dan Nabi Muhammad adalah rasul Allah

Pengunjung misisuci sedang online

Monday, November 13, 2006

6. Qanun jenayah syariah (Hudud - Mencuri)

Bah 1 - Bab 2 - Hudud - Fasal 4 - Sariqah - Per 65 – 68

 

FASAL 4.

SARIQAH (MENCURI)

 

Perkara 65 : Sariqah (mencuri)

1) Ialah kesalahan yang dilakukan oleh seseorang sebagaimana yang disebutkan dalam perkara 5 perenggan (d).

i) Memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya.

[ Ciri yang pertama untuk mengatakan bahwa seseorang itu melakukan kesalahan sariqah ialah dia memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milikkan tuannya. Yang pertamanya, cuba kita tengok perkataan "memindah" tu. Maksud "memindah" di sini ialah satu harta yang asalnya berada dalam milik tuannya, tapi tiba-tiba dipindahkan. Contohnya seperti wang ringgit yang disimpan dalam peti besi dalam sebuah rumah, tiba-tiba kita pi ambik duit tu dan apabila kita bawa keluar duit tu daripada rumah tersebut, maka itu adalah satu elemen "pemindahan hak milik". Tapi sekiranya kita ambik duit tu tapi masih belum bawa keluar duit tersebut daripada rumah tuan miliknya, maka itu belum lagi boleh dikatakan mencuri. Itu hanyalah cubaan mencuri. Tapi sekiranya kita bawa keluar duit itu daripada rumah tuan miliknya, maka itulah yang dikatakan mencuri, yang boleh dikenakan hukuman potong tangan mengikut hudud yang ditetapkan dalam undang-undang sariqah.

Okay sekarang mai kita tengok pula satu lagi elemen dalam ciri yang pertama ini iaitulah "sembunyi". Kalau ambik harta orang secara terang-terang, itu bukannya sariqah tapi itu dah jadi hirabah (merompak). Jadi, sariqah ini adalah pemindahan hak milik secara orang tak nampak. Dan elemen ke3 pula ialah "harta alih" (movable property). Misalnya seperti motosikal, kereta, wang ringgit, balak yang sudah ditebang dan sebagainya. Tapi kalau pokok balak yang belum ditebang, yang batang dan akarnya masih utuh tertanam dalam tanah, itu bukannya "harta alih" kerana ia adalah immovable property. Begitulah juga dengan rumah bungalow yang terpacak atas tanah, dia juga adalah harta bukan alih. Ini perbezaannya. Maknanya, perbuatan mencuri adalah membabitkan harta yang boleh dialih. Kalau membabitkan harta yang tak boleh nak alih, maka itu tidak dikatakan sebagai mencuri. Boleh ka kita kata curi sungai?...Tak boleh tuan-tuan sebab sungai satu benda yang tak boleh alih. Curi tanah?...Kalau kita kaut tanah pasir orang lain bubuh dalam lori, kemudian bawa lari, itu memang mencuri. Tapi kalau kita masuk duduk atas tanah yang ada sempadan apa semua tu, itu bukan mencuri, tapi ia dikatakan sebagai menceroboh. ]

ii) Pemindahan harta itu tanpa persetujuan tuannya.

[ Kalau tuannya izin, itu bukan mencuri. Tapi kalau tuannya tidak izin, atau tanpa pengetahuan tuannya, atau tanpa persetujuan tuannya, maka itu dikatakan sebagai mencuri. ]

iii) Pemindahan harta itu dengan niat untuk menghilangkan harta tadi dari jagaan atau milik tuannya.

[ Maknanya, pemindahan harta daripada milik tuannya itu dengan satu elemen yang dipanggil sebagai mensrea. Dalam mensrea tu pulak, dia ada bad intention (malafide). Maknanya seseorang itu niat ambik harta itu keluar daripada hak milik penjagaan tuannya dengan niat nak curi. Tapi kalau tidak ada mensrea, tidak ada elemen intention, maka itu tidak boleh dikatakan sebagai mencuri. Kalau ambik dengan niat nak pinjam, lepas tu hantar balik, itu bukan mencuri. Yang kata mencuri ialah ambik harta dengan niat untuk menghilangkan barang itu daripada jagaan tuan dia. ]

2) Seseorang yang memindahkan secara terus terang harta alih dengan cara kekerasan tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan dan milik tuannya tidak boleh didakwa di bawah kes sariqah, tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes hirabah (merompak) sebagaimana yang dikehendaki dalam fasal 5 perkara 78 (1) dan (2).

 

Perkara 66 : Jenis hukuman yang dikenakan ke atas pencuri.

1) Hukuman yang wajib dikenakan ke atas pencuri terjenis kepada 2 jenis:

a) Hukuman hudud (potong tangan); b) Hukuman ta`zir (didera)

[ Maknanya dalam Islam, ia memberikan kepada kita 2 undang-undang berkaitan dengan mencuri. Yang pertamanya ialah hukuman hudud. Ini adalah hukuman yang telah ditetapkan Allah Ta`ala yang tidak boleh dipinda. Maknanya, jikalau seorang pencuri ditangkap dan dia mengaku bahwa dia telah mencuri, atau ada 2 orang saksi lelaki yang adil yang boleh mensabitkan bahwa orang itu telah mencuri, maka pada masa itu, Allah swt mewajibkan kepada kerajaan yang memerintah untuk memotong tangan tertuduh itu apabila cukup syarat-syaratnya. Tetapi sekiranya tertuduh itu didapati bersalah walaupun tidak dalam peruntukkan hudud, maka hukuman ke atasnya hendaklah digantikan dengan satu hukuman alternatif, iaitulah hukuman ta`zir. Misalnya orang tu ditangkap mencuri coklat sebijik. Bila nilai harta yang dicuri itu tidak sampai pun 1/4 dinar, maka nilainya tak cukup nisab. Bila tak cukup nisab, tak bolehlah potong tangan. Ia hendaklah diganti dengan ta`zir, samada nak sebat dia 2x ka, atau denda dia RM200 ka, atau nak penjarakan dia seminggu; itu terpulang kepada kebijaksanaan pemerintah.

Kalau hanya ta`zir sahaja yang dijalankan, hudud tidak, itu tidak cukup untuk mengatakan bahwa kita "Negara Islam". Sepertimana kita orang Islam, puasa okay, zakat okay, tapi sembahyang tak mau; ini bukannya ciri orang Islam yang sejati. Walaupun dia puasa dan bayar zakat tetapi dengan sebab dia enggan mendirikan sembahyang, maka dia berdosa kepada Allah swt. Begitulah juga dalam masalah undang-undang. Kalau setakat melaksanakan ta`zir sahaja dengan mengenepikan hudud, qisas dan diyat; maka kita juga berdosa kepada Allah swt...Nauzubillah. ]

 

Perkara 67 : Hukum hudud ke atas pencuri.

Hukuman hudud (potong tangan) yang wajib dikenakan ke atas pencuri telah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah dalam firmanNya di dalam surah al-Ma`idah ayat 38 yang bermaksud: "Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri, maka hukumannya potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

[ Ayat di atas cukup jelas, yang merupakan satu authoriti daripada Allah swt untuk menunjukkan kepada kita bahwa wajib memotong tangan si pencuri. Walaupun ia adalah satu authoriti daripada Allah, tapi apa yang kita dapati sehinggalah ke hari ini, negara Islam M`sia masih lagi buat tak tau dengan ayat ini. Pasai apa jadi lagu tu?...Sebenarnya ini adalah masalah iman, tuan-tuan. Sejauh mana keyakinan kita kepada Allah swt, inilah tanda soalnya. Kalau kita kata kita seorang yang percaya kepada Allah, tapi pasai apa undang-undang berbentuk preventive seperti di atas ini tidak kita laksanakan?...Kalau kita seorang muslim sejati, sudah tentu dengan senang hati melaksanakan segala undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah Ta`ala, betoi tak?...Kita yakin sebab ayat hat last tu Allah sendiri kata bahwa Dialah yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Maknanya, Dia punya suka apa yang Dia nak buat pun, tarak sapa boleh halang. Inilah caraNya Allah nak bagitau kepada kita bahwa Dia hebat, Dia Agong, Dialah yang mengatasi segala-galanya.

Jadi kalau kita seorang yang benar-benar menanamkan keimanan kepada Allah, maka apa saja yang Allah swt suruh itu, hendaklah kita yakin bahwa suruhan itu adalah semata-mata untuk kebaikan manusia seluruh alam. Jadi setiap suruhan Allah sepatutnya kita laksanakan. Tapi masalah ini sebenarnya bergantung kepada keimanan kita kepada Allah swt. Umpamanya, kita boleh tengok sendiri macamana ucapan dari seorang yang imannya boleh dipertikaikan, apabila dia mengatakan kalau hudud dijalankan di negeri K`tan/T`ganu, bolehlah pergi makan sup tangan di kedua negeri tersebut. Tak boleh pertikai ka iman orang macam ni tuan-tuan?...Sehingga dia sanggup kata bahwa undang-undang hudud ini adalah satu undang-undang primitif yang tidak ikut peredaran zaman. Undang-undang yang updated ialah seperti undang-undang yang hanya denda dan penjarakan pesalah. Kalau undang-undang potong tangan dan rejam dengan batu sampai mati ini dilaksanakan, ia dianggap sebagai kolot, sedangkan undang-undang ini lah yang diturunkan oleh Allah swt.

Sebenarnya apa yang disebut oleh Allah swt melalui lidah Nabi saw 1400 tahun yang lalu, sekarang ini ternyata terbukti kebenaranNya. Apabila manusia mengkaji al-Quran dan as-Sunnah hari ini, satu persatu kebenaran tersingkap. Umpamanya yang paling simple, cuba kita tengok bagaimana Nabi saw dalam hadithnya pernah melarang kita menghembuskan nafas dalam minuman panas. Satu ketika dulu, ada dikalangan kita menganggap bahwa itu adalah perkara yang remeh temeh. Tapi kalau kita kaji dari segi saintifik, memang benar apa yang Nabi saw kata tu. Sebab air minuman akan menjadi berasid hasil daripada nafas kita yang berkarbon dioksida. Bila kita minum, ini berkemungkinan mengancam kestabilan kesihatan tubuh badan kita. Cerita macam ni hanya boleh diketahui apabila kita berilmu dengan mengaji bab-bab sains. Tetapi benda ini telah disebut Nabi saw 1400 tahun yang lalu. Jadi, ini menunjukkan kepada kita bahwa apa yang dinyatakan oleh Allah melalui Nabi saw, semuanya mengandungi kebenaran. Bila kita yakin dengan kebenaran ini, lalu kita melaksanakannya, maka InsyaAllah akan datang kebaikan kepada kita.

Jadi bila Allah kata hukum potong tangan itu adalah satu preventive punishment, maka inilah rahsia untuk mempastikan masyarakat menjadi baik, tenang dan aman damai. Apabila kita menyimpang saja daripada ajaran Allah swt, maka sudah pasti tidak ada lagi jaminan daripada Allah swt. Sebab itu bila kita menderhaka kepada Allah swt, maka akan datanglah pelbagai penyakit di dalam masyarakat, menyebabkan kita hidup dalam keadaan tidak lagi aman dan tidak lagi tenteram. Sebagaimana yang kita tengok hari ini, bilamana manusia tidak melaksanakan apa yang disuruh oleh Allah swt secara keseluruhan, maka kita dapati sekarang ni masyarakat mula menyimpang daripada norma-norma kehidupan yang ditetapkan oleh Allah swt. Contohnya sekarang ni saban hari kita boleh dengaq macam-macam cerita pasai rogol. 2 minggu sudah kita dengaq seorang tua berusia 78 tahun yang merogol budak perempuan berusia 13 tahun di ladang kelapa sawit. Umur orang tua ni lebih kurang je dengan "kawan kita" tu. Kalau kita tengok gambaq dia dalam paper, macamana photographer tu tangkap gambaq dia tengah dok merangkak naik tangga mahkamah. Punya la tak laratnya orang tua tu naik tangga. Tapi macamana hat "satu" lagi tu pi larat pulak?...Ini menunjukkan kepada kita satu gambaran macamana menyimpangnya masyarakat kita dari kehidupan normal manusia biasa.

Salah satu sebabnya berlaku keadaan seperti ini ialah sebab tidak adanya integrated education di antara elemen agama dengan elemen keduniaan. Awat tak nye?... Cuba kita tengok sekarang ni macamana pemimpin dalam negara kita menghentam pendidikan agama, dengan mengatakan bahwa pendidikan agama perlu dirombak kembali. Seperti kena ajaq komputer dekat bakal-bakal ulama` kita. Kena ajaq Bahasa Inggeris kepada orang yang belajar ugama supaya terbuka sikit minda. Itu takpalah, memang bagus. Tapi yang menghairankan kita, pasai apa orang yang belajar ugama sahaja yang syllabusnya hendak diubah dan dipinda?...Macamana dengan orang yang belajaq sains?...Saya sendiri dari aliran sains, tuan-tuan ooiii!...Semasa form4-5 dulu, tak pernah pun saya jumpa dalam buku text pengajian yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan, walau sepotong ayat Quran pun di dalamnya. Cuba tuan-tuan buka buku biologi, buku fizik dan buku kimia tingkatan 4-5; tuan-tuan boleh cari sendiri ada dak satu ayat Quran atau satu hadith Nabi saw yang menceritakan penemuan-penemuan sains ini dari perspektif agama?...Satu pun tarak!...Maknanya, inilah dia gambaran kejujuran pihak yang tertentu boleh dipertikaikan...Okay kalau depa benar-benar ingin mewujudkan satu bentuk pengajian integrasi (mensepadukan di antara elemen dunia dan elemen akhirat), maka apa yang perlu depa buat ialah bukan sahaja setakat pengajian agama mesti dimasukkan dengan ilmu-ilmu dunia, malah ilmu dunia juga mesti dimasukkan dengan ilmu-ilmu agama...Amacam, boleh ka kita buat lagu tu?...Tapi hakikatnya hari ini, Kementerian Pendidikan gagal melaksanakan kaedah ini dalam negara kita. Ini soal pendidikan, begitu juga dengan soal undang-undang. Yang ada pada hari ini dalam negara kita hanyalah ta`zir. Mana pi hudud, qisas dan diyat?

Kemudian, cuba tuan-tuan tengok pula macamana dasar luar negara kita hari ini dalam nak menangani masalah keganasan?...Kita boleh lihat macamana pemimpin-pemimpin kita cukup mengambil hati dengan mengikut telunjuk negara-negara asing yang clear menjadi musuh kepada Allah swt. Cuba tuan-tuan flashback balik ke tahun 1998, macamana salah seorang pemimpin PULO (Patani united liberation organization) yang dikehendaki oleh k`jaan Thailand telah ditangkap dalam negara kita oleh k`jaan kita, dan kemudiannya diserah kepada k`jaan kafir Siam, sedangkan dia seorang Islam. Apa yang berlaku kepada Nur Misuari, pun lagu tu jugak. Sampai k`jaan kita terketaq-ketaq sangat nak hantaq balik Nur Misuari tu ke Filipina walaupun k`jaan Filipina kata depa tak ready lagi nak tangkap Nur Misuari. Dan yang paling terbaru, kita boleh tengok macamana Ahmad Ibrahim Bilal (pelajar UIA) ditangkap dan diserahkan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat. Sedangkan Ahmad Ibrahim Bilal adalah seorang Islam dan dia seorang yang cemerlang akademiknya. Awat tak cemerlangnye?...Pencapaiannya, 4.0 tuan-tuan ooiii!...Sapa yang belajaq univ, tau lah apa maknanya 4.0 tu...4.0 itu adalah markah yang paling tinggi sebab takdak dah markah yang lebih tinggi daripada 4.0. Markah lulus ialah 2.0. Sapa dapat <2.0, dia fail. Sapa dapat 2.1 atau 2.2, dia lulus. Sapa yang dapat >3.5, dapat senarai dekan. Ahmad Ibrahim Bilal bukan dapat 3.5, malah dia dapat 4.0. Nampak tak betapa cemerlangnya sheikh tu?...Dia seorang pelajar kuliyyah dari Fakulti Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Usuluddin). Menurut ust Jailani maupun ust Asri Zainal Abidin, Ahmad Ibrahim Bilal ini adalah seorang yang perwatakan kemas dan aktif dalam halaqah (usrah) sehingga mampu memberi pandangan-pandangan agama yang cukup bernas kepada sahabat-sahabatnya. Tiba-tiba orang macam ni dianggap terroris dan ditangkap dan diserah pada US laknatullah. Tuan-tuan tau ka apa alasan yang k`jaan M`sia bagi bila depa serah dia kat US?...Depa kata ini adalah kerana ianya bertentangan dengan undang-undang imigresen yang ada dalam negara kita. Tu saja. Tuan-tuan, imigresen tu undang-undang "man made law" ka atau undang-undang daripada Allah dan rasul?...Kalau dia undang-undang daripada Allah dan rasul, yes, memang tak boleh ubah. Tapi yang kita pertikaikan sebab ia adalah undang-undang ciptaan manusia, yang memang boleh diubah. Ingat tak tuan-tuan tahun 80an dulu semasa umno team A lawan team B dalam mahkamah. Bila dah habih lawan apa semua, lalu berkata si pemenang yang hampir-hampir nak kalah tu, "Kalau aku memang 1 undi pun, aku tetap menang!"...Selepas daripada pergeseran inilah, undang-undang negara diubahnya, dengan krisis dalaman parti tidak boleh lagi dibuat aduan kepada mahkamah. Maknanya, mula-mula dulu pada asalnya apabila ada orang bermasalah dalam politik, dia boleh dibicarakan dalam mahkamah. Tapi apabila undang-undang diubah sekarang ni, tiba-tiba saja mahkamah tidak ada lagi bidang kuasa untuk membicarakan kes-kes politik. Nampak tak tuan-tuan, macamana "man made law" boleh diubah bila satu pihak merasakan kepentingannya terancam. Jadi, macam tu la juga kalau kita nak selamatkan Ahmad Ibrahim Bilal. Sedangkan dia adalah seorang Islam yang mewajibkan kita memberi perlindungan kepada dia. Sepatutnya kita kena cari jalan macamana untuk menggunakan undang-undang yang ada bagi melindungi Ahmad Ibrahim Bilal. Tapi apa yang menyedihkan, k`jaan Msia langsung tidak mahu menggunakan provision yang ada untuk melindungi sahabat seagama kita itu. Apa salahnya kita bagi PR (permanent resident) kat dia kerana kecemerlangan akademik dia yang luarbiasa tu, sebagaimana kita bagi kat tokoh-tokoh profesional dan ahli-ahli sains luar negara sebagai ganjaran untuk mereka bekerja dengan kita?...Nampak tak tuan-tuan, bila kita tidak melindungi Ahmad Ibrahim Bilal, ini menandakan kita tidak melayan dia sebagai saudara seagama.

Dalam Islam, sepatutnya kita mengamal sikap "keras terhadap orang kafir dan berkasih sayang kepada saudara seIslam", betoi tak tuan-tuan?...Tapi apa yang kita tengok hari ini, berlakunya keadaan terbalik. Kita "berkasih- sayang" dengan sapa?...Dengan kuffar. US minta Ahmad Ibrahim Bilal, la la tu jugak kita bagi cepat-cepat. Manila minta Nur Misuari, terketaq-ketaq kita bagi walaupun Manila kata depa tak prepare lagi. Punyalah hebatnya "berkasih-sayang" kita dengan puak kuffar. Tapi kalau dengan saudara seagama, dengan orang masjid, dengan orang pakai kopiah lebih-lebih lagi hat hijau-putih tu, siap!...Silap-silap haribulan, boleh kena puak-puak ni...Okay berbalik pada cerita Ahmad Ibrahim Bilal tadi. Ada seorang peguam di P.Pinang ini yang cuba menyelamatkan dia. Nama peguam itu ialah Darshan Singh Khaira, yang asalnya beragama Sikh tetapi sekarang telah memeluk Islam. Dengan adanya "Khaira" di hujung nama dia, maknanya dia tu Singh yang baik. Okay apa yang mula-mula dia buat ialah dia failkan di mahkamah tinggi KL. Tuan-tuan pun tahukan siapa hakim mahkamah tersebut?...Ini membuatkan keluarga kepada Ahmad Ibrahim Bilal tak berapa percaya dengan keadilan dalam negara ini sebab sejarahnya yang tak berapa boleh nak percaya. Maksudnya keluarga Ahmad Ibrahim Bilal nak tujukan kepada orang tertentu yang tuan-tuan sendiri sedia maklum. Bila berlaku macam ni, maka kes tersebut dibatalkan, kemudian difailkan balik di mahkamah tinggi P.Pinang pula. Di P.Pinang, peguam Darshan Singh Khaira failkan kes itu di hadapan hakim Mahkamah Tinggi 1 P.Pinang. Hakim Mahkamah Tinggi 1 P.Pinang ini asalnya ialah hakim Mahkamah Tinggi Seremban. Dialah yang bertanggungjawab memberi kemenangan kes budak sekolah yang pakai serban yang dibuang daripada sekolah. Maknanya, budak pakai serban menang, yang kalahnya k`jaan M`sia. Selepas dia buat keputusan tersebut, dia pun bagitau kat peguam yang mewakili budak pakai serban tu bahwa dia rasa lepas ni dia akan kena tukaq. Betoi tuan-tuan sekelian!...Makbul doa dia. Dia kena tukaq datang ke P.Pinang kerana kita pun tahu pada kebiasaannya keputusan macam tu sudah tentu tidak disenangi pihak-pihak tertentu.

Okay berbalik kita sekali lagi pada kes Ahmad Ibrahim Bilal. Menurut ust Jailani, dalam nak failkan kes-kes di mahkamah pun dia kena ada caranya. Contohnya di mahkamah tinggi P.Pinang, dia ada 4 hakim mahkamah tinggi. Tuan-tuan tau lah, hakim semua ni pun manusia juga. Kadang-kadang dia boleh bagi satu keputusan yang betoi-betoi elok. Dan kadang-kadang tu dia boleh bagi satu keputusan yang boleh membuatkan kita rasa tak puas hati. Maklumlah dia pun manusia, jadi kita kena tengok mood dia juga. Pernah diceritakan oleh ust Jailani macamana seorang hakim pernah menghalau keluar seorang peguam hanya kerana peguam tu pakai improper je. Awat, tak boleh ka hakim tu tegur suruh peguam tu keluaq pakai dulu elok-elok, kemudian lepaih pebetoi tu masuk balik dalam court?...Tak boleh ka cakap elok-elok lagu tu?...Sepatutnya begitulah sikap seorang hakim sebab mahkamah tu bukannya balai polis. Mahkamah adalah satu tempat untuk bagi keadilan kepada rakyat. Bila rakyat dapat keadilan, hatinya boleh tenteram. Tapi yang berlaku hari ini, bila orang dengaq saja perkataan "mahkamah", naik seram bulu roma dibuatnya. Ini yang tak kenanya. Sebab itu, bila kita nak failkan kes di mahkamah, kita kena pilih hakim yang sesuai dengan kita. Cara dia macamana?...Sebenarnya apa yang saya nak bagitau ini adalah rahsia peguam. Walaupun ust Jailani kata jangan bagitau kat orang, tapi sekadar untuk pengetahuan kita, saya nak bagitau jugak...Okay cerita macam ni. Bila satu kes masuk, kes yang mula-mula tu akan masuk mahkamah 1. Kemudian kes yang kedua akan masuk ke mahkamah 2. Lepaih tu kes ketiga masuk mahkamah 3. Kes keempat masuk mahkamah 4. Kemudian bila mai kes kelima, dia patah balik masuk mahkamah 1. Yang keenam pi pulak mahkamah 2 dan lagu tu lah seterusnya. Kalau kita mau hakim mahkamah 1, kita pi bagitau kat kerani tu, "Ini dia kes saya. Hang tolong tunggu giliran hakim #1, baru panggil kami masuk."...Inilah dia cara nak pilih hakim. Menurut ust Jailani, dari pengalaman dia, dia rasa Darshan Singh pun buat lagu tu jugak. Dia pilih hakim sebab hakim Mahkamah Tinggi 1 adalah hakim yang bertanggungjawab memberi kemenangan budak yang pakai serban. Tetapi walaubagaimana pun seperti yang kita semua tahu, Ahmad Ibrahim Bilal tetap diserahkan kepada pihak berkuasa Amerika.

Nampak tak tuan-tuan, macamana hari ini seperti sudah tidak ada lagi protector yang boleh bagi perlindungan kepada orang memerlukannya. Cuba kita imbas balik ke zaman Nabi saw, cerita ini berlaku pada malam pertama baginda berhijrah ke Madinah. Pada malam tu Nabi saw berkata kepada Aishah rha., "Tidak ada kah orang yang boleh menemani aku pada malam ini semasa aku tidur?"...Bila habis saja Nabi kata lagu tu, tiba-tiba terdengar bunyi pedang berlaga di luar tempat tidur Nabi. Lalu Nabi saw bertanya, "Siapa di luar sana?!"...Maka lelaki itu menjawab, "Aku Saad bin Abi Waqash!"...Lalu Nabi pun menjemput dia masuk dan Nabi tanya, "Pasai apa kamu datang wahai Saad?"...Kata Saad bin Abi Waqash ra, "Aku datang sebab aku terfikir, siapakah yang akan melindungi engkau wahai Rasulullah?"...Nampak tak tuan-tuan, macamana sahabat berfikir. Sebab ketika itu keadaan sekeliling Nabi saw amat membimbangkan sebab adanya satu komplot untuk membunuh Nabi yang terdiri daripada pemuda-pemuda Quraisy. Bila Saad berfikir bahwa kemungkinan komplot itu sampai ke Madinah, maka dia volunteer pada malam itu untuk menjadi pelindung kepada Nabi saw.. Inilah cara orang Islam. Begitulah juga dengan kita hari ini, kalau ada seorang yang seagama dengan kita memerlukan kepada perlindungan, maka menjadi kewajipan kepada kita bagi perlindungan kat dia. Bukannya dengan mengkhianati ukhuwah saudara seagama kita. Cuba tuan-tuan bayangkan, katalah kita lari dari satu k`jaan kafir, tiba-tiba saudara seagama kita pulak yang pi tangkap kita dan serahkan kita kat puak kafir; kita rasa macamana?

Ada orang kata, "Cakap saja memang la senang. Macamana kalau Amerika attack kita, apa kita nak buat?" ...Nampak tak tuan-tuan macamana mentaliti orang kita bila berdepan dengan perkara macam ni. Apa yang saya nak sebut ni, tuan-tuan kena ingat betoi-betoi. Ini ilmu psikologi, tuan-tuan. Musuh hanya berani bila kita takut kat dia. Itu je yang saya nak bagitau. Kalau kita berani, dia terpaksa pikiaq 2-3x. Ingat tak tuan-tuan satu ketika pernah seorang Menteri Luar Iran menyeru supaya dikumpulkan 100 juta sukarelawan Islam seluruh dunia, bagi membebaskan umat Islam dari cengkaman musuh-musuh Allah?...Bila keluar seruan ini, tuan-tuan tau ka apa kata seorang pemimpin dalam negara Islam kita ni?...Dia kata, "Apa depa nak mampuih ka?..Macam nak pi bunuh diri aje sebab kita bukan ada apa pun!"...Inilah dia contoh kepala hotak pemimpin sekular. Apakah dia sudah lupa macamana mujahidin Afghanistan lawan Rusia dulu?....Hanya dengan Kaleshnikov ja, keretakebal-keretakebal Rusia boleh depa tawan. Asasnya, kita kena yakin dengan bantuan daripada Alllah swt. Walaupun kelengkapan kita tidak begitu lengkap, syaratnya mesti ada perancangan yang rapi, InsyaAllah, kemenangan akan diberi oleh Allah swt kepada kita. Tapi dalam pada itu kita sebagai orang Islam, kita kena pegang prinsip asal. Iaitu jangan kita bercita-cita nak jumpa dengan musuh, jangan minta nak berjumpa dengan ujian dan jangan kita minta nak jumpa dengan masalah. Musuh yang kita jumpa kalau boleh mau buat dia jadi kawan, supaya lembut hati dia. Tetapi sekiranya dalam keadaan kita tak mau buat musuh, tiba-tiba ada juga musuh, maka pada masa itu Nabi saw mengajar kepada kita bahwa hendaklah tetap bersabar di atas landasan kita. Jangan sekali-kali goyah dengan segala dugaan, fitnah dan tribulasi yang datang. ]

 

Perkara 68 : Hukuman ta`zir ke atas pencuri.

1) Hukuman ta`zir (dera) yang wajib dikenakan ke atas pencuri ialah pencuri yang tidak memenuhi syarat-syarat untuk menjatuhkan hukuman hudud sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 72 (1) perenggan (i), (ii) dan (iii).

[ Contohnya kalau barang yang dicuri itu kurang nilainya daripada 1/4 dinar, ataupun saksi tak cukup syarat, maka ta`zir menjadi alternatifnya. ]

2) Dalam menentukan jenis atau kadar hukuman ta`zir yang dikenakan ke atas pencuri yang tidak memenuhi syarat-syarat untuk dijatuhkan hukuman hudud, hakim mempunyai kuasa penuh secara mutlak memilih hukuman yang sesuai dan munasabah dengan nilai dan kadar harta atau barangan yang dicuri itu.

[ Dalam nak menentukan hukuman ta`zir, hakim kena tengok pada keadaan. Cara pesalah itu buat kesalahan seperti banyak mana yang dia ambik dan apa kah kesan yang berlaku akibat kesalahannya itu mesti diambil kira. ]

3) Untuk melaksanakan hukum ta`zir ke atas pencuri yang disebutkan dalam perkara 68 (1) hakim dengan kearifannya mestilah mengambil kira dan mengenal pasti tentang keadaan pencuri itu supaya benar-benar hukuman ta`zir yang dikenakan ke atas pencuri tadi seimbang dengan kesalahannya.

[ Yang disebut kearifan hakim dalam nak menjatuhkan hukuman ta`zir ini, dia mesti mengambil-kira kebaikan dan keadilan yang ditegakkan dalam masyarakat. Ini ada satu contoh saya nak cerita macamana seorang hakim menggunakan kebijaksanaannya dalam perkara-perkara yang hukum syara` membenarkannya. Cerita yang dibawa oleh ust Jailani ini adalah tentang kes budak pakai serban hari tu. Hakim yang membuat keputusan bagi kes ini ialah hakim Mahkamah Tinggi Seremban, yang sekarang ini ditukar ke Mahkamah Tinggi 1 P.Pinang. Kes ini hari tu adalah satu kes dimana kanak-kanak yang pakai serban telah dibuang sekolah oleh gurubesarnya atas alasan melanggar peraturan pakaian yang dibuat oleh sekolah. Dalam kes ini, hakim yang mengendalikan kes tersebut telah menggunakan kebijaksanaannya untuk kepentingan agama dan untuk memberi keadilan kepada pihak yang terbabit terutamanya kepada kanak-kanak yang tidak berdosa...Okay untuk pengetahuan kita dalam sistem perundangan ini, kita akan dapati kes dalam mahkamah yang lebih tinggi akan mengikat kes mahkamah yang lebih rendah. Maknanya kalau dalam mahkamah tinggi ada satu kes yang lebih kurang sama dengan kes yang telah dibuat keputusannya di mahkamah yang lebih tinggi seperti di Mahkamah Rayuan umpamanya, maka mahkamah tinggi mesti patuh kepada keputusan yang dibuat oleh mahkamah yang lebih tinggi daripada dia, samada hakim tersebut setuju ataupun tidak setuju. Okay sekarang kita tengok kes budak pakai serban itu yang membabitkan kebebasan beragama. Bermakna kes ini lebih kurang sama dengan kes Halimatun Saadiah (kes pakai purdah kat tempat kerja tu). Dia kena buang kerja sebab dia tidak mematuhi arahan majikannya yang suruh dia buka purdah atas alasan keselamatan. Dan kes budak pakai serban ni jugak lebih kurang sama dengan kes Che Omar bin Che Soh, yang mana dalam kes itu walaupun undang-undang hukuman gantung sampai mati bertentangan dengan undang-undang Islam, tetapi bila dia selari dengan undang-undang perlembagaan, maka undang-undang hukum gantung sampai mati kepada pengedar-pengedar dadah adalah sah mengikut perlembagaan negara. Nampak tak tuan-tuan, macamana kita tengok sekali imbas seolah-olah kedua-dua kes ini mengikat hakim Mahkamah Tinggi Seremban semasa mendengar perbicaraan budak pakai serban tu. Tapi dengan kebijaksanaan yang ada pada seorang hakim yang ingin memberi keadilan kepada manusia, dia boleh buat satu alasan bagi melepaskan dirinya daripada terikat dengan kes Halimatun Saadiah dan kes Che Omar bin Che Soh itu. Ini dia alasannya. Kata dia, "Kes ini hendaklah dibezakan dengan kes Hajjah Halimatun Saadiah Hj Kamarudin melawan Public Services Commission and Another..."...Maknanya dia tak mau terikat dengan kes Halimatun Saadiah, sebab kalau dia terikat dengan kes tersebut, dia tahu budak pakai serban akan kalah. Sambung hujjah dia lagi, "Ia hendaklah dibezakan sebab pakai purdah dengan pakai serban adalah dua benda yang berbeza. Kalau pakai purdah, kita tidak akan dapat mengenal-pasti siapa pemakainya, manakala seorang yang memakai serban memang boleh kita kenali. Jadi, orang yang memakai purdah sedemikian boleh menjejaskan keselamatan awam, tetapi tidak pada seseorang yang memakai serban." ...Orang pakai purdah ni kalau dia kerja di tempat-tempat sulit yang tinggi tahap keselamatannya seperti mengendali fail-fail sulit umpamanya, maka ketika itu dia boleh mengancam keselamatan sebab majikan tak tau siapa pekerjanya itu. Tetapi kalau orang pakai serban, kita tak boleh kata dia boleh menjejaskan keselamatan sebab orang boleh nampak muka dia. Nampak tak tuan-tuan macamana bijaknya hakim tu pusing.

Okay yang keduanya dia kata, "Kes ini hendaklah juga dibezakan dengan kes Che Omar bin Che Soh kerana isu pokok yang timbul adalah berbeza. Dalam kes Che Omar bin Che Soh, hukuman mati adalah sah di sisi undang-undang sivil walaupun tidak sah di sisi undang-undang syara`.." ...Bila hukum gantung itu bertentangan dengan undang-undang Islam, itulah yang Che Omar bin Che Soh lawan k`jaan dalam mahkamah tu. Tiba-tiba hakim buat keputusan bahwa memang undang-undang tersebut bertentangan dengan Islam, tetapi sah mengikut perlembagaan negara. Bermakna kes Che Omar bin Che Soh adalah sah mengikut undang-undang negara tetapi tidak sah mengikut undang-undang Islam, maka hukuman itu sah mengikut perlembagaan negara. Tetapi bagi kes budak pakai serban ni, dia berbeza sebab serban itu sah dari segi hukum syara`dan tidak pula sah mengikut undang-undang sivil bagi orang Islam mahupun bagi orang bukan Islam, maka memakai serban juga adalah sah menurut perlembagaan. Jadi isu pokoknya terbalik. Nampak tak tuan-tuan macamana hakim tu ulas?...Nak ulas lagu ni tuan-tuan ingat senang ka?...Payah tuan-tuan sekelian. Dia memerlukan kepada seorang hakim yang benar-benar jujur dengan tanggungjawab dia. Dia terpaksa pusing juga supaya tidak terikat dengan kes Halimatun Saadiah dan juga tidak terikat dengan kes Che Omar bin Che Soh.

Lepas itu dalam kenyataannya lagi, katanya, "Peraturan pakaian seragam sekolah (bil.3-1983) yang mewajibkan pakaian seluar pendek bagi murid lelaki, dengan pilihan seluar panjang; dan mewajibkan pakai blouse bagi murid perempuan, dengan pilihan memakai baju kurung dan kain sarung serta tudung atau telekung, adalah tidak peka tentang pakaian bagi orang Islam dan tidak mengutamakan Islam sebagai agama persekutuan. Peraturan itu adalah songsang dan tidak selari dengan perlembagaan, dan adalah terbatal di sisi perkara 4 perlembagaan." ...Tuan-tuan faham dak apa yang tuan hakim ni nak bagitau?...Undang-undang pakaian sekolah sekarang ni kata wajib bagi murid lelaki pakai seluaq pendek tetapi diberi pilihan kalau sapa nak pakai seluaq panjang. Bagi budak perempuan pula, wajib pakai blouse tapi kalau ada sapa nak pakai baju kurung, boleh. Hakim tu kata undang-undang macam ni batal (tak sah) mengikut perlembagaan negara. Sebab perlembagaan negara kata Islam is the religion of the federation. Kalau kata Islam adalah agama persekutuan, maka sepatutnya peraturan berpakaian mau bunyi macam ni: "Bagi lelaki wajib pakai seluar panjang, tapi kalau orang bukan Islam nak pakai seluar pendek, ia dibolehkan. Dan bagi murid perempuan pula, diwajibkan pakai baju kurung berserta tudung atau telekung, tapi bagi murid yang bukan Islam, dibenarkan kalau tak mau pakai tudung." ...Inilah yang sepatutnya tuan-tuan. Ni dak, ada ka diwajibkan pakai seluaq pendek tapi kalau sapa nak pakai seluaq panjang, boleh. Islam apa lagu tu?...Sepatutnya kalau Islam dah jadi agama rasmi negara, umat Islam kenalah dimuliakan seperti mewajibkan pakaian cara orang Islam. Tu dia tuan-tuan. Tapi apa sebenarnya yang saya nak bagitau di sini ialah sikap hakim tersebut terhadap Islam. Hari ini nak cari hakim lagu ni, memang payah dah nak jumpa?... Ada, bukan takdak. Tapi payah sikit nak jumpa. Jadi setakat ini lah dulu tuan-tuan sekelian. Last sekali kita harap, mudah-mudahan kita semua akan diredhai oleh Allah swt. ]

 

 

Bah 1 - Bab 2 - Hudud - Fasal 4 - Sariqah - Per 69

 

Perkara 69: Pencuri yang dikenakan hukuman hudud atau ta`zir.

1) Mengikut peruntukan hukum syara`, pencuri yang wajib dikenakan hukuman hudud (potong tangan) atau ta`zir adalah tertakluk di bawah kesalahan-kesalahan berikut:

a) Harta atau barangan yang dicuri itu kepunyaan orang lain - bukan kepunyaan bersama.

[ Contohnya katalah ada sorang tu, dia melarikan sebuah kenderaan yang sama-sama dikongsi-belinya bersama dengan si mangsa. Walaupun dalam rekod pendaftaran kenderaan itu tercatat hanya nama si mangsa (tidak ada nama orang yang melarikan kenderaan tu), tetapi jikalau proses pembelian kenderaan tersebut dikongsi secara bersama (misalnya, wang depositnya sama-sama kongsi bayar dan begitu juga dengan bayaran bulanannya pun dikongsi bayar), maka itu sudah dinamakan sebagai hak milik bersama. Jadi dengan sebab itu, kesalahan macam ni tidak boleh dikatakan sebagai kesalahan mencuri sebab orang yang melarikan kenderaan tersebut mempunyai kepentingan bersama. ]

b) Memindahkan dan mengambil harta atau barangan dengan cara bersembunyi (senyap-senyap).

[ Kalau terang-terangan, itu rompakan namanya, bukan lagi mencuri dah tu. ]

c) Berlaku pencurian itu ke atas harta atau barangan yang tidak diamanahkan kepada seseorang itu.

[ Misalnya kita hantar kereta kita kepada seorang mekanik untuk diperbaiki. Tiba-tiba masa kita nak ambik, tengok-tengok kereta kita tu lesap sekali dengan mekaniknya sekali. Dalam hukum syara` atau dalam undang-undang negara kita sekali pun, perbuatan mekanik itu tidak boleh dipanggil sebagai mencuri, tetapi perbuatannya itu dipanggil sebagai pecah amanah jenayah (criminal breach of trust). Bila tidak dikatakan sebagai mencuri, maka perbuatan pecah amanah ini tidak tertakluk di bawah hukuman hudud. Sebaliknya dia tertakluk di bawah ta`zir. ]

d) Pencuri itu melakukan pencurian tadi dengan niat sengaja untuk mencuri.

[ Contohnya katalah sorang tu dia ingat barang tu dia punya, lalu dia pun ambik bawa balik. Bila sampai kat rumah, tengok-tengok bukan dia punya. Lalu dia pun hantar balik. Tiba-tiba on the way dia nak hantar balik tu, kita pulak pi tangkap dia sebab kita cam itu memang barang kita. Dalam kes ini, orang tu hendaklah membuktikan bahwa dia ambik barang tu tanpa ada niat nak mencuri atau dalam keadaan salah-faham. ]

2) Pencuri yang mencuri harta atau barangan kepunyaan bersama tidak boleh dikenakan hukuman hudud (potong tangan) kerana pemilik sesuatu harta atau barangan tidak boleh didakwa mencuri harta atau barangan kepunyaan sendiri.

3) Pencuri yang telah dikenali dan telah ditangkap serta telah sabit kesalahannya dalam mahkamah tanpa menimbulkan sebarang keraguan wajib dikenakan hukuman hudud (potong tangan) ke atas pencuri itu dengan berdalilkan firman Allah Ta`ala dalam surah al-Maidah ayat 38 yang disebutkan dalam perkara 67.

[ Makna ayat ini ialah sekiranya mana-mana pencuri yang telah dikenal pasti lalu ditangkap, ditahan dan dibicarakan; kemudian didapati bersalah dengan yakin bahwa dia telah mencuri, maka wajib ke atas pemerintah untuk memotong tangan si pencuri itu berdasarkan kepada nas sepertimana yang telah kita baca dalam perkara 67 yang lalu. Dimana nas atau autoriti daripada Allah swt dalam surah al-Maidah ayat 38 itu tidak boleh ditolak oleh seorang ulama` pun kerana ia memang cukup jelas. Tetapi dilemma yang ada pada kita hari ini ialah apabila ada di kalangan orang-orang Islam yang masih lagi teragak-agak untuk melaksanakan hukuman potong tangan walaupun sudah jelas sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah swt. Alasan yang selalu kita dengar ialah depa kata bahwa sebenarnya memang nak buat pun undang-undang Islam dalam negara kita ni, tetapi kekurangan pakar yang menjadi masalahnya...Pelik tak tuan-tuan alasan macam ni kalau kita relate dengan perkembangan semasa sekarang?...Puak karat kata kita takdak pakar tetapi awat bila makbapak pakat ramai-ramai hantar anak-anak pi mengaji kat sekolah agama, depa pulak jadi gelabah melenting tak tentu pasai?...Nampak tak tuan-tuan, busuknya hati perut puak umno ni. Dan-dan kata, kita pun nak kena belajaq benda lain juga seperti sains dan teknologi umpamanya. Makbapak yang disalahkan pulak. Okay kalau betoi kita kekurangan pakar agama, sepatutnya ramai-ramai lah kita hantar anak pi ke sekolah ugama; betoi tak tuan-tuan?...Ni dak, disalahkan makbapak pulak, "..sikit-sikit nak hantaq pi sekolah ugama. Sikit-sikit nak hantaq pi hapai Quran.."...Dah hang kata kita kurang dalam bidang agama, apa salah ka makbapak hantaq anak depa pi sekolah agama?...Sampai ke tahap nak didenda pulak dah makbapak yang tak mau hantaq anak depa pi sekolah kebangsaan?...Ni apa cerita?...Inilah sebenarnya yang menggambarkan kepada kita bahwa puak umno hari ini sedang dilanda satu penyakit hati yang terlalu kronik untuk diubati. Sehingga depa tak reti dah nak buat justification yang mana lebih prioriti, antara kepentingan agama dengan kepentingan peribadi. Apa yang kita lihat, depa lebih cenderong ke arah kepentingan peribadi daripada kepentingan agama.

Okay mari kita tengok sekali lagi apa kata Allah dalam ayat 38 Suratul Maidah. Di tengah-tengah ayat tu Allah Ta`ala kata, "..hukuman potong tangan itu adalah sebagai balasan di atas apa yang mereka lakukan. Dan juga sebagai suatu hukuman pencegahan daripada Allah..."...Inilah dia satu hukuman yang dijamin oleh Allah swt dalam bentuk preventive sekiranya kita nak menghapuskan langsung gejala jenayah mencuri ni. Tuan-tuan boleh faham dak point yang saya nak bagitau ni?...Okay kalau kurang faham, mai saya bawa satu contoh. Tuan-tuan tau ubat gigi jenama colgate kan?...Awat pulak tak tau, sampai nak beli darlie pun kita sebut beli colgate, pi beli fresh n white pun kita kata beli colgate; mai lah jenama apa pun, orang tak sebut dah ubat gigi tapi orang pakat dok sebut colgate jugak. Sebab apa jadi lagu tu?...Sebab brand "colgate" tu telah menempa nama di peringkat masyarakat sejak turun temurun lagi. Begitulah halnya dengan maggi. Bukan takdak jenama mee segera yang lain. Cintan ada, karamah ada, banyak lagi jenama yang lainnya. Tapi masa nak beli; cintan kita kata maggi, karamah pun kita kata maggi, maggi pun kita kata maggi. Pasai apa jadi lagu tu?...Pasai jenama "maggi" ni sudah pun establish di bidang perniagaan mee segera. Semua orang tahu dah qualiti dia sehingga sebut saja mee segera, orang akan bayangkan maggi. Tapi ayat 38 dalam Suratul Maidah itu tadi bukannya datang daripada maggi, bukan gerentinya datang daripada liver brothers; tapi brandnya dan gerentinya adalah daripada Allah Ta`ala. Allah sendiri yang bagi jaminan tentang undang-undang potong tangan tu sebab itu adalah produkNya. Tapi tiba-tiba jaminan ini tidak diperakui oleh masyarkat kita. Tak ke celaru tu tuan-tuan?

Kalau tuan-tuan tengok satu programme tv beberapa hari yang lepas, macamana pengacara rancangan itu telah menemuramah seorang professor, meminta pandangan dia terhadap hukuman mati ke atas perogol kanak-kanak. Professor itu tak setuju, tuan-tuan sekelian. Antara kata dia, kalau dihukum mati kepada perogol kanak-kanak; ini akan menggalakkan para perogol membunuh kanak-kanak yang dirogolnya itu. Nampak tak tuan-tuan macamana dia guna logik akai dia saja tanpa sebarang fakta. Sepatutnya dia kena bercakap atas fakta kajian. Buat la kajian dulu. Compare tengok dulu, berapa banyak kes rogol dalam negara yang buat undang-undang hukuman mati ke atas perogol kanak-kanak, dengan negara yang tidak mengenakan hukuman mati ke atas perogol kanak-kanak?... Ada dia buat kajian?...Takdak tuan-tuan. Inilah hipotesis namanya. Iaitu hanya buat andaian tanpa berasaskan kepada kajian. Tuan-tuan, apa yang kita nak bagitau; walaupun orang yang mencadangkan hukuman mati ke atas perogol kanak-kanak ini bukannya dari jenis orang yang mengaji agama (sebab tudung ala woodywoodpecker je), tapi kita tetap bagi sokongan. Syaratnya, hukuman mati itu hendaklah mengikut undang-undang Islam. Tuuu je. Maknanya kalau perogol itu seorang yang sudah berkahwin, maka tangkaplah dia, bicarakan dia, dan kalau betul dia didapati bersalah merogol kanak-kanak dengan cukup syarat-syaratnya mengikut hukum syara`, maka wajib direjam dia dengan batu sampai mati. Inilah dia undang-undang Allah Ta`ala dan undang-undang Nabi saw.

Tuan-tuan nak tau ka lepas tu professor tu kata apa lagi?...Dia kata, "Sebenarnya dah banyak hukuman mati yang sudah kita buat dalam negara kita ni, tapi tak berkesan pun. Antaranya seksyen 39b akta dadah berbahaya yang mengatakan bahwa sesiapa yang didapati bersalah mengikut seksyen 39b akta dadah berbahaya, maka dia akan dihukum di tali gantung sampai mati mandatori. Berapa ramai dah yang kena gantung, tapi kita boleh tengok pengedaran dadah sampai sekarang masih lagi berleluasa..." ...Tuan-tuan, apa yang kita nak bagitau kat professor ni, kalau betoi nak tengok berkesan, maka kenalah buat cara Islam. Pasai apa pengedaran dadah masih berleluasa walaupun tali gantung dok tunggu depa?...Sebab hukuman mati itu dibuat bukan cara Islam. Cara Islam ialah dilakukan di depan khalayak ramai, bukannya dalam penjara yang sapa pun tak tau. Bila orang tak tengok, macamana nak mai rasa gerunnya. Tengok saja gejala murtad. Akibat tidak ada hukuman ke atas orang yang murtad, gejala ini semakin menjadi-jadi. Dalam Islam, orang yang sudah murtad, kita perlu bagi kaunseling dulu. Pujuk dia, bagi dorongan kat dia suruh dia bertaubat. Kalau tak mau jugak, sampai ke tahap (kalau terpaksa) maki pun boleh. Kemudian selepas 3x kita cuba, dia masih lagi tak mau, kita kena hantar balik dia ke penjara untuk ditahan. Duduk beberapa lama, kita panggil dia sekali lagi untuk bagi kaunseling sekali lagi, pujuk sekali lagi, marah sekali lagi. Tak mau jugak, kita hantar sekali lagi balik ke penjara. Duduk beberapa lama dalam penjara. Kemudian kita panggil dia buat kali ke3, buat kaunseling sekali lagi suruh dia bertaubat. Tapi kali ini kalau dia tak mau jugak, maka tidak ada jalan lain melainkan kepalanya akan dipancung di khalayak ramai. Inilah dia akibat daripada kesalahan gejala riddah. Maka bila manusia tengok hukuman seperti ini, dia akan rasa takut. Inilah kesannya ketegasan undang-undang Islam terhadap orang yang didapati bersalah kerana murtad.

Umpamanya cuba tuan-tuan tengok perkembangan yang berlaku di Nigeria baru-baru ini. Sepertimana yang kita tahu, baru-baru ini berlaku satu rusuhan yang memakan korban ratusan jiwa apabila seorang wartawan wanita kristian bangsa Nigeria yang bernama Isioma Daniel menulis satu artikel yang menghina Nabi saw dalam akhbar Thisday. Bila berlaku rusuhan tersebut, maka majlis fatwa wilayah Zamfara di Nigeria telah mengeluarkan fatwanya dengan mengatakan bahwa Isoma Daniel telah menghina Rasulullah saw, maka Isioma Daniel wajib dibunuh. Apabila keluar fatwa tersebut, tiba-tiba seorang jurucakap kepada jabatan negara Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan bahwa rusuhan agama yang berlaku di Nigeria adalah berpunca daripada majlis fatwa wilayah Zamfara itu tadi. Nampak tak tuan-tuan macamana putarbelitnya kuffar Amerika ini?...Kita sebagai umat Islam, jangan terkeliru dengan kenyataan puak kuffar Amerika ini. Sebab rusuhan itu berlaku sebelum majlis fatwa Zamfara mengeluarkan fatwanya lagi. Jadi sepatutnya Amerika hendaklah menyalahkan Isoma Daniel, sebab Isoma Daniel lah yang membuatkan rusuhan berlaku, bukannya sebab fatwa tersebut.

Bila berlaku insiden rusuhan agama di Nigeria itu, tuan-tuan percaya dak akan ada dikalangan orang melayu kita akan mengkritik fatwa hukum bunuh kepada siapa yang menghina Nabi saw tu?...Dalam negara kita ini, nasib baik tak keluar apa-apa fatwa lagi tentang menghina Nabi saw ni. Kalau keluar fatwa, tuan-tuan percaya tak akan ada orang melayu yang beragama Islam akan menghentam fatwa tersebut?...Yang mujurnya, dalam negara kita hari ini masih belum ada sebarang fatwa yang keluar. Kita kata "mujur" pasai apa?...Pasai kalaulah ada fatwa hukum bunuh kepada siapa yang menghina Nabi saw, sudah tentu akan kedengaran ucapan-ucapan yang boleh membatalkan syahadah kerana mengkritik fatwa tersebut.

Sebenarnya fatwa hukum bunuh kepada siapa yang hina Nabi ni bukannya satu benda baru. Tuan-tuan ingat tak lagi dalam beberapa posting yang lalu, ust Jailani dah cerita tentang kisah pembunuhan Abu Rafi` Salam bin Abi al-Hakiq pada satu waktu menjelang subuh. Dan kali ini, ust Jailani bawa mai satu lagi cerita pembunuhan ke atas seorang yang menghina Nabi saw. Kali ini ia berlaku kepada Kaab al-Ashrof, seorang yahudi yang macho lagi kaya raya. Cerita ini bermula bilamana Kaab al-Ashrof ni dia tidak percaya bila dia dengar Perang Badar al-Kubra dimenangi oleh orang Islam. Macamana nak percaya tuan-tuan oiii!...Kita kan tahu banyak mana orang Islam waktu tu kalau nak compare dengan 1000 tentera musyrikin Mekah yang complete dengan alat-alat perang yang canggih time tu. Dia punya tak percaya sampai dia kata, "Kalau betoi orang Islam menang dalam perang Badar al-Kubra, aku lebih rela mati daripada hidup!"...Nampak tak tuan-tuan macamana sombongnya Kaab sampaikan ucapannya itu nak seakan-akan stail si samu vellu sewaktu tersungkurnya bn di Lunas hari tu. Ingat tak lagi ucapan samy vellu di Lunas dulu?...Dia kata, "Kalau bn kalah, saya tak akan keluar daripada Lunas!"...Piiirah! Masa diumum bn kalah, dia lah yang mula-mula sekali belah. Sama lah juga dengan Kaab al-Ashrof ni pun. Jadi, dia punya marah dan dendam pada Nabi saw sehinggakan dia maki Allah dan Nabi saw sampai takdak ayat dah. Lepas tu tak cukup dengan maki hamun, dia pi karang pulak syair-syair dan lagu-lagu lucah bertujuan untuk menjatuhkan maruah wanita-wanita Islam. Lalu bila Nabi saw dah tak tahan tengok perangai si Kaab ni, maka Nabi saw pun panggil para sahabat ra, lalu kata Nabi, "Siapa dikalangan kamu yang sanggup membunuh Kaab al-Ashrof untuk aku?"...Ada 5 sahabat Nabi saw yang respon dengan seruan Nabi tu dengan mereka menyatakan kesanggupan untuk membunuh Kaab al-Ashrof. Mereka ialah Muhammad bin Maslamah, Abu Nailah Salkan, al-Haris bin Aus dan 2 orang sahabat lagi. Lalu kata Muhammad bin Maslamah, "Ya Rasulullah, adakah kamu mahukan aku membunuh Kaab al-Ashrof?"...Jawab Nabi saw, "Ya! Aku mahu kamu bunuh Kaab al-Ashrof kerana dia menghina Allah, menghina rasulullah, dan menghina maruah wanita Islam." ...Lalu kata Muhammad bin Maslamah, "Ya Rasulullah, izinkan kepada aku bercakap dengan Kaab al-Ashrof dengan cara aku sendiri?"...Bila mendapat keizinan daripada Nabi, Muhammad bin Maslamah pun cari Kaab. Cari punya cari, akhirnya bila dia jumpa Kaab, Muhammad bin Maslamah pun panggil Kaab, "Wahai Kaab! Hang tau ka la ni Muhammad telah mengfardukan pada kami supaya berderma. Ini yang kami risau ni. Jadi, sekarang ni semakin ramai yang berasa tak puashati!"...Lalu kata Kaab, "Kan aku dah kata dah kat hangpa dulu, tapi hangpa tak percaya!..Muhammad tu kalau hangpa dok ikut lagi lama, hangpa nanti lagi susah!" ...Kata Muhammad bin Maslamah lagi, "Wahai Kaab! Boleh dak aku bawa pemuda-pemuda Islam yang tak puashati ni mai berjumpa dengan kamu?"...Oooiiii! Seronok takdak dah si Kaab ni bila dengaq lagu tu. Lalu kata Kaab, "Okay takdak masalah. Kita fix satu date, hang bawa mai pemuda-pemuda tu boleh kita sembang."...Lepas Muhammad bin Maslamah pi, Abu Nailah pulak mai jumpa Kaab al-Ashrof. Cakap Abu Nailah lagi la Kaab percaya sebab Abu Nailah ni ialah adik angkat Kaab. Dengan kesempatan ini, maka Abu Nailah pun menggunakan tipu daya dengan mengatakan bahwa dia nak fix satu malam untuk bawa senjata nak bagi kat Kaab. Tadi Muhammad bin Maslamah janji nak bawa pemuda-pemuda, kemudian yang Abu Nailah pulak janji nak bawa senjata. Sebenarnya itulah dia pemuda-pemuda dan senjata-senajata yang akan membunuh Kaab al-Ashrof. Nampak tak tuan-tuan macamana bijaknya strategi yang diatur oleh squad pembunuh yang dihantar oleh Nabi saw untuk membunuh Kaab al-Ashrof.

Okay bila sampai pada malam yang dijanjikan, kebetulan pulak malam tu malam bulan purnama, maka squad tersebut pergi ke rumah Kaab al-Ashrof. Bila sampai, mereka pun panggil Kaab. Isteri Kaab yang ada dalam rumah bila dia dengaq suara panggilan dari Muhammad bin Maslamah dan Abu Nailah, dia rasa lain macam dah. Lalu dia kata kat Kaab, "Aku nasihatkan engkau wahai Kaab, jangan engkau turun sebab aku dengar bahwa nada suara itu adalah nada suara pembunuhan!"...Tetapi dengan angkuh Kaab kata balik kat isteri dia, "Ish! awak ni..takkan orang semulia aku ni tak respon dengan panggilan orang?..Engkau jangan bimbang la, aku kenai suara tu. Suara adik angkat aku, si Abu Nailah." ...Kaab pun turun pi bersembang. Sembang punya sembang, lebih kurang sejam barulah Abu Nailah memulakan tipu daya dia. Kata Abu Nailah, "Tadi masa saya peluk abang, saya tercium bau yang cukup wangi kat tengkok abang." ...Apa lagi, naik sheikh la si Kaab tu bila orang puji dia. Kan ka kita dok tengok, tok Arab bila berjumpa, depa nanti saling berpeluk sambil masing-masing kucup tengkok sahabat depa. Kita pun hari ini nampak banyak dah dok tiru stail tu. Lama tak jumpa, bila mai macam hari raya baru-baru ni, sekali jumpa, kita pun peluk sahabat kita tu. Sebab tu kalau nak bubuh minyak atar, orang tua-tua petua suruh bubuh kat bawah telinga, kat pergelangan tangan sebab area tu banyak urat saraf. Orang tua-tua kata, ini boleh menyemarakkan lagi bau wangi atar tu. Bawah ketiak, takyah bubuh la pasai sapa pun tak mau cium kat situ.

Okay balik pada cerita Kaab tadi; bila dia kena puji, dengan bangganya dia kata kat Abu Nailah, "Awat tak wanginya aku malam ni sebab malam ini aku tidoq dengan seorang pompuan simpanan aku yang paling wangi di semenanjung tanah Arab!" ...Nampak tak dia punya exaggeration tu?...Lepas tu bila Abu Nailah tengok perangkap dia dah mengena, dia pun kata kat abang angkat dia tu, "Ooo!..kalau lagu tu, boleh dak aku cium sekali lagi?"...Kata Kaab, "Awat taklehnya, cium lah banyak kali pun takpa."...Abu Nailah pun bila dia cium sekali lagi, kali ni dia pegang kuat-kuat kepala si Kaab tu lalu time tu lah diarahnya Muhammad bin Maslamah, al-Haris bin Aus dan 2 orang lagi pakat tibai dengan pedang. Tapi dalam keadaan kelam kabut tu, dalam masing-masing dok katok, dok tikam si Kaab, tiba-tiba libasan pedang dari salah seorang sahabat secara tak sengaja terkena al-Haris bin Aus, mengakibatkan al-Haris bin Aus cedera parah. Walaupun al-Haris bin Aus cedera, tapi depa sempat bunuh dan memancung kepala Kaab al-Ashrof untuk bawa kepada Nabi saw...Bila depa balik, dari jauh lagi bila depa nampak Nabi, squad pembunuh tadi pakat bertakbir ramai-ramai, "ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!"...Nabi saw pulak bila nampak depa bertakbir dari jauh, baginda pun menyahut takbir itu dengan "ALLAHUAKBAR!" kerana baginda tahu itulah tanda kejayaan membunuh Kaab al-Ashrof. Nampak tak tuan-tuan, sebab itu kita kata bahwa amalan bertakbir tu adalah amalan Nabi saw. Jadi, pasai apa ada orang melayu phobia sangat bila dengaq TAKBIR!?...Pasai apa nak phobia pulak sebab Nabi saw yang ajar kita, kalau kita berjaya buat satu benda, pakat takbirlah ramai-ramai...Okay bila depa sampai kat Nabi, baginda pun mengubati al-Haris bin Aus. Dengan mukjizat yang dimiliki oleh Nabi yang diizin Allah, kecederaan al-Haris bin Aus sembuh pada malam itu juga.

Kesimpulan dari cerita ini tuan-tuan, sebenarnya ia menjadi dalil kepada kita bahwa dalam kita berlembut semasa berdakwah, ada ketika dan ada tempatnya kita juga kena bertegas dan berkeras. Kerana dalam sunnah Nabi saw, apabila 2 orang yahudi ini (Kaab al-Ashrof dan Abu Rafi` Salam bin Abi al-Hakiq) dibunuh, selepas itu, orang-orang yahudi tidak lagi berani menghina Allah swwt, menghina Rasulullah saw dan menghina Islam di depan orang-orang Islam. Pasai apa?...Pasai depa tahu, walaupun orang Islam itu lembut dalam berdakwah tapi sampai pada ketika-ketika tertentu, orang Islam akan melakukan kekerasan terhadap musuh-musuh Allah swt...Tapi jangan ingat saya nak suruh tuan-tuan pi bunuh orang pulak. Ni pun nak kena peringat jugak ni. Tapi cerita macam ni, nak habag bahwa fatwa bunuh orang yang hina Nabi saw adalah sesuai dengan sunnah yang diajar oleh Nabi saw. Ini yang kita kena faham. Tapi kita kena ingat juga bahwa peristiwa seperti pengeboman di Bali, serangan di hotel dan di lapangan terbang di Mombasa, Kenya, semua itu adalah tidak sesuai dengan ajaran Islam. Pasai apa?...Sebab Nabi saw sendiri bila dia nak hantaq pasukan pembunuh untuk membunuh Abu Rafi` Salam bin Abi al-Hakiq, baginda pesan awai-awai, "Kamu pergi bunuh Abu Rafi` sahaja. Jangan sekali-kali kamu membunuh kanak-kanak dan perempuan yang tidak berdosa." ...Sebab tu tuan-tuan jangan dok naik sheikh tak tentu pasal bila tengok setiap product Amerika, "Oooo! Kfc ni Amerika ni..jom kita bom!"...Jangan dok buat kerja macam ni tuan-tuan. Tak boleh, Nabi saw tak bagi sebab itu adalah tempat awam. Kita tak mahu orang yang tidak bersalah juga turut terbunuh. Orang yang patut dibunuh ialah orang yang disabitkan kesalahannya mengikut hukum syara`. Itu pun bukan kita punya kerja sebab hukum menghukum ni adalah kerja pemerintah. Inilah ajaran Islam yang dibawakan kepada kita oleh Nabi saw. ]

4) Seseorang yang mencuri harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya untuk menjaga harta atau barangan itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud (potong tangan) kerana ia telah diberi kuasa oleh tuan punya harta atau barangan itu untuk menjaga harta atau barangan tadi selaku pemegang amanah. Dalam kes ini hakim hendaklah mengenakan hukuman ta`zir ke atas mereka yang melakukan kesalahan itu yang termasuk dalam kategori kesalahan dalam kes pecah amanah.

[ Maknanya kes pecah amanah bukannya mencuri, sebab itu dia tak boleh dikenakan hudud walaupun perbuatan itu tetap haram. Jadi orang yang pecah amanah hanya akan dikenakan ta`zir sahaja bukannya hudud. ]

5) Hukuman ta`zir dalam kes pecah amanah adalah terserah kepada kearifan dan kebijaksanaan hakim mengikut budibicara yang difikirnya wajar dan sesuai serta seimbang dengan kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah itu, dan hakim diberi kuasa penuh secara mutlak oleh syara` dalam menentukan hukuman ta`zir yang dikenakan ke atas penjenayah yang melakukan kesalahan dalam kes pecah amanah itu.

[ Ceraian (5) ini adalah turutan daripada ceraian (4) yang membicarakan tentang criminal breach of trust. Kesalahan jenis ini tertakluk di bawah undang-undang ta`zir. Bila sebut di bawah undang-undang ta`zir, maknanya ia bukan di bawah undang-undang hudud. Contohnya katalah seorang yang bekerja sebagai cashier, tiba-tiba dia jadi "gelap mata" bila tengok duit banyak, lalu dilarikannya duit yang diamanahkan oleh majikannya itu. Adakah perbuatannya itu dianggap sebagai kesalahan mencuri mengikut undang-undang hudud?...Tidak tuan-tuan. Kesalahan seperti ini tidak tertakluk kepada sariqah. Ia hanya tertakluk di bawah undang-undang ta`zir. ]

6) Pencuri yang wajib dikenakan hukuman hudud (potong tangan) ialah mencuri sesuatu harta atau barangan dengan niat (sengaja) untuk mencuri, dan ia mengetahui bahawa harta atau barangan yang diambilnya itu bukan hak miliknya, dan tujuannya mengambil harta atau barangan tadi untuk dimilikinya tanpa pengetahuan dan kerelaan tuan punya harta atau barangan itu.

[ Kalau seseorang itu ambik suatu barang dengan niat lain dari mencuri, seperti nak pinjam sat apa ka, itu tidak dinamakan sebagai mencuri. Yang kata mencuri ni, dalam hati dia memang berniat sengaja untuk ambik barang yang bukan milik dia untuk dijadikan dia punya.

Sementara itu dalam mahkamah pula, antara beban pembuktian yang perlu pihak pendakwa adakan bagi membuktikan bahwa si pencuri itu telah melakukan kesalahan mencuri ialah dia mesti pastikan bahwa barang kes itu bukan hak milik si pencuri, sebaliknya ia milik bagi mangsa si pencuri tersebut. Contohnya, ust Jailani cerita tentang satu kes yang dikendalinya sendiri di sebuah mahkamah majistret dalam negeri P.Pinang. Dalam kes tersebut, anak guam ust telah dituduh mencuri jongkong timah kerana ia dijumpai pada badan dia ketika dicheck oleh sekuriti kilang dia bekerja. Tetapi apabila perbicaraan dijalankan, tiba-tiba pihak pendakwa tidak membuktikan bahwa barang kes itu milik kilang tersebut. Tugas pendakwa selain mesti membuktikan barang kes itu bukan milik si pencuri, dia juga mesti membuktikan bahwa barang kes tersebut adalah milik si pengadu. Jadi dalam kes anak guam ust ni, tidak ada saksi yang dibawa oleh pihak pendakwa untuk memberi keterangan bahwa jongkong timah itu milik kilang tersebut. Ini bermakna tidak ada keterangan saksi. Ya, memang betul jongkong timah itu jumpa pada badan anak guam ust, tetapi apabila pihak pendakwa gagal membuktikan ianya milik kilang tersebut, maka anak guam ust telah dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Lepas tu menurut ust Jailani, apabila anak guamnya yang dituduh mencuri itu dibebaskan, datang seorang sahabat tanya kat ust, "Ust tak rasa berdosa ka dok bela orang-orang jahat ni?"...Ust Jailani jawab, "Sebenarnya kerja peguam ni adalah selari dengan kehendak hukum syara`, sebab hukum syara` menggariskan bahwa apabila seseorang tertuduh dibawa ke mahkamah, menjadi tugas hakim untuk mencari ruang bagaimana hendak melepaskan tertuduh daripada pertuduhan. Jadi tugas hakim bukannya cari sebab untuk jatuhkan hukuman. Tapi tugas hakim sebenarnya ialah mesti cari ruang macamana nak lepaskan si tertuduh. Kalau hakim tu cari punya cari ruang secara jujur tapi tak jumpa juga, maka pada masa itu wajib bagi hakim menjatuhkan hukuman sebagaimana kehendak hukum syara`. Tapi itu semua cerita zaman dulu. Pada hari ini, tugas seperti itu diambil-alih oleh peguam-bela. Peguambela akan mencari jalan sekadar yang telah ditetapkan hukum syara`, macamana nak lepaskan anak guamnya." ...Tu ceritanya. Kemudian kata ust Jailani lagi, "Kalau hangpa kata peguambela ni jahat, saya pun boleh kata pegawai pendakwa pun orang jahat juga. Pasai apa saya kata lagu tu?..Sebab orang yang tak tau salah tak salah lagi, tiba-tiba dia boleh minta kat mahkamah penjarakan orang tu. Tak jahat ka orang lagu ni tuan-tuan?" ...Jadi pointnya di sini ialah hari ini tugas hakim telah diambil-alih oleh pegawai pendakwa dan peguambela. Mereka akan berhujjah melalui angle yang berbeza. Dan daripada hujjah-hujjah inilah, hakim gunakan untuk membuat pertimbangan. ]

7) Seseorang yang mengambil sesuatu harta atau barangan yang disangkanya harta atau barangan itu sudah dibuang oleh tuannya (tidak berguna lagi) atau disangkanya harta atau barangan itu bukan hak milik orang tidak boleh dikenakan hukuman hudud.

[ Contohnya katalah kita perlukan beberapa keping papan nak buat reban ayam. Tiba-tiba mata kita terpandang 2-3 keping papan yang diletakkan di luar rumah jiran kita dan berhampiran pula dengan tempat buang sampah. Bila dekat dengan tempat sampah, kita sangka papan tu nak dibuang la kot. Tapi bila kita ambik, tiba-tiba jiran kita tu buat lapuran polis kata kita pi curi papan dia pula. Dalam kes lagu ni adakah kita boleh dikenakan hukuman hudud?...Tak boleh tuan-tuan. ]

8) Seseorang yang mengambil sesuatu harta atau barangan hak milik orang lain bukan tujuan untuk memilikinya, malah hanya untuk melihat keadaan harta atau barangan itu sahaja atau untuk digunakannya dalam masa tertentu (untuk sementara waktu sahaja) kemudian harta atau barangan tadi akan dikembalikannya semula ke tempat asalnya tidak boleh didakwa sebagai pencuri dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud.

[ Kalau seseorang itu boleh membuktikan pada mahkamah bahwa dia berniat nak hantar balik barang yang diambilnya, maka itu tidak dinamakan sebagai mencuri. ]

9) Seseorang yang mencuri harta Baitulmal tidak boleh dikenakan hukuman hudud, kerana setiap orang mempunyai hak milik dari harta Baitulmal. Ini adalah merujuk riwayat bahawa Khalifah Umar telah menerima surat daripada pegawainya menanyakan seseorang yang mencuri sesuatu harta atau barangan kepunyaan Baitulmal. Khalifah Umar menjawab: Jangan dipotong tangannya, kerana setiap orang mempunyai hak dari harta-harta Baitulmal itu.

[ Makna ayat ini ialah apabila seseorang itu mencuri harta yang dia ada share dalam harta tersebut, maka perbuatannya itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Contoh yang disebut oleh pengarang dalam kitab ini ialah perihal Baitulmal. Seseorang yang mencuri harta Baitulmal tidak wajib dipotong tangannya sebab harta Baitulmal adalah termasuk harta si pencuri tu jugak. Samalah jugak kalau ada sapa ka pi mencuri harta kerajaan. Tuan-tuan jangan salah faham pulak. Bukannya saya nak ajak sapa-sapa pi mencuri sebab perbuatan mencuri tu tetap haram. Tapi apa yang kita nak bagitau di sini ialah boleh potong tangan ke tidak...Okay katalah kita geram tengok lampu raya bergemerlapan indah yang digantung di sepanjang jalanraya dalam area town tu. Ada yang berbentuk ketupat, ada yang berbentuk bulan bintang, ada yang berbentuk bungapi dan bermacam-macam lagi, yang saya dimaklumkan cost lampu-lampu tersebut mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Mahal tu tuan-tuan. Sebab tu kita pun jadi geram. Kalaulah ada orang pi curi lampu tersebut, adakah dipotong tangannya mengikut undang-undang Islam?...Jawapannya tidak boleh, sebab barang tersebut kepunyaan kerajaan. Bila sebut hak kerajaan, bermakna setiap rakyat mempunyai bahagiannya dalam harta tersebut. ]

10) Seseorang yang memberi hutang, mencuri sesuatu harta atau barangan kepunyaan orang yang berhutang kepadanya senilai dengan nilai hartanya yang ada pada orang yang berhutang itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud kerana ia mengambil harta atau barangan orang yang berhutang itu sebanyak nilai hartanya yang ada pada orang yang berhutang tadi. Dan ini bermakna ia mengambil harta kepunyaannya sendiri yang tidak boleh didakwa di bawah kes sariqah (mencuri).

[ Contohnya katalah si A berhutang RM1000 dengan si B. Kemudian bila sampai masa untuk A bayaq, tiba-tiba A buat derk je. Puas dah B minta duit dia balik daripada si A. Tapi A macam tak reti-reti. Minta reti tapi nak bayaq pulak tak reti. Jadi, kalaulah B hilang sabaq dia, lalu dia pi curi si A punya tv ngan vcd player yang jumlahnya hampir RM1000; adakah perbuatan B boleh dikenakan hukuman hudud?...Tak boleh tuan-tuan. Malah dibolehkan dalam hukum syara` kepada si B untuk merampas harta si A kerana keengganan A bayaq hutang kepada B. ]

11) Seseorang yang mencuri harta atau barangan yang dipinjamkannya kepada seorang yang lain tidak boleh dikenakan hukuman hudud, kerana ia adalah sebagai orang yang mengambil harta kepunyaannya sendiri yang tidak boleh didakwa di bawah kes sariqah (mencuri) juga.

 

 

 

Bah 1 - Bab 2 - Hudud - Fasal 4 - Sariqah - Per 70 - 71

 

Perkara 70: Mencuri harta ibubapa atau sebaliknya.

Seseorang anak yang mencuri harta atau barangan ibubapanya hingga ke atas (datuk dan seterusnya) atau ibubapa mencuri harta atau barangan anaknya hingga ke bawah (cucu dan seterusnya) tidak boleh dikenakan hukuman hudud, kerana didapati kesamaran tentang hak milik di antara kedua belah pihak. Kes ini adalah merujuk hadith Rasulullah saw yang bermaksud: Engkau dan harta engkau adalah kepunyaan bapa engkau. (Ibn Qudamah: al-Mughni 10/284)

[ Berdasarkan daripada hadith di atas, para ulama` telah membuat satu rumusan bahwa kalau seorang bapa curi harta anak dia, atau seorang ibu curi harta anaknya, atau seorang datuk curi harta cucunya, atau seorang moyang curi harta cicitnya, begitu juga sebaliknya, kalau anak curi harta ibubapanya, atau cucu curi harta datuk nenek dia; maka tidak boleh dikenakan hukuman hudud ke atas kesalahan macam ni kerana mereka saling milik memiliki antara satu sama lain.

Tapi hari ini kalau tuan-tuan buka paper, macam-macam cerita disiarkan yang boleh bagi kita pening kepala. Hari tu disiarkan macamana ada seorang anak boleh pi saman ibu dia sendiri pasai nak berebut harta peninggalan ayah dia. Institusi keluarga apa kalau macam ni tuan-tuan?...Depa tak rasa malu ka, satu M`sia punya dok baca pasai depa.

Ust Jailani sendiri kata dalam bulan lepas, ada satu kes yang dikendalikannya di mahkamah syariah Batu Gantung, P.Pinang . Kes itu berkenaan dengan sepasang datuk nenek saman anak menantunya sendiri sebab nak merebut cucu. Nampak tak tuan-tuan, tak pening ka lagu ni punya cerita?...Ust Jailani kata bila anak dan menantu tu mai jumpa dia, dia sanggup ambik kes tersebut sebab dilihatnya rumahtangga anak menantu tu elok saja, takdak masalah apa pun. Yang tak pasai-pasai datuk ngan nenek tu nak buat kacau pasai apa?...Ust kata hat peningnya, takdan masuk mahkamah lagi, tiba-tiba depa pi bergaduh kat luar mahkamah. Inilah adegan yang paling malu sebab pakat habih semua orang dok tengok depa bergaduh pulak. Itulah cerita datuk nenek dengan anak menantu pada zaman mutakhir ini.

Kemudian dalam 2 minggu selepas tu kalau tuan-tuan baca dalam paper, ada pula cerita tentang seorang wanita mempertikaikan mahkamah syariah kerana ada 2 keputusan perintah. Iaitu satu adalah perintah daripada mahkamah syariah negeri T`ganu dan satu lagi adalah perintah daripada mahkamah syariah negeri Kedah. Wanita tersebut tak puashati sebab dah dikeluarkan beberapa kali waran tangkap ke atas bekas suaminya tapi polis tak tangkap-tangkap juga, lalu dia takdak pilihan akhirnya dia pi jumpa pihak akhbar untuk disiarkan ceritanya, maka selepas itu kita lihat bagaimana kritikan demi kritikan telah dikenakan kepada mahkamah syariah. Yang ni saya tak berapa berkenan ni. Sebab tuan-tuan pun tahu kan, bagaimana tendency pihak-pihak tertentu hari ini kalau ada isu tentang bab-bab agama. Kalau ada berita tentang bab syariah, bab ulama`, bab-bab pejuang agama, berita-berita itu akan disensasikan. Okay berbalik kita kepada cerita wanita tadi (saya namakan "Puan x"). Sebenarnya peguam kepada bekas suami "puan x" itu adalah ust Jailani sendiri. Mengikut fakta kes, perceraian "puan x" dengan bekas suaminya itu adalah berpunca kerana "puan x" nak berkahwin dengan seorang lelaki lain. Ini dia fenomena yang banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Bila dia kenal seorang lelaki lain, menyebabkan dia rasa suami dan anaknya sudah tidak bernilai lagi. Bekas suami dia kata, "Kalau kamu nak bercerai daripada aku, boleh, takdak masalah. Tapi syaratnya, anak kita ni, aku yang jaga."...Orang pompuan tengah gila kat satu jantan, hang letak pi lah syarat apa pun, dia tak heran punya. Akhirnya dibuat satu agreement dan ditandatangani di hadapan seorang Qadi di Pejabat Qadi Alor Setar. Isi perjanjian itu ialah isteri minta cerai dan antara syarat persetujuan perceraian ialah hak jagaan anak perempuan mereka itu diserahkan pada si bapa. Dan kalau ikut hukum syara` pun memang lagu tu. Kalau bekas isteri berkahwin dengan satu orang lelaki yang bukan mahram kepada anak perempuan dia, maka hak jagaan anak perempuan itu mesti diberikan kepada si bapa.

Okay selepas tu mereka pun bercerai dan si perempuan tadi dapat berkahwin dengan lelaki idamannya tadi. Kemudian selang beberapa tahun, setelah saat-saat manis habih dah dikecapi, tiba-tiba "puan x" teringat balik kat anak dia. Di sinilah bermulanya pertembungan tadi. Lalu "puan x" mengfailkan kes di mahkamah syariah negeri T`ganu untuk mendapatkan kembali hak jagaan ke atas anak perempuannya yang sekarang ini dijaga oleh bekas suaminya. Kita percaya bila "puan x" buat aduan kat mahkamah syariah negeri T`ganu, dia pasti tidak menunjukkan surat perjanjian antara dia dan bekas suami dia ketika bercerai dulu...Okay bila aduan dibuat, maka mahkamah syariah negeri T`ganu pun mengeluarkan satu perintah sementara (interim order). Perintah ini boleh diketepikan sebab dia bukannya muktamad. Bila bekas suami dapat tahu, dia pun pi jumpa ust Jailani. Bila ust Jailani tengok hukum syara` menyebelahi bekas suami dan bekas suami itu pula anak tempatan negeri Kedah, maka tempat yang paling sesuai ialah pergi kepada mahkamah tinggi syariah Alor Setar dan minta satu perintah bahwa hak jagaan sementara diberi kepada si bapa. Sekarang bila ada dua perintah sementara, "puan x" pun pertikai. Dia pergi ke Ibupejabat Polis daerah Kulim dan minta pihak polis tolong dia ambik balik anak dia. Polis pun hantaq 2 buah kereta perondanya ke rumah bekas suami tersebut. Sebelum tu, ust Jailani dah pesan kepada anak guamnya bahwa dalam masalah hak jagaan anak, kalau polis mai dengan keretakebal sekalipun, jangan dok buka pintu sebab pihak polis tidak ada kuasa untuk campurtangan dalam masalah keluarga. Tapi orang kampung, biasalah, emak kepada anak guam ust, bila dia tengok 2 buah kereta peronda polis mai rumah dia, dia jadi takut. Dia terus saja buka pintu walaupun polis tak buat apa lagi. Bila diminta ikut ke balai, dia terus saja ikut walaupun sebelum ini ust dah pesan, jangan ikut. Ust pun bergegas ke IPD Kulim untuk berjumpa dengan "puan x". Bila berjumpa, "puan x" kata kat ust, "Mahkamah negeri T`ganu bagi hak jagaan sementara kat aku!"...Lalu kata ust, "Mai kejap saya nak tengok perintah tu."...Tengok-tengok, dalam perintah itu ada tertulis, "Perintah sementara ini diberikan kepada ibu sehingga ada perintah lain dibuat." ...Lalu ust Jailani pun tunjuk kat "puan x" satu perintah lain, iaitu hat negeri Kedah punya. Apa lagi, melenting habih la si pompuan tu. Dia maki ust, lalu dia rampas dan bawa lari anak dia dengan Perdana V6 tanpa sempat disekat. Bila tengok keadaan lagu tu, anak guam ust tanya, "La ni macamana? Tak boleh ka buat roadblock?"...Ada ka nak suruh buat roadblock?...Ini bukan kes bunuh. Ini hanya kes mak bapak berebut hak jagaan anak. Polis takkan buat roadblock kes lagu ni. Ust kata, "La ni lagu ni. Kita buat macam dia juga. Dia kidnap anak kita. Kita kidnap anak dia balik."...Bila ust bagi idea lagu tu, satu hari, anak guam ust pi rampas balik anak dia dan dia tak bagi dah anak tu pada bekas isteri tu. Marah habih la "puan x". Tu yang keluar waran tangkap tu. Lalu ust kata kat anak guam dia, "Hang jangan takut. Waran tangkap kat negeri T`ganu tidak boleh dikuatkuasakan di negeri Kedah."...Pasai apa jadi lagu ni tuan-tuan?...Sapa yang buat undang-undang ni?...Sapa lagi kalau bukan orang putih penjajah zaman dulu. Depa buat state list, yang mana dalam soal sesuatu negeri, negeri lain tak boleh campurtangan. Bukan kata negeri lain tak boleh masuk campur, Pusat pun turut tak boleh masuk campur juga. Sebab tu sapa yang dikeluarkan waran tangkap di P.Pinang, mudah saja kalau dia nak lari. Dia boleh lari duduk kat Sungai Petani, kira selamat la dia sebab S.Petani dah dalam negeri Kedah. Waran tangkap yang dikeluarkan oleh P.Pinang tak boleh dikuatkuasakan dalam negeri Kedah. Ni saya dok ajaq orang buat jahat pula ni. Kalau betoi hangpa buat salah, jangan dok buat perangai lagu ni. Hangpa kena ingat, memang betoi hangpa boleh selamat di dunia, tapi kat akhirat hangpa tak selamat.

Nampak tak tuan-tuan macamana susahnya kalau tidak ada keseragaman undang-undang dalam negara kita. Sebab apa jadi lagu ni?...Sebab antara satu negeri dengan negeri yang lain, mereka berada di bawah kuasa raja. Orang putih penjajah ni, depa cukup pandai. Walaupun dalam hal agama depa bagi kat raja-raja, tapi hat depa bagi tu bukannya keseluruhan. Depa hanya bagi satu juzuk yang kecik saja, iaitu dalam hal undang-undang keluarga Islam sahaja. Undang-undang keluarga Islam inilah yang depa panggil sebagai agama dan antara raja-raja ni pulak depa diberi kuasa yang tersendiri. Nampak tak tuan-tuan, bila ini berlaku, kita akan nampak undang-undang syariah ini tidak seragam, tidak elok dan tidak teratur. Orang akan cakap, "Undang-undang syariah yang simple lagu ni pun depa tak boleh nak sepakat, inikan pula hudud!"...Nampak tak macamana halusnya strategi puak kuffar untuk merosakkan Islam.

Sebenarnya kita boleh selesaikan permasalahan undang-undang Islam ini sekiranya masing-masing ingat bahwa kita semua akan mati dan akan berhadapan dengan negeri akhirat. Di atas dunia ni memang betoi kita boleh menang. Kita boleh guna pelbagai cara temasuklah menipu untuk mengekalkan kuasa dan pangkat. Orang seperti ini, dia lupa bahwa ada satu lagi mahkamah di negero akhirat kelak. ]

 

Perkara 71: Mencuri harta isteri atau sebaliknya.

Seseorang suami yang mencuri harta atau barangan isterinya atau sebaliknya terdapat 3 pendapat:

1) Suami yang mencuri harta atau barangan isterinya atau sebaliknya boleh dikenakan hukuman hudud, kerana perhubungan di antara suami isteri dengan akad nikah adalah satu perjanjian bahwa suami itu akan memberi nafkah kepada isterinya, dan hubungan di antara suami isteri dengan sebab akad nikah itu tidak menggugurkan hukuman hudud ke atas suami yang mencuri harta atau barangan isterinya atau sebaliknya.

[ Pendapat yang pertama ini mengatakan bahwa sekiranya si suami mencuri harta isteri atau si isteri curi harta suami, maka wajib dikenakan hudud. Ini adalah kerana hubungan suami isteri tersebut hanyalah satu perjanjian pernikahan di antara mereka berdua, yang hanya menghalalkan aurat masing-masing tetapi tidak kepada hudud.

Pasai apa kitab ini cerita kat kita berbagai-bagai pendapat?...Sebab dengan adanya banyak pendapat, membolehkan fikiran kita lebih terbuka. Kita boleh differentiate pendapat mana yang kuat, pendapat mana yang dhoif, pendapat mana yang terkeluar daripada jamaah ahli sunnah dan sebagainya. Bila kita faham adanya perbezaan pendapat dikalangan para ulama` dalam Islam, maka takyah la lagi kita bergaduh dalam hal-hal furu`iyah. ]

2) Suami atau isteri yang mencuri harta atau barangan salah seorang daripadanya tidak boleh dikenakan hukuman hudud, kerana isteri itu adalah berhak mendapat nafkah daripada suaminya, dan suami itu pula berhak untuk menahan isterinya tetap tinggal di rumah (tidak boleh keluar dari rumahnya), dan suami itu juga berhak melarang isterinya membelanjakan hartanya.

[ Pendapat kedua ni pula kata, tak boleh kena hudud sebab kalau suami gagal bayar nafkah kepada isteri maka isteri boleh curi harta suami dia. Nafkah isteri telah menjadi kewajipan suami. Kalau isteri nak pakai baju kebarong, kosnya suami wajib bayaq. Kalau isteri sakit, ubatnya suami wajib bayaq. Kalau isteri nak makan nasi kandaq, yang wajib bayarnya ialah si suami. Cumanya zaman la ni, bila kedua-dua suami isteri bekerja, kebanyakannya masing-masing dah give n take. Boleh bertolak ansur, kalau suami bayaq ansuran kereta, isteri bayaq yuran sekolah anak. Kalau suami bayaq ansuran rumah, isteri bayaq bil api air. Makna kata kalau isteri redha, ini amat dialu-alukan. Tetapi kalau isteri tidak redha, tuan-tuan kena jual benda yang tak wajib bagi menanggung kos sara hidup termasuklah nafkah isteri. Para isteri jangan "naik tocang" pulak bila saya kata lagu ni. Saya bagitau benda betoi ni. Jadi, kalau isteri tidak benarkan duitnya digunakan, maka tuan-tuan tak boleh guna duit dia. Sebab tu masa dok bercinta dulu, kita kena tackle betoi-betoi. ]

3) Suami yang mencuri harta atau barangan kepunyaan dan hak milik isterinya boleh dikenakan hukuman hudud, kerana suami itu tidak mempunyai hak dalam harta atau barangan kepunyaan isterinya. Dalam kes ini isteri yang mencuri harta atau barangan kepunyaan suaminya tidak boleh dikenakan hukuman hudud, kerana isteri itu mempunyai hak milik harta atau barangan suaminya dengan nafkah yang wajib diterimanya daripada suaminya.

[ Pendapat ke3 ini menepati mazhab Syafie. Kalau suami mencuri harta isterinya, dia kena hukuman hudud. Tapi kalau isteri curi harta suaminya, tidak pula dikenakan hudud sebab isteri ada hak dalam harta suami. Tuan-tuan tak boleh kata, ini tak aci. Sebab memang Allah swt memerintah dan amanahkan isteri ini kepada para suami. Sebab itu kalau buat faraid, orang lelaki dapat bahagian yang lebih besaq daripada perempuan. Tapi walaupun lelaki dapat lebih, dia kena share bersama dengan orang di bawah tanggungannya. Perempuan walaupun dapat sikit, tapi dia tidak wajib untuk membelanjakan bahagiannya kepada ahli keluarga dia. Contohnya katalah kita ada mak ayah yang dah tua. Adik beradik kita pula ada 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Sapa antara adik beradik kita ni yang wajib jaga mak ayah dia?...2 orang lelaki tulah yang wajib jaga mak ayah depa, bukannya anak perempuan. Kalau mak ayah dalam keadaan susah sekalipun, kalau anak perempuan tak mau keluarkan duit, maka kita sebagai anak lelakilah yang terpaksa membantu. Inilah ketetapan hukum syara`. Sebab itulah orang perempuan tak boleh pertikai kalau faraid dia dapat sikit. Sebab dari segi tanggungjawab, orang lelaki mempunyai tanggungjawab yang lebih besaq. ]

 

 

 

Bah 1 - Bab 2 - Hudud - Fasal 4 - Sariqah - Per 72

 

Perkara 72: Hukuman hudud yang wajib dikenakan ke atas pencuri.

1) Mengikut peruntukan hukum syara` yang dikuatkuasakan dalam qanun jinayah syar`iyah, orang yang boleh didakwa di bawah kesalahan kes sariqah (mencuri) dan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah: (i) orang yang berakal, (ii) orang yang baligh, (iii) dengan kemahuan sendiri.

[ Bila kita kata berakal dan baligh, ia bermaksud "mukhallaf". Jadi mukhallaf ialah orang yang siuman dan mencapai age of maturity. Sekiranya pencuri itu menepati ketiga-tiga syarat di atas, maka dia wajib dikenakan hukuman hudud. ]

2) Pencuri yang gila atau kanak-kanak, atau orang yang kurang akalnya (tidak siuman) tidak wajib dikenakan hukum hudud, sekalipun mereka itu mengambil harta atau barangan orang lain secara bersembunyi dengan tujuan untuk memiliki harta atau barangan itu. Ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah saw yang bermaksud: Diangkat kalam (tidak dikira berdosa) daripada 3 golongan manusia, iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia bermimpi keluar air mani (baligh), dan orang gila hingga ia berakal (siuman). (Riwayat Ahmad dan ashabus Sunan dan Hakim).

3) Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang diancam dan diugut akan dibunuh jika ia tidak mahu mencuri. Maka dalam kes ini pencuri itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Ini adalah berhujjah hadith Rasulullah saw yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah dan terlupa, dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan. ( Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi dan lain daripda keduanya.)

[ Daripada hadith di atas, sekiranya sesiapa melakukan kesalahan dalam keadaan tersilap, Allah ampun dosa dia. Dia dah belajar tapi masih lagi melakukan kesilapan, orang macam ni dosanya diampunkan oleh Allah swt. Contohnya seperti orang yang salah sebutannya ketika membaca Fatihah, sedangkan dia masih lagi belajar untuk baca Fatihah dengan betul, maka setiap kali dia baca Fatihah dalam keadaan yang tidak betul, dosanya diampun oleh Allah swt. Tapi bagi sesiapa yang sembahyang baca Fatihah tidak betul dan dia tidak mahu belajar untuk memperbetulkan Fatihah dia, maka orang macam ni dikira berdosa kepada Allah swt.

Bila bercakap pasai sembahyang ni, sebenarnya kalau ikut umur saya (30an) sepatutnya lama dah habih mengaji bab sembahyang ni. Tapi sampai ke hari ini, kalau duduk dalam kuliah, pasti akan dengar benda baru dalam bab sembahyang. Sebab apa jadi lagu ni?...Sebab walaupun banyak kitab yang dah mengaji, tapi nak cari tok guru yang boleh ajar perfect bab sembahyang ni, takdak. Ni yang problem sebab kefahaman bergantung pada guru yang mengajar. Kekadang tu setengah guru, bila dia nak cepat, dia tak hurai banyak. Jadi macamana anak murid nak faham?...Di sinilah memerlukan inisiatif sendiri untuk ulang-ulang belajar. InsyaAllah sekiranya berulang-ulang kali kita mengaji, akan dapatlah benda yang sebelum ini kita tak tahu.

Okay sekiranya kita sentiasa dalam proses pengajian, tiba-tiba kita buat salah juga walaupun dalam perkara asasi (mungkin tak jumpa lagi bab tu), maka InsyaAllah kita diampunkan oleh Allah swt. Pasai apa?...Sebab kita sebagai hamba Allah, memang tidak ada kemampuan. Syaratnya, kita kena ada usaha. Kalau kita buat salah tapi takdak usaha langsung untuk memperbaiki kesalahan tu, maka kesalahan tersebut dianggap sebagai satu dosa.

Allah Ta`ala tidak akan hukum kita dalam perkara-perkara yang di luar daripada kemampuan kita. Tapi kalau kita mampu, kenalah kita buat. Contohnya di tempat kerja kita. Sekiranya orang di bawah penyeliaan kita buat silap, memang sudah menjadi tanggungjawab kita untuk tegur dia. Tapi macamana kalau orang atasan buat silap?...Kita kena tegur dia dak?...Kena tuan-tuan sebab Rasulullah saw sendiri pernah kena tegur dengan sahabat. Tapi nak tegur orang atasan ni lah yang susah sikit. Bila kita lantang sikit, ugutan demi ugutan akan sampai kepada kita. Jadi bila berlaku lagu ni, maknanya memang orang tak suka dengan teguran kita. Sebab tu kita buat setakat mana yang kita mampu sahaja, dan InsyaAllah kita harap Allah Ta`ala terima setakat mana yang kita mampu tu. Yang di luar daripada kemampuan kita tu, kita serahkan saja kepada Allah swt.

Bila cerita pasai "orang tak suka dengan teguran" ni, teringat saya cerita tentang bekas Mufti Wilayah Persekutuan (Dato` Hj Mohd Hashim Yahya) ditamatkan kontraknya baru-baru ini. Kita memang hairan sebab bekas Mufti tu bukannya seorang yang lantang, bahkan dia seorang yang cukup lemah lembut dalam berbicara. Dia lebih kurang macam Dato` Ishak Baharom kita la tuan-tuan. Kalau tuan-tuan ajak Dato` Ishak Baharom baca khutbah, dia bukannya berdegar-degar macam khatib-khatib yang lain. Perwatakannya cukup tenang. Samalah juga dengan bekas Mufti Wilayah Persekutuan ni. Dia juga seorang yang tak reti nak cakap dengan suara yang tinggi, tapi tiba-tiba orang macam ini tidak disukai. Agak tuan-tuan pasai apa?...Sebabnya ialah walaupun bekas Mufti itu seorang yang soft person dan seorang yang nampak baik ja bila bercakap, tetapi dia ada sedikit ketegasan. Masalahnya, golongan tertentu dalam negara kita ini tidak menyukai ketegasan itu walaupun sedikit. Nak jadi ceritanya ialah bilamana ada pihak tertentu pi jemput bekas Mufti Wilayah Persekutuan ini dan bawa dia ke majlis tertentu untuk baca doa. Tapi bila dia tengok majlis tersebut ada artis, ada nyanyian dan ada tarian, maka dia pun tak kebuloq nak baca doa. Inilah sebabnya pihak tertentu rasa tak puashati dan sekaligus kontraknya ditamatkan. Nampak tak tuan-tuan perangai pendendam puak-puak karat ni,... bila pun lagu tu la jugak. Sepatutnya Mufti macam tu lah kena dikekalkan sebab dia ada ketegasan. Mana boleh pi baca doa dalam majlis yang ada maksiat, betoi tak tuan-tuan?...Sebab akan useless lah doa yang kita baca dan akan timbul fitnah kepada agama. Logik ka selepas kita minta ampun, taufik dan hidayah daripada Allah, tiba-tiba mai penari pi golek punggung dia, logik ka lagu tu?...Tak masuk akal tuan-tuan. Okay contohnya katalah ada orang nak mencuri, dia tengok kiri kanan takdak orang, dia pun baca Bismillahirrahmanirrahim. Sebelum mencuri pun nak baca doa ka?...Mana ada Islam ajar lagu tu?...Ini adalah penghinaan kepada agama. Kita baca Bismillah ni ialah kerana nak minta pahala dan rahmat daripada Allah. Itu tujuan kita baca Bismillah. Jadi macamana Allah swt nak memberkati benda yang kita ambil itu sedangkan benda itu adalah benda kita curi. Ini ceritanya tuan-tuan. Sebab itu sapa yang jadi mufti, seorang yang bertaqwa kepada Allah, seorang yang warak, dia tak akan buat benda yang useless. Kalau si mufti tu berdoa juga dalam majlis maksiat tersebut hanya kerana sayang kat kereta rasmi Merc dia, maka mufti lagu nilah yang patut dipecat sebab itu bukan kerja mufti. Mufti kena tegas, kena bagitau kat masyarakat bahwa ini majlis maksiat yang sia-sia, sebab itu ia tidak sesuai kepada mana-mana mufti untuk pergi baca doa dalam majlis tersebut.

Puak karat mana suka orang tegas sebegini. Mereka lebih prefer hat senang dicucuk hidung. Lalu depa pun melantik satu orang untuk mengisi tempat mufti tadi. Sebenarnya kita memang tak mau pertikai sapa yang depa lantik, tapi cumanya kita nak tau juga kelayakannya. Ini bukan kecik punya cerita. Amanah bukan boleh buat main-main. Orang yang nak jadi Mufti sepatutnya datang daripada aliran syariah. Tapi mufti baru hat depa lantik datangnya daripada bidang usuludin. Bidang usuludin ini ialah bidang falsafah agama. Macamana orang daripada bidang falsafah agama, yang bukan daripada syariah, dia nak jadi mufti?...Sedangkan mufti ni banyak perkara-perkara yang dia terpaksa handle, yang membabitkan permasalahan syariah, membabitkan persoalan perundangan Islam, membabitkan persoalan fekah, membabitkan persoalan usul fekah, dan membabitkan persoalan bahasa Arab. Boleh ka orang daripada aliran falsafah agama nak kuasai bidang ini?...Letih dia nanti sebab itu bukan line dia. Kebarangkalian untuk dia buat silap cukup besar.

Jadi pointnya di sini ialah kita jangan buat benda yang di luar daripada kemampuan kita. Kejujuran amat penting dalam hal ni sebab kalau kita buat silap, mudah-mudahan Allah swt tidak akan mengira kesilapan itu sebagai satu dosa. ]

4) Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syara` melakukan perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada kaedah fiqhiyah: Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang. (As-asybahu Wannazair)

[ Contohnya kita flashback kembali pada zaman Khalifah Umar al-Khatab. Pada zaman Umar ra, Allah telah menurunkan ujian berupa kemarau dan malapetaka alam. Maka ketika itu makanan pun menjadi susah sehingga berlaku kecurian. Tapi Umar ra tidak menghukum hudud ke atas orang yang mencuri kerana Khalifah Umar berijtihad bahwa keadaan ketika itu adalah keadaan yang memaksa. Maksudnya, orang yang mencuri itu bukan sengaja dia nak mencuri tapi dia terpaksa mencuri sebab keadaan yang memaksa. Bila berlaku kemarau, tanam-tanaman tak menjadi, lalu tidak ada gandum dan tidak ada makanan. Jadi untuk menghilangkan kelaparan dan dahaga yang amat sangat, orang itu terpaksa mencuri. Maka Khalifah Umar al-Khatab menghukum bahwa hudud gugur (tidak boleh dilaksanakan) dalam keadaan-keadaan yang memaksa.

Selain daripada peristiwa di zaman Umar al-Khatab tersebut, para ulama` juga bergantung kepada kaedah fiqhiyah, iaitu apabila berlakunya darurat (keadaan yang memaksa), diharuskan melakukan perkara-perkara yang dilarang. Tapi syaratnya hendaklah berpada-pada. Contohnya seperti yang telah kita sebut dulu, katalah kita sesat di suatu tempat yang daun-daun pun takdak, ayaq pun takdak, apa benda pun takdak, tapi yang ada hanyalah babi sekoq saja dok lalu kot depan kita. Sekiranya tidak ada jalan lain untuk menyelamatkan nyawa kita selain kena makan babi tersebut, maka ketika itu kita diharuskan makan babi tersebut. Inilah dia yang dikatakan fekah andaian sebab biasanya keadaan sebegini tak berlaku. Tapi kalau berlaku, kita diharuskan makan babi tersebut sekadar untuk menghilangkan keadaan darurat (lapar yang amat sangat) sahaja. Jangan pi bantai makan sampai kenyang dengan sendawanya sekali pulak. Macam tu tak boleh sebab dia jadi haram balik. Maknanya makan setakat keperluan sahaja. Tapi ada juga satu pendapat dari mazhab yang lain mengatakan bahwa kita dibolehkan buat bekal selagi belum jumpa benda halal. Saya rasa takyah ulaslah bab ni sebab kita dah terima satu pendapat yang muktamad, yang mengatakan bahwa benda yang haram menjadi harus setakat menghilangkan daruratnya sahaja. Kalau melebihi daripada kadar darurat, menjadi haram hukumnya untuk kita terus makan benda yang telah diharamkan oleh Allah swt.

Nampak tak tuan-tuan adanya perbezaan pendapat dalam hal ini. Dalam Islam, bila berlaku perbezaan pendapat, kita mesti faham. Kita kena tau, adakah kedua-dua pendapat itu sah, ataupun salah satu daripada pendapat itu bathil. Kita mesti tau differentiate yang tu. Contohnya cuba kita tengok bab nikah mutta`ah (nikah berwaktu), iaitu kawin dengan satu perempuan untuk sebulan sahaja, lepas tu cerai. Secara umumnya mazhab ahli sunnah wal jamaah, kesemua mereka mengatakan bahwa nikah mutta`ah ini telah dibatalkan oleh Nabi saw. Sesuatu ketika dulu ianya diharuskan, tapi akhirnya dalam khutbah wida`, Nabi saw ada menyebut tentang diharamkan nikah mutta`ah tersebut. Walaubagaimanapun, segelintir daripada golongan syiah mengatakan bahwa nikah mutta`ah tidak diharamkan oleh Nabi saw, malah diharuskan sampai hari Qiamat. Punca berlakunya perbezaan pendapat ini adalah kerana hadith yang diriwayatkan perawi-perawi tertentu (yang diterima-pakai oleh ahli sunnah wal jamaah) tiba-tiba pula tidak dipakai oleh golongan syiah. Ini dia gambaran betapa taksubnya golongan syiah ni. Mereka hanya terima perawi hadith daripada golongan mereka sahaja. Perawi daripada golongan lain depa takkan terima. Inilah sebabnya nikah mutta`ah ini berlaku perbezaan pendapat. Sebahagian golongan syiah kata bahwa nikah mutta`ah ini adalah harus, tapi kesemua ahli sunnah wal jamaah (khususnya 4 mazhab yang utama) mengatakan bahwa nikah mutta`ah adalah haram. Walaupun berlaku perbezaan pendapat, tapi pendapat yang sah adalah pendapat yang mengatakan nikah mutta`ah itu haram. Manakala pendapat yang mengatakan harus bagi nikah mutta`ah itu adalah pendapat yang tidak sah mengikut ajaran Islam. Nampak tak tuan-tuan contoh perbezaan pendapat yang menunjukkan satu sah dan hat satu lagi bathil.

Sekarang kita tengok satu lagi jenis perbezaan pendapat. Contoh yang kita ambil ialah puasa sunat hari wukuf sebelum Eidul Adha baru-baru ni. Hari tu kita raya korban hari Rabu, lalu kebanyakan sahabat kita puasa sunat wukuf hari Selasa, tetapi ada juga dikalangan kita yang puasa sunat wukuf hari Isnin. Masing-masing ada hujjah masing-masing, jadi jangan dok bergaduh. Hujjah orang yang puasa sunat hari Isnin, depa kata bahwa dalam dunia ni tempat wukuf hanya satu tempat sahaja. Di M`sia takdak wukuf, di Jepun takdak wukuf, di London pun takdak wukuf. Yang semua orang dok wukuf hanyalah di Padang Arafah dalam negara Arab Saudi. Maka kalau wukuf di Saudi hari Isnin, kita disunatkan berpuasa pada hari Isnin tu juga. Ini pendapat orang yang sunat wukuf pada hari Isnin. Okay sekarang kita tengok pula hujjah orang yang sunat wukuf hari Selasa. Depa kata puasa sunat wukuf adalah pada 9 Zulhijjah sebab kita raya korban pada 10 Zulhijjah. Di Saudi, 9 Zulhijjah nya pada hari Isnin. Tapi di M`sia, 9 Zulhijjah kita hari Selasa. Sebab itu kita tak boleh ikut Saudi sebab takwim dia lain. Katalah sekarang pukoi 8.40pm di M`sia, kita sembahyang Isya` tapi di Saudi (tolak 5 jam) sekarang lebih kurang 3.40pm, maknanya di Saudi masih dalam waktu Zohor. Jadi adakah disebabkan orang di Mekah sekarang ni dok tengah sembahyang Zohor, kita di M`sia ni nak masuk Isya` pun nak ikut sembahyang Zohor juga?...Nampak tak, logik tu ada. Jadi kita tak boleh ikut waktu di Saudi. Kita kena ikut waktu di M`sia kerana adanya perbezaan geografi dan perbezaan tarikh antara M`sia dan Arab Saudi. Ini hujjah orang yang puasa sunat wukuf hari Selasa. Jadi masing-masing ada hujjah. Kita kena hormat pendapat-pendapat macam ni. Cumanya kalau sapa ka mai kata, "Hari Ahad pun ada khilaf jugak kot.."...Yang ni mau bagi kambe32 kat dia.

Ni semua bukannya apa tuan-tuan. Mau kalau satu hari tang mana ka kita pi baca dalam kitab, ataupun dalam akhbar, atau dalam buku, yang ada isu-isu berkaitan dengan perbezaan pendapat dikalangan mazhab-mazhab Islam, maka kita boleh differentiate antara pendapat yang sah vs sah, dengan pendapat yang sah vs bathil. Kita kena tau benda ni. Supaya kalau ada orang mai bagitau dia buat benda ni berdasarkan sekian-sekian Imam, kita boleh bagitau balik kat dia tentang status pendapat yang dipegangnya itu, iaitu sah atau bathil. Itu tujuannya. Lebih-lebih lagi kalau kita belajar syariah atau undang-undang Islam, perkara-perkara macam ni sedikit sebanyak kita kena tau, supaya track yang kita ikuti adalah track yang betul. ]

5) Sesungguh pun dalam kes-kes yang tersebut dalam ceraian (3) dan (4) mereka itu terlepas dari hukuman hudud, tetapi hakim boleh mengenakan hukuman ta`zir ke atas pencuri itu mengikut kearifan dan kebijaksanaannya.

[ Kalau seseorang mencuri kerana terpaksa atau tak cukup nisab, maka dia terlepas daripada hudud. Tapi keadaan macam ni, Islam kata bahwa pemerintah boleh guna budibicara dia untuk hukum pencuri tadi berdasarkan kepada undang-undang ta`zir.

Bila sebut undang-undang ta`zir, teringat saya tentang cerita ust Jailani, perangai orang semasa didenda di mahkamah syariah kerana berkhalwat. Sekarang ni orang dah tak takut kena denda. Kalau setakat denda RM2400, RM1500, RM1300, semua ni on the spot orang boleh bayaq. Jadi, ramai orang khalwat sekarang ni sampai pegawai pencegah maksiat tak larat nak tangkap. Tapi dalam bulan lepas, tiba-tiba berlaku perkara di luar dugaan. Ada satu couple tu bila kena tangkap, depa pun tanya kat pegawai penguatkuasa, "Macam kami ni?..Kami nak kena penjara ka atau nak kena sebat ka?..Atau denda saja?"... Pegawai penguatkuasa kata, "Jangan bimbang, tak kena penjara aih!..Denda ja. Dalam RM2400 ja."...Tapi tiba-tiba bila mai hari perbicaraan di mahkamah Batu Gantung, P.Pinang, tak taulah pasai apa, hakim hari tu mengamok sungguh. Mungkin dia bergaduh dengan bini dia la kot malam tu, kita pun tak tau. Ataupun mungkin menteri mana ka bagi arahan dalam mesyuarat suruh buat pembaharuan, kita pun tak tahu. Tuan-tuan tau apa jadi?...Tiba-tiba hari tu, dia pi jatuhkan hukuman denda RM2400 dan penjara 14 hari ke atas couple yang dok tanya sat tadi. Apa lagi, terkejut beruk la si couple ni. Depa pun marah kat pegawai penguatkuasa tadi, "Apa ni! Hari tu kata kena denda saja, tapi apa hari ni kena penjara sekali?!"...Pegawai Penguatkuasa pun tak terjawab sebab dia pun tak tau benda ni boleh berlaku.

Sebenarnya tuan-tuan, hukuman ta`zir pada orang yang berkhalwat di P.Pinang, kalau mahkamah nak kenakan penjara, dia boleh bagi maksimumnya 2 tahun. Cumanya mahkamah ja tak pernah guna provision tersebut. Sebab selama ni mahkamah dok ingat bila didenda, dia boleh insaf, terutamanya orang yang kerja dengan kerajaan. Sapa yang kerja dengan kerajaan, kena penjara satu hari pun cukup la. Sebab dia akan dibuang kerja walaupun hanya satu hari saja dipenjara. Bila sebut kerja kerajaan, teringat ust dengan satu kes yang pernah dikendalikannya. Dalam kes tu, seorang pegawai Kastam jumpa ust Jailani untuk minta supaya hukumannya diringankan. Sebab kalau dia kena penjara, habih la dia. Dia ni setahun dua lagi nak pencen dah pun. Nampak tak tuan-tuan, dalam nak pencen pun, boleh pi khalwat lagi?...Buat malu betoi rentua ni. Dia kata kat ust, "Tolong la ust! Kalau saya kena buang kerja, bini ngan anak saya nak makan apa?..Saya setahun dua lagi nak pencen dah ni!..Kalau kena buang, dengan pencen-pencen saya sekali nanti habih.."... Boleh percaya ka orang macam ni?...Kalau betoi la dia ingat kat anak bini, takkan nak pencen pun nak khalwat jugak. Ni semua ghaffelah punya line ni. Kena tangkap, baru nak ingat anak bini. Takpalah, lau ust pun pi mahkamah minta Yang Arif hakim supaya buat pertimbangan diambil-kira anak bini dia semua. Lalu hakim pun tengok, dan dia pun denda sebanyak RM1100 sahaja tanpa dipenjara. Ooooih! Seronok habih orang tua tu. Habih-habih kes, teruih mai peluk ust....seronok. Tapi ust charge dia RM1500. Dia pun bayaq kat ust RM500, lepaih tu dia kata, "Takpa, ust jangan bimbang! Lagi seribu saya bayaq petang ni jugak."...Keluaq-keluaq mahkamah, daripada petang tu sampai hari ini, ust kata dah 3 tahun, bayang dia pun tak nampak-nampak. Tu dia baguih punya orang. Dan berita terakhir ust dapat maklumat dari pegawai agama, orang tua tu buat lagi perangai lama dia. Sepatutnya bila mahkamah hanya denda RM1100, hang ambikla peluang ni pi insaf apa ka. Ni dak. Langsung dia tak manafaatkan peluang yang Allah swt bagi.

Lepaih cerita orang tua tak sedaq diri tadi, ust cerita lagi. Kali ni ust cerita pasai GRO pulak. Bila GRO kena tangkap, tuan-tuan boleh tengok semua nama penjamin adalah nama orang Melayu. Tapi yang mai bukannya penama-penama tadi, sebaliknya yang mai ialah towkey cina. Towkey ni lah yang dok bayaq semua duit jamin tu, walaupun nama penjamin tercatat nama bapa atau nama abang kepada pompuan GRO tu. Yang teruknya ada satu kes, nama penjamin ialah nama suami kepada si pompuan GRO tu. Nama penjamin, suami, tapi yang bayaqnya, cina. Bila pegawai penguatkuasa tanya si suami tu, "Awak tahu dak isteri awak jadi GRO?"...Suami tu kata, "Ya, saya tahu.". ..Pegawai tu tanya lagi, "Pasai apa awak biar isteri awak jadi GRO?"...Dia jawab, "Masalahnya duit tak cukup la encik."... Dia boleh bagi alasan duit tak cukup?...Kalau saya jadi pegawai tu, saya nanti bagitau kat si suami tu, "Lebih baik hang jadi binatang daripada jadi manusia!"... Ada ka pi suruh bini jadi GRO?...Tuan-tuan tau ka macamana kerja GRO?...Dia bukan setakat berpeluk bercium, bukan setakat boleh berzina, malah yang paling teruknya, dia boleh dibayar untuk buat berbagai-bagai aksi. Cuba tuan-tuan bayang betapa kejinya perbuatan GRO ni, tapi masih ada suami yang sanggup tidur satu katil dengan isteri lagu ni?...Malah yang paling teruknya, suami tu sendiri suruh bini dia jadi GRO. Manusia ka binatang orang macam ni, tuan-tuan?

Bila sembang bab GRO ni, ust Jailani pun cerita lagi satu kes yang agak releven dengan cerita GRO tadi. Tapi kali ini kes isteri kepada bekas seorang anggota cawangan khas minta cerai, atas alasan dia dah tak tahan dengan perangai suami dia yang suka pi minum arak dan berkepit dengan GRO-GRO di karaoke, di kelab malam dan di macam-macam tempat lagi. Bila mahkamah tanya si lelaki, "Betul ke kamu pergi minum arak di karaoke lounge, di disko dan sebagainya?"...Dia kata, "Ya, betul."... Kemudian bila mahkamah tanya lagi, "Pasai apa kamu pergi ke tempat begitu?"...Dia kata, "Sebab saya ada assignment daripada cawangan khas."...Okay tuan-tuan mari kita tengok kes ni dari sudut hukum agama. Samada betoi atau tidak dia kerja dengan cawangan khas, yang tu kita tak tahu. Hanya dia dengan cawangan khas dan Allah swt sahaja yang lebih tahu. Okay kalau betoi dia sb, jadi untuk mendapatkan maklumat dia terpaksa masuk dalam karaoke dan tempat-tempat seumpamanya itu, takpa, masuk pi lah. Tapi sekiranya untuk melengkapkan satu assignment, sampai kena teguk arak, atau sampai kena pegang pompuan kiri kanan, yang ni jangan dok kelentong la. Begitulah juga kalau tuan-tuan jadi informer kepada polis. Kalau setakat jadi pembeli dan penjual dadah, boleh la kita terima alasan tu. Tapi kalau sampai kena isap atau inject dadah, untuk dapatkan maklumat; yang ni semua sapa pun tak suruh. Berpura-pura untuk dapatkan maklumat, memang boleh. Nak hapuskan vcd lucah umpamanya. Kita boleh pi survey tempat-tempat yang disyaki. Tanya kat towkey cina tu, "Allo kawan! Ada ka cerita baru-baru punya?"...Bila cina tu bawa keluar, kita boleh tengok dia simpan kat mana. Kemudian kita mau perati tengok pulak, pukoi berapa cina tu mai letak, pukoi berapa dia beramboih balik. Bila kita survey 3-4 kali dan kita pun pasti dengan maklumat yang ada, baru boleh kita bagitau kat polis. Lepas tu bila polis ambush, dapat tangkap, bicara pula pihak kerajaan menang; selain kita dapat imbuhan, kita juga dapat pahala. Nampak tak tuan-tuan macamana hebatnya kerja jadi informer ni. Tapi walaupun macam tu, sebenarnya bukan senang kerja jadi informer ni. Sebabnya ialah masalah saling tidak mempercayai. Informer tu orang awam. Polis sendiri bagitau, bukan senang untuk orang awam percaya kepada polis sekarang ni. Sebab takut jadi macam dalam tv; kita habag kat polis, tiba-tiba polis pulak pi habag kat sindiket, sindiket hantaq orang pi bunuh informer tu last sekali. Inilah kebimbangan orang awam hat nak jadi informer tu. Tapi jangan salah sangka pula. Bukannya kita nak bagitau polis jahat, tapi kita cuma nak bagitau kebimbangan orang awam. Jadi, kalau tuan-tuan nak bagi maklumat, hendaklah tuan-tuan cari pihak berkuasa yang tuan-tuan memang dah biasa dengan dia. Bukannya kita kata kita tak percaya, tapi ini hanya sekadar langkah berhati-hati.

Bila sebut "orang ada kuasa" ni, cuba tuan-tuan alih pandangan kita sebentar ke isu Surau di Bangi tu. Cuba tuan-tuan bayang sat macamana "orang-orang ada kuasa" ni seperti polis, jabatan agama, TNB, majlis perbandaran, boleh bersatu-padu turun beramai-ramai untuk roboh satu surau yang pernah buat sembahyang Jumaat?...Saya sebenarnya bila tengok puak-puak ni buat macam-macam kat surau tu dalam internet, saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada puak-puak ni. Pasai apa?...Pasai dulu bila sahabat-sahabat kita buat aduan sarang-sarang pelacuran di Chow Kit road, suruh TNB jangan bagi bekalan letrik kepada bangunan-bangunan yang diketahui ada sarang pelacuran, TNB kata, "Kami takdak kuasaaaa!"...Lepas tu pi pula jumpa dengan pihak penguasa air, PBA kata, "Kami tak boleh potong sebab kami takdak kuasa nak potongggg!". ..Kemudian pi habag pula kat polis. Polis kata, "Kami takdak kuasa selagi orang-orang tertentu tak bagi greenlight kepada kami.". ..Begitulah juga bila pi jumpa majlis perbandaran, depa pun bagi alasan serupa tu la jugak. Nampak tak tuan-tuan, bila suruh pi serbu sarang pelacuran, macam-macam alasan yang depa bagi. Tapi kalau suruh pi roboh surau, semua pakat turun belaka. Nampak tak tuan-tuan, apa dah jadi dengan masyarakat kita hari ini?...Mai saya nak tanya, "Antara surau dengan tempat pelacuran, mana satu tempat orang jahat?"...Kalau ikut apa yang depa buat ni, seolah-olah kita tengok, surau lah tempat orang jahat, surau lah tempat berzina, suraulah tempat minum arak, suraulah tempat jahanamkan negara. Manakala sarang pelacuran pula adalah tempat untuk menghiburkan pemimpin-pemimpin dan rakyat jelata. Benda-benda hiburan macam ni, kita kena slow-slow, tak boleh keras-keras. Tapi kalau dengan ustaz, kita tangkap dia bubuh dalam ISA. Kalau dengan artis, kena slow-slow, dalam agama mana boleh deraih-deraih...Tu dia bunyi pun. Apa nak jadi dengan masyarakat kita tuan-tuan?

Tak habih cerita roboh surau, mai cerita lagu Asereje pulak. Lagu ini dinyanyikan oleh 3 orang gadis yang menamakan kumpulan depa Les ketcup. Lagu ni ada version campuran english + spanish. Ni nak cerita perangai pihak berkuasa dalam negara kita yang semakin hari semakin teruk. Cuba tuan-tuan bayang sat, setelah aduan demi aduan daripada orang awam mengatakan bahwa lagu asereje ni satu lagu yang kontroversial dan tidak baik untuk dinyanyikan, tiba-tiba pihak berkuasa kata, "Lagu ini tidak mendatangkan kemudaratan kepada rakyat dalam negara ini, maka pihak berkuasa tidak akan melarang lagu tersebut daripada diperdengarkan/diedarkan dalam negara kita."...Okay bila bercakap pasai muzik ni, dalam Islam, kalau rentak kita nak buat jenis slowrock ka, poprock ka, heavymetal ka, balada ka, irama m`sia ka, takdak masalah. Buat pi lah rentak apa pun, boleh. Sebab pendapat yang agak sederhana dalam Islam mengatakan bahwa rentak jenis apa pun harus, walaupun ada sedikit perbezaan pendapat tentang masalah alat muzik. Okay untuk senangkan tujuan perbahasan kita dalam kes ini, katalah kita ambil pendapat yang lebih sederhana yang kata semuanya harus belaka, seperti rentak apa pun harus, gitar harus, seruling serunai semua harus dan etc. Walaupun semua ni harus, tapi Dr Yusuf Qardhawi dah pesan kat kita. Dr Yusuf Qardhawi kata bahwa seni kata lagu akan menunjukkan halal atau haram sesebuah lagu tersebut. Maknanya kalau senikata tu biasa saja yang tidak ada unsur-unsur maksiat, maka dia harus. Tapi kalau dia ada unsur-unsur maksiat dan dia bawa kesyirikan kepada Allah, kepada kekuffuran, kepada pemujaan syaitan dan sebagainya; maka dia adalah HARAM. Okay berbalik kita kepada lagu asereje. Yang pertamanya lagu ini menceritakan pasai pesta Friday night. Sapa yang belajar english literature, dia akan tau bila kita sebut Friday night ia bermaksud jumaat malam sabtu, bukannya khamis malam jumaat. Bagi kita orang Islam, bila sebut malam jumaat, biasanya pesta baca Yaasiin, buat tahlil atau baca Surah Kahfi dan setengah orang kata ianya malam "sunat". Hangpa cari la sendiri pasai apa malam Jumaat disebut malam sunat. Tapi Friday night ni bukannya Khamis malam Jumaat, ianya Jumaat malam Sabtu. Kalau tuan-tuan nak tau Jumaat malam Sabtu ni dia terkenal dengan 2 benda. Yang pertamanya Jumaat malam Sabtu ni (Friday night) adalah malam yang orang pakat pergi beramai-ramai ke disko, nightclub dan sebagainya. Kalau hangpa tak caya, cuba tanya kawan-kawan cina/india, betoi tak apa yang saya kata ni?...Sebab kita dok ingat depa pi ke disko apa semua ni pada Sabtu malam Minggu, betoi tak?...Rupa-rupanya (saya difahamkan oleh kawan yang memang kaki disko) antara malam yang paling ramai orang pergi berseronok ialah Jumaat malam Sabtu. Maknanya pada Jumaat malam Sabtu itulah malam pesta orang minum arak, buat maksiat, berzina, main dengan GRO dan sebagainya. Dan yang keduanya, Jumaat malam Sabtu itu juga dikaitkan dengan pemujaan syaitan. Dua ni ja tuan-tuan kalau kata Friday night tu. Jadi boleh ka kita nyanyi lagu yang memuja-muja kedua-dua amalan ni?...Lepas tu antara senikata dalam lagu asereje tu ada disebut, "digo! Digo!"...Digo bermaksud devil (syaitan). Boleh ka kita orang Islam nyanyi, "syaitan! Syaitan!"?... Nauzubillah...Sebab itu saya heran dengan masyarakat kita hari ini, lagu asereje yang jelas menceritakan pemujaan syaitan, tak pula diharamkan; tapi kalau nak roboh surau, on the spot pakat turun habih pihak yang berkuasa mai kongsi sorang sikit buat kerja. Sehingga dalam internet saya tengok, orang ramai pakat menangis habih bila tak sangka dalam M`sia pun kejadian roboh surau boleh berlaku.

Sebenarnya perangai orang yang roboh surau tu lama dah Allah swt sebut dalam Quran. Allah cerita dalam ayat 143 Surah an-Nissa` yang bermaksud, "Mereka teragak-agak di antara orang yang beriman dan orang yang kuffur kepada Allah; mereka tidak berpihak terus kepada golongan kafir dan mereka tidak pula berpihak kepada orang yang beriman..."... Inilah dia perangai munafiqun yang Allah bagitau kat kita. Sat kita nampak depa ni macam dengan kita, tapi sat gi pula kita nampak depa ni macam orang kapiaq. Masa sembahyang, kadang-kadang depa boleh duduk sebelah dengan kita. Tapi apa yang yahudi buat kat orang Palestin seperti robohkan masjid umpamanya, dia pun buat kerja lagu tu juga di Bangi hari tu. Jadi hari ini apa yang Allah sebut dalam ayat tadi, berlaku betul-betul depan mata kita. Dia ni nampak macam Islam pasai sembahyang, tapi nak kata betoi-betoi duduk dalam Islam, dak jugak. Surau dia roboh, ustaz-ustaz dia bubuh dalam ISA. Nak kata kapiaq?...Eehh! Kapiaq apa kalau pi haji. Nabi saw pun pernah kata pasai perangai orang munafik ni, Nabi saw kata, "Orang munafik ni seperti kambing yang sakit mata. Dia nampak kambing ni, dia ikut kambing ni. Lepas tu bila dia nampak kambing hat lain, dia ikut kambing tu pula. Tak tau dia nak ikut kambing mana."... Inilah dia perangai orang munafik. Sampai orang kapiaq hari ini pun dah tau yang Islam ni ada banyak jenis. Seperti yang disebut dalam sebuah akhbar barat baru-baru ni, dia kata, "Muslim nation has two faces."...Maksudnya, umat Islam hari ini ada 2 wajah. Orang melayu kata talam 2 muka. Inilah dia istilah munafik. Pasai apa media barat berani kata, "Muslim nation has two faces."?...Sebab depa tengok satu ketika orang Islam begitu lantang menghentam Amerika dengan Bush nya, menghentam Britain dengan Blair nya, tapi pada ketika yang sama juga mereka sedang mempersiapkan bala tentera mereka untuk menyokong tentera Amerika kalau Amerika/Britain serang Iraq. Ketika ini negara-negara Arab di Teluk sedang persiapkan lapangan terbang depa untuk menerima jet-jet pejuang Amerika. Inilah dia "two faces". Sebab apa jadi lagu ni?...Sebab dalam diri orang Islam hari ini sudah tidak ada lagi kemanisan iman. Bila takdak kemanisan iman maka banyak orang Islam hari ini telah pun menjadi orang yang "munafik" (orang yang berpura-pura dengan agama).

Sebab itu kita hari ini kenalah berhati-hati, sebab banyak musuh di sekeliling kita sekarang. Tak cukup dengan orang kapiaq, ditambah pulak dengan puak munafik. Tak ke kacau punya cerita?...Hari ini dalam usaha nak menghancurkan aqidah umat Islam secara total, puak kuffar ada strateginya yang cukup halus. Mereka serang kita sekarang ni dengan segala benda yang ada, samada kita umat Islam sedar ataupun tak sedar. Dulu kita pernah heboh hari tu adanya gambar-gambar agama kristian terselit di belakang frame gambar tulisan ayat-ayat suci al-Quran, betoi tak?...Baru-baru ni pula di sebuah masjid di Sg Petani, tok imam bagitau bahwa ada satu jam yang digantung dalam masjid itu, dalam ada tertulis "Father, mother and son". Masa sembahyang memang kita tak nampak, tapi kalau kita pi berdiri dekat dengan jam tersebut perati tengok, kita akan nampak clear perkataan "Father, mother and son". Apakah haram kita gantung tesebut?...Memang tidak haram sebab kita tak tau. Tapi tuan-tuan sekelian, orang kapiaq ni dia fikir jauh. Pasai apa?...Sebab dia nak suruh kita "get use" atau biasa atau lali dengan gambar-gambar dan tulisan-tulisan agama kristian ni. Baru-baru ni juga, ada sahabat kita bila kasut nike dia dah haus bahagian dalam tapak, dia buka-buka tengok ada tertulis "Alif Lam Lam Ha`" dalam tu. Maknanya dia dah pijak "Allah" banyak hari dah, sejak dia beli kasut tu. Nampak tuan-tuan macamana perancangan puak kafir ni. Memang kita pijak tu tak sengaja, tapi itulah perancangan depa. Memang depa nak bagi kita tak sengaja dulu. First time tak sengaja, second time tak sengaja, kali ketiga tak sengaja, lalu akan tiba satu masa bila banyak kali buat benda yang tak sengaja, akhirnya orang yang lemahnya ini akan jadi tak pelik dah dengan benda tersebut. Contohnya katalah kita pi pasar malam. Dan katalah yang pi tu orang yang warak, tak pernah bersentuh pun dengan pompuan. Dia pi pulak time dekat-dekat nak Maghrib (time tu la banyak orang keluar pi pasar malam). Masa nganga tengok barang apa nak beli, tiba-tiba tersentuh tangan pompuan. Dan-dan kata "astaghfirullah! Astaghfirullah! Dosa ni..". Tu kali pertama. Kali kedua tersentuh lagi. Tapi kali ni, astaghfirullah dia bunyi agak slow dah sikit. Kali ke3 kena punggung orang lain pulak. Kali ke4 kena dada orang lain pulak. Agak-agak tuan-tuan, larat dak sheikh tu nak astaghfirullah lepas tu?...Nampak tak tuan-tuan, bila berulang-ulang benda yang tak sengaja, akan tiba satu masa, tuan-tuan akan tak heran dah benda tu. Nampak tak, jauhnya perancangan musuh Islam. Dia nak kita pijak nama Allah, mula-mula tak sengaja. Dia nak salib masuk dalam rumah orang Islam, dalam keadaan mula-mula tak sengaja. Kali pertama, tak sengaja. Kali kedua, tak sengaja. Kali ke3 tak sengaja. Kali pertama kita marah. Kali kedua kita marah. Kali ketiga kita marah. Mai kita nak tanya, "Sapa boleh bagi jaminan, selepas 10x atau 20x, adakah kita masih lagi rasa marah kepada benda-benda macam ni?"...Hanya orang yang kuat iman sahaja yang boleh bertahan dengan keimanannya. Manakala orang yang tipis imannya, akan tergugat imannya dengan benda-benda yang bermula dengan tak sengaja tu. Ini perancangan musuh Islam. Cara mereka cukup halus untuk masuk dalam rumah orang Islam. Sebab itu tuan-tuan kena berhati-hati dengan benda-benda lagu ni.

 

 

 

Bah 1 - Bab 2 - Hudud - Fasal 4 - Sariqah - Per 73 – 74

 

Perkara 73: Nisab/nilai barangan yang dicuri yang dikenakan hukuman hudud.

Nisab atau nilai jumlah harga harta atau barangan yang dicuri yang wajib dikenakan hukuman hudud ke atas pencuri itu tidak kurang dari satu perempat dinar atau tiga dirham. Nilai atau kadar tersebut adalah berdalilkan hadith-hadith berikut:

1) Hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Aisyah ra dari Nabi saw sabdanya yang bermaksud:

Jangan dipotong tangan orang yang mencuri, kecuali barangan yang dicurinya bernilai (sampai harganya) satu perempat dinar atau lebih. Muttafaq Alaihi (Bukhari dan Muslim)

2) Hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Ibn Umar ra yang bermaksud: Bahawa Nabi saw telah mengenakan hukuman potong tangan ke atas orang yang mencuri "mijan" yang harganya bernilai 3 dirham. (Riwayat al-Jama`ah)

[ Ada pendapat yang mengatakan "mijan" itu adalah satu tempat penyimpan senjata yang harganya ketika itu tiga dirham. Dan ada juga pendapat yang lain mengatakan bahwa "mijan" itu adalah makanan yang boleh menguatkan tubuh badan ketika berperang. Imam Syafie berkata: Tukaran wang di zaman Rasulullah saw satu perempat dinar sama dengan tiga dirham, iaitu satu dinar sama dengan 12 dirham. Jumhur ulama` juga berpendapat begitu. Manakala pendapat Imam Abu Hanifah yang berpegang kepada hadith daripada Imam Ahmad bin Hanbal pula mengatakan bahwa satu mijan harganya ialah satu dinar. Dan satu dinar bersamaan dengan 10 dirham. Jadi maknanya ada sedikit perbezaan pendapat dalam hal mijan ni. ]

 

Perkara 74: Pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah.

1) Pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah ialah:

a) Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan kesalahan tersebut tidak boleh didakwa dibawah sariqah (mencuri) dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud (potong tangan), tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes kesalahan pecah amanah yang wajib dikenakan hukuman ta`zir. Termasuk dalam kes ini ialah mereka yang melakukan penipuan.

[ Dalam kes pecah amanah, kalau melibatkan wang yang banyak sekalipun, hukum potong tangan tetap tidak boleh dilakukan. Ia hanya boleh dikenakan ta`zir. Begitulah juga dalam kes penipuan. Contohnya dalam suratkhabar minggu lalu diceritakan kepada kita bagaimana berlakunya beberapa kes penipuan dalam masyarakat kita hari ini. Penipu ni tuan-tuan, dia boleh mai dengan berbagai-bagai cara untuk tarik perhatian kita. Kita mau kereta jenih apa, semuanya dia ada. Dia kata, "Ni dia kereta proton wira UK spec punya. Atas sebab tertentu, kereta-kereta ni tak boleh nak ship keluar. Tak dapat nak ekspot, sangkut kat pelabuhan. Jadi la ni kalau encik mau, kami nak juai murah-murah ja." ...Harga sebenar RM52k, dia boleh peturun sampai RM25k. Bila kita calculate-calculate, tengok-tengok, sebulan boleh bayaq RM300 saja. Orang lain beli kereta macam tu kena bayaq RM600-RM700 sebulan, tapi kita RM300 saja. Ni kira untung besaq dah ni. Tu yang pakat bayaq duit muka tu. Tup-tup masuk paper, bukan saja orang kampung macam kita saja yang kena tipu, malah seorang pakar motivasi yang ada PhD pun kena tipu jugak. Sebab tu saya nak nasihat kalau tuan-tuan didatangi salesman, atau kawan-kawan kita maupun sedara mara kita sekalipun; mai nak juai barang dengan harga yang murah, jangan dok percaya la. Baik pi beli hat ori kat kedai yang ada gerenti punya lagi baguih.

Bagi orang yang suka sangat menipu ni pulak, memanglah hang seronok sebab dapat duit dengan pebodo orang lain. Tapi hang kena ingat setiap orang yang dizalimi, doa depa tidak ada hijab dengan Allah swt. Cuba tengok apa yang dah berlaku pada seorang penipu yang bergelar "Mahaguru" yang disiarkan dalam paper minggu lalu?...Setelah banyak duit yang dia dah makan hasil penipuannya itu, akhirnya Allah buka aib dia. Masuk dalam paper cerita dia menghadapi masalah rumahtangga akibat bergaduh dengan isteri. Si isteri ni dah tak tahan dah kot tengok perangai suami dia gunakan kederat anak yatim suruh pi minta sedeqah untuk isi kantung dia. Saya sendiri pun dah terkena. Hari tu petang raya Eidul Fitri. Dalam kelam kabut esok nak raya, baru nak cari baju. Apalagi, pederaih pi KBJ (kompleks Bkt Jambul) la jawabnya. Lepas tu dah habih shopping apa semua, kelam kabut nak balik pulak, pasai malam satgi kat masjid nak buat makan-makan untuk meraikan budak-budak pi takbir rumah ke rumah. Dalam dok kelam kabut nak balik tu, terpandang saya sorang budak pompuan dalam usia 8-9 tahun berkebaya cantik, tudung pun cantik, berdiri depan main entrance tu. Dalam hati saya kata, "Ish! apa budak ni buat kat sini petang-petang raya ni?..Makbapak dia mana pi?"...Saya pun pi dekat ngan dia. Dalam sebak dia hulur satu kalender, lepas tu dia kata, "Pakcik derma la pakcik! Saya dari sekolah tahfiz." ...Saya pun tak sampai hati, ambik RM10, bagi kat dia. Masa bagi tu, saya tanya kat dia, "Adik tahfiz kat mana?"...Dia tak jawab. Dia menangis dan terus melarikan diri....Macam-macam hal dunia ni. Takpalah, saya pun pederaih balik. Kemudian malam tu bila saya cerita kat member pasai budak pompuan tu, depa kata, "Hang pun terkena jugak ka?..Hang tengok kan dalam kalender tu ada gambaq sorang mahaguru berpakaian kuning ala raja-raja?..Dia ni la dok pekena budak-budak tahfiz, suruh depa keluaq pi minta sedeqah. Malam pukoi 11 baru dia ambik depa bawa balik.". ..Berderau darah saya dengaq cerita lagu tu. Sebab tu sekarang ni saya bukan boleh lama-lama kat KBJ tu, lebih-lebih lagi bila nampak gambaq mahaguru penipu tu dengan ubat tradisional dia. Allah Maha Adil, dulu kat Kedah saja yang tau perihal mahaguru penipu ni, tapi sekarang bila masuk cerita dia dalam paper, satu M`sia dapat tau. Ini amat-amat memalukan. Sebab itu starting point dalam kehidupan kita, jangan sekali-kali ada unsur-unsur penipuan. Sebab apa tuan-tuan?...Sebab kalau Allah swt balas kejahatan kita itu dengan membuka keaiban kita, time tu seluruh negara akan mengetahui siapakah kita yang sebenarnya.

Jadi dalam kes penipuan, ianya tidak termasuk di bawah hudud. Tetapi ia tertakluk di bawah ta`zir. Jadi kalau ada sorang mai nak juai kereta murah, lalu kita percaya kat dia, dan kita pun bayar RM5k kat dia sebagai duit muka. Tapi tiba-tiba dengan duit tu dia lesap. Adakah boleh kita potong tangan si penipu ni?...Tak boleh tuan-tuan sebab tidak disyariatkan oleh agama. Yang disyariatkan ialah apabila pencuri itu ambik harta kita secara diam-diam. Kes penipuan seperti ini tertakluk di bawah ta`zir, yakni terpulanglah kepada kebijaksanaan undang-undang yang dibuat oleh pemerintah. Yang disebut "kebijaksanaan pemerintah" ialah kita tak mau lagi tengok orang yang menipu RM10 dipenjarakan setahun, manakala orang yang menipu RM1juta dipenjara 2 bulan sahaja. Kita tak mau tengok lagu tu sebab "kebijaksanaan pemerintah" mesti melihat kepada serious atau tidak seriousnya dan berapa banyak kehilangan wang ringgit yang terlibat di dalam sesuatu kes penipuan. ]

b) Orang yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksa dan kekerasan. Mereka yang melakukan kesalahan itu tidak boleh didakwa di bawah kes sariqah (mencuri) dan tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah, tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes kesalahan hirabah (merompak/menyamun) yang wajib dikenakan hukuman sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 79 ceraian (1) perenggan (a) (b) (c) dan (d).

[ Kalau ambik harta orang lain secara terang-terangan seperti menyamun, peras ugut, merompak apa semua ni, kesalahan macam ni tak boleh potong tangan sebab ia bukan lagi dibawah sariqah, tetapi ianya sudah masuk kes hirabah. Sebagaimana yang kita baca dalam al-Quran, bentuk hukuman hirabah ialah dia ada 4. Yang pertamanya, kalau perompak itu ambik harta sahaja tanpa mencederakan mangsa, maka hukumannya ialah potong kaki dan tangannya secara bersilang (eg kalau potong kaki kanan, maka tangan kiri juga turut kena potong). Yang keduanya, si perompak itu bunuh mangsa tanpa sempat ambik harta, maka penjenayah macam ni hendaklah dihukum bunuh. Kemudian yang ketiganya ialah kalau dia rompak harta mangsa dan lepas tu dia bunuh pula mangsanya itu, maka hendaklah dia dibunuh pada kayu palang. Ada juga pendapat yang mengatakan bahwa dia hendaklah dibunuh dahulu, kemudian baru disalibkan jenazah dia. Maknanya ada 2 pendapat daripada 2 mazhab dalam persoalan melaksanakan hukuman kepada penjenayah yang merompak dan membunuh mangsa. Dan yang keempatnya ialah dalam kesalahan mengganggu ketenteraman awam tanpa mengambil harta dan tanpa melibatkan kecederaan ataupun pembunuhan, maka dia hendaklah dibuang negeri ataupun dipenjarakan selama setahun. Inilah dia hukuman hudud yang telah ditetapkan di dalam al-Quranul karim bagi kesalahan hirabah. ]

c) Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalan atau di atas kenderaan, termasuk juga penyeluk saku di dalam bas, di pasar, di jalan-jalan dan lain-lainnya. Mereka yang melakukan kesalahan yang disebutkan dalam perkara 74 perenggan (a) (b) dan (c) tidak boleh dikenakan hukuman hudud (potong tangan). Kes-kes tersebut adalah merujuk hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah daripada Nabi saw sabdanya yang bermaksud: Tidak wajib dikenakan hukuman potong tangan ke atas orang yang khiyanat (pecah amanah) dan orang yang mengugut, dan tidak wajib juga dikenakan hukuman potong tangan ke atas orang yang menyambar. (Riwayat Ahmad dan Imam hadith yang empat dan telah mengesahkan oleh Tirmizi dan Ibnu Hibban)

d) Pencurian yang berlaku di medan peperangan. Kes ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah saw daripada Basar bin Artot ra katanya: Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Tidak boleh dipotong tangan pencuri di masa dalam peperangan. (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud dengan sanad yang sahih)

e) Mengambil buah yang tergantung di dahannya kerana sangat lapar dan dahaga. Kes ini adalah merujuk hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bin Al-As bahawa Rasulullah saw telah ditanya mengenai seseorang yang mengambil buah tamar yang tergantung di dahannya, lalu Rasulullah saw menjawab yang bermaksud: Sesiapa yang mengambilnya dengan mulutnya untuk disimpannya, maka tidak ada sesuatu hukum yang boleh dikenakan ke atasnya. Dan sesiapa yang mengeluarkan sesuatu daripadanya, maka wajib ia menggantinya dan dikenakan hukuman (mengikut pertimbangan hakim). Dan selepas ia meletakkan dalam jaring (tempat meringankan tamar) yang sampai nilai harganya semijan (3 dirham), maka wajib dijatuhkan hukuman potong tangan ke atasnya. (Riwayat Abu Daud dan Nasaai dan mengesahkan oleh al-Hakim)

[ Kita tahu kan bahwa mencuri dalam keadaan senyap-senyap, barulah dikenakan hukum potong tangan. Walaubagaimana ia masih juga tertakluk kepada beberapa syarat. Antaranya ialah barang itu sebelum dicuri, ia mestilah disimpan di tempat yang sepatutnya. Maknanya barang itu dijaga rapi. Tapi kalau barang itu dicuri dalam keadaan tidak dikawal, maka itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Contohnya katalah ada sebuah kebun durian biasa yang tidak berpagar, hanya ada sorang saja dok jaga sekali sekala mai duduk kat pondok durian. Tiba-tiba datang sorang mai curi buah-buah durian tu dalam quantiti yang cukup banyak, sampai selori. Sepatutnya kita nampak macam pencuri tu nak kena potong tangan sebab nilai yang dia curi tu dah lebih daripada nisab, tapi disebabkan barang yang dicurinya itu berada di tempat yang terbuka (tidak dikawal rapi), maka dia tidak boleh dihukum potong tangan. Nampak tak tuan-tuan macamana ketatnya syarat-syarat hukum potong tangan tu?...Sebab tu kita kata bahwa kalau undang-undang Islam dilaksanakan, bukan ramai yang akan kena potong tangan. Sebab apa?...Sebab syaratnya cukup ketat. Sebagaimana syarat nak hukum orang berzina. Saksinya perlu kepada 4 orang. Bukan senang nak cari saksi 4 orang tuan-tuan oiii!...Memang payah nak jumpa. Samalah juga dengan syarat nak potong tangan ni. Sebab nak pastikan orang yang salah tu benar-benar cukup syaratnya, memang cukup susah. Tapi kalau cukup syaratnya, wajib dipotong tangan orang yang mencuri. Pointnya yang saya nak habag disini ialah hukum potong tangan ni bukannya senang. Bukannya asal mencuri, terus saja potong tangan. Bukan lagu tu. Sebenarnya dia ada banyak syarat-syarat yang ditetapkan oleh agama Allah. Kalau orang curi dalam Masjidilharam sekali pun, kalau benda yang dicuri itu tidak dikawal, tidak semestinya kita boleh potong tangan dia. Sebab itu, kita dalam agama Allah ni, kita setuju ka tak setuju, rujukannya ialah al-Quran dan hadith Rasulullah saw. Begitulah juga kalau tiba-tiba Kereta Sonata yang baru kita beli kemarin, dicuri umpamanya. Kita pun pikiaq guna logik akal, "Pasai apa Allah swt buat undang-undang lagu ni?..Sepatutnya pencuri tu kena potong tangan sebab curi kereta sonata aku yang berharga RM100k tu. Betoi la aku tertinggal kunci dalam kereta, tapi dia yang mencuri. Sepatutnya dia kena potong tangan.". ..Jangan pertikai tuan-tuan. Sebab kita kena ingat, Allah Ta`ala lah yang lebih cerdik buat undang-undang lagu ni. Kita hanya hamba Allah yang cukup kerdil dan cukup bodoh kalau nak banding dengan Allah Ta`ala. Jangan sekali-kali kita anggap, kitalah yang lebih cerdik daripada Allah Ta`ala.

Sebab tu, dalam agama Islam ni, ada benda yang kita suka tapi Allah larang. Dan ada benda yang kita benci tapi Allah suruh kita buat. Banyak bendanya tuan-tuan. Contoh yang paling mudah, kita tengok sembahyang Subuh. Tanyalah sapa pun, dalam 10 orang, mungkin ada la 2-3 orang saja yang rajin. Hat lain tu jangan cerita la. Kalau boleh, depa memang tak mau sembahyang Subuh. Sebab apa?...Sebab syok tidoq, malas nak bangun pagi-pagi pukoi 5-6 pagi tu. Rasa tak larat, Tuhan saja yang tau. Ni dia perangai orang yang malas sembahyang Subuh. Tapi disebabkan Allah Ta`ala yang mewajibkan sembahyang Subuh, kita rasa malas tara mana sekali pun, wajib kita sembahyang. Ini yang perlu kita faham...Cuba tuan-tuan tengok berzina. Semua orang suka berzina, betoi tak?...Tiap-tiap malam kita boleh bergilir. Malam ni amoi Ipoh mali. Malam esok aci anak mami. Malam lusa melayu rambut koko tak koko. Seronok kalau lagu ni. Tapi kita suka macamana sekali pun, HARAM bagi kita untuk berzina...Begitu juga dengan berjudi. Ramai orang suka berjudi, sampai tarikh Amerika serang Iraq pun jadi taruhan. Tapi syok dan asyik tara mana pun berjudi ni, ia tetap diHARAMkan oleh Allah Ta`ala. Begitu juga dengan slogan "satu suami satu isteri". Walaupun dalam posting-posting yang lalu, saya banyak menceritakan tentang keperitan poligami, tapi kita jangan sekali-kali menentang poligami. Jangan sekali-kali buat satu kempen menentang poligami, seolah-olah poligami ni satu benda yang haram. Kita sepatutnya kena terima bahwa poligami ini satu benda halal yang diharuskan oleh Allah swt. Maknanya, kita suka ka atau tak suka kat poligami, kita wajib terima bahwa poligami satu benda yang diharuskan oleh Allah Ta`ala...Kalau tuan-tuan nak tau, sebenarnya dalang dalam kempen tersebut adalah Sisters In Islam. Depa ini cukup bahaya tuan-tuan. Awat tak bahayanya?...Dari dulu sampai sekarang, isu-isu yang ditimbulkan mereka semata-mata hanya nak meragukan umat Islam sahaja. Mak-mak menteri serta isteri-isteri menteri semua tu bukannya tau apa pun. Depa hanya jadi pelakonnya saja. Tapi tiba-tiba selepas itu kita tengok puak-puak mufti pulak pakat tibai kempen tersebut. Dan apa yang saya nak kata ialah puak-puak mufti ni pun adalah pelakonnya juga. Di belakang mereka sebenarnya adalah ahli-ahli politik yang nak tibai seorang menteri yang isterinya terlibat dalam kempen tersebut. Hangpa semua paham dak apa yang saya nak bagitau?...Yang paham tu, paham la. Yang tak paham tu, buat-buat paham sudah la. Ini dia benda politik ni tuan-tuan, satu benda yang cukup pening. Di tempat kerja kita pening tengok manager dengan manager bergaduh berebut jawatan. Di Univ pun lagu tu jugak, pening tengok pensyarah dengan pensyarah berebut-rebut nak jadi profesor. Tuan-tuan kerja apa sekalipun, kalau ada politiking di tempat kerja, kita boleh pening kepala. Inilah antara masalah dalam kehidupan kita pada hari ini.

Okay sekarang kita tengok isu Perang US/Iraq pulak. Macam-macam pendapat yang kita dah dengar, iaitu boleh atau tak boleh perang apa semua ni. Sebenarnya apa yang perlu kita buat ialah kita rujuk balik kepada al-Quran dan as-Sunnah. Cuba kita lihat satu hadith Nabi saw, yang mana baginda bersabda, "Aku telah dibangkitkan hampir dengan hari Qiamat dengan pedang sehingga Allah Ta`ala sahaja yang disembah, tidak ada sekutu bagiNya.."...Apa maksud Nabi saw kata lagu tu?...Maksudnya ialah perjuangan Nabi saw dan umatnya akan berlanjutan sehinggalah ke hari Qiamat. Pasai apa jadi lagu tu?...Sebab, mana ada orang hanya sembah Allah Ta`ala. Jadi, dalam misi Nabi saw dan umatnya nak pastikan hanya Allah sahaja yang disembah, maka pasti mereka akan bertembung dengan orang kapiaq yang menyekutukan Allah dan orang-orang munafiq yang berpura-pura...Kemudian Nabi saw kata lagi, "..Allah Ta`ala menjadikan rezki ku di bawah naungan tombak ku.."...Maknanya, kalau kita sanggup berperang lawan dengan musuh, maka barulah kita mendapat rezki daripada Allah Ta`ala. Rezki berupa keamanan, kesenangan, kemewahan, kehormatan dan sebagainya ini akan kita perolehi apabila kita menegakkan peperangan setelah tiba masanya peperangan itu disyariatkan oleh Allah swt...Kemudian sambung Nabi saw lagi, "...Dan Allah Ta`ala menjadikan kehinaan dan kekerdilan ke atas sesiapa yang bercanggah dengan urusan agama ku. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia tergolong dalam kaum tersebut."...Inilah dia amaran Nabi saw ke atas umatnya yang sekarang ini tidak diendahkan lagi. Nabi dah bagi amaran supaya kita jangan dok ikut rentak orang kapiaq sebab akibatnya nanti kita akan jadi lemah, hina dan akan termasuk dalam golongan kapiaq. So, cuba kita lihat apa dah jadi dengan orang Islam bila Iraq diserang?...Yang kita lihat, ketua negara-negara Islam tak habih-habih dok bermesyuarat dengan PBB?...Kofi Annan tu sapa?...Cuba kita flashback kembali ke zaman Nabi saw. Di Mekah pada waktu itupun ada juga satu tempat untuk bermesyuarat, ianya dipanggil "Darul Nadwah". Di sinilah ketua-ketua kabilah yang dipengerusikan oleh Abu Jahal bermesyuarat. Pernah dak tuan-tuan dengaq, Nabi saw masuk ke dalam Darul Nadwah untuk bermesyuarat, bersidang dan mencapai satu keputusan dengan Abu Jahal?...Mana ada, tuan-tuan ooiii!!!...Sirah tak pernah cerita pun tentang puak Islam pi buat persidangan bersama-sama dengan puak kuffar. Tak pernah berlaku sedemikian pada zaman Nabi saw. Kalau Nabi saw nak buat keputusan, sekali-kali baginda tak ambik pandangan daripada orang kafir. Sebab apa Nabi saw tak pernah participate dalam parlimen yang bernama Darul Nadwah tu?...Sebab Nabi tau itu hanya membuang masa saja. Tapi hari ini, kita tak ikut cara Nabi. Kita pi mesyuarat dengan orang kapiaq. Bergantung harap dengan kapiaq untuk buat keputusan. Lepas itu bila dah buat keputusan, tiba-tiba boleh pulak dibatalkan oleh veto Amerika. Tak buang masa ka kalu lagu tu punya dok ada?...Maka betullah kata-kata Nabi saw, apabila kita buat bercanggah dengan cara Nabi, maka Allah Ta`ala menjadikan kehinaan dan kelemahan kepada umat Islam. Sebab itu hari ini kita tengok umat Islam sana sini dipermain-mainkan.

Ya, memang kita akui sapa pun tak suka dengan peperangan. Hatta Allah Ta`ala sendiri dalam Quran mengakui bahwa peperangan adalah satu perkara yang tidak disukai oleh sahabat-sahabat Nabi saw. Ini disebut dalam tafsir ulama`-ulama` yang muktabar tentang ayat-ayat perang. Sapa pun tak suka dengan perang ni sebab ia melibatkan korban yang ramai. Begitulah dengan kita pun. Tapi sekiranya tiba satu masa dimana umat Islam perlu mengangkat senjata untuk mempertahankan saudara seIslam yang dizolimi, maka pada masa itu, wajib bagi umat Islam berperang. Bagi siapa yang tidak mampu menghadirkan fizikalnya di medan pertempuran, sekurang-kurangnya sekalung doa dipanjatkan kepada Allah Ta`ala. Bagi siapa yang mampu menginfaqkan wang ringgitnya, tolong pastikan wang yang kita salur itu betul-betul dimanafaatkan. Kat wakil PBB jangan tuan-tuan bagi sebab Bosnia mengingatkan kita macamana bantuan yang PBB bawa tak sampai pun kepada penduduk Bosnia. Sejarah mengajar kita, tuan-tuan. Wakil umno pun jangan dok bagi sebab depa hanya tau beli ubat dan makanan saja. Dalam keadaan sebegini, memang kita tak nafi pentingnya ubat-ubatan dan makanan, tapi itu semua secondary. Keutamaannya sekarang ialah kena beli senjata dan bagi pada rakyat Iraq untuk mempertahankan tanahair umat Islam. Itu prioritinya. Kalau kita bagi ubat dan makanan saja, umpama macam kita bela ayam daging la tuan-tuan. Bagi makan cukup-cukup, bila sakit bagi ubat, lepas tu mai Amerika, sembelih habih semua. Kita tak mau benda lagu ni berlaku. Inilah dia Fiqhul Awlawiyat (Fekah keutamaan) yang perlu kita faham. ]

2) Kes yang disebutkan dalam perenggan (e) samalah hukumnya dengan orang yang hanya mencuri sekadar sepiring nasi atau segelas air untuk menghilangkan lapar dan dahaga yang bersangatan yang boleh menyebabkan kemudharatan ke atas dirinya.

[ Ceraian ini adalah sambungan daripada perbahasan kita yang lalu berkenaan dengan keadaan si pencuri tidak dikenakan hukuman hudud. ]

3) Pencuri yang melakukan pencurian seperti tersebut tidak boleh dikenakan hukuman hudud (potong tangan) kerana barangan yang dicurinya itu bukan untuk disimpannya, malah hanya untuk menghilangkan lapar dan dahaga yang bersangatan. Sungguhpun demikian, dalam kes ini hakim dengan kearifan dan kebijaksanaan boleh menjatuhkan hukuman ta`zir ke atas mereka yang melakukan kesalahan sebagaimana tersebut.

[ Dalam kes ini, si pencuri telah melakukan kecurian kerana untuk mengelakkan daripada ditimpa kemudaratan. Jadi dalam keadaan ini, hudud tidak akan dikenakan ke atasnya. Walaubagaimanapun dalam undang-undang Islam, hakim diberikan kuasa untuk menjatuhkan hukuman ta`zir ke atas si pencuri seperti ini supaya ianya boleh memberi pengajaran kepada si pencuri tersebut bahwa perbuatan mencuri itu adalah perbuatan yang tidak dibenarkan oleh agama. ]

 

 

 

Bah 1 - Bab 2 - Hudud - Fasal 4 - Sariqah - Per 75 - 76

 

Perkara 75: Mensabitkan kesalahan mencuri.

1) Kesalahan mencuri boleh disabitkan dengan adanya salah satu dari bukti-bukti:

i) Iqrar (pengakuan) daripada pencuri itu sendiri bahawa ia betul telah mencuri, di mana pengakuannya itu menjadi bukti untuk mensabitkan kesalahannya mencuri.

[ Bila si pencuri mengaku bersalah, maka pengakuannya itu hendaklah dipakai oleh mahkamah untuk menjatuhkan hukuman hudud ke atasnya. ]

ii) Keterangan 2 orang saksi lelaki yang adil. Tidak boleh disabitkan kesalahan seseorang itu mencuri, jika saksi-saksi itu orang perempuan dan orang yang fasik.

[ Maknanya dalam nak menjatuhkan hukuman hudud, saksi daripada kaum wanita tidak boleh digunakan. Walaubagaimanapun, saksi perempuan dibenarkan tampil dalam kes-kes yang bukan hudud, seperti dalam kes ta`zir umpamanya. ]

iii) Sumpah yang mardud, iaitu sumpah pencuri itu dikembalikan kepada orang yang mendakwa, jika orang yang didakwa tadi tidak mengaku, di mana mengikut keterangan orang yang mendakwa bahawa orang yang didakwa itu memang sebenarnya ia adalah mencuri - (I`anatut Talibin).

[ Apabila si pencuri itu tidak mengaku dan tidak ada 2 orang saksi lelaki yang adil, maka kaedah sumpah digunakan. Tapi sekiranya si pencuri yang disuruh bersumpah itu enggan bersumpah, maka sumpah itu dikembalikan pada orang yang mendakwa. Dan sekiranya orang yang mendakwa itu berani bersumpah bahwa si pencuri itu adalah orang yang benar-benar mencuri, maka wajib dikenakan hukuman hudud ke atas si pencuri tadi. Ini adalah kerana apabila si pencuri itu takut untuk bersumpah, maka itu adalah dalil bahwa dia telah pencuri. ]

2) Pencuri yang mengaku melakukan kesalahan mencuri memadai membuat pengakuan hanya sekali pengakuan sahaja, dan pengakuannya itu hendaklah dibuat di majlis qadha` (dalam mahkamah) di hadapan hakim.

[ Kalau pengakuan dibuat depan orang lain selain hakim, maka pengakuan macam tu, tak boleh pakai. ]

3) Untuk mempastikan kebenaran keterangan saksi-saksi bagi mensabitkan kesalahan seseorang itu mencuri, hakim hendaklah menyoal siasat saksi-saksi itu mengenai harta atau barangan yang dicuri, cara kecurian, tempat kecurian, masa kecurian dan lain-lainnya.

[ Hari ini, peguamlah yang melakukan soal-siasat, mengambil-alih tugas hakim. Untuk mensabitkan kesalahan, maklumat yang dikehendaki daripada saksi-saksi mestilah tepat, sokong menyokong antara satu sama lain. Kalau maklumat daripada saksi-saksi bercanggah antara satu dengan yang lain, ini menunjukkan adanya unsur keraguan. Sebab apa timbul unsur keraguan?...Sebab bukti tidak cukup. Bila bukti tidak cukup, maka pihak yang didakwa akan dibebaskan. ]

4) Hakim hendaklah juga menanyakan kepada saksi-saksi itu hubungan di antara orang yang kena curi dengan orang yang mencuri. Dalam kes ini jika saksi-saksi tadi memberi keterangan yang berlainan di antara mereka, maka pencuri itu tidak boleh disabitkan kesalahan mencuri dan tidak boleh dijatuhkan hukuman hudud (potong tangan).

[ Kenapa dalam perenggan ini, pengarang kitab ini menulis mesti ditanya tentang hubungan si pencuri dengan mangsanya?...Sebab sepertimana yang kita bahas dalam posting yang lalu, kalau bapa mencuri harta anaknya, si bapa itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Begitulah juga kalau si anak mencuri harta makbapak atau nenek moyang dia, dia juga tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Ini berdalilkan hadith Rasulullah saw yang bermaksud, "Kamu dan juga harta benda kamu, adalah milik bapa kamu!"...Bila Nabi saw kata lagu tu, dan sekiranya ada pula kes bapa pi curi harta anak dia, maka akan timbullah keraguan dalam kes tersebut. Bila ada keraguan, ulama` pula berkata, "Tertolaknya hudud bila ada keraguan!"...Nampak tak tuan-tuan, macamana ditunjukkan kepada kita bahwa Islam ini adalah satu ugama yang amat menekan sikap berhati-hati.

Bila sebut masalah mencuri ni tuan-tuan, sekarang ni bermacam-macam teknik mencuri kita boleh tengok. Yang selalu kita tengok ialah satu individu mencuri harta individu yang lain, atau satu individu mencuri harta sebuah syarikat atau sebuah kerajaan, betoi tak?...Itu yang lazimnya kita tengok. Tapi sejak akhir-akhir ini, keadaan dah jadi terbalik pulak. Sekarang ni ada kerajaan yang sanggup curi harta rakyatnya dengan cara yang cukup licik. Rakyat sebenarnya tau harta mereka sedang dicuri, tapi kat sapa nak mengadu, itu menjadi masalahnya.

Lihat saja perkembangan di Acheh hari ini tuan-tuan. Bila kerajaan Indonesia tidak dibenarkan mencuri hasil bumi Acheh yang kaya tu, kita lihat sendiri bagaimana kerajaan Indonesia telah menghantar ratusan komandonya untuk menyertai ribuan TNI untuk mengganyang Acheh. Ini menyebabkan ramai dikalangan kita di M`sia ni yang tertanya-tanya, apa masalah sebenarnya antara Acheh dengan Indonesia ?...Kalau tuan-tuan balik semula kepada kisah penjajahan Belanda di Indonesia, tuan-tuan akan dapat jawapannya. Acheh ialah satu-satunya negara yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa barat sejak daripada dahulu sampailah sekarang. Maknanya, Acheh adalah sebuah negara yang merdeka sejak dulu lagi. Tetapi setelah Indonesia berjaya mendapatkan kemerdekaan daripada Belanda, dan semasa perjanjian kedua belah pihak itu ditanda-tangani, tiba-tiba dimasukkan Acheh yang kaya dengan sumber petrolium itu ke dalam wilayah Indonesia. Takke haru punya cerita tu?...Takpa lagi tu sebab sebenarnya Acheh bersetuju masuk dalam Indonesia, dengan beberapa syarat. Antara syaratnya ialah Acheh minta negaranya diperintah dengan cara undang-undang Islam. Ini yang Indonesia tak mau tu, sebab Indonesia adalah negara yang diperintah secara undang-undang sekular, yang tidak mengambil kira undang-undang Islam. Maka inilah yang mengheret pertelagahan di antara GAM dan TNI. Dan bertambah parah lagi ialah apabila hasil petrolium Acheh disedut curi oleh kerajaan Indonesia, sehingga langsung tidak memberi manafaat kepada Acheh. Acheh tetap miskin seperti sebelumnya. Yang kaya ialah bapak-bapak menteri dalam kerajaan Indonesia. Inilah yang membuatkan rasa tidak puashati dikalangan rakyat Aceh sehingga sebahagian daripada mereka membentuk Gerakan Acheh Merdeka.

Amacam tuan-tuan?...Clear tak apa yang cuba saya bagitau tentang masalah yang dihadapi Acheh hari ini?...Masalahnya ialah selain kerajaan Indonesia tidak membenarkan Aceh diperintah secara Islam, kerajaan Indonesia juga turut mencuri hasil bumi Acheh lagu tu saja tanpa menghiraukan hak rakyat Acheh. Apa yang berlaku pada Acheh, mengingatkan pada negeri T`ganu kita. Sama saja tuan-tuan...Ust Jailani cerita, semasa beliau dijemput berceramah di platform minyak di T`ganu bulan sudah, beliau telah mendapat gambaran sebenar pasai apa kerajaan M`sia terpaksa tarik balik duit royalti minyak kepada kerajaan negeri T`ganu...Masa pergi ke sana, ust Jailani menceritakan bahwa platform induk ada 13 bijik. Perjalanan dari satu platform ke platform yang lain, diangkut oleh helicopter. Mula-mula ust ingat tentulah helicopter yang akan dinaikinya itu jenis baru sebab Petronas kaya. Tapi tiba-tiba dilihatnya helicopter tu tetap hat jenis lama, jenis Nuri tu lah juga. Cumanya, ianya dicat baru. Tu ja. Takpalah, Nuri pun nurilah. Ust kata dia seronok la juga pasai first time dapat naik helicopter. Okay kemudiannya, masa on the way pergi ke pelantar minyak yang berada 200km daripada pantai T`ganu tu, tiba-tiba hujan turun. Yang lucunya, air hujan tirih menitik masuk dalam helicopter. Nampak tak tuan-tuan, dari sini pun kita boleh tengok macamana tok-tok menteri mentakedarah duit?...Duit minyak berjuta-juta ringgit masuk satu hari, tapi helicopter hat pakainya, tetap tak ganti-ganti, hat jenih lama tu la juga. Tu takpa lagi...

Kemudiannya ust kata bila depa meredah perjalanan nuuuuun jauh di tengah laut 200km daripada pantai (memang tak nampak pantai langsung), akhirnya depa sampai di platform yang pertama, yang dipanggil sebagai "Dulang B". Sampai-sampai di "Dulang B", superintendent dia pun bagi briefing memperkenalkan "Dulang B" itu pada ust Jailani. Superintendent tu kata bahwa "Dulang B" itu merupakan satu pelantar yang mencarigali dan mengeluarkan minyak untuk M`sia sebanyak 40,000 barel satu hari. Dimana satu barel berharga RM100. Kalau kita kali dengan 40,000 barel, bermakna M`sia boleh mendapat satu hari dalam RM4juta untuk satu platform. Tu baru satu paltform tuan-tuan. Kat T`ganu tu, ada 13 platform induk. Cuba tuan-tuan bayang satu hari M`sia boleh dapat berapa banyak?...Kat satu platform induk tu pulak, ada beberapa satelite platform hat kecik-kecik di sekelilingnya. Kalaulah satu platform induk boleh dapat RM4juta satu hari, ini bermakna satu tahun depa boleh dapat dekat RM1.5 billion tuan-tuan oiii!...Tu baru satu pelantar minyak. Dok ada lagi 13 bijik lagi. Sepatutnya kaya dah negeri T`ganu ni, betoi tak?...Tapi apa yang malangnya, T`ganu tercatat sebagai negeri kedua termiskin di M`sia. Pasai apa jadi macam ni?... Cuba tuan-tuan jawab, siapa yang memerintah selama ni sebelum T`ganu jatuh ke tangan Pas?...Sapa tuan-tuan?...Jawapannya memang kita semua sudah sedia maklum, betoi tak?...T`ganu ni bila dapat-dapat saja kat Pas, dan-dan jadi wang ehsan. Itu pun takpa lagi tu, kita dah tak heran semua tu, dah naik mangli orang Penang kata. Hangpa punya suka lah nak tukar apa pun. Dulu royalti, sekarang wang ehsan. Yang tu semua kira ikut suka hangpa lah. Yang kuat mentahkedarah duit minyak ni memang kita dah tahu dah siapa dia. Rakyat bawahan ni boleh la dapat sikit-sikit macam duit zakat atau duit ehsan ja, takat RM50, RM100 tu boleh la. Hat dok kat ataih nu mentahkedarah berapa juta sapa pun tak tau?

Lepaih tu ust cerita lagi, dalam taklimat itu juga dia ditunjuk dalam peta, lokasi-lokasi yang banyak minyak. Setelah diamat-amati, rupa-rupanya lokasi terbaru yang dijumpai banyak minyak ialah di sepanjang perairan negeri Kelantan...Hah! sudahhh!...Lokasi-lokasi tersebut dijumpai oleh 3 orang pakar carigali minyak yang berbangsa Melayu kita yang masing-masing diberi gaji sebanyak RM60,000 sebulan tanpa tax. Tu dia aih!...Tax depa ditanggung oleh Petronas. Depa ni memang expert dalam mencari tempat yang ada minyak. Depa akan turunkan sejenis alat pengesan gelombang ke perut bumi, daripada reflection gelombang itu depa boleh tau suatu tempat itu ada minyak ka takdak. Hebat Allah bagi ilmu kat depa ni.

Jadi apa nak sebutnya ialah sekarang ni di Kelantan dijumpai banyak minyak. Tapi ia belum di developed sebab ada masalah piping. Kalau bawa paip tu ke darat, pantai yang paling dekat ialah pantai Kelantan. Kalau bawa masuk kot K`tan, sudah tentu Kelantan mau habuannya sikit. Ini takdak masalah kalau Kelantan sekepala dengan geng merah biru karat tu. Tapi yang jadi masalahnya di sini, Kelantan bukannya geng merah biru, tapi ianya hijau putih. Itu masalahnya. Bila depa nampak masalah tersebut, lalu depa pun melalui pihak-pihak tertentu cuba berunding dengan kerajaan Thailand untuk bawa paip itu ke negeri Siam. Nampak tak tuan-tuan macamana busuknya perut yang dikatakan melayu umno ni. Mana pi slogan umno yang kata nak memperjuangkan hak melayu?...Siam ka melayu atau Kelantan ka melayu?...Akibat busuknya perut melayu umno ni, tiba-tiba ditakdirkan oleh Allah Ta`ala, sampai hari ni projek depa tu terbengkalai sebab ada masalah pulak dengan syarikat daripada Thailand.

Kita akui walaupun mencuri seperti yang dilakukan oleh kerajaan M`sia ke atas rakyat T`ganu/K`tan ini tidak boleh dikenakan hudud, tetapi apa yang kita nak kata ialah ini adalah satu pengkhianatan daripada pemerintah terhadap rakyatnya. Kalau tuan-tuan buka dalam Sahih Muslim, tuan-tuan akan jumpa satu hadith tentang pengkhianatan kerajaan terhadap rakyat. Ana lupa pulak hadith ke berapa, tapi dalam hadith tersebut Nabi saw telah berjanji bahwa sesiapa saja yang mengkhianati amanah yang diberikan padanya, maka dia dijanjikan dengan azab oleh Allah swt...Nauzubillah.]

 

Perkara 76: Pencuri yang dikecualikan dari hukuman hudud.

Hukuman hudud kerana melakukan kesalahan mencuri tidak boleh dikenakan dalam keadaan berikut:

a) Jumlah nilai harga harta atau barangan yang dicuri itu kurang daripada nisab yang disebutkan dalam perkara 73.

[ Bila sebut pasai nisab ni, teringat saya satu cerita bagaimana ada satu orang pi call pejabat mufti, nak tanya tentang masalah nisab zakat hartanya. Dia tanya kat sorang ust di pejabat mufti tu, "Adakah wang simpanan saya yang sebanyak ini wajib dikenakan zakat?..Kalau kena bayar, ust tolong kira sat, berapa banyak yang saya kena bayar"...Lepas dikira, ust tu kata, "Duit pakcik ni tak cukup nisab, jadi taklah wajib bayar zakat." ...Pakcik tu pun jawab, "Alhamdulillah.."...Nampak tak tuan-tuan perangai orang kita yang takdak rasa cinta untuk beribadat kepada Allah swt?...Adaka dengan takyah bayaq zakat, boleh sebut Alhamdulillah?...Apa punya pakcik?...Ibadat bagi orang macam pakcik ni adalah macam satu azab. Inilah penyakit yang sedang menular dalam hati sebahagian umat Islam hari ini. Kita sepatutnya jangan ada perangai lagu ni. Kalau boleh, kita mesti berlumba-lumba nak bayar zakat kerana zakat yang diwajibkan kepada kita itu hanyalah secebis sahaja daripada kekayaan yang kita miliki. ]

b) Untuk mensabitkan kesalahan mencuri itu tidak dapat dibuktikan mengikut yang dikehendaki di bawah peruntukan perkara 75(1).

[ Kalau pencuri itu tidak mengaku, kemudian tidak ada saksi dan dengan jalan sumpah pun tak boleh, maka orang yang dituduh mencuri itu wajib dilepaskan daripada hukuman hudud. ]

c) Pencuri itu bukan orang yang mukallaf mengikut penta`rifan syara`.

[ Apa syarat orang yang mukallaf?...Yang pertamanya, dia hendaklah berakal. Dan yang keduanya ialah baligh (cukup umur). Inilah sifat-sifat orang yang dibebankan dengan tanggungjawab. So bila seorang itu sudah mukallaf, maka setiap apa yang dilakukan akan menerima pembalasan daripada Allah swt. ]

d) Tuan punya harta atau barangan yang dicuri itu tidak menyimpan dan menjaga harta atau barangan di tempat yang selamat daripada kena curi dan tidak menyimpannya pada tempat yang sepatutnya harta atau barangan itu disimpan.

[ Maksud ayat dalam perenggan ini ialah pencuri yang mencuri akibat kelalaian tuan milik barang itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Bila berlaku lagu ni, jangan pulak ada yang salah tafsir. Perbuatan mencuri itu tetap haram walaupun dalam kes ini pencuri tu tak kena hudud. Mungkin dia boleh dita`zirkan. ]

e) Pencuri itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya ke atas harta yang dicurinya itu, walaupun tuan punya harta atau barangan itu tidak lagi mempunyai jagaan dan milikan terhadap harta tadi.

f) Harta atau barangan yang dicuri itu bukan dari jenis harta atau barangan yang berharga dan bernilai dan boleh didapati dengan banyaknya di merata-rata tempat atau dari jenis harta atau barangan yang mudah rosak dan musnah.

[ Ada barangan tertentu pada lazimnya kita anggap ianya sebagai barang yang bernilai, tapi dalam hukum syara`, tiba-tiba, ianya tidak pula dianggap bernilai. Ada tak tuan-tuan benda-benda lagu ni?...Adaaaa!...Misalnya, arak. Ada manusia anggap arak ni bernilai sebab dia kena beli. Tapi dalam hukum syara`, arak ni bukannya satu benda yang bernilai. Samalah juga dengan najis. Ada setengah orang anggap najis ni bernilai sebab boleh buat baja. Tapi dalam hukum syara`, najis bukanlah dianggap sebagai satu barang yang berharga. ]

g) Harta atau barangan yang dicuri itu tidak memberi apa-apa faedah dan tidak bernilai mengikut hukum syara` seperti alat-alat hiburan atau minuman-minuman yang memabukkan.

[ Katalah jalan-jalan kot kedai, tiba-tiba ternampak gitar lawa. Hati berkenan tapi duit takdak. Akhirnya, gitar tu dicuri. Perbuatan mencuri gitar tu tetap haram, tapi dari segi hudud, ianya tidak boleh dikenakan hukuman potong tangan. Begitulah juga kalau pi curi minuman keras seperti wain, beer apa semua ni, ia juga tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Kalau curi arak, tak boleh kena hudud, maka samalah juga kalau ada orang pi curi babi. Apa ingat babi tak mahai ka?...Jangan buat main tuan-tuan, harga sekoq babi pun boleh mencecah ribuan ringgit juga tu. Tapi walau banyak mana sekalipun dia curi babi, kalau dia ditangkap, dia juga dikecualikan daripada hukuman hudud. ]

h) Pencurian yang dilakukan oleh orang yang memberi hutang ke atas harta atau barangan orang yang berhutang kepadanya yang enggan membayar hutangnya, dimana jumlah nilai harga harta atau barangan yang dicurinya itu melebihi dari jumlah hutang orang tadi dan tidak melebihi pula dari nisab.

[ Dalam kes macam ni, ia boleh sampai ke tahap harus. Katalah kita bagi hutang kat satu orang. Tiba-tiba bila kita minta balik, orang tu tak mau bayar. Puas dah kita minta, dia tetap juga tak mau bayar. Kita takdak pilihan lain, akhirnya kita terpaksa pi curi harta orang tu sebagai ganti hutang tadi. Ada ulama` kata, perbuatan kita itu bukan setakat tak kena hudud, malah diharuskan sekiranya orang itu enggan membayar hutang pada kita. ]

i) Pencurian itu berlaku dalam keadaan terdesak, seperti di dalam peperangan, di masa sangat lapar dan dahaga, ketika dalam keadaan menghidap penyakit, dan di waktu datang bencana alam.

j) Pencurian yang dilakukan oleh anak ke atas harta atau barangan kepunyaan ibubapanya hingga ke atas (datuk dan seterusnya) atau pencurian yang dilakukan oleh ibu bapa ke atas harta atau barangan kepunyaan anaknya hingga ke bawah (cucu dan seterusnya).

k) Pencurian yang dilakukan oleh suami ke atas harta atau barangan kepunyaan isterinya, atau pencurian yang dilakukan oleh isteri ke atas harta atau barangan kepunyaan suaminya.

[ Dalam kes kecurian suami isteri ini ada sedikit perbezaan pendapat di kalangan para ulama`. Ada pendapat yang mengatakan bahwa sekiranya suami curi harta isteri, maka suami wajib dikenakan hukuman hudud. Tapi kalau isteri curi harta suami, isteri tidak wajib dikenakan hukuman hudud. Dan ada juga pendapat kata kalau suami curi harta isteri, dia tidak boleh dikenakan hudud. Begitulah juga sebaliknya. Jadi, macam-macam pendapat dah kita dengar. Takpa, ini semua perkara khilafiah. Tapi dalam perenggan di atas penulis menyebut secara umumnya, kalau berlaku juga kecurian antara suami dan isteri, maka tidak dikenakan hudud sebab kedua-dua suami isteri ini berkongsi kehidupan saling bergantung di antara satu sama lain. Maknanya kalau kita dah sanggup berkongsi hidup dengan isteri kita, maka slogan "duit hang duit aku, duit aku duit aku", kenalah buang, dengan diganti dengan slogan "duit hang duit aku, duit aku duit hang". Malah mengikut hukum syara`, nafkah wajib disediakan oleh suami kepada isterinya. Kalau isteri tak mau kerja pun, suami tak boleh memaksa suruh isteri dia bekerja.

Bila sebut masalah suami isteri ni tuan-tuan, orang kita kadang-kadang bila dah lama hidup berumahtangga 10 tahun, 20 tahun, mulalah akan datang perasaan jemu pada si isteri. Ini berlaku pada seorang surirumah yang datang mengadu pada ust Jailani. Dia kata suami dia dah benci kat dia sehingga sanggup panggil dia dengan gelaran "babi pendek"...Nie dia yang kata mulut suami korang ajaq ni. Sedangkan masa dia mula-mula kawin 10 tahun dulu, yang kata "babi pendek" tu lah yang dia peluk-peluk. Sekarang bila dia dah jemu, dia hina isteri dia tu.

Tuan-tuan, mulut kita kena jaga!...Nak keluar satu perkataan, cuba fikir habis-habis dulu. Cuba fikir, perkataan yang nak dikeluarkan ni, haram ka harus?...Perkataan yang nak keluarkan ni, boleh dapat pahala ka atau dapat dosa?...Kalau kita nak buat satu benda, boleh bawa manafaat ka atau sia-sia?...Inilah yang kita kena beringat selalu. Bukan apa tuan-tuan, sejak akhir-akhir ini banyak benda pelik sedang berlaku. Depan mata kita sendiri, kita tengok orang baik-baik dihina dan dimusuhi. Tapi bila tengok orang jahat turun kapalterbang balik dari luar negeri, takdan kaki dia cecah tanah, cepat-cepat geng-geng barua karat ni sambut tangan dia, cium tangan dia, kalau boleh jilat, gerenti depa jilat tangan dia. Nuuuu projek punya pasai!...

Cuba kita tengok isu sebelum ini yang hangat diperkatakan, tapi tiba-tiba saja diam begitu saja. Hari tu naik seram tengkok juga bila terbaca kat front page paper BH, "MB T`ganu boleh disaman RM1juta!". Dok pikiaq, "Ishk! Camana TG nak bayaq saman RM1juta ni?"...Naik migren jugak dok pikiaq benda tu. Isu yang cuba diperbesarkan oleh puak barua karat ni ialah tuduhan TG mengatakan bahwa polis bawa maksiat dan melindungi perkara mungkar di negeri T`ganu. Dalam dok pening pikiaq benda ni. Akhirnya penjelasan oleh ust Jailani, membuatkan kekusutan selama ini terus terongkai...Okay, ust Jailani jelaskan lagu ni. Dalam undang-undang di M`sia, kalau ucapan kita termasuk dalam 3 jenis ni, maka orang sekali-kali tak boleh saman fitnah kat kita. Yang pertamanya, ucapan kita hendaklah ada justification, yakni ada benarnya. Kalau kita bercakap benda yang ada justification, orang tak boleh saman kita. Kalau dia proceed saman kita jugak, pasti dia akan kalah. Kemudian kalau dia kalah, maka dia terpaksa kena bayar kos mahkamah. Contohnya katalah saya kata kat satu orang, "Nie sheikh! bini lu botak la!"...Lepaih tu terus saya pi tarik rambut palsu bini dia, tengok-tengok botak betoi. Kalau berlaku keadaan begitu, walaupun saya telah memalukan orang tu, tapi dalam undang-undang di M`sia ini khususnya dalam kes defamation, orang itu tetap tak boleh saman saya. Sebab apa?...Sebab bini dia benar-benar botak. Okay itu yang pertama.

Yang keduanya ialah ucapan berbentuk fair comments (komen yang berpatutan). Contohnya katalah kita nampak satu orang dok jalan nyong nyong nyong kot tepi jalan, dengan hanya pakai kasut sebelah saja. Lalu terus kita kata kat dia, "Oiii! Orang gila!"...Tengok-tengok bila pi check kat hospital, doktor declare kata dia tak gila, dia waras. So bila berlaku macam tu, adakah saya boleh dikatakan sebagai menfitnah orang tu?...Tidak tuan-tuan. Sebab apa?...Sebab ulasan saya berpatutan. Orang yang waras tak akan pakai kasut sebelah, dia akan pakai kasut di kedua-dua belah kakinya, betoi tak?

Dan yang ke3 nya ialah special privilege. Contohnya seperti ahli parlimen berucap dalam persidangan parlimen. Dia nak bohong ka, dia nak buat kenyataan lagu mana ka, dia boleh buat dalam parlimen. Pasai apa jadi lagu tu?...Sebab dalam parlimen, dia sebagai ahli, dia ada privilege. Undang-undang tak boleh saman dia kalau dia bercakap dalam parlimen. Sebab itu kita pernah dengar, ada ahli parlimen mencabar ahli parlimen yang berucap supaya ulang ucapannya di luar parlimen. Kenapa?...Sebabnya kalau dia bercakap bohong di luar parlimen, dia berisiko boleh disaman malu atau disaman fitnah.

Inilah dia 3 benda yang perlu kita ambik kira. So kalau tuan-tuan nak bercakap, pastikan salah satu daripada 3 benda ni ada pada tuan-tuan. Okay sekarang berbalik kita pada isu TG dengan bekas Ketua Polis T`ganu. Mari kita tengok balik peristiwa yang menyebabnya TG boleh kata bahwa pihak polis bawa masuk maksiat tu. Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah apabila pihak polis menganjurkan satu konsert. Okay kalau betul konsert tu ada artis perempuan yang menyanyi, dan ada persembahan penari perempuan yang buka aurat sambil menari dengan penari lelaki di khalayak ramai; kalau semua itu betul, maka betullah apa yang diucap oleh TG bahwa itu adalah maksiat. Ini bermakna kata-kata TG itu mengandungi justification (ada kebenaran). So bila ada kebenaran, hang saman pi lah RM1juta pun, hang pasti tak akan menang. Bila hang tak menang, hang pulak yang terpaksa kena bayar kos mahkamah...Oooo! Pasai tu lah senyap je sampai sekarang. Rupa-rupanya depa gempaq saja hari tu. Apa yang kita nak bagitau kat puak barua karat ni, "Kalau hangpa nak gempaq pun, jangan la pi bubuh kat front page nuuu. Bubuh kat column kecik dah la..Kah!..kah!..kah!"...Bukan apa tuan-tuan. Kesian kita tengok wartawan yang tulih topik tu. Dia pun turut jadi bangang pasai dok ikut sangat telunjuk ketua umno bangang! ]

i) Pencurian itu mencuri harta atau barangan kepunyaan Baitulmal.

m) Tuan punya harta yang dicuri itu tidak mengaku bahwa harta atau barangan yang dicuri itu kepunyaannya, sekalipun pencuri tadi telah membuat pengakuan bahawa harta atau barangan yang dicurinya itu adalah kepunyaan orang itu.

n) Pencurian itu dilakukan oleh sekumpulan orang yang memperoleh bahagian tiap-tiap seorang setelah dibahagi-bahagi harta atau barangan yang dicuri tadi sesama mereka tidak sampai nilai harga senisab sebagaimana yang disebutkan dalam perkara 73.

[ Katalah sekumpulan pencuri pi curi 60 guni beras. Setelah dibahagi-bahagi, tengok-tengok masing-masing dapat habuan yang nilainya tak cukup nisab pun. Sekira ini yang berlaku, maka mereka tidak boleh dikenakan hukuman hudud. ]

o) Pencuri itu memulangkan harta atau barangan yang dicurinya kepada tuan punya harta atau barangan itu sebelum hukuman hudud (potong tangan) dilaksanakan ke atasnya.

p) Pencuri itu membuat bantahan di majlis qadha` (dalam mahkamah) di atas keterangan saksi-saksi yang boleh diterima bantahannya itu mengikut peruntukan Hukum Syara`.

[ Maksud ayat ini ialah pencuri itu buat bantahan sebab kekeliruan daripada keterangan daripada saksi-saksi. Misalnya saksi pertama kata si pencuri itu mencuri belah malam. Sedangkan saksi kedua pula kata si pencuri itu beroperasi belah siang. Berlaku percanggahan. Bila berlaku percanggahan keterangan daripada saksi-saksi, maka bantahan tertuduh diterima dan dia akan dibebaskan. ]

 

 

Bah 1 - Bab 2 - Hudud - Fasal 4 - Sariqah - Per 77

Qanun Jinayah Syar`iyah

FASAL 4.

SARIQAH (MENCURI)

 

Perkara 77: Hukuman kerana kesalahan mencuri.

1) Sesiapa yang melakukan kesalahan mencuri, kecuali dalam keadaan yang disebutkan dalam perkara 76 wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang dikehendaki oleh Hukum Syara`.

a) Mencuri kali yang pertama hendaklah dipotong tangan kanannya.

b) Mencuri kali kedua hendaklah dipotong kaki kirinya, dan

c) Mencuri kali ketiga dan berikutnya hendaklah dikenakan hukuman ta`zir dan dipenjarakan sehingga ia bertaubat.

[ Nampak tak tuan-tuan, macamana undang-undang Islam membuat turutan dalam melaksanakan hudud ke atas si pencuri. Dia tarak nak potong semua aih!...Takat 2x ja kena potong. Kalau masuk kali ke3, ke4 dan seterusnya; dia hanya akan dipenjara dan di situ dia akan disuruh bertaubat. ]

2) Hukuman yang dikenakan ke atas pencuri sebagaimana yang disebutkan dalam ceraian (1) perenggan (a), (b) dan (c) adalah merujuk kes seorang lelaki yang melakukan kesalahan mencuri lalu dibawa lelaki itu kepada Saidina Ali ra, maka beliau memotong tangan kanannya. Kemudian lelaki itu mencuri pada kali yang kedua dan dibawa pula kepada Saidina Ali, maka beliau memotong kaki kirinya. Kemudian lelaki tadi mencuri lagi pada kali yang ketiga dan dibawa juga kepada Saidina Ali lalu beliau berkata: "Aku tidak akan memotong (tangan kiri dan kaki kanannya). Jika aku potong kakinya, dengan apakah ia berjalan. Sesungguhnya aku sangat malu terhadap Allah (di atas tindakan aku itu), lalu Saidina Ali memukulnya dengan kayu dan mempenjarakannya." (Riwayat Muhammad bin Hassan dari Ali bin Abi Talib mengeluarkan akannya oleh al-Baihaqi.)

[ Daripada kata-kata dan perbuatan Saidina Ali kw inilah kita jadikan dalil bahwa sekiranya orang itu mencuri pada kali pertama, maka hendaklah dipotong tangan kanannya. Lalu sekiranya dicurinya buat kali kedua, kita potong kaki kirinya. Dan sekiranya dilakukan buat kali ke3 dan seterusnya, maka dia akan dikenakan ta`zir. ]

Wallahu ta`ala `alam.

 

No comments: