembelih sewenang-wenangnya oleh puak Serbia. Jadi, dari konflik di Bosnia lagi dah memang kita dah tahu bahwa yang kata Amerika Syarikat ni; dia tak akan campurtangan selagi dia tengok Islam rugi. Tapi kalau dia tengok keadaan sebaliknya (menguntungkan Islam), maka barulah dia campurtangan untuk mempastikan bahwa Islam tidak akan naik. Sebab itu, betullah apa yang ulama` kata bahwa Amerika ini adalah "The Greatest Satan" di mukabumi ini. Jadi kalau kita labelkan dia sebagai Syaitan yang terbesar atas mukabumi ini, maka kita kena terima bahwa dia adalah syaitan yang terbesar. Bukannya menjadikannya sebagai kawan karib pulak seperti kebanyakan kita pada hari ini. Sebab itu, kita kenalah berhati-hati dengan dakwaan-dakwaan seperti ini.

Berbalik kita kepada isu kanak-kanak pakai tudung di Singapura tadi. Kita pun tahu bagaimana mufti Singapura telah memberi satu fatwa bahwa apabila berlaku pertembungan antara akademik dengan aurat, maka kita kena lebihkan akademik. Dan saya telah pun baca posting dari sahabat kita saudara Hafiz Firdaus yang memberi hujjahnya menyokong fatwa mufti tersebut. Memang hujjah saudara Hafiz Firdaus dalam pandangannya berhubung dengan isu ini cukup berilmiah. Dan saya juga memang kagum dengan kehebatan ilmu yang ada pada mufti Singapura itu sebab memang banyak buku yang telah beliau karang dan telah banyak beliau terjemah berada dalam pasaran di M`sia ini. Tapi bagi saya, walaupun dia bagus dengan ilmunya, tapi dalam masalah aurat di Singapura, dia telah memberi satu pandangan yang menyeleweng daripada ajaran Islam. Sepatutnya apabila kerajaan Singapura tanya dia (mufti) ketika mereka nak buat satu polisi bahwa orang-orang perempuan Islam tak boleh pakai tudung ke sekolah sebab boleh mengganggu intekrasi kaum di Singapura; maka dia sebagai mufti kenalah bijak menjawabnya dengan mengambil juga sumber daripada suasana di sekeliling. Cuba tengok orang Sikh; depa boleh pakai serban, takdak sapa kacau pun. Serban depa lagilah besaq. Takdak masalah pun. Tapi bila mai kat orang Islam, awat pakai tudung pun tak boleh?...Jadi bila kerajaan Singapura rujuk kepada dia (mufti) untuk minta pandangan, maka dia sebagai mufti yang menjaga hal ehwal agama Islam di Singapura, kenalah bagi satu pandangan yang boleh menyelamatkan aqidah dan syariat. Awat susah sangat ka nak kata tutup aurat itu adalah wajib dalam ajaran Islam, dan diperingkat kanak-kanak, ia amat digalakkan untuk membiasakan budak itu supaya bila dia baligh nanti, dia akan biasa dengan pakai tudung?...Susah sangat ka nak kata lagu tu?...Cuba tuan-tuan tanya kat budak-budak perempuan yang dulu depa tak pakai tudung, tapi la ni depa pakai tudung, "Apamacam suka ka pakai tudung?"...Jawapannya, gerenti depa nanti kata, "Hangatlah, gatai kepalalah!"...Sebab apa depa rasa lagu tu?...Sebab, depa tak dibiasakan sejak dari kecik lagi. Sebab tulah depa sat-sat rasa hangatlah, sat-sat garu kepalalah. Tapi kita kena ingat bahwa pemakaian tudung itu adalah ajaran Islam. Kita rasa hangat ka, kita rasa tak selesa ka, kita rasa malas ka; ia tetap kena pakai sebab ia adalah ajaran yang diturunkan oleh Allah swt kepada kita. Sebab itu, kita kena banyak-banyak bersabar. Oleh sebab itulah jugak, kita kena asuh anak perempuan kita sejak dari dia kecik lagi supaya dia biasa pakai tudung. Takkan esok dia cukup umur, hari ini baru kita nak suruh dia pakai tudung?...Mampuih dia tak mau. Jadi kita kena biasakan anak perempuan kita dari peringkat awal lagi.

Bila kita tengok situasi mufti Singapura itu dalam isu di atas, teringat saya kepada 4 imam mazhab kita. Inilah bahananya kenapa mereka tolak tawaran-tawaran yang datang dari kerajaan mereka dahulu. Sehingga 3 daripada mereka disiksa kerana tidak mahu bekerjasama dengan pemerintah pada zaman mereka. Pasai apa mereka tak mau terima jawatan dalam kerajaan?...Sebab mereka tahu kalau mereka terima jawatan dalam kerajaan, maka mereka akan terikat dengan kehendak kerajaan. Sebab itu, mereka tolak untuk bekerjasama dengan pemerintah. Bila mereka tidak terikat dengan sesiapa, maka bolehlah mereka mengeluarkan pendapat-pendapat yang bebas daripada kepentingan pihak yang tertentu. Sebenarnya tuan-tuan, memang kita hormati pandangan ulama dan mufti ni, cuma syaratnya kita ndak supaya mufti atau sheikhul Islam itu memberi pandangan yang sesuai dengan kehendakAllah swt. Itu saja. Kita tak mau berulangnya sejarah ulama ussu` dari kalangan kita sepertimana yang disebut Nabi s.a.w. dalam beberapa hadithnya. ]

5) Orang yang tidak mengetahui haram qazaf tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf ke atasnya, kerana di antara syarat-syarat orang yang menuduh seseorang itu berzina yang boleh dikenakan hukuman had qazaf yang disebutkan dalam perkara 40 (iv) ialah orang yang mengetahui haram qazaf itu.

[ Yang ni kita dah perjelaskan tadi. Antara maksudnya ialah orang biasa macam kita ni dianggap sebagai sudah tahu akan haramnya qazaf. Lainlah kalau seseorang itu tinggal jauh daripada tempat pembangunan yang tidak ada sekolah, madarasah atau tempat ilmu; maka orang macam ni boleh diterima kemungkinan dia tidak tahu haramnya qazaf. ]

6) Jika seorang bapa atau ibu menuduh anaknya berzina, atau datuk hingga ke atas menuduh cucunya melakukan zina, mereka itu tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf sebagaimana yang disebutkan dalam perkara 40 (v).

[ Jadi kita sebagai orang mukmin, untuk mengelak daripada sebarang tuduhan atau prasangka buruk, maka kita kenalah jaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang fitnah. Contohnya, katalah satu hari ada tetamu mai rumah kita. Kita sebagai isteri yang kebetulan hari tu suami kita takdak kat rumah sebab ada urusan, jadi kita duduk sorang-sorang kat rumah. Jadi, kalau ada kawan lelaki kita mai; apa yang perlu kita buat ialah jangan sekali-kali bagi dia masuk dalam rumah. Walaupun hanya setakat ruang tamu sekali pun. Sebab apa tak boleh?...Sebab ini boleh mengundang fitnah dan boleh menjadi punca keretakan rumahtangga kita. Kalau dia nak mai jugak, suruh dia cakap benda perlu saja, lepas itu suruh dia balik. Apa nanti orang kata kalau kita bersembang dengan dia depan pintu gate sampai setengah jam?...Mesti orang nanti kata punya.

Kita orang lelaki pun sama. Satu hari tu, isteri kita takdak, kita dok sorang-sorang kat rumah. Tiba-tiba datang kawan perempuan kita sepejabat mai hantaq satu benda ke rumah kita. Hantaq apa tuan-tuan kalau sampai sejam tak keluaq-keluaq daripada rumah?...Hangpa sembang apa sampai sejam?...Nampak tak tuan-tuan, macamana benda begini membawa fitnah kepada rumahtangga kita.

Jadi, benda lagu ni Islam mengajar kita khususnya melalui peristiwa Rasulullah saw berjalan bersama isteri baginda yang bernama Safiyah. Ketika mereka sedang berjalan tu, tiba-tiba bertembung dengan 2 orang sahabat yang kelihatan seolah-olah mereka nak lari daripada berselisih dengan Nabi saw. Jadi, bila Nabi saw tengok keadaan tu, baginda pun pi hambat 2 orang sahabat tadi. Lalu baginda bagitau, "Aku tadi berjalan dengan Safiyah, isteri aku."...Tapi kedua-dua sahabat tu jawab, "Ya Rasulullah, sebenarnya kami tak bersangka buruk pun."...Tapi kemudiannya kata Nabi saw, "Walaupun kamu tak bersangka apa-apa, tapi aku nak supaya hati kamu berdua aman daripada fitnah." ...Dari cerita ni, kita sebagai orang Islam, kenalah jaga diri masing-masing daripada kemungkinan-kemungkinan berlakunya fitnah.

Tuan-tuan baca dak paper minggu sudah yang menceritakan bagaimana berlakunya pembunuhan ke atas seorang pensyarah UiTM. Sebenarnya benda apa yang berlaku, kita tak tahu, Allahu ta`ala `alam. Tapi tanya diri masing-masing, "Kita suka atau tak suka; bila kita mati, tiba-tiba orang kaitkan kematian kita itu dengan seorang GRO?"...Kita rasa macamana mati lagu tu?...Punca sebenar berlakunya pembunuhan, memang kita tak tau lagi. Tapi bila disiarkan dalam paper, maka seluruh orang dalam negara baca dan tahu bahwa kematian kita ada sangkut-paut dengan GRO; seronok atau tak seronok kalau mati lagu tu?...Inilah yang kita dok bagitau tadi supaya elakkan fitnah. Paper bagitau, "GRO itu bekas pelajar si mangsa. Dia dibuang dari UiTM sebab bekerja sebagai GRO. Dan memang si mangsa minat dengan GRO tersebut."...Kita dalam kubur dah, tapi cerita tentang kita masih meluas dibaca satu negara. Macamana keadaan kita bila jadi lagu ni?...Sebab itu, kita dok bagitau, sejauh mana perhubungan si mangsa dengan GRO tu, memang kita tak tau; tetapi masalahnya sekarang ialah kematian kita tadi telah disertai oleh fitnah yang amat memalukan.

Sebab itu, Nabi saw mengajar kita dengan sabdaannya, mafhumnya, "Seseorang itu bergantung kepada agama orang yang baik dengannya.". ..Maksudnya, kalau kita nak tengok seseorang tu macamana, tengoklah pada kawan yang dia dok bersembang selalu. Ataupun pada hari kematiannya, kita akan tengok macamana gelagat kebanyakan yang hadir pada hari pengkebumiannya, maka macam tulah juga perangai si mati ketika dia hidup dulu. Kalau kaki race motor mati, hangpa nanti tengok geng depalah yang ramai. Nak ziarah jenazah, nak ziarah jugak, tapi dengan rambut berekoq, dengan satu macam punya jaket. Time orang sembahyang jenazah, depa buat derk aje kat luar masjid sambil dok balaih rokok. Begitulah juga kalau hari tu taik pit yang mati, hangpa akan tengok geng pit la jugak yang banyak masa time nak tanam tu. Jenuh kita dok control depa pulak, tak bagi isap rokok ataih kuboq. Dan begitulah juga kalau orang Pas meninggal, hangpa nanti nampak yang mai semua pakai kopiah satu corak je. Hijau putih aje yang nampak penuh masjid ketika menyembahyangkan jenazah.]

 

 

Bah 1 - Bab 2 - Hudud - Fasal 2 - Qazaf - Per 40 - 42

Perkara 41 : Syarat-syarat orang yang dituduh.

Orang yang dituduh melakukan zina yang boleh dikenakan hukuman qazaf ke atas orang yang menuduh secara palsu mestilah orang yang dituduh itu mempunyai syarat-syarat berikut :

a) Orang yang dituduh tadi diketahui orangnya (dikenal pasti orang yang dituduh itu), sekalipun ia telah meninggal dunia (mati).

[ Maknanya, kita kena sebut identitinya ataupun directly kita sebut nama dia. Contohnya kita sebut betoi-betoi, si polan bin si polan berzina. Tapi kalau si penuduh tu mai-mai kat masjid, kemudian dia kata, "Tadi ada orang dalam masjid ni berzina!"...Dia tak specific pada seseorang, jadi ini bukan dinamakan qazaf. Atau dia kata, "Aku tau dalam kampung ni ada orang berzina!"...Bila kita tanya sapa dia, dia tak sebut nama pun. Maknanya dia sebut secara umum. Adakah ini disebut sebagai qazaf?...Tidak, tuan-tuan.

Sebab itu, bila kita tahu syarat-syarat qazaf ni, kita nak bercakap dengan orang lain pun senang. Sebab kita dah tau akan batasan-batasan tuduhan tadi. Misalnya kita nak bercakap dikhalayak ramai; kalau kita yakin dengan fakta yang kita nak cakap nanti, maka kita boleh sebut depan orangramai. Sekiranya kalau ada orang nak saman kita pun, kita boleh bertanggungjawab di atas fakta yang kita kemukakan. Tapi kalau kita tak tahu fakta tu betoi ka tidak, jangan dok pi gatai sebut dikhalayak ramai. Satgi tak pasai-pasai orang saman kita, kita tak boleh nak jawab balik. Inilah caranya. Jadi, kita kena tau selok belok macamana nak berucap dikhalayak ramai, supaya kita tidak terdedah kepada dosa di sisi agama Allah swt. ]

b) Orang yang dituduh itu seorang yang baik dan bersih daripada perbuatan zina dan terpelihara kehormatannya dari sebarang kejahatan.

[ Contoh yang paling baik ialah DSAI. Sebelum ni pernah dak beliau disabitkan dalam mahkamah sebagai orang yang pernah berzina?...Takdak. Record dia bersih. Adakah dia seorang kaki pelacur?...Dak jugak. Dia adalah seorang yang suci. Jadi, kalau dalam keadaan record dia begini bersih kita tuduh jugak dia berzina, maka kita telah melakukan kesalahan qazaf. Samalah jugak kalau kita tuduh dia meliwat, sedangkan dia suci. Kecualilah kalau dia seorang yang terbukti sebelum ini sebagai seorang yang pernah berzina. Contohnya, memang diketahui umum dia ni pelacur, tiba-tiba kita tuduh dia berzina; adakah boleh kita dihukum qazaf?...Tak kena tuan-tuan, sebab memang betoi dia pelacur. Ataupun seseorang itu pernah ditangkap berzina (katalah tahun sudah dia ditangkap), kemudian tahun ni kita tuduh dia lagi; adakah kita akan diqazaf?...Tidak tuan-tuan. Sebab memang dia ada record yang tak baik tahun lepas. Jadi, maksud suci itu tadi ialah orang yang tidak pernah didapati bersalah terlibat dalam perzinaan. Ataupun orang tu clear dari segi maruahnya. Kecualilah orang yang ada tohmah seperti pelacur dan sebagainya; orang macam ni dia bukan seorang yang suci kehormatannya.

Kalau kita tengok paper minggu sudah, kita boleh tengok macamana Jabatan Agama di sebuah negeri membuat serbuan. Depa dapat tangkap 30 pasangan dalam keadaan mengadakan persetubuhan haram di kerusi belakang kereta. Kemudian selang 2-3 hari pulak, timbul lagi cerita lagu ni jugak; kali ni seorang perempuan Melayu ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki bukan Islam. Dalam paper kata yang lelaki tu telanjang bulat dah, sementara yang perempuan tu pulak dalam keadaan separuh bogel. Yang perempuan tu baring atas kerusi, kemudian yang jantan bukan Islam tu naik atas dia. Inilah yang diberitahu oleh tok imam dan puak-puak polis, bila depa dok mengendap tengok. Sebab tu, ramai berebut nak jadi pencegah maksiat tu. Sebab boleh mengendap. Inilah benda yang berlaku dalam masyarakat kita setiap hari, tuan-tuan. Tu yang masuk dalam paper, sebab tu kita tau. Yang tak masuk paper pulak macamana?...

Sebab itu, kalau kita tergolong dalam golongan yang sensitif dengan agama, maka pakat-pakatlah kita sama-sama cegah kemungkaran. Sebab kalau nak harap 100% pencegah maksiat di P.Pinang ni buat serbuan setiap hari, memang tak boleh harap tuan-tuan. Sebab satu daerah, hanya ada seorang pegawai pencegah maksiat sahaja. Jadi, takkan dia nak serbu sorang-sorang. Tuan-tuan nak tau ka apa cara yang digunakan oleh pegawai-pegawai ni bila nak buat operasi?...Katalah minggu ni depa nak buat operasi di Seberang Perai Utara (SPU); jadi apa yang pegawai di SPU tu buat ialah dia panggil habih semua ketujuh-tujuh pegawai dari 7 daerah di P.Pinang ni pi buat operasi sekali dengan dia. Kemudian minggu depan bila depa plan nak buat di SPT; macam tu lah jugak, pegawai dari SPT nanti contact habih pegawai-pegawai lain. Bila depa operasi kat SPT, yang SPU kira lega la. Tu pun bukan buat tiap-tiap hari. Seminggu, sekali aje buat. Habih macamana nak selesai cegah maksiat kalau lagu ni punya keadaan?...Sekali nak buat operasi, kena kerah habih seluruh P.Pinang punya pencegah maksiat turun. Itu pun ditempat-tempat yang terhad sahaja. Sebab itu, kita kata bahwa memang kita amat-amat memerlukan kerjasama daripada seluruh anggota masyarakat. Sekiranya kita nampak benda-benda maksiat atau benda tak baik berlaku depan mata kita, kita kena tegur. Masalahnya, berapa ramai antara kita yang sanggup buat kerja macam ni?...Kalau benda ni berlaku tepi jalan, sanggup dak kita stop kereta dan turun pi bagitau kat budak-budak tu, "Jangan buat benda lagu ni!"...Berapa ramai yang sanggup?...Tak ramai, tuan-tuan. Setengah tu ada yang kata, "Huh! biar pi la kat depa."...Inilah perangai kebanyakan orang dalam masyarakat kita. Adakah depa tak tau dakwah tu satu benda wajib?...Depa tau, tapi pasai apa tak mau buat. Kalau kita nampak satu benda mungkar dan kita redha dengan benda mungkar itu, maka kita akan dapat dosa secara free daripada Allah swt. Sebab itu, kalau kita tengok satu benda yang tidak baik, maka kena ada perasaan tidak redha dalam hati kita kepada keadaan-keadaan seperti ini.]

 

Perkara 42 : Menuduh orang berzina atau menafikan keturunannya.

1) Seseorang yang menuduh seseorang yang lain melakukan zina atau menafikan keturunannya, dimana orang yang menuduh itu tidak dapat membuktikan tuduhannya, maka orang yang menuduh itu wajib dikenakan hukuman had qazaf sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 39 yang berlandaskan firman ALLAH TA` ALA dalam Surah an-Nur ayat 4.

[ Hukumannya ialah 80x sebatan, tak boleh terima kesaksiannya selama-lamanya dan dihukum fasik oleh Allah swt...Nauzubillahiminzalik. Sebab itu, kita kena belajar agama dan faham supaya tidak terjebak dengan perkara-perkara sebegini. Contohnya katakan dalam alam berumahtangga; sepatutnya kita perlu tahu apa itu zihar dan apa itu ilaa`. Ilaa` ni ertinya kita menolak tak mau setubuh dengan isteri dengan bersumpah. Contohnya, seorang suami kata kat isteri dia, "Wallahi, aku tak mau setubuh dengan hang!"...Ishhh! jangan dok buat perangai lagu tu, tuan-tuan. Kalau nak bergurau pun, takkan bersumpah sampai tara tu. Kita ni kadang-kadang nak bergurau, tapi tak kena gaya. Macam kita kata, "Emmph! abang tak mau tidoq lah.."...Kemudian pura-pura la ambik bantai pi tidoq depan tv. Saja aje kita buat perangai lagu tu sekali-sekali, pasai nak suruh bini kita mai pujuk tarik tangan ajak tidoq. Tuu je. Lagu ni takpa. Tapi yang kita takut ialah yang style bergurau pakai sumpah ni. Yang ni jangan dok buat tuan-tuan sebab inilah yang dikatakan ilaa`.

Kemudian kita tengok pulak apa yang dikatakan zihar. Zihar ini ertinya menyerupakan anggota tubuh badan isteri kita dengan mahram kita. Seperti menyerupakan punggung isteri kita dengan punggung mak kita. Ataupun menyerupakan muka isteri kita dengan muka anak kita. Ini adalah zihar. Apa hukum zihar tuan-tuan?...Yang pertamanya ialah kena membebaskan hamba. Yang keduanya ialah kena puasa 60 hari tanpa break. Kalau tiba-tiba hang pi break aje, hang kena ulang balik daripada mula....Mampuih la hang. Sebulan Ramadan pun dah tak larat, inikan pula 2 bulan. Bulan Ramadan boleh tahan jugak, pasai sama-sama kita tak makan. Tapi yang 2 bulan ni, hang sorang saja tak makan, orang lain makan. Boleh tahan ka?...Okay kalau hang betoi-betoi tak larat, hukuman akan berpindah ke yang ketiga iaitulah bagi makan kepada 60 orang fakir miskin. Dalam sejarah Nabi saw, pernah seorang sahabat kena hukum kerana zihar. Yang sahabat tu hamba pun takdak, kemudian nak puasa 2 bulan pun tak larat dan akhir sekali dia terpaksa bagi makan kepada 60 orang fakir miskin. Itu pun dia tak mampu, sehinggakan terpaksa sahabat-sahabat lain tolong dia bagi makan kepada 60 orang fakir miskin. Nampak tak macamana beratnya hukuman zihar ni tuan-tuan. Cumanya dalam mazhab Syafie, dia agak ringan sikit. Ulama` dari kalangan mazhab Syafie kata bahwa kalaulah kita menyerupakan wajah isteri kita dengan mahram kita, dengan niat memuliakan, maka itu bukan zihar. Contohnya, katalah seorang suami kata kat isterinya, "Bila abang tengok muka Yang, abang teringat muka mak kat kampung."...Adakah ini zihar?...Mengikut mazhab Imam Syafie, ini tidak zihar sebab niat kita tadi untuk memuliakan. Lainlah kalau kita niat zihar, kata kat isteri kita, "Aku tak mau setubuh dengan hang pasai muka hang serupa dengan muka mak."...Ini zihar tuan-tuan. Begitulah juga kalau kita menyerupakan muka isteri kita dengan muka anak kita dengan niat memuliakan sebab seronok, maka ini juga bukan zihar mengikut mazhab Syafie. Tapi kalau dalam mazhab Maliki, kita sebut saja serupa, habih; memang zihar dah tu. Tak kiralah, hang memuliakan isteri ka, hang teringat mak kat kampung ka, bila hang menyerupakan anggota tubuh badan isteri dengan mahram, habih; dia kira zihar. ]

2) Jika tuduhan itu bukan tuduhan berzina, atau bukan pula menafikan keturunan, misalnya seseorang menuduh seseorang yang lain murtad, atau minum arak, atau mencuri, maka orang yang menuduh itu tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf, tetapi hendaklah dikenakan hukuman ta`zir.

[ Maksudnya kita tak boleh tuduh orang sembarangan kalau takdak bukti. Kalau kita nak tuduh jugak walaupun takdak bukti, maka kita akan terdedah pada hukuman ta`zir. ]

3) Jika tuduhan seseorang ke atas orang yang melakukan zina itu tidak cukup syarat-syarat yang membolehkan penuduh tadi dikenakan hukuman had qazaf, maka penuduh itu hanya boleh dikenakan hukuman ta`zir sahaja - tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf.

[ Contohnya, kita sorang saja yang nampak ada couple tengah berzina; adakah boleh dikenakan hukuman hudud kepada couple tersebut?...Sepatutnya boleh sebab kita betoi-betoi nampak dengan 2 bijik mata kita sendiri, tapi oleh sebab syarat tak cukup kerana saksi hanya sorang saja sedangkan dalam Islam mau 4 orang saksi, maka couple itu terlepas daripada hukuman hudud. Walaupun couple tu terlepas daripada hudud, tapi kita boleh hukum depa dengan hukuman ta`zir, dengan cara kita ubah tuduhan kepada muqaddimah zina atau cubaan melakukan zina. Bila tuduhan diubah, saksi sorang pun boleh pakai. Maka bolehlah mereka dita`zir dengan dihukum penjara, denda dan sebagainya. Tetapi untuk dikenakan hudud ke atas couple tersebut, tidak dibenarkan oleh hukum syara` sebab tak cukup syarat. ]

 

 

Bah 1 - Bab 2 - Hudud - Fasal 2 - Qazaf - Per 43 - 47

 

Perkara 43 : Menuduh orang berliwat.

Seseorang yang menuduh seseorang yang lain melakukan liwat tanpa sesuatu bukti yang boleh menyokong tuduhannya, samalah hukumnya seperti menuduh seseorang melakukan zina. Jika tidak sabit kesalahan orang yang dituduh itu mengikut bukti-bukti yang disebutkan dalam perkara 28 perenggan (i) dan (ii), maka orang yang menuduh itu wajib dikenakan hukuman had qazaf sebagaimana yang dikenakan ke atas orang yang menuduh orang yang berzina yang diperuntukkan dalam perkara 39, samada yang melakukan atau yang dilakukan liwat itu lelaki atau perempuan.

[ Apabila seseorang menuduh orang lain melakukan kesalahan liwat, samada menuduh orang lain meliwat atau menuduh orang lain diliwat (sengaja membiarkan dirinya diliwat), maka dalam hukum syara` jikalau tidak ada bukti sedangkan tuduhan telah pun dilemparkan; maka si penuduh tadi wajib dikenakan hukuman had qazaf, iaitu pertamanya hendaklah disebat sebanyak 80x sebatan, yang keduanya kita tidak boleh lagi menerima si penuduh tadi sebagai saksi dalam mahkamah selama-lamanya dan yang ketiganya Allah Ta`ala menghukum orang ini sebagai orang yang fasik dalam agama (maknanya orang yang jahat dalam kacamata agama). Ini adalah 3 bentuk hukuman yang dikenakan oleh hukum syara` kepada sesiapa yang menuduh orang lain melakukan kesalahan liwat sedangkan dia tidak dapat memberikan bukti sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syara`. Sebab itu, sesiapa yang melakukan kesalahan qazaf ini, maka dia telah melakukan dosa besar di sisi Allah swt, sebab qazaf adalah salah satu daripada 7 dosa besar dalam agama kita. ]

 

Perkara 44 : Menuduh seseorang dengan tuduhan yang bukan perkara maksiat.

Seseorang yang menuduh seseorang yang lain dengan sesuatu tuduhan yang bukan suatu perkara yang maksiat. Misalnya seseorang mengatakan seseorang yang lain mandul, mati pucuk dan sebagainya, maka orang yang menuduh itu boleh dikenakan hukuman ta`zir, sekalipun tuduhan itu memang benar, kerana tuduhan itu memberi kesan buruk ke atas orang yang dituduh dan akan menimbulkan permusuhan dan sakit hati, dimana hukuman ta`zir adalah untuk menghalang dan mencegah berlaku suatu perkara yang tidak diingini.

[ Ini pula adalah qazaf yang tidak tertakluk di bawah hudud (di bawah ta`zir). Sebab qazaf hanya tertakluk di bawah hudud sekiranya ia menuduh orang lain berzina atau meliwat. Jadi, qazaf yang tertakluk di bawah ta`zir ini ialah apabila seseorang buat satu tuduhan yang bukan perkara maksiat tetapi ia adalah satu tuduhan yang sengaja untuk menyakitkan hati orang atau sengaja untuk menjatuhkan maruahnya. Maka hukum syara` mengatakan bahwa si penuduh tadi hendaklah dikenakan hukuman ta`zir.

Seperti yang kita sedia maklum, didalam hukum syara` terdapat hukum asal. Daripada hukum asal (umum) ini pula terdapat pengecualian-pengecualian yang tertentu. Contohnya seperti dalam bab ibadah. Dalam ibadah, hukum umumnya ialah tidak boleh diperwakilkan. Maknanya, kalau kita tak sembahyang, maka kita sendiri yang berdosa. Orang lain tak boleh tolong sembahyang untuk kita. Jadi, amal ibadah dalam Islam, hukum asalnya ialah tidak boleh diwakilkan. Tetapi ada beberapa jenis ibadah yang boleh dikecualikan. Misalnya seperti wakaf. Wakaf boleh diwakilkan. Begitu juga dengan ibadah haji. Kita boleh wakilkan. Tetapi hukum umumnya, semua ibadah ini tidak boleh diwakilkan.

Samalah juga dengan mengumpat, yang hukum umumnya adalah haram. Maknanya, kita tak boleh mengumpat. Walaupun di dalam hukum umum mengumpat itu adalah haram, tapi dia juga ada pengecualian-pengecualian yang tertentu. Misalnya, katakanlah ada seorang isteri pergi jumpa Qadi untuk menceritakan tentang perilaku zolim suaminya terhadap dirinya. Adakah bila dia menceritakan keburukkan suaminya itu disebut sebagai mengumpat?...Tidak tuan-tuan. Sebab ini adalah aduan tentang kezoliman yang dibuat oleh suaminya kepada dia. Jadi, untuk mencegah kezoliman itu daripada berterusan kepada siisteri, maka hukum syara` mengatakan bahwa diharuskan pada isteri itu untuk menceritakan keburukkan suaminya kepada pihak yang berkuasa.

Jadi, samalah juga bila kita menceritakan tentang keburukkan-keburukkan orang yang zolim. Ini dibenarkan oleh hukum syara` walaupun hukum asalnya mengumpat itu adalah haram. Kita pun tahu bahwa cerita keburukkan orang lain adalah haram. Cerita benda yang tak baik pasai orang adalah haram. Cerita benda yang orang tak suka juga adalah haram. Tetapi hukum syara` mengatakan bahwa apabila kita bertujuan nak mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh seseorang itu, atau nak mencegah kezolimannya, atau nak tarik orangramai supaya jangan sokong orang yang zolim itu; maka ketika itu cerita tentang keburukkan orang yang zolim itu adalah diharuskan dalam hukum syara`. Jadi, dia ada beberapa pengecualian yang kita kena faham.

Sebab itu, bila kita tengok balik tentang tuduhan yang dilakukan dalam perkara di atas, iaitu walaupun tuduhan itu dibuat bukan atas perkara maksiat, tetapi hukumnya juga adalah haram. Ia menjadi haram sebab ucapan yang dikeluarkan itu adalah berniat sengaja untuk menjatuhkan maruah seseorang tanpa sebab yang diharuskan oleh syara`. Contoh yang baik ialah tentang isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni. Iaitu isu memorandum yang dihantar oleh PUM, PUK dan ngo-ngo yang lain kepada majlis raja-raja Melayu bilamana ada beberapa orang penulis dalam akhbar arus perdana menghina Rasulullah saw dan para ulama` dalam penulisan mereka. Antaranya yang pernah ditulis oleh seorang yang menamakan dirinya Akbar Ali dalam The Sun, 21 Feb 2001; beliau mengatakan bahwa, "...mungkin serban mufti-mufti ini terlalu ketat sangat sehingga tidak cukup oksigen masuk ke dalam otak mereka. Sebab itu, mereka tidak berfikiran waras..."...Tu dia tuan-tuan. Punyala nak bodek, sampai dia sanggup menghina para ulama` begitu sekali. Inilah satu contoh ucapan yang sengaja diadakan dengan bertujuan untuk menjatuhkan maruah seseorang. Tak kiralah ucapan itu dituju kepada sapa, samada ulama` atau orang biasa; sekiranya ucapan itu bertujuan untuk menjatuhkan maruah seseorang tanpa keharusan daripada syara`, maka hukumnya ialah orang seperti ini boleh dikenakan hukuman ta`zir. Tetapi yang sedihnya kita di M`sia hari ini tuan-tuan; kalau ada orang dengan terang-terang menghina ulama`, kalau ada orang tanpa segan silu lagi menghina orang yang baik-baik, kalau ada orang tiap-tiap hari menghina orang yang taat kepada Allah swt, kalau ada orang menghina Nabi saw, kalau ada orang menghina Islam; apa yang kita dapati ialah orang tak buat apa-apa pun. Buat derk aje. Inilah yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini.

Tetapi kalau ada para ulama` bangkit dengan berani menghentam golongan yang zolim, atau menghentam orang yang menghina Nabi saw, atau menghentam orang yang melakukan ucapan-ucapan yang disifatkan sebagai menghina agama; maka ulama` ini akan dicap oleh puak umno sebagai ulama` yang bercakap kotor. Bila depa cakap saja lagu tu, ini menunjukkan bahwa merekalah sebenarnya melayu mudah lupa. Mereka dah lupa bahwa Presiden depa sendiri pernah keluarkan perkataan "melancap" pada DSAI. Siap tunjuk dalam tv lagi. Dengan disaksikan oleh seluruh rakyat M`sia pulak tu. Ada dak mana-mana mufti bagi komen selepas tu?...Ada dak pejabat agama bagi komen selepas tu?...Ada dak jakim, jakun, ikim, haramjadah semua tu bagi komen selepas tu?...Takdak tuan-tuan. Sedangkan perbuatan serta ucapan "orang tua kutuk" tu jelas untuk menghina DSAI. Okay kalau betoi DSAI melancap, mana buktinya. Sunyi sepi ulama`-ulama` kerajaan ketika itu tuan-tuan. Sebab itu, kita kata bahwa inilah bahana ulama`-ulama` mazhab yang terdahulu tidak mahu menerima jawatan daripada kerajaan. Sebab mereka bimbang akan terikat dengan kepentingan kerajaan, maka mereka tidak boleh lagi bebas untuk menyatakan tentang sesuatu perkara yang benar mengikut pandangan mereka. Jadi, apa yang berlaku sekarang ni sebenarnya kerana ada muslihat-muslihat tertentu, termasuklah daripada golongan ulama` us-su` (ulama`yang jahat), yang ada kepentingan-kepentingan peribadi. Atas kepentingan inilah menyebabkan mereka sanggup bercakap atas nama agama tapi sebenarnya menyimpang daripada ajaran agama. ]

 

Perkara 45 : Cara-cara melakukan qazaf.

1) Dalam qanun jinayah syar`iyah, cara melakukan qazaf (menuduh seseorang berzina) terdapat 3 cara:

i) Tuduhan yang dibuat secara "Sarih" (terang/nyata), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang jelas dan tepat yang tidak boleh ditafsirkan kepada maksud yang lain selain daripada zina dan penafian nasab (keturunan). Misalan-misalan: Wahai penzina, atau wahai orang yang berzina, atau bapa engkau berzina, atau ibu mu berzina.

[ Contohnya sepertimana puak-puak zolim tu tuduh dengan jelas bahwa DSAI mempunyai anak zina dengan isteri bekas kakitangannya. Mereka tuduh lagu tu sebab mereka dengar budak tu panggil papa dekat DSAI. Dalam qanun jinayah syar`iyah, bila mereka kata lagu tu, maka wajib ke atas mereka mengemukakan 4 orang saksi. Kalau mereka gagal mengemukakan 4 orang saksi, maka mereka dianggap telah melakukan qazaf dan berdosa besar di sisi Allah swt. Mereka ketika itu wajib dikenakan hukuman had qazaf dengan dirotan sebanyak 80x sebat. ]

ii) Tuduhan yang dibuat secara "Kinayah" (qiyasan), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat yang boleh membawa erti zina dan selainnya. Misalan-misalan: Wahai pelacur, atau wahai orang yang melakukan perbuatan yang terkutuk dan keji, atau wahai orang yang jahat dan sebagainya.

[ Tuduhan sebegini menjadi tidak jelas sebab kalau kita sebut pelacur saja, dia dah jadi terlalu umum. Sebab ada pelacur yang memang menjual kemaluannya, dan ada juga pelacur yang berkhidmat secara oral seks sahaja (maknanya orang tidak menyetubuhinya) dan ada berbagai-bagai lagi. Jadi kalau kita guna perkataan "pelacur", dia tak berapa specific. Contohnya, kita tengok geng pondan. Ada pondan memang kerja dia bagi punggung dia kat orang. Ada pondan yang kerjanya hanyalah oral seks sahaja. Dan ada pondan yang jadi teman sosial sahaja. Dan banyak lagi jenih perangai depa. Jadi kalau kita kata dia pelacur, itu belum lagi satu tuduhan yang boleh menyebabkan kita dikenakan hukuman hudud. Sebab apa?...Sebab pelacur itu terlalu umum pekerjaannya.

Bila bercakap pasai pondan ni tuan-tuan; mai kita tanya pada diri kita sendiri, "Apakah perasaan kita bila bertemu dengan lelaki pondan ni?" ...Terus terang kalau saya, memang saya geli. Jadi, tak tahulah saya macamana boleh ada segelintir jantan boleh suka kat jenih jantan lagu ni. Kalau kita tengok perempuan, tiba-tiba kalau ada perasaan suka kat dia; itu kira normal la tuan-tuan. Kita sebagai lelaki yang normal, mesti suka tengok perempuan. Tapi manusia akhir zaman sekarang ni berperangai pelik-pelik belaka. Lelaki sama lelaki pun jadi. Yang perempuan sama perempuan pun ada jugak. Bukan depa tak tau perbuatan mereka itu dikutuk dan dilaknat Allah swt?...Tapi main dengan syahwah yang tidak normal, yang tidak dapat lagi dikuasai oleh akal yang waras, maka mereka sanggup juga lakukan benda terkutuk ni. ]

iii) Tuduhan yang dibuat secara "Ta`ridh" (sindiran), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat juga, yang boleh memberi pengertian yang lain daripada zina sebagaimana yang dilakukan dalam perkataan Kinayah. Misalan-misalan: Isterimu sudah ku kacau, atau isterimu sudah ku musnahkan, atau rumahtanggamu sudah ku rusakkan dan sebagainya.

[ Sekiranya seseorang itu menyebut secara sindiran kepada kita, lalu kita pun rasa tak puashati. Dan sekiranya kita hendak supaya orang yang menyebut itu dikenakan hukum qazaf, maka kita mesti bagi bukti bahwa dalam kata-katanya itu dia berniat menuduh kita berzina ataupun meliwat. Begitu juga dalam hal kinayah. Tapi kalau disebutnya secara Sarih, maka kita tak perlu tunjukkan niatnya. Dengan perkataan yang dikeluarkannya itu sudah cukup untuk dia dikenakan hukum had qazaf. ]

2) Penuduh-penuduh yang melakukan kesalahan qazaf dengan menggunakan perkataan-perkataan yang sarih tanpa mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil, wajib dikenakan hukuman had qazaf sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 39.

[ Inilah yang kita sebut tadi, sekiranya seseorang itu menuduh dengan mengeluarkan perkataan-perkataan yang Sarih tanpa bawa 4 orang saksi, maka wajib dia dikenakan hukuman had qazaf. Kita tak perlu lagi bagi bukti niatnya itu. Dalam istilah undang-undang sekularnya; mensrea kita tak perlu buktikan. Cukup dengan bukti actusreas (elemen fizikal). Apakah elemen fizikalnya dalam kes seperti ini?...Elemen fizikal dalam kes ni ialah ucapannya yang menuduh kita berzina. Jadi, bila kita boleh bagi bukti bahwa ada elemen fizikal (ucapannya yang mengatakan kita berzina atau meliwat), maka itu adalah bukti yang cukup untuk mengatakan bahwa dia telah melakukan kesalahan had qazaf. ]

3) Penuduh-penuduh yang melakukan kesalahan qazaf dengan menggunakan perkataan-perkataan "Kinayah" atau "Ta`ridh" yang disertakan dengan niat qazaf daripada orang yang menuduh, hukumnya sama seperti "qazaf sarih", iaitu wajib dikenakan hukuman had qazaf.

[ Kalau dalam kes kinayah dan ta`ridh, kita mesti bagi bukti yang berbentuk intention (mensrea) bahwa dia ada berniat jahat dengan menuduh kita telah melakukan zina, atau kita sebagai anak hasil dari perzinaan dan sebagainya. Jadi dalam kes sebegini, sekiranya kita boleh bagi bukti bahwa dia ada maksud untuk menuduh kita berzina ataupun meliwat walaupun dia menggunakan perkataan yang "berlapik", maka hendaklah dirotan 80x kepada sipenuduh itu. Tetapi kalau kita gagal membuktikan bahwa dia ada niat mengatakan kita berzina ataupun meliwat, maka sipenuduh itu hendaklah dibebaskan oleh mahkamah. ]

4) Jika penuduh-penuduh itu menggunakan perkataan-perkataan "Kinayah" atau "Ta`ridh" tidak disertakannya dengan niat qazaf, penuduh itu hendaklah dikenakan hukuman ta`zir, tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf.

[ Maknanya kalaulah dia seronok-seronok tak pasai-pasai tuduh kita ni jahat ataupun dia tuduh kita ni keji dan sebagainya, maka dia hendaklah dikenakan hukuman ta`zir. Tetapi kalau kita melakukan tuduhan kerana semata-mata untuk menyedarkan kepada orangramai bahwa dia ni memang orang jahat yang mesti dijauhi, maka hukumnya menjadi terbalik pula, iaitu daripada haram menjadi harus. Dalilnya cuba kita perati dalam sirah Nabi saw ketika mana baginda berkata kepada mayat Abu Jahal, katanya, "Inilah firaun zaman sekarang!"...Jadi, sapa kata Nabi saw tak kata kat orang. Kata mengata ni memang fitrah manusia. Tapi kalau kita nak kata pun, mesti ikut cara Nabi saw, iaitu dalam suasana yang diharuskan oleh syara`. Maknanya, Abu Jahal ni memang jahat sungguh sehingga Nabi saw samakan dia dengan firaun. Tapi kita hari ini kalau samakan perbuatan jahat seseorang itu dengan firaun, kita pulak yang kena marah. Kita dimarahi atas alasan bahwa Islam larang benda lagu ni. Jadi, yang mana satu kita nak ikut?...Nak ikut Nabi ka atau nak ikut hangpa yang tak mengaji ni ka?...Sedangkan Nabi saw mengajar kepada kita bahwa sekiranya orang itu memang seorang yang jahat yang kita mesti berhati-hati dengan dia, maka kita mesti bagitau kepada masyarakat bahwa dia ni orang jahat. Samalah juga kalau dalam masyarakat kita ni ada orang munafik, maka kita kena bagitau kepada orangramai bahwa dia ni munafik. Begitu juga sekiranya dalam masyarakat kita ada orang yang berpura-pura nak kepada Islam tetapi sebenarnya dia tak ndak kepada Islam, kita kena juga bagitau kepada masyarakat bahwa dia ni sebenarnya hanya berpura-pura dengan Islam.

Bila ust Jailani sebut tentang benda-benda di atas, tiba-tiba macamana tak tau dia teringat dengan isu Memali pulak. Ust kata dia sebagai peguam, memang banyak dia berkawan dan selalu berhubung dengan geng-geng PDRM ni, sehingga wujud kemesraan diantara beliau dengan mereka. Jadi bila isu Memali ini disiarkan balik oleh rtm, kata ust bahwa feedback yang didapatinya, majoriti anggota-anggota polis ini sebenarnya mereka pun tak suka bila disiarkan balik cerita Memali ni. Sebab mereka telah mendengar sendiri daripada mulut kawan-kawan mereka yang terbabit secara langsung dalam peristiwa berdarah tersebut. Macamana mereka dikhabarkan oleh seorang Inspektor yang terbabit dalam peritiwa itu; macamana dia sendiri menangis ketika mendukung seorang budak yang cedera ditembak, dan ketika itu kedengaran pula dalam rumah yang diserang itu laungan "ALLAHU AKBAR!".

Kata Inspertor itu, sebenarnya pertempuran itu adalah antara orang Islam dengan orang Islam. Bila kedengaran laungan ALLAHU AKBAR bertalu-talu, menyebabkan beberapa anggota polis tak sanggup untuk menghadapi keadaan itu sehingga mengalir airmata mereka. Sebenarnya semua ini angkara sapa tuan-tuan?...Sapa lagi kalau bukan ahli-ahli politik yang zolim. Akibat daripada "tangan-tangan" jahat ahli-ahli politik inilah membuatkan pihak polis jadi mangsa cemuhan masyarakat.

Kalau betul-betul kerajaan nak tunjuk tentang kejahatan rakyat dalam negara sehingga menimbulkan huru hara; pasai apa depa tak tunjuk saja tayangan video peristiwa 13 Mei?...Inilah antara peristiwa berdarah yang paling besar pernah berlaku dalam sejarah negara kita. Pasai apa depa tak tunjuk video macamana jentolak tengah dok tolak berpuluh-puluh mayat begitu saja?...Pasai apa tak tunjuk video macamana orang cina dok hambat nak tetak orang melayu?...Pasai apa tak tunjuk macamana orang melayu kepung orang cina dalam reban babi dan macamana dia dibakar bersama-sama dengan babi-babinya sekali?...Pasai apa tak tunjuk?...Sepatutnya depa mau tunjuk semua sekali biar semua orang insaf. Depa takut nak tunjuk sebab ditakuti kalau disiarkan video seumpama itu, ini boleh menimbulkan balik semangat 13 Mei. Depa takut kalau orang melayu tengok video macamana orang cina bunuh melayu, akan datang perasaannya nak balas dendam bunuh cina balik. Depa takut bila orang cina tengok video macamana orang melayu pi bunuh orang cina, maka datang perasaan nak tuntut bela balik apa yang berlaku pada tahun 69. Inilah sebabnya tidak ditunjuk video 13 Mei tu. Sebab takut membangkitkan semangat perkauman dikalangan rakyat M`sia. Samalah jugak bila peristiwa Memali disiarkan. Bila ditunjuk slot budak-budak dan orang perempuan angkat parang dan sebagainya; maka masyarakat hari ini semakin nak tahu, apa sebenarnya yang berlaku?...Jadi, bila mereka pi siasat sendiri; antara maklumat yang mereka perolehi ialah mereka dapat tahu bagaimana penduduk Memali diperlaku sebegitu kejam oleh pemerintah ketika itu. Oleh itu, perasaan benci pada pemerintah dengan sendirinya akan datang. Maka sekaligus ia membabitkan pasukan PDRM. Sebab itu kita kata polis hanya jadi mangsa, sebab sebenarnya yang jahat bukannya pasukan polis; tapi yang jahatnya ialah pemimpin-pemimpin politik yang zolim. Depa inilah yang memperalatkan pasukan polis. Dan yang paling licik sekali ialah satu orang pemimpin yang sentiasa tidak ada dalam negara kalau dia tahu nak berlakunya satu peristiwa besar dalam negara. Tuan-tuan sendiri pun tahu siapa dia?...Dia nilah yang paling licik sekali. Kalau berlaku saja satu peristiwa besaq dalam negara, dia mesti takdak. Licik tak liciknya dia ni; ingat tak lagi tuan-tuan bila pemberita tanya kat dia tentang surat-surat yang mengfitnah DSAI; seperti surat yang kata DSAI ada anak zina, DSAI ni suka meliwat, DSAI ni ada affair dengan bini orang; ingat tak?...Bila pemberita ajukan kepada dia; dia pun kata itu semua nonsense. Dia kata, "Takdak bukti sebab kita dah confess bahwa itu adalah fitnah." ...Tapi sebenarnya, dialah diantara kepala yang menjalankan rancangan untuk menjatuhkan DSAI. Ini dia perangai orang yang digelar "Maha Firaun" tu tuan-tuan.

Kalau tuan-tuan buka kitab tafsir al`Azim tulisan Ibn Kathir, kita akan jumpa dengan dua sifat nifaq (munafik). Yang pertamanya, ia dipanggil sebagai nifaq iqtikadi. Jenih ni, dia menjadi munafik sebab dari segi kepercayaannya. Ibn Kathir kata bahwa munafik seperti ini adalah tergolong dalam golongan yang kuffur kepada Allah swt. Orang macam ni kalau dia mati, maka dia mati dalam keadaan kafir dan akan duduk dalam neraka buat selama-lamanya...nauzubillahiminzalik. Dari segi penampilannya, puak ni memang susah untuk kita clarify. Sebab dia pun pakai serban macam kita, dia pun pakai jubah macam kita, sembahyang pun macam kita, pi haji pun macam kita, kulit sawong matangnya pun macam kita juga; tapi kepercayaan dalam dirinya, sebenarnya dia tak suka kepada ajaran Islam, samada kesemua ajaran Islam ataupun salah satu daripada ajaran Islam. Inilah dia munafik iqtikadi.

Manakala yang keduanya pula ialah nifaq amali. Kalau tuan-tuan nak kenal siapa tu munafik amali ni, dia ialah orang yang berpura-pura dari segi amalan. Depan orang, dialah paling baik. Tapi belakang orang, dialah bapak segala syaitan. Jenih ni pun rajin mai masjid juga. Rajin segala-galanya. Tapi kalau terlepas pi Phuket, dialah paling champion kepit betina kiri kanan. Orang macam ni, kita kena berhati-hati tuan-tuan sebab dialah munafik amali. Kata Ibn Kathir bahwa munafik amali adalah antara dosa-dosa besar dalam agama Islam. Perangai munafik amali ialah depan orang dia berlagak baik, depan orang dia nak kat masjid; tapi belakang orang, dialah yang dok kepit pompuan lacur, dialah yang dok pi dangdut, dialah yang kuat minum arak. Inilah dia munafik amali. Dia memang Islam, tapi dia berdosa besar kepada Allah swt.

Okay sekarang kita dah tau kedua-dua sifat munafik tu. Sekarang cuba kita tengok penjelasan di atas, kemudian kita compare dengan masyarakat kita pada hari ini; apa jawapan yang kita dapat?...Jawapannya ialah memang ramai orang pada hari ini telah pun menjadi munafik. Samada munafik iqtiqadi maupun munafik amali. Samada munafiknya itu membawa berdosa besar kepada Allah Ta`ala ataupun munafiknya itu membawa dia kuffur kepada Allah swt. Contohnya, cuba kita singkap kembali apa kata salah seorang yang berkuasa dalam Jabatan agama dalam negara kita, bercakap mengenai isu Negara Islam. Bila kita kata negara Islam apa kalau takdak undang-undang Islam; lalu dia pun berhujjah mengatakan negara kita sudah menjadi negara Islam dengan dibandingkannya seumpama orang Islam yang tinggalkan sembahyang. Dia kata, "Adakah orang Islam yang tinggal sembahyang itu, masih Islam ataupun tidak?...Dia masih Islam bukan, walaupun dia tinggalkan sembahyang."...Nampak tak tuan-tuan, macamana dia qiaskan orang yang tinggai sembahyang, masih lagi Islam; dengan negara yang tak pakai undang-undang Islam, masih lagi boleh dipanggil negara Islam. Nampak tak tuan-tuan, macamana kita tak panggil jenis ni munafik?...Berbelit-belit hujjah dia. Sedangkan para ulama` yang muktabar dah sepakat memberi takrif bahwa sebuah negara Islam itu adalah negara yang menegakkan hukum Islam. Tiba-tiba mai ulama` umno bagi tarifnya secara kias. Apa punya takdak class ulama` lagu ni. Kadang-kadang kalau kita ikut kerenah ulama`-ulama` umno ni, kita pun jadi pelik. Awat tak peliknye?...Sat dia kata, "Kita memang nak buat dah undang-undang Islam ni, cuma pakarnya takdak."...Sat dia kata, "Ooo! kita tak boleh buat hukum Islam sebab kita bermasyarakat majmuk."...Yang terbaru seperti yang dia kata tadi, "Walaupun kita tak buat hukum Islam, tapi kita masih lagi negara Islam."...Yang mana satu betoi ni?...Sampai kita pun naik pening. Sebab itu, kita nak bagitau tentang dua sifat nifaq tadi. Kalau kita bercakap seolah-olah kita nak kepada Islam, tapi dalam diri kita sebenarnya tak suka kepada Islam, maka itu adalah nifaq iqtikadi. Dan kita nak ulang bahwa nifaq iqtikadi ni adalah seorang yang kuffur kepada Allah swt walaupun sebesar mana pun serban atas kepala dia...nauzubillah. Ataupun dari segi amalan kita; sat nampak nak kepada Islam, sat nampak tak suka pulak kat Islam. Dari segi amalan saja, orang sebegini mesti ingat bahwa dia tak boleh lari daripada berdosa besar kepada Allah swt.

Sebab itu, kita kenalah menjadi orang yang jujur dalam beragama. Biarlah orang tahu bahwa kita ni orang yang baik dan berpegang teguh pada agama, supaya Allah terima kita sebagai hambaNya yang soleh. Minta jangan di terimaNya kita sebagai orang yang munafik. Munafik iqtikadi, kita tak mau. Munafik amali pun kita tak mau. ]

 

Perkara 46 : Kes qazaf yang boleh diketepikan.

Dalam kes qazaf terdapat 2 perkara yang membolehkan kes qazaf itu diketepikan, dan "qazif" (orang yang menuduh) tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf.

i) Tidak ada tuntutan dan dakwaan daripada "maqzuf" (orang yang kena tuduh), iaitu orang yang kena tuduh tadi tidak mengadu kepada pihak yang berkenaan dan tidak membawa kes itu kepada mahkamah.

[ Sipenuduh tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf kalau orang yang kena tuduh tidak mengadu kepada mahkamah. Contohnya; katalah ada sapa ka mai tuduh saya berzina, tiba-tiba saya dengan baik hatinya diam buat tak tau je. Jadi, bila saya diam tak kata apa, maka had qazaf tidak boleh dikenakan kepada sipenuduh. Tetapi kalau saya buat aduan kepada pihak berkuasa dengan mengatakan bahwa dia telah menuduh saya berzina sedangkan saya tak berzina dan saya dapat membuktikan bahwa tuduhannya itu tidak betul, maka wajib dikenakan had qazaf kepada sipenuduh jikalau cukup syaratnya. ]

ii) Orang yang membuat tuduhan gagal membawa dan mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil, dan tidak ada pula bukti-bukti yang boleh menyokong untuk mensabitkan kebenaran tuduhannya kepada pihak mahkamah.

[ Kalau kita tengok dalam suasana dalam negara kita yang serba serbi tak kena hari ini, saksi menjadi amat penting. Apa hal pun, saksi mesti ada tuan-tuan. Kalau kita nak tuduh seseorang itu mencuri, kita kena bawa 2 orang saksi. Kalau kita nak tuduh seseorang itu merompak, pun kita kena bawa 2 orang saksi jugak. Kalau kita nak tuduh seseorang itu berzina, kita kena bawa 4 orang saksi. Jadi, kalau kita nak kata seseorang tu buat jahat kat kita, pun kita kena bawa saksi jugak. Sekiranya kita gagal bawa saksi, maka kes kita itu tidak boleh berjaya dalam mahkamah. Maka mahkamah hendaklah mengenepikan pertuduhan tersebut.

Contohnya; ust Jailani cerita tentang satu kes yang berlaku baru-baru ni di mahkamah Syari`ah Batu Gantung, P.Pinang . Dimana seorang lelaki datang ke mahkamah, nak minta poligami. Mengikut produrenya, bila kita apply nak berpoligami, antara perkara yang mahkamah nak tengok ialah kemampuan kita menyara penambahan keluarga. Maknanya kita mesti buktikan kepada mahkamah bahwa pendapatan kita banyak. Jadi, bila mahkamah tengok slip gaji hamba Allah itu tadi hanya RM2000 sahaja, lalu mahkamah tanya kat dia, "Kamu adakah lagi pendapatan sampingan?"...Jadi, untuk meyakinkan mahkamah bahwa gaji dia sebenarnya lebih daripada RM2000, maka dia pun bagitau kat mahkamah bahwa dia buat part-time. Dan gaji part-time dia itu ialah RM5000. Jadi sekiranya ditotal up kesemuanya, maka pendapatan bulanan dia sebenarnya ialah RM7000. Lalu dia pun tunjuklah kat hakim mahkamah syari`ah tu semua dokumen yang diattachkan, termasuklah kesemua slip-slip gajinya...Eleh! slip gaji boleh tipu, betoi tak tuan-tuan?...Nak payah apa, print-out dari komputer je. Jadi, kita tak taulah; mungkin dia betoi ataupun mungkin dia tak betoi. Tapi nak ceritanya, memang dia bawa bukti dengan ditunjuknya slip gaji termasuklah yang hat part-timenya sekali. Jadi, bila hakim tengok RM7000, takkan tak boleh kahwin dua kot. Mesti boleh punya. Maka hakim pun membenarkan dia untuk berpoligami. Kemudian bila saja diketahui bahwa suaminya dibenarkan untuk berpoligami, maka si isteri tua pun buat tuntutan nafkahnya di mahkamah. Maknanya, dia mahu mahkamah keluarkan pula perintah supaya suaminya itu mesti bagi nafkah dekat dia. Tuan-tuan tau berapa suami dia kena?...Mahkamah meluluskan sebanyak RM2000 sebulan kepada isteri tua...Apa lagi; terkejut la kawan tu, "Apa ni?..Sebulan gaji aku!"...Lalu hakim jawab selambe je, "Dah kamu kata keseluruhan gaji kamu RM7000?"...Last sekali, tercengang dia tak terkata apa. Sebab, kalau dia buat rayuan ke mahkamah tinggi supaya mahkamah consider untuk turunkan sedikit bayaran nafkah kepada isteri tuanya, ini bermakna dia tak mampu nak kahwin dua. Last sekali dia senyap tak kata apa...Nampak tak tuan-tuan, especially pada sapa yang teringin nak kahwin dua tu, kalau nak tipu pun biarlah berpada-pada. Bukan pasai apa; takut satgi jadi macam kawan kita ni. Kena sebulan gaji bagi kat bini tua; tak ke pening?...Mana nak bayar hutang rumah lagi. Mana nak bayar hutang kereta lagi. Pening-pening...Jadi, inilah akibat sekiranya kita sengaja memalsukan bukti. Last sekali, kita sendiri akan terkena. Sebab itu dalam Islam, kita kena ikhlas dalam apa jua bentuk sekali pun. Kalau gaji kita sebenarnya RM2000 sahaja; mau habag terus terang kat hakim kata gaji kita memang RM2000. Biar mahkamah timbang; layak atau tak layaknya kita untuk kahwin dua. Kalau mahkamah kata bahwa kita tak layak, lebih baik akur untuk jangan berpoligami. Pasai apa?...Sebab bila tak layak, ditakuti kita akan buat zolim samada kepada isteri muda maupun isteri tua. Jadi, bila kita buat zolim, maka pernikahan itu adalah pernikahan yang membawa kepada maksiat kepada Allah swt. Sebab itu, kalau kita nak buat apa sekalipun; bulatkan keikhlasan dan ikut akan apa kehendak agama. ]

 

Perkara 47 : Bukti-bukti yang mensabitkan kesalahan qazaf.

1) Kesalahan qazaf boleh disabitkan dengan salah satu bukti-bukti berikut:

a) Syahadah (Penyaksian)

[ Maknanya dibuktikan dengan saksi. Iaitu ada orang tengok sendiri si A menuduh si B berzina. Bila berlaku sebegini, maka mahkamah akan mengambil-kira pandangan saksi. Sebab itu, kalau kita nak buat apa-apa sekalipun, lebih baik jangan buat sorang-sorang. Lebih baik ajak 2-3 orang kawan dan sebagainya, supaya depa ni boleh jadi saksi sekiranya berlaku apa-apa. Contohnya, kita nak mencegah kemungkaran misalnya. Seperti nak pi tangkap janda khalwat, atau seperti nak pi tangkap bini orang khalwat, atau nak tangkap laki orang khalwat dan sebagainya; maka hendaklah kita pi ramai-ramai. Jangan pi sorang. Sebab kalau kita pi tangkap sorang-sorang, saksi sapa nak jadi?...Kalau kita kena pukoi, takdak orang yang boleh tolong. Jadi, lebih baik kita pi ramai-ramai. Paling kurang 5-6 orang atau 10 orang ka. Maknanya, bila kita tangkap orang buat khalwat itu, maka ramai orang yang tengok tu boleh jadi saksi bahwa pasangan tersebut memang berkhalwat. Ataupun kalau pasangan yang berkhalwat tu jadi panik bila diserbu, lalu terus bertindak aggresif terhadap kita; maka ramai kawan-kawan yang menyaksikan kejadian itu boleh tolong back-up dan boleh tolong melaporkan kepada pihak yang berkuasa untuk menghukum orang yang menyerang kita.

Bila cakap pasai cegah maksiat ni, teringat ust dengan satu kes baru-baru ni yang berlaku di Seberang Jaya, Prai. Kes ni berlaku bila seorang lelaki hindu berkhalwat dengan seorang budak perempuan melayu. Saya paling anti bila dengaq cerita lagu ni. Awat, takdak melayu dah ka kat Seberang Jaya tu sampai hang gila kat hindu?...Satu, dah la dia tu hindu (orang yang kuffurkan Allah). Kedua, dia tu tak bersunat. Dan ketiga, dia tu dah ada bini. 3 benda tuan-tuan, tapi dia dok gila kat hindu tu jugak. Ini yang kata pelik...Okay sebelum ni bila depa dok tengah mabuk asmara, rupa-rupanya isteri kepada lelaki hindu ni dah dapat hidu dah depa punya affair. Isteri kepada hindu lelaki tu, hindu jugak. Jadi, isteri hindu tu pun sakit hati sebab dia dah tahu memang banyak kali yang suami dia ni dok berkhalwat dan dok bercinta dengan satu budak pompuan melayu. Last sekali, isteri hindu ni ambik keputusan untuk call pejabat agama untuk buat report...Apa dah jadi ni tuan-tuan; hindu buat report kat pejabat agama?...Nampak tak tuan-tuan; sepatutnya hindu pun mau buat pejabat agama dia sendiri la senang. Mau kata kalau ada hindu khalwat sama hindu; mau tangkap dua-dua hindu tu. Kemudian kalau mai kes lagu ni; pejabat agama Islam boleh tangkap pompuan melayu tu, dan pejabat agama hindu pi tangkap hat hindu tu tadi. Tapi realitinya memang takdak pejabat agama hindu. Jadi, terpaksalah isteri si hindu tu telefon pejabat agama Islam kita, suruh pencegah maksiat pi serbu. Sebab itu, kita kata Islam ni lebih daripada agama lain. Agama lain takdak, Islam ada....Okay bila pencegah maksiat pi serbu ketuk pintu; biasalah tuan-tuan, memang ada masa untuk depa lari. Maknanya, hat tak pakai baju, sempat pakai baju. Yang mana atas katil, sempat masuk bawah katil. Hat buat benda tak elok, sempat masuk dalam almari. Bila keras sikit pintu diketuk, baru keluar si lelaki hindu tadi. Yang pompuan melayu tu dah takdak. Agak lama jugak depa cari, tak jumpa-jumpa. Cari atas siling, takdak. Cari bawah katil, takdak. Cari dalam lemari pun takdak jugak. Last sekali bila depa dok termenung kat mana nak cari lagi pun tak tau; tiba-tiba salah sorang terpijak timbunan kain dalam besen basuh baju, lalu dia terperanjat sebab ada pompuan duduk dalam besen tu!...Laaa! dalam besen rupanya dia. Hangpa yang badan macam gedembai jangan dok pi try duduk dalam besen pulak lepaih ni. Takut melekat teruih, naya punya kes!...Yang badan kecik, takpa.

Inilah senario yang tidak ingin untuk kita lihat dalam masyarakat kita hari ini. Oleh sebab itu, dalam kehidupan seharian kita, lebih baik kita ikut agama. Sebab yang dok jadi tak tentu hala macam cerita di atas ni ialah bila orang dah tak ikut agama. Tapi yang kata makhluk manusia ni; dia cukup sukakan dunia lebih dari akhirat walaupun semua orang tahu kehidupan di dunia hanya sementara berbanding kehidupan yang kekal abadi di akhirat. Istilah "dunia" yang berasal daripada kombinasi dua perkataan, iaitu "dunuhu" yang bererti dekat dan "dana atun" yang bermaksud benda yang cepat binasa. Ini sudah cukup untuk kita gambarkan keadaan yang sebenar. Cuba kita lihat segala harta benda dunia yang selalu jadi rebutan manusia; seperti wanita, duit, kereta umpamanya; semua benda ini sentiasa berada berdekatan dengan kita, betoi tak tuan-tuan?...Sebab itu manusia suka hambat dunia dari akhirat. Sebab dunia ni benda dekat. Tapi manusia mudah lupa bahwa benda yang dekat itu juga mempunyai satu lagi sifat, iaitu "dana atun" yakni cepat binasa. Bila kita kata lagu ni, bukan maknanya kita kata tak boleh hambat langsung dunia ni. Dunia pun kita perlu jugak tapi mestilah diimbangi dengan akhirat. Dunia hanya sebagai alat sahaja, bukannya sebagai matlamat. Bagi kawan-kawan yang rajin buat kerja lebih masa tu, bukan kita nak larang. Buatlah selagi mana yang termampu. Tapi apa yang kita nak bagitau ialah kerja-kerja jugak tapi akhirat jangan lupa. Buktikanlah kepada masyarakat walaupun kita sibuk dengan karier masing-masing tapi dalam masa yang sama, kita adalah pejuang agama. Jadilah seorang arkitek yang fakih tentang agama. Jadilah seorang engineer yang fakih tentang agama. Buktikan pada masyarakat sekular bahwa firma kita boleh cemerlang, bisnes kita jadi baik walaupun pada masa yang sama kita committed dengan agama Allah swt. Inilah yang kita ndak. Sebab itu, kalau kita boleh imbang antara dunia dan akhirat; InsyaAllah kita akan selamat di dunia dan di akhirat. Tapi masalahnya sekarang, apa yang banyak sekali berlaku dalam masyarakat ialah bila dia hambat dunia, dia tinggai akhirat. Bila dia hambat akhirat, dia tinggai pulak dunia. Yang ni banyak berlaku tuan-tuan.

Sekarang kita tengok; negara kita dilanda bermacam-macam masalah. Singapura dah buat apa kat negara kita?...Dalam isu penambakan laut ni, jelas menunjukkan kepada kita bahwa pemimpin Singapura memang cerdik sikit daripada bahlol salam yang menerajui negara kita. Depa tambak laut sebab depa tau M`sia tidak akan tambak laut jugak. Kalau M`sia berlumba tambak jugak, maka akhirnya pulau Singapura dengan M`sia akan bersambung dan laut diantara keduanya akan jadi cetek. Bila laut jadi cetek, maknanya pelabuhan di Johor akan ditutup sebab kapal semua pakat pi ke Singapura. Nampak dak yang kata cerdiknya Singapore tu?...Dan satu lagi advantage yang Singapore mungkin dapat ialah dalam hal persempadanan. Tahukah tuan-tuan sebenarnya sampai sekarang pun perjanjian menentukan sempadan antara M`sia dengan Singapura masih belum lagi ditandatangani?...Sedangkan kalau mengikut International Law, untuk menentukan garis sempadan diantara dua buah negara yang dipisahkan oleh perairan (seperti M`sia dan Singapura ni), ia ada dua cara.

i) garisan yang paling tengah. Katalah jarak antara M`sia dengan Singapura ialah 10 km. Maknanya, sempadan antara keduanya ialah ditengah-tengah, iaitu 5 km daripada pantai M`sia dan juga 5 km daripada pantai Singapura. Ini cara yang pertama.

ii) manakala cara yang kedua ialah melihat garisan dasar lautan yang paling dalam. Misalnya, katalah hat paling dalam tu kebetulan berada betul-betul ditengah antara M`sia dan Singapore, maka itulah sempadan antara keduanya. Kalau tempat yang paling dalam itu dekat dengan M`sia, maknanya garisan sempadan M`sia-Singapura berhampiran dengan M`sia. Begitulah juga jika sebaliknya. Jadi, bila S`pore tambak; maknanya pantai belah dia akan jadi cetek dan landai, manakala hat dalamnya akan berhampiran dengan M`sia. Inilah cerdiknya S`pore. Negara depa akan jadi bertambah luas akibat dari kebodohan pemimpin negara kita. Kalau tuan-tuan tak percaya; tunggu dan tengoklah nanti sekiranya masalah persempadanan ini dibawa ke mahkamah antarabangsa kelak. Antara dakwaan yang pasti Singapura akan gunakan ialah cara yang kedua ini.

Nampak tak tuan-tuan, macamana S`pore mengambil advantage akibat daripada kelemahan yang ada pada pemimpin-pemimpin politik M`sia. Kita lihat sendiri bagaimana pemimpin politik M`sia terlalu lembut dalam masalah ini. Kalau sama sendiri, dialah yang champion. Sama-sama dia pun sanggup bergaduh, sampai polis terpaksa lepaskan tembakan amaran. Baling kerusi ni jangan cakap la tuan-tuan. Macam-macam yang depa buat kalau sama sendiri. Cukup punya berani. Tetapi kalau dengan S`pura, depa cukup penakut, cukup pengecut. Inilah yang berlaku kepada ahli-ahli politik (khususnya umno) dalam negara kita. Sebenarnya, kita bukan nak cakap benda sensitif disini. Tapi apa yang saya nak bagitau ialah untuk menyedarkan semua orang. Kita ni duduk dalam satu negara; yang mana kalau kita biarkan sorang pemimpin yang pengecut meneraju negara, yang tak boleh foresee kepada masa hadapan; dia akan bawa kemusnahan kepada negara kita.

Cuba tuan-tuan tengok S`pore sekarang. Dia dah jadi kuat dah sekarang. Sehinggakan seorang General yang bersara berkata bahwa kalaulah berlaku peperangan antara M`sia dengan S`pura; M`sia akan kalah. Sebab kekuatan persenjataan S`pura khususnya jet pejuangnya, jauh lebih banyak dan jauh lebih canggih daripada yang M`sia ada. Sedangkan kalau kita kaji sejarah khalifah Islam dulu tuan-tuan sekelian; dia tak akan benarkan mana-mana negara jiran yang kafir kepada Allah swt menjadi kuat. Bila kita nampak saja bibit-bibit dia nak jadi kuat; kita akan terus serang dan takluki negara tersebut. Itulah cara yang diajar oleh para sahabat radiallahu anhum. Kita tak buat benda lagu tu. Kita biar sampai S`pura dah menjadi kuat gagah perkasa sekarang. Kalau depa serang, apa yang ada kat kita untuk serang balik?...Nak harapkan jet pejuang Hawk berspare-part 2 nd hand tu?...Huh! takdan naik, orang nanti hentam dulu.

Bila cerita tentang spare-part 2nd hand ni tuan-tuan, ust Jailani teringat akan kawan dia yang resign daripada bawa kapalterbang Cessna polis satu ketika dulu. Bila orang tanya kat dia, pasai apa dia resign. Dia kata dia takut dah nak bawa kapalterbang sebab dia dapati bahwa alat-ganti yang dipurchase semuanya hat lama. Kalau kereta pakai alat-ganti yang lama, takpa tuan-tuan. Habih kuat, dia mati tepi jalan. Tapi kalau kapalterbang, macamana tuan-tuan?...Buat dia rosak kat ataih nu; kira baca talkin laaa buang siap-siap. Itu baru Cessna, apatah lagi jet-jet pejuang seperti Hawk tu. Inilah dia bahayanya amalan rasuah yang tak dapat dibendung lagi. Bila order, atas kertas saja kata baru. Tapi bila pasang, baru kita tau dia 2 nd hand.

Sebenarnya, kita bukan nak cerita pasai politik tuan-tuan. Sebenarnya point kita disini ialah kita nak buat teguran. Hang kerja pilah apa pun; pegawai k`jaan ka, swasta ka, apa ka; apa yang kita nak kata ialah pegang Islam tu betoi-betoi kalau kita sayangkan negara. Sebab kalau negara kita dapat kat orang kaki rasuah, kaki menyeleweng lagumana yang dok ada sekarang ni; hancus negara kita tuan-tuan. Bila kita kata lagu ni; ada sahabat kata, "Ya Sheikh, kalau kita perang pun, kita kalah Sheikh!...Jadi, kita nak perang buat apa. Kita akan jadi macam Afghanistan atau jadi macam Palestin."...Okay kalau hang takut jadi macam Palestin atau takut jadi macam Afghanistan; apa yang S`pura nak buat, kita bagi dia buat. Dia nak air free, kita pun bagi, "Nahhh! ambik, ambik, ambik..."...Kalau dia kata dia ndakkan Johor, "Ambik, ambik, ambik; hang jangan kacau kami cukup." ...Dia nak apa pun, bagi aje semua senang. Pasai apa jadi lagu ni?...Pasai takut perang ka?...Bukan maknanya kita nakkan sangat peperangan ni. Saya percaya saya pun takut. Semua orang pun takut jugak. Sebab peperangan ni bukannya satu benda yang senang. Dia adalah benda yang payah. Sepertimana yang Allah sebut dalam Quran yang bermaksud, kata Allah, "Mengapa kamu bercakap benda yang kamu tak buat?"...Ayat ini turun sebab ada orang Islam zaman Nabi saw kata, "Pasai apa Allah tak suruh kita perang?..Kalau Tuhan suruh kita berperang, mesti kita kena perang!". ..Tengok-tengok bila turun ayat suruh perang, orang yang bercakap tadi tak turun pun. Inilah yang menunjukkan perang ni bukan satu benda mudah. Saya pun bukan kata saya berani sangat. Tapi apa yang kita nak bagitau ialah kita perlu ada sifat tegas dengan berani bila berhadapan dengan negara jiran yang boleh menyebabkan berlaku kerugian kepada negara kita. ]

b) Iqrar (Pengakuan)

[ Orang itu mengaku sendiri bahwa dia telah melakukan kesalahan qazaf. ]

c) Yamin (sumpah)

[ Ust Jailani cerita pengalamannya bila dia mewakili isteri, maka suami kepada isteri tersebut tak mau hadirkan diri ke mahkamah. Sebab dia dok rasa sekiranya dia tak hadir, maka mahkamah akan tangguh kesnya sampai bila-bila. Sebenarnya tuan-tuan, kalau kita tak pi ke mahkamah; mahkamah akan menggunakan kaedah "diamnya kita tanda setuju". Jadi, bila isteri/suami saman kita, dan kita pulak tak nak pergi ke mahkamah; mahkamah akan menggunakan kaedah "diamnya seseorang itu tanda redha dia". Jadi, mahkamah akan meneruskan juga perbicaraan walaupun tanpa kehadiran kita. Bila berlaku sedemikian, maka disadvantagenya kita ialah kita tak berpeluang untuk membela diri. Maknanya, apa yang dikatakan oleh isteri/suami kita tadi, semuanya akan diiyakan oleh mahkamah. Sebab itu, kita kena pi. Kita kena lawan. Jadi, bila kita tak hadir, maka mahkamah akan mengiyakan semua yang didakwa oleh pihak yang menuntut. Dan bila pihak yang menuntut itu memberi keterangan dalam keadaan tidak ada saksi, manakala kita pula tidak pergi ke mahkamah; maka mahkamah akan menyuruh pihak yang menuntut itu mengangkat sumpah yang dipanggil sebagai sumpah "Istizhar". Maknanya, sumpah Istizhar ini hanya boleh dilakukan bila kekurangan bukti. Bila pihak yang menuntut itu mengangkat sumpah Istizhar, maka mahkamah akan menjatuhkan hukuman mengikut sumpah yang dilafazkan oleh pihak yang menuntut itu. Oleh sebab itu tuan-tuan, kalau ada masalah dalam mahkamah yang meminta untuk kita hadir ke mahkamah; maka pastikan kita hadir untuk mempertikaikan tuntutan pihak yang menuntut itu. Kalau kita tak hadir, maka mahkamah akan menjatuhkan hukuman mengikut apa yang dituntut oleh pihak yang menuntut.

Lalu Ust Jailani sebut satu kes yang pernah dikendalikannya sendiri. Dalam kes itu, ust mewakili si isteri bagi menuntut nafkah anak daripada bekas suami isteri tersebut. Si isteri minta bekas suaminya bayar nafkah tiap-tiap bulan RM400. Tapi kata bekas suaminya itu bahwa dia tidak mampu untuk bayar setiap bulan atas alasan dia kerja bendang. Si bekas suami tu kata, "Kerja bendang ni, setahun 2x je dapat duit. Jadi kalau mau jugak, saya boleh bagi setahun 2x saja."...Lalu ust tanya pada si siteri, "Macamana?..Bekas suami kamu kata dia boleh bayar hanya 2x setahun saja?" ...Si isteri tu kata, "Takpa, asalkan dia bayar je."...Maknanya bekas suami itu kena bayar dalam fasa yang pertama ialah sebanyak RM400 X 6 bulan = RM2400. Tunggu punya tunggu punya tunggu, akhirnya jadi penunggu. Musim pertama padi dah habih, tapi batang idung bekas suami haram tak nampak pun. Tunggu musim padi yang kedua pulak. Pun macam tu jugak. Dah setahun dah ni, tapi dia tak bayar jugak. Sepatutnya dalam masa setahun, dia kena bayar sebanyak RM2400 X 2 = RM4800. Tapi apa yellow pun takdak. Lalu ust pun buat prosiding menghina mahkamah, dengan mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas suami tu. Bila bekas suami tu dapat tahu ust keluarkan waran untuk tangkap dia, dengan sombongnya dia kata kat orang kampung, "Mahkamah syariah boleh buat apa kat aku, hah?!..Kalau depa nak tangkap sangat, tangkap la!"...Bunyi macam samseng kampung dusun je. Kata ust, bila dengar dia cakap lagu tu; lalu ust suruh polis tangkap sungguh dia. Bila polis tangkap dia bawa pi ke mahkamah; dan bila mahkamah suruh dia bayar, dia kata, "Aku mana ada duit!"...Mahkamah kata kalau kamu tak bayar, kamu akan dipenjarakan. Lalu dia kata, "Takpa. Masuk penjara pun takpa. Boleh makan free!"...Punyala samseng dia ni. Lalu mahkamah pun menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas dia. Bila habih menjalani hukuman penjara selama sebulan, dia pun keluar dengan dibuatnya kenduri habag kat orang kampung bahwa dia "selamat"...Punyala loklak sungguh dia ni. Nasib baik bekas isterinya itu tak suruh ust buat kali kedua. Ust kata kalau buat kali kedua, mungkin dia akan dipenjara selama 2 bulan hingga 6 bulan. Tapi main dengan orang kepala samseng ni; dia tak kisah, hang bubuh pilah aku berapa bulan pun. Aku masuk. Keluar lepas tu, dia boleh buat kenduri lagi, kata dia dah "selamat".

Nampak tak tuan-tuan, macamana teruknya perangai orang kepala batu ni. Dia sanggup lagi masuk penjara daripada bayar nafkah kat anak dari bekas isteri dia tu. Orang macam ni bukan dia tau dosa pahala. Dia tak tau yang anak itu adalah tanggungjawab dia. Dia tak bayar nafkah bermakna dia berdosa. Bila dia sanggup masuk penjara pasai tak mau bayar nafkah, bermakna di dunia dia dah dihina apatah lagi di akhirat kelak...nauzubillah. Apa punya orang lagu ni tuan-tuan?...Sepatutnya kita mau atas dunia ni kita mulia, di akhirat pun kita mulia. Kalau boleh biar atas dunia ni kita jadi somebody (datuk or whatever lah!) yang hebat-hebat yang ada kereta besaq-besaq, dan dalam masa yang sama, kita juga mahu jadi orang yang dimuliakan oleh Allah swt di akhirat kelak. Inilah yang semua orang mau. Dunia saja mulia, tapi di akhirat celaka, pun kita tak mau jugak. Atas dunia jadi datuk, atas dunia pakai kereta Merc, tapi dialah munafik. Orang macam ni, di akhirat akan celakalah dia. Macam ni kita tak mau. Yang kita mau ialah atas dunia kita jadi orang yang dimuliakan dan di akhirat pun kita menjadi orang terhormat dan dimuliakan oleh Allah swt. ]

2) Saksi-saksi yang boleh diterima penyaksiannya untuk membuktikan sabit kesalahan qazaf mestilah disaksikan oleh saksi-saksi yang layak menjadi saksi dalam kes zina sebagaimana yang disebutkan dalam perkara 29 ceraian (1) perenggan (i) dan (viii).

3) Untuk membuktikan sabit kesalahan qazaf ialah dengan pengakuan sendiri daripada orang yang membuat tuduhan ke atas seseorang melakukan zina dengan sekali pengakuan dalam mahkamah atau di majlis kehakiman.

4) Dalam kes qazaf boleh disabitkan kesalahan qazaf dengan Yamin ( sumpah). Jika orang yang dituduh tidak mempunyai sebarang bukti untuk menolak dan mengenepikan tuduhan daripada penuduh, maka orang yang kena tuduh itu hendaklah meminta kepada orang yang membuat tuduhan supaya bersumpah di atas kebenaran tuduhannya itu.

[ Maknanya, kalaulah si penuduh itu tak berani bersumpah, itu menunjukkan bahwa dia adalah orang yang bersalah. Orang yang tak salah, buat apa nak takut nak angkat sumpah; betoi tak tuan-tuan?...]

 

 

 

Bah 1 - Bab 2 - Hudud - Fasal 2 - Qazaf - Per 48 - 52

Isu-isu semasa.

Firman Allah yang bermaksud, "Dan sesungguhnya orang-orang yang zolim, sebahagian mereka adalah penolong kepada sebahagian yang lain. Dan Allah Ta`ala itu adalah penolong kepada orang-orang yang bertaqwa kepada Allah swt." (Surah al-Jaatsiyah:19)

Muslimin muslimat rahimmakumullah. Cuba kita tengok macamana dalam ayat di atas ini Allah swt menggunakan istilah "orang-orang yang zolim". Ini adalah satu istilah yang umum. Maknanya dalam "orang-orang yang zolim" itu ada orang-orang kafir, ada golongan munafik dan ada orang Islam yang fasik. Bila kita tahu siapa dia yang dikatakan "orang-orang yang zolim" itu, cuba kita lihat pula apa Allah kata pada ayat seterusnya. Kata Allah, "Mereka ini adalah sebagai penolong kepada sebahagian yang lain..."...Inilah dia satu firman daripada Allah swt untuk menceritakan kepada kita bahwa orang-orang yang zolim ini adalah terdiri daripada satu millah (satu landasan). Tak kiralah samada mereka yahudi, atau kristian, atau orang munafik, atau orang Islam yang jahat; kesemua mereka ini berada dalam satu landasan yang sama. Dalam lain perkataan, puak-puak ini akan saling tolong menolong diantara satu sama lain.

Baik sekarang mari kita lihat adakah benar apa yang dinyatakan oleh Allah Ta`ala dalam Surah al-Jaatsiyah tadi bahwa orang-orang zolim ini adalah daripada satu millah?...Cuba kita lihat apa yang berlaku di seluruh dunia bila tercetusnya isu terbaru di Palestin?...Kita dipertontonkan sendiri melalui media massa bagaimana ribuan rakyat Yaman yang keluar ke jalan-jalan raya untuk menunjuk perasaan kerana ketidakpuasan hati mereka dalam isu ini. Tiba-tiba mereka ditembak oleh polis Yaman sendiri, sehingga menyebabkan ada yang terbunuh. Begitu juga yang berlaku di sekitar negara-negara Arab seperti Jordan, Mesir dan sebagainya, yang rakyat mereka keluar tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Israel, tapi tiba-tiba kerajaan mereka sendiri yang menghalang rakyatnya daripada menunjuk perasaan sehingga mengakibatkan beberapa orang terbunuh ditangan polis negara mereka sendiri. Sepatutnya rakyat dan kerajaan yang sama-sama beragama Islam ini, sama-sama marah kepada yahudi. Tapi apa yang kita lihat ialah sebaliknya. Rakyat yang ingin menyatakan kemarahan mereka ke atas kezoliman yahudi ini, tiba-tiba terpaksa menghadapi muncung-muncung senapang anggota polis negara mereka sendiri. Ini adalah satu kezoliman.

Sekarang kita tengok pulak apa yang berlaku semasa tunjuk perasaan dalam negara kita sendiri pada Jumaat lalu. Kita diberitakan situasi tidaklah seburuk di timur tengah. Tetapi walaupun begitu, bila ada sahabat cuba membakar bendera Amerika dan bendera yahudi di hadapan kedutaan Amerika, pihak polis dengan segera mengambil tindakan merampas bendera-bendera tersebut sebelum dibakar. Cuba bagitau kat kami wahai sahabat dalam Polis; sebab apa tak boleh bakar bendera Amerika/yahudi laknatullah itu sedangkan kita sama-sama Islam?...Apa kena mengena hangpa dengan Amerika/yahudi tu?...Bukankah negara kita sekarang adalah negara Islam?...Kenapa perkara sebegini boleh berlaku?...Jadi inilah satu perkara yang amat-amat menyedihkan kita. Dan inilah sebabnya Allah kata bahwa orang-orang yang zolim ini adalah satu millah. Maka dengan ini, sekaligus membenarkan tanggapan kita bahwa kesemua mereka ini yang terdiri daripada orang yahudi, orang kristian, orang munafik dan orang Islam sendiri yang menentang agama Allah, adalah terdiri daripada satu millah (satu agama). Mereka akan saling tolong menolong diantara mereka.

Dan inilah juga yang sedang berlaku dalam negara kita. Contohnya tak jauh tuan-tuan. Kat Penang Port aja. Cuba tuan-tuan tengok apa yang berlaku di Pelabuhan P.Pinang apabila kapalperang US Vessel masuk baru-baru ni?...Berapa banyak kapal-kapal perdagangan ketika itu tidak dibenarkan masuk dalam pelabuhan selagi kapal perang tersebut berada di situ?...Pasai apa jadi lagu ni?...Ini adalah kerana permintaan daripada pihak Amerika, meminta supaya segala kegiatan perdagangan daripada kapal-kapal perdagangan dihentikan. Jadi, mana-mana kapal yang bawa ikan tuna dan sebagainya, terpaksa tunggu dulu di luar perairan. Bila kapal perang ni keluaq, baru kapal-kapal lain boleh masuk. Benda ni berlaku depan mata kita, tuan-tuan. Kenapa kapalperang Amerika itu dijamin keselamatannya begitu sekali di pelabuhan P.Pinang?...Sedangkan kita tahu bahwa kerajaan M`sia telah diisytiharkan sebagai sebuah k`jaan Islam. Tak tahukah pemimpin k`jaan Islam kita bahwa Amerikalah yang membekalkan helicopter Apache kepada tentera yahudi untuk membunuh anggota Hamas?...Di manakah semangat saudara seagama kita?...Jadi sebenarnya apa yang kita lihat di dada-dada akhbar tentang kenyataan-kenyataan dari pemimpin-pemimpin k`jaan Islam kita yang kononnya bersimpati dengan rakyat Palestin itu pada hakikatnya, hanyalah pura-pura belaka sahaja tuan-tuan. Sebab apa kita kata lagu tu?...Sebab walaupun berdegar-degar pemimpin negara kita mengutuk tindakan ganas yahudi, tapi dalam masa yang sama, pembekal utama senjata kepada yahudi pengganas itu pula mendapat layanan yang exclusive di Pelabuhan P.Pinang.

Sepatutnya pemimpin-pemimpin negara kita mau ambik iktibar dari peristiwa Perang Khaibar di zaman Rasulullah saw dulu. Apa yang berlaku semasa perang Khaibar?...Dalam peperangan inilah Nabi saw menghantar 1400 orang tenteranya bertembung solid dengan puak-puak yahudi, yang akhirnya mengakibatkan yahudi dibunuh, dikalahkan dan dimalukan. Sebab itu, hari ini apabila berlakunya tunjuk perasaan di Palestin, pejuang-pejuang Hamas dan umat Islam Palestin akan mengangkat sepanduk untuk ditunjukkan kepada k`jaan yahudi dengan slogan yang tertulis "Ingatlah kepada Khaibar! Tentera Muhammad akan kembali!". Ini adalah sebagai peringatan kepada yahudi bagaimana kekalahan yang menghinakan mereka berlaku 1400 tahun dahulu.

Dalam perang Khaibar inilah juga, Allah tunjuk kepada kita macamana orang munafik berperanan. Ketika tentera Islam bergerak menuju ke Khaibar, bapa munafik (Abdullah bin Ubai) yang berada di Madinah berasa tak senang duduk, sehingga dia mengambil keputusan menghantar utusannya ke Khaibar untuk memberitahu kepada yahudi bahwa Nabi saw sedang bergerak dengan kekuatan tentera seramai 1400 orang untuk mengalahkan yahudi di Khaibar. Inilah dia perangai munafik. Hari ini tuan-tuan, kita boleh tengok dengan mata kepala kita sendiri macamana perangai yang serupa seperti Abdullah bin Ubai ini ada dalam negara kita. Ketika umat Islam Palestin dibunuh di bumi para ambiya`, pemimpin negara Islam kita boleh jemput pemain-pemain kriket yahudi main friendly game di sini. Kemudian bila ada orang Islam tunjuk perasaan marah dengan kedatangan pasukan kriket yahudi di sini, orang-orang Islam itu pula yang dipukul. Nampak tak tuan-tuan, sebijiknya perangai pemimpin negara Islam kita dengan perangai Abdullah bin Ubai. Walaupun Abdullah bin Ubai kata dia beriman dengan Nabi Muhammad saw, tapi dalam masa yang sama, dia bersimpati dengan yahudi di Khaibar. Dia tak mau lihat yahudi di Khaibar itu dikalahkan oleh tentera Muhammad saw. Sebab itu tuan-tuan sekelian, dalam keadaan umat Islam ditindas mutakhir ini, kita kena tanya diri sendiri; adakah kita ni benar-benar Islam ataupun munafik?...Kalau beginilah tindakan kita, iaitu dengan yahudi kita boleh berlembut, dengan Amerika kita boleh bagi privilege kat pelabuhan kita; tapi dengan rakyat kita sendiri yang beragama Islam, kita pukoi dan ISAkan mereka, maka dimanakah sifat keIslaman kita?...Dimanakah kesensitivitian kita sebagai seorang Islam?

Semasa persidangan OIC di KL itu sendiri, kita boleh lihat macamana dalam keadaan semua negara Islam tengah dok geram kat yahudi, tiba-tiba bangkit bapak barua kita mengatakan bahwa suicide bomber yang dilakukan oleh beberapa orang pemuda dan pemudi Palestin itu adalah satu contoh keganasan yang sama seperti apa yang dilakukan oleh pengganas Tamil Elam di Sri Lanka. Nampak tak tuan-tuan macamana orang yang sebenarnya apa benda pun dia tak tau, tapi dia nak tunjuk champion jugak dalam hal ni. Sebab apa kita kata si bapak barua ni apa benda pun tak tau?...Sebab semua ulama` yang muktabar seperti Dr Yusof al-Qardhawi, Sheikh Tantawi, Dr Ramadhan al-Buti dan ramai ulama`-ulama` yang lain, telah bersepakat mengatakan bahwa para pejuang berani mati itu adalah syahid; tapi tiba-tiba sheikh putrajaya kita ni kata depa ni mati katak...Apa punya turrr la barua Amerika sekoq ni!!!...Bila mereka diisytiharkan syahid, maka jenazah para syuhadah di bumi Palestin ini tidak boleh dimandikan, supaya darah dan cebisan daging mereka kelak menjadi saksi di hadapan Allah swt di atas jihad yang mereka lakukan.

Muslimin muslimat sekelian. Apakah sebab kita ini Melayu, maka kita tak mau tolong bangsa Palestin pada hari ini?...Apakah kita sudah lupa siapa itu Sallahudin al-Ayyubi?...Adakah Sallahudin al-Ayyubi itu seorang bangsa Arab?...Bukan...Adakah Sallahudin al-Ayyubi itu bangsa Palestin?...Bukan juga. Sallahudin al-Ayyubi adalah seorang bangsa Kurdish yang tidak ada kena mengena dengan bangsa Palestin. Tapi disebabkan dia beragama Islam dan beriman kepada Allah swt, maka dengan kudrat yang Allah bagi padanya, dia telah memimpin tentera-tentera Islam membebaskan Baitul Maqdis daripada cengkaman tentera salibiyah. Inilah yang dilakukan oleh Sallahudin al-Ayyubi walaupun Palestin itu bukan bangsa dia. Jadi, kita orang Melayu pada hari ini, kenapa tidak mahu mencontohi Sallahudin al-Ayyubi bagi membebaskan bumi para ambiya` itu dari cengkaman yahudi?...Bukankah kita bangga dengan slogan M`sia boleh?...Tapi pasai apa bila mai tang isu ni, dia jadi M`sia "tak boleh" pulak?...

Bukan pasai apa tuan-tuan; sebab hari ini bangsa Arab tidak lagi boleh diharapkan. Mereka adalah bangsa yang mengkhianati bangsa Palestin. Di mulut saja depa kata yahudi ganas, yahudi zolim, tapi hakikatnya mereka sendiri menyokong yahudi menjajah bangsa Palestin. Pasai apa kita kata lagu tu?... Cuba pi tanya Jordan; untuk apa dibiarkan kedutaan Israel dibuka di Jordan?...Kenapa Mesir mengadakan perjanjian damai dengan yahudi dan sekaligus membuka kedutaan Israel dalam negara Mesir?...Inilah yang menunjukkan bahwa mereka mengikhtiraf negara haram yahudi itu. Sedangkan perkara seperti ini dilarang oleh agama. Kita juga melihat bagaimana Jordan mengambil langkah menutup sempadan dengan Palestin, tak bagi pemuda-pemuda dia daripada menyeberangi sempadan untuk menolong umat Islam di Palestin menentang yahudi. Inilah satu perkara yang amat menyedihkan kita, tuan-tuan sekelian. Awat tak sedihnye?...Kita telah lihat dengan mata kepala kita sendiri bagaimana bangsa Arab itu sendiri telah mengkhianati bangsa Palestin. Sebab itu kita kena bagitau sekali lagi bahwa kita kena mengulangi sejarah Sallahudin al-Ayyubi, sebab bangsa Arab sudah tidak boleh lagi diharapkan untuk membebaskan Palestin. Walaupun kita tak nafikan memang ada sebahagian bangsa Arab yang ikhlas dan jujur kepada Allah swt bagi mempertahankan Islam, tapi dalam isu Palestin ini, kita memerlukan lebih daripada itu. Iaitu kita memerlukan kepada perpaduan daripada bangsa-bangsa lain yang sama-sama beriman kepada Allah swt.

Okay berbalik kita kepada peristiwa Perang Khaibar tadi. Selepas yahudi dikalahkan oleh Nabi saw dalam Perang Khaibar, maka di sinilah bermulanya kehinaan pada bangsa yahudi. Dan dari peristiwa inilah juga kita lihat bagaimana penamatan riwayat yahudi daripada tinggal di bumi Hijaz; yakni bumi yang diharamkan oleh Allah swt daripada manusia-manusia yang tidak beriman kepada Allah swt. Dan sekarang ini kita boleh lihat bagaimana orang-orang yahudi kembali merancang tindakan mereka untuk mengembalikan maruah mereka yang selama ini mereka anggap telah dihina oleh manusia seluruh dunia. Tapi yang sedihnya tuan-tuan, walaupun semua orang Islam tahu akan perancangan yahudi ini, tapi mereka tidak sanggup untuk bangun menentang yahudi yang dilaknat oleh Allah swt itu.

Sekarang kita lihat bagaimana dunia Islam ditekan sana sini. Tak cukup dengan isu yahudi, mai pulak isu orang-orang Islam sendiri menghina Nabi saw, golongan para ulama dan para pejuang agama Allah swt. Contohnya, cuba kita tengok baru-baru ni apabila TG kita kata, "Kalau kita rasa kita samseng, maka ketahuilah bahwa Tuhan lagi samseng. Dan kalau kita rasa kita jahat, maka Tuhan lagi jahat."...Bila keluar saja kenyataan sedemikian, maka berbunyilah barua-barua kononnya inilah peluang untuk mereka menghentam balik TG. Tapi mereka tak sedar bahwa kenyataan balas mereka itu, telah memakan diri mereka sendiri. Kejahilan mereka terserlah bila saja mereka buka mulut masing-masing. Kerana terlalu mengikut nafsu, ulasan mereka langsung tak berpandukan kepada usul fekah, mereka lupa akan maajazi dan sebagainya. Ataupun mereka sendiri tak faham akan hukum-hukum tadi, tapi nak cuba ulas juga perkara yang difahami oleh seorang yang faham tentang agama. Ada antara mereka kata, "Inilah ucapan yang tak sepatutnya keluar daripada orang yang belajar agama!"...Nampak tak tuan-tuan, sama saja puak-puak karat ni punya modai. Saya sendiri entah berapa kali ditanya dengan persoalan ini. Sedangkan kalau kita belajar agama, kita akan dapati ucapan yang dikeluarkan oleh TG itu, tidak ada salahnya. Sebab memang dalam al-Quran ada ayat-ayat tertentu yang boleh kita relate dengan kenyataan TG tu. Antaranya cuba tuan-tuan tengok dalam Surah Ali Imran:54, Allah kata, "...orang kapir buat tipu daya. Allah Ta`ala juga buat tipu daya. Tetapi tipu daya Allah Ta`alallah yang lebih baik."...Ayat ini mengisahkan semasa kaum Bani Israil sedang hambat dan nak membunuh Nabi Isa as, masa itulah juga Allah angkat Nabi Isa as naik ke langit dan digantikanNya tempat Nabi Isa dengan orang lain. Jadi, bila kaum Bani Israil bunuh pengganti Nabi Isa itu, maka mereka percaya bahwa mereka telah berjaya membunuh Nabi Isa as. Sedangkan sebenarnya orang itu bukan Nabi Isa. Inilah yang dikatakan tipu daya Allah keatas Bani Israil. Kita kena faham ayat ni betul-betul. Bila Allah kata Allah buat tipu daya, adakah Allah tipu kita?...Dia suruh kita buat baik atas dunia dengan janji masuk syurga di akhirat, tiba-tiba bila kita mati, semua masuk neraka belaka. Lalu bila kita tanya, "Ya Allah, pasai apa aku masuk neraka?"...Allah kata, "Hangpa semua kena tipu dengan Aku!"...Adakah itu maksud ayat tersebut?...Tidak tuan-tuan. Bukan maksudNya begitu walaupun ayat tu kata Allah buat tipu daya. Maksud "Allah buat tipu daya" dalam ayat ini ialah tipu daya orang kapiaq yang dok hambat Nabi Isa itu diatasi oleh Allah swt. Itu maksudNya. Sebab itu, terus terang saya kata bahwa orang yang komen tentang kenyataan yang dikeluarkan TG itu adalah orang yang jahil tentang agama. Sebenarnya pengampu-pengampu umno ni bukan tau apa pun. Tafsir Quran pun ikut sedap akai depa saja, usul fekah pun tak belajaq; tapi sombong angkuh nak bercakap tentang agama jugak.

Okay berbalik kita pada ayat 19 Surah al-Jaatsiyah tadi; jelas menunjukkan kepada kita bahwa orang kapiaq, orang munafik dan orang fasik adalah terdiri daripada satu millah. Kerja yang dilakukan mereka untuk menjatuhkan Islam, sama saja. Oleh kerana itu, sekiranya orang Islam itu sendiri bersubahat dengan yahudi, maka orang Islam itu juga termasuk dalam ayat 19 Surah al-Jaatsiyah ini. Tak kiralah hang pakai kopiah ka, hang tok guru ka, hang menteri ka atau apa saja kita sekali pun; kalau kita bersekongkol dengan yahudi, maka Allah swt menyatakan bahwa kita ini terdiri daripada satu millah dengan puak-puak kapiaq, orang-orang munafik dan sebagainya...nauzubillah...Sebab itu muslimin/muslimat sekelian, sekarang tanyalah diri masing-masing; apakah yang telah kita buat dalam masalah pencerobohan yahudi kepada umat Islam Palestin?...

Untuk makluman tuan-tuan, apa yang dilakukan oleh Hamas, Jihad Islami dan Hizbollah pada hari ini adalah hasil daripada pergerakan al-Fatah, yang berani menentang yahudi sehingga kecut yahudi dibuatnya. Dan kita kena ingat juga semasa berlakunya "Perang 6 hari" pada tahun 1967, bagaimana 7 buah negara Arab telah bergabung untuk menentang yahudi. Tapi ketujuh-ketujuh negara Arab itu dikalahkan dengan mudah oleh yahudi. Dan antara punca kekalahan adalah kerana disebabkan senjata-senjata canggih yang digunakan oleh negara-negara Arab ketika itu tiba-tiba boleh rosak dan menikam diri mereka sendiri. Maka hasilnya, yahudi berjaya menghancurkan dan mengalahkan 7 buah negara Arab. Inilah yang berlaku, tuan-tuan. Walaupun kita berasa yakin dengan senjata kita macamana sekali pun, tetapi kita kena ingat, kalau Allah swt mengatakan bahwa kita akan kalah, kita tetap akan kalah. Jadi apa strategi untuk kita menang?...Takdak cara lain tuan-tuan, melainkan kita kena tiru macamana Nabi saw menentang tentera yahudi di Khaibar. Ketika itu habih semua kubu yahudi jatuh ke tangan tentera Nabi saw. Macamana strategi Nabi?...Sebenarnya kalau Nabi saw nak bawa ketika itu tentera yang melebihi 5000 orang pun Nabi saw mampu. Tetapi apa yang Nabi lakukan ialah baginda hanya memilih seramai 1400 orang tentera sahaja. Walaupun nampak kecil bilangannya, tetapi kesemua 1400 tentera itu telah benar-benar ditapis oleh Allah swt dan tidak akan khianat kepada perjuangan umat Islam. Apa makna kalau bawa 5000 tentera sekali pun, tapi kalau dalam kelompok itu terdapat 500 orang munafik. Maka sudah pasti ia membahayakan kepada umat Islam. Sebab itulah kita tengok macamana 7 buah negara Arab lawan 1 buah negara yahudi, tiba-tiba 7 buah negara Arab dapat dikalahkan oleh yahudi.

Lepas tu, cuba kita tengok pula apa yang berlaku ketika Mesir perang dengan yahudi pada tahun 1973 di semenanjung Sinai. Ketika tentera Mesir habih ikhtiar macamana nak runtuhkan kubu pasir yahudi, tiba-tiba bila datangnya anggota Ikhwan menyertai perang tersebut; dengan izin Allah, bukan saja kubu pasir tu hancur, malah dengan tentera-tentera yahudi sekali habih bertempiaran lari. Anggota Ikhwan ketika itu bukannya ramai sangat dan bukannya terlatih pun. Tetapi disebabkan oleh jiwa bersih yang dimiliki oleh anggota Ikhwan, maka mereka berjaya mengalahkan tentera yahudi. Tuan-tuan, walaupun yahudi kalah ketika itu, tetapi dia bijak. Walaupun dia kalah, tapi dia masih mampu untuk menghasut Presiden Mesir ketika itu melalui baruanya Amerika. Penasihat Amerika tu bagitau kat Presiden Mesir, "Jikalau Ikhwan berjaya mengalahkan yahudi, maka tidak mustahil Ikhwan yang kembali ke Mesir pada masa itu akan berjaya menggulingkan k`jaan Mesir pula!"...Lalu apabila pemimpin-pemimpin Mesir pada masa itu termakan hasutan daripada Penasihat ketenteraan Amerika itu; maka mereka pun menangkap, menghukum dan membunuh anggota-anggota Ikhwan yang kembali daripada medan pertempuran. Inilah contoh bagaimana pemimpin Mesir yang beragama Islam tetapi mereka zolim, maka mereka juga dianggap bersekongkol dengan kesemua orang-orang yang zolim, termasuklah orang-orang munafik, orang-orang kafir dan sebagainya. Inilah rahsia yang dinyatakan oleh Allah swt kepada kita semua, supaya kita faham bahwa apa yang dinyatakan oleh Allah swt itu benar-benar berlaku.

Jadi muslimin/muslimat sekelian, sekarang bila berlaku keadaan sebegini; kita perlu pastikan diri kita supaya tidak termasuk dalam golongan orang-orang Islam yang menentang agama Allah Ta`ala, tidak termasuk dalam golongan orang-orang munafik dan tidak termasuk dalam golongan orang-orang kafir. Apa saja tindakan kita, pastikan tidak akan membawa kepada kemurkaan daripada Allah swt. Jangan kita jadi satu orang Islam yang namanya Islam sebab dilahirkan oleh makbapak yang Islam, tapi perbuatan kita menghina Nabi saw. Tuan-tuan tau ka, masa zaman Nabi saw dulu; kalau ada nama seseorang itu dikeluarkan sebagai wanted hari ini kerana menghina Nabi saw, esok pasti dia akan mati. Kalau tuan-tuan buka kitab "Fiqh Harakah" tulisan Datuk Seri Hj Hadi, tuan-tuan akan jumpa dengan seorang yang bernama Abu Rafi` Salam bin Abi al-Hakiq. Dia adalah seorang yahudi yang kerjanya hanya menghina Nabi saw. Apakah hukuman yang dijatuhkan oleh Nabi saw terhadap Abu Rafi` Salam Abi al-Hakiq ni?...Hukumannya ialah mesti dibunuh. Bila saja Nabi saw keluarkan perintah tersebut, maka ada beberapa orang sahabat ra yang diketuai oleh Abdullah bin `Atid dari puak Khazraj mengangkat tangan menjadi volunteer untuk membunuh Abu Rafi` Salam Abi al-Hakiq.

Bila saja dikenalpasti bahwa si Abu Rafi` ni tinggal di kota Khaibar, maka Abdullah bin `Atid ini bersama dengan beberapa orang sahabat terus menuju ke Khaibar. Perlu tuan-tuan tahu bahwa kota Khaibar ini adalah satu kota dimana orang-orang yahudi menjadikannya sebagai tempat tinggal mereka, kubu pertahanan mereka dan markaz mereka untuk menentang Nabi saw. Kedudukannya hanyalah lebih kurang antara 60-80 batu daripada Madinah. Kemudian bila sampainya Abdullah bin al-`Atid bersama dengan sahabat-sahabatnya di kota Khaibar, Abdullah bin al-`Atid pun memberitahu kepada sahabat-sahabatnya, "Kamu semua tunggu aku di luar. Biar aku seorang saja yang masuk."...Dia beritahu macam tu sebab bukan senang untuk masuk ramai-ramai begitu saja sebab kota itu dikawal rapi oleh beberapa orang pengawal keselamatan. Jadi macamana agaknya planning Abdullah bin `Atid untuk menyelusup masuk ke dalam kota tersebut?...Di sini ternyata Abdullah bin `Atid seorang yang cerdik. Dia tunggu sehingga orang-orang yahudi keluar daripada kota tersebut untuk berurusan seperti buang air besar dan sebagainya. Kita kan sedia maklum bahwa salah satu cara orang-orang di tanah Arab dulu buang air besar ialah dibuangnya di tengah-tengah padang pasir. Jadi, kesempatan ini diambil oleh Abdullah bin `Atid dengan dia pun menyelinap duduk bersekulumbung sekali dalam kumpulan orang-orang yahudi sambil berpura-pura buang air. Kemudian bila time-up, semasa semua kena kerah masuk balik dalam kota, maka Abdullah bin `Atid pun menyelusup masuk ke kota itu bersama-sama dengan orang-orang yahudi yang keluar buang air tadi. Nampak tak tuan-tuan macamana cerdiknya Abdullah bin `Atid.

Okay bila dia masuk, dia pun cari rumah Abu Rafi` Salam bin Abi al-Hakiq. Mengikut satu riwayat, semasa Abdullah bin `Atid jumpa rumah Abu Rafi`, ketika itu hari sudah pun malam dan didapatinya Abu Rafi` Salam sedang mabuk bersama dengan kawan-kawannya. Dalam kegelapan malam, Abdullah bin `Atid pun mengambil posisinya di satu sudut dalam rumah tersebut sambil menunggu sehingga kawan-kawan Abu Rafi` pulang ke rumah masing-masing. Kita kena faham bahwa cerita ni berlaku lebih kurang 1400 tahun yang lalu. Masa tu mana ada lampu macam sekarang. Bila waktu malam, ia hanya bergantung kepada cahaya pelita sahaja. Lepas tu pulak, Abdullah bin `Atid bukannya kenal yang mana satu Abu Rafi`. Yang dia tahu hanya nama dan di mana tempat tinggal si Abu Rafi` itu saja. Jadi dalam kegelapan malam tu, dia tak cam dalam ramai-ramai tu hat mana satu Abu Rafi`?...Jadi, macamana dia buat untuk mempastikan targetnya itu betul-betul si Abu Rafi`?...Tuan-tuan tau Abdullah bin `Atid buat apa?...Dalam gelap tu, dia pun panggil nama Abu Rafi`, "Oii! Abu Rafi`!"...Lalu bila Abu Rafi` sahut balik, Abdullah bin `Atid terus menghayun pedangnya ke arah sasaran yang keluarkan suara tadi. Tapi hayunan pedang Abdullah bin `Atid itu walaupun kena tapi tak tepat. Kena sikit saja. Maka menjeritlah Abu Rafi` kesakitan. Ini membuatkan suasana dalam rumah Abu Rafi` tiba-tiba menjadi riuh rendah, kelam kabut, semua yang tidur tadi pakat jaga habih mengerumuni Abu Rafi`; maka dalam keadaan gelap gelita tu, sekali lagi membuatkan Abdullah al-`Atid tak cam yang mana satu Abu Rafi`. Sebab dah ramai. Bila dah ramai, Abdullah al-`Atid buat macamana pula?...Sekali lagi dia berpura-pura buat-buat tanya, "Pasai apa? ..Pasai apa?"...Bila Abu Rafi` jawab, "Ada orang katok aku dengan pedang!"...Terus saja tanpa berlengah, Abdullah al-`Atid menghayun pedangnya sekali lagi ke arah suara tadi. Dengan hayunan kedua inilah, maka matinya Abu Rafi` Salam Abi al-Hakiq. Tetapi ketika itu Abdullah al-`Atid belum lagi pasti samada Abu Rafi` sudah mati ataupun tidak. Jadi, dalam keadaan yang semakin kelam kabut tu, Abdullah al-`Atid pun bersembunyi dalam kota kerana dia nak tunggu esok pagi ada dak berita tentang kematian Abu Rafi`. Lalu bila hari dah cerah, maka pakat ramailah orang pi tengok Abu Rafi` dah mati kena tikam. Selepas itu, barulah tersebarnya cerita tentang kematian Abu Rafi` Salam bin Abi al-Hakiq ke seluruh pelusuk dalam kota Khaibar. Apabila didengarnya berita tersebut, maka barulah Abdullah al-`Atid menyelinap keluar daripada kota Khaibar.

Inilah ceritanya tuan-tuan macamana seorang yang dihantar oleh Nabi saw untuk membunuh seorang yang kerjanya maki Nabi saw. Hari ini, ada kita buat seperti yang Nabi saw buat?...Mana ada. Tapi jangan pula pi ingat tujuan ust Jailani cerita kisah ni untuk suruh kita bunuh sapa-sapa. Bukan lagu tu. Pointnya di sini ialah pertamanya supaya kita semua takut kepada neraka Allah. Dan yang keduanya, atas dunia ni kita sepatutnya kena takut kepada hukuman daripada Allah swt. Ataupun sekurang-kurangnya bila kita dengar macamana Nabi saw menghukum bunuh ke atas seorang yahudi yang kerjanya memaki Nabi saw dengan menghantar seorang sahabat yang bernama Abdullah bin `Atid, maka kita sepatutnya rasa takut dengan apa yang dilakukan oleh sebahagian daripada orang Islam hari ini yang memaki Nabi saw. Hari ini orang tak rasa takut sebab mereka tahu bahwa apa yang mereka buat tidak akan ada tindakan tegas daripada pihak yang berkuasa. Sebab itu, kita dapati hari ini bahwa manusia bebas melakukan apa saja kerana yang pertamanya dia memang tidak ada keimanan di hari akhirat. Orang macam ni; Allah Ta`ala, dia tak heran. Neraka Allah, dia tak heran. Syurga Allah pun dia tak heran. Dan yang keduanya pula ialah atas dunia ni, hukumannya terlalu ringan.

Sebab itu apa yang saya nak kata ialah kita pada hari ini mestilah kembali kepada ajaran Allah swt. Supaya apa yang dijanjikan oleh Allah Ta`la dengan keamanan, kedamaian dan sebagainya termasuklah maruah anak-anak perempuan kita terjamin daripada para suami, para bapa, para datuk, para bapa saudara yang tidak ada keimanan kepada Allah swt. Ini bukan pasai apa tuan-tuan. Pasai kes sumbang mahram yang hangat diperkatakan sekarang ni, tuan-tuan. Takpa, bab ni sat lagi kita detailkan dalam pengajian kitab Qanun Jinayah Syar`iyah.

Tapi apa yang kita nak bagitau sekarang ialah inilah ceritanya macamana tegasnya hukuman pada zaman Nabi saw dulu. Tapi zaman la ni; orang nak hina Nabi saw ka, orang nak hina agama Allah Ta`ala ka, orang nak perlecehkan agama Allah swt ka; sapa pun buat tak peduli. Masa time mula-mula hangat tu, ada la jugak dengaq orang dok kata sepatah dua. Tapi bila dah berlalu setahun dua, tidak ada apa tindakan pun yang berlaku. Sebagai contoh; kita lihat saja, sudah berapa lama kerajaan Iran mengeluarkan hukuman bunuh ke atas Salman Rushdie?...Sekarang apa yang berlaku kepada Salman Rushdie?...Dia mendapat pembelaan daripada Amerika dan Britain. Bila berlaku keadaan macam ni, kita dapati orang-orang Islam sendiri pun masih lagi berbeza pendapat; apakah tindakan yang patut dilakukan kepada Salman Rushdie?...Kalau di zaman Nabi saw, senang saja. Bila dengaq saja Abu Rafi` menghina Nabi saw, Abdullah al-`Atid bagitau kat sahabat-sahabat dia, "Hangpa semua tunggu kat luar. Biaq aku sorang saja buat kerja ni."...Tuu dia yang kata sahabat radiallahu anhum tu, tuan-tuan. Kita zaman sekarang boleh buat lagu tu ka?...Kalau kita la ni, "Takpalah, hangpa pi la buat. Kalau jadi apa-apa, kami backing kot belakang.". ..Macam ni lah perangai orang Islam zaman sekarang. Macam langit dengan bumi kalau nak compare dengan para sahabat ra. Kalau dulu Nabi buka saja mulut, pakat terpa habih sahabat sepertimana yang dilakukan oleh Abdullah bin `Atid. Dengan 2x serangan ke atas Abu Rafi`, tergolek yahudi laknat itu ditangan sahabat Nabi saw.

Sebab itu kita tuan-tuan sekelian, kalau benar-benar kita nak jaga negara kita, nak jaga masyarakat kita, nak jaga kaum keluarga kita; maka jagalah Islam kita tu betul-betul. Kalau ada orang berani hina Nabi saw, ambiklah tindakan yang tegas. Jangan pulak tuan-tuan sangka yang saya ni nak hasut tuan-tuan pi bunuh sapa-sapa pulak. Bukan lagu tu. Hukuman ke atas seseorang, kita serahkan kepada mahkamah dan kita serahkan kepada pihak yang berkuasa. Kalaulah pihak yang berkuasa tak buat apa-apa walaupun dah dibuktikan bahwa seseorang itu bersalah, maka pihak yang berkuasa itu sendiri yang akan menanggung dosa kepada Allah swt. Yang pentingnya kita sebagai rakyat awam, perlulah mengambil tindakan tegas setakat mana kemampuan kita. Kita mesti tunjuk akan kemarahan dan kebencian kita kepada orang yang berani menghina Nabi saw. Jangan sekali-kali kita bertolak-ansur dengan orang seperti ini. Hendaklah kita terus mendesak agar kerajaan mengambil tindakan yang tegas kepada sapa-sapa sahaja yang berani menghina agama Islam, agama Allah Ta`ala dan Nabi saw.


Sambungan pengajian kitab "Qanun Jinayah Syar`iyah" dalam Bab 2 Fasal Kedua perkara 48-52.

 

Perkara 48 : Menolak dan mengenepikan tuduhan qazaf.

Untuk menolak dan mengenepikan tuduhan qazaf, pihak orang yang didakwa membuat tuduhan palsu zina itu mestilah melakukan salah satu perkara-perkara berikut:

i) Menolak dan mengenepikan dakwaan kesalahan qazaf dengan mengemukakan dan membawa saksi-saksi tanpa dibataskan kepada bilangan yang tertentu.

ii) Menegaskan bahawa orang yang dituduhnya itu mengakui kebenaran tuduhannya. Untuk membela dirinya memadai dengan mengemukakan 2 orang saksi lelaki atau seorang lelaki dan seorang perempuan.

[ Makna ayat ini ialah ada orang mendakwa kita telah melakukan kesalahan qazaf. Jadi, untuk kita mengelak daripada dikenakan hukuman had qazaf, caranya ialah dengan kita bawa 2 orang saksi lelaki ataupun seorang saksi lelaki dan seorang saksi perempuan. Saksi-saksi inilah yang akan membuat pengakuan di hadapan hakim bahwa orang yang kita tuduh dia berzina itu telah mengakui bahwa memang dia berzina.

Contohnya; kita telah menuduh si A berzina. Lalu si A pun bawa kes ini ke mahkamah atas dakwaan kita telah tuduh dia berzina. Maknanya kita telah melakukan kesalahan qazaf. Jadi, untuk mengelakkan diri kita daripada dikenakan hukuman had qazaf, maka caranya ialah kita kena bawa 2 orang saksi lelaki ataupun kita kena bawa seorang lelaki dan seorang perempuan sebagai saksi, yang mengesahkan bahwa si A memang pernah mengakui bahwa dia telah berzina. Jikalau kita berjaya membawa 2 orang saksi untuk menyatakan bahwa si A memang pernah mengaku dia telah berzina, maka kita akan dibebaskan oleh mahkamah syar`iyah. Sebab kita ada saksi yang mendengar atau melihat sendiri bahwa si A telah mengakui bahwa dia telah berzina. Maknanya, tuduhan kita bahwa si A berzina adalah satu tuduhan yang benar. ]

iii) Mengaku membuat kesalahan qazaf. Dan dalam kes ini orang yang membuat tuduhan mestilah membuktikan kebenaran tuduhan zina yang dituduhkan ke atas orang yang dituduhnya itu dengan mengemukakan saksi sebanyak 4 orang yang benar-benar dan sungguh-sungguh menyaksikan orang yang dituduh itu melakukan zina.

[ Ceraian (iii) ni dia lain sikit. Kita memang mengaku tuduh si A berzina. Tapi bila tanya si A, dia pulak tak mengaku kata dia berzina. Kemudian kita pi cari, ada tak saksi yang pernah tengok atau pernah dengar yang si A ni pernah mengaku kata dia berzina?...Tak jumpa pun. Jadi, macamana caranya lagi untuk mengelakkan kita dari di hukum qazaf?...Caranya ialah kita kena bawa 4 orang saksi yang benar-benar tengok si A berzina.

Inilah 3 cara dalam usaha kita untuk menggugurkan had qazaf ke atas kita, sekiranya kita telah menuduh seseorang itu berzina. ]

 

Perkara 49 : Suami yang menuduh isterinya berzina.

1) Seseorang suami yang mendakwa dan menuduh isterinya di mahkamah, bahawa ia sendiri bersama-sama dengan 3 orang rakannya telah melihat isterinya berzina dengan si polan bin si polan, maka pihak mahkamah hendaklah mengenepikan dakwaan itu, dan menolak tuduhan tersebut, dan tuduhan itu tidak boleh diterima dalam mahkamah sebagai satu kes semata-mata dengan dakwaan dan tuduhan serta pengakuan suami dan 3 orang rakannya itu.

[ Maksud ayat ini ialah mahkamah tidak boleh terus menjatuhkan hukuman kepada si isteri, hanya kerana semata-mata ada saksi yang dibawa oleh si suami. Mahkamah hendaklah memeriksa dahulu keterangan yang dikemukakan oleh si suami. Sebab kadang-kadang bila berlakunya pemeriksaan dalam mahkamah, kita akan dapati keterangan aduan di balai polis dengan keterangan dalam mahkamah ada percanggahannya.

Untuk pengetahuan tuan-tuan, dalam mahkamah dia 3 peringkat pemeriksaan. Yang pertamanya dipanggil sebagai pemeriksaan utama (examination in chief). Yang keduanya dipanggil pemeriksaan balas (cross examination). Dan yang ketiganya dipanggil sebagai pemeriksaan semula (re-examination). Contohnya; katalah polis tuduh kita mencuri. Bila berlakunya perbicaraan dalam mahkamah, ketika pihak pendakwa soal saksinya, maka ketika itu dipanggil examination in chief (pemeriksaan utama). Bila habih saja pegawai pendakwa tanya saksi tersebut, maka tibalah giliran peguambela soal si saksi tu pulak. Ketika itu kita panggil cross examination (pemeriksaan balas). Bila habih peguambela tanya saksi itu tadi, maka peringkat yang ketiga adalah re-examination (pemeriksaan semula), iaitu soalan-soalan daripada pegawai pendakwa. Lepas tu baru habih.

Jadi, apa yang ust Jailani nak bagitau ialah kalau setakat bawa saksi, itu belum memadai untuk menjatuhkan hukuman kepada seseorang. Kita mesti bawa bukti dan kemudian diberi peluang kepada pihak yang dituduh atau pihak yang berlawan dengan kita untuk menyoal atau menyiasat bukti ataupun keterangan yang dikemukakan dalam mahkamah. Ini adalah supaya segala keterangan yang dibawa ke mahkamah adalah benar-benar concrete evidence sehingga dapat meyakinkan hakim. Kita tak mau satu evidence yang goyah. Jadi, cara untuk membuktikan bahwa keterangan-keterangan yang diberikan itu benar-benar kukuh ialah segala keterangan itu mestilah melalui 3 peringkat yang disebut tadi. Iaitu pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula.

Lalu ust Jailani pun bawa satu contoh. Kata ust, baru-baru ni beliau ada mengendali satu kes kecurian kereta. Dimana dalam kes tersebut, anak guam ust telah dituduh mencuri kereta. Bila bermulanya perbicaraan di mahkamah, saksi pertama yang dipanggil oleh pihak polis adalah si complinent (pengadu) itu sendiri. Semasa si pengadu itu disoal dalam sessi pemeriksaan utama oleh pegawai pendakwa, si pengadu itu telah memberi keterangan-keterangan yang bercanggah dengan isi kandungan lapuran polis yang dia buat sebelum ini di sebuah balai polis. Jadi, bila tiba giliran cross examination oleh pihak peguambela, maka ust Jailani pun tanya kat si pengadu tu, "Antara lapuran polis yang kamu buat, dengan evidence dalam mahkamah yang kamu bagi sekejap tadi; mana satu yang betul?"...Kata si pengadu tu, "Hat betoinya ialah keterangan dalam mahkamah.". ..Kemudian ust tanya lagi, "Jadi, adakah lapuran polis yang kamu buat sebelum ini, palsu?"...Jawab si pengadu tu, "Ya. Lapuran polis itu memang dibuat-buat."...Ust Jailani tanya lagi, "Siapa yang suruh kamu buat lapuran palsu kepada pihak polis?"...Si pengadu tu kata, "Pegawai polis sendiri yang suruh saya buat begitu."...Tanya ust lagi, "Pasai apa pegawai polis suruh kamu buat macam tu?" ...Dia kata, "Pegawai polis tu bagitau kat saya, kalau saya tak buat macam ni, maka susahlah nanti saya nak claim insurance."...Ust tanya lagi, "Pasai apa dia nasihatkan kamu macam tu?" ...Si pengadu tu kata, "Sebab kalau didapati kereta dicuri kerana kecuaian pemiliknya sendiri, maka payahlah nak claim insurance."...Maknanya, lapuran polis yang dia buat di balai polis didapati bercanggah dengan keterangan yang diberi di dalam mahkamah. Jadi, bila si pengadu tu tadi bagi satu keterangan dalam mahkamah yang berbeza dengan lapuran polis yang ditender sebagai barang bukti dalam mahkamah, maka sudah pasti kes itu akan dibuang. Maknanya, complinent itu tidak berjaya convict anak guam ust Jailani.

Kes itu dibuang sebab isi kandungan lapuran polis menceritakan bahwa si pengadu itu tinggalkan keretanya di Pantai Bersih sekitar 11.45pm untuk pergi bersiar-siar. Kemudian bila dia balik semula ke tempat keretanya pada 1.00am, didapati keretanya dah hilang. Sedangkan apa yang diceritanya dalam mahkamah pula ialah sedang dia berehat bersama-sama dengan beberapa kawan perempuannya berhampiran dengan kereta itu, tiba-tiba datang kawan yang kena tuduh tu pi dengar muzik dalam kereta tersebut dan sekaligus dengan kereta tu sekali kawan dia bawa pi. Nampak tak tuan-tuan, macamana ada satu pertentangan evidence yang cukup ketara. Bila berlaku macam ni, maka terlepaslah si tertuduh daripada dakwaan.

Sebab itu dalam Islam, tak cukup dengan kita bawa bukti maupun saksi. Bukti ataupun saksi itu mestilah diberi pada pihak yang tertuduh untuk menjalankan pemeriksaan. Kalau saksi kata dia benar-benar tengok seseorang itu berzina, maka saksi itu mesti disoal dan disiasat tentang apa sebenar yang dilihatnya?...Inilah cara yang dikehendaki oleh hukum syara` untuk mengelak daripada berlaku kezoliman kepada orang yang dituduh. Sebab itu pengarang kitab ini kata, "Tidak boleh mahkamah terus mengambil kira saksi yang dikemukakan dalam mahkamah tanpa mengambil kira perkara-perkara terperinci yang lain."

2) Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman had qazaf ke atas suami yang menuduh isterinya berzina, jika tuduhan suami itu tidak sabit dan ditolak oleh mahkamah.

[ Sebab itu, kalau kita nak tuduh seseorang itu berzina, khususnya suami kita ataupun isteri kita; maka kenalah berhati-hati. Jangan nak main tuduh sembarangan.

Lalu ust Jailani pun cerita satu lagi kes yang dikendalikannya baru-baru ini. Kali ini, seorang isteri datang mengadu kepada ust mengatakan bahwa suaminya telah berlaku curang terhadapnya. Lalu kata ust, "Kalau puan nak kata suami puan ni ada hubungan sulit dengan perempuan lain, maka kenalah puan cari bukti dulu."...Maknanya, dalam kes seperti ini, bare allegation (dakwaan kosong) tak akan diterima mahkamah. Untuk membawa seseorang itu ke mahkamah, dia kena ada satu allegation yang dikemukakan bersama-sama dengan concrete evidence...Bila ust kata lagu tu, maka si isteri itu pun kata bahwa dia ada bukti. Lalu tanya ust, "Apa bukti puan yang mengatakan bahwa suami puan berlaku curang dengan perempuan lain?"...Si isteri tu kata bahwa dia jumpa dalam kereta suami dia, gula-gula hacks dan tisu. Ust tau apa maksud si isteri tu. Gula-gula hacks itu digunakan untuk menghilangkan bau mulut ketika nak bercumbu; itulah maksud si isteri tersebut. Tapi ust Jailani kata, "Kalau puan bawa coklat hacks ini sebagai bukti ke mahkamah, hakim takkan dengaq."...Bila ust sebut macam tu, si isteri tu duduk diam sekejap. Kemudian baru dia teringat, "Aaa! ada satu lagi, ustaz. Satu hari tu, saya tengok dalam laci lemari suami saya tu, dia ada simpan kondom. Dan kondom tu pulak; sat-sat ada tiga, sat-sat ada dua. Lepas tu ada tiga balik. Sedangkan benda tu tak pernah pun digunakan ketika bersama dengan saya." ...Lalu kata ust, "Walaupun puan dah jumpa kondom, tapi nak tuduh dia berzina, tak boleh lagi. Tapi kalau kita nak kata ada tohmah pada suami puan, boleh. Maknanya, suami puan boleh disyaki berlaku curang." ...Dalam hukum syara`, keadaan macam ni kita panggil "syiqa`". Yang membawa maksud, satu perbalahan yang melampau yang berkaitan dengan kehormatan. Maknanya, suami isteri bergaduh kerana masalah kehormatan. Samada si suami mensyaki isterinya curang kepada dia, ataupun si isteri berbalah dengan suaminya kerana syak suami dia curang. Contohnya, macam nampak love bite kat leher. Tapi love bite kat leher bukan bukti si suami atau si isteri telah berzina. Tetapi ia sudah cukup untuk membawa kepada perbalahan kerana wujudnya syiqa`. Bila berlaku lagu ni, maka suami ataupun isteri khususnya, bolehlah mengadu kepada mahkamah dengan mengatakan bahwa wujudnya syiqa`. Dan memohon kepada mahkamah supaya dibubarkan perkahwinan mereka dengan talak daripada suami. Tapi kalau suami tak setuju, maka hakam yang dilantik oleh mahkamah boleh melafazkan talak bagi pihak suami walaupun suami tak setuju.

Nampak tak tuan-tuan macamana dalam satu kes, satu benda tu boleh kita terima sebagai bukti, tapi dalam kes yang hampir sama, benda tu tak boleh pula dijadikan sebagai bahan bukti. Contohnya macam cerita kondom tadi la tuan-tuan. Pembelian kondom tadi dan berkurangannya kondom tadi, tak boleh menjadikan bukti bahwa si suami tadi berzina. Sebab dalam hukum syara`, kalau nak tuduh orang berzina, kita kena bawa 4 orang saksi. Tetapi tentang kondom itu jugak boleh dijadikan bukti sekiranya kita nak tunjuk kepada mahkamah bahwa antara suami dan isteri tersebut sudah berlaku syiqa`. Maknanya, bahan bukti dalam kedua-dua kes ni sama. Dalam kes zina, dia tak boleh dijadikan bukti. Tapi dalam kes syiqa`, dia boleh dijadikan bukti. Jadi, inilah yang kita kena faham. Soal procedure dalam mahkamah, itulah caranya. ]

3) Saksi-saksi yang dikemukakan oleh penuduh di mahkamah mestilah mereka itu melihat sendiri dengan mata kepalanya segala perbuatan penzina itu dan cara-cara mereka melakukan perzinaan tadi.

[ Maknanya, saksi 4 orang itu mestilah melihat sendiri perbuatan zina tersebut. Kalau salah seorang daripada mereka tak nampak perbuatan zina tersebut, maka kes zina tersebut hendaklah ditukar kepada kes lain. Tapi kalau si penuduh itu nak teruskan juga tuduhannya walaupun salah seorang saksinya tak nampak perbuatan zina tersebut, maka si penuduh itu hanya mendedahkan dirinya kepada hukuman qazaf. Yakni dirotan sebanyak 80x sebatan.

Sebab itu, saya syorkan kalaulah kita seorang sahaja yang terserempak tengok orang berzina, maka jangan dok pi cerita kat orang. Katalah kita sorang saja time tu, takdak sapa di sekeliling kita; tiba-tiba kita terserempak dengan 2 makhluk manusia (jantan/betina) sedang meradu tenaga; apa kita nak buat time tu, tuan-tuan?... Ada 2 cara yang boleh kita lakukan di sini. Yang pertamanya, kita buat bising supaya couple tu terganggu. Ataupun kalau berani, kita pi tegoq terus. Larang perbuatan tersebut. Sebab kita tau kalau pi buat aduan kepada pihak berkuasa, ini memungkinkan kita terdedah kepada hukuman qazaf. Jadi, cara yang paling baik ialah kita kena halang perbuatan orang yang berzina tadi. Macam tu kita kena buat tuan-tuan. Tetapi apa yang kita lihat hari ini, kebanyakan daripada kita tak sanggup nak buat macam tu. Sedangkan itulah tuntutan hukum syara`. Kita boleh larang perbuatan tersebut, tapi jangan sekali-kali cerita kat orang lain. Kalau kita cerita jugak, maka inilah yang mendedahkan kita kepada qazaf.

Nampak tak tuan-tuan macamana Islam benar-benar menjaga maruah manusia. Walaupun kita memang orang yang bersalah sebab orang nampak kita berzina dengan perempuan; ataupun kita ni perempuan, orang nampak kita berzina dengan jantan lain; tetapi Islam masih menjaga maruah kita. Kita masih diberi peluang dalam keadaan macam tu untuk kita bertaubat kepada Allah swt, tanpa mendedahkan identiti kita dikhalayak ramai. Sebab sorang dua yang nampak perbuatan kita itu akan tutup kes kerana kes itu hanya setakat antara kita dengan dia sahaja. Dia nampak dan dia habag kat kita, "Kamu dah buat benda salah. Baik kamu berenti!"...Kita pun berenti, kemudian dok sengap-sengap sudah. Bila dah insaf, maka bertaubatlah kepada Allah swt. Adakah tak indah lagi Islam kalau macam ni punya gaya ?...Sebenarnya apa yang Allah turunkan kepada kita adalah bertujuan untuk menjaga sistem sosial supaya tidak berselerak. Sebab itu, dalam Islam kalau perbuatan zina itu sampai ke tahap 4 orang saksi lelaki yang adil nampak, JAGA!...Yang ni tak boleh lepas lari. Seperti yang kita dah belajar sebelum ni, kalau orang yang belum kawin ditangkap berzina, maka dia akan dirotan sebanyak 100x sebatan, lepas tu dibuang negeri selama setahun. Manakala yang sudah berkahwin pula, maka hendaklah dia dirotan 100x, lepas tu direjam dengan batu sampai mati.

Sekarang kita lihat macamana riuhnya satu M`sia tentang perbuatan yang dikatakan sebagai sumbang mahram ni. Macam-macam pandangan yang kita dengar. Timbullah semula istilah cawat besi dan sehingga ada juga yang suruh dikasikan saja puak-puak sumbang mahram ni. Apa, hangpa ingat lembu ka puak-puak ni?...Binatang pun haram kita kasi, inikan pula manusia. Yang kata tu pulak ialah Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia. Dia kata, baik kita ikut cara Amerika dalam menangani isu sebegini. Tuan-tuan tau ka apa maksud "kasi"?..."Kasi" ialah mematikan syahwah dengan apa cara sekali pun. Samada buang habih semua sekali kemaluan, ataupun buang teloq dia sahaja supaya tidak menimbulkan syahwah, ataupun dengan cara memasukkan ubat-ubat yang tertentu untuk melenyapkan syahwah di dalam alat kelamin si lelaki. Inilah dia yang dikatakan sebagai "kasi". Pada kita yang dah belajar sebelum ni dalam kitab "Qanun Jinayah Syar`iyah" yang dikarang oleh al-Fadhil Sahibul Samahah Hj Said Hj Ibrahim (bekas mufti negeri Sabah), isu ini memang dah jelas. Al-Fadhil Hj Said Hj Ibrahim mengatakan bahwa para ulama` telah menetapkan bahwa orang yang melakukan sumbang mahram hendaklah dihukum bunuh. Bukannya penjara seumur hidup dan sebat 10x. Kita pun tak tau, daripada sumber mana Jabatan Perdana Menteri ambik kata hukum sumbang mahram adalah penjara seumur hidup dan sebat 10x?...Sebab apa Hj Said Hj Ibrahim kata mesti dibunuh pelaku sumbang mahram ni?...Sebab mereka telah menukar hukum Allah swt. Kenapa?...Sebab satu kemaluan yang diharamkan selama-lamanya oleh Allah swt kepada pelaku itu, tiba-tiba orang ini menghalalkan dengan cara berzina dengan mahram dia. Jadi, siapa yang rogol anak dia, siapa yang rogol anak penakan dia, siapa yang rogol adik dia, siapa yang rogol kakak dia; orang macam ni tak payah kasi sebab Islam kata bunuh terus. Ini adalah satu ketetapan yang dibuat oleh para ulama` Islam dan disebut alasan ini oleh sahibul samahah Hj Said Hj Ibrahim bahwa sebab pelaku sumbang mahram ini wajib dibunuh ialah kerana dia telah menukar hukum Allah swt. Inilah ketetapanNya, tuan-tuan.

Orang yang tukar hukum agama ni tuan-tuan adalah sama kedudukannya dengan orang yang menghina Nabi saw. Kita telah pun diceritakan oleh ust Jailani pada peringkat awal tadi macamana seorang yahudi dihukum bunuh oleh Nabi saw kerana menghina baginda. Ust Jailani sebut macam ni ialah supaya orangramai tahu bahwa benda-benda lagu ni amatlah dilarang oleh agama, samada dia menghina Nabi saw ataupun dia buat sumbang mahram dengan merogol anak dia dan sebagainya. Orang macam ni layak dibunuh mengikut ketetapan agama Allah swt. Tetapi yang menghairankan kita, pasai apa manusia pada hari ini masih belum mahu kembali kepada ajaran Allah swt? ]

4) Apabila saksi-saksi itu mengaku bahawa mereka tidak melihat sendiri dengan mata kepalanya segala perbuatan penzina itu di masa mereka melakukan penzinaan tadi, maka persaksian saksi itu hendaklah ditolak dan tidak boleh diterima. Dan pihak hakim hendaklah menjatuhkan hukuman had qazaf ke atas suami itu. Dan kes ini berpindah dari kes zina kepada kes qazaf.

[ Peringkat awal, isteri adalah orang yang dituduh. Tapi sebab tidak ada bukti, maka bertukar daripada isteri menjadi orang yang kena tuduh kepada suami pulak yang kena tuduh. Ini adalah sebab si suami itu telah melakukan qazaf ke atas isterinya. ]

 

Perkara 50 : Suami yang hendak melepaskan diri dari had qazaf.

1) Seseorang suami yang hendak melepaskan dirinya dari hukuman had qazaf hendaklah menarik balik tuduhan zina terhadap isterinya dan meminda dakwaannya daripada qazaf kepada li`an.

[ Li`an ialah si suami kena angkat sumpah "WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI" bahwa isteri dia telah berzina. Dia seorang yang betul dan isterinya seorang yang tidak benar. Si suami kena sumpah macam tu 4x. Kemudian bila masuk kali ke5, maka si suami hendaklah meminta laknat bala bencana malapetaka daripada Allah swt kalau dia berbohong.

Bila berlaku sebegitu, sekiranya si isteri nak mengelak daripada dikenakan hukuman had zina, maka si isteri kena membalas li`an suami dia balik dengan bersumpah 4x jugak, dengan mengatakan bahwa suaminya berbohong dan kali yang ke5 dia juga kena minta laknat daripada Allah swt sekiranya suaminya benar. Itulah dia cara li`an.

Jadi, li`an adalah satu sumpah meminta laknat daripada Allah swt. Sebab itu benda macam ni, baik jangan buat. Kalau betoi suami mendapati isteri dia berzina ataupun isteri mendapati suaminya berzina, lebih baik adakan mesyuarat dan berbincanglah elok-elok. Simpan rahsia ni, jangan bagitau kat orang dan kemudiannya bercerailah baik-baik. Itulah cara yang lebih baik. Sebab semua orang boleh buat silap. Saya boleh buat silap. Tuan-tuan pun boleh buat silap jugak. Cumanya, mungkin cara silapnya saja yang berbeza. Saya tak pernah berzina, tapi mungkin ada benda lain yang pernah saya buat. Orang lain mungkin pernah berzina, tapi benda yang kita buat, dia tak buat. Jadi sepatutnya kita ni tuan-tuan; dosa kita, kesilapan kita, aib kita, jangan kita dok pi cerita kat orang. Sebab itu li`an, jangan sekali-kali kita cuba mendekati dia. Kecualilah kalau tidak ada pilihan, maka pada masa tu dibenarkan melalui li`an. Tetapi disunatkan kepada hakim untuk menasihati suami dan isteri yang terbabit supaya meninggalkan li`an untuk mendapatkan rahmat daripada Allah swt. ]

2) Seorang hakim yang telah menerima pindaan dakwaan suami dari qazaf kepada li`an hendaklah memerintahkan kepada suami itu supaya meli`an isterinya untuk melepaskan dirinya dari hukum had qazaf, iaitu bersumpah sebanyak 4x untuk membuktikan kebenaran tuduhannya terhadap isterinya. Dan sumpah yang ke5, suami itu mestilah mengakui kerelaannya menerima kemurkaan dan bala dari Allah jika ia berdusta. Firman Allah Ta`ala yang bermaksud :

"Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (yang sah pada syara`) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah 4x, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar. Dan sumpah yang ke5 (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika adalah ia dari orang-orang yang dusta." (Surah an-Nur:6-7)

[ Inilah cara sumpah yang diajar oleh Allah swt kepada suami yang menuduh isterinya berzina. ]

 

Perkara 51 : Isteri yang hendak membela diri dari li`an suaminya.

1) Seseorang isteri yang hendak membela dirinya dari li`an suaminya dan untuk menggugurkan had zina ke atas dirinya hendaklah membalas li`an suaminya, iaitu bersumpah sebanyak 4x untuk menolak kebenaran tuduhan suaminya terhadap dirinya. Dan sumpah yang ke5, isteri itu hendaklah mengakui kerelaannya menerima kemurkaan dan azab dari Allah, jika tuduhan suaminya itu benar. Firman Allahh swt yang bermaksud:

"Dan bagi menghindarkan (melepaskan) hukuman siksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, sebanyak 4x bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta." ( Surah an-Nur:8-9)

[ Bila habis saja sumpah ke5 yang dilafazkan oleh si suami dengan meminta laknat daripada Allah, maka pada masa itu wajib dijatuhkan had zina ke atas si isteri. Maksudnya si isteri itu hendaklah disebat 100x, lepas tu direjam dengan batu sampai mati. Maka bagi isteri pada masa tu, untuk mengelak daripada dikenakan had zina ke atasnya, maka hendaklah si isteri itu meli`an balik suaminya 5x jugak. Dia hendaklah bersumpah dengan mengatakan 4x sumpah bahwa suaminya berbohong dan kali yang ke5 dia mestilah mengatakan bahwa kalau suaminya benar, maka dia minta laknat daripada Allah swt ke atas dirinya. Bila si isteri sanggup li`an suaminya balik dengan sumpah 5x, maka barulah si isteri itu bebas daripada hukuman had zina.

Bila selesai suami li`an isteri dia, dan si isteri li`an balik suami dia, bila complete yang tu; maka hendaklah bagi mahkamah membubarkan perkahwinan mereka kerana perhubungan mereka sudah dikira sebagai "ba`in kubra". Iaitu haram dengan tidak dibenarkan bagi suami isteri yang terbabit itu kembali sebagai suami isteri, samada dengan cara rujuk, atau cara kahwin semula, ataupun dengan cara cina buta sekalipun. Ini disebabkan bahwa perkahwinan mereka adalah diharamkan selama-lamanya.

Nampak tak tuan-tuan macamana li`an ni lebih berat daripada talak 3. Kalau talak 3, walaupun rujuk tak boleh atau kahwin semula pun tak boleh, tapi sekiranya ada lelaki lain yang kahwin dan bersetubuh dengan bekas isteri tersebut, kemudian bila lelaki tu ceraikan bekas isterinya itu, maka barulah halal si isteri itu tadi kepada suami yang menceraikannya dengan talak 3. Tetapi kalau li`an, maka haram bagi pasangan tersebut buat selama-lamanya. Tak ke berat tu tuan-tuan?...

Bila sebut talak 3, mai kita tengok sikit apa perbicangan ulama` tentang masalah talak 3 ni. Jumhur ulama` sepakat mengatakan bahwa kahwin secara cina buta adalah haram. Kita dah cerai isteri kita dengan talak 3, kemudian kita rasa nak kembali kepada isteri kita tu, maka kita pun upah seorang cina buta (muhallil) untuk kahwin dengan bekas isteri dengan syarat esok pagi dia kena ceraikan bekas isteri kita tu. Para ulama` sepakat kata bahwa bukan setakat perbuatan kita tu haram, malah isteri kita itu masih tetap haram untuk kita. Tetapi menurut pendapat Imam Syafie rahimallahu ta`ala, sekiranya perkahwinan bekas isteri itu dengan orang lain berlaku bukan niat untuk cina buta, yakni perkahwinan yang sungguh-sungguh, bukan untuk mempermainkan hukum Allah, maka ijabkabul tersebut adalah sah. Kemudian sekiranya isteri tersebut diceraikan oleh suaminya yang baru setelah disetubuhinya, maka barulah halal si isteri tersebut kembali kepada suami yang ceraikannya dengan talak 3 tadi.

Bila berlaku keadaan macam ni, kita orang lelaki mau ingat-ingat. Kuasa talak memang Allah swt bagi kat kita kaum lelaki, tetapi bukan untuk sewenang-wenangnya. Sebab itu, dalam undang-undang negara kita pada hari ini; siapa yang ceraikan bini dia di rumah, akan didenda. Hikmah dibuat undang-undang macam ni ialah supaya mengelakkan para suami daripada menggunakan kuasa talak dengan sewenang-wenang untuk menceraikan isterinya. Pikiaq dulu habih-habih. Kalau tak boleh settle juga, bawa pi mahkamah. Maknanya, bila pi mahkamah, nada amarah kita mungkin dah cool down sikit. Bila dah cool, maka bolehlah kita berfikir dengan cara yang waras. ]

2) Li`an isteri terhadap suaminya membebaskan dirinya dari tuduhan suaminya dan gugurlah hukuman had zina dari isteri tadi, iaitu hukuman rejam sampai mati tidak dikenakan (digugurkan) dari isteri yang membalas li`an suaminya. Dan li`an suami terhadap isterinya sebagaimana yang disebutkan dalam perkara 50(2) melepaskan suami dari hukuman had qazaf yang diperuntukkan dalam perkara 39 yang berlandaskan firman Allah dalam Surah an-Nur ayat 4.

[ Ingat tuan-tuan!...li`an meli`an antara suami isteri memang tidak digalakkan dalam ajaran Islam, kecualilah kalau tidak ada pilihan. ]

 

Perkara 52 : Sebab-sebab yang membolehkan suami meli`an isteri.

1) Mengikut peruntukkan hukum syara`, seseorang suami harus meli`an isterinya dengan 2 sebab:

i) Suami menuduh isterinya berzina, tetapi suami itu tidak dapat mengemukakan 4 orang saksi yang boleh menyokong kebenaran tuduhannya.

ii) Suami tidak mengakui - menolak anak yang dikandung oleh isterinya. Misalnya suami mengaku belum pernah jima` dengan isterinya semenjak dari tarikh akad nikah, atau isteri itu sudah melahirkan anak sebelum sampai 6 bulan dari tarikh mulai ia jima` dengan suaminya.

[ Inilah 2 keadaan yang mengharuskan si suami meli`an isteri dia. Walaupun si suami boleh meli`an isterinya sekiranya berlaku salah satu daripada perkara di atas, tetapi Islam masih tidak menggalakkannya. Sehingga sunat bagi hakim menasihati si suami supaya jangan diteruskan dengan li`an. Pasai apa?...Sebab kalau diteruskan dengan li`an, kemudian sekiranya si isteri balas balik li`an suaminya, maka perkahwinan mereka akan dibubarkan buat selama-lamannya. Dan mereka takkan boleh kembali selama-lamanya. Benda-benda macam ni, kita kena beringat, tuan-tuan.

Sebab itu, sekiranya kita sendiri nak kahwin atau anak-anak kita nak kahwin; maka hendaklah disiapkan dengan ilmu yang secukupnya. Jangan jadi sepertimana yang diceritakan oleh ust Jailani, tentang satu pasangan yang baru saja kawin tapi berakhir di mahkamah. Di malam pertama, yang kenduri siang tadi di rumah pengantin perempuan, sepatutnya tentulah seronok sebab benda yang selama ni haram, sekarang dah jadi halal. Tiba-tiba berakhir dengan benda yang tak seronok. Semasa si suami tu pi mandi bersiap-siap untuk malam pertama, tiba-tiba handset dia bunyi. Lalu si isteri yang baru jadi raja sehari tu pun angkat, tengok-tengok xgirlfren suami dia send message. Takke haru tu tuan-tuan?...Bila si isteri tu tengok message tu, start daripada hari tu sampailah sekarang, dia terus jadi dingin terhadap suaminya. Jadi kelam kabut perkahwinan pengantin baru tu tuan-tuan. Malam pertama ke mana, kenduri rumah si suami pun terpaksa dibatalkan dan sekarang masuk mahkamah dalam proses minta cerai pulak dah. Pasai apa jadi lagu ni?...Sebab si suami tu la, tuan-tuan. Dia tak reti nak prepare awai-awai. Dah tau hang nak kawin hari ni, sepatutnya awai-awai hang dah putuskan segala hubungan dengan mana-mana hang punya ex-girlfren. Samada hubungan tu cara halai ka atau cara haram ka, dia sepatutnya mau clear buang "kabel-kabel" ni dulu sebab hari ini dia sudah ada isteri. Apa punya tak reti la Mamat ni?...]

2) Suami yang menuduh isterinya berzina jika nyata dan benar isteri itu berzina. Misalnya suami melihat sendiri dengan matanya semasa isterinya berzina, atau isteri itu mengaku sendiri bahawa ia berzina, dan pengakuannya diterima dan dibenarkan dengan keterangan-keterangan yang nyata dan jelas serta terbukti, maka dalam kes ini, sebaik-baiknya suami itu hendaklah mentalaki isterinya tanpa meli`annya.

3) Dalam kes li`an, hakim hendaklah memberi peringatan dan nasihat kepada pihak isteri dan pihak suami sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah saw dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah ra, sabdanya:

"Mana-mana perempuan yang masuk ke suatu kaum yang bukan keluarganya, maka ia tidak akan mendapat apa-apa pun bahagian dari Allah, dan ia tidak akan masuk ke dalam syurga. Dan mana-mana lelaki yang menyangkal (menolak) anak, pada hal ia tahu bahawa anak itu adalah anaknya, maka Allah menjauhkan daripadanya dan Allah akan menghinakannya di hadapan orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian." (HR Abu Daud)

[ Jadi, hadith ini dengan jelas menyatakan kepada kita tentang celaan kepada orang yang berzina dan kepada orang yang tuduh orang berzina. Satu orang lelaki memang dia tahu anak tu memang anak dia, tiba-tiba dia tuduh juga isteri dia berzina; maka orang macam ni dicela dan dikutuk oleh Allah swt. Termasuk yang dikutuk dan dilaknat oleh Allah swt ialah orang perempuan dan orang lelaki yang berzina, sedangkan mereka tahu perbuatan itu diharamkan oleh Allah swt.

Sebab itu muslimin muslimat sekelian, kita perlu menjauhkan diri dari benda-benda seumpama ini dan perlu berdoa setiap hari setiap malam supaya Allah melindungi rumahtangga kita daripada perkara-perkara seumpama ini. ]

 

 

Bah 1 - Bab 2 - Hudud - Fasal 2 - Per 53 – 56

 

Muqaddimah

Di dalam Surah al-Muthaffifiin:29-36, Allah swt berfirman dengan maksudNya, "Sesungguhnya golongan yang berdosa telah mentertawakan orang-orang yang beriman. Dan apabila mereka lalu bertemu dengan orang-orang mukmin, mereka memberi isyarat dengan mengedip-ngedipkan mata sesama mereka untuk mengejek. Dan apabila mereka kembali kepada kaum mereka, mereka kembali dengan gembira. Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, lalu mereka berkata: Sesungguhnya mereka itu golongan yang sesat!..Padahal mereka tidak dilantik untuk menjaga orang-orang yang beriman. Maka pada hari ini (qiamat), orang-orang yang beriman pula akan mentertawakan orang-orang yang kafir itu. Mereka berada di atas pelamin sambil memandang (orang-orang kafir itu). Bukankah orang-orang kafir itu telah diberikan balasan yang setimpal terhadap apa yang telah mereka lakukan?"

Saudara saudari muslimin muslimat yang dihormati dan dikasihi sekelian. Dalam ayat yang tercatat di atas, Allah swt nak menceritakan kepada kita tentang sikap yang dilakukan oleh golongan musyrikin Quraisy pada zaman Nabi Muhammad saw terhadap orang-orang Islam. Dimana puak kafir Quraisy ini sentiasa melakukan perbuatan menghina dan juga menentang golongan yang beriman kepada Allah swt. Bila berlaku keadaan seperti ini, maka ia mengingatkan kita kembali kepada kata-kata Warakah bin Naufal (pendita Nasrani, yang juga sepupu kepada Saidatina Khadijah radiallahuanha). Seperti yang kita semua tahu, apabila diceritakan kepada Warakah bin Naufal tentang apa yang berlaku kepada Nabi saw semasa Nabi menerima wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah swt melalui Jibril as, maka Warakah bin Naufal pun mengatakan, "Demi Tuhan! Yang nyawa aku ini berada di dalam genggamanNya. Sesungguhnya engkau (Muhammad saw) ini adalah nabi bagi umat ini. Dan sesungguhnya yang telah datang menemui kamu itu adalah yang juga telah datang menemui Nabi Musa as. Maka kamu akan dibohongi, kamu akan disakiti, kamu akan dihalau dan kamu akan diperangi. Jika sekiranya, aku berkesempatan dengan hari tersebut, nescaya aku akan menolong mu untuk menegakkan agama Allah Ta`ala dengan pertolongan yang diketahuiNya." ...Inilah satu gambaran kepada kita, apa yang akan dihadapi oleh Nabi kita Muhammad saw apabila Islam ini dibawa oleh baginda. Dan ini juga menjadi satu petanda kepada kita, iaitu sekiranya kita mengikuti jejak langkah Nabi saw, maka perkara yang sama juga akan berlaku kepada kita. Sebagaimana yang berlaku kepada Nabi saw, begitulah juga akan berlaku pada kita. Bezanya, cuma dari segi darjah ujianNya sahaja.

Jadi, apa yang kita nak bagitau ialah apa yang berlaku kepada Nabi saw secara umumnya, pasti juga akan berlaku kepada kita. Kalau Nabi saw itu sendiri disifatkan sebagai pembohong dan penipu, maka kita yang disebut sebagai pendokong risalahnya juga akan dianggap sebagai penipu dan pembohong. Sedangkan Nabi saw yang pada awalnya diikhtiraf sebagai al-Amin (seorang yang baik, amanah, yang mempunyai kredibiliti) itu pun sanggup disakiti oleh kaumnya, apatah lagi kita ini yang tidak setaraf dengan Nabi?...Sudah pasti kita juga akan disakiti oleh golongan yang kuffur kepada Allah swt. Kalau Nabi saw dihalau dan dipulau oleh kaumnya, maka perkara yang sama juga akan berlaku kepada kita. Sehinggalah akhirnya kamu akan diperangi, sebagaimana Nabi saw diperangi oleh bangsanya sendiri. Maknanya, kita juga akan diperangi dan ditentang oleh bangsa kita sendiri apabila kita memperjuangkan agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi kita Muhammad saw. Benda ni semua pasti akan berlaku kepada kita yang bergelar pejuang agama Allah. Sebab tu Matdet pun dah isytiharkan perang habis-habisannya terhadap Pas tempohari. Jadi, benarlah seperti apa yang diberitahu oleh ust Jailani dalam perenggan ini.

Hari ini kita masuk dalam bulan yang kita panggil sebagai "Maulidurrasul". Kita sebut begitu sebab ia merujuk kepada birthday Nabi kita Muhammad saw yang jatuh dalam bulan ini, yakni bulan Rabiulawal. Cuba tuan-tuan tanya kat sapa pun, untuk apa kita sambut Maulidurrasul?...Pasti jawapan yang tuan-tuan terima ialah sambutan itu adalah untuk mengisahkan kembali riwayat Nabi saw. Tiap-tiap tahun, apa yang kita buat dalam sambutan ini?...Kita akan bawa sepanduk dan berarak sambil berselawat, betoi tak?...Semua orang akan terbabit. Tak kiralah; orang masjid ka, orang tak pernah pi masjid ka, yang rajin pi sembahyang ka, yang tak pernah pi sembahyang ka, yang comitted dengan Islam ka, atau yang lawan Islam sampai naik hangit ka; semua sekali pakat berarak bawa sepanduk sambil berselawat, tanda kita semua ingat pada Nabi saw.

Asal-asalnya Maulidurrasul ini memang tidak disambut, baik ketika Nabi saw masih hidup maupun ketika zaman para sahabat ra. Kemudian bila sampai kepada zaman Salahuddin al-Ayyubi, barulah para ulama` berfikir macamana cara nak tarik orang-orang Islam supaya kembali menghayati ajaran yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw. Maka ketika itu, sebahagian para ulama berpendapat bahwa antara cara yang paling baik untuk merefreshkan kembali ingatan orang-orang Islam kepada ajaran Nabi ialah dengan mengadakan satu sambutan yang kita panggil hari ini sebagai "Maulidurrasul". Ini sejarahnya, tuan-tuan.

Tetapi apa yang berlaku dalam sambutan tahunan Maulidurrasul pada hari ini, amat-amatlah menyedihkan kita. Satu ikhtibar pun kita tak dapat daripada perarakan yang bermula sejak awal pagi tu. Apa yang dapat ialah letih dan dahaga sahaja. Silap-silap haribulan, dosa lagi dapat. Sebab apa?...Sebab kita jadikan perarakan itu sebagai satu upacara tradisional tahunan sahaja. Tamat saja upacara itu, pakat masing-masing pun balik kepada kehidupan seharian seperti biasa. Tidak ada tanda-tanda keinsafan dan kesedaran ke arah nak merealisasikan Islam sebagai "Way of life". Yang tak sembahyang, masih juga tak sembahyang. Yang boya darat, masih terus juga dengan kegiatan memerangkap mangsanya. Yang taik judi pulak bila lalu kot kedai 4-digit, lagu dok ketaq macam demam tak kebah saja lagaknya; walaupun baru pagi tadi masing-masing menyambut ulangtahun menyatakan rasa kasih dan sayangnya kita kepada Nabi Muhammad saw. Sebab apa jadi lagu ni, tuan-tuan?...Jawapannya ialah sebab tidak dapat keberkatan daripada Allah swt. Nak dapat berkat macamana tuan-tuan, kalau pagi tadi baguih punya dok berselawat, tiba-tiba malam bertukar jadi pesta maksiat, menari bergaul jantan betina?...

Bila berlaku keadaan sedemikian, maka ust Jailani pun bawa satu contoh untuk menunjukkan kepada kita perbezaan yang ketara di antara cara orang-orang Islam dan cara orang-orang yahudi lakukan dalam nak bagi kesedaran kepada masyarakat mereka ketika menyambut satu-satu upacara keagamaan. Dalam contoh ini nanti, tuan-tuan akan dipaparkan macamana orang-orang yahudi mengajar anak-anak mereka supaya berfikir betapa pentingnya nak meneruskan survival bangsa dan agama yahudi mereka itu. Lepas itu, tuan-tuan boleh fikir dan compare tengok; apakah kita perlu buat perubahan dalam agenda menyambut Maulidurrasul tahun hadapan, supaya boleh menimbulkan satu keinsafan dalam masyarakat?...

Okay, apa yang ust Jailani bawa ialah satu artikel dalam majalah Newsweek keluaran April 1st 2002. Artikel itu bertajuk "How will Israel survive?". Lalu ust Jailani pun membaca dan mentranslate sebahagian daripada artikel tersebut. Pengarang artikel itu menyebut bahwa dalam minggu tersebut (awal April), orang-orang yahudi di Israel dan seluruh dunia akan menyambut satu sambutan yang dipanggil sebagai "Passover". Dalam sambutan itu, mereka akan membacakan kisah macamana tersingkirnya mereka daripada bumi Mesir di waktu zaman Nabi Musa as. Di waktu yang sama juga, mereka akan mengadakan satu jamuan dengan bermenukan simbolism. Simbol-simbol itu ialah seperti meletakkan herba sayur-sayuran yang berperasa pahit sebagai lambang perhambaan, dan juga roti yang tidak dibubuh dengan bahan penaik (keras) sebagai simbol yang nak tunjukkan bagaimana kesusahan yang bakal mereka alami sekiranya menjadi orang pelarian. Bila melihat keadaan sedemikian, maka budak-budak kecik yang tak pernah alami jamuan sebegitu pun akan bertanya, "Kenapa malam ini sangat berbeza daripada malam-malam yang lain?"...Maka mereka pun akan diceritakan dengan kisah "Exodus and his 4 sons."...Dalam kisah itu, mereka akan diceritakan bagaimana seorang anak lelaki yang bijak akan bertanya tentang "The Meaning of the law". Nampak tak tuan-tuan; bila orang yahudi mensifatkan seorang budak itu cerdik, maka soalan yang akan diajukan oleh budak yang cerdik itu nanti ialah berkenaan dengan pengertian undang-undang. Manakala anak Exodus yang jahat pula, orang yahudi akan mensifatkan sebagai orang yang malu untuk mengaku bahwa dia adalah yahudi.

Okay bila anak-anak mereka diceritakan dengan cerita "Exodus and his 4 sons" itu, maka selepas itu bermacam-macam soalanlah yang akan disoal oleh anak-anak yahudi tentang peristiwa seperti ini. Bila diajukan soalan demi soalan, maka orang-orang yahudi pun akan meneruskan cerita kepada anak-anak mereka itu dengan cerita bagaimana tentang masa depan Israel, tentang survival generasi mereka, tentang kedudukan negara mereka yang berada betul-betul di Timur Tengah, dan kedudukan mereka diancam oleh musuh mereka iaitu umat Islam. Inilah dia cara orang-orang yahudi lakukan untuk menarik perhatian anak-anak mereka berfikir tentang persoalan survival, kesinambungan dan penerusan bangsa dan agama yahudi.

Nampak tak tuan-tuan, macamana yahudi ajar anak-anak mereka dengan cara simbol. Mereka ajak anak-anak mereka join dalam jamuan tersebut. Kemudian bila anak mereka komplen tentang sayur yang pahit itu, maka mereka akan jelaskan bahwa, "Inilah juga yang akan kamu rasa nanti sekiranya kamu menjadi hamba kepada orang lain. Dalam lain perkataan; sekiranya kamu dijajah, sekiranya kamu ditakluk atau sekiranya kuasa politik berada pada tangan orang lain; maka apa yang akan kamu alami ialah suatu keadaan perhambaan sehingga kamu nak makan pun susah. Kalau kamu boleh makan pun, kamu akan makan makanan yang tidak lazat, iaitu makanan yang penuh dengan kepahitan.". ..Inilah cara yahudi ajar kat anak-anak mereka. Apa salahnya kita guna kaedah yang sama juga ke atas anak-anak kita supaya mereka mengerti erti kesusahan. Biar kita pilih satu hari untuk kita jamu mereka dengan benda-benda yang tak sedap; kemudian bila depa komen, maka kita pun bagitau, "Inilah akibat yang kamu akan rasa sekiranya kamu menjadi bangsa yang lemah, kalau kamu dijajah dan kalau kuasa politik di tangan orang lain."...

Begitulah juga bila anak-anak yahudi tu makan roti keras. Roti yang keras ini membawa maksud bahwa inilah yang akan kamu makan sekiranya terpaksa melarikan diri. Anak-anak yahudi itu diberitahu bahwa sekiranya wilayah mereka dikuasai oleh kuasa asing, maka mereka akan ditakluki dan diusir. Bila terpaksa lari kerana menyelamatkan diri, maka inilah dia contoh keadaan yang akan mereka alami. Makan roti keraslah jawabnya. Jadi bila habis saja sesi penerangan ke atas anak-anak itu tadi, maka satu persoalan yang akan ditanya balik kepada anak-anak itu. Soalannya simple saja; iaitulah sanggup atau tidak mereka hadapi keadaan macam ini?...Tu dia tuan-tuan, stail yahudi brainwash kepala anak-anak depa. Depa takdak nak berarak angkat sepanduk apa takdak.

Jadi apabila kita tengok macamana yahudi brainwash anak-anak depa, maka kita juga perlu tanya pada diri sendiri, "Macamana pula dengan survival masa depan anak-anak kita dalam mengharung arus globalisasi masakini dan masa akan datang?"...Bila ada persoalan seperti ini dalam diri kita, maka kita akan lebih cenderung mendekati anak-anak kita yang selama ni mungkin tidak 100% kita ambik tahu tentang permasalahan mereka. Dulu masa depa balik dari sekolah, kita tak berapa ambik peduli pun tentang homework, ada ka takdak. Tapi sekarang, bila depa balik saja dari sekolah, terus kita tanya, "Abang, ada cikgu bagi homework dak?...Kalau ada, buat homework tu dulu, kemudian baru buat kerja lain."...Inilah hasilnya tuan-tuan sekiranya kita prihatin tentang masa depan anak-anak kita di kemudian hari nanti. Kalau dulu, kita tak ambil peduli pun anak kita yang berumur 4-5 tahun tu tahu ke tidak ABC. Tapi sekarang bila kita fikirkan apa yang akan mereka hadapi di masa hadapan, maka secara tiba-tiba saja kita bekerja keras untuk memastikan anak kita kenal huruf sebelum mereka memasuki alam pra-persekolahan.

Agak-agak tuan-tuan, berapa ramai dikalangan kita hari ini yang sanggup hantar anak dia bersekolah jauh semata-mata sebab dia percaya bahwa sekolah itu adalah the best school in Penang?...Berapa ramai tuan-tuan?...Kita bagitau begini sebab kebanyakan dari kalangan kita kalau nak hantar anak ke sekolah, dia akan cari hat dekat dengan rumah. "Asalkan anak aku pi sekolah. Cukup."...Inilah dia mentaliti yang ada dalam masyarakat kita hari ini. Okay kalau kena pulak budak-budak yang mengaji satu sekolah dengan anak kita tu, perangai mengalahkan setan, jenih budak-budak jahat, jenih budak-budak samseng, bercakap pun main maki aje; berapa ramai dikalangan kita pi ambik bawa keluar anak kita daripada sekolah macam tu dan hantar dia ke sekolah lain?...Berapa ramai yang buat macam tu?...Kalau jawapannya hanya boleh kira dengan jari, ini maknanya masyarakat kita pada hari ini tidak peka dalam soal mendidik generasi akan datang. Kita mesti sensitif dalam hal sebegini, tuan-tuan. Tak banggakah tuan-tuan sekiranya kita dapat tengok generasi yang lahir daripada rumahtangga kita sendiri adalah generasi yang dilingkungi oleh suatu suasana yang cukup baik?...

Saya rasa tak salah kalau sekali sekala ajak anak-anak kita makan benda-benda yang tak sedap sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang yahudi dalam depa punya Passover festival tu. Bila anak-anak kita kata, "Apa abah? Tak sedap langsung makanan ni."...Inilah soalan yang kita tunggu-tunggu. Lalu kita pun habaq kat depa kalau hangpa malas mengaji, maka inilah yang hangpa akan makan kemudian hari nanti.

Berapa ramai dari kalangan kita sekali sekala tak bagi duit kat anak supaya biar dia rasa betapa susahnya keadaan bila tidak ada duit?...Kemudian bila kita tengok muka anak kita tu masam mencuka aje, maka kita pun bagitau kat dia, "Inilah keadaannya bila abang besar nanti sekiranya hari ini abang malas mengaji. Kalau abang malas baca buku, esok besar, abang nanti tak dapat pangkat tinggi dan tak dapat gaji banyak."...Berapa ramai dari kalangan kita yang boleh tunjuk contoh-contoh kehidupan disekeliling macamana keadaan yang akan berlaku sekiranya anak-anak kita itu tidak maju dalam akademik, tidak maju dalam agama dan sebagainya?...Sebenarnya tak ramai yang boleh buat macam tu, tuan-tuan. Sebab apa tak boleh, kita pun tak tau. Ini yang heran ni. Kalau dalam bab yahudi buat baik, kita cukup susah nak tiru. Tapi cuba dalam bab terkinja-kinja atas stage?...Bab lagu ni, cukup cepat pulak orang kita tiru. Ni yang pelik ni.

Tuan-tuan, bila kita tengok sikap yahudi bagaimana mereka menyambut perayaan Passover itu, maka kita tidak heran melihat hasilnya pada hari ini bahwa yahudi telah menjadi satu bangsa yang cukup berpengaruh. Perkembangan ini bertambah ketara lagi apabila kita lihat sendiri walaupun gereja Nativity dikepung berhari-hari oleh tentera yahudi, tapi orang kristian di benua eropah masih tetap juga menyokong pendudukan bangsa yahudi di Palestin. Inilah dia realiti kedudukan yahudi di mata dunia hari ini. Hasil daripada pembentukan yang terancang sejak daripada anak-anak kecil lagi, maka hari ini mereka bangsa yahudi telah memiliki kekuatan pengaruh.

Begitulah juga kita umat Islam kalau nak bangkit dari zaman gelap kembali kepada zaman kegemilangan. Sekiranya kita nak bentukkan suatu generasi yang cemerlang di kemudian hari, maka kita kena bawa anak-anak kita kepada kisah-kisah bagaimana perit maungnya Nabi saw di dalam membawa ajaran agama. Seperti kisah macamana Nabi saw wafat dalam keadaan menahan kesakitan akibat diracun oleh yahudi Khaibar. Begitu juga kisah perihal 3 daripada 4 orang khalifah ar-Rasyidin mati dibunuh. Dan begitu juga dengan kisah-kisah imam-imam mazhab yang disiksa sehingga membawa maut. Kisah-kisah sebegini hendaklah dikisahkan kembali, supaya anak-anak kita mendapat satu gambaran yang jelas bagaimana perit-maungnya pejuang-pejuang agama Allah dan juga orang-orang Islam yang berpegang-teguh kepada ajaran Allah swt. Bila gambaran ini jelas, maka barulah masyarakat umumnya akan insaf, sebab mereka dah tahu bagaimana sebenarnya agama Islam itu dibawa.

Berbalik kita kepada ayat di atas tadi. Dalam ayat 29 Surah al-Muthaffifiin, Allah swt menggunakan istilah "orang-orang yang berdosa" ini merujuk kepada kaum kafir Quraisy ketika itu. Mereka disebut sebagai golongan yang berdosa sebab kata Allah, "...mereka sedang mentertawakan orang-orang yang beriman." ...Agak-agak tuan-tuan, pasai apa depa mentertawakan dengan nada menghina kepada orang-orang beriman ketika itu?...Sebabnya ialah pada zaman Nabi saw dulu, kebanyakan daripada orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasulNya adalah terdiri dari kalangan orang-orang miskin, berpangkat rendah dan tidak berpengaruh. Sedangkan golongan yang kuffur kepada Allah swt, kebanyakannya terdiri daripada orang-orang yang berkuasa, yang berpangkat besar, yang kaya raya dan sebagainya. Sebenarnya ada juga orang yang berpengaruh dari kalangan kaum Quraisy ini yang beriman, tapi tak ramai. Inilah realiti yang berlaku pada zaman awal Islam di kota Mekah.

Kalau kita compare ayat 29 itu tadi dengan Islam zaman sekarang, kita akan dapati seolah-olah sama saja keadaannya. Cuba kita cari orang yang kaya raya dan berpangkat besar yang aktif dalam perjuangan jamaah Islam, ada ka takdak?...Ada, tuan-tuan. Tapi tak ramai. Tapi cuba kita pi cari golongan elit ini di tempat-tempat seperti karaoke lounge, disko dan tempat-tempat maksiat yang lain; kita pasti akan jumpa dengan kebanyakan golongan ini di tempat-tempat seumpama itu. Golongan kaya seperti inilah yang dikatakan kuffur nikmat, bukannya syukur nikmat. Nampak tak tuan-tuan macamana Allah swt nak tunjuk bahwa takdak bezanya keadaan seperti ini di zaman Nabi saw maupun di zaman kita la ni. Sebab itu, jangan kita rasa pelik bila ada golongan kaya raya hari ini mentertawakan orang-orang yang beriman. Sebab di zaman Nabi saw pun dah berlaku keadaan seperti ini.

Semalam saya sembang ngan sorang kawan lama. Saya kata kat dia, "Mat! aku pening la tengok hang. Orang semua pakat dok berlumba cari pahala kuliyyah maghrib di masjid; tapi hang aku tengok waktu maghrib, relek aje kat rumah. Apa hang tak tau ka pahala mengimarahkan majlis ilmu tu?..Hang aku tengok; ada kuliyyah ka, takdak kuliyyah ka, sama saja. Tak teringin ka hang sekali sekala pi masjid dengaq kuliyyah?" ...Tuan-tuan tau ka apa jawab kawan saya tu?...Dia kata, "Hang ingat hang sorang ka pening?..Aku pun pening jugak ooo!..Macamana tak pening?..Bukan ka time maghrib tu time "Who wants to be a millionaire"?..Apa punya bodo la hangpa ni?..Time tu la orang nak jadi kaya!" ...Nampak tak tuan-tuan; last-last dua-dua pening. Kita pening tengok dia hambat harta sampai tak kenai masjid. Yang dia ni pulak pening tengok kita hambat majlis ilmu sampai takdak masa nak tengok tv. Nampak tak tuan-tuan, macamana reaksi orang kuffur bila tengok orang yang beriman pi masjid di waktu peak hours.

Kemudian kata Allah lagi dalam ayat 30, "Apabila mereka lalu dekat dengan orang-orang beriman, mereka pun mengedip-ngedipkan mata (tanda mengejek)." ...Ada ka takdak orang perangai macam ni dalam masyarakat kita?...Belambak, tuan-tuan. Depa nanti duduk kat kedai kopi, kemudian bila nampak orang balik dari masjid, depa nanti kata, "Tu tu hangpa tengok tu!..amboi! rajin betoi pak lebai tu pi semayang. Tapi dari dulu sampai sekarang, dengan basikal buruk tu la jugak. Tak kaya-kaya pun..Tengok kita! Semayang tak pernah. Masjid lagi la tak pernah pijak. Tapi 4 wheel drive sorang sebijik. Mau apa lagi?..Puak-puak masjid ni bukan tau apa pun. Kalau bagi negara kat depa, depa nanti bagi lingkup habih." ...Nampak tak tuan-tuan, ucapan-ucapan sebeginilah yang kita dok dengaq saban hari mutakhir ini. Bukan kata kat kedai kopi, malah dalam radio/tv pun dijaja benda-benda lagu ni. Digambarkan kepada masyarakat seolah-olah orang yang jenih kaki masjid, orang yang jenih kaki sembahyang, orang yang suka puasa, orang taat kepada Allah, orang yang beragama, orang yang didik anak-anak secara Islamiah; mereka semua ni adalah orang-orang yang bodoh. Jadi, orang yang tak bodoh, orang yang bijak pula sapa dia?...Depa nilah yang jenih kaki pelacur, yang tak tutup aurat, yang dalam rumah ada mini bar yang penuh dengan botoi arak dan yang jenih tak sembahyang. Inilah contoh jenih orang-orang bijak pandai yang cuba diterapkan dalam masyarakat kita hari ini. Jadi, mai saya nak tanya. Kalau tuan-tuan orang yang beriman; rasa-rasa tuan-tuan, betoi tak cara yang dimainkan oleh media massa tu?...

Kemudian dalam ayat 31-32 pula Allah kata, "Dan apabila mereka balik kat kaum mereka, mereka berseronok." ...Awat tak seronoknye?...Baru saja lepas kata kat orang-orang beriman ni bodo. Puaslah hati depa. Kemudian bila depa (orang-orang yang berdosa) ni nampak orang-orang beriman, depa pun berkata, "Sesungguhnya mereka (orang-orang baik dan beriman) itu adalah orang-orang yang sesat!"...Sapa yang kata ni tuan-tuan?...Hat jahat yang kata. Bukan golongan yang beriman kata kat yang kuffur tu sesat. Tapi geng yang fasik/zolim tu pulak pi kata bahwa orang yang bertaqwa itulah yang sesat. Ada dak berlaku keadaan macam ni dalam masyarakat kita hari ni tuan-tuan?...Belambak tuan-tuan. Salah satu contohnya, ialah seperti apa yang berlaku semasa pesta air di K`tan bulan sudah. Tak tau macamana, last sekali semasa majlis penutup tu tiba-tiba boleh pi bubuh acara tarian dan jugak nyanyian pulak. Lalu ini menyebabkan pimpinan k`jaan negeri K`tan enggan hadir sebab membantah, kerana acara tersebut bertentangan dengan polisi k`jaan negeri K`tan. Okay mai saya nak tanya, tak kiralah samada tuan-tuan penyokong bn ataupun penyokong Pas; kalau tuan-tuan mengaku sebagai seorang yang beriman, adakah tuan-tuan sokong tindakan yang diambil oleh k`jaan K`tan dalam isu itu?...Tidakkah persembahan tarian dan nyanyian oleh artis perempuan yang buka aurat sambil melompat terkinja-kinja secara live depan kita itu adalah satu perbuatan yang HARAM?...Mengikut ijmak dikalangan ulama`, benda lagu ni adalah jelas haramnya, sebab ada maksiat. Sebab itu sebagai orang yang beriman, sepatutnya kita kena sokong tindakan k`jaan negeri K`tan memulau acara tersebut, betoi tak?...Tapi tiba-tiba menteri pelancongan dalam negara kita boleh kata bahwa acara tarian dan nyanyian yang dipersembahkan oleh artis-artis perempuan itu adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Okay mai saya nak tanya sekali lagi; siapa dikalangan kita yang beriman ini berani kata lagu tu?...Kita kena ingat tuan-tuan, dalam ajaran Islam kalau kita mengubah hukum Allah swt dengan menghalalkan suatu perkara yang haram ataupun mengharamkan suatu perkara yang halal, maka hukumnya terbatal syahadah. Jangan buat main-main benda lagu ni, tuan-tuan.

Tapi apa yang menghairankan kita ialah ada tak kita dengar ulama`-ulama` (yang dalam tv maupun dalam paper arus perdana) berani bangun mengkritik kenyataan menteri itu tadi?...Sampai ke hari ni, sorang pun takdak. Pasai apa tak berani?...Wallahu`alam. Sebenarnya takdak sorang ulama` pun yang berani kata bahwa perbuatan para artis itu adalah satu perbuatan yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Kalaulah ada ulama` yang berani kata bahwa perbuatan itu adalah satu perkara yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama` tersebut jugak memang sengaja menempah kemurkaan daripada Allah swt, sebab pendapatnya itu boleh membawa kepada terbatalnya syahadah. Sebab apa ulama` tiba-tiba jadi bisu dalam isu ini, saya pun tak tau. Adakah sebab menteri tu ada bungalow besaq ataupun dia tu jenih kaya raya, menyebabkan tertutupnya mulut-mulut ulama` pro-k`jaan?...

Tuan-tuan, jenih orang-orang kaya macam menteri yang sebut di atas ni, kawan-kawan yang kerja di hotel-hotel boleh cerita kat kita macamana perangai depa sebenarnya. Lebih-lebih lagi kat Penang ni. Puak-puak ni kalau pi hotel, ada saja benda-benda maksiat yang depa buat. Tapi jenih nilah jugak hari ini cuba jadi hero bercakap pasai ugama. Orang macam nilah yang berani kata kita ni sesat. Walhal, dia mengaji ugama pun lintang pukang. Perempuan-perempuan fasik keliling pinggang. Tapi dia boleh kata kat kita yang tak pernah pijak kaki kat panggung wayang, yang tak pernah jijak kaki ke karaoke, yang tak pernah minum arak, yang tak pernah berzina ni sebagai golongan yang salah. Tuan-tuan jangan pelik dengan keadaan seperti ini sebab di zaman Nabi saw pun dah berlaku keadaan yang sebegini. Allah dah pun cerita dalam Quran macamana orang-orang kafir Quraisy yang digelarkan oleh Allah sebagai golongan yang berdosa itu, berani kata kepada orang-orang mukmin zaman Nabi sebagai golongan yang sesat. Jadi kita jangan heran bila kita hat baik ni, orang jahat kata kita yang tak betoi.

Sekarang kita tengok pula apa Allah kata pada ayat 34-36 yang bermaksud, "Maka pada hari ini (akhirat), orang-orang yang beriman pula akan mentertawakan orang-orang yang kuffur kepada Akkah swt. Orang-orang yang beriman akan duduk atas pelamin sambil melihat orang-orang kafir disiksa oleh Allah swt. Adakah orang-orang kafir tadi menerima pembalasan daripada Allah swt di atas apa yang mereka lakukan?"

...Setengah para mufassirun mengatakan bahwa maksud pelamin tu ialah satu tempat yang tinggi dan tempat tu mempunyai tingkap. Tingkap macamana, jangan kita dok pikiaq. Jangan dok pikiaq macam tingkap nako atau sliding window apa jangan. "Tingkap" tu hanya istilah yang digunakan oleh mufassirin untuk kita faham saja. Para mufassirin kata bahwa melalui "tingkap" inilah orang-orang mukmin boleh nampak macamana orang-orang kafir tadi disiksa oleh Allah swt...Nauzubilahiminzalik. Tu dia tuan-tuan. Jadi, hari ini biarlah orang-orang kafir dan golongan yang berdosa ini mentertawakan kita, takpa. Hari ini kamu buat naya kat kami, takpa. Hari ini kamu bunuh kawan-kawan kami di Afghanistan, di Palestin, di Ambon maupun di Memali; takpa. Tetapi kamu kena ingat, akan tiba satu masa Allah Ta`ala pula akan bagi kepada kami suatu tempat singgahsana yang tinggi (pelamin) untuk kami pula melihat kamu disiksa dalam neraka Allah swt. Berita ini merupakan satu berita yang mengembirakan bagi memujuk hati orang-orang yang beriman. Sebab berapa ramai dah diantara kita yang merasa berputus-asa kerana masih tak nampak lagi kejayaan agama Allah. Ada yang dah meninggal dunia dipanggil dulu oleh Allah swt walaupun masih belum lagi melihat kejayaan agama Allah tertegak. Sehingga ke saat ini pun kita masih lagi belum melihat kehebatan Islam tertegak atas mukabumi Allah Ta`ala. Tetapi Allah swt yang Maha Bijaksana faham isihati hamba-hambaNya yang soleh. Dia menyampaikan berita gembira seperti yang tertera dalam ayat di atas tadi untuk menyeronokan dan menenangkan hati kita bahwa akan tiba satu masa, kita pula akan mentertawakan orang-orang yang kuffur kepada Allah swt.

Jadi muslimin muslimat sekelian, sebab itulah, kita jangan sekali-kali melakukan penganiayaan dan kezoliman ke atas orang-orang mukmin yang baik dan taat kepada Allah. Kita sepatutnya mesti respect orang-orang beriman. Manakala orang-orang yang menjadi musuh Allah pula kita mesti menghinakan mereka. Oleh sebab itu tuan-tuan, kalau kita tidak ambil pengajaran daripada apa yang dinyatakan ini, maka kita khuatir kalau-kalau termasuk dalam golongan "yang berdosa" seperti yang dinyatakan oleh Allah swt dalam surah al-Muthaffifiin yang kita baca ini...Nauzubillah.


Sambungan pengajian kitab Qanun Jinayah Syar`iyah perkara 53-56.

Perkara 53: Menarik balik tuduhan.

1) Seseorang penuduh yang menarik balik tuduhannya setelah menerima nasihat dan pengajaran dari hakim di atas akibat tuduhannya, maka kes ini adalah dianggap telah selesai, dan perkahwinan di antara suami isteri itu tetap terikat - tidak terpisah, dan percampuran suami isteri itu adalah percampuran yang sah dan halal.

[ Sekiranya suami tuduh isterinya berzina, sebelum li`an, baik tarik balik tuduhan. Kalau si suami dah li`an isterinya dengan bersumpah 4x bahwa isterinya berzina dan kali ke5 sampai minta laknat daripada Allah; maka isteri itu takdak pilihan kecuali dia kena li`an balik suaminya. Sebaik saja kedua-duanya selesai li`an meli`an antara satu sama lain, maka terbubarlah perkahwinan mereka buat selama-lamanya. Haram bagi mereka kembali menjadi suami isteri.

Sebab itu, ust Jailani menasihatkan bahwa sesiapa yang ada masalah rumahtangga, seperti isteri minta cerai umpamanya; kalau habih dah iktiar yang kita buat, seperti pujuk pun tak mau dah, panggil orang yang terhormat dalam masyarakat untuk bincang pun gagal juga, maka ust syorkan kepada suami yang mengalami masalah macam ni, cerailah isteri dengan cara yang baik. Tak payah nak gantung tak bertali isteri macam ni. Tidak ada maknanya lagi sekiranya kasih sayang dalam sebuah rumahtangga sudah tidak ada.

Lalu ust Jailani pun bawa satu cerita perihal masalah rumahtangga supaya menjadi panduan kepada kita semua. Ada satu kes, seorang isteri minta cerai daripada suaminya dengan cerai ta`lik (janji). Kalau tuan-tuan nak tau apa itu cerai ta`lik, di belakang surat nikah ada tertera. Jadi, makna kata bila habih saja saksi kata sah selepas akad nikah, ini bermakna si suami dah berta`lik sekiranya dia menggunakan kekerasan atau kezoliman dengan memukul atau mendera isterinya, maka jatuhlah talak satu. Yang kita nak fokus disini bukannya memukul, sebab yang tu semua orang tau. Tapi apa yang kita nak tengok disini ialah perkataan "mendera". Sebenarnya maksud mendera di belakang surat nikah itu, ia termasuklah juga menyakiti hati dan perasaan isteri. Yang ni kebanyakan orang tak tau. Ini bermakna sekiranya isteri hanya berasa sakit hati, pun sudah memadai untuk dia buat aduan kepada mahkamah untuk memohon perceraian secara ta`lik.

Hari ini memang ramai suami tak pukoi bini, sebab depa tau kalau depa pukoi bini, sure punya bini depa akan minta cerai ta`lik. Tapi depa tak tau, bahwa dera yang membawa maksud menyakiti hati dan perasaan isteri itu juga boleh membawa kepada cerai ta`lik. Inilah yang berlaku dalam kes yang ust Jailani cerita ni. Takdak pun keterangan dalam mahkamah yang menyatakan bahwa si suami ni pukoi bini dia. Cuma satu saja kesilapan yang si suami ni buat, iaitu dia pi kawin #2 di Siam secara senyap-senyap. Jadi bila pi mahkamah, si isteri itu pun bagitau kat mahkamah bahwa dia rasa sakit hati bila dia tahu suami dia kawin #2 di Siam tanpa pengetahuannya. Nampak tak tuan-tuan, suami tak pukoi pun si isteri, tapi bila suami tu kawin satu lagi di Siam, maka mahkamah pun memutuskan bahwa si suami itu telah melanggar ta`lik yang dia buat. Dengan ini jatuhlah talak ke atas isteri tadi. Nampak tak tuan-tuan, punyala senang nak minta cerai. Jangan ada yang nak minta cerai pulak lepas ni. Apa yang saya cerita ni hanyalah sebagai panduannya saja.

Maknanya, apa yang kita nak bagitau disini ialah perbuatan suami yang berkahwin satu lagi di selatan Thailand tanpa pengetahuan isterinya, dianggap sebagai mendera atau menyakiti hati dan perasaan isterinya, lalu dengan ini, si isteri berhak mendapat perceraian mengikut undang-undang Islam yang diamalkan dalam negara kita.

Bila mahkamah dah putuskan, lalu si suami tu tadi dan-dan kata bahwa dia masih sayangkan isterinya. Tau hakim kata apa?...Hakim kata, "Sayang tidak hanya boleh dibuktikan dengan mulut saja. Dia mesti juga dibuktikan dengan amal perbuatan. Perbuatan kamu yang merahsiakan perkahwinan kedua di selatan Thailand itu daripada isteri pertama, dianggap oleh mahkamah sebagai perbuatan yang menyakitkan hati isteri. Inilah yang membuatkan mahkamah membenarkan perceraian secara ta`lik." ...

Okay tuan-tuan, sekarang bila kita dah tau benda-benda lagu ni, maka hendaklah kita sedaya upaya cuba elakkan daripada berlakunya perbuatan-perbuatan yang boleh membawa mudarat kepada rumahtangga kita. ]

2) Jika penuduh itu tetap pada tuduhannya tanpa bukti dan keterangan yang jelas untuk menyokong tuduhannya, maka hakim hendaklah memanggil pihak yang dituduh adakah ia mengakui tuduhan itu atau sebaliknya.

[ Kalau suami tak mau tarik balik dan tetap tuduh isterinya berzina, maka hakim hendaklah memanggil si isteri untuk mengesahkan tuduhan si suami. ]

3) Apabila orang yang dituduh mengakui tuduhan orang yang menuduh, maka orang yang dituduh itu wajib dihukum dengan hukuman orang yang berzina sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 17 (1).

[ Jadi selepas si isteri itu dipanggil ke mahkamah, dan dia mengakui pula bahwa tuduhan zina yang dibuat oleh suaminya itu benar, maka isteri itu hendaklah disebat 100x, kemudian hendaklah direjam pula dengan batu sampai mati. Hukuman-hukuman ini hendaklah dilakukan depan khalayak ramai, supaya masyarakat dapat mengambil pengajaran daripada hukuman tersebut. Hukuman yang sekeras mana sekali pun, sekiranya tidak dipamirkan kepada masyarakat; ia tidak akan mendatangkan apa-apa manafaat sebab masyarakat tak dapat mengambil pengajaran. Lihat saja sistem penguatkuasaan undang-undang yang ada dalam negara kita hari ini. Walaupun ada hukuman gantung sampai mati, tapi hukuman itu hanya dibuat di dalam sebuah bilik khas dalam penjara. Jadi, masyarakat tak dapat tengok macamana darah yang keluar daripada mata, telinga dan mulut daripada orang yang kena gantung tu. Masyarakat tak dapat tengok macamana lidah terjelir panjang akibat digantung. Masyarakat tak dapat tengok macamana pesalah itu mati akibat patah tulang tengkuknya setelah direntap oleh tali gantung. Bila ini semua tidak dipamirkan kepada masyarakat, maka masyarakat tidak akan berasa takut dengan segala hukuman.

Sebab itu, Islam ajar kepada kita supaya sesuatu hukuman yang dijalankan hendaklah dilakukan depan khalayak ramai, supaya orang ramai boleh mengambil pengajaran. Contohnya, kalaulah seorang perompak yang membunuh pengawal keselamatan dalam misinya untuk melarikan duit bank itu ditangkap, maka orang macam ni hendaklah dibunuh dikayu palang. Kalau mengikut mazhab Syafi`i, mayat perompak yang dibunuh dikayu palang itu hendaklah dipamir selama 3 hari. Cuba bayangkan tuan-tuan; jenazah saudara mara kita yang mati semalam, kemudian kalau tanam lepas zohor esok hari pun kita dah rasa mayat tu tersiksa dah. Inikan pula dibiar 3 hari?...Tapi dalam pendapat yang lain, setengah ulama` mengatakan bahwa masa yang diambil untuk dipamirnya mayat perompak itu, cukup sekadar untuk menghebahkan hukuman tersebut. Berapa lama?...Ini terpulang kepada suasana. Kalau suasana menunjukkan bahwa satu hari cukup, maka mayat itu akan diturunkan selepas satu hari sahaja.

Mungkin ada diantara kita terlintas di hati kata, "Ish! ngerinya, dahsyatnya!"...Tuan-tuan; ngerinya mayat si perompak itu sebenarnya tidaklah sengeri perbuatannya membunuh pengawal keselamatan dan merompak harta benda awam.

Jadi, cara yang paling baik untuk halang manusia daripada melakukan benda-benda mungkar, hanya Allah swt sahaja yang lebih tahu. Oleh sebab itu, kita hendaklah akur kepada hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah swt sepertimana yang tercatat dalam al-Quran dan as-Sunnah. ]

4) Jika orang yang dituduh itu tidak mengakui tuduhan orang yang menuduhnya, maka hakim hendaklah memanggil orang yang dituduh dan yang menuduh ke mahkamah untuk melakukan li`an.

[ Kalau isteri yang dituduh berzina itu tidak mengakui bahwa dia berzina, maka mahkamah perlu memanggil isteri tersebut untuk melakukan li`an balas kepada suaminya. Yang ni kira jalan penyelesaian yang terakhir dalam kes li`an. Sebab itu, kita kena elak awal-awal lagi daripada perkara-perkara yang boleh membawa kepada kes li`an ini. Tutup buang semua pintu yang disyaki boleh membawa kepada benda-benda yang tak baik terutamanya fitnah. Untuk mengelak berlakunya fitnah dalam rumahtangga, satu benda mesti kena ingat. Perasaan suami, isteri kena jaga. Begitulah juga sebaliknya. Kalau kita sebagai suami tak suka tengok isteri bersembang bergelak ketawa dengan lelaki lain, maka kita sebagai suami pun jangan sekali-kali buat benda yang sama. Bukan apa tuan-tuan; ada suami yang bukan boleh tengok isteri dia sembang dengan lelaki lain, dia cemburu. Tapi kalau dia sendiri nak bergelak ketawa lagumana pun dengan budak perempuan, takpa pulak. Ada suami yang perangai lagu ni....Mana boleh lagu tu cik abang oii!...Tak adil la. Sepatutnya kalau kita tak suka isteri kita buat perangai lagu tu, kita sendiri sebagai suami pun jangan buat jugak. Jangan kita dedahkan diri kita kepada tohmah, sehingga masyarakat boleh kata macam-macam kat kita.

Sebab itu tuan-tuan, kalau kita dah tau sesuatu tempat tu ada benda yang tak elok, lebih baik awai-awai lagi kita jangan pi. Contohnya, katalah si isteri nak balik ke rumah, tiba-tiba kenderaan takdak, lalu dia pun tumpang kereta kawan lelakinya satu pejabat. Naik kereta berdua saja. Kemudian bila sampai kat rumah, tiba-tiba suami pulak pi nampak. Takke cari nahas punya cerita tu?...Begitulah juga sebaliknya. Kalau si isteri tiba-tiba nampak suami dia naik kereta berdua saja dengan perempuan lain, kemudian bergelak ketawa pulak dalam kereta; takke nak jadi perang dunia tu?...Benda-benda lagu nilah yang kita kena elak awai-awai lagi. Bila kita peka dengan keadaan sebegini, InsyaAllah, ia boleh menyelamatkan rumahtangga kita. ]

 

Perkara 54: Kaedah dan peraturan menjalankan kes li`an.

1) Kaedah dan peraturan menjalankan kes li`an ialah mula-mula sekali hakim memerintahkan kepada penuduh menyatakan persaksiannya, iaitu melakukan li`an. Dan penuduh harus menarik balik tuduhannya, dan perkahwinannya tetap - tidak terpirak (terpisah).

[ Dalam mahkamah, suami yang tuduh isterinya berzina, hakim akan beri peluang kepada dia untuk tarik balik. Kalau si suami tu tarik balik tuduhan zina kepada isterinya, maka perkahwinan mereka masih lagi kekal. Tapi kalau dia tak mau tarik balik, maka wajib dia melakukan li`an ke atas si isteri. ]

2) Apabila penuduh tidak mahu (enggan) melakukan li`an, dan penuduh tetap dengan tuduhannya, maka dalam kes ini, hakim boleh bertindak dengan 2 cara:

a) Penuduh hendaklah dihukum dengan hukuman had qazaf, iaitu disebat sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 39 yang berdalilkan firman Allah Ta`ala dalam Surah an-Nur:4.

[ Kalau si suami tak mau meli`an isteri dia setelah dituduhnya si isteri itu melakukan zina tanpa bukti, maka wajib si suami itu dihukum dengan hukuman had qazaf, iaitu disebat 80x rotan. ]

b) Penuduh dipenjarakan sehingga menarik balik tuduhannya, atau ia bersedia melakukan li`an, supaya ada kepastiannya hukum bagi penuduh-penuduh yang enggan melakukan li`an.

[ Nampak tak tuan-tuan; bukannya senang nak tuduh bini kita berzina. Sebab tuduhan zina ni adalah satu tuduhan yang berat. Silap-silap haribulan, si suami tu sendiri disumbat masuk ke penjara akibat pertuduhannya itu. ]

3) Li`an itu hendaklah dilaksanakan dengan mendahulukan pihak suami, iaitu suami mestilah memberikan kesaksiannya lebih dahulu daripada isterinya.

4) Para ahli perundangan Islam mewajibkan pihak suami meli`an isterinya lebih dahulu. Apabila isteri mengucapkan li`an lebih dahulu sebelum suaminya meli`an, maka li`an itu tidak sah.

5) Li`an adalah untuk menolak sabitnya hukuman had zina ke atas isteri yang dituntut oleh suaminya. Jika li`an itu didahului oleh pihak isteri, bermakna isteri itu telah menolak tuduhan suaminya sebelum ia dituduh.

[ Kalau isteri li`an suami dia dulu, maka dia telah mendahului tuduhan si suami. Macam ni tak boleh. Apa pun mesti tunggu tuduhan dan li`an dari si suami tu dulu, kemudian baru si isteri boleh li`an balik. ]

 

Perkara 55: Isteri atau suami yang enggan membalas li`an.

1) Apabila seseorang isteri yang dili`an oleh suaminya enggan membalas li`an suaminya, maka pihak hakim hendaklah menjatuhkan hukuman had zina ke atas isteri itu sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 15 ceraian (2).

[ Kalau si isteri tak mau jawab balik li`an si suami, ini bermakna si isteri itu benar-benar berzina. Takkan dia takut nak li`an suami dia balik sekiranya dia tak berzina?...Kalau dia benar-benar tidak berzina, pasti dia berani meminta laknat daripada Allah Ta`ala kalau dia bohong. Tetapi kalau dia seorang penzina, pasti dia takut untuk meli`an balik suami dia yang bercakap benar tu. Jadi bila dia enggan li`an suami dia balik, maka wajib dijatuhkan hukuman had zina ke atas si isteri tersebut. ]

2) Seseorang suami yang menuduh isterinya melakukan zina, dan suami itu enggan meli`an isterinya, maka suami tadi hendaklah dikenakan hukuman had qazaf sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 39.

[ Hukuman yang dikenakan kepada suami yang macam ni ialah disebat dengan 80x rotan. ]

 

Perkara 56: Menuduh isteri berzina tanpa saksi.

1) Seseorang suami yang menuduh isterinyanya berzina tanpa mengemukakan 4 orang saksi untuk menyokong tuduhannya, tuduhan suami itu adalah disifatkan sebagai tuduhan seorang lelaki lain menuduh ke atas perempuan yang lain melakukan zina - bukan tuduhan sebagai suami ke atas isterinya.

[ Makna ayat ini, si suami tersebut akan dihukum dengan hukuman had qazaf. ]

2) Tuduhan suami ke atas isterinya sebagaimana yang disebutkan dalam perkara 56(1) boleh didakwa di bawah kes qazaf, dan suami itu menghadapi 2 tindakan, iaitu mengemukakan bukti untuk mensabitkan tuduhannya, atau dijatuhkan ke atasnya hukuman had qazaf.

3) Tindakan ke atas suami sebagaimana yang disebutkan dalam perkara 56(2) adalah merujuk hadith Nabi saw yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas bersabit kes Hilal bin Umaiyah yang menuduh isterinya di hadapan Rasulullah saw berzina dengan Syarik bin Sahma`, lalu Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Hendaklah memberikan bukti atau hukuman had di punggung (belakang) engkau. Maka Hilal berkata: Wahai Rasulullah! Apabila salah seorang di antara kami melihat lelaki naik ke atas perut isterinya memerlukan bukti juga?..Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah memberikan bukti, dan jika tidak ada bukti akan dihukum had dibelakang engkau" .

[ Hadith di atas inilah yang merupakan dalil kepada apa yang kita dok bincang kali ni. Dalil ini diambil daripada satu kisah di zaman Nabi saw. Dimana seorang yang bernama Hilal bin Umaiyah menuduh isteri dia berzina dengan seorang lelaki yang bernama Syarik bin Sahma`. Tuduhan ini Hilal buat depan-depan Nabi. Lalu Nabi saw kata, "Kamu wajib bagi beban pembuktian ataupun kamu wajib dikenakan hukuman hudud."...Nampak tak tuan-tuan macamana Islam ajar kepada kita?...Sesiapa yang main tuduh isteri dia sembrono saja tanpa ada bukti dan tanpa ada saksi, maka suami itu wajib diajar untuk tutup mulut dia. Bukan pasai apa tuan-tuan; menurut ust Jailani, sekarang ni ada taktik terbaru yang digunakan oleh pihak suami macamana nak cari helah supaya pihak isteri minta cerai. Kalau si suami cerai isteri dia begitu saja, takut sat lagi orang kata dia jahat. Jadi dia pun guna taktik yang terbaru iaitu bila dia balik saja ke rumah, dia sengaja tuduh isteri dia berzina. Mulalah dia cerita, ramai kawan-kawan dia nampak bini dia buat lagu tu lagu ni. Padahal si isteri tak buat pun. Jadi, bila berlaku perbalahan, akhirnya si isteri terluka perasaan dan ini menyebabkan isteri minta cerai daripada si suami. Nampak tak tuan-tuan macamana kesannya hasil daripada taktik yang digunakan.

Taktik licik sebegini hanya boleh dipatahkan sekiranya hukum Islam tertegak. Awat taknye?...Sebab Islam kata bahwa suami yang tuduh sembarangan tanpa bukti macam ni, wajib dikenakan hudud. Inilah sebabnya ramai orang takut nak laksanakan hudud. Sebab kaki-kaki pembohong dah tak boleh nak bohong. Nampak tak tuan-tuan macamana Islam menjaga martabat kaum wanita. Jadi tarak pasai wanita nak takut bila T`ganu nak buat hudud?...

Tapi inilah realiti yang kita pejuang Islam hadapi hari ini; iaitu bukan setakat orang bukan Islam saja yang menentang perlaksanaan hukum hudud, malah orang Islam yang saja buat-buat tak faham juga akan menentang kita. Depa memang mengaku sebagai orang Islam, bukan tak mengaku, tapi kalau depa dengaq kita nak menegakkan sebuah daulah Islamiyah dengan berlandaskan hukum hakam al-Quran dan as-Sunnah, maka terbeliaklah bijik mata masing-masing. Sebab kalau tertegaknya hudud, orang yang pasti akan kena ialah seperti mereka-mereka yang mata terbeliak tadi. Sebab merekalah kaki zina, kaki arak, kaki judi dan sebagainya.

Cuba tuan-tuan cari majalah Times keluaran bulan April dan tengok muka orang yang dipaparkan di cover page. Muka orang tu, sebijik macam muka tuan-tuan yang dok hambat majlis ilmu masjid ke masjid ni. Dengan kupiah putihnya, dengan janggut dia, serupa macam tuan-tuan. Tapi inilah identiti yang perkenalkan sebagai "Ketua Pengganas" dalam majalah Times. Nama gelaran dia ialah Hambali. Dan nama sebenar dia ialah Ridwan Hishamudin daripada Indonesia. Dia bersama dengan kawannya yang bernama Abu Bakar Bashir ditangkap oleh kerajaan Indonesia kerana mereka dianggap sebagai pelopor untuk menegakkan sebuah Daulah Islamiyah raya, yang menyatukan M`sia, Indonesia, Selatan Filipina, Singapura, Selatan Thai, Brunei dan jugak Kemboja. Usaha mereka ini adalah sabit daripada hadith Nabi saw yang mafhumnya, "Kalau ada dua khalifah, maka bunuhlah khalifah yang kedua."...

Ini bermakna kita umat Islam diharamkan berpecah-belah. Ini arahan daripada Nabi saw. Maksudnya kerajaan Islam mesti ada satu saja. Bukannya seperti sekarang ni yang mana kerajaan Islam menjadi banyak setelah dipecah-pecahkan oleh pihak kuffar apabila jatuhnya kerajaan Islam Uthmaniyah. Kalau kita tengok dalam negara kita sendiri pun, yang pada asalnya majoriti adalah orang Islam, tetapi hari ini hanya separuh saja yang tinggai. Pasai apa jadi lagu tu?...Pasai inilah taktik kuffar. Mereka berhasil dengan hanya melemahkan kuasa politik orang-orang Islam. Tu je. Kita nak buat hudud, bukan setakat bermasalah dengan bukan Islam, tapi kita juga mendapat halangan daripada orang Islam yang tak faham apa itu hudud.

Okay berbalik kita kepada cerita Daulah Islamiyah raya tadi. Sebenarnya idea ini dicetuskan pada tahun 1949 oleh seorang yang bernama Sikarmaji Marijan Karto Suwiryo. Sekarang kita tengok kenapa idea ini sangat-sangat ditakuti oleh musuh-musuh Islam sehinggakan gerakan mewujudkan daulah Islamiyah raya ini cuba dihalang dan dihancurkan oleh beberapa kuasa besar?...Sekarang ni pun kita boleh lihat sendiri bagaimana aktifnya tentera-tentera Amerika di Selat Melaka, Singapura dan Selatan Filipina. Awat tak takutnye tuan-tuan; sekiranya idea ini berjaya direalisasikan, maka ia akan melahirkan sebuah daulah yang mempunyai populasi 200,068 juta orang. GDP sebanyak 1.1 Trillion USD. Bukan million, bukan billion, tapi trillion tuan-tuan. Manakala ekspot pula melebihi 300,030 billion USD. Inilah kekuatan umat Islam sekiranya mereka bersatu di Asia Tenggara. Bayangkan kalau satu dunia umat Islam bersatu?...Sebab itu, Amerika dan Britain tahu bahwa kalau orang Islam berjaya mewujudkan daulah Islamiyah raya, maka mereka akan menghadapi kesusahan. Jadi, cara yang paling baik ialah mereka lakukan "divide n rule" iaitu pecahkan negara-negara Islam menjadi negara-negara kecik dan pastikan negara-negara kecik Islam ini ditadbir oleh orang Islam yang derhaka kepada Allah swt. Sebab itu sehingga ke hari ini, Qanun Jinayah Syar`iyah yang kita belajar ni hanya tinggal setakat ilmu sahaja. Ia tidak dilaksanakan.

Baru-baru ni bila T`ganu baru menyatakan hasratnya untuk melaksanakan hukum hudud, terus mendapat bantahan. Kalau yang membantah tu orang bukan Islam, takpa la jugak. Pasai depa tak faham. Tapi bila orang Islam sendiri yang membantah, maka kita dapat merasai bagaimana tidak sukanya orang Islam kepada undang-undang Islam kerana kejahilan mereka sendiri.

Masyarakat kita jadi macam ni adalah kerana takdak sebab lain melainkan kerana terlalu lama mengamalkan corak hidup sekular. Sampai perkataan Islam pun seolah-olah dah jadi satu macam punya fobia. Tapi kalau nak buat konsert Scorpions atau Deep Purple dan sebagainya, yang jelas boleh merosakkan akhlak anak-anak muda, dibiarkan pulak. Mana pi suara ulama`-ulama` umno dalam soal ini?...Inilah yang Nabi saw sebut dalam hadithnya, yang bermaksud, "Rosak rakyat sebab 2 institusi ni dah rosak. Itulah dia ulama` dan umara`."...Benda mungkar jadi berleluasa. Tapi kalau nampak geng masjid yang pakai kopiah serban, terus dicekup dan disumbat masuk dalam ISA.

Menurut ust Jailani, beliau mendapat maklumat yang amat menyedihkan berkenaan dengan tahanan ISA bulan lalu. Dimana tahanan ISA yang bernama ust Tajudin dan saudara Nik Adli telah dipaksa mengaku terlibat dengan KMM. Mereka juga turut dipaksa mengaku terlibat dalam pembunuhan seorang ahli politik yang tertentu dalam negara kita. Ini yang menyedihkan kita. Okay kalau benar pengakuan ini diberikan, kenapa mereka tidak dibicarakan dalam mahkamah?...Rakyat pun nak tahu juga bukti apa yang kerajaan ada. Jangan kita biarkan ayahanda kepada Nik Adli iaitu TG MB K`tan dalam keadaan sedih bila mendengar berita pengakuan si anak.

Tuan-tuan sekelian, kezoliman macam ni kalau pun tak dibalasNya atas dunia; InsyaAllah, hari akhirat akan menjadi perhitungan. Kita kan dah belajar hari tu tentang ayat Quran yang menyebutkan tentang pergiliran manusia. Kalau hari ini kamu buat jahat kat anak orang, tunggu suatu hari nanti, ada orang yang akan buat jahat kat anak kamu pulak. Kalau hari ni kamu buat jahat kat bini orang, tunggu suatu masa nanti, orang akan buat jahat kat bini kamu pulak. Kalau hari ini kamu buat jahat kat laki orang, esok orang buat jahat kat laki kamu pulak. Ini semua adalah suatu pergiliran yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Ingat tak tuan-tuan dengan bekas timbalan PM yang bertanggungjawab dalam kes Memali?...Dan ingat tak tuan-tuan dengan peristiwa ngeri Highland Towers?...Atas arahan dia, dalam beberapa second saja, ada ibubapa yang meratapi kematian anak-anak mereka. Kemudian selang lebih kurang 10 tahun selepas Allah swt ALLAH SWT dalam satu tragedi yang cukup tragis. Nampak tak tuan-tuan; dia juga telah merasai macamana rasanya kehilangan anak. Macamana ibubapa di Memali merasai kehilangan anak, begitulah juga dia merasainya. Inilah dia sunatullah, yakni ketetapan yang dibuat oleh Allah swt.

Sebab itu tuan-tuan, berita pengakuan ust Tajudin dan Nik Adli ini hendaklah ditimbangkan dengan iman dan akal fikiran yang Allah beri pada kita. Kita mau kalau betoi depa buat pengakuan, tolong bawa depa ke mahkamah jenayah untuk dibicarakan di bawah penal code kanun keseksaan dan sebagainya. Beri kepada mereka peguambela untuk masing-masing membela diri. Kita nak tengok sejauh mana bukti yang kerajaan ada. Jangan setakat paksa orang, dera orang, biarkan orang yang ditahan itu duduk dalam keadaan yang tidak selesa, sehingga menyebabkan tahanan-tahanan itu terpaksa buat pengakuan. Bayangkan tuan-tuan macamana gelisahnya keluarga tahanan-tahanan tu bila dengar berita macam ni?...Dan juga cuba tuan-tuan bayangkan kalau seorang hamba Allah yang bertaqwa terguris perasaannya kerana dia dizolimi, kemudian dia pula berdoa kepada Allah swt, maka ketika itu antara dia dengan Allah Ta`ala sudah tidak ada lagi hijab. Sebab itu, kita kena ada takut kepada doa orang yang dizolimi, terutama orang-orang yang baik dan orang-orang yang bertaqwa kepada Allah swt.

Jadi akhir kalamnya, kita berharap apa yang kita belajar kali ini, akan memberikan taufik dan hidayah kepada kita semua. Sebab yang memberi taufik dan hidayah itu bukannya saya, bukannya ust, bukannya TG; tetapi Allah swt lah yang memberinya. Bila Nabi saw menangis ketika bapa saudaranya Abu Talib mati dalam keadaan kuffur kepada Allah, maka Allah turunkan ayat yang bermaksud, "Kamu tak boleh beri hidayah kepada orang yang kamu suka. Tapi Allah Ta`ala lah yang beri hidayah kepada siapa yang Dia suka."...Nabi menangis sebab Abu Talib banyak tolong baginda. Cuma silapnya Abu Talib ialah dia tolong Nabi bukannya kerana Islam, tapi dia tolong Nabi kerana asobiyah (kerana anak penakan dia).

Sebab itu tuan-tuan, kadang-kadang kita dah pujuk masyarakat supaya nak kepada Islam, tapi depa tak nak jugak. Habih ayat dah kita dok bagitau Islam tu begini-begini, tak beralih jugak. Pasai apa tuan-tuan?...Pasai bukan kita yang bagi hidayah, tapi Allah lah yang bagi hidayah. Apa pun kita berharaplah sangat, semoga masyarakat suatu hari nanti, semuanya akan kembali kepada petunjuk dan taufik daripada Allah Ta`ala. ]

 

 

Bah 1 - Bab 2 - Fasal 2 - Per 57

 

Wahai Tuhanku, lapangkan lah dada ku ini, dan permudahkanlah urusan ku, dan huraikanlah kekeluan lidahku supaya mereka memahami kata-kata ku ini.

Sambungan pengajian kitab Qanun Jinayah Syar`iyah perkara 57.

 

Perkara 57: Perkara-perkara yang timbul disebabkan li`an.

Dalam perundangan Islam, seseorang suami yang meli`an isterinya akan timbul beberapa perkara ke atas isteri yang dili`an.

a) Had qazaf akan dijatuhkan kepada isteri yang dili`an, dan gugur had qazaf itu daripada suami yang meli`an.

[ Apabila seorang suami menuduh isterinya berzina, sedangkan dia tidak ada bukti, maka dalam hukum syara` pengarang kitab ini Hj Said Hj Ibrahim mengatakan bahwa wajib dikenakan qazaf ke atas si suami. Jadi untuk mengelakkan si suami dikenakan had qazaf 80x rotan, setelah dia yakin bahwa isterinya betul-betul berzina, maka dia kenalah meli`an isterinya. Iaitu dengan 4x menyatakan tuduhan dan kali ke5 hendaklah meminta laknat daripada Allah swt sekiranya dia berbohong. Inilah yang dimaksudkan dalam ayat di atas. ]

b) Wajib had zina ke atas isteri yang tidak meli`an suaminya. Jika isteri itu meli`an suaminya, gugurlah had zina itu daripada isteri tadi.

[Bila suami meli`an isterinya, maka wajib dikenakan had zina ke atas isteri. Maknanya dirotan 100x, lepas tu direjam dengan batu sampai mati. Jadi untuk mengelakkan si isteri daripada dikenakan had zina ini, maka dia hendaklah meli`an balik suaminya. Bila dia li`an balik suaminya, maka barulah dia terlepas daripada hukuman had zina.

Jadi apa yang kita lihat dalam kes li`an meli`an ini, ianya berlaku disebabkan si isteri curang kepada suami dia. Apabila si suami melihat sendiri isterinya berzina, padahal dia tidak ada bukti, sedangkan dia telah menghebahkan berita tentang perlakuan zina isterinya tadi, maka dia tidak ada pilihan lain melainkan dia kena meli`an isterinya.

Sebab itu, kita sentiasa menyatakan bahwa, bagi mana-mana suami ataupun isteri yang ada masalah seperti ini, iaitu suami mendapati isterinya berzina ataupun isteri mendapati suaminya berzina; maka kalau boleh hendaklah diselesaikan di luar mahkamah. Bincang elok-elok dulu. Lepas tu kalau tak boleh selesai jugak, biarlah bercerai dengan cara yang baik. Jangan dihebahkan benda lagu ni kepada orang ramai sebab ini adalah perkara yang mengaibkan.

Semua orang boleh melakukan kesilapan masing-masing. Saya boleh melakukan kesilapan. Begitu juga tuan-tuan. Maka bila kita sendiri menghadapi dengan masalah dimana pasangan kita telah melakukan satu kesilapan yang sukar untuk dimaafkan, maka hendaklah diselesaikan (kalau boleh) tanpa dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sebab kalau dilaporkan, maka kisah ini akan dihebahkan. Lebih baik perkara ini diselesaikan hanya antara 2-3 orang sahaja yang tahu. Diselesaikan dengan cara yang baik. Aib kita akan ditutup. Begitu juga aib pasangan kita ditutup. Ini adalah lebih diutamakan dalam ajaran agama kita.

Punca berlakunya keretakan rumahtangga hari ini adalah kebanyakannya kerana sebahagian daripada pasangan itu mengabaikan apa yang pernah diperintahkan oleh Allah swt dalam al-Quran Surah an-Nur:3 yang bermaksud, "Satu orang lelaki perzina tidak akan berkahwin melainkan dengan penzina perempuan ataupun dengan perempuan musyrik. Satu orang penzina perempuan tidak akan mengahwininya melainkan dengan penzina lelaki ataupun musyrik lelaki. Yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman." ...Satu pendapat dikalangan ulama` mengatakan bahwa ayat ini menjadi dalil haramnya seorang lelaki yang suci berkahwin dengan perempuan yang pernah berzina. Ataupun haramnya seorang perempuan yang suci berkahwin dengan lelaki yang pernah berzina. Manakala pendapat yang kedua yang termasuk juga pendapat al-Imamul as-Syafie rahimmahullahu ta`ala, mengatakan bahwa ayat ini bukan dalil kepada haramnya berkahwin dengan orang yang pernah berzina, tetapi ayat ini menjadi dalil bahwa tidak digalakkan berkahwin dengan orang yang pernah berzina. Maknanya, mazhab Syafie mengatakan bahwa harus berkahwin dengan orang yang pernah berzina, tetapi tidak digalakkan.

Jadi, bila kebanyakan pasangan melanggar perintah Allah ini, maka itulah yang kita tengok berlaku hari ini. Sering kita tengok pasangan-pasangan hari ini menghadapi keadaan yang kucar kacir dalam rumahtangga mereka. Awat tidaknye?...Sebelum berkahwin, mereka tidak peduli langsung dengan track record bakal orang yang akan mereka kahwini. Yang mak mentua, pak mentua pulak; asal anak depa boleh kahwin, kira ok je tanpa soal selidik siapa bakal menantu tu. Mereka tak sedar bahwa orang yang ada track record yang tidak baik, pada lazimnya dia akan mengulangi record buruknya itu. Ada bukan takdak orang yang track record dulunya tidak baik, tapi sekarang dah bertaubat. Ada, tapi tak ramai. Katalah dalam 10 orang, mungkin hanya 3 orang sahaja yang boleh mantain taubat depa tu. Tapi yang 7 orang lagi tu akan kembali kepada track record buruk mereka dulu. Sebab itu dalam Islam, cara paling selamat ialah kita cari orang yang recordnya baik. Itu pun kadang-kadang walaupun kita dah usaha cari pasangan yang memang recordnya baik, tapi setelah berkahwin, pasangan kita tu pula mula melakukan perkara-perkara yang tidak diduga. Ada, tak dinafikan memang keadaan macam ni pernah berlaku. Kalau macam ni, tuan-tuan; ia adalah satu ujian Allah kepada kita. Maka dalam hal macam ni, kita serahkanlah sahaja kepada Allah swt, sebab Allah swt boleh buat apa sahaja untuk menguji kita. Yang penting kita ada usaha. Tu je.

Alah macam fifaworldcup.com jugak la tuan-tuan. Pada kebiasaannya, kalau team tu ada record yang baik, dia menanglah. Tapi dalam temasya Korea-Japan 2002 kali ni, banyak pasukan favourite tersungkoq awai-awai. Banyak kaki bola pun terkejut tuan-tuan bila defending champion, France, bungkuih awai tanpa score satu gol pun. Begitu jugaklah dengan Argentina, Portugal dan sebagainya. Tapi nak habaqnya, kalau track record team tersebut dirankkan sebagai satu pasukan yang kuat sebelum ini, kebiasaannya team tu memang kuat betoi.

Jadi, begitulah jugak dengan perkahwinan. Islam mengajar kita kalau nak kahwin, carilah pasangan yang record dia bagus. Jangan cari orang yang pernah berzina sebab kalau kita lihat pendapat yang pertama tadi, ulama` mengatakan bahwa haram satu orang yang suci berkahwin dengan orang yang pernah berzina. ]

c) Bercerai di antara suami isteri itu selama-lamanya sebagai talak bain.

[ Dalam kes li`an, bukan setakat suami isteri tu tak boleh rujuk, malah depa tak boleh kahwin buat selama-lamanya. Kalau kita tengok masalah bain, dia ada 2. Iaitu bain sugra dan bain kubra. Bain sugro maknanya tak boleh rujuk, tapi boleh kawin semula. Manakala bain kubra ialah seperti yang dok bincang ni. Dia rujuk pun tak boleh. Kawin lagi sekali pun tak boleh. ]

d) Tidak boleh dinasabkan anak yang tidak diakui oleh suami yang meli`an isterinya kepada suami itu, jika suami tadi menolak anak itu pada li`annya. Dan anak itu tetap menjadi nasab kepada isteri yang dili`an itu.

[ Maksud ayat ini ialah si suami tak mengaku bahwa anak yang dilahirkan oleh isterinya itu adalah anak hasil percampuran dia dengan isteri dia. Setengah ulama` berpendapat bahwa kalau suami itu menafikan anaknya itu setelah menerima tahniah daripada kaum kerabat, maka penafiannya itu tidak sah mengikut hukum syara`. Contohnya macam ni. Katalah si isteri selamat bersalin dalam bilik bersalin, lalu ketika itu, si suami tu pun seronok terima berita kelahiran anaknya. Maka pakat ramailah yang salam bagi tahniah. Tapi tiba-tiba tak semena-mena, lepas tu baru dia kata bahwa si anak itu bukan anak dia. Ini yang dikatakan pengakuan yang tidak sah, sebab dia umpama buruk siku.

Kalau dia betoi tak mengaku bahwa anak itu anak dia, maka dia hendaklah tidak mengakui di peringkat awal. Contohnya, ketika isteri itu masih mengandung lagi, dia dah mengaku bahwa anak itu bukan anak dia. Misalnya check-check, isteri didapati mengandung 3 bulan. Padahal dalam jangkamasa tersebut, sekali pun suami isteri itu tak pernah bersama. Dalam keadaan begini, barulah sah dakwaan si suami tersebut.

Tetapi kalau selepas buat kenduri kendara, cukur kepala anak, terima hadiah dah apa semua; tiba-tiba baru dia kata bahwa anak itu bukan anak dia, maka pengakuan itu tidak sah. Misalnya, tengah time ramai-ramai dok bagi tahniah, tiba-tiba mai sorang dua yang gatai mulut pi kata, "Aiseyman! Pasai apa aku nampak anak hang color gelap sket ni?..Padahal hang cerah. Isteri hang pun cerah jugak. Ni mai kot mana ni?..Mamak kedai sebelah rumah hang apa punya kerja!..."...Mulut jenih nilah yang orang kata, "Limau purut 3 serangkai. Buta perut, tarak akai!"...Jenih ni mau harya ngan penyapu buruk je. Benda lagu ni bukan saja-saja nak reka, tuan-tuan. Tapi pernah jadi. Hat jenih gatai mulut ni pun sebenarnya dia nak melawak aja, tapi tak reti. Sampai akhirnya tersinggung perasaan si suami tu. Bila berlaku keadaan lagu tu, lalu terus si suami tidak mengaku bahwa anak tu anak dia. Lagu ni tak sah, tuan-tuan.

Okay kalau dakwaan si suami itu dikira sah mengikut syara`, apabila dia mengaku anak itu bukan anak dia dari peringkat awal lagi, maka nasab (bin/binti) anak itu hendaklah diberikan pada si ibu. Tapi dalam amalan jabatan pendaftaran dalam negara kita hari ini, nama si anak sudah tidak di bin atau di binti kan lagi dalam surat beranak. Yang ada ialah nama anak dalam satu kolum, nama bapa dikolum yang lain dan nama ibu pun dalam kolum berasingan. Maknanya kalau si bapa itu tidak diketahui, depa akan tulis dalam kolum untuk bapa tu "Tidak berkenaan". Tapi kalau ikut Islam bila si suami meli`an si isteri, maka anak itu hendaklah di bin kan atau di binti kan kepada si isteri yang dili`an itu. Ini amalan cara Islam. Contohnya kalau nama anak itu Ahmad dan nama ibunya Fatimah. Maka ia ditulis sebagai Ahmad bin Fatimah. Tapi adat di M`sia hari ini, ia tidak diamalkan sedemikian. ]

e) Haram selama-lamanya bagi suami yang meli`an isterinya berkahwin kembali dengan isteri yang dili`annya, sekalipun isteri itu telah berkahwin dengan beberapa orang suami yang lain.

[ Ini bermakna kes li`an adalah lebih berat daripada kes cerai talak 3. Kalau cerai talak 3, si isteri itu boleh kembali kepada suami yang asal sekiranya dia kawin lain dan tidur bersama suami itu, kemudian dia diceraikan. Tetapi kalau li`an, pasangan terbabit bukan setakat dibubarkan pernikahan mereka, bukan setakat tak boleh kawin semula, malah mereka sekali-kali tidak boleh kawin buat selama-lamanya, walaupun isteri itu sudah pun berkahwin dengan beberapa cina buta mahupun melayu buta sekali pun. Biar pun si isteri tu dah beranak pinak dengan suami-suaminya yang lain, tapi Islam kata "Tetap diharamkan kepada suami untuk kembali berkahwin dengan isteri yang dili`annya itu.".

Sebab itu, kalau suami syak isteri dia berzina, dia kena berhati-hati. Sebelum dia buat dakwaan, dia kena cari bukti dulu. Mana-mana undang-undang sekali pun, samada undang-undang Islam ataupun undang-undang sekular; kalau nak tuduh orang lain melakukan sesuatu kesalahan, beban pembuktian hendaklah dicari dulu. Kalau kita gagal bagi bukti setelah kita buat dakwaan, maka kita yang akan tanggung akibat. Dalam kes li`an ini, kalau suami tuduh si isteri berzina atas syak wasangka sahaja tanpa bukti; kemudian bila dia li`an isteri dia, maka terbubarlah perkahwinan mereka dan haram bagi mereka kembali sebagai suami isteri selama-lamanya. Sebab itu, dalam apa-apa tindakan kita sekali pun, bukti mesti mau ada.

Bila sebut tentang masalah tanggungjawab bagi bukti, ust Jailani pun mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan tentang masalah beban pembuktian dalam undang-undang hudud dan qisas, yang sekarang ni tengah hangat diperbincangkan. Okay bila kita tuduh seseorang buat sesuatu kesalahan, dalam mana-mana undang-undang sekali pun, orang yang buat dakwaan itu dia mesti bagi bukti. Contohnya katalah ada seorang wanita buat press conference bagitau kat reporter bahwa ada seorang lelaki sipolan bin sipolan pernah rogol dia. Padahal langsung tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa wanita itu pernah dirogol. Bila berlaku macam tu, maka lelaki yang dituduh itu berhak untuk memulakan satu saman fitnah ke atas wanita tersebut. Jadi, wanita itu bukan setakat akan menghadapi tindakan undang-undang sivil, malah pihak kerajaan jugak boleh mengenakan tindakan undang-undang jenayah ke atas wanita itu kerana dia telah membuat tuduhan fitnah jenayah ke atas seorang awam. Nampak tak tuan-tuan; dalam undang-undang sekular sekali pun, kalau kita buat dakwaan kosong semata-mata tanpa sebarang asas kepada dakwaan kita itu, maka kita bukan setakat menghadapi kemungkinan disaman oleh orang yang kita buat fitnah tadi, malah lebih daripada itu kita akan kena, iaitu pihak polis pun boleh mendakwa kita di bawah undang-undang jenayah.

Sebab itu, kalau kita nak buat tuduhan kepada seseorang, sekurang-kurangnya kita kena ada concrete avidence. Misalnya, katalah ada seorang wanita mendakwa bahwa dia dirogol. Untuk membuktikan bahwa dia benar-benar dirogol, kalau dia anak dara sebelum ni, sekurang-kurangnya dia mesti ada bukti bahwa hymennya sudah pun koyak. Kalau dia ada bukti tersebut, barulah dakwaannya itu berasas. Tetapi jikalau doktor yang buat pemeriksaan kepada vagina wanita itu mendapati bahwa dara wanita itu masih ada atau hymennya tidak koyak, maka itu menunjukkan bahwa dakwaan wanita itu adalah dakwaan kosong tanpa ada sebarang asas. Dalam undang-undang sekular sekali pun, dia takkan benarkan dakwaan macam ni.

Okay, sekarang yang jadi isunya ialah undang-undang yang cuba dikemukakan oleh k`jaan negeri T`ganu. Ia menjadi hangat sebab ada beberapa pihak-pihak dan ngo-ngo tertentu, yang mengatakan bahwa undang-undang ini adalah satu lesen besar kepada para perogol untuk bermaharajalela di negeri T`ganu. Okay bagi pihak-pihak yang tak puashati sangat dengan k`jaan T`ganu, tolong buka enakmen kesalahan jinayah syariah negeri P.Pinang seksyen 23(2) dan (3). Enakmen itu menyebut bahwa kalau seorang perempuan itu mengandung di luar nikah (tidak ada suami), maka itu adalah bukti yang nyata (primafacie kes) bahwa dia telah melakukan kesalahan zina. Menurut ust Jailani yang juga seorang peguam, enakmen ini juga digunakan di Kedah. Dalam enakmen itu juga menyatakan bahwa sekiranya seorang perempuan itu mengandung tanpa suami mendakwa bahwa dia dirogol, maka dia hendaklah membuktikan bahwa dia benar-benar dirogol.

Nampak tak tuan-tuan; serupa saja. P.Pinang kata lagu tu, Kedah kata lagu tu dan hat T`ganu nak buat pun kata lagu tu jugak. Tapi pasai apa bila T`ganu nak buat, dan-dan keluar suara sumbang kata bahwa itu adalah lesen besar kepada perogol?...Padahal P.Pinang dan juga Kedah dah lama dah mengamal undang-undang macam ni. Tapi pasai apa sapa pun tak kata apa pun kat P.Pinang/Kedah?...Tuan-tuan nak tau pasai apa?...Pasai apa lagi kalau bukan pasai P.Pinang/Kedah tu geng belah bn karat. Tu je jawapannya. Oleh sebab T`ganu bukan dikalangan geng karat, maka ditibainya T`ganu cukup-cukup. Cakap terus terang je senang. Takpayah la dok pi cari para intelek, kemudian suruh depa masuk tv tiap-tiap pagi untuk cuba memesongkan pemikiran masyarakat hari ini.

Serupalah juga dengan lebel "tadayyun mankus". Tuan-tuan besa dengaq perkataan "tadayyun mankus" ?...Puncanya, mungkin dah lama tak buat isu kot, tiba-tiba lagumana tak tau satu hari tu tak pasai-pasai mungkin gatai pungkok la kot, dia pi kata bahwa, "Sebahagian daripada ibubapa hari ini mengalami satu fenomena yang dipanggil sebagai tadayyun mankus." ...Yang kata ni sapa lagi kalau bukan pak penakan hangpa, si mid man. "Tadayyun" bermaksud orang yang beragama. Manakala "mankus" pula bermaksud menyeleweng. Jadi tadayyun mankus bermakna orang yang committed dengan agama tetapi menyimpang daripada ajaran agama. Yang kita tak puashati tu sebab ada ka ditujunya perkataan tadayyun mankus ini kepada ibubapa hari ini yang cenderung hantar anak-anak pi hafal Quran?...Punyala loklak betoi orang tua ni. Kemudian dia terang pula pasai apa dia kata lagu tu. Dia kata bahwa hari ini ibubapa dok sibuk hantar anak pi hafal Quran dengan satu kepercayaan bahwa anak-anak itu nanti boleh memberi syafaat kepada ibubapa di negeri akhirat kelak. Lalu dia kata bahwa kepercayaan seperti ini adalah tidak betul, sebab dia kata bahwa hanya Nabi saw sorang saja yang boleh bagi syafaat. Bukannya anak-anak yang hafal Quran tu, kata mid man. Jadi mengikut dakwaan dia, hanya Nabi saw seorang sahaja yang boleh bagi syafaat. Oleh sebab itu, siapa yang hantar anak pi hafal Quran atas niat bahwa anak itu boleh beri syafaat kepada dia di negeri akhirat, maka kata mid man bahwa golongan ini adalah "tadayyun mankus", yang bermakna orang beragama tetapi sesat.

Nampak tak tuan-tuan; siapa yang cakap lagu ni. Orang yang ada PhD dalam bab agama, tuan-tuan. Tak pernah ka dia baca hadith Nabi saw riwayat Imam Abu Dawud dan Ibn Majah, yang mana Nabi saw bersabda mafhumnya, "Orang yang mati syahid, di hari akhirat kelak dengan izin Allah, dia boleh memberi syafaat kepada 70 orang daripada ahli keluarga dia."...Jadi, hujjah dia yang mengatakan bahwa hanya Nabi seorang sahaja yang yang diizinkan Allah bagi syafaat adalah tidak betul. Kemudian selepas seminggu Mid man bawa keluar isu ni, saya dengaq dalam radio M`sia P.Pinang, ada seorang ust dari Jabatan Mufti negeri P.Pinang telah membaca satu hadith yang membawa maksud bahwa orang yang hafal Quran juga boleh memberi syafaat kepada kaum keluarga dia. Nampak tak tuan-tuan, macamana kerja seorang ulama` us-suk. Dia sanggup membohongi masyarakat semata-mata kerana nak bodek tuan dia.

Sepatutnya dia sebagai ulama`, dia hendaklah menceritakan kepada masyarakat betapa hebatnya syafaat tu. Misalnya dengan syafaat daripada rahmat Allah itu, seseorang yang sepatutnya masuk neraka boleh ditukar masuk ke syurga. Tak hebat lagi ke lagu tu, tuan-tuan?...Jadi, takdak pasai untuk kita tak suka apabila ada diantara ibubapa hari ini berlumba-lumba hantar anak depa pi hafal Quran. Tak gitu tuan-tuan?...

Okay kalau hang nak tunjuk sangat kata hang terer dalam bahasa Arab; awat tak kata kat artis-artis yang mengaku beragama Islam tetapi menyanyi melalak atas pentas tu sebagai tadayyun mankus?...Awat hang tak berani sebut?...Sedangkan golongan artis inilah yang terang-terang buat dosa kepada Allah Ta`ala. Contohnya, bila reporter tanya Siti, "Macamana dengan album Siti yang terbaru sekarang ni?"...Siti pun jawab, "Alhamdulillah! Mendapat sambutan yang memberansangkan."...Ini baru betoi tadayyun mankus, tuan-tuan. Alhamdulillah apa kalau hang menyanyi untuk menarik perhatian lelaki, lepas tu buka aurat pulak, maka itu jelas bahwa dia mendapat rezeki dari sumber yang haram. Walaupun ramai yang beli album dia, tetapi rezeki dari sumber macam tu adalah rezeki yang HARAM!...Alhamdulillah apa kalau lagu tu, tuan-tuan. Alhamdulillah itu adalah segala puji-pujian bagi Allah. Takkan hang buat maksiat pun nak puji Allah kot?...Pi berzina dengan pelacur Siam, kita kata, "Puhhh! Alhamdulillah, kenyang sungguh dapat makan hat siam punya semalam."...Boleh ka kata lagu tuan-tuan?...Ini satu penghinaan kepada agama. Orang yang mengaji tak pernah buat kerja lagu ni. Kecualilah dia jahil. Ini ada kemungkinannya. Bila berzikir kepada Allah atas perkara-perkara maksiat, maka ini baru kita kata tadayyun mankus sebab bermain-main zikir kepada Allah.

Jadi muslimin muslimat sekelian, bila ibubapa yang hantar anak hafal Quran dikatakan sebagai tadayyun mankus, manakala para artis yang berzikir dalam keadaan membuat maksiat itu pula tidak menerima sebarang teguran, maka inilah yang kita lihat adanya sikap double standard dari golongan ulama` dalam negara kita. Tak la semua, tetapi sebahagian daripada mereka bersikap begitu. Disebabkan ulama` yang bersikap beginilah, maka hari ini kita tengok masyarakat menjadi semakin bercelaru. Mereka tak boleh dah nak beza diantara orang yang betoi-betoi soleh dengan orang yang fasik. Ini semua adalah angkara orang yang diamanahkan bercakap hal agama dalam tv kerana dianggap berilmu, tetapi bila dia buka saja mulut, kita kerap dengar kenyataan-kenyataannya sering menyimpang daripada ajaran agama.

Tuan-tuan, kalau kita kaji sejarah tokoh-tokoh ulama` besar Islam, kita akan dapati sebenarnya tindakan ibubapa yang hantar anak mereka umur 5-6 tahun pi hafal al-Quran adalah bertepatan dengan amalan tokoh-tokoh ulung Islam zaman yang terdahulu. Berikut adalah senarai tokoh-tokoh Islam:

i) yang pertamanya kita tengok sejarah Ibn Sina. Nama sebenarnya ialah Abu Ali Hussein bin Abdullah bin Hassan bin Ali Sina. Beliau dilahirkan di Bukhara pada tahun 980 masihi. Beliau menghafal al-Quran pada usia 10 tahun. Pada usia semuda itu juga beliau telah mempelajari ilmu tafsir, fekah, usuludin dan tasawuf. Kemudian baru dia belajar ilmu mantiq, sains, matematik, fizik, geomatrik, ilmu kaji bintang dan falsafah al-Farabi. Selepas itu, ketika berusia 17 tahun, barulah beliau mempelajari ilmu perubatan. Dan pada usia 18 tahun, beliau telah berjaya mengarang kitab "al-Qanun fi-Tib". Ini bermakna dalam masa setahun sahaja beliau telah berjaya menguasai ilmu perubatan dan sebagai hasilnya, kitab "al-Qanun fi-Tib" dikarangnya. Dan al-Qanun fi-Tib ini menjadi teks pengajian fakulti perubatan di univ-univ di benua Eropah selama 600 tahun. Tuuu dia tuan-tuan. Masa saya tulis ni pun, berdiri habih bulu roma...Nak bagitau apa?...Nak bagitaunya ialah kita dengan Ibn Sina teramat-amatlah jauh bezanya seperti langit dengan bumi.

Nampak tak tuan-tuan macamana orang zaman dulu punya stail pendidikan. Depa hantaq anak pi hafal Quran dulu. Bila kecik-kecik budak dah hafal Quran, ini bermakna satu asas yang cukup kuat sudah ditanam dalam minda. Lihat saja Ibn Sina, bila habis hafal Quran, baru dia belajar ilmu-ilmu lain sehingga akhirnya dunia keseluruhannya kagum dengan pencapaiannya. Inilah dia kehebatan yang dimiliki oleh orang yang hafal Quran sejak daripada kecik. Selain daripada dia boleh bagi syafaat kepada ibubapanya, dia juga berjaya menguasai ilmu-ilmu dunia khususnya ilmu perubatan. Dalam usia 18 tahun sahaja, beliau dah khatam bab perubatan. Padahal kita hari ini, umur 25 tahun baru keluaq daripada fakulti perubatan. Kemudian setahun lagi buat apa ka, lepas tu umur 26 tahun baru boleh keluaq jadi doktor. Tetapi Ibn Sina, belum lagi mencecah 20an, tapi bukan kata jadi doktor, malah dapat mengarang satu kitab yang menjadi teks perubatan di benua Eropah selama 600 tahun.

ii) Ibn Rushdi : Beliau mengaji Quran, bahasa Arab, sastera, fekah, usuludin sejak daripada kecik. Sehingga beliau dapat menghafal kitab al-Muwatta`karangan Imam Malik rahimahullahu ta`ala. Kitab al-Muwatta` tu kitab hadith, tuan-tuan. Kemudian baru dia belajar ilmu matematik, perubatan, astronomi dan sains. Lepas tu baru dia jadi doktor peribadi kepada Abu Yusof Ya`kub al-Mansur pada tahun 1182 masihi.

iii) Ibn Khaldun : Beliau juga menghafal Quran sejak daripada kecik. Kemudian mendapat pendidikan awal di Masjid al-Kuba` di Tunis. Disitulah beliau belajar tafsir, hadith dan mantiq. Kemudian daripada itu, terus beliau belajar sirah, bahasa Arab, sastera dan balaghah. Akhirnya beliau berjaya mengarang sebuah buku yang dipanggil sebagai "al-Muqaddimah", yang juga menjadi teks pengajian di benua Eropah selama beberapa abad lamanya.

iv) Shah Waliyullah : Beliau adalah seorang tokoh mujaddid (pembaharuan) Islam. Beliau hafal Quran ketika usia 7 tahun. Tuuu dia, tuan-tuan. Budak-budak kita la 7 tahun buat apa?...Depa nanti bawa walkman, letak earphone kat telinga, lepaih tu satu macam punya dok angguk angguk angguk. Macam ni kah generasi yang mid man ngan bos dia nak tengok, sampai nak kacau habih budak-budak yang nak pi hafal Quran?

v) Jamaludin al-Afghani : Beliau yang dilahirkan di Kabul, Afghanistan, adalah seorang tokoh penentang penjajah British pada tahun 1862 masihi dulu. British sehingga sekarang, tak mau langsung cerita tentang sejarah cubaan mereka untuk menakluki Afghanistan. Sebab apa?...Sebab waktu tu British kalah teruk di bumi Afghanistan. Diantara tokoh yang bertanggungjawab menghalau British waktu itu ialah Jamaludin al-Afghani. Sama la jugak dengan Amerika; yang kalau boleh tak mau cerita tentang sejarah Perang Vietnam. Kalau dia cerita pun, dia akan cerita seolah-olah dialah yang menang, sebagaimana yang kita lihat seperti filem-filem Rambo dan sebagainya. Padahal dalam sejarah Perang Vietnam, Amerikalah yang cabut lari pasai kalah dalam keadaan yang mengaibkan. Berbalik kita kepada Jamaludin al-Afghani; beliau menghafal Quran pada usia 12 tahun. Lepas tu, beliau pergi menuntut di Najd mempelajari ilmu tafsir, hadith, ilmu kalam, falsafah, mantiq, perubatan, matematik, ilmu falaq dan sebagainya. Nampak tak tuan-tuan, macamana orang zaman dulu belajaq. Dia start dengan hafal Quran dulu, lepas tu baru dia belajaq ilmu-ilmu lain, sehingga dapat menguasai kesemua ilmu-ilmu tersebut. Mana kita nak cari orang lagu ni kalau ada pemimpin perangai macam mid man?...Dengan pimpinan Jamaludin al-Afghani yang hafal Quran sejak dari kecik inilah, para mujahidin Afghan berjaya menewaskan penjajah British pada tahun 1862 masihi.

vi) Muhammad Abduh : Beliau juga seorang penghafal Quran sejak daripada kecik, dan seterusnya melanjutkan pelajaran sampai ke al-Azhar dan sebagainya. Beliau adalah anak murid kepada Jamaludin al-Afghani. Dan daripada Jamaludin al-Afghani lah, Muhammad Abduh ditanami semangat jihad yang amat jitu.

...Nampak tak tuan-tuan apa yang saya nak bagitau?...Sebenarnya apa yang mid man nak bagitau kat kita ialah kalau sistem pembelajaran yang lain kita ikuti daripada yang disediakan oleh kerajaan umno/bn yang diwarisi mereka daripada penjajah British, maka sistem yang kita gunakan itu adalah menyeleweng daripada ajaran agama. Padahal samada dia sedar ataupun tidak, sejak dari dulu lagi, dialah orang yang banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan umat Islam.

Sepatutnya sebagai seorang ulama` yang diikhtiraf, dia hendaklah mengalu-alukan rakyat M`sia yang semakin bersemangat untuk hantar anak masing-masing pi hafal Quran. Ingat tak tuan-tuan pada tahun 1987 ketika ekonomi merudum jatuh?...Waktu tu, berapa ramai anak-anak kita yang belajar engineering khususnya dalam civil eng daripada US dan Australia, yang balik ke negara kita sebagai penganggur?...Waktu itu, ada ka tidak kita dengar pemimpin-pemimpin kerajaan yang mengatakan bahwa berenti belajaq civil eng, pi belajaq benda lain?...Mana ada, tuan-tuan. Sekoq pun tak berani bukak mulut. Sapa pun tak kata, "Haa! Ini dia tadayyun mankus. Hanya sibuk dok belajaq kejuruteraan saja, sampai tak mau belajaq ilmu-ilmu lain!"...Ada kita dengaq sapa-sapa sebut lagu tu?...Takdak, tuan-tuan; walaupun proven pada tahun 1987 bahwa ramainya anak-anak muda kita yang menganggur akibat terlalu ramai yang ambik pengajian civil eng. Tapi tiba-tiba hari ini, bila ada ibubapa yang hantaq anak-anak depa pi hafal Quran, ada saja suara-suara pemimpin yang mengutuk, mencela dan mengkritik tindakan ibubapa tersebut. Ini menandakan bahwa ada satu benda yang tidak kena pada jiwa golongan-golongan seperti midman ini, sehingga mereka tidak senang kepada golongan yang committed dengan agama.

Jadi, kalau kita relate cerita undang-undang hudud/qisas di T`ganu tadi dengan cerita tadayyun mankus ini, kita akan dapati ada persamaannya. Sebenarnya, hati merekalah yang tak suka dengan benda-benda lagu ni. Sehingga mereka sanggup bermati-matian mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang menunjukkan bahwa mereka tidak senang kepada benda seumpama itu, walaupun apa yang diperuntukkan dalam undang-undang kerajaan negeri T`ganu itu sebenarnya adalah lebih kurang sama sahaja dengan undang-undang syariah negeri P.Pinang dan Kedah dalam masalah "orang yang mendakwa dia dirogol mesti bagi bukti".

Mari kita ulang balik apa yang ust Jailani sebut tentang kes rogol ini supaya kita jelas sejelas-jelasnya. Okay, kalau ada sapa-sapa kena rogol, antara perkara yang perlu kita buat ialah mula-mula sekali, kita kena buat laporan polis. Tapi mesti diingat, kalau kita buat laporan palsu, kita pula akan dikenakan tindakan. Contohnya, selepas kita launch a police report, tiba-tiba selepas polis buat siasatan, didapati bahwa tidak ada satu bukti pun untuk menyatakan bahwa kita dirogol. Maka sabit dengan itu, kita boleh dikenakan tindakan undang-undang sekular. Katalah kita anak dara, tiba-tiba bila dihantar untuk buat vagina examination, doktor mendapati bahwa selaput dara masih tidak koyak. Begitu juga dengan pemeriksaan lain; seperti tidak ada kesan pergelutan ataupun tidak ada kesan air mani, maka orang macam ni akan mendedahkan diri dia kepada kemungkinan dikenakan tindakan kerana membuat laporan palsu kepada polis. Ini yang pertama.

Manakala yang keduanya, bila dia sebut nama orang yang didakwa merogolnya, sedangkan dia langsung tidak ada bukti, maka itu bermakna dia telah buat fitnah kepada penama tadi. Oleh itu, penama tersebut boleh saman dia mengikut undang-undang sivil, ataupun pihak polis sendiri boleh saman dia mengikut undang-undang fitnah jenayah. Nampak tak tuan-tuan, sebenarnya serupa saja. Undang-undang sekular kata macam tu. Undang-undang syariah pun kata lagu tu juga. Jadi, apa yang peliknya?

Okay sekarang kita tengok pula kalau dia ada bukti. Dalam undang-undang syariah, kalau dia ada bukti, kita kena tengok 2 perkara. Iaitu kita kena tengok samada bukti itu cukup untuk mensabitkan si perogol itu, ataupun bukti itu jelas (primafacie) tetapi tidak cukup untuk mensabitkan si perogol itu.

i) kalau bukti itu cukup untuk mensabitkan si perogol itu seperti si perogol itu mengaku (iqrar), atau ada saksi 4 orang nampak betoi-betoi dia rogol budak perempuan; maka si perogol itu hendaklah dihukum bunuh. Sebab daripada apa yang kita belajar sebelum ini, kalau kita berpendapat bahwa perogol itu dihukum sebagaimana zina; maka perogol itu hendaklah dirotan 100x, kemudian dia direjam dengan batu sampai mati.

ii) kalau ada bukti tapi tak cukup kuat untuk sabitkan si perogol. Misalnya, ada kesan air mani, ataupun berlaku koyakan selaput dara, ataupun ada kesan kuku atau bulu si perogol itu pada tubuh mangsa; maka ini semua kita sebut sebagai bukti primafacie. Bukti primafacie, kita tak boleh sabitkan penjinayah, walaupun ia adalah bukti yang jelas. Bila tidak dapat sabitkan si perogol, maka tidak boleh dihukum hudud. Tapi walaupun tidak boleh dibunuh si perogol itu dengan bukti primafacie, dia tetap boleh dikenakan hukuman ta`zir.

Kalau tuan-tuan pi mahkamah hari ini, dalam kes-kes rogol tertentu, Yang Arif Timbalan Pendakwaraya merekomenkan supaya perogol dikenakan 2 pertuduhan. Pertuduhan yang pertama ialah rogol. Dan pertuduhan yang kedua ialah mencabul kehormatan. Ini adalah kerana kalau si perogol itu terlepas daripada dakwaan merogol kerana tak cukup bukti, dia tetap akan menghadapi dakwaan mencabul kehormatan pula.

Jadi apa yang yang ust Jailani nak bagitau ialah kaedah undang-undang sekular pun sama saja dengan syariah. Iaitu kalau bukti tidak cukup, charges akan reduce daripada rogol kepada yang lebih ringan iaitu mencabul kehormatan. Tapi awat orang tak pertikai pun?...Depa tak nampak ka dalam undang-undang syariah pun lagu tu juga?...Kalau tahap bukti tu tak cukup kuat, ia akan diturunkan daripada hudud kepada ta`zir. Seperti penjarakan dia 10 tahun atau 20 tahun, atau sebat dia jangan sampai 40x; inilah ta`zir.

Tapi kalau langsung tidak ada bukti; seperti selaput dara masih ada, kesan air mani takdak, kesan pergelutan pun takdak, elok saja, takdak apa pun; maka ini bermakna perempuan itu telah membuat tuduhan tanpa asas. Dengan ini, dia terdedah kepada hukuman mengikut undang-undang Islam.

Jadi kalau kita dengaq sapa ka kata, "Kesian la pompuan tu. Dah la kena rogol. Bila bukti takdak, dia pulak yang kena hukum." ...Kita mau bagitau kat kawan yang kata tu, "Nie Sheikh! cakap pakai akai la!..kalau pompuan tu kena rogol, paling takdak pun, salah satu bukti yang kita sebut tadi mesti ada punya. Hang tau ka? Ucapan yang hang sebut tu cukup bahaya, sebab ia boleh mengelirukan pandangan layman, iaitu orang awam yang tak tahu berkenaan undang-undang."

Jadi, oleh sebab itu tuan-tuan; kalau kita belajaq benda-benda macam ni, InsyaAllah, kita akan mendapat clear picture tentang keadaan yang sebenar. InsyaAllah, dengan ilmu yang kita dapat tu juga, kita boleh membezakan diantara golongan yang mana hanya bertopengkan agama (berpura-pura baik) dengan golongan yang benar-benar memperjuangkan agama Allah.

Bila sebut saja "memperjuangkan agama Allah", maka istilah jihad pasti akan muncul dalam benak kita sebab tugas ini adalah sambungan daripada tugas para rasul a.s.. Jadi siapa yang berjihad di jalan Allah, maka dia secara langsung memikul amanah para rasul as. Ini kemuliaan, tuan-tuan. InsyaAllah, kalau kita mati dalam jihad memperjuangkan agama Allah, pasti Allah akan tunjuk tanda-tanda kemuliaan itu. Bukankah dalam Quran, Allah telah bentangkan keadaan macamana orang-orang yang kuffur kepadaNya mati?...Dan begitulah juganya dengan orang-orang yang syahid mati?...Untuk apa Allah bentangkan kematian mereka yang kuffur seperti Firaun, isteri Nabi Nuh, anak Nabi Nuh, isteri Nabi Luth dll ini kepada kita?...Tak lain tak bukan, untuk kita berfikir. Begitulah juga halnya dengan orang-orang yang mati syahid seperti ahli-ahli sihir Firaun yang dikisahkan Allah dalam Suratul A`raaf, walaupun pada peringkat awalnya, depa bukan main lagi bodek Firaun. Dalam ayat 113, Allah menceritakan bagaimana ahli sihir mendatangi Firaun sebelum diadakan perlawanan menentang Nabi Musa as. Lalu ahli sihir tanya Firaun, "Wahai Tuanku Firaun! Adakah kami akan mendapat habuan kalau kami dapat kalahkan Musa?"...Maksudnya, boleh projek dak kalau boleh kalahkan Islam?...Kalau takdak projek pun; hang offer kat kami RM7000 sebulan, kereta Merc sebijik ngan drivernya sekali, lepas tu minyak mau free pun kira okay jugak tu.

Lalu Firaun jawab, "Ya, kalau kamu dapat kalahkan Musa (mengalahkan Islam) dengan sihir kamu sehingga aku dapat mengekalkan kuasa lagi sebab Musa datang nak kacau pemerintahan aku, bukan sekadar upah yang aku akan bagi, malah kamu termasuk dikalangan orang yang hampir dengan aku (kroni)." ...Inilah dia ayat kroni, tuan-tuan. Sebab tu, kita tengok sampai teriak rempoh sakan hari tu. Jangan buat main-main tu. Cuma yang kita herannya; awat pi teriak awai sangat?...Okt 2003, lambat lagi. Naik risau jugak kita pun bila tengok puak-puak ni pi teriak awai.

Ahli sihir Firaun pun pada peringkat awalnya, begitulah jugak. Tetapi setelah melihat kebenaran, mereka pun jatuh tersungkur lalu beriman kepada Tuhan Nabi Musa/Harun as. Disebabkan itu, mereka disiksa sebelum dibunuh oleh Firaun. Allah ceritakan kematian mereka sebab walaupun mereka baru saja beriman, tetapi kematian mereka cukup mulia kerana berjuang di atas kebenaran.

Kemudian dalam Surah Yunus, Allah ceritakan pulak tentang kematian Firaun yang dikatakan hebat sangat tu. Awat tak hebat, tuan-tuan?...Istana dia ada, segala polis, askar, kementerian, kesemuanya di bawah kekuasaan dia. Tapi bila dia mati, Allah swt cerita dalam ayat 90 macamana keadaan dia. Sewaktu tenggelam timbul dalam laut, barulah dia kata, "Aku beriman kepada Tuhan sepertimana berimannya Bani Israil..."...Ayat inilah yang Astora Jabat kata Firaun pun beriman. Padahal para mufassirin telah membahaskan bahwa iman Firaun ketika itu sudah pun ditolak Allah swt. Ini dia keputusan jumhur ulama`. Takke bangang pi kata Firaun pun beriman?

Tapi inilah dia Firaun. Orang yang punya kuasa. Yang dicium tangannya selama 500 tahun. Hangpa nak apa?...Habaq saja, dia bagi semua. Tambah yang bergelar ahli sihir, kaya raya semuanya. Merc mata belalang sorang sebijik dia bagi. Tuuu dia Firaun, tuan-tuan. Tapi bila dia mati, Allah kata, "Jangankan kata orang nak menangis, langit dan bumi Aku pun tak kebuloq nak menangis!"...Allah swt perli tu, tuan-tuan. Sebab selama 500 tahun dia hidup, takdak kerja lain, nak lawan Islam aje kejenya.

Cuba tuan-tuan tengok semasa kematian Allahyarham Dato` Hj Fadzil Mohd Nor. Kawan-kawan kita yang jaga toll bagitau bahwa 300,000 kenderaan memasuki toll pada hari tersebut. Ada sapa bagi duit suruh depa mai ka hari tu?...Peristiwa tersebut bukan saja menjadi sejarah bagi M`sia, malah bagi dunia, tuan-tuan oiii!...Diberitahu sewaktu di HUKM, sembahyang jenazahnya saja dibuat 7x. Sekali buat, 1000 orang. Pernah Nabi saw bersabda (mafhumnya) bahwa, "Sekiranya cukup 40 orang yang beriman dan yang bertaqwa menyembahyangkan jenazah kamu, maka kamu akan selamat di alam barzakh."...Jenazah ust Fadzil, bukan 40 orang sembahyang tuan-tuan, suratkhabar cina melaporkan hampir sejuta orang. Bila kita tengok polis yang jaga vip (yang ada paku-paku bunga padi tu) turun, kita pun tanya, "Cikgu, berapa ni?"...Dia pun tengok-tengok, dia kata, "500,000!"...Yang tu memang kerja dia la, pasai besa dok hantaq FRU. Nampak tak tuan-tuan, figure dia tak lari.

Saya sendiri Allah pegang hati saya suruh pi. Lepas call kawan saya 2 orang, kami pun bertolak dari Penang pukoi 2 pm, masuk saja pekan Langgar, dia mula jamned. Kesot punya kesot, 3 jam baru sampai pekan Pokok Sena. Padahal kata orang Kedah, sepatutnya pada hari-hari biasa, dari pekan Langgar ke Pokok Sena, 15 minint saja. Tapi hari tu, 3 jam!...Bila sampai di Muassasah Darul Ulum dalam pukoi 6 pm, ada sahabat bagitau bahwa kesesakan sudah pun menular hingga ke Lebuhraya Sg Perak (Taiping-Kuala Kangsar nuuu!). Sampai ada sahabat dari Perak send sms, kata depa bayaq toll kat Juru, kemudian terpaksa u-turn balik Taiping. Tak boleh pi dah.

Inilah dia `izzah dan kemuliaan yang Allah tunjuk. Sekiranya kamu berjuang atas dasar Allah, inilah dia yang Allah tunjuk di hari kematian kamu. Apalah sangat yang ada pada Allahyarham?...Mata pun ceme sebelah pasai kencing manis. Buah pinggang pun bungkuih. Darah tinggi jangan cakap la tuan-tuan, pasai makan takdak pantang punya. Sehingga doktor beritahu bahwa kalau betoi-betoi ikut record perubatan dia, sepatutnya dia dah meninggal 10 tahun yang lalu. Tapi Allah panjangkan sikit usianya kerana jihad yang dipimpinnya. 13 tahun dia menjadi Presiden, 13 tahun itulah dia sentiasa berada bersama-sama dengan pejuang-pejuang agama Allah. Sehingga kata Dr Amar (anak Allahyarham), "Kami keluarganya hanya dapat bersama dengannya selama 13 hari saja. Sedangkan pengikut/ahli Pas bersama dengannya selama 13 tahun. Tapi kami tetap redha..."...Kesedihan sehingga ke hari ini masih lagi menyelubungi pengikut-pengikutnya, walaupun terubat sikit bila menang di Anak Bukit kelmarin.

Sayangnya orangramai kepadanya, sehingga jenazah yang diusung daripada rumahnya untuk masuk ke musolla, kelihatan sebijik macam syuhada Palestin meninggal. Masa passing memassing tu, saya tengok keranda dia pelan lama pelan senget. Kalaulah unit amal tak kawal time tu, boleh relai, tuan-tuan. Saya tengok seolah-olah nak jadi macam di Mekah pulak dah. Lepas saja sembahyang jenazah, bila usung tu, orang pakat cuit sorang sikit. Punyalah sayangnya orang kat dia. Apa ada kat dia, tuan-tuan?...Dia takdak kementerian. Dia takdak askar. Dia takdak polis. Malah dia pernah di"tendang" daripada UTM selama 4 tahun kerana bertanding di Alor Merah. Selama menganggur 4 tahun itu, dia pernah jual kain pelikat/beras pulut untuk menanggung anak bini dia. Bila bawa kes pemecatannya itu ke mahkamah, hakim pada waktu itu, Tan Sri Raja Azlan Shah (paduka Sultan Perak sekarang) menyatakan bahwa pemecatan itu tidak sah. Maka UTM kena ambik dia balik dan bayar pampasan. Dengan duit pampasan itulah beliau beli rumah dia sekarang ni di Jalan Borhan, Alor Malai, Alor Setar.

Jadi sebelum ini, 4 tahun dia sewa di Padang Balang. 4 tahun dia jual beras pulut. 4 tahun dia jual kain pelikat. Punyalah dia berjihad. Akhirnya, Allah bayar pada hari kematiannya. Walaupun dia dimaki dan dihentam siang malam, akhirnya Allah tunjuk pada pejuang sekular, "Kamu tengoklah! Inilah dia kematian seorang yang berjuang di atas dasar Islam!"...Kalau puak-puak sekular tak yakin lagi dengan perjuangan Islam, saya pun tak tahulah nak kata apa dah. Depan mata depa Allah tunjuk. Sampai sorang pakcik kata kat saya, "Bila pakcik tengok orang ramai jalan kaki menuju ke Darul Ulum ni, pakcik teringat masa kat Mina dulu."...Tuuu dia tuan-tuan, nak kata ramainya orang time tu. Sampai TG Nik Aziz memaklumkan pada ust Halim Nasir bahwa ada sorang cina DAP pun nak masuk sama dalam musolla untuk sama-sama nak sembahyangkan jenazah Allahyarham. Sehingga pimpinan kita tolak dia keluaq, "Aeiya! Lu mana boleh masuk. Lu cina..."...Punyalah kasihnya orang kat ust Fadzil. Inilah dia contoh mati di atas jihad mempertahankan Islam bukannya mati sia-sia. Dia bukannya seperti Firaun yang punyai kerajaan besar. Dia hanyalah sebagai seorang yang menegur pihak kerajaan untuk "check n balance" dalam pentadbiran . Itu saja. Tapi Allah tunjuk, bukan 40 orang, malah ratusan ribu yang menyembahyangkan jenazahnya. Itulah dia ust Fadzil Mohd Nor. Maknanya, dia dah cuci tangan dalam memperjuangkan Islam. Kita ni pulak lagumana? ]

Wallahu ta`ala `alam.

 

No comments: