Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah

dan Nabi Muhammad adalah rasul Allah

Pengunjung misisuci sedang online

Tuesday, February 05, 2008

1. Mastika hadis - Sebenar-benar perkataan dan sebaik-baik jalan pimpinan

Mastika Hadith - Muqaddimah

Kuliyyah Maghrib ini disampaikan oleh Ustaz Halim Nasir di Masjid Batu, Kampung Pertama, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

 

Bab 1 : Sebenar-benar perkataan dan sebaik-baik jalan pimpinan.

 

Hadith 1.

Hadith ini diambil daripada Jabir bin Abdullah ra. Katanya: Pernah Rasulullah saw merah menyala matanya bila berpidato serta lantang suaranya dan bersangatan marahnya, sehingga seolah-olah baginda seorang pemberi arahan yang menyatakan kepada angkatan tentera tentang kedatangan musuh, dengan katanya, "Bahwa musuh akan datang menyerang kamu pada pagi-pagi hari dan mungkin pada waktu petang."...Serta baginda bersabda, "Masa aku diutuskan dan masa berlakunya qiamat seperti 2 jari ini, yakni Nabi tunjuk sambil merapatkan jari telunjuk dengan jari tengah...." (HR Muslim)

Saidina Jabir bin Abdullah radiallahuanhuma adalah seorang sahabat Nabi saw dari kalangan orang-orang Ansar. Beliau juga antara yang terlibat dalam Perjanjian `Aqobah yang kedua yang berlaku di Bukit `Aqobah. Yang sekarang ni kita boleh lihat di kawasan melontar Jam`atul `Aqobah. Pada siapa yang pernah pergi ke kawasan melontar, disana kita akan melihat ada sebuah bangunan macam masjid. Walaupun tidak digunakan masjid itu, tetapi dari apa yang orang-orang Arab di sana bagitau dekat Ustaz Halim bahwa masjid itu didirikan bersempena mengambil peristiwa Perjanjian `Aqobah. Perjanjian ini telah Nabi menteraikan antara dirinya dengan 72 orang Ansar pada tahun yang ke 12 kerasulan Nabi saw, yakni setahun sebelum berlakunya hijrah. Jadi, salah seorang diantara 72 orang itu ialah Saidina Jabir bin Abdullah ra daripada Bani Salamah dari kalangan orang-orang Ansar.

Sepertimana yang kita tahu, Bai`atul `Aqobah berlaku sebanyak 2 kali. Yang pertama, Bai`atul `Aqobah al-awal berlaku pada tahun ke 11 kerasulan Nabi, yang dihadiri hanya seramai 12 orang sahaja dari kalangan Ansar, yang ketika itu datang untuk mengerjakan haji. Peristiwa ini berlaku setelah Nabi melihat orang-orang Mekah dah tak mau dengan Islam. Dengan Saidatina Khadijah pun dah wafat, datuknya Abdul Muthalib pun dah mati, dan Nabi pun dah di Israk-Mikrajkan oleh Allah swt; maka Nabi saw pun mendapat satu semangat baru apabila Nabi melihat sebahagian tanda-tanda kebesaran Allah swt, lalu Nabi pun mengorak langkah dengan menyampaikan Islam kepada orang-orang Ansar yang datang mengerjakan haji mengikut "haji adab" pada waktu itu, yakni mengikut sunnah Nabi Ibrahim as

Perjanjian yang pertama yang dinamakan "Perjanjian `Aqobah yang pertama" itu, Nabi ikat di malam hari dengan ditemani oleh bapa saudaranya yang masih belum memeluk Islam ketika itu, iaitulah Saidina Abbas bin Abdul Muthalib. Selepas perjanjian itu dimeterai, Nabi suruh yang 12 orang ni balik ke Madinah dengan hanya dipesannya: i) mengerjakan solat, (ii) jaga Islam, (iii) dan jangan mencuri. Itu saja buat masa tu. Lalu 12 orang ni pun balik, mereka pun menyebarkan cerita tentang Nabi saw kepada masyarakat di Madinah; maka tahun depan iaitu pada tahun ke 12 kerasulan Nabi, mereka datang dengan lebih ramai iaitu 72 orang, lalu termeterai pula Perjanjian `Aqobah yang kedua. Yang mana isi kandung perjanjian itu ada 6 kesemuanya. Salah satunya ialah mempertahankan Islam dan mempertahankan Nabi saw. Lalu 72 orang ni balik ke Madinah dan menjadi perintis-perintis yang menyediakan tapak untuk kedatangan Nabi saw. Dimana pada tahun hadapannya, yakni tahun ke 13 kerasulan Nabi, maka berlakulah "Hijrah". Akhirnya bila Nabi saw berhijrah, maka kesemua mereka yakni orang-orang Ansar, sedang menanti dengan tangan yang terbuka akan kedatangan Nabi saw.

Inilah cara belajar yang disyorkan oleh para alim ulama`. Yakni bila saja ada nama sahabat masuk dalam pengajian, maka eloklah kita hurai sedikit tentang sahabat tu sebab nak ambik barakah, kerana semua sahabat Nabi adalah orang yang diberkati oleh Allah swt. Okay sahabat Nabi yang kita bincang ini ialah Jabir bin Abdullah ra. Istimewanya Jabir ini ialah kerana ayahnya. Ayah Jabir, Abdullah bin Amr telah memeluk Islam ketika Nabi berhijrah ke Madinah. Beliau terlibat dalam 2 peperangan besar iaitulah Peperangan Badar dan Uhud. Sebelum dia bergerak ke medan Uhud, Saidina Abdullah bin Amr telah pun memberitahu kepada keluarganya bahwa katanya, "Saya rasa saya tak lama hidup."...Dia boleh rasa nak jadi syuhadah. Dia boleh rasa dah bau-bauan syurga ketika itu. Lalu dia pesan kepada isteri dan anak-anaknya, "Ayah mungkin tak lama lagi. Ayah rasa perang Uhud ini akan memisahkan kita."...Lalu dia pun pergi ke medan jihad dan benarlah gerak hatinya bahwa dia gugur sebagai syuhadah di medan Uhud, bersama dengan Mazhab bin Umar dan bersama dengan seorang yang digelar oleh Nabi dengan Saiyyidul Syuhada Hamzah bin Abdul Muthalib, iaitulah ayah saudara Nabi saw, yang kita ziarah makamnya di kaki Bukit Uhud. Sebab itu sehingga ke hari ini, apabila kita ziarah makam Saidina Hamzah bin Abdul Muthalib, maka hendaklah ucapkan salam kepada Mazhab bin Umar, ucapkan salam kepada Abdullah bin Jahashi, ucapkan salam kepada Hamzah bin Abdul Mutalib dan ucapkan salam kepada seluruh para syahid yang gugur di medan Uhud. Inilah yang diajar oleh Nabi saw sehingga menjadi satu sunnah.

Mengikut riwayat, bila Nabi saw melakukan pembersihan mengutip jenazah para sahabat yang gugur di medan Uhud, ada satu jenazah dijumpai hancur mukanya dan dia hanya dikenali oleh anaknya melalui cincin dijari. Setelah anaknya mengaku bahwa itu ayahnya, barulah Nabi saw tahu bahwa jenazah yang tidak dikenalinya itu adalah seorang lagi bapa saudaranya iaitu al-Haris bin Abdul Mutalib. Al-Haris bapa saudara Nabi inilah yang menyerbu ke arah musuh apabila tersebar khabar angin mengatakan bahwa Nabi sudah terbunuh. Tuan-tuan bayangkanlah, puak-puak kuffur ni punya la benci kepada orang-orang Islam sampai depa bunuh tak dak ayat dah. Depa boleh balun muka sampai hancur sehinggakan Nabi saw pun tak boleh kenai bapa saudaranya sendiri. Dan termasuk syuhadah dalam medan Uhud itu ialah Abdullah bin Amr yakni ayah kepada Jabir.

Lalu Jabir yang meriwayatkan hadith yang akan kita bahas ini, menangis apabila dia dapat tahu ayahnya turut gugur. Apabila melihat keadaan Jabir yang sedang menangis itu, lalu Nabi saw kata kat Jabir, "Wahai Jabir, apa yang kamu tangiskan?..Kamu tahu tak apa yang sedang ayah kamu buat sekarang?..Ayahmu, Abdullah sekarang sedang berada di dalam syurga. Dan ayahmu sedang bercakap-cakap dengan Allah tanpa hijab."...Inilah kelebihan orang mati syahid. Sebab itu, kita kena minta kepada Allah supaya dimatikan sebagai syuhadah. Sehinggakan Nabi saw menyebut dalam hadithnya yang lain bahwa orang yang beriya-iya benar nak mati syahid, tapi tiba-tiba Allah matikannya di atas katil, maka tetap dibayar pahala syuhadah.

Kemudian kata Nabi lagi kepada Jabir, "Kamu nak tahu tak apa yang ayah kamu sedang bualkan?"...Jawab Jabir, "Ya, wahai Rasulullah."...Lalu Nabi cerita kepada Jabir secara "live", "Bahwa sekarang Allah Ta`ala sedang tanya ayahmu: Wahai Abdullah, apa lagi jenis makanan yang kamu mahu? Mintalah apa yang kamu hendak lagi."..Lalu berkatalah Saidina Abdullah bin Amr, "Wahai Allah, aku mengucapkan syukur diatas segala nikmat yang Engkau beri pada ku yakni nikmat masuk syurga. Cumanya aku nak minta sekali lagi wahai Allah, hidupkanlah aku balik dan hantarkan aku ke dunia. Kemudian biar musuh Allah bunuh aku, lalu aku mati balik dan masuk balik dalam syurga. Hidup balik, kemudian matikan aku balik, lalu masuk dalam syurga. Sebab aku seronok sangat merasai mati syahid ini."..Lalu kata Allah, "Kamu nak hidup? Tapi tak boleh sekarang. Esok pada hari kebangkitan, boleh."..Lalu jawab Saidina Abdullah, "Kalau begitu, siapa yang nak cerita kepada sahabat-sahabat aku, nikmatnya mati syahid. Kalau aku masih duduk di syurga ni, siapa yang nak cerita kepada sahabat-sahabat aku yang masih hidup tu bahwa sedapnya mati syahid ni? Siapa yang nak cerita kepada pejuang-pejuang Islam yang berjuang menegakkan agama Allah, kalau aku masih di syurga ni?"..Lalu jawab Allah, "Akulah yang akan beritahu."...Maka turunlah pada waktu itu ayat 169 Surah Ali Imran bersempena dengan permintaan Saidina Abdullah bin Amr, yang minta dia dihidupkan kembali untuk menceritakan kepada sahabat-sahabat di bumi termasuklah kita, betapa indahnya mati mempertahankan Islam. Lalu Allah turunkan di waktu itu kepada Nabi saw ayat 169 Surah Ali Imran yang bermaksud, "Dan janganlah engkau menyangka orang-orang yang terbunuh mempertahankan Islam, yakni mati pada jalan Allah, jangan kamu sangka mereka mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Allah, serta diberi rezeki."...Allah turunkan ayat ini untuk beritahu kita bahwa orang yang mati syahid sebenarnya tak mati, sebaliknya dia hidup. Lalu ulama membahaskan bahwa maksud "hidup" di sini, dia ada 2 makna:

i) hidupnya "nama" mereka. Bila sebut syuhadah saja, kita akan sebut Saidina Hamzah, Abdullah bin Rawahah, Imam al-Syahid Hassan al-Banna, al-Syahid Sayyid Qutb dan lain-lain. Disebut nama-nama mereka di seluruh pelusuk bumi orang Islam. Ini menandakan mereka hidup dalam setiap hati pejuang-pejuang Islam. Walaupun kita tak pernah berjumpa dan bersalaman dengan al-Syahid Hassan al-Bana maupun Sayyid Qutb, tetapi nama mereka akan terus meniti dari bibir ke bibir sampailah ke hari qiamat.

ii) Dan maksud "hidup" yang kedua ialah hidupnya mereka di sisi Allah, yakni di dalam syurga Allah swt. Mereka diberi makan macam kita makan, malah lebih enak daripada kita makan, sebab makanan mereka daripada syurga. Dan Nabi saw pernah menyebut dalam hadith lain bahwa setiap pagi dan petang, dibawa makanan oleh bidadari kepada orang-orang yang mati syahid. Dan kata Nabi lagi bahwa orang-orang yang mati syahid ini boleh memberi syafaat kepada 70 ahli keluarganya yang confirm akan masuk neraka. Sebab itu, kalau kita tengok anak kita bersemangat untuk ke medan jihad, biar kat dia, jangan larang. Benarkan dia berjuang di jalan Allah dengan kita backing bagi semangat kat dia. Kalau ditakdirkan anak kita itu syahid, maka kita boleh la tumpang di bawah syafaat dia di hari qiamat kelak, walaupun atas dunia dulu, kitalah penakut nak mampuih, hanya setakat berangan nak mati syahid saja.

Jadi, Saidina Jabir bin Abdullah ra inilah yang bawa hadith yang pertama ini berkenaan dengan cara Nabi saw berpidato. Bila kita mengaji sirah Nabi, kita boleh lihat Nabi saw berkomunikasi dalam berbagai ragam dan style mengikut suasana dan kaedah. Ada kalanya Nabi senyum saja, bercakap dengan penuh lemah lembut. Lembutnya pertuturan Nabi itu sehingga Allah swt tidak mengizinkan sahabat lebih tinggi suara daripada Nabi saw. Sebab itulah turunnya Surah al-Hujuraat, yang mana mengajar kita beradab dengan Nabi saw. Contohnya, ayat 2 dalam Surah al-Hujuraat yang bermaksud, "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu tinggikan suaramu di atas suara Nabi,..."...Ayat ini menimbulkan satu persoalan di zaman Imam Malik; iaitu sekarang Nabi dah wafat, jadi macamana ayat ini dengan kita yang hidup selepas Nabi tiada?...Lalu Imam Malik mengatakan ayat ini ada 2 makna :

i) ketika kita berada di makam Rasulullah saw, maka janganlah tinggikan suara, janganlah buat bising di hadapan makam Nabi saw dan jangan bercakap benda-benda merapu. Maksudnya, bila kita ziarah makam Rasulullah, pandanglah makamnya, rendahkan suara dan mohonlah syafaat daripada Allah swt.

ii) Mengajar kita adab diantara pengikut dengan pemimpin. Menurut ulama tafsir, inilah kaedah yang Allah swt ajar kepada kita supaya tidak meninggikan suara di hadapan pimpinan jama`ah. Daripada Surah al-Hujuraat ini kata para ulama, ia mengajar kita juga adab-adab berjemaah yakni adakala kita boleh bergurau senda dan adakala kita kena respect antara satu sama lain, sehinggakan ke tahap tidak boleh meninggikan suara di hadapan pimpinan.

Berbalik kepada style Nabi berkomunikasi tadi, iaitu adakala dia senyum, lemah lembut dan adakala dia marah sampai timbul urat dahinya. Sepertimana kata Usamah bin Zaid ra (anak kepada Zaid bin Harithah) bahwa ketika Nabi marah apabila seorang wanita bernama Fatimah daripada Bani Mahzum ditangkap kerana mencuri. Lalu ada pula konspirasi yang nak cuba lepaskan Fatimah daripada hukuman had (hudud) kerana Fatimah ini adalah seorang bangsawan yang kaya...Tang mana pun, kalau ada saja orang kaya, mesti ada konspirasi. Yang ni pasai dia malu la kot. Ada ka satu orang kaya, nak kena potong tangan?…Jatuh la standard. Lalu Fatimah panggil Usamah bin Zaid, kerana dia tahu Nabi cukup sayang dengan Usamah sebab Zaid telah meninggal dunia. Anak angkat Nabi bernama Zaid bin Harithah telah gugur syahid dalam peperangan Mu`tah bersama Abdullah bin Rawahah dan Ja`afar bin Abi Talib. 3 orang sahabat ini gugur syahid dalam peperangan Mu`tah di sempadan Jordan, dimana Nabi telah bersabda, "Aku telah melihat ketiga-tiga mereka masuk syurga serentak apabila mereka mati syahid."...Jadi, bila Zaid mati, maka Nabi tumpahkan kasih sayangnya kepada Usamah, lalu perempuan itu pujuk Usamah supaya Nabi jangan kerat tangan dia. Lalu bila Nabi dengar Usamah memujuknya, maka marahlah Nabi sebagaimana hadith yang selalu kita dengar, kata Nabi saw, "Demi Allah, jangankan kata Fatimah Bani Mahzum, kalau Fatimah binti Muhammad mencuri pun, aku tidak akan teragak-agak untuk memotong tangan anakku."...Maka dikala itu kata Usamah, "Aku melihat adanya urat di dahi Nabi, ketika marahnya Nabi apabila hak Allah cuba dicabuli."...Inilah sifat yang mesti kita contohi. Memangla kita sesama kita, boleh bersenyum dan bergurau senda, tetapi dalam bab hukum, kita kena bertegas. Tapi yang susahnya orang kita, bila kita bertegas, ada pula yang kata kita ni melenting melatah tak bertempat. Tu la, orang suruh pi mengaji, hangpa pi relax kat kedai kopi, jadi macamana ilmu nak terpancar dalam hati. Apa yang kita nak bagitau ialah kaedah berkomunikasi dalam Islam ada banyak caranya. Bukan kata lembut saja memanjang. Ada time kita perlu bertegas, yakni bila hak Allah dicabuli. Dalam hal macam ni, takdak kompromi lagi. Macam ustaz Kazim kata hari tu tentang cara menegur sesama kita, dia kata, "Adakalanya kita kena guna kaedah main snooker (secara indirect). Dan adakala pula kaedah main golf cukup berkesan, yakni pukoi terus masuk lubang (sound direct)."...Kita punya la dok terang Islam begini-begini sampai berbuih dah mulut-mulut, tapi tak reti-reti jugak; hah! Yang ni mau guna kaedah main golf, mau hentam terus.

Jadi, ada masa kita kena flexible. Tapi yang paling afdal, kita mau ikut kaedah Nabi saw. Iaitu apabila sampai ke tahap perkara yang cukup besar, Rasulullah saw akan bercakap dengan penuh lantang. Menurut Jabir bin Abdullah dalam hadith di atas, Nabi saw seolah-olah seperti seorang panglima tentera sedang memberi arahan kepada anak-anak buah di medan perang. Ya la, sebagai seorang komandan tentera, bila saja nak berperang dan bertempur dengan musuh, takkanlah dia nak beri arahan itu dengan lemah lembut. Mestilah dengan keras. Begitulah kata Jabir bin Abdullah, "Pernah kami melihat Nabi bila dia berpidato, merah sungguh mukanya dan tinggi suaranya."...Dan berbetulan apa yang Nabi sebut itu adalah persoalan yang berhubung dengan qiamat. Kata ulama, maknanya apabila Nabi menceritakan persoalan qiamat, Nabi akan serious kerana persoalan qiamat adalah satu benda yang cukup besar, yang tidak boleh dipermain-mainkan oleh manusia.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Jabir, sabda Nabi berkait dengan qiamat, "Dibangkitkan aku dan hari qiamat itu seperti ini (dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengahnya)."...Para ulama mengatakan bahwa dengan kelahiran Nabi saw itu sendiri, bermakna itulah tanda besar hari qiamat. Diantara lain tanda-tanda besar hari nak qiamat yang kita tahu ialah seperti Nabi Isa as diturunkan untuk berentap dengan dajjal, keluarnya yakjuj wal makjuj, terbitnya matahari daripada barat jatuh ke timur selama 3 hari, yang mana pintu taubat ditutup Allah pada waktu itu. Jadi, berdasarkan hadith ini, ulama mengatakan bahwa lahirnya Nabi saw, itu bermakna tanda qiamat sudah dekat. Dan kita boleh calculate berapa jauh Nabi dah tinggalkan kita. 1423 (tahun hijrah) + 13 (tahun di Mekah) + 40 tahun (sebelum jadi Nabi) = 1476 tahun...Ini bermakna lama dah Nabi tinggalkan kita, tuan-tuan. Sebab itu, bila kita dah tahu yang hari qiamat kian hampir dan kita sebagai orang muslim yang cerdik; apa kita nak buat?...Sudah tentulah kita kena buat persiapan yang secukupnya untuk bertemu Maha Pencipta.

Kalau kita tengok dalam Quran, Allah telah menceritakan tentang senario qiamat tu lagumana kat kita. Manakala dalam hadith pula, Nabi saw telah banyak memberitahu kita tentang tanda-tanda qiamat. Itu bezanya antara Quran dan hadith dalam bab Qiamat. Quran ni, dia cerita apa yang akan berlaku pada hari qiamat sepertimana dalam Surah al-Infithaar ayat 1 yang bermaksud, "Apabila langit telah pecah."...Langit yang kukuh pun boleh pecah, tuan-tuan. Lalu ayat 2 sebut, "Dan apabila bintang jatuh berguguran"...Kapalterbang yang kecik jatuh pun dah cukup takut. Itu pun baru lebih kurang 25000 km ketinggian dari bumi. Inikan pula bintang-bintang yang jauhnya beribu-ribu km. Bila jatuh atas kepala kita, bbrrrrrbuuuum!!! Tak tau la apa nak jadi, tuan-tuan. Kemudian ayat 3 pula bermaksud, "Dan apabila lautan bergelora melimpah-limpah."...La ni, seronok la mandi laut. Berenang sini, berenang sana. Bikini sini, bikino sana. Terjun sana, berkelah sini. Besok masa nak qiamat nanti, laut akan bergelora bergulung-gulung lagi menggerunkan. Dan ayat 4 pula sebut, "Dan apabila kubur dibongkar."...La ni boleh la baca Fatihah apa ka atas kuboq. Besok bila qiamat, kuboq tu terbongkar sendiri...Inilah antara contoh ayat-ayat daripada al-Quran yang menceritakan senario ketika berlakunya qiamat. Manakala Nabi pula menceritakan tanda-tanda nak qiamat. Disini perbezaannya. Dan sekarang pun kita boleh tengok di depan mata kita bahwa tanda-tanda qiamat ini sudah terlalu banyak. Sebab itulah, persiapan mesti dibuat daripada sekarang. Antaranya, kita mesti meletakkan diri kita sebagai golongan yang berjuangkan Islam. Ini dah cukup baik walaupun diri kita tidak ditembak, tidak dicincang dan mati pula atas katil saja, tapi kalau kita tetap bercita-cita nak mati syahid, maka pahala mati syahid tetap kita dapat, Insya`Allah. Perjuangan tetap diteruskan walaupun kalah memanjang. Itu semua tak menghairankan kita sebab menang kalah adalah kerja Allah. Kita kalah di dunia, tapi menang di akhirat, Insya`Allah. Kita punya style; kalau menang pun Alhamdulillah, kalau kalah pun Alhamdulillah jugak. Yang pentingnya, diri kita mesti diletakkan di dalam golongan yang berjuang mempertahankan Quran dan sunnah Nabi saw.

Contohnya, kita lihat balik sejarah seorang sahabat Nabi saw yang bernama Khalid al-Walid. Dialah sahabat Nabi yang diberi gelaran "Saifullah", yakni pedang Allah. Pedangnya memang panjang sungguh. Gelaran ini, bukan sahabat-sahabat biasa yang bagi kat dia, tapi Rasulullah saw sendiri yang bagi, tuan-tuan oooiii!...SubhanAllah...Macam kita la tuan-tuan, kalau kawan biasa puji kat kita, kita tak rasa apa-apa, betoi tak?...Biasa saja. Cuba kalu menteri mana ka puji kat kita, emmmpphh! Rasa lagumana terapung-apung. Silap-silap haribulan, boleh projek lagi...Okay Khalid ibn Walid ni, dia punya la dok berangan nak mati syahid, tapi Allah tak izinkan. Dimana menurut riwayat, dia mati biasa saja yakni atas tempat tidurnya. Walhal dialah "Saifullah", yang mana pernah dalam satu peperangan, dia pernah bersilih ganti pedangnya sebanyak 9x kerana pedang-pedangnya patah. Tuan-tuan boleh bayang lagumana dia punya hayun pedangnya sampai 9x patah?...Maknanya setiap kali dia pi perang, pedang spare mesti mau ada. Macam kita main badminton la tuan-tuan. Kan kita nanti tengok player-player nanti bawa satu beg punya reket. Masa game, yang dia guna satu reket saja. Jadi yang lain tu kira spare punya la tu. Jadi bila tali reket tu putus akibat smashing demi smashing, maka tak bimbang la dia, pasai reket spare berlambak punya dok ada.

Sahabat mana yang tak kenal Khalid al-Walid, tuan-tuan. Dalam perang Uhud, dialah yang pintas dari belakang tentera-tentera berpanah Islam yang meninggalkan posisi mereka di atas bukit pasai nak berebut rampasan perang. Inilah yang membuktikan betapa tajamnya penglihatan Khalid, walaupun dia tengok waktu tu tentera-tentera Islam dah hampir nak menang. Dengan lintang pukang Abu Suffian lari ke belakang. Cekapnya Khalid dalam ilmu peperangan terserlah bila dia "cool" saja memerhati situasi yang agak genting yang dihadapi oleh pihaknya ketika itu. Matanya cukup liar dan tajam memerhati tentera-tentera memanah Islam yang 50 orang tu, yang mana dipimpin oleh periwayat hadith ini sendiri, iaitu Jabir bin Abdullah. Jabir, dia tak turun, dia patuh arahan Nabi. Yang turun ialah sebahagian sahabat, yang kemudiannya menjadi mangsa pasukan berkuda Khalid, yang pintas mereka kot belakang.

Menurut ustaz Halim, kawan abang dia yang tinggal di Madinah menceritakan masa dia naik teksi dengan Pak Arab, Pak Arab tu bawa dia lalu kot laluan yang dulunya Khalid ibnu Walid lalu waktu dia pintas tentera Islam. Laluan tu sekarang dah elok dah, jadi lebuhraya dah pun. Teksi itu dalam kelajuan 80-90 km/h, mengambil masa selama 25 minit untuk menghabiskan pusingan sampai ke tempat yang Khalid serang tentera Islam dulu. Tapi Khalid dengan pacuan kudanya, hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja.Tuan-tuan boleh bayangkan macamana punya laju Khalid pacu kuda ketika dia menyerang?...Pasai teksi dengan kelajuan 80-90 km/h tu kira dah laju tu, tapi Khalid mengambil masa lagi pantas daripada teksi itu. Inilah kecekapan orang yang Nabi gelar "Saifullah". Walaupun begitu, dia hanya mati di katil. Sebelum dia mati, Khalid sempat bersyair, katanya, "Alangkah malunya Khalid, hidup berjuang tapi mati di atas ranjang."...Seolah-olah dia menyesali dirinya yang tidak mati gugur di medan peperangan. Namun begitu, dalam hadith yang lain yang ustaz sebut tadi, Nabi menjanjikan bahwa orang yang berniat untuk mati syahid tapi matinya dalam keadaan biasa saja, tetap mendapat pahala orang yang mati syahid.

Okay berbalik cerita qiamat tadi. Kalau kita dah tahu yang qiamat itu sudah dekat, apakah lagi yang kita nak korbankan untuk hidup ini?...Tak lain dan tak bukan, hanya jiwa dan raga untuk diinfak bagi perjuangan Islam. Inilah yang lebih bernilai untuk kita bawa mengadap Allah swt. Kerana kita sentiasa dalam keadaan dihitung, dikira dan dicatit segala amalan-amalan kita. Menurut ustaz, beliau bimbang antara yang Nabi saw sebut akan berlakunya bila dekat-dekat nak qiamat nanti ialah kejahilan menjadi semakin berleluasa. Contohnya, sudah pun ada di depan mata kita sekarang. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh "syeikh PutraJaya" tu, semakin menyimpang daripada landasan Islam. Dia biasa kata, "Islam bukan pandang jubah serban. Itu hanya pakaian."...Syeikh ni seolah-olah nak menghina sunnah Rasulullah saw. Dan kejahilan syeikh ini sampai ketahap tak tau nak bezakan perintah Allah. Ada ka dia kata, "Kita tak boleh makan..apanama..babi ni sebab orang tua-tua kita dulu pun tak makan, pasai babi ni jijik. Bukan pasai hukumnya haram."....Inilah yang dikatakan jahil murakkab (2x jahil). Dah la jahil, kemudian nak menyesatkan orang lain pulak dengan kejahilannya. Memang cukup bahaya kalau jenih guna kepala hotak saja ni. Dalam ayat-ayat Allah dengan jelas telah menyatakan tentang babi ni, sepertimana firman Allah dalam Suratul Ma`idah ayat 3 yang bermaksud, "Aku haramkan kamu makan bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih tanpa kamu sebut nama Allah."...Ayat inilah yang menjadi dalil Allah haramkan daging babi. Jadi asasnya, Allah haramkan dulu, yang jijik kotor tu datang kemudian. Tapi bila kita tak faham Islam, bila kita jahil, serta tutup pintu hati kita; maka mulalah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan semuanya berdasarkan akal fikiran semata-mata. Ok, kalau hang kata babi tu tak boleh makan pasai kotor, la ni apa macam kalau hang mandikan babi tu dulu, bubuh shampoo, bubuh sabun apa ka, kemudian tempek bedak bagi gebu apa ka, last sekali mau boh lipstick apa sikit, baru nampak comel. Jadi, lepas tu, boleh la pi sembelih, kemudian mau buat masak asam, bagi hang mentahkedarah....Nauzubillahiminzalik...Kalau begini la pemikiran pemimpin negara kita, maka inilah juga tanda akhir zaman yang pernah disebut oleh Nabi saw tadi.

Tapi yang pasti berlaku sebelum menjelangnya hari qiamat ialah Islam akan dizahirkan oleh Allah sebagai pemenang dan kita sangat-sangat menanti saat itu. Mungkin kita tak dapat menyaksikan saat itu kerana dah mati jadi rangka di dalam kubur. Tapi Insya`Allah, anak cucu kita akan meraihnya. Kalau anak cucu kita pun tidak sempat merasai saat gemilang itu, mungkin cicit piut kita akan menyaksikannya. Sebab itulah, kita kena banyak berdoa kepada Allah, "Wahai Tuhan kami, jadikanlah isteri-isteri kami dan zuriat-zuriat kami, sejuk sedap mata memandang."...Kita balik rumah pun seronok aja. Tengok anak isteri, sedap sejuk aje mata memandang. Memang inilah yang diidam-idamkan oleh setiap keluarga Islam. Tapi kalau anak-anak kita yang kecik-kecik tu, yang belum baligh tu, kalau depa nakal sikit, tu kira biasa la. Pasai depa tak boleh pikiaq lagi. Tapi bila depa dah dewasa nanti, dan boleh dah berfikir, maka merekalah yang akan menjadi harapan kita semoga mereka menjadi zuriat-zuriat kita yang sejuk mata memandang. Bila orang tanya, "Eh, hang tau dak dia ni anak sapa?..Aku tengok bersih je air mukanya."...Jawab sorang lagi, "Dia ni la anak Sheikh kita tu."...Bila kita tua sikit, orang kata pula, "Dia ni cucu sapa?..Aku tengok rajin sungguh pi masjid. Rajin sungguh baca Quran."...Inilah yang kita mau. Kita nak bina rangkaian-rangkaian ini dengan kita sebagai pengasasnya. Lalu bila zuriat-zuriat berqualiti begini berkembang dan Insya`Allah bila mereka meraih kemenangan, maka pahala boleh kat kita sama walaupun kita dah mati tinggai tulang. Sebab itulah, kita kena ikat awal-awal diri kita dalam perjuangan Islam.

Sebab itu, diperingkat awal ini, kalah menang, kira Alhamdulillah. Yang pentingnya, kita telah berjaya melawan nafsu kita dengan meletakkan diri dalam golongan yang mahu kepada al-Quran. Menang pun buat apa kalau menghentam dan menghina al-Quran?...Disini kita nak bagitau kat org umno; kamu lawan kuliyyah ka atau kamu lawan ceramah ka, kamu jaga. Sebab Allah dah kata dalam Quran, "Setiap perkataan dan setiap perbuatan kamu, Raqib dan Atid sedang mencatitnya."...Mana kita nak lari?...Hidup kita ini sentiasa dikawal oleh Allah dengan segala pengawalnya yang siap sedia menjalankan tugasnya.

Sebab itu, bila kita faham hadith ini, maka kita kena tahu akan kaedah berdakwah. Iaitu ada suasana yang perlu kita marah dengan sesungguh-sungguh marah. Ada suasana kita kena berlembut. Dan adakalanya pulak, kita kena flexible. Jadi, kesemuanya bergantung kepada suasana. Contohnya, macam ni. Katalah satu syeikh mana ka pi buat salah dan kita memang boleh marah kat dia, tapi kalau dengan marah itu akan membuatkan dia tak mau "isi borang", maka janganlah kita marah kat dia. Kita gunalah kaedah lain supaya dia tertarik kepada perjuangan Islam yang sebenar. Kalau kita guna kaedah lembut, maka kesabaran menjadi keperluan. Berdoalah kepada Allah sepertimana yang diajar oleh Nabi saw, "Tumpahkanlah keatas kami kesabaran bila kami diuji oleh Mu wahai AllahH. Sabarkan hati kami. Wahai Tuhan kami, tetapkanlah hati kami. Tetapkan perjuangan kami. Istiqomahkan kami, walau badai melanda, walau habuan mendatang, kami minta tetapkan hati kami, Ya Allah. Setelah kami istiqomah, bantulah kami menentang golongan yang kuffur itu."...Lalu ustaz Halim mendefinasikan pula istilah kafir atau kuffur dalam doa di atas. Menurut ustaz, kuffur/kafir ini, dia bukan bangsa, tapi dia adalah sifat. Sebab itu, TG Nik Aziz pesan kepada kita supaya jangan panggil orang cina hindu ni sebagai orang kafir. Kita kena gunakan istilah "bukan Islam" kepada mereka. Sebab mereka belum terima risalah Islam lagi. Yang kata kafir/kuffur ni sebab mereka tolak Islam. Itu bezanya antara istilah orang bukan Islam dengan istilah kafir. Contohnya, kita lihat dalam ayat 5 Suratul Fath, macamana Allah guna istilah kafir. Ayat ini bermaksud, "Dan Kami akan memasukkan ke dalam syurga itu, mukmin lelaki dan mukminah perempuan. Syurga yang dibawahnya mengalir beberapa batang sungai dan kemudian mereka kekal di dalamnya. Dan supaya Allah menghapuskan KESALAHAN mereka."...Maksud kafir dalam ayat ini ialah "kesalahan" mereka. Dalam ertikata lain "kafir" bermaksud hati yang ditimbus dengan kebendaan dunia menyebabkan hati itu menolak Islam. Yang ni yang TG Nik Aziz pebetoi hari tu tentang kalimah "kafir". Maknanya, orang yang belum terima risalah Islam, mereka bukan kafir. Yang kata "kafir" ni, orang yang tahu dan faham Islam, tapi depa tolak Islam....Nauzubillahiminzalik.

Jadi, inilah kaedah-kaedah yang perlu kita ambil dari apa yang Rasulullah saw ajar kepada kita; iaitu :

a) adakala dia bersabar. Orang bubuh najis atas kepala pun, dia bersabar juga.

b) Adakala pula, dia tak ampun kesalahan orang. Contohnya dalam Perang Badar, dimana Nabi mengarahkan Saidina Ali menghukum pancung ke atas an-Naba` al-Haris dan `Uqbah bin Abi Mu`ayat. Mereka berdua ini adalah tawanan Perang Badar yang minta ampun kepada Nabi, tapi Nabi saw mengarahkan Saidina Ali penggal leher mereka. Maka ini menunjukkan Nabi cukup bertegas.

...Ini semua kita kena imbangkan dalam perjuangan Islam, barulah nampak indah dan cantik perjuangan tersebut. 

Kata Jabir bin Abdullah ra lagi:...Serta baginda Rasulullah bersabda lagi, "(Ketahuilah) Selain dari itu, maka sebenar-benar perkataan ialah Kitabullah..." (HR Muslim)

Maksud matan hadith ini merupakan satu pengisytiharan yang cukup besar ertinya kepada kita. Bahwa tidak ada sebenar-benar perkataan dan sebaik-baik ucapan, melainkan Kitabullah, iaitulah al-Quran yang diturunkan oleh Allah swt kepada kita sekelian. Sebab itu kita perlu memahami berhubung dengan al-Quran itu sendiri. Seperti bagaimanakah berlaku proses penurunan al-Quran dan sedikit daripada perkara yang ada hubung-kait dengan "tunazzalah" atau penurunan al-Quran itu.

Apa yang perlu kita tahu ialah :

1) yang pertama, para ulama telah menegaskan bahwa al-Quran itu datang daripada sisi Allah swt, kemudian menuju ke suatu tempat yang dinamakan "Lauh Mahfuz". Dan daripada sisi Allah ke "Lauh Mahfuz" ini, yang disebut dalam Suratul Buruuj ayat 21-22 yang bermaksud, "Bahkan dialah Quran yang mulia. Dipapan yang terpelihara (Lauh Mahfuz)."...Bagaimana rupanya "Lauh Mahfuz", Allahu ta`ala a`lam. Tapi kita diajar supaya beriman dan mempercayai bahwa daripada sisi Allah, al-Quran diturunkan melalui peringkat "tunazzalat" yang pertama. Bila kita mengaji "Ulum Quran", diajar subject ini kepada kita, iaitu dalam Bahagian Tunazzalat.

Pada fasal yang pertama ini, daripada Allah ke "Lauh Mahfuz", al-Quran diturunkan sebanyak 30 juzuk dengan 114 Surah sekaligus. Fasal yang kedua pula ialah daripada "Lauh Mahfuz" menuju ke suatu tempat di langit dunia, yang dinamakan "Baitul `Izzah". Ini adalah tunazzalat yang kedua. Daripada "Lauh Mahfuz" ke "Baitul `Izzah", juga 30 juzuk dengan 114 Surah sekaligus. Dan proses penurunan yang ketiga, iaitu daripada "Baitul `Izzah" di langit dunia, turun ke bumi atau al-maklumnya kepada Nabi saw secara beransur-ansur, yang berjalan selama 23 tahun. Yakni 13 tahun turun di Mekah dan 10 tahun turun di Madinah. Dan surah-surah yang diturunkan di Mekah, dinamakan "Surah Makiyyah". Manakala surah-surah yang diturunkan di Madinah, dinamakan "Surah Madaniyyah".

2) Bila kita sebut sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah, dan apabila sebut saja penurunan al-Quran itu, yakni apa yang dipanggil sebagai "wahyu"; maka perkara yang perlu kita faham ialah hendaklah dihubung-kait pula dengan satu makhluk, dengan suatu hari dan dengan suatu tempat. Jadi, bila sebut "tunazzalat" Quran (penurunan al-Quran), maka perlulah ia dikaitkan dengan satu makhluk, iaitulah Saidina Jibril as. Kemudian dikaitkan dengan suatu hari, iaitulah hari Ithnin. Dan dikaitkan juga dengan sebuah tempat, iaitulah Gua Hira`. Inilah detailnya ulama membahaskan kepada kita dalam membicarakan sejarah penurunan al-Quran.

Okay mula-mula sekali mai kita tengok malaikat Jibril as. Jibril as adalah penghulu bagi segala malaikat. Sifat Jibril as ini, telah Allah sebut dalam Suratul Najm ayat 5 yang bermaksud, "Yang mengajar Muhammad itu adalah Jibril yang teramat-amat kuat."...Dalam ayat ini, Allah menyebut sifat Jibril yang teramat kuat. Dengan kekuatannya itu, maka dialah yang layak menghantar wahyu kepada Nabi Muhammad saw. Sehinggakan Allah menjelaskan bagaimana kekuatan dan kehebatan Jibril as ini dalam firmanNya yang bermaksud, "Dan dia (Jibril) berada di ufuk tinggi, tiba-tiba dia sudah berada depan Nabi."...Yang kata ufuk ni dia ada 2 jenis. Yang pertama ialah ufuk adna (ufuk yang dekat), yakni sejauh mata memandang. Tapi dalam ayat tadi, Allah bagitau bahwa Jibril berada di ufukil a`la (ufuk tinggi), yakni jenis ufuk yang kedua. Yang dikatakan ufukil a`la ini, mungkin ia di arasy atau mungkin ia di langit yang ke 7. Ulama sebut ayat ini bermaksud, katalah Jibril berada di langit ke 7, tiba-tiba dia spot dia punya vision betul-betul ke Masjid Batu ni, maka dengan dia pandang saja lalu sampailah dia di Masjid Batu ni. Ini menunjukkan betapa kuat dan lajunya Jibril tu.

Sekarang kita tengok pula penurunan al-Quran yang dikaitkan dengan suatu hari, iaitulah Ithnain. Hari Ithnain merupakan hari yang kedua dalam taqwim Islam. Bila disebut penurunan Quran dikaitkan dengan hari Ithnin, sebab itulah kita muslimin muslimat sekelian disuruh oleh Nabi saw supaya melakukan ibadah puasa sunat pada hari Ithnin. Ulama` sebut lebih elok kalau kita puasa pada hari Ithnin dan Khamis sebab :

i) hari Ithnin itu adalah hari lahirnya Rasulullah saw oleh ibunya Aminah binti Wahab.

ii) selepas waktu Asar pada setiap hari Ithnin dan Khamis, Malaikat akan mengadap Allah dengan membawa "buku" amalan kita masing-masing. "Buku" amalan kita inilah yang disebut dalam Quran yang bermaksud, "Dan tidak adalah setiap perkataan yang diucapkan mahupun perbuatan yang dilakukan oleh seseorang, melainkan Kami hadirkan di sisi tuan punya tubuh itu malaikat Raqib dan Atid yang mencatitkan segala ucapan dan perbuatan."...Lalu sebab itulah sabda Rasulullah saw, "Alangkah eloknya, ketika malaikat membawa kitab amalan kamu selepas waktu Asar Ithnin dan Khamis, lalu ketika itu kamu sedang berpuasa."...Sebab inilah yang Nabi saw suruh sangat kita berpuasa pada hari Ithnin dan Khamis ni. Letih tara mana pun, kita mau cuba try puasa Ithnin dan Khamis jugak.

iii) sebab disuruh puasa hari Ithnin ialah kerana al-Quran mula-mula mencecah bumi ialah pada hari Ithnin. Iaitulah Surah al-`Alaq dari ayat 1-5, turun di Gua Hira`. Kalau ada orang kata ayat ke 6 dan seterusnya juga turun di Gua Hira`, maknanya orang tu pembohong, sebab ayat 6 dan seterusnya itu turun di tempat lain di Mekah. Maka kata Nabi saw, "Berpuasalah kamu pada hari Ithnin kerana hari Ithnin itulah mula-mula perintah Allah turun, iaitulah Surah al-`Alaq, yang mengajar kita membaca."...Ayat sebutan Nabi inilah yang dibahas oleh Said Ramadan al-Buti dalam kitabnya "Fiqhul Sirah". Diantara persoalan yang disebut dalam kitab itu ialah mengapa Allah tidak menurunkan kepada Nabi saw ayat mula-mula sekali suruh dia pi lawan Abu Jahal?...Mengapa mula-mula sekali tak turun ayat perang?...Mengapa tak turun ayat hukum hakam?...Sedangkan di Mekah pada waktu itu, serba mak nenek punya dok ada. Dengan berhalanya, dengan araknya, judinya, berzina ikut suka dan sebagainya. Mengapa tak turun ayat haram arak dan judi dulu?...Sebaliknya, yang turun mula-mula adalah Surah al-`Alaq. Sebenarnya inilah message daripada Allah kepada setiap kita, terutamanya yang menjadi pejuang Islam, supaya berilmu. Jangan berjuang tanpa ilmu, sebab akan hancur di tengah jalan. Depa bagi kain pelikat aja, iman dah goncang. Depa bagi h/phone macam di Sanggang, habih lingkup iman. Sebab itu, kita mesti ada ilmu. Dan sebab itulah yang mula-mula sekali Allah suruh Nabi ialah disuruhNya membaca. Walhal Nabi Muhammad itu buta huruf. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Dialah Tuhan yang telah membangkitkan di kalangan umat yang buta huruf seorang Rasul yang tak reti baca dan tulis."...Inilah apa yang Allah nak bagitau bahwa kalaulah Muhammad saw itu pandai baca dan menulis, sah Abu Jahal nanti kata Muhammadlah yang tulis Quran. Oleh kerana Nabi tak reti baca dan menulis, makanya Quran itu turun untuk suruh Nabi baca juga sebagai satu message bahwa kita pejuang-pejuang Islam mesti mencari ilmu.

Antara puncanya ilmu selain kuliyyah dan ceramah, ialah membaca. Sebab itu, kita jangan malas membaca. Kata Said Abul `Ala Mawdudi rahimatullahu ta`ala, katanya, "Bagi setiap individu muslim, paling minima masa yang mesti diperuntukan untuk membaca ialah 1 jam."...Tapi bila disuruh baca, jangan pulak pi baca majalah Mangga. Hangpa jangan salah faham. Yang dimaksudkan oleh Mawdudi ialah membaca buku-buku agama, sirah, perjuangan Islam dan sebagainya. Dalam bab membaca ni, yang paling champion sekali ialah orang-orang Jepun. Menurut sahabat yang belajar di sana, mereka mengatakan bahwa orang-orang Jepun membaca buku setebal 500 mukasurat dalam masa 1 bulan. Pasai tu bila kita pi Jepun, tuan-tuan boleh tengok perangai orang-orang Jepun tak kiralah mana saja; dalam bas ka, kat bus-stand ka, kat market ka; dengan buku aje depa ni yang kita nampak. Sebab itu, Allah kurniakan kecerdikan dan gentlemannya orang-orang Jepun ni. Mau tak kata macam tu; bukan ka hari tu masa PM depa kena koma, lalu serentak dengan itu, habih satu kabinet pi tender surat resigned. Dengan alasan depa tak layak mentadbir sebab PM depa sakit. Itulah gentlemen namanya. Bukan macam kita, kalau PM mati tegak atas kerusi sekalipun, kabinet nanti relax aje. Silap-silap haribulan, tepuk tangan lagi pasai seronok. Pasai apa kita kata lagu tu?...Sebab mentaliti orang kita memang macam tu. Orang Jepun dekat bus-stand, depa baca buku. Tapi orang kita kat bus-stand, baguih punya dok termenung gigit kuku. Kalau dak pun, pi mengorat minah kilang. Yang tu saja yang depa tau. Jadi lagumana nak tambah ilmu kalau macam ni punya gaya?...Sepatutnya, kita orang Islamlah yang mau rajin baca buku sebab ayat yang mula-mula sekali turun ialah Iqra`, yakni disuruhNya kita membaca...SubhanAllah. Tapi kalau kita hentam baca saja, tanpa teknik pun tak boleh jugak. Hentam baca sampai 2 buku habis dalam masa 1 hari, tapi apa pun tak paham. Yang ni namanya buang masa dan penat membaca je. Sebab itu, kita mesti ada kaedah dan strategi. Yang ni kena belajar management dan cara-cara ilmu phycology bagaimana nak faham sesuatu perkara. Antara caranya yang paling simple yang boleh kita buat ialah cuba buat ringkasan apa yang kita faham tentang buku yang baru kita habis baca tu. Insya`Allah, dengan kaedah seperti ini, kefahaman itu akan melekat dalam pemikiran kita.

iv) Bila disebut penurunan Quran, maka dikaitkan juga dengan sebuah tempat yang bernama Gua Hira, yang terletak di Jabal Nur (Bukit Cahaya). Lalu ulama pun membahaskan persoalan mengapa ayat yang mula-mula sekali itu diturunkan di sebuah gua?...Mengapa wahyu yang pertama ini tak diturunkan di Masjidil Haram?...Ataupun mengapa ia tidak diturunkan di rumah Nabi saw saja?...Ulama kata, "Allahu ta`ala a`lam. Allah lah yang Maha tahu kenapa Dia pilih gua sebagai tempat untuk menurunkan wahyuNya yang pertama."...Cumanya dengan Nabi berkhalwat dalam gua, maka inilah konsep uzlah. Kita mesti beruzlah mengasingkan diri daripada maksiat dan kemungkaran. Waktu itu, Nabi mengasingkan diri kerana meluat dan benci dengan maksiat yang wujud di kota Mekah. Sambil itu dia juga memikir serta merenung akan kebesaran Allah swt.

3) Yang perlu kita faham tentang Kitabullah ini ialah ia diturunkan di dalam bahasa Arab. Sebab itu, kita disyorkan supaya belajar bahasa Arab untuk senang memahami kaedah-kaedah lughatul Arabiyyah, terutamanya bagi orang yang mengajar tafsir al-Quran. Kalau dia takdak bahasa Arab, boleh lingkup tafsirnya tuan-tuan. Perkara macam ni, jangan main-main sebab bahasa Arab ini adalah bahasa al-Quran. Mengapa Quran diturunkan dalam bahasa Arab?...Sebab Nabi Muhammad saw itu adalah orang Arab.

Mai kita tengok tuan-tuan, walaupun Abu Jahal itu orang Arab dan al-Quran itu pun dalam bahasa Arab, tetapi pasai apa Abu Jahal tak boleh lawan mukjizat al-Quran itu?...Sebabnya ialah bila kita belajar dan menggali ilmu al-Quran melalui bahasa Arab, kita akan melihat kehebatan bahasa al-Quran itu. Inilah yang telah mengalahkan Abu Jahal, Abu Lahab dan kroni-kroni mereka, walaupun al-Quran itu di dalam bahasa mereka sendiri (bahasa Arab).

Diantara indahnya mukjizat al-Quran itu ialah cara Allah bercakap yakni yang kita panggil sebagai balaghah, bayan, badi` dan sebagainya. Jadi inilah kaedah yang mesti digunakan oleh para pendakwah, iaitu dengan mengambil kaedah Allah bercakap. Adakala Allah menggunakan ayat yang berkias-kias seperti dalam Surah at-Takwiir ayat 18 yang bermaksud, "Demi waktu subuh, bila ia mula bernafas (memancarkan cahayanya)."...Tengok tuan-tuan betapa indahnya ayat kiasan daripada Allah swt. Ayat ini nak cerita kat kita bahwa apabila datang waktu Subuh, maka menandakan munculnya hari yang baru atau kehidupan yang baru. Ini bermakna selagi takdak Subuh, tidak akan ada hari yang baru.

Dan adakalanya pula, Allah swt mengambil kaedah suruh kita berfikir. Sepertimana firmanNya dalam ayat 6 Surah Qaaf yang bermaksud, "Apakah mereka tidak melihat langit yang berada di atas kepala mereka; bagaimana Kami susun pembinaan langit yang kukuh itu? Dan Kami hiaskannya dengan bintang-bintang dan cakerawala. Dan kamu lihat tiada kecacatannya dengan langit Aku."...Selain daripada disuruhNya kita berfikir tentang alam sekeliling, disuruhNya juga kita berfikir tentang ayat hukum sepertimana firman Allah dalam ayat 9 Surah Qaaf yang bermaksud, "Dan kamu tengoklah air yang diturunkan Kami daripada langit, yang membawa berkat,..."...Bila kita tengok tv, dan ada pula berita tentang negara-negara Afrika seperti Ethiopia umpamanya; kita akan rasa sedih bila tengok keadaan negara itu yang dilanda kemarau dengan begitu dahsyat. Ethiopia itu adalah negara Habsyah pada masa dahulu, yang juga pernah melaksanakan undang-undang Islam suatu ketika dahulu, yakni sejak zaman pemerintahan Raja Najashi lagi. Kalau tuan-tuan masih ingat, Raja Najashi inilah yang telah memberikan perlindungan kepada rombongan yang diketuai oleh Saidina Ja`afar bin Abi Talib ra, yang telah berhijrah ke Habsyah ketika mereka teruk diseksa di Mekah pada zaman mula-mula Islam nak berkembang dahulu. Jadi, sejak daripada peristiwa inilah Habsyah diperintah dengan hukum Islam. Kemudian apabila pemerintahan bertukar ganti sehinggalah sampai kepada pemerintahan yang kuffur kepada Allah swt sehingga ke hari ini, mengakibatkan Allah tidak turunkan hujan sudah 4 tahun lamanya. Inilah realiti yang berlaku di Habsyah sekarang, yang memang kita simpati tengok lalat di hidung, lalat di telinga, lalat di mata, yang mengundang berbagai-bagai penyakit. Inilah bala` yang Allah turunkan setelah mereka lawan hukum hakam Allah. Tapi yang kenanya ialah rakyat yang tidak berdosa. Jadi, apa yang berlaku di Ethiopia ini sepatutnya diambil iktibar oleh kita di M`sia ni, yang juga masih liat untuk melaksanakan hukum hakam Allah swt. Mungkin Allah menangguhkan bala` ke atas kita di M`sia ini sebab kita masih ada pejuang-pejuang Islam dan jamaah-jamaah Islam yang sanggup korban masa, harta dan diri mereka untuk mengajak masyarakat kembali kepada Islam. Sebab itu, kita tak nafikan bahwa bumi M`sia adalah bumi yang barakah. Hang campaklah benih tumbuhan apa pun, Insya`Allah hidup benih tersebut. Tuuu dia, punya la Allah beri keberkatan. Sehinggakan di bulan Ramadan, kalau jual selipar goreng salut ngan tepung adabi pun, boleh laku juga orang beli. Ini menunjukkan betapa makmurnya negara kita dengan rezeki yang melimpah ruah. Sebab itu, ayat 9 dalam Surah Qaaf itu, Allah suruh kita berfikir tentang keberkatan air hujan itu.

Dan ada juga ayat yang Allah tak suruh kita fikir dah. Inilah dia kaedah "pancung" . Tarak pujuk-pujuk dah. Seperti dalam Surah al-Muthaffifiin ayat 1 yang bermaksud, "Celakalah untuk orang-orang yang menipu."...Kemudian Allah pancung sekali lagi dalam ayat 10 Surah yang sama yang bermaksud, "Celakalah pada hari ini untuk orang-orang yang mendustakan agama."...Sebab itu, bila kita dengar kuliyyah atau ceramah, adakala ustaz kata kasar sikit dan adakala pula dia berlembut. Itulah kaedah yang betul, yang diajar sendiri oleh Allah swt. Semua kaedah yang Allah ajar ini, perlulah kita adunkan secantik mungkin sepertimana yang disebut oleh ustaz Fathi Yakan dalam kitabnya "Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam".

Oleh kerana hebatnya mukjizat al-Quran inilah, maka Abu Jahal, Abu Lahab dan kroni-kroninya menjadi lemah, sebab mereka tak boleh lawan dengan ayat-ayat yang ada dalam al-Quran itu walaupun mereka tahu Nabi saw kita seorang yang buta huruf. Bila Abu Jahal dan kroninya mati kutu tak boleh nak pikiaq dah macamana nak bagi Nabi kalah, maka mereka pun panggil seorang yang Emeritius (full respect) dalam bidang syair Arab yang bernama `Utbah bin Robi`ah untuk pergi berdialog dengan Nabi saw. Dia pergi untuk buat tawaran terakhir kepada Nabi saw sebelum mereka menyusul dengan tindakan yang lebih kasar. Lalu pergi lah `Utbah bin Robi`ah berjumpa dengan Nabi, yang ketika itu sedang berehat di bawah pokok. Kata `Utbah, "Wahai anak saudaraku, kamu ini telah membawa satu ajaran yang memecah-belahkan perpaduan umat Arab. Yakni kamu telah mengkafirkan undang-undang nenek moyang kami dan kamu juga mencela berhala-hala kami. Yang sebenarnya, kamu nak apa wahai Muhammad? Cuba terangkan kat aku: adakah kamu buat semua ini untuk kamu nak jadi raja?..Kalau itulah hajat mu wahai Muhammad, kami bersedia untuk lantik kamu sebagai "Raja Mekah" sebab kami memang tak dak raja lagi.."...Ambik lah elaun RM25k sebulan. Habaq saja kamu nak ke mana?...Kami akan susun program untuk kamu. Kami akan arrange escort, inrider/outrider, semua boleh, no problem. "..ataupun kamu inginkan harta kekayaan?..Sebab kami kenal yang kamu ni seorang gembala kambing yang miskin. Kalau itulah hajatmu, maka kami bersedia untuk menghimpunkan harta untuk kamu supaya kamu jadi hartawan.."... Kamu akan jadi ahli korporat. Saham kamu di papan pertama bursa saham Mekah akan melambung tinggi. "..ataupun kalau kamu ingin berkahwin, kami bersedia untuk cari wanita yang paling cantik untuk kamu."...Ada riwayat lain sebut, "..ataupun kamu ni sakit kot ya Muhammad, sebab pada pandangan kami, ucapan-ucapan kamu ni merapu dana saja. Maka oleh kerana kamu sakit, kami bersedia untuk carikan tabib untuk ubatkan kamu. Kalau kamu mahukan apa yang ditawarkan tadi kepada kamu, maka syaratnya hanya satu saja. Iaitu hendaklah kamu hentikan dakwah kamu kepada masyarakat. Kamu jangan kata arak/judi kami haram. Kamu jangan kata berhala kami syirik. Dan kamu jangan kata undang-undang jahiliyyah kami zolim. Kalau kamu setuju dengan syarat-syarat kami ini, habuan yang kami tawarkan tadi adalah hak kamu."...Nabi relax saja dengar `Utbah berhujah. Inilah yang kita nak bagitau kat puak-puak umno bahwa inilah contoh bermuzakarah. Selepas hangpa bagi hujah, kemudian dengar pula hujah daripada kami. Lepas tu compare lah, mana satu yang betul, itu saja. Awat yang hangpa takut sangat?...Mana aci dok act sorang-sorang dalam tv, dalam paper. Mai la face to face ngan kami, macamana Nabi saw dengan `Utbah tu. Baru la real.

Selepas Nabi diam mendengar hujah `Utbah tadi, dan apabila `Utbah habis saja berucap, maka kata pula Nabi saw dengan nada yang tidak sedikit pun beremosi, "Habis dah ka akan ucapan kamu ya Abal Walid (gelaran bagi `Utbah)?"...Apabila `Utbah mengangguk, maka kata Nabi, "Laa, hang dengar hujah aku pula."...Inilah kaedah bermuzakarah. Dulu kami ajak debat, hangpa takut, pasai bunyi debat dengaq lagu "Hang Jebat" je. Kemudian daripada debat, tukaq pi muzakarah, pun hangpa tak mau jugak. Habih lagumana nak selesai?

Kata `Utbah, "Silakan."...Nabi saw kata, "Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang."...Yang ni, yang depa tak mau tu. Sikit-sikit Quran, sikit-sikit hadith. Bila kita bawa mai ayat Quran, tembelang depa nanti pecah la. Yang tu yang depa takut tu. Pasai Nabi, dia tak cakap merapu...Lalu Nabi saw baca Surah Haa Miim as-Sajdah ayat 1-4 kepada `Utbah, "Haa Miim (Allah yang mengetahui maksudnya). Inilah dia Quran yang diturunkan daripada Allah yang Pemurah dan yang Penyayang. Iaitu sebuah kitab yang Kami jelaskan ayat-ayatnya. Yaknilah Quran dalam bahasa Arab, bagi kaum yang mahu mengetahuinya. Memberi khabar gembira dan memberi amaran, tetapi kebanyakan mereka berpaling, lalu mereka tiada mendengarkannya."...Menurut riwayat, bila Nabi saw selesai saja baca ayat-ayat Allah itu, maka `Utbah pun tersentak dengan ternganga mulutnya sambil menggeletar seluruh tubuh badannya. Lalu Nabi pun sujud tilawah di bawah pokok itu, kemudian bila Nabi bangkit, Nabi saw kata, "Hang dengaq dah kan?"...Jawab `Utbah lagumana terpukau, "Ya, Ya."...Lalu kata Nabi, "Haaa! yang itu untuk kamu dan juga untuk Abu Jahal. Sekarang kamu boleh balik."...Nyong! nyong! nyong! `Utbah melangkah balik, macam orang kena pukau saja lagaknya. Kepulangan `Utbah memang ditunggu-tunggu oleh Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Suffian (sewaktu belum Islam) dan kroni-kroni mereka di Darul Nadwah. Depa semua pakat tunggu sebab kalaulah Nabi dapat dipengaruhi `Utbah supaya menerima tawaran tersebut, maka lega banyaklah depa. Dan selesailah permasalahan pecah-belah dalam masyarakat, maka boleh bersatu-padulah bangsa Arab ini diatas arak dan judi. Tetapi sangkaan mereka meleset bila tengok muka `Utbah pucat lesi. Lalu mereka pun mengerumuni `Utbah sambil bertanya, "Ya Abal Walid, apa keputusan Muhammad?"...Jawab `Utbah, "Wahai Abu Jahal, wahai Abu Lahab dan pemimpin-pemimpin Quraisy yang lain. Aku dah pun dengar. Kalau aku nak kata yang aku dengar tadi itu syair, bukannya syair sebab aku sendiri ahli syair. Nak kata pantun, bukan pantun. Nak kata sajak, pun bukan juga. Walhal dia bahasa Arab. Bila aku dengar saja, ia lagu satu macam punya menyucok di jantung ku...Laaa beginilah wahai Abu Jahal, aku nak pesan bahwa kita biarkanlah saja Muhammad tu. Tok sah kacau dia lah. Dia nak dakwah ka, dia nak buat apa ka, lantak pi lah kat dia, sebab yang aku dengar itu adalah satu qalam dalam bahasa Arab yang aku sendiri tak pernah dengar sebelum ini."...Bila `Utbah kata lagu tu, lalu Abu Jahal menyindir, "Nampak gaya, hang pun dah kena sihir Muhammad."...Ucapan Abu Jahal itulah penyudahnya, namun nak tunduk kepada Allah, tidak sekali-kali. Itulah cerita hebatnya ayat al-Quran ni tuan-tuan.

Kemudian ada juga ayat-ayat yang disebut sebagai "Muhkamat", yakni ayat yang terang lagi jelas dan tak perlu ditakwilkan lagi. Seperti ayat 2 Surah an-Nur yang bermaksud, "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, bila cukup syaratnya, maka sebatlah mereka masing-masing seratus kali rotan sekiranya belum berkahwin..."...Ataupun ayat 38 Suratul Maa`idah yang bermaksud, "Pencuri lelaki dan pencuri perempuan, bila sabit kesalahan, hendaklah dikerat tangan keduanya,..."...Begitu juga dengan ayat 183 Suratul Baqarah yang bermaksud, "Hai orang-orang yang beriman, diperlukan atas kamu berpuasa,..."...Dan ayat 110 Suratul Baqarah yang bermaksud, "Dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat,..."...Ayat-ayat ni semua adalah contoh ayat "Muhkamat".

Dan juga yang dikatakan ayat "Mutashabihat", ialah seperti di tengah-tengah ayat 10 dalam Suratul Fath yang bermaksud, "...Tangan Allah di atas tangan mereka.."...Adakah Allah bertangan?...Sedangkan Allah itu zat seperti yang disebut dalam ayat 4 Surah al-Ikhlaas yang bermaksud, "Dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya."...Begitu jugalah yang kita belajar tentang sifat Wahdaniah, iaitu Esanya Allah Ta`ala seperti Esa pada zat, Esa pada sifat, Esa pada perbuatan, tak sama dengan makhluk. Tapi tiba-tiba Quran beritahu dalam ayat tadi bahwa Allah bertangan. Pendapat ulama terbahagi kepada 2 tentang ayat ini :- a) "tangan" itu bermakna kekuasaan; b) tok sah dok takwil-takwil, hanya Allah yang Maha mengetahui. Inilah pendapat paling selamat...Jadi maksud ayat "Mutashabihat" ialah kurang jelas maknanya.

4) Last sekali Ustaz Halim baca beberapa potong hadith berkenaan dengan tajuk "Kitabullah adalah sebenar-benar perkataan"; yang mana Allah/rasulNya memuji pembaca-pembaca dan pengkaji-pengkaji al-Quran.

i) Sabda Nabi saw, "Orang-orang yang mahir membaca Quran adalah orang-orang yang sentiasa ditemani oleh malaikat yang mulia lagi berbakti." (HR Bukhari/Muslim) ...Maknanya, orang yang mahir baca Quran, malaikat akan jadi kawan dia. Tuan-tuan kena ingat bahwa dalam hadith lain Nabi sebut bahwa memang ada malaikat yang dok kawal kita, ie ada malaikat yang jaga depan/belakang kita, terutamanya budak-budak kecik. Kan kita pernah dengar cerita accident kereta satu keluarga mati, tapi yang selamat hanyalah sorang bayi. Ini adalah dengan izin dan pertolongan Allah melalui malaikat yang mengawal manusia. Jadi, antara kaedah kita nak berdamping dengan malaikat ni ialah hendaklah mahir baca Quran. Ini cerita orang yang mahir baca Quran. Tapi bagaimana pula dengan orang yang tak mahir baca Quran?...Umur 62 tahun baru nak baligh, umur 62 baru nak kepit kitab tajwid, umur 62 baru nak idram/izhar, baru nak belajar bedengung?...Orang macam ni kata Nabi, "Dan orang yang membaca al-Quran tetapi sulit/payah hingga merangkak-rangkak, dia dapat 2 pahala. Yang pertama, dia dapat pahala nak baca Quran. Dan yang keduanya ialah kerana walaupun susah tapi dia tetap mencubanya."

ii) Sabda Nabi saw, "Orang yang paling baik dikalangan kamu ialah orang yang belajar al-Quran, kemudian diajarnya balik." (HR Muslim)...Samada dia belajar tajwid atau tafsir, kemudian bila dia ajar balik kat orang lain, maka kata Nabi bahwa orang macam ni adalah baik.

iii) Dari hadith Mushabih Sunnah, Nabi saw bersabda, "Seseorang yang dalam kehidupan sehariannya langsung takdak Quran (seperti tak pernah beramal, tak pernah baca dan jauh sekali menghafal), maka dia seperti sebuah rumah yang usang."...Cuba tuan-tuan masuk rumah yang sudah ditinggalkan begitu lama, apa yang ada dalam rumah tu?...Apa yang mungkin kita tengok ialah taik tikus, teloq ular, aksesori penagih dadah dan bermacam-macam lagi benda yang teruk-teruk belaka. Inilah keadaan orang yang langsung takdak dalam kepala hotak dia, al-Quran.

iv) Sabda Nabi saw, "Barang siapa yang membaca 1 huruf daripada al-Quran, maka dia dapat 1 kebaikan. Dan 1 kebaikan itu pula diganda menjadi 10." (HR Tirmidzi)...Ini merupakan satu bonus untuk kita daripada Allah swt. Itu belum lagi ganjaran faham makna ayat. Dengan kita baca saja ayat Quran, boleh bonus tu kat kita. Timbul satu persoalan, iaitu seelok-eloknya banyak mana kita nak baca?...Seelok-eloknya kita ambik kaedah yang Allah sebut dalam Surah al-Muzzammil ayat 20 yang bermaksud, "...bacalah oleh mu apa yang kamu rasa senang dan mudah daripada Quran itu."...Kalau tuan-tuan rasa mudah hanya baca satu mukasurat sahaja, takpa silakan. Kalau tuan-tuan rasa mudah baca daripada satu `ain ke satu `ain, pun boleh, silakan. Kalau tuan-tuan rasa mudah baca satu juzuk, boleh silakan. Asalkan mau baca sudah la. Kalau boleh sekurang-kurangnya mau pederaih setengah jam. Tengok bola sejam boleh pi, awat baca Quran setengah jam tak boleh pi pulak?....Lagi baguih, kalau boleh hari-hari mau baca sebab itulah aset yang Nabi sebut baca 1 huruf dapat 10 kebajikan. Tapi Nabi tak sebut kebajikan itu dalam bentuk apa. Mungkin dalam bentuk diberi umur kita panjang. Boleh jadi dalam bentuk rezeki kita murah. Boleh jadi anak-anak kita nanti semuanya berjaya jadi orang-orang yang baik, masuk Univ mengaji tinggi-tinggi, kemudian bila keluar jadi pulak pejuang-pejuang Islam. Ini semua ada kemungkinannya, yang Allah janjikan kebajikan dari 1 huruf yang kita baca itu. Sebab itu, saya seru diri saya sendiri dan kepada muslimin/muslimat sekelian, rebutlah peluang ini dengan memperbanyakan membaca al-Quran kerana ia adalah ibadah yang tidak ada tolok bandingnya.

Kesimpulannya :

1) Proses penurunan al-Quran daripada Allah ke "Lauh Mahfuz" ke "Baitul `Izzah" dan kemudiannya ke dunia.

2) Bila sebut penurunan al-Quran; ia dikaitkan dengan Jibril as, dikaitkan dengan hari Ithnin dan dikaitkan dengan Gua Hira`. Kemudian ustaz Halim pecah pula hari Ithnin berkenaan dengan puasa sunat hari Ithnin/Khamis berdasarkan 3 sebab : a) hari lahir Nabi saw ialah hari Ithnin, b) amalan kita dibawa selepas waktu Asar pada hari Ithnin/Khamis, c) kerana Quran mula-mula diturunkan pada 17 Ramadan itu adalah hari Ithnin.

3) Walaupun Quran itu dalam bahasa Arab, tapi ia penuh dengan seni/ sastera/ keindahan mukjizatnya, yang menyebabkan orang lemah tak boleh lawan dengan al-Quran. Dan ustaz sebut juga contoh-contoh macamana Allah bercakap, yakni ada cara berkias, ada ayat yang suruh kita berfikir dan ada yang Dia "pancung" terus.

4) Ustaz Halim Nasir sebut 4 hadith yang berhubung dengan kelebihan al-Quran :

i) tentang orang mahir dan yang tak mahir baca al-Quran,

ii) orang yang paling baik ialah yang belajar al-Quran, kemudian mengajarnya pula kepada orang lain.

iii) orang yang dalam otaknya takdak langsung al-Quran adalah seperti rumah yang usang.

iv) hadith kelebihan membaca al-Quran.

Marilah kita menyambung perbahasan di dalam hadith yang pertama ini. Dimana sabda Nabi saw yang bermaksud, "...dan sebaik-baik jalan pimpinan ialah jalan pimpinan Muhammad saw,.."

Setelah kita membicarakan pada sessi yang telah lalu mengenai "sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah" (al-Quran), maka pada kali ini kita menyambung lagi apa yang dinyatakan oleh Nabi saw. Iaitu Nabi saw mengisytiharkan sebaik-baik petunjuk dan jalan pimpinan ialah petunjuk dan jalan pimpinan yang telah dibawakan oleh Nabi saw. Terlalu banyak di dalam al-Quran, ayat-ayat yang disebut oleh Allah yang menjadi asas kepada hadith ini. Antaranya dalam firman Allah dalam Surah Muhammad (Surah 47) ayat 2, untuk menguatkan hadith ini, maksudnya, "Dan orang-orang yang beriman serta melakukan amal yang soleh, serta mereka itu beriman pula kepada apa yang telah diturunkan kepada Muhammad saw. Dan mereka tahu itu adalah haq daripada Tuhan mereka, maka akan diampunkan kesalahan mereka dan akan diperbaiki akan segala kehidupan mereka."...Ataupun kita boleh lihat juga dalam ayat 21 Suratul Ahzab, yang bermaksud, "Dan telah ada pada diri Muhammad itu satu contoh ikutan yang terbaik..."...Yang kalau diikut oleh manusia, dia tak akan tukar duit royalti kepada wang ehsan. Dia tak akan rompak gas daripada Kelantan. Dia tak akan dengki dan dendam kepada orang yang sebangsa dan seagama dengannya, yang boleh buat lebih baik daripada dia. Dan lebih-lebih lagi, dia takkan buang nama "Islam" yang diikhtiraf sendiri oleh Allah swt daripada pertubuhan-pertubuhan yang ada dalam negara kita. 

Inilah yang Islam ajar, dalam suasana Nabi telah menjadi contoh kepada kita, yakni contoh yang paling indah. Dan inilah message daripada kedatangan ribuan para nabi dan rasul untuk membimbing akhlak manusia supaya mereka faham bahwa mereka mesti meninggalkan dunia ini dan bertemu dengan suatu alam lain. Samada mereka suka ataupun tidak, alam yang lain ini mereka akan sampai juga. Nama alam itu ialah akhirat, mahsyar, timbangan, mizan, syurga atau neraka; yang tidak ada mana-mana professor dan cendiakawan pun yang boleh beritahu perkara ini kepada kita, kecuali daripada insan yang namanya para rasul as. Sebab itu, kita mesti faham message, untuk apa diutuskan Rasulullah saw?....Message inilah yang sudah dilupai oleh sebahagian manusia pada hari ini, kerana mereka menganggap kedatangan para rasul hanya untuk memperbaiki urusan keduniaan mereka sahaja. Tapi yang sebenarnya tujuan kedatangan para rasul ialah untuk memberi inzor kepada kita, iaitu peringatan akan hari yang tiada lagi pertolongan dan syafaat melainkan mereka-mereka yang disebut dalam al-Quran sebagai golongan-golongan yang diizinkan oleh ar-Rahman (Allah) untuk memberi syafaat kepada manusia, iaitu para nabi, para ulama dan para syuhada`. Mereka-mereka ini diberi lesen oleh Allah untuk menolong manusia di Padang Mahsyar kelak. Para rasul didatangkan untuk mengajar tentang benda ni kepada kita. Sebab itu, Allah cipta para rasul ini daripada kalangan manusia juga. Dia tak buat para rasul ni daripada malaikat, kerana kalau para rasul daripada malaikat, macamana kita manusia nak ambik contoh sebab kita tak boleh lihat malaikat?...Dan kalau boleh lihat pun, mungkin boleh pengsan berbulan-bulan, sebab dengan tubuh malaikat yang besar dan dengan sayapnya yang beratus ribu jumlahnya. Sebab itu kata Allah, "Katakanlah olehmu wahai Muhammad, sesungguhnya aku ini (Muhammad) adalah manusia seperti kamu,..."...Nabi saw adalah manusia seperti kita juga, yakni dia makan minum, ketawa, kahwin, jadi panglima tentera dan sebagainya; tapi cumanya Nabi saw ini dia diwahyukan oleh Allah. Itulah saja yang membezakan diantara kita dengan Rasul as. Sebab itu, Allah lantik rasul ini dikalangan manusia supaya kita boleh melihat contoh-contoh tauladan dalam kehidupan sehari-hari. Sebab bila sifat mereka seperti manusia biasa, maka mereka juga mengalami apa yang kita alami. Jadi, para rasul inilah yang menjadi petunjuk yang cukup baik yang pernah diciptakan oleh Allah swt kepada kita bagi mengatasi cabaran atau masalah yang timbul.

Sebab itu, dalam Surah Yaasiin yang selalu kita baca, ada menceritakan bagaimana penyesalan-penyesalan yang telah diucapkan oleh orang-orang yang kuffur kepada Allah. Menyesalnya mereka itu kerana mereka tak ambil peduli tentang kedatangan rasul. Kisah ini diceritakan oleh Allah swt dalam ayat 30 Surah Yaasiin, yang bermaksud, "Alangkah menyesalnya hamba-hamba itu sebab tidak adalah setiap rasul yang Allah hantar untuk mereka, melainkan mereka memperolok-olokkan rasul ini, serta mereka mempersendakan ajaran-ajaran rasul ini. Mereka tak peduli arahan para rasul, dengan membelakangkan kehidupan para rasul dan hanya pentingkan kehidupan mereka sahaja. Akhirnya mereka menyesal di Padang Mahsyar."...Ayat ini memberi satu sentuhan kepada kita. Begitulah juga dalam juzuk 4 Surah Ali Imran ayat 106 yang menceritakan kepada kita tentang penyesalan-penyesalan dari insan-insan yang degil yang menolak risalah para rasul. Kata Allah, "Dan ingatlah pada hari itu (qiamat), ada wajah yang hitam legam dan ada wajah yang putih melepak."...Inilah yang Allah swt sebut dalam Quran bahwa di akhirat kelak hanya ada 2 jenis wajah sahaja. Iaitu hitam ataupun putih. Itu saja. Belang-belang, Allah tak kata pun. Maknanya, takdak ayat yang kata ada orang separuh beriman dan separuh lagi kuffur. Jadi, kenalah kita buat pilihan daripada sekarang, samada nak jadikan muka kita hitam ataupun putih. Bak kata pepatah Melayu, "Di tangan kita pisau dan di tangan kita juga ada timun. Potonglah ikut suka hati macamana kita nak potong."...Maknanya, semua keputusan terletak di tangan kita sendiri. Janganlah kelak menyesal di kemudian hari. Sehingga Allah beritahu (daripada sambung ayat tadi), "...Dan kepada orang yang hitam wajahnya, Allah bertanya: Mengapa kamu kuffur ingkar sesudah kamu beriman kepada Allah? Mengapa kamu kafir setelah Aku hantar para rasul bersama-sama dengan kitab? Mengapa tak percaya kepada Nabi Muhammad? Mengapa percaya pada Nabi Muhammad ni hanya waktu Maulidur rasul dan sambut tahun Hijrah sahaja? Mengapa tolak hukum hakamnya? Jadi sebab itu, rasailah akan azab siksaan diatas apa yang kamu kuffurkan dahulu."...Inilah ayat tentang orang-orang yang degil. Walaupun Allah dah hantar para rasul dengan penutupnya ialah Nabi Muhammad saw itu sebagai contoh, namun puak-puak degil ini tidak juga mahu ikut. Mereka lebih berminat dengan sistem-sistem barat, dengan mengenepikan al-Quran dan as-sunnah. Maka tanggunglah mereka nanti azab sengsara yang telah dijanjikan oleh Allah swt. Sebab itu, kita perlu tanya pada diri sendiri; adakah cara hidup begini yang kita mahu?

Inilah yang perlu kita bermuhasabah kerana dunia yang sementara ini akan kita tinggalkan. Apabila kita meninggal dunia, maka kita sedang melalui salah satu daripada proses hijrah. Penghijrahan kita yang paling awal sekali ialah daripada alam roh ke alam rahim. Dimana sebelum penghijrahan yang pertama ini, Allah telah mengumpul semua roh dan Dia bertanya, "Tidakkah Aku ini Tuhan kamu?"...Lalu semua jawab, "Ya, Engkaulah Tuhan."...Maka berlakulah penghijrahan yang awal sekali sepertimana firman Allah dalam Surah Ali `Imran ayat 6 yang bermaksud, "Dialah Tuhan yang telah membentuk kamu di rahim ibu kamu sepertimana yang Dia mahu."...Kemudian dalam proses seterusnya, Allah hijrahkan kita keluar daripada alam rahim ke alam dunia yang kita duduk sekarang ni. Kemudiannya nanti, Allah akan hijrahkan kita masuk ke dalam rumah 6 kaki underground (tak payah bayar sewa, free of charge). Akan diseksalah kalau kita jahat dan sebaliknya akan senanglah kita kalau beriman. Kemudian dihijrahkan pula ke alam Mahsyar, dan akhirnya dihijrahkan samada ke syurga (Alhamdulillah) atau ke neraka (nauzubillahiminzalik). Sebab inilah kita kena selalu muhasabah, supaya kita jangan sombong takabbur dengan Allah swt. Kerana orang yang sombong takabbur ni, payah sikit Allah nak ampunkan dosa dia. Sepertimana yang diucapkan oleh seorang waliyyullah yang bernama Suffian ath-Thauri rahimmallahu ta`ala, katanya, "Setiap maksiat dan dosa yang berpunca daripada mengikut nafsu syahwat seperti ikut nafsu main judi atau minum arak, maka ada juga harapan untuk diampunkan oleh Allah. Akan tetapi kalau setiap maksiat dan dosa yang dilakukan berpunca daripada takabbur, sombong, riak, angkuh, tak mau dengar Quran dan tak mau dengar cakap rasul; maka payah Allah nak ampunkan. Sebab dosa dan kesalahan iblis itu juga berpunca daripada takabbur, sombong dan tidak mahu tunduk kepada perintah Allah, maka Allah halau iblis keluar daripada syurgaNya serta direjam dan dilaknat sampai hari qiamat."...Allah tidak ampunkan iblis, bahkan iblis akan dilontar ke dalam api neraka. Lalu kata Suffian ath-Thauri lagi, "Sedangkan dosa Adam dan Hawa adalah berpunca daripada mengikut nafsu syahwat."...Dimana Allah dah kata kepada mereka bahwa jangan dekati akan pohon dalam syurga tersebut. Tetapi Adam dan Hawa mengikut nafsu mereka, lalu mereka dihalau keluar dan diturunkan daripada syurga sehinggalah mereka minta ampun kepada Allah dengan doa yang selalu kita baca selepas solat, yakni ayat 23 dalam Suratul A`raaf yang bermaksud, "Ya Tuhan kami; kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika tidak Engkau ampuni kesalahan kami dan tidak Engkau mengasihi kami, tentulah kami orang yang rugi."...Inilah doa yang dibaca oleh Nabi Adam as, sehingga Allah terima taubat Nabi Adam. Jadi, apa yang Suffian ath-Thauri nak bagitau ialah kalau dosa tu kita buat kerana nafsu, ada harapan Allah ampun. Contohnya, ialah kisah daripada Adam dan Hawa alaihimassalam. Tetapi kalau dosa itu dibuat kerana sombong, takabbur, angkuh dan tidak mahu tunduk kepada kebenaran; jangan kamu harap Allah nak ampunkan. Ini adalah kata-kata daripada seorang wali. Bukan wali nikah tu. Ini wali yang Allah bagi kelebihan kepada mereka. Wali jenis ni, kata-katanya kita nak tolak?...Itulah dia pentingnya pasai apa kita kena tunduk kepada perintah Allah swt, serta mencontohi tauladan yang ditunjukkan oleh Nabi saw.

Lalu Nabi saw kata, "Akulah contoh paling baik. Yakni sebaik-baik petunjuk hidayah, contohnya ada pada aku."...Okay tuan-tuan, mari kita congak tengok apa yang ada pada diri Rasulullah saw. Kita start dengan:

1) nak jadi businessman?...Nabi tu sendiri seorang businessman. Kita boleh contohi tauladan daripada cara Rasulullah saw berniaga. Dengan amanahnya, jujurnya, sopan santunnya; sehingga Maisarah yang menjadi wakil kepada Saidatina Khadijah radiallahuanha, pergi balik bawa barang dagangan ke Syam-Mekah melapurkan kepada Saidatina Khadijah tentang akhlak baik yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Bagaimana larisnya jualan dan bagaimana manisnya senyuman Rasulullah kepada pelanggan-pelanggannya, sehinggakan Khadijah tertarik dan melamar Rasulullah saw. Tuan-tuan boleh cari ka zaman la ni, perempuan lamar lelaki?...Ada, tapi jarang-jarang berlaku. Yang berkenan kat tok-tok guru tu ada la. Tapi apa yang nak habaq mai ialah jarang-jarang berlaku. Selalunya, si jantan yang terhegeh-hegeh. Tapi Rasulullah kerana akhlaknya, maka Khadijah lamar dia.

Ini adalah contoh tauladan bagi para peniaga. Disamping menjaga adab-adab perniagaan, peniaga juga mesti ingat bahwa dunia perniagaan ini boleh membawa hampirnya mereka kepada Allah dan dunia perniagaan ini juga boleh melingkupkan mereka. Dimana Nabi pernah menyebut, "Peniaga yang jujur akan masuk syurga bersama dengan aku."...Inilah istimewanya jadi businessman, sebab syurga yang Nabi saw masuk itu bernama "Jannatul Firdaus", yakni yang paling tinggi. Namun begitu, peniaga juga boleh lingkup kalau dia mengutamakan dunianya lebih daripada Allah dan rasul. Inilah yang para businessman kena titik-beratkan. Untuk menjaga dunia perniagaan mereka supaya sentiasa diberkati, maka kuncinya ialah sepertimana yang diajar oleh Allah swt dan rasulNya kepada kita, iaitu ayat 77 dalam Suratul Qashash. Kalau tuan-tuan pegang ayat ini, Insya`Allah selamat di dunia dan selamat di akhirat. Firman Allah yang bermaksud, "Bekerjalah kamu sungguh-sungguh dalam membicarakan persoalan negeri akhirat."...Inilah yang Allah ajar kepada kita tentang bab Darul Akhirah, seperti Mahsyar, timbangan, sirat dan sebagainya. Apa saja ruang yang boleh kita perolehi untuk menuju kebahagiaan di akhirat, maka pulunlah sehabis mungkin. Diantara ruang-ruang itu ialah seperti sedeqah jariah, kuliyyah, ceramah dan apa saja yang membawa kepada kebahagiaan di negeri akhirat. Maka janganlah kita bertangguh, bahkan hendaklah kita mengambil bahagian dengan bersungguh-sungguh. Tapi dalam bab dunia, kata Allah, "Dan jangan pula kamu lupakan habuanmu di dunia."...Disamping kamu pulun akhirat, kamu jangan lupa habuan kamu di dunia. Kamu jangan lupa pi kerja, cari rezeki untuk sara anak isteri. Jangan kamu duduk diam berpeluk tubuh sahaja menanti derma daripada orang lain. Yang ni Nabi saw cukup marah sebab Rasulullah mahu kita menggunakan tulang 4 kerat dengan bekerja bersungguh-sungguh sampai keluar peluh untuk mencari rezeki. Walaupun begitu, ustaz Halim Nasir kata, dia tak pernah jumpa lagi ayat yang suruh kita pulun dunia. Yang ada, hanyalah suruh kita beringat-ingat sahaja tentang dunia. Sebab kata Allah dalam ayat 20 Surah al-Hadiid, "Tiadalah kehidupan di dunia melainkan hanyalah kesenangan yang menipu kamu. Dan tidaklah ada kehidupan di dunia melainkan senda gurau dan tipu menipu."...Inilah perihal dunia. Sebab itu, takdak ayat suruh kita pulun bab dunia. Yang suruh pulunnya ialah bab akhirat walaupun Nabi ajar kita supaya jangan melupai dunia. Sepertimana sabda Nabi saw, "Siapa yang nakkan dunia, maka hendaklah berilmu."...Maknanya, kalau dia nak bekerja dalam bidang apa sekalipun, terlebih dahulu dia mesti ada ilmu. Tapi jangan dia pulun sampai lupakan negeri akhirat. Sebaliknya, dia mau gunakan ilmu kejuruteraan, kedoktoran, perniagaan umpamanya ini sebagai jambatan untuk kebahagiaan di negeri akhirat.

Oleh sebab itu, bila sebut bab kerja ni, kata ustaz bahwa beliau selalu sebut bagaimana Allah buat contoh tauladan kepada kita dengan sejenis binatang yang paling kecil, iaitulah "semut". Cuba tuan-tuan tengok gelagat semut, sehinggakan Allah menurunkan suatu surah yang dinamakan dengan Suratul Naml (Surah semut). Daripada binatang yang kita panggil semut ini, kalau diperatikan dengan betul; ada 2 pengajaran besar yang boleh kita contohi daripadanya. Iaitulah :

i) yang pertamanya ialah dia cukup rajin bekerja. Tolong bagitau, adaka sapa pernah tengok semut berhenti rehat sambil pekena rokok?...Ada ka sapa pernah tengok lepas dia angkat gula tu, dia lap peluh kemudian pi kat 4-5 ekor geng dia, baguih punya dok gulung rokok daun?...Tarak pasai, tuan-tuan. Kita bangkit 2 pagi bancuh susu anak, nampak la dia dok berjalan. Kemudian terjaga 4 pagi, kita pi bilik air, kita nampak lagi dia dok berjalan cari makanan. Last sekali bangkit subuh pukoi 6 pagi, dia dok berjalan lagu dia la juga. Tak pernah kata nak berhenti rehat apa ka. Tu dia yang dikatakan "semut" tu. Jadi, Allah swt buat semut ni untuk kita tengok dan mau kena rajin lagumana semut juga. Yakni rajin baca Quran, rajin baca buku dan rajin dalam bab kerja buat Islam, sehinggakan Nabi saw ajar kita dalam doa mohon berlindung daripada 8 benda. Antaranya Nabi ajar ialah mohon berlindung daripada Allah supaya jangan kita ni jadi lemah dan malas. Cuba kita perati tengok lagumana depa (semut) boleh bekerjasama menolak sebutir dua hablur gula masuk dalam lubang. Bukan kata gula, lipas atau serangga mati pun depa boleh bersatu-padu tolak masuk dalam sarang. Inilah ajaran yang Allah nak tunjuk kepada kita, yakni tentang konsep bersatu-padu atau berjamaah. Ada ka dia (semut) boleh tolak lipas yang mati tu sorang-sorang dia?...Tak mungkin tuan-tuan. Inilah yang Allah nak ajar bahwa memang sukar untuk kita sorang-sorang nak pi cegah mungkar. Jadi, kaedahnya ialah kita mesti tolak kemungkaran dalam bentuk berjamaah.

ii) Yang keduanya ialah kita boleh lingkup dengan dunia kalau tidak berhati-hati. Yang kata semut ni, kalau 1-2 hablur gula jatuh depan hidung dia, dia boleh relax lagi. Tapi cuba kita tengok apa kan jadi bila kita tinggai segelas sirap?...Dalam setengah jam sudah la?...Kita balik nak minum, tengok-tengok ada 4-5 ekor semut yang sudah pun mati syahid dalam gelas sirap kita tadi. Pasai apa jadi lagu tu?...Pasai dia tengok, tu dia gula satu gelas, kalau dia dapat, ummmphhh! Habuan cukup hebat tu. Satu dua hablur gula jatuh, kira dia boleh sabar lagi. Tapi dengan segelas sirap, dia mula lupa daratan. Dia panjat-panjat gelas tu, kemudian terjun, mati lemas dia. Kemudian yang kawan ikut tu pun bodo juga, pi ikut panjat, kemudian terjun, mati juga dia. Akhirnya, kita akan dapati 5-6 ekor semut mati dalam dunia gulanya. Inilah dia pengajaran yang Allah nak bagitau kat kita. Serupalah kalau depa bagi kain pelikat, kira boleh dok steady lagi. Tapi bila depa bagi handphone, habih, dengan kita-kita sekali lingkup.

Jadi, Rasulullah telah menunjukkan contoh bahwa dia adalah peniaga yang jujur dan amanah. Sebab itu, sabda Nabi saw, "Sembilan per sepuluh rezeki adalah daripada perniagaan. Manakala hanya satu per sepuluh sahaja rezeki daripada makan gaji."...Sebab inilah, orang berniaga ni hidupnya berkat kalau dia pandai manage dunia perniagaannya.

2) Nabi juga seorang suami. Lalu ustaz Halim pun menceritakan tentang datangnya seorang muslimat mengadu hal tentang suaminya yang terlalu "power ranger" sangat, panas baran dan takdak kata nak give n take langsung. Ini bukanlah cara Nabi saw melayan isteri-isteri dia. Malah Nabi mengajar kita supaya diantara kita dengan isteri, toleransi amat-amat diperlukan. Ingatlah wahai sahabat-sahabat kalian, bahwa kaum wanita itu, Allah amanahkan untuk kita. Sepertimana sabda Nabi saw, "Wanita atau isteri itu, adalah amanah kamu wahai para suami."...Bila disebut "amanah", maka dia akan dipertanggung-jawabkan di hadapan Allah kelak. Inilah dia makna "amanah". Begitu jugalah dengan para pemimpin, yang mereka-mereka ini akan dipertanggung-jawabkan kerana memegang amanah rakyat. Tu yang tumbuk terajang, pukoi rakyat sampai lebam, pecah kepala, buta mata; tu semua nanti akan dipertanggung-jawab di hadapan Allah kelak tu.

Jadi, wahai para suami sekelian, kita hendaklah muhasabah diri kita sendiri (termasuklah diri saya); bertoleransilah dengan isteri kita. Jangan ingat bila kita dikatakan sebagai pemimpin dalam rumahtangga, maka bolehlah kita jadi "power ranger" dalam semua hal. Sampai pinggan kotor 2-3 biji dalam sink itu pun, kita tak mau nak basuh. Kain pun tak mau nak tolong basuh. Dah la tak mau tolong basuh baju dalam washing machine, lepas tu malu pula nak pi tolong sidai kain baju kat luar rumah. Awat malu takut orang kata pondan ka?...Tolong muhasabah para suami sekelian, kerana isteri kita tu manusia juga, bahkan dia wanita yang bersifat dengan sifat yang lemah. Kita kena faham bahwa isteri kita tu pun ada letihnya juga, dan ada timenya yang kadang-kadang mood dia tak berapa bagus juga. Benda-benda macam ni, kita para suami mau ambik tau juga, sebab Nabi saw sendiri telah menunjukkan kepada kita contoh lagumana dia boleh handle kerenah isterinya, bukan kata seorang malah 12 orang kesemua isterinya. Ada isterinya yang paling kuat cemburu, iaitulah Saidatina Aishah. Ada juga isteri Nabi yang paling panas baran; sikit-sikit lempaq kuali, sikit-sikit lempaq cawan, itulah dia Saidatina Habsah binti Umar al-Khatab. Sehingga pernah suatu hari Saidina Umar iaitu ayah kepada Habsah, pergi berjumpa dengan Nabi ketika mana Nabi rasa kecik hati akibat perangai Habsah...Apa boleh buat?...Bak pepatah Melayu, "Kemana perginya kuah kalau tak ke nasi."...Umar memang dah la panas baran, jadi anak-anaknya juga ikut perangai dia. Sebab itu, seperti apa yang disebut oleh Prof Dr Yusof al-Qardhawi dalam kitabnya "Fekah al-Aulawiyah", iaitu beliau menyebut bahwa ada 2 kaedah dalam berdakwah. Kaedah yang pertama ialah kaedah "syaddaid" Ibn Umar dan yang keduanya dipanggil "ruhas" Ibn Abbas. Dalam kita menyampaikan Islam, kenalah pakai kedua-dua kaedah ini. Yang pertamanya ialah kaedah "syaddaid" Ibn Umar, yakni kaedah tegas, garang dan bengis. Tuan-tuan tau ka sapa dia Ibn Umar?...Dialah Abdullah bin Umar al-Khatab. Sorang lagi anak kepada Saidina Umar r.a.. Perangai dia sebijik macam Umar; cukup punya tegas, garang dan bengis. Sekali sekala kita kena garang, ia bergantung kepada suasana. Atau kita ambil kaedah kedua iaitu "ruhas" Ibn Abbas, yakni kaedah lemah lembut sepertimana Abdullah bin Abbas, iaitulah sepupu Nabi saw...Bukan apa tuan-tuan, saja nak cerita sikit tentang keluarga Umar al-Khatab. Yang anaknya Abdullah, memang baran. Tapi anaknya yang bernama Habsah, lagi baran. Sehinggakan mengikut riwayat, Nabi kecik hati sampai sebulan lamanya. Sahabat-sahabat sekelian tau ka, kalau Nabi kecik hati, malaikat turun tanya ooooo!?...Itu baru Nabi kecik hati, belum lagi Nabi menangis.

Lalu Saidina Umar jumpa Habsah dan dimarahi anaknya itu. Kemudian Umar pi sekali lagi jumpa Nabi dan disyorkannya supaya diceraikan Habsah, dan cari perempuan lain. Sampai ke tahap tu tuan-tuan. Cuba bayangkan betapa tegasnya Saidina Umar al-Khatab ra...Kalau kita la jadi Pak Mentua, "Emmm, cerai buang dia ni. Hang pi cari yang lawa sikit."...Tu kalau kita...Tapi apa kata Nabi?...Kata Nabi saw, "Takpalah Umar oooi, dia tu perempuan. Nanti lembut la hatinya."...Kalau kita, boleh ka kita kata lagumana Nabi kata tu?...Susah tuan-tuan. Jadi, cuba la kita muhasabah diri masing-masing, termasuklah saya juga.

Ataupun dalam kisah Saidina Umar sendiri. Yang mana satu hari ada seorang sahabat nak pi mengadu hal dekat Saidina Umar (waktu tu sudah menjadi khalifah) tentang bini dia yang kuat berleter...Tuan-tuan, suami mana yang tak pernah kena leter dengan isteri, cuba habaq mai?...Pok! pek! Pok! Pek! bunyi pun. Paper buku kita bersepah, dia leter. Kita minum, cawan letak merata, dia leter. Biasala tu....Bila sahabat tu sampai di rumah Umar, tapi semasa dia nak ketuk pintu, tiba-tiba dia terdengar yang isteri Umar sendiri pun berleter. "Pok! pek! Pok! Pek!" isteri Umar berleter, tapi Saidina Umar diam sahaja. Akhirnya bila sahabat tu ketuk pintu dan khalifah pun mempersilakan dia masuk. Khalifah tanya, "Apa hal?"...Kata sahabat tu, "Wahai Amirul Mukminin. Saya ke mari tadi ni untuk mengadu hal tentang perangai isteri saya yang kuat berleter. Tapi bila saya sampai di luar rumah khalifah tadi, saya dengar yang isteri khalifah sendiri pun kuat berleter juga. Jadi, tak jadilah saya nak mengadu, sebab saya tengok isteri khalifah dengan isteri saya, sama saja."...Tuan-tuan tau ka apa jawab Umar?...Hah, daripada sini kita boleh ambil pengajaran...Umar jawab, "Wahai sahabat ku, kenalah sama kita fikir tentang isteri kita. Kerana isteri kita inilah yang melayan kita di tempat tidur. Dan isteri kita nilah juga yang membasuh pakaian kita. Dialah juga yang menjaga harta kita bila kita takdak di rumah. Apalah salahnya kita diam sekejap bila isteri kita berleter. Kita perlulah hargai tugasnya yang besar ini dalam mengurus rumahtangga, mendidik anak-anak dan lain-lain lagi."...Saya aci gerenti la tuan-tuan; bila hangpa dapat anak kecik, sang suami boleh jaga ka?...Tambah-tambah hat pasangan yang baru kahwin, baru dapat anak yang 2-3 bulan baru lahir tu. Malam-malam buta pukoi 3 pagi budak kecik tu menangis, sapa yang bangun?...Sang suami kusyuk dan tawadduk, confirm tak bangkit punya. Habih kuat, kita nanti cuit isteri, "Pi tengok sat budak tu keriau mau susu kot."...Lepas tu, tarik kain selimut, tidoq. Bangkit la isteri kita tu bancuh susu. Dengan dok tonyoh mata, silap haribulan, tangannya pulak tercurah air panas. Pi cari pulak minyak gamat. Sampai macam tu punya susah nak bagi diam budak tu...Inilah yang Saidina Umar suruh kita pikiaq tu. Lalu kalau bini kita start saja berleter, kita ambik kunci motor, belah pi tangkap murtabak apa ka. Insya`Allah, bila dia nampak kita bawa balik murtabak, temperature dia mungkin boleh cool down sikit.

Jadi tuan-tuan, maknanya "give n take" mesti ada dalam kehidupan bersuami isteri. Jangan anggap yang isteri kita tu hamba (nauzubillahiminzalik). Ada masa lapang, bila tengok ada pinggan berlonggok di sink tu, ringan-ringankanlah tangan tu pi basuh, tolong isteri. Jangan sekali-kali set mind kita kata, "Aaaah! Itu kerja orang pompuan."...Kerana itu bukanlah kaedah yang Rasulullah saw ajar kepada kita.

3) Nabi saw sebagai ahlul ibadah, abid dan orang yang kuat beribadah. Jadi, bolehlah kita ambik contoh dalam bab Nabi saw bersembahyang. Seperti apa yang Saidatina Aishah rha nyatakan bahwa, "Apabila Nabi berdiri sembahyang, maka kami seolah-olah tidak kenal dia dan dia juga tidak kenal kami."...Maknanya, bila Nabi sembahyang, dia punya kusyuk tak ingat apa dah, yakni kusyuk bulat kepada Allah. Time tu, mai la isteri ka, anak ka, sapa ka; kira tak kenai dah. Boleh ka kita sampai ke tahap tu?...Dengan hati kita yang masih kotor, dengan tassawuf kita yang masih kurang, dengan makan kita yang masih banyak; boleh ka kita sampai ke tahap ahli-ahli ibadah?...Tuan-tuan, ahli-ahli tassawuf ni bukan jenis makan banyak macam kita ni. Contohnya seperti Imam Syafie, yang pernah berlapar sampai 3 bulan. Sebab itu, dia boleh jadi Imam Mazhab. Rasulullah saw sendiri menurut isterinya Saidatina Aishah; sepanjang hidupnya, dia hanya kenyang dengan 2 buku roti saja...Kalau kita, 2 buku roti tu kira warm-up je. Lepas tu, roti planta pula. Kemudian disusuli pula dengan sepinggan nasi kandar. Tu dia kita.

Jadi, dalam bab makan ni, memang kita akui yang kita terlalu jauh dengan tahap Rasulullah saw maupun tahap para sahabat ra. Tapi paling tidak, kita mau ada dalam golongan yang mahu memperbaiki diri untuk mengikut sunnah, bukannya golongan yang menghina sunnah. Yang tu sudah cukup. Contoh sunnah yang wajib kena ikut ialah seperti menegakkan negara Islam dan menegakkan hukum Allah. Ada pun yang sunat, seperti makan apa semua ni, yang ni kita perlu baiki dari hari ke hari, walaupun kita tahu kadang-kadang kita tak mampu nak ikut. Tapi sedikit sebanyak, kita boleh tiru Nabi saw di sudut ahlul ibadah. Seperti bagaimana Nabi menjadi seorang `abid yang cukup hebat sehinggakan dia selalu minta ampun kepada Allah (setengah hadith kata 70x sehari dan setengah hadith lain kata 100x sehari)...Haaa, yang ni kita boleh la ikut. Ataupun ikut cara Nabi sembahyang seperti sembahyang sunat taubat apa ka; semua ni kita boleh ikut. Apa kata, nak tidur sat lagi, mau buat 2 rakaat sunat taubat, kemudian sebelum tidur tu, baca Quran sikit Suratul Mulk, Suratul Waaqi`ah, Surah Yaasiin. Sebab ini semua, Nabi yang ajar. Kemudian pergi lah tidur. Kalau kita mati dalam tidur tu, Insya`Allah, kita dah pun bertaubat. Itu kuncinya.

Apa lagi kita nak tiru Nabi?...Nabi tahajjud. Kalau kita mampu, sila ikut. Begitu juga seperti berbaik dengan jiran apa semua ni, kita boleh buat dalam bentuk kerja harian kita. Maka Nabi saw menunjukkan kepada kita contoh sebagai ahlul ibadah yang paling hebat seperti dia sujud lama-lama dalam sembahyangnya (yang ni Nabi lakukan bila dia sembahyang sorang-sorang). Lalu ustaz Halim pesan bahwa kalau kita jadi imam solat fardu, lebih baik diringkaskan atau dicepatkan sembahyang, sebab ini kaedah yang Nabi saw ajar. Dimana pernah Nabi memarahi Muaz bin Jabal, bilamana satu hari Muaz menjadi imam sembahyang, lalu dibacanya ayat yang panjang. Nabi saw marah dengan mengatakan, "Ringkaskan sembahyang kerana makmum kamu ada yang tua, makmum kamu ada hajat, keperluan dan sebagainya."...Lebih-lebih lagi waktu sembahyang Subuh; entah nak buang air ka, teringat punch card ka, nak hantar anak pi sekolah ka dan macam-macam lagi....Maka oleh kerana itu, Nabi ajar kita supaya meringkaskan sembahyang. Tapi kalau sembahyang sorang, pulunlah. Hang nak sujud lama mana ka, kira takdak masalah. Mengikut kaedah, katakanlah tok imam rasa kali ini dia nak memanjangkan bacaannya, umpamanya seperti bacaan dalam rukuk tu dia nak baca lebih daripada 3x (katalah dia nak baca 5x, 7x atau 9x ka), maka mengikut hukum Fekah, sebelum dia mulakan sembahyang, dia mesti kena minta izin daripada makmum dulu. Tok imam kalih belakang, dia kata, "Makmum sekelian, dalam sembahyang ini nanti, saya nak baca bacaan dalam rukuk 5x. Boleh tak?"...Tapi kalau ada makmum yang kata, "Jangan mengada-ngada. Sekali sudah."...Maka tok imam kena akur, pasai yang kata tu "baguih" punya makmum.

Jangan ingat dengan kuasa kita sebagai imam, maka boleh buat apa kita punya suka. Tambah-tambah pula bila kita jadi imam, tiba-tiba kita dengar ada budak menangis (muslimat bawa budak kecik, kemudian budak tu menangis. Mungkin dia nak susu ka apa ka. Sebab budak kecik ni macam-macam ragamnya. Kita pun tak tau). Maka dianjurkan supaya diringkaskan bacaan, seperti dalam rukuk bacaan yang 3x tu menjadi "Subha na rabbiyal `azim" sahaja. Atau dalam sujud, "Subha na rabbiyal a`la", pun dah cukup. Atau baca Fatihah secepat yang mungkin dengan tidak melanggar batasan hukum tajwid. Ini semua Nabi ajar, yang menunjukkan dia sebagai ahlul ibadah.

4) Nabi saw seorang pemimpin yang ulung. Dia memimpin negara dengan menjaga hak-hak Allah swt. Maka inilah yang kita kena jaga bersama. Iaitu kita mesti memahami bahwa sunnah yang paling tinggi sekali ialah meletakkan hukum dan perintah Allah sebagai perlembagaan kita. Inilah dasar yang kita bawa kepada masyarakat, supaya masyarakat sedar bahwa selagi kita tak balik kepada sistem Islam, jangan mimpilah masalah-masalah yang dok ada macam-macam pada hari ini, kita boleh settle.

Sebab itu, dalam kaedah "Usul Fiqh", ini disebut dengan kalimah "Konsep Darul Ma`sidah", iaitu "Menolak, menutup dan mencegah kemungkaran itu lebih aula daripada mengadakan kebaikan."...Hari ini yang kita marah sangat ialah sebab masjid pun buat, tapi kedai ekor pun buat juga. Yang ni tak aci. Atau kat masjid kita bagi bantuan, tapi pesta rock merapu apa kejadahnya dalam bulan Ramadan pun kita luluskan juga. Yang ni yang kita marah sebab tidak akan timbul konsep "Darul Ma`sidah", kalau macam ni punya gaya. Sedangkan bila Nabi saw hijrah, dia tutup dulu segala kemungkaran yang ada semasa itu di Madinah. Dia tutup lubang-lubang maksiat dengan cara melaksanakan hukum-hukum Allah, kemudian barulah dilaksanakan pembangunan yang disambung oleh Abi Bakr, Umar dan khalifah-khalifah yang lain. Inilah kuncinya, iaitu selagi tidak memahami "Darul Ma`sidah" (menutup kemungkaran), maka payahlah untuk selesaikan masalah.

Satu lagi perkara yang diingatkan oleh ustaz Halim Nasir iaitu bahwa jangan sekali-kali kita berselindung disebalik "taddarruj", yakni konsep beransur-ansur. Istilah ini sangat popular dikalangan puak-puak umno. Dalam beberapa hal, memang kita setuju sebab Allah swt sendiri menggunakan kaedah "taddarruj", iaitu bila Allah haramkan arak. Allah menurunkan ayat 3x, baru arak officially diharamkan. Maknanya, Allah tak pakai kaedah sekali gus dalam bab pengharaman arak. Tetapi apa yang kita nak bagitau ialah apa dia ciri-ciri "taddarruj" itu?...Sila rujuk kitab "Fekah al-Aulawiyah" karangan Dr Yusof al-Qardhawi pada ms105. Kita akan jumpa kata-kata Dr Yusof al-Qardhawi yang mengatakan bahwa diantara ciri "taddarruj" ialah mestilah disediakan pemikiran rakyat dengan Islam yang sebenar. Jadi, jika berlaku proses pemahaman tentang Islam yang sebenar secara menyeluruh kepada rakyat, maka barulah kita boleh kata, "Kita sedang mengalami proses taddarruj secara berperingkat-peringkat."...Maknanya, selagi rakyat tidak didedahkan dengan Islam yang betul, maka jangan sembanglah tentang bab "taddarruj" ni. Kalau bincang juga, maka itu semua kira nak tipu kita belaka la tu.

Dulu masa hangat di Sanggang, habih semua majlis kuliyyah disekat di Pahang. La ni di Selangor pula, TG Nik Aziz diharamkan dari menyampaikan risalah Allah kepada orang ramai. Lagu ni kalu, kita dalam proses "taddarruj" ka?...Ok, kalau kuliyyah di masjid hangpa sekat tak bagi buat, maka perbanyakkanlah program-program agama di media-media arus perdana hangpa punya tu.....Emmm, tarak pasai la sebab kalau tuan-tuan buka internet, dalam parlimen disebut bahwa rancangan agama di RTM1 ialah 8%. Manakala rancangan agama di RTM2 pula ialah 2% sahaja. Begitu juga dengan TV3, iaitu hanya 2% juga. Tapi yang menyedihkan ialah NTV7 kerana rancangan agamanya, 0%. Jadi, daripada statistik ini, tak hairanlah kalau petang-petang kita boleh tengok makcik-makcik lebih prefer dok depan tv daripada dia menyahut azan Asar.

Jadi, apa yang kita nak bagitau ialah rakyat mesti didedahkan dengan pemikiran Islam yang betul dahulu, maka barulah boleh kita kata konsep "taddarruj" itu sedang berjalan. Selagi dok ada lagi arak, judi, rasuah dan penipuan; maka tok sah sembanglah konsep "taddarruj" ni. Buang masa saja. Lagu tulah kita dok kena ranjau dengan puak-puak karat ni.

Kemudian kata Nabi saw, "Dan (sebaliknya) sejahat-jahat perkara ialah perkara-perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama), sedang tiap-tiap perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama) itu adalah bida`ah, dan tiap-tiap bida`ah itu sesat."

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Ana just copy paste perbahasan yang panjang lebar tentang bid`ah yang ditulis oleh Dr Asri Zainul Abidin. tapi apapun ana perlu minta maaf di sini sebab nombor rujukan yang ana copy tak complete. Kesemuanya ada 87, sedangkan dalam artikel tersebut hanya sampai 21 sahaja. So ada kecacatan sikit kat situ.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Bid'ah Dan Perbahasan Mengenainya

Oleh

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Pensyarah Bahagian Pengajian Islam USM / Penyelaras Sekreteriat Falsafah Dan Sains Islam, USM

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد:

Mukadimah:

Sesungguhnya bid'ah adalah ancaman terbesar terhadap ketulenan agama. Para ulama hadith tidak pernah lupa memasukkan bab-bab berkaitan dengan bahaya bid'ah yang telah diberi amaran oleh baginda Nabi s.a.w. Lihat umpamanya kitab hadith yang terkenal Kitab al-Sunnah oleh al-Hafizd1 Ibn Abi 'Asim ابن أبي عاصم (w. 278H) dalam bab (2) ذكر البدع وإظهارها. Di dalamnya di muatkan riwayat- riwayat yang memberi amaran yang keras terhadap pembuat bid'ah dan mereka meninggalkan sunnah.

Perbincangan mengenai bid'ah begitu luas dan merangkumi banyak persoalan. Namun bagi kertas kerja yang ringkas ini, yang ditulis pula dalam tempoh beberapa hari sahaja, bagi memenuhi undangan yang baik ini, saya lebih banyak tumpu kepada perbincangan bid'ah di sekitar ibadah. Dengan menyedari di sana ada bid'ah yang sangat bahayanya pada zaman ini yang mengancam akidah dan ibadah iaitu kemunculan ajaran sesat yang boleh membawa kepada kufur yang dinamakan 'Islam Liberal'. Inilah ancaman bid'ah terbesar terhadap umat dewasa ini yang sepatutnya para ulama bersatu menentang mereka. Saya -segala kedhaifan- berusaha menjawab ajaran sesat ini dengan tulisan dan lisan di berbagai-bagai tempat, majalah dan akhbar. Mengingatkan orang ramai tentang bahaya golongan ini. Malangnya ramai yang melupai ancaman golongan ini bahkan bersekongkol dengan mereka, dalam masa memusuhi mereka yang berusaha mengangkat sunnah Nabi s.a.w.

Namun oleh kerana seminar ini tidak menfokuskan persoalan tersebut, sebaliknya mengenai bid'ah yang mungkin menjadi perbincangan masyarakat, maka tumpuan saya ialah pada bid'ah dalam ibadah.

Dengan diingatkan, persoalan ini tidak boleh dibincangkan secara emosi tanpa panduan ilmu. Sebaliknya persoalan ini mesti dilihat dengan semangat ilmiah, menerima yang benar dari siapa pun ia datang. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Syafi'i r.a.:

كل مسألة تكلَّمْت فيها صح الخبر فيها عن النبي r عند أهل النقل بخلاف ما قلت فأنا راجع عنها في حياتي وبعد موتي

(3)  

"Setiap perkara yang aku telah perkatakannya, sedang ada riwayat yang sahih di sisi ulama hadith daripada Nabi s.a.w. yang menyanggahi apa yang aku ucapkan, maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas mati".

Ta'rif Bid'ah Dari Segi Bahasa

Bid'ah dari segi bahasa diambil dari بَدَعَ . Kata Ibn Manzur ابن منظو:

(بدع الشيءَ يَبدَعُه بَدعا، وابتدعهُ : أنشأه وبدأه (4 

[Telah membuat sesuatu bid'ah (past tense), sedang membuatnya (present tense) dan bad'an (masdar/ kata terbitan) bererti mengadakan dan memulakan].

Kata al-Razi : (5) بدع الشيء : اخترعه لا على مثال : Membuat bid'ah sesuatu bermaksud mengadakannya tanpa ada suatu contoh.

Dalam al-Mu'jam al-Wajiz disebutkan hampir sama seperti di atas iaitu mengadakan sesuatu tanpa contoh sebelumnya (6). Demikian kesemua mu'jam bahasa arab menyebut makna yang hampir sama.

Inilah bid'ah dari segi bahasa iaitu membuat sesuatu yang belum adanya contohnya.

Ta'rif Bid'ah Dari Segi Istilah

Ta'rif yang baik bagi perkataan bid'ah dari segi istilah ialah ta'rif yang dikemukakan oleh al-Imam Abu Ishaq al-Syatibi الشاطبي r.h. (790H)7 dalam kitab yang masyhur الاعتصام. Kebanyakan para pengkaji bersetuju bahawa al-Syatibi telah mengemukakan ta'rif jami' dan mani' ( جامع ومانع. Antaranya Dr. Ibrahim bin 'Amir al-Ruhaili dalam tesisnya Ph.Dnya ketika membandingkan beberapa ta'rif yang dibuat oleh beberapa tokoh ulama terdiri daripada Ibn Taimiyyah9, al-Syatibi, Ibn Rajab dan al-Sayuti, menyimpulkan bahawa ta'rif al-Syatibi paling terpilih10.

Demikian Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam tulusan al-Bid'ah wa al-Sunnah memilih ta'rif al-Imam al- Syatibi.

Kata al-Syatibi r.h:

طريقة في الدين مخترعة تضاهي الشرعية يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله سبحانه11

 "Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada s.w.t".

Huraian Al-Imam al-Syatibi Terhadap Ta'rif Bid'ah

Al-Imam al-Syatibi setelah memberikan ta'rif ini, tidak membiarkan kita tertanya-tanya maksudnya, sebaliknya beliau sendiri telah menghuraikan maksud ta'rif ini.

Di sini dinyatakan beberapa noktah penting huraian al-Imam al-Syatibi:

Dikaitkan jalan طريقة dengan agama kerana rekaan itu dilakukan dalam agama dan perekanya menyandarkan kepada agama. Sekiranya jalan rekaan hanya khusus dalam urusan dunia tidak dinamakan bid'ah seperti membuat barangan dan kota. Oleh kerana jalan rekaan dalam agama terbahagi kepada apa yang ada asalnya dalam syariat dan kepada apa yang tiada asalnya, maka dimaksudkan dengan ta'rif ialah bahagian rekaan yang tiada contoh terdahulu daripada syari' (Pembuat syariat). Ini kerana bid'ah ciri khasnya ialah ia terkeluar daripada apa yang digariskan oleh syari'. Dengan ikatan ini maka terpisahlah (tidak dinamakan bid'ah) segala yang jelas -sekalipun bagi orang biasa- rekaan yang mempunyai kaitan dengan agama seperti ilmu nahu, saraf, mufradat bahasa, Usul al-Fiqh, Usul al-Din dan segala ilmu yang berkhidmat untuk syariat. Segala ilmu ini sekalipun tiada pada zaman yang awal, tetapi asas-asasnya ada dalam syarak…Justeru itu, tidak wajar sama sekali dinamakan ilmu nahu dan selainnya daripada ilmu lisan , atau ilmu usul, atau apa yang menyerupainya yang terdiri daripada ilmu-ilmu yang berkhidmat untuk syariat sebagai bid'ah. Sesiapa yang menamakannya bid'ah, samada; atas dasar majaz (bahasa) seperti 'Umar bin al- Khattab r.a. menamakan bid'ah solat orang ramai pada malam-malam ramadhan, atau kerana kejahilan membezakan sunnah dan bid'ah. Maka pendapatnya tidak boleh dikira dan dipegang" 12.

Maksud تضاهي الشرعية ialah menyerupai jalan syarak dengan ia bukanlah syarak pada hakikatnya. Bahkan ianya menyanggahi syarak dari beberapa sudut:

-Antaranya: Meletakan batasan-batasan13 seperti seseorang yang bernazar untuk berpuasa berdiri tanpa duduk, berpanas tanpa berteduh, membuat keputusan mengasing diri untuk beribadah, menghadkan makanan dan pakaian dari jenis tertentu tanpa sebab14.

-Antaranya: Beriltizam dengan cara (kaifiyyat) dan bentuk (haiat هيئات) tertentu15. Ini seperti zikir dalam bentuk perhimpunan dengan satu suara, menjadikan perayaan hari lahir Nabi s.a.w dan seumpamanya.

-Antaranya: Beriltizam dengan ibadah tertentu dalam waktu tertentu sedangkan tidak ada penentuan tersebut dalam syarak. Ini seperti beriltizam puasa pada hari nisfu Sya'ban dan bersolat pada malamnya16.

Kemudiannya, penyamaan bid'ah itu dengan perkara-perkara yang disyariatkan. Jika penyamaan itu dengan perkara-perkara yang tidak disyariatkan maka ia bukan bid'ah. Ia termasuk dalam perbuatan-perbuatan adat kebiasaan17.

Maksud يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله سبحانه (tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada s.w.t) penyempurna makna bid'ah iaitu tujuannya untuk menjadikan syariat. Di mana tujuan memasukinya ialah menggalakkan ibadah. Ini kerana Allah berfirman (maksudnya) Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu).

Seakan-akan pembuat bid'ah melihat inilah tujuannya. Dia tidak jelas bahawa apa yang Allah tetapkan undang-undang dan peraturan-peraturan sudah memadai18.

Al-Imam al-Syatibi menjelaskan lagi: "Telah jelas dengan ikatan ini (yang dijelaskan) bahawa bid'ah tidak termasuk dalam adat. Apa sahaja jalan yang direka di dalam agama yang menyerupai perkara yang disyariatkan tetapi tidak bertujuan beribadah dengannya, maka ia terkeluar dari nama ini (bid'ah)"19.

Kesimpulan Ta'rif al-Imam al-Syatibi

Daripada apa yang dita'rifkan dan dihuraikan oleh al-Imam al-Syatibi r.h. dapat dibuat beberapa kesimpulan:

Bid'ah ialah jalan syarak yang baru reka dan dianggap ibadah dengannya. Adapun membuat perkara baru dalam urusan dunia tidak boleh dinamakan bid'ah.

Bid'ah ialah sesuatu yang tidak ada asal dalam syariat. Adapun apa yang ada asalnya dalam syariat tidak dinamakan bid'ah.

Ahli bid'ah menganggap jalan, bentuk, cara bid'ah mereka adalah satu cara ibadah yang dengannya mereka mendekatkan diri kepada Allah.

Bid'ah kesemuanya buruk. Apa yang dinamakan bid'ah hasanah yang membabitkan perkara-perkara duniawi bukanlah bid'ah pada istilahnya.

Bid'ah Semuanya Saiyah

Berdasarkan hadith Nabi s.a.w, baginda menyatakan:

"..فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ (ضَلَالَةٌ"(20

(terjemahannya): "..Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas daripadaku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah al- Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ianya dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap yang diada-adakan itu bid'ah dan setiap yang bid'ah itu sesat".

Berdasarkan hadith ini, baginda menggunakan perkataan كل yang bermaksud semua. Jika berpandu hadith ini, dan kita faham pula maksud bid'ah seperti yang dinyatakan oleh al-Imam al-Syatibi, maka tidak wajar bid'ah dibahagikan kepada hasanah dan saiyyiah , bahkan kesemuanya saiyyah dan dhalalah.

Al-Imam Malik bin Anas:

من ابتدع في الإسلام بدعة يراها حسنة فقد زعم أن محمدا صلى الله عليه وسلم خان الرسالة، لأن الله يقول: (اليَومَ أكْمَلْتُ لَكُم دِينَكُمْ) فما لم يكن يومئذ دينا فلا يكون اليوم دينا

(21)

"Sesiapa yang membuat bid'ah dalam Islam dan menganggapnya baik maka dia telah mendakwa Muhammad s.a.w. mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: (maksudnya) "Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu". Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini".

Perbahasan Bid'ah Hasanah

Namun begitu kita dapati ada beberapa tokoh para ulama sarjana Islam, terutama dalam tokoh- tokoh mazhab al-Syafi'i telah menyebut dalam kitab-kitab mereka istilah bid'ah hasanah atau hampir dengannya seperti bid'ah mahmudah بدعة محمودة., bid'ah wajib, bid'ah sunat dan bid'ah harus. Ini seperti al-Imam al-Syafi'i (wafat 204H) sendir, al-Imam al-'Izz 'Abd al-Salam (w. 660H), al-Imam al- Nawawi (w. 676H), al-Sayuti (w. 911H) dan beberapa tokoh yang lain.

Setelah diteliti ucapan-ucapan mereka, kita dapati lafaz bid'ah yang mereka gunakan merujuk kepada bid'ah dari segi bahasa, bukan bid'ah dari segi syarak. Di sini saya sebut beberapa huraian:

Al-Imam al-Syafi'i r.a (22)

Kata Ibn Rajab al-Hanbali (wafat 795H): "Al-Syafi'i berkata: "Bid'ah itu ada dua: Bid'ah Mahmudah (dipuji) dan Bid'ah Mazmumah مذمومة (dikeji). Apa yang menepati sunnah maka ia dipuji. Apa yang menyanggahi sunnah maka ia dikeji". Maksud al-Syafi 'i r.a. ialah seperti yang kita sebutkan sebelum ini: bid'ah mazmumah ialah apa yang tiada asal dari syariat untuk dirujuk kepadanya. Inilah bid'ah pada istilah syarak. Adapun bid'ah mahmudah ialah apa yang bertepatan dengan sunnah. Iaitu apa yang ada bagi asal untuk dirujuk kepadanya. Ia adalah bid'ah dari segi bahasa, bukannya dari segi syarak kerana ia menepati sunnah"23.

Antara bukti al-Imam al-Syafi'i tidak maksud bid'ah dalam ibadah itu bid'ah mahmudah ialah bantahan beliau terhadap sentiasa berzikir kuat selepas solat yang dianggap bid'ah hasanah oleh sesetengah pihak. Ketika mengulas hadith Ibn 'Abbas:

إنَّ رَفْعَ الصَّوْتِ بِالذِّكْرِ حِينَ يَنْصَرِفُ النَّاسُ مِنَ الْمَكْتُوبَةِ كَانَ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

"Sesungguhnya mengangkat suara dengan zikir setelah orang ramai selesai solat fardu berlaku pada zaman Nabi s.a.w".

Kata al-Imam al-Syafi'i dalam kitab utamanya al-Umm الأم:

وأختار للامام والمأموم أن يذكرا الله بعد الانصراف من الصلاة ويخفيان الذكرَ إلا أن يكون إماما يُحِبُّ أن يتعلّم منه فيجهر حتى يُرى أنه قد تُعُلِّمَ منه ثم يُسِرّ

(24)

(Pendapatku untuk imam dan makmum hendaklah mereka berzikir selepas selesai solat. Hendaklah mereka mensenyapkan zikir, kecuali jika imam mahu dipelajari daripadanya (bacaan-bacaan zikir- pen), maka ketika itu dijelaskan zikir. Sehingga apabila didapati telah dipelajari daripadanya. Maka selepas itu hendaklah dia perlahankan)

Adapun mengenai hadith Ibn 'Abbas di atas al-Imam al-Syafi'i menjelaskan seperti berikut:

وأحسبه إنما جهر قليلا ليتعلّم الناس منه وذلك لأن عامة الروايات التي كتبناها مع هذا وغيرها ليس يذكر فيها بعد التسليم تَهليلٌ ولا تكبير، وقد يذكر أنه ذكر بعد الصلاة بما وصَفْتُ، ويذكر انصرافَه بلا ذكر، وذكرت أمُّ سلمةَ مُكْثَه ولم يذكر جهرا، وأحسبه لم يَمكُثْ إلاّ ليذكرَ ذكرا غير جهْرٍ. فإن قال قائل: ومثل ماذا؟ قلت: مثل أنه صلّى على المنبر يكون قيامُه وركوعُه عليه وتَقهْقَرَ حتى يسجدَ على الأرض، وأكثر عمره لم يصلّ عليه، ولكنه فيما أرى أحب أن يعلم من لم يكن يراه ممن بَعُد عنه كيف القيامُ والركوعُ والرفع. يُعلّمهم أن في ذلك كله سعة. وأستحبُّ أن يذكر الإمام الله شيئا في مجلسه قدر ما يَتقدم من انصرف من النساء قليلا كما قالت أم سلمة ثم يقوم وإن قام قبل ذلك أو جلس أطولَ من ذلك فلا شيء عليه، وللمأموم أن ينصرفَ إذا قضى الإمام السلامَ قبل قيام الإمام وأن يؤخر ذلك حتى ينصرف بعد انصرافِ الإمام أو معه أَحَبُّ إلي له.

(Aku berpendapat baginda menjelaskan suara (zikir) hanya seketika. Untuk orang ramai mempelajarinya daripada baginda. Ini kerana kebanyakan riwayat yang telah kami tulis bersama ini25, atau selainnya tidak menyebut selepas salam tahlil26 dan takbir. Kadang-kala riwayat menyebut baginda berzikir selepas solat seperti yang aku nyatakan, kadang-kala disebut baginda pergi tanpa zikir. Ummu Salamah pula menyebut duduk baginda27 (selepas solat) tetapi tidak menyebut baginda zikir secara terang. Aku berpendapat baginda tidak duduk melainkan untuk berzikir secara tidak terang. Jika seseorang berkata: Seperti apa?28. Aku katakan: Seperti baginda pernah bersolat di atas mimbar, yang mana baginda berdiri dan rukuk di atasnya, kemudian baginda undur ke belakang untuk sujud di atas tanah. Kebanyakan umur baginda, baginda tidak solat di atasnya. Tetapi aku berpendapat baginda mahu agar sesiapa yang jauh yang tidak melihat baginda mengetahui bagaimana berdiri (dalam solat), rukuk dan bangun (dari rukuk). Baginda ingin mengajar mereka keluasan dalam itu semua. Aku suka sekiranya imam berzikir nama Allah di tempat duduknya sedikit dengan kadar yang seketika selepas kaum wanita pergi. Ini seperti apa yang Umm Salamah katakan. Kemudian imam boleh bangun. Jika dia bangun sebelum itu, atau duduk lebih lama dari itu, tidak mengapa. Makmum pula boleh pergi setelah imam selesai memberi salam, sebelum imam bangun. Jika dia lewatkan sehingga imam pergi, atau bersama imam, itu lebih aku sukai untuknya).

Nyata sekali al-Imam al-Syafi'i tidak menamakan ini sebagai bid'ah hasanah, sebaliknya beliau berusaha agar kita semua kekal dengan bentuk asal yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. Kalaulah maksud bid'ah mahmudah yang disebut olehnya merangkumi perkara baru dalam cara beribadah yang dianggap baik, sudah tentu al-Imam al-Syafi'i akan memasukkan zikir kuat selepas solat dalam bid'ah mahmudah. Dengan itu beliau tentu tidak berusaha menafikannya. Ternyata bukan itu yang dimaksudkan oleh beliau r.a29.

Al-Imam 'Izz al-Din 'Abd al-Salam (wafat 660H)30:

Dalam kitabnya قواعد الأحكام في مصالح الأنام beliau membahagikan bid'ah kepada lima: bid'ah wajibah (bid'ah wajib), bid'ah muharramah (bid'ah yang diharamkan), bid'ah mandubah (bid'ah yang disunatkan), bid'ah makruhah (bid'ah makruh) dan bid'ah mubahah (bid'ah yang diharuskan)31. Bahkan beliau mungkin orang yang paling awal membuat pembahagian ini.

Sebenarnya, faktor utama yang menyebabkan beliau menyebut bid'ah dalam pembahagian yang sedemikian merujuk kepada ta'rif bid'ah yang disebutnya pada awal fasal yang merangkumi bid'ah dari segi syarak dan bahasa. Buktinya beliau menyebut ta'rif dengan katanya:

البدعة فعل ما لم يعهَدْ في عصر رسول الله32

(Bid'ah adalah perbuatan yang tidak ada pada zaman RasululLah)

Ta'rif ini begitu luas merangkumi perkara ibadah, cara baru dalam syarak dan urusan keduniaan yang tidak membabitkan penambahan syarak. Sedangkah bid'ah dari segi syarak hanya tertumpu dalam persoalan cara taqarrub dan perubahan atau penambahan jalan syarak.

Dengan ta'rif yang begitu umum maka menyebabkan pembahagian ini dibuat. Oleh itu kita dapati ketika beliau memperkatakan tentang bid'ah wajibah (bid'ah wajib) beliau berkata: "Bagi bid'ah wajib itu beberapa contoh; salah satunya menyibukkan diri dengan ilmu nahu yang dengannya difahami kalam Allah dan kalam RasululLah s.a.w"33.

Kita telah melihat penjelasan al-Imam al-Syatibi sebelum ini, bahawa ini semua tidak termasuk dalam bid'ah dari segi syarak. Seperti yang disebut oleh al-Imam al-Syatibi tadi: "Dengan ikatan ini maka terpisahlah (tidak dinamakan bid'ah) segala yang jelas -walaupun bagi orang biasa- rekaan yang mempunyai kaitan dengan agama seperti ilmu nahu, saraf, mufradat bahasa, Usul al-Fiqh, Usul al-Din dan segala ilmu yang berkhidmat untuk syariat. Segala ilmu ini sekalipun tiada pada zaman yang awal, tetapi asas-asasnya ada dalam syarak…Justeru itu, tidak wajar sama sekali dinamakan ilmu nahu dan selainnya daripada ilmu lisan , atau ilmu usul, atau apa yang menyerupainya yang terdiri daripada ilmu-ilmu yang berkhidmat untuk syariat bid'ah. Sesiapa yang menamakannya bid'ah, samada; atas dasar majaz (bahasa) seperti 'Umar bin al-Khattab r.a. menamakan bid'ah solat orang ramai pada malam-malam ramadhan, atau kerana kejahilan membezakan sunnah dan bid'ah. Maka pendapatnya tidak boleh dikira dan dipegang" 34.

Dengan itu perbuatan sesetengah pihak mempergunakan pembahagian ini kepada bid'ah-bid'ah yang tidak dimaksudkan oleh beliau adalah penyelewengan dalam menyalurkan maklumat kepada orang ramai.

Di samping kita mengingatkan juga bahawa al-Syatibi telah menolak pembahagian yang dibuat oleh al-'Izz 'Abd al-Salam dengan katanya: "Sesungguhnya pembahagian ini adalah sesuatu yang hanya direka, tidak ada dalil syar'i yang menunjukkannya. Bahkan ia sendiri bercanggahan. Ini kerana hakikat bid'ah ialah sesuatu yang tidak ditunjukkan oleh dalil syar'i, sama ada daripada nas-nas syarak atau kaidah-kaidahnya. Kalau di sana ada dalil daripada syarak yang menunjukkan wajib, atau sunat, atau harus maka itu bukanlah bid'ah. Ia termasuk dalam keumuman amalan yang disuruh atau diberi pilihan. Mencampur aduk dalam menyenaraikan perkara-perkara tersebut adalah bid'ah, iaitu dicampurkan antara perkara yang dalil menunjukkan wajib, atau sunat atau harus dengan dua lagi yang menyanggahinya"35.

Al-Imam al-Nawawi (wafat 676H):

Al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya تهذيب الأسماء واللغات mengulangi dan menyetujui pembahagian yang dibuat oleh al-Imam al-_Izz _Abd al-Salam. Untuk menguatkan, beliau menambah dalam tulisannya itu apa yang dibahagikan oleh al-Imam al-Syafi_i seperti disebutkan tadi36.

Jawapan kita terhadap perkara ini sama seperti telah disebutkan di atas. Jika diteliti karya-karya al- Imam al-Nawawi r.h, beliau tidak pernah menganggap bid_ah hasanah apa yang disangka orang ramai bid_ah hasanah. Di sini dinyatakan beberapa contoh:

Dalam kitabnya al-Azkar الأذكار, al-Imam al-Nawawi menyebut: _Ketahui sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan al-salaf al-salih r.a ialah diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan bacaan, zikir dan selainnya. Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati dan menghimpunkan fikiran mengenai apa yang berkaitan dengan jenazah. Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah yang cara yang betul. Jangan kamu terpengaruh dengan banyaknya orang yang menyanggahinya. Sesungguhnya Abu 'Ali al-Fudail bin 'Iyad r.a. pernah berkata - maknanya-: "Berpegang dengan jalan petunjuk, jangan engkau tewas disebabkan sedikit yang melaluinya. Jauhilah jalan yang sesat. Jangan engkau terpengaruh dengan banyaknya golongan yang rosak". Adapun apa yang dilakukan oleh golongan jahil di Damsyik, iaitu melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan yang lain ke atas jenazah dan bercakap perkara yang tiada kaitan, ini adalah haram dengan ijma' ulama. Sesungguhnya aku telah jelaskan Adab al-Qiraah keburukannya, besar keharamannya, dan fasiknya sesiapa yang mampu membantahnya tetapi tidak membantahnya"37.

Ulasan: Nyata beliau tidak menamakan perbuatan ini sebagai bid'ah hasanah. Maka perbuatan sesetengah pihak mengiringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah setapak demi setapak sebanyak beberapa kali dibantah dalam teks imam yang agung ini.

Dalam Syarh Sahih Muslim38, beliau menyebut: Sesungguhnya yang menjadi sunnah bagi salam dalam solat ialah dengan berkata: السلام عليكم ورحمة الله sebelah kanan, السلام عليكم ورحمة الله sebelah kiri. Tidak disunatkan menambah وبركاته. Sekalipun itu disebut dalam hadith dhaif dan diisyaratkan oleh sebahagian ulama. Namun ia bid'ah kerana tidak ada hadith yang sahih. Bahkan yang sahih dalam hadith ini39 dan selain ialah meninggalkan tambahan itu"40.

Ulasan: Tidakkah penambahan ini satu penambahan pada zahirnya nampak baik. Jika bid'ah hasanah ialah melebelkan semua yang nampak baik pada andaian manusia, tentu al-Imam al- Nawawi menamakan ini sebagai bid'ah mustahabbah.

Dalam Syarh Sahih Muslim, ketika al-Nawawi mensyarahkan hadith Sahih Muslim:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِي اللَّه عَنْه عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي وَلَا تَخُصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الْأَيَّامِ إِلَّا أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومُهُ أَحَدُكُمْ

(Daripada Abi Hurairah r.a, daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: "Jangan kamu mengkhususkan malam Jumaat dengan solat yang berbeza dengan malam-malam yang lain. Jangan kamu mengkhususkan hari Jumaat dengan puasa yang berbeza dengan hari-hari yang lain, kecuali ia dalam (bilangan hari) puasa yang seseorang kamu berpuasa).

Kata al-Imam al-Nawawi: "Pada hadith ini larangan yang nyata mengkhususkan malam Jumaat dengan sesuatu solat yang tiada dengan malam-malam yang lain dan puasa pada siangnya seperti yang telah dinyatakan. Sepakat para ulama kemakruhannya. Para ulama berhujah dengan hadith ini mengenai kesalahan solat bid'ah yang dinamakan solat al-Raghaib41. Semoga Allah memusnahkan pemalsu dan pereka solat ini. Ini kerana sesungguhnya ia adalah bid'ah yang munkar daripada bid'ah yang sesat dan jahil. Padanya kemunkaran yang nyata. Sesungguhnya sejumlah para ulama telah mengarang karangan yang berharga begitu banyak dalam memburukkan dan menghukum sesat orang menunaikan solat tersebut dan perekanya, para ulama telah menyebut dalil-dalil keburukan dan kebatilannya dan kesesatan pembuatnya"42.

Ulasan: Al-Nawawi tidak menamakan solat sunat yang tiada dalam hadith sebagai bid'ah hasanah. Bahkan beliau menghukum sebagai sesat. Ketika ditanya mengenai solat ini, beliau pernah berkata: "bid'ah yang buruk lagi sangat munkar…jangan terpengaruh dengan ramai yang melakukannya di banyak negeri. Juga jangan terpengaruh disebabkan ia disebut dalam Qut al-Qulub dan Ihya 'Ulum al-Din"43.

Dalam Al-Majmu' Syarh al-Muhazzab المجموع شرح المهذب beliau menyetujui tokoh-tokoh mazhab al- Syafi'i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya: "adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun. Ia adalah bid'ah yang tidak disukai"44.

Ulasan: Beliau tidak menamakan amalan ini sebagai bid'ah hasanah. Bahkan kitab-kitab mazhab al- Syafi'i begitu kuat menentang hal ini45.

Al-Imam al-Sayuti (w. 911H)46:

Al-Imam al-Sayuti telah menulis kitab khas berhubung dengan bid'ah yang dinamakan Al-Amr bi al- Ittiba' wa al-Nahy 'an al-Ibtida' 'الأمر بالاتباع والنهي عن الابتداع. Di dalamnya beliau menyebut maksud bid_ah hasanah. Katanya: _Bid_ah hasanah disepakat keharusan membuatnya. Juga disunatkan demi mengharapkan pahala bagi sesiapa yang baik niatnya. Iaitu setiap pembuat bid_ah yang bertepatan dengan kaidah-kaidah syarak, tanpa menyanggahinya sedikit pun. Perbuatannya tidak menyebabkan larangan syarak. Ini seperti membina mimbar, benteng pertahanan, sekolah, rumah musafir dan sebagainya yang terdiri dari jenis-jenis kebaikan yang tidak ada pada zaman awal Islam. Ini kerana ia bertepatan dengan apa yang dibawa oleh syariat yang memerintahkan membuat yang makruf dan tolong menolong dalam kebaikan dan taqwa"47.

Seperti yang kita nyatakan sebelum ini, apa yang disebut di atas tidak sepatutnya dinamakan bid'ah sama sekali. Bahkan ia termasuk dalam perkara-perkara yang disuruh dalam agama.

Persoalan kita, apakah al-Imam al-Sayuti akan menganggap sesetengah perbuatan yang dianggap bid'ah hasanah pada hari ini sebagai bid'ah hasanah?. Untuk memastkan hal ini kita lihat bebarapa contoh berikut:

Bantahan beliau terhadap solat sunat Raghaib, katanya: "Ketahuilah olehmu, semoga Allah merahmatimu, sesungguhnya membesarkan hari tersebut dan malamnya (hari dan malam Jumaat pertama Rejab) hanya perkara baru yang dibuat dalam Islam selepas 400 tahun. Diriwayatkan mengenainya hadith yang palsu dengan sepakat ulama yang mengandungi kelebihan berpuasa pada siangnya dan bersolat pada malamnya. Mereka menamakan solat Raghaib"48. Katanya juga: "Ketahuilah sesungguhnya solat yang bid'ah ini menyanggahi kaidah-kaidah Islam dalam beberapa bentuk…"49.

Ulasan: Beliau -seperti al-Imam al-Nawawi- tidak menamakan solat ini sebagai bid'ah hasanah, sekalipun disebut dalam beberapa kitab seperti Ihya 'Ulum al-Din. Jika setiap yang dianggap baik dilebelkan bid'ah hasanah maka solat ini juga patut dianggap bid'ah hasanah. Namun mengada- adakan perkara baru dalam cara ibadah bukanlah bid'ah hasanah.

Katanya ketika membantah amalan Nisfu Sya'ban: "Apa yang memuliakan Sya'ban ialah RasululLah berpuasa pada kebanyakan harinya. Hadith-hadith Nabi s.a.w dan athar sahabah yang diriwayatkan yang menunjukkan ia malam yang ada kelebihan, tiada padanya solat yang khusus"50.

Ulasan: Solat khas Nisfu Sya'ban tidak dianggap oleh al-Sayuti sebagai bid'ah hasanah.

Katanya mengenai wuduk: "Daripada bid'ah (yang saiyyah) itu: Was-was dalam niat solat. Itu bukan daripada perbuatan Nabi s.a.w. dan para sahabah baginda. Mereka tidak pernah melafaz sedikit pun niat solat melainkan hanya (terus) takbir. Allah telah berfirman: ((لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة)) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada RasululLah itu contoh yang baik"51.

Ulasan: Walaupun sesetengah menyebut lafaz niat dalam solat sebagai bid'ah hasanah, namun tokoh mazhab al-Syafi'i yang terkenal ini tidak menganggapnya demikian. Ini kerana ia adalah cara ibadah yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w.

Kesimpulan Perbincangan: Apa yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa telah berlaku penyalahgunaan istilah bid'ah hasanah. Apa yang dimaksudkan oleh para imam bukan seperti yang difahami atau disalahgunakan oleh sesetengah pihak. Mereka sewajar merujuk semula kepada apa yang ditulis oleh imam-imam ini.

Salah Faham Terhadap Ucapan Saiyyidina 'Umar

Sesetengah pihak cuba berdalil dalam membolehkan bid'ah dengan menyatakan bahawa Saiyyidina 'Umar telah membuat bid'ah. Di mana -kata mereka- pada zaman Nabi s.a.w. tidak ada solat tarawih berjamaah, tetapi 'Umar melakukannya dan menyatakannya: نعمت البدعة هذه sebaik-baik bid'ah.

Apa yang mereka maksudkan ialah apa yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dalam Sahihnya dan al-Imam Malik dalam al-Muwatta:

عَنْ عَبْدِالرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدٍالْقَارِيِّ أَنَّهُ قَالَ خَرَجْتُ مَعَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِي اللَّه عَنْهم لَيْلَةً فِي رَمَضَانَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَإِذَا النَّاسُ أَوْزَاعٌ مُتَفَرِّقُونَ يُصَلِّي الرَّجُلُ لِنَفْسِهِ وَيُصَلِّي الرَّجُلُ فَيُصَلِّي بِصَلَاتِهِ الرَّهْطُ فَقَالَ عُمَرُ إِنِّي أَرَى لَوْ جَمَعْتُ هَؤُلَاءِ عَلَى قَارِئٍ وَاحِدٍ لَكَانَ أَمْثَلَ ثُمَّ عَزَمَ فَجَمَعَهُمْ عَلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ ثُمَّ خَرَجْتُ مَعَهُ لَيْلَةً أُخْرَى وَالنَّاسُ يُصَلُّونَ بِصَلَاةِ قَارِئِهِمْ قَالَ عُمَرُ نِعْمَ الْبِدْعَةُ هَذِهِ وَالَّتِي يَنَامُونَ عَنْهَا أَفْضَلُ مِنِ الَّتِي يَقُومُونَ. يُرِيدُ آخِرَ اللَّيْلِ وَكَانَ النَّاسُ يَقُومُونَ أَوَّلَهُ

Daripada 'Abd al-Rahman bin 'Abd al-Qari, katanya: Pada satu malam di bulan Ramadan, aku keluar bersama dengan 'Umar bin al-Khattab r.a. ke masjid. Di dapati orang ramai berselerakan. Ada yang solat bersendirian, ada pula yang bersolat dan sekumpulan (datang) mengikutinya. Kata 'Umar: Jika aku himpunkan mereka pada seorang imam adalah lebih baik. Kemudian beliau melaksanakannya maka dihimpunkan mereka dengan (diimamkan) Ubai bin Ka'ab. Kemudian aku keluar pada malam yang lain, orang ramai bersolat dengan imam mereka (Ubai bin Ka'ab). Kata 'Umar: "Sebaik-baik bid'ah perkara ini, sedangkan yang mereka tidur (solat pada akhir malam) lebih dari apa yang mereka bangun (awal malam).

Ada yang tersalah sangka dengan menganggap 'Umar bin al-Khattab yang memulakan solat tarawih berjemaah ini. Lalu perbuatan itu adalah bid'ah tetapi 'Umar menganggapnya baik. Dengan itu bid'ah dalam ibadah boleh dilakukan dengan niat yang baik.

Sebenarnya, ini disebabkan kurang membaca hadith-hadith Nabi s.a.w. Padahal hadith yang menunjukkan Nabi s.a.w menunaikan solat tarawih berjamaah, ada dalam Sahih al-Bukhari dalam beberapa kitab, termasuk Kitab Solat al-Tarawih. Demikian juga dalam ada dalam Sahih Muslim. Hadith daripada 'Aisyah r.a. itu menyebut:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ لَيْلَةً مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ فَصَلَّى فِي الْمَسْجِدِ وَصَلَّى رِجَالٌ بِصَلَاتِهِ فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا فَاجْتَمَعَ أَكْثَرُ مِنْهُمْ فَصَلَّى فَصَلَّوْا مَعَهُ فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا فَكَثُرَ أَهْلُ الْمَسْجِدِ مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى فَصَلَّوْا بِصَلَاتِهِ فَلَمَّا كَانَتِ اللَّيْلَةُ الرَّابِعَةُ عَجَزَ الْمَسْجِدُ عَنْ أَهْلِهِ حَتَّى خَرَجَ لِصَلَاةِ الصُّبْحِ فَلَمَّا قَضَى الْفَجْرَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ فَتَشَهَّدَ ثُمَّ قَالَ أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّهُ لَمْ يَخْفَ عَلَيَّ مَكَانُكُمْ وَلَكِنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْتَرَضَ عَلَيْكُمْ فَتَعْجِزُوا عَنْهَا فَتُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْأَمْرُ عَلَى ذَلِكَ .

"Sesungguhnya RasululLah s.a.w keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid (Masjid Nabi). Beberapa orang mengikut solat baginda. Paginya orang ramai pun bercerita mengenainya. Maka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua), baginda pun solat, mereka solat bersama baginda. Paginya orang ramai pun bercerita. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. RasululLah s.a.w keluar bersolat, mereka solat bersama baginda. Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan ahli. (Baginda tidak keluar) sehingga hanya keluar pada solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap orang ramai, baginda bersyahadah, dan bersabda amma ba'd, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kamu, tetapi aku bimbang difardukan ke atas kamu lalu kamu tidak mampu52. Sehingga RasululLah s.a.w wafat dalam keadaan begitu".

Dalam sebahagian riwayat al-Bukhari dan Muslim menyebut: وذلك في رمضان (yang demikian itu pada bulan Ramadan).

Hadith ini dengan jelas menunjukkan Nabi s.a.w yang memulakan solat qiam atau disebut sebagai tarawih secara berjemaah dengan satu imam. Bukan 'Umar yang memulakannya. Namun baginda berhenti kerana bimbang ia menjadi kefarduan. Ini kerana zaman tersebut adalah zaman wahyu diturunkan. Baginda tidak berhenti kerana ia salah atau tidak diizinkan. Bahkan ia adalah sunnah yang jelas. Mereka selama tiga hari telah solat di belakang baginda. Jika tidak kerana kebimbangan itu, tentu baginda meneruskannya. Apabila baginda wafat kebimbangan itu tiada lagi. Wahyu sudah terputus. 'Umar pun menghidupkannya.

Justeru itu kata al-Imam al-Syatibi: "Renungi hadith ini. Ia menunjukkan solat kedudukan solat tarawih adalah sunat. Sesungguhnya solat baginda pada peringkat awal menjadi dalil menunjukkan kesahihan menunaikannya di masjid secara berjamaah pada bulan Ramadan. Baginda tidak keluar selepas itu adalah kerana bimbang difardukan. Tidak menunjukkan ia dilarang secara mutlak. Ini kerana zaman baginda ialah zaman wahyu dan tasyri' (perundangan). Ada kemungkinan akan diwahyukan kepada baginda jika manusia mengamalkannya sebagai kewajipan. Apabila telah hilang 'illah al-tasyri' (illah perundangan) dengan wafatnya RasululLah s.aw, maka ia kembali kepada asalnya"53.

Persoalan yang mungkin timbul; mengapa Abu Bakr tidak melakukannya?

Jawab al-Imam al-Syatibi: "Adapun Abu Bakr tidak mendirikannya kerana salah satu sebab berikut: sama ada dia berpendapat solat orang ramai pada akhir itu pada lebih afdal padanya dari dihimpunkan mereka dengan satu imam pada awal malam. Ini disebut oleh al-Turtusyi الطرطشي. Ataupun disebabkan kesempitan waktu pemerintahannya54 untuk melihat perkara-perkara cabang ini sedangkan beliau sibuk dengan golongan murtad dan selainnya yang mana lebih utama dari solat tarawih"55.

Kenapa 'Umar menamakan bid'ah?

Kata al-Syatibi: "Dia menamakannya bid'ah hanya disebabkan pada zahirnya. Di mana RasululLah s.a.w meninggalkannya. Sepakat pula ia tidak berlaku pada zaman Abu Bakr r.a. Bukannya bid'ah pada makna (syarak-pen). Sesiapa yang menamakan bid'ah disebabkan hal ini, maka tiada perlu perbalahan dalam meletakkan nama. Justeru itu tidak boleh berdalil dengannya untuk menunjukkan keharusan membuat bid'ah"56.

Maksudnya bukan bid'ah sebenar, cuba ia bid'ah merujuk kepada bahasa, atau keadaan. Namun ia pada nilaian hadith bukanlah bid'ah, bahkan sunnah.

Salah Faham Terhadap Hadith Sunnah Hasanah

Di antara hadith yang selalu disalah tafsir bagi membukti tidak salah melakukan bid'ah asalkan ia baik ialah hadith:

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ

57

"Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya seperti pahala orang yang mengamalkannya. Ini tidak mengurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya seperti dosa orang yang mengamalkannya. Ini tidak mengurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun".

Hadith ini dijadikan bukti bahawa bid'ah itu tidak mengapa asalkan baik. Sebenar kegagalan memahami hadith ini ialah kerana kegagalan melihat Sabab al-Wurud سبب الورود bagi hadith ini. Jika dalam pengajian tafsir ada bab yang dinamakan Sabab al-Nuzul, maka dalam hadith ia dinamakan Sabab al-Wurud atau Sabab Wurud al-Hadith. Saya ta'rifkan Sabab Wurud al-Hadith sebagai:

ما دعا الحديثَ إلى وجوده، أيام صدوره 58

(Apa yang membawa kepada kewujudan hadith pada hari-hari kemunculannya)

Maksudnya faktor yang menyebabkan sesebuah hadith itu terbit daripada Nabi s.a.w. Iaitu faktor- faktor yang menyebabkan baginda mengucapkan sesuatu ucapan, atau melakukan sesuatu perbuatan, atau mengakui sesuatu tindakan. Memahami sebab-sebab yang menyebabkan terbitnya sesebuah hadith adalah sangat mustahak. Tujuannya bagi mengelakkan kita meletakkan hadith tidak kena pada tempatnya. Ini kerana kadang-kala sebab sesuatu hadith sangat mempengaruhi maksud hadith. Kesalahan memahami sebab atau tidak memahami sebab boleh membawa kepada kesalahan faham kepada maksud hadith. Umpamanya hadith yang di atas ada sebab wurudnya seperti yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim:

عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ جَاءَ نَاسٌ مِنَ الْأَعْرَابِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْهِمُ الصُّوفُ فَرَأَى سُوءَ حَالِهِمْ قَدْ أَصَابَتْهُمْ حَاجَةٌ فَحَثَّ النَّاسَ عَلَى الصَّدَقَةِ فَأَبْطَئُوا عَنْهُ حَتَّى رُئِيَ ذَلِكَ فِي وَجْهِهِ قَالَ ثُمَّ إِنَّ رَجُلًا مِنَ الْأَنْصَارِ جَاءَ بِصُرَّةٍ مِنْ وَرِقٍ ثُمَّ جَاءَ آخَرُ ثُمَّ تَتَابَعُوا حَتَّى عُرِفَ السُّرُورُ فِي وَجْهِهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ

Daripada Jarir bin 'Abd Allah, katanya: Datang sekumpulan arab badawi kepada RasululLah s.a.w. Mereka memakai pakaian bulu. Baginda melihat buruknya keadaan mereka. Mereka ditimpa kesusahan. Baginda menggesa orang ramai bersedekah. Namun mereka lambat melakukannya sehingga kelihatan marah pada wajah baginda. (Kata Jarir) Kemudian seorang lelaki daripada Ansar datang dengan seberkas perak. Kemudian datang seorang yang lain pula. Kemudian orang ramai datang (bersedekah) berturut-turut. Sehingga dilihat kegembiraan pada wajah baginda. Maka RasululLah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya seperti pahala orang yang mengamalkannya. Ini tidak mengurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya seperti dosa orang yang mengamalkannya. Ini tidak mengurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun".

Maksud sunnah yang baik di atas merujuk kepada sedekah yang dianjurkan Nabi s.a.w. Bukannya satu perbuatan yang tiada dalam syariat. Memulakan pula, bukan bermaksud memulakan amalan baru, sebaliknya memulakan langkah atau tindakan bagi perkara yang sudah ada dalil seperti sedekah dalam hadith ini.

Kata tokoh mazhab al-Syafi'i semasa yang terkenal Dr. Mustafa al-Bugha dan rakan-rakannya: "Hadith dianggap sebagai asal dalam menentukan bid'ah hasanah dan saiyyiah. Bersegeranya sahabah berlumba dan bersiang dalam bersedekah adalah bid'ah hasanah -seperti yang disebut oleh Nabi s.a.w-. Dari sini difahami bahawa apa yang dikatakan bid'ah hasanah itu, sesuatu yang ada asalnya disyarakkan seperti sedekah"59.

Kata al-Syeikh Muhammad Salih Ibn 'Uthaimin: "Jika kita tahu sebab hadith ini dan meletakkan maknanya dengan betul, maka jelas bahawa yang dimaksudkan dengan memulakan sunnah di sini ialah memulakan amal. Bukan memulakan tasyri' (meletakkan syariat). Ini kerana tasyri' tidak boleh hanya bagi Allah dan RasulNya. Maksud hadith "sesiapa yang memulakan" ialah memulakan amal dengannya dan orang ramai mencontohinya…atau boleh dimaksudkan juga sesiapa yang memulakan jalan yang baik yang menyampaikan kepada ibadah. Orang ramai mencontohinya. Ini seperti menulis buku, meletakkan bab-bab ilmu, membina sekolah dan sebagainya. Di mana jalan kepada perkara yang dituntut syarak. Apabila insan memulakan jalan yang membawa kepada perkara yang dituntut oleh syarak, jalan itu pula tidak dilarang, maka dia termasuk dalam hadith ini. Jika makna hadith seperti yang disalah fahami iaitu insan boleh membuat syariat apa yang dia mahu, maka bererti agama Islam belum sempurna pada hayat RasululLah s.a.w."60.

Memulakan dalam hadith di atas ialah memulakan perkara yang ada dalil seperti sedekah yang Nabi s.a.w gesa mereka melakukannya.

Amaran Allah Mengenai Bid'ah

Di sana banyak dalil-dalil dari al-Quran yang menunjukkan Allah melarang perbuatan mereka-reka, atau mengada-ada dalam agama. Justeru golongan Ahl al-Kitab dikutuk kerana cuba menokok tambah dan mengubah ajaran agama.

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنْ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ

(terjemahan) Apakah bagi mereka sekutu-sekutu yang membuat syariat - mana-mana bahagian dari ugama mereka - apa yang tidak diizinkan oleh Allah?!.

(Surah al-Syura:21)

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنْ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ

(terjemahan) "Berhati-hatilah mereka yang menyalahi perintahnya (RasululLah s.a.w), jangan sampai menimpa mereka musibah, atau menimpa mereka azab seksa yang pedih"

(Surah al-Nur: 63)

قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّي الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَالْإِثْمَ وَالْبَغْيَ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَأَنْ تُشْرِكُوا بِاللَّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَانًا وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُون

(terjemahan) Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.

(Surah al-'Araf :33)

RasululLah s.a.w Memberi Amaran Tentang Bid'ah

Hadith Nabi s.a.w yang mengancam pembuat dan amalan bid'ah sangat banyak. Kebanyakan para penulis kitab sunan tidak lupa menyebut bab khas mengenainya. Di sini hanya disebutkan beberapa riwayat sahaja, antaranya;

"..فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ"

61

(terjemahannya): "..Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas daripadaku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah al- Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ianya dengan geraham62. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap yang diada-adakan itu bid'ah dan setiap yang bid'ah itu sesat".

"..فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ"

63

(terjemahannya) Daripada 'Aisyah r.ha, katanya: sabda Nabi S.A.W.: "Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ianya tertolak".

"..وَإِنَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً وَاحِدَةً قَالُوا: وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَال:َ مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي

64.

(terjemahannya): "..Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak, dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak". Mereka bertanya: "Apakah puak itu wahai RasululLah?" Jawab baginda: "Apa yang aku dan para sahabahku berada di atasnya".

Daripada Abu Musa al-'Asy'ari katanya:

صَلَيْنَا المَغْرِبَ مَعَ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم ثُمَّ قُلْنَا : لَوْ جَلَسْنَا حَتَّى نُصَلِّى مَعَهُ اْلعَشَاءَ قَالَ : فَجَلَسْنَا فَخَرَجَ عَلَيْنَا فَقَالَ : "مَا زِلْتُمْ هَهُنَا " قُلْنَا : يَا رَسُولَ اللهِ صَلَيْنَا مَعَكَ الْمَغْرَبَ ثُمَّ قُلْنَا : نَجْلِسُ حَتَّى نُصَلَّى مَعَكَ اْلعِشَاءَ. قَال:" أحْسَنْتُمْ أَوْ أَصَبْتُمْ " قَالَ : فَرَفَعَ رَأسَهُ إلىَ السَّماِء وَكانَ كَثِيرْاً مِمَّا يَرْفَعُ رَأسَهُ إلىَ السَّماِء فَقَالَ :" النُّجُومُ أَمَنَـةٌ للسَّمَاِء فَإذا ذَهَبَتِ النُّجُومُ أَتى السَّمَاءَ مَا تُوْعَدُ، وَأناَ أَمَنَـةٌ لِأصْحَابِى فَإذا ذَهَبْتُ أَتى أَصْحَابِى مَا يُوْعَدُونَ وَأَصْحَابِى أَمَنَـةٌ لأمَّتِى فَإذَا ذَهَبَ أصْحَابِى أَتى أُمَّتِى مَا يُوْعَدُون"

65

"Kami telah menunaikan solat Maghrib bersama dengan RasululLah S.A.W. Kemudian kami berkata: "Kalaulah kita tunggu sehingga kita dapat bersolat Isyak bersama baginda". Maka kami tunggu sehingga baginda keluar kepada kami lalu bersabda, "Kamu semua masih di sini?". Jawab kami: "Wahai Rasulullah! kami telah menunaikan solat Maghrib bersama engkau kemudian kami berkata, mari kita duduk sehingga kita dapat bersolat Isyak bersamamu". Sabda baginda: "Kamu semua telah melakukan sesuatu yang baik lagi betul". Kemudian baginda mengangkat kepalanya (melihat) ke langit dan ramailah yang mengangkat kepala (melihat) ke langit lalu baginda bersabda: "Bintang- bintang tersebut adalah penyelamat langit. Apabila perginya bintang-bintang tersebut maka akan didatangilah langit apa yang telah dijanjikan untuknya. Aku adalah penyelamat sahabat-sahabatku. Apabila aku telah pergi maka akan di datangilah sahabat-sahabatku apa yang telah dijanjikan untuk mereka. Sahabat-sahabatku pula adalah penyelamat umatku. Apabila perginya sahabat-sahabatku maka akan didatangilah umatku apa yang dijanjikan untuk mereka".

Kata al-Nawawi (w. 676H) : "Maksud ungkapan 'sahabat-sahabatku adalah penyelamat ummatku' iaitu mereka menyelamatkan umat dari zahirnya bid'ah, mengada-adakan perkara baru dalam agama, fitnah terhadap agama, zahirnya syaitan, Rum dan selainnya ke atas mereka"66 .

Hanya Niat Yang Baik Tidak Memadai

Dalam ibadah tidak memadai hanya dengan niat yang baik tanpa mengikut syariat atau sunnah. Niat yang baik mestilah diiringi dengan cara yang betul. Firman Allah:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

(terjemahannya): _Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun._

Makna أحسن عملا ialah siapa yang amalannya paling ikhlas dan paling betul: أخلصه وأصوبه. Ini kerana amalan sekalipun ikhlas tetapi jika tidak betul maka ianya tidak diterima, begitu juga sekiranya betul tetapi tidak ikhlas juga tidak diterima, sehinggalah ianya menjadi ikhlas dan betul68.

Insan tanpa panduan al-Quran dan al-Sunnah akan tersesat jalan dalam menentu cara ibadah kepada tuhan. Inilah yang berlaku di dalam agama-agama palsu. Mereka mencipta cara ibadah menurut akal fikiran mereka tanpa tunjuk ajar wahyu. Mereka tersesat jalan kerana mendakwa kehendak tuhan dalam ibadah tanpa bukti, sekalipun mungkin mereka itu ikhlas. Ini kerana ibadah adalah agama, agama tidak boleh diambil melainkan dari tuhan itu sendiri. Untuk itu Islam mengharamkan bid'ah atau mengada-adakan ibadah tanpa sumber al-Quran dan al-Sunnah. Keikhlasan tanpa diikuti dengan cara yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah adalah sama seperti amalan percipta agama palsu yang ikhlas tanpa bimbingan wahyu.

Justeru itu ibadah mestilah bertepatan dengan apa yang dibawa oleh Nabi S.A.W. Ini berdalilkan apa yang disebut oleh Allah S.W.T:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمْ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

(terjemahannya) Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dalam hal ini Dr. Yusuf al-Qaradawi menyebut: "Hendaklah seorang muslim dalam ibadahnya mengikut batasan yang ditentukan untuknya. Tidak mencukupi hanya sekadar bertujuan untuk keredhaan Allah semata, bahkan hendaklah ibadah itu dilakukan dalam bentuk yang disyariatkan Allah, dengan kaifiyyat (cara) yang diredhaiNya. Janganlah ibadah seorang muslim itu ialah apa yang yang direka oleh manusia berdasarkan hawa nafsu dan sangkaan"69.

Katanya juga: "Tidak boleh bagi sesiapa pun dari kalangan imam-imam kaum muslimin sekalipun tinggi darjat ilmunya, demikian juga tidak boleh bagi mana-mana badan ilmu sekalipun hebat kedudukannya, demikian juga tidak boleh bagi mana-mana institusi ilmu, atau golongan dari kaum muslimin samada kecil atau besar untuk mencipta (ibtida')ibadah yang baru dalam agama Allah, atau menokok tambah ibadah yang ada dalam agama, atau mengubah cara yang dilakukan pada zaman RasuluLah S.A.W. Ini kerana hanya Allah sahaja pembuat syari'at dan al-Rasul pula adalah penyampai, sedangkan kita hanyalah pengikut. Segala kebaikan itu dalam al-ittiba' (mengikut apa yang ditentukan Allah dan RasulNya)"70.

Contoh-Contoh Bantahan Terhadap Bid'ah

Kitab-kitab hadith dan sunnah meriwayatkan berbagai-bagai contoh yang begitu banyak yang memperlihatkan ketegasan para sahabah membantah amalan bid'ah sekalipun dengan niat yang baik. Demikian juga para imam-imam mazhab. begitu juga tokoh-tokoh umat yang terbilang. Bersesuaian dengan kertas kerja ini, saya sebutkan hanya beberapa contoh:

Bantahan 'Abd Allah bin Mas'ud r.a.

'Abd Allah bin Mas'ud adalah sahabah Nabi s.a.w begitu terkenal dengan keilmuan dan kefakihannya. Al-Imam al-Darimi meriwayatkan bantahan beliau terhadap bid'ah kumpulan yang berzikir pada zamannya:

عَنْ عمرو بن سلمة قَالَ: كُنَّا نَجْلِسُ عَلَى بَابِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَبْلَ صَلَاةِ الْغَدَاةِ فَإِذَا خَرَجَ مَشَيْنَا مَعَهُ إِلَى الْمَسْجِدِ فَجَاءَنَا أَبُو مُوسَى الْأَشْعَرِيُّ فَقَالَ أَخَرَجَ إِلَيْكُمْ أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ بَعْد؟ُ قُلْنَا: لَا! فَجَلَسَ مَعَنَا حَتَّى خَرَجَ فَلَمَّا خَرَجَ قُمْنَا إِلَيْهِ جَمِيعًا فَقَالَ لَهُ أَبُو مُوسَى يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ إِنِّي رَأَيْتُ فِي الْمَسْجِدِ آنِفًا أَمْرًا أَنْكَرْتُهُ وَلَمْ أَرَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ إِلَّا خَيْرًا. قَالَ: فَمَا هُوَ؟ فَقَالَ: إِنْ عِشْتَ, فَسَتَرَاهُ. قَالَ: رَأَيْتُ فِي الْمَسْجِدِ قَوْمًا حِلَقًا جُلُوسًا يَنْتَظِرُونَ الصَّلَاةَ, فِي كُلِّ حَلْقَةٍ رَجُلٌ وَفِي أَيْدِيهِمْ حَصًى, فَيَقُولُ: كَبِّرُوا مِائَةً, فَيُكَبِّرُونَ مِائَةً. فَيَقُولُ: هَلِّلُوا مِائَةً. فَيُهَلِّلُونَ مِائَةً. وَيَقُولُ: سَبِّحُوا مِائَةً. فَيُسَبِّحُونَ مِائَةً. قَالَ: فَمَاذَا قُلْتَ لَهُمْ؟ قَالَ: مَا قُلْتُ لَهُمْ شَيْئًا انْتِظَارَ رَأْيِكَ وَانْتِظَارَ أَمْرِكَ. قَالَ: أَفَلَا أَمَرْتَهُمْ أَنْ يَعُدُّوا سَيِّئَاتِهِمْ, وَضَمِنْتَ لَهُمْ أَنْ لَا يَضِيعَ مِنْ حَسَنَاتِهِمْ. ثُمَّ مَضَى وَمَضَيْنَا مَعَهُ حَتَّى أَتَى حَلْقَةً مِنْ تِلْكَ الْحِلَقِ فَوَقَفَ عَلَيْهِمْ, فَقَالَ: مَا هَذَا الَّذِي أَرَاكُمْ تَصْنَعُونَ؟ قَالُوا: يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ حَصًى نَعُدُّ بِهِ التَّكْبِيرَ وَالتَّهْلِيلَ وَالتَّسْبِيحَ. قَالَ: فَعُدُّوا سَيِّئَاتِكُمْ, فَأَنَا ضَامِنٌ أَنْ لَا يَضِيعَ مِنْ حَسَنَاتِكُمْ شَيْءٌ, وَيْحَكُمْ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ مَا أَسْرَعَ هَلَكَتَكُمْ! هَؤُلَاءِ صَحَابَةُ نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَافِرُونَ, وَهَذِهِ ثِيَابُهُ لَمْ تَبْلَ, وَآنِيَتُهُ لَمْ تُكْسَرْ, وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّكُمْ لَعَلَى مِلَّةٍ هِيَ أَهْدَى مِنْ مِلَّةِ مُحَمَّدٍ, أَوْ مُفْتَتِحُو بَابِ ضَلَالَةٍ؟! قَالُوا: وَاللَّهِ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ مَا أَرَدْنَا إِلَّا الْخَيْرَ. قَالَ: وَكَمْ مِنْ مُرِيدٍ لِلْخَيْرِ لَنْ يُصِيبَه ُ. إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدَّثَنَا أَنَّ قَوْمًا يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ وَايْمُ اللَّهِ مَا أَدْرِي لَعَلَّ أَكْثَرَهُمْ مِنْكُمْ ثُمَّ تَوَلَّى عَنْهُمْ فَقَالَ عَمْرُو بْنُ سَلَمَةَ رَأَيْنَا عَامَّةَ أُولَئِكَ الْحِلَقِ يُطَاعِنُونَا يَوْمَ النَّهْرَوَانِ مَعَ الْخَوَارِجِ

(terjemahannya): Daripada 'Amr bin Salamah72 katanya: "Satu ketika kami duduk di pintu 'Abd Allah bin Mas'ud sebelum solat subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba- tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy'ari, lalu bertanya: "Apakah Abu 'Abd al-Rahman73 telah keluar kepada kamu?". Kami jawab: "Tidak!". Maka dia duduk bersama kami sehingga 'Abd Allah bin Mas'ud keluar. Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya. Lalu Abu Musa al-Asy'ari berkata kepadanya: "Wahai Abu 'Abd al-Rahman, aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat -alhamduliLah- melainkan ianya baik". Dia bertanya: "Apakah dia?". Kata Abu Musa: "Jika umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk dalam lingkungan (halaqah) menunggu solat. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki (ketua kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki itu berkata : Takbir seratus kali, mereka pun bertakbir seratus kali. Apabila dia berkata: Tahlil seratus kali, mereka pun bertahlil seratus kali. Apabila dia berkata: Tasbih seratus kali, mereka pun bertasbih seratus kali". Tanya 'Abd Allah bin Mas'ud: "Apa yang telah kau katakan kepada mereka?". Jawabnya: "Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan perintahmu". Kata 'Abd Allah bin Mas'ud: "Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang sedikit pun". Lalu dia berjalan, kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia tiba kepada salah satu daripada lingkungan berkenaan. Dia berdiri lantas berkata: "Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan in?". Jawab mereka: "Wahai Abu 'Abd al-Rahman! Batu yang dengannya kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih". Jawabnya: "Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikit pun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih lagi ramai, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah74. Demi yang jiwaku berada di tanganNya75 , apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan ?!!. Jawab mereka : "Demi Allah wahai Abu 'Abd al-Rahman, kami hanya bertujuan baik. Jawabnya : "Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya". Sesungguhnya RasululLah s.a.w telah menceritakan kepada kami satu kaum yang membaca al-Quran namun tidak lebih dari kerongkong mereka76. Demi Allah aku tidak tahu, barangkali kebanyakan mereka dari kalangan kamu". Kemudian beliau pergi. Kamu 'Amr bin Salamah: "Kami melihat kebanyakan puak tersebut bersama Khawarij memerangi kami pada hari Nahrawan".

Lihatlah, bagaimana 'Abd Allah bin Mas'ud r.a. membantah perbuatan ibadah kumpulan ini walaupun dengan niat yang baik. Pada zahirnya tiada yang buruk pada perbuatan mereka. Namun oleh kerana ia ibadah yang tidak ada contoh daripada Nabi s.a.w maka ia ditolak. Bahkan 'Abd Allah bin Mas'ud r.a. memberi gambaran betapa perbuatan bid'ah yang kecil mengheret seseorang kepada bid'ah yang lebih besar. Maka 'Abd Allah bin Mas'ud menggambarkan mereka akan menyertai Khawarij yang sesat. Justeru itu 'Abd Allah bin Mas'ud juga pernah menyebut77:

اقتصاد في سنة خير من اجتهاد في بدعة

"Sederhana dalam sesuatu sunnah lebih baik daripada bersungguh sungguh dalam sesuatu bid'ah "

Katanya juga:

إن البدعة الصغيرة بريد إلى البدعة الكبيرة

"Sesungguhnya bid'ah yang kecil adalah pembawa kepada bid'ah yang besar"

Bantahan al-Imam Malik Bin Anas r.a. (w. 179H)78

Seorang lelaki telah datang kepada al-Imam Malik dan berkata: "Wahai Abu 'Abd Allah (gelaran al- Imam Malik) daripada mana aku patut berihram?. Jawabnya: "Daripada Zu Hulaifah di mana tempat yang RasululLah berihram". Kata lelaki itu: Aku ingin berihram daripada Masjid Nabi. Jawab al-Imam Malik: "Jangan buat". Kata lelaki itu: Aku ingin berihram daripada kubur Nabi s.a.w.. Jawab al-Imam Malik: "Jangan buat, aku bimbang menimpa ke atas dirimu fitnah". Tanya lelaki itu: Apa fitnahnya?!! Ia hanya jarak yang aku tambah. Jawab al-Imam Malik:

وأي فتنة أعظم من أن ترى أنك سبقت إلى فضيلة قصّر عنها رسول الله صلى الله عليه وسلم، وإني سمعت الله يقول: فَلْيَحْذَرْ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

79

Apakah lagi fitnah yang lebih besar daripada engkau melihat bahawa engkau telah mendahului satu kelebihan yang RasululLah s.a.w yang telah menguranginya. Sesungguhnya aku telah mendengar Allah berfirman: (maksudnya) "Berhati-hatilah mereka yang menyalahi perintahnya (RasululLah s.a.w), jangan sampai menimpa mereka musibah, atau menimpa mereka azab seksa yang pedih"80.

Lihatlah, sedangkan lelaki ini ingin berihram daripada tempat yang begitu baik iaitu masjid Nabi s.a.w, atau kubur baginda s.a.w, namun al-Imam membantahnya. Beliau menyatakan ini adalah fitnah kerana seakan lelaki itu menganggap dai dapat melakukan ibadah yang lebih baik daripada Nabi s.a.w.

Bantahan al-Syeikh al-Dr Yusuf al-Qaradawi:

Ditanya Dr. Yusuf al-Qaradawi mengenai amalan nisfu Syaaban, jawabnya: "Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do'a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka'at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do'a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi'in dan tabi' tabi'in). Ianya satu do'a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid'ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid'ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid'ah, dan setiap yang bid'ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka81.

Demikian tegasnya tokoh yang masyhur ini terhadap amalan bid'ah yang menjadi pegangan atau amalan dalam kebanyakan negeri umat Islam.

Apa Yang Patut Kita Mengada-adakan?

Umat Islam patut berlumba untuk melakukan rekaan atau bid'ah82 dalam urusan dunia. Malangnya mereka tidak memulakan ciptaan sama ada senjata, atau peralatan moden atau perubatan atau sebagainya. Sedangkan mereka diizinkan dan disuruh memulakan perkara baru dalam urusan dunia yang memberi manfaat. Sebaliknya umat Islam begitu bergantung kepada dunia Barat dalam kehidupan mereka. Malangnya dalam urusan ibadah yang mereka dilarang mengada-adakan bid'ah mengenainya mereka begitu berlumba membuat perkara baru yang tidak diizinkan. Kata Dr. Yusuf al- Qaradawi dalam masalah ini: "Sesungguhnya ruang melakukan rekaan dan membuat perkara baru bukannya dalam agama. Agama hanya berdasar apa yang diturunkan Allah. Wajib kekal terpelihara lagi bersih dari mainan golongan yang sia-sia, penyelewengan golongan melampau, dakwaan golongan sesat dan tafsiran golongan yang jahil. Adapun ruang untuk melakukan rekaan sebenar ialah dalam urusan dunia. Ianya sangat luas dan banyak. Memerlukan keupayaan seni dan rekaan. Namun apabila kaum muslimin mundur, keadaan mereka buruk, urusan mereka rosak, pecah masyarakat mereka maka perkara tetap bagi mereka menjadi terbalik dan keadaan menjadi sebaliknya. Dalam urusan dunia mereka terhenti menjadi begitu jumud seperti batu atau lebih jumud dari itu. Mereka tidak memulakan rekaan, mengadakan dan menyingkap perkara baru. Slogan mereka: Golongan awal tidak meninggalkan untuk yang kemudian sedikit pun. Adapun dalam agama mereka mengadakan rekaan, membuat bid'ah dalam berbagam bentuk ibadah yang tidak diizinkan Allah"83

Penutup

Justeru itu, maka ibadah yang tidak mengikut cara yang ditunjukkan oleh baginda Nabi S.A.W sekalipun niat pengamalnya baik, adalah tertolak. Firman Allah S.W.T:

وَمَن يَبْتَغِ غَيرَ الإسلاَمِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ في الأخِرَةِ مِنْ الْخَاسِرين

84

(terjemahannya) "Sesiapa yang mencari selain Islam sebagai din (agama) maka sama sekali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat kelak termasuk daripada kalangan golongan yang rugi".

Al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) dalam tafsirnya, menafsir ayat dalam Surah Ali 'Imran di atas menyatakan: "Sesiapa yang melalui suatu cara yang lain dari apa yang di syariatkan Allah maka sama sekali ianya tidak diterima"85.

Kata Dr. 'Abd al-Karim Zaidan: "Amalan soleh ialah apa yang sahih dan ikhlas kepada Allah. Apa yang sahih itu ialah yang menepati syarak, maka membuat bid'ah dalam agama dengan menambah atau mengurangkannya adalah sesuatu yang tidak dibolehkan dan tiada pahala bagi pengamalnya sekalipun dengan niat beribadah kepada Allah..Bid'ah itu lebih buruk daripada maksiat. Ini kerana bid'ah itu mengubah agama serta menghukum dan mentohmah syarak sebagai cacat, berhajatkan kepada penyempurnaan, pengurangan dan mengubahan. Ini adalah perkara yang sangat besar yang tidak boleh kita beriktikad atau beramal dengannya. Untuk itu al-Rasul S.A.W memberi amaran mengenai bid'ah, sabdanya:

وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَة ٌ

86*

(terjemahan) "Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan dalam agama, kerana setiap yang diada-adakan itu bid'ah, dan setiap yang bid'ah di dalam neraka".

Maka segala kebaikan apa yang bawa oleh syarak dan berpada dengannya87.

Marilah kita berusaha agar ibadah kita menepati sunnah dan menjauhi bid'ah. Marilah kita betulkah kesilapan jika ada dalam masyarakat dengan hikmah dan bijaksana.

--------------------

1 Di dalam ilmu hadith, gelaran al-Hafizd 'D-'A8 ini diberikan kepada sesiapa yang begitu luas pengetahuannya dalam hadith dan seni ilmunya, sehingga apa yang dia ketahui mengenai hadith- hadith dan kecacatan-kecacatannya lebih banyak dari apa yang dia tidak ketahui.

2 Lihat: Al-Hafizd Ibn Abi _Asim, Kitab al-Sunnah, 1/21, cetakan al-Maktab al-Islami, Beirut.

3 Ibn Qayyim al-Jauziyyah, _Ilam al-Muwaqqi_iin %9D'E 'DEHBQ9JF, 2/266, cetakan Dar al-Fikr, Beirut.

4 Ibn Manzur, Lisan al-_Arab, 8/6, cetakan Dar al-Fikr, Beirut.

5 Al-Razi, Mukhtar al-Sihah, m.s. 38, cetakan Maktabah Lubnan.

6 Al-Mu_jam al-Wajiz, m.s. 40, terbitan Majma_ al-Lughah al-_Arabiyyah.

7 Beliau Abu Ishaq Ibrahim bin Musa al-Gharnati 'D:1F'7J. Tokoh Andalus yang agung. Beliau bermazhab Malik. Seorang muhaddith, faqih (ahli fekah) dan usuli (ahli usul fekah). Mengarang beberapa buah kitab yang agung. Kitab beliau al-Muwafaqat 'DEH'AB'* menjadi rujukan utama dalam ilmu usul al-Fiqh. Bahkan beliau dianggap paling cemerlang dalam mengemukan perbincangan Maqasid al-Syara_. Demikian juga kitab al-I'tisam ini mendapat pengiktirafan besar.

8 Sesuatu ta'rif yang baik hendak ta'rif yang jami' lagi mani'. Jami' bermaksud ia menghimpunkan unsur-unsur utama dalam ta'rif, sementara mani' bermaksud ia menghalang unsur-unsur yang tidak berkaitan masuk ke dalamnya.

9 Kata al-Imam al-Sayuti (w 911H): "Ibn Taimiyyah, seorang syaikh, imam, al-`allamah (sangat alim), hafizd (dalam hadith -pen), seorang yang kritis, faqih, mujtahid, seorang penafsir al-Quran yang mahir, Syaikh al-Islam, lambang golongan zuhud, sangat sedikit sepertinya di zaman ini,..salah seorang tokoh terbilang..memberi perhatian dalam bidang hadith, memetik dan menapisnya, pakar dalam ilmu rijal (para perawi), `illal hadith (kecacatan tersembunyi hadith) juga fiqh hadith, ilmu-ilmu Islam, ilmu kalam dan lain-lain. Dia daripada lautan ilmu, daripada cendikiawan yang terbilang, golongan zuhud dan tokoh-tokoh yang tiada tandingan.."( Al-Imam al-Sayuti, Tabaqat al-Huffaz, m.s. 516, cetakan Maktabah Wahbah, Mesir.).

10 Lihat: Dr. Ibrahim 'Amir al-Ruhaili, Mauqif Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah min Ahl al-Ahwa wa al-Bida', 1/90-92, cetakan Maktabah al-Ghuraba` al-Athariyyah, Madinah.

11 Al-Syatibi, Al-I'tisam, m.s 27, cetakan Dar al-Kitab al-'Arabi, Beirut.

12 Ibid, m.s.27-28.

13 Maksudnya batasan-batasan yang tidak diletakkan oleh syariat.

14 Saya katakan: Ini seperti jamaah tertentu pada zaman kini yang ada di kalangan mereka yang menganggap pakaian fesyen baju negeri atau bangsa tertentu seperti kurta India, atau gaya serban guru tarikat mereka sebagai pakaian agama.

15 Maksudnya yang tiada dalil syarak.

16 Saya katakan: Di sana adanya hadith yang sahih mengenai kelebihan nisfu sya_ban, iaitu hadith:

طلع الله إلى خلقه في ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن

_Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al- Ahadith al-Sahihah. (3/135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh). Namun hadith ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan seperti yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat. Justeru itu para ulama seperti al-Imam al-Syatibi ini membantahkan amalan-amalan khas malam tersebut.

17 Al-Syatibi, Al-I'tisam, m.s. 28.

18 Ibid, m.s. 29.  19 Ibid, m.s. 30.

20 Hadith ini sahih. Diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi dengan menyatakan ianya "hasan sahih", Ibn Majah dan al-Darimi dalam sunan mereka. Demikian juga Ibn Hibban dalam sahihnya dan al- Hakim dalam dalam al-Mustadrak ******** dengan menyatakan: "Hadith ini sahih". Ini dipersetujui oleh al-Imam al-Zahabi (al-Mustadrak, 1/288 cetakan Dar al-Ma'rifah, Beirut)

21 Al-Syatibi, op.cit. m.s. 35.

Sambungan matan hadith yang bermaksud, "Kemudian baginda Rasulullah saw bersabda lagi: Aku adalah berhak menolong tiap-tiap seorang mukmin lebih daripada ia menolong dirinya sendiri. Sesiapa yang meninggalkan harta benda, maka itu adalah untuk waris-warisnya. Dan sesiapa yang meninggalkan hutang, atau orang yang kehilangan tempat bergantung, maka terserahlah kepadaku menjaganya, dan akulah yang menanggung hutangnya."

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Pada kali ini, Insya`Allah, saya akan cuba menghabiskan hadith yang pertama ini. Yang mana telah kita bahas beberapa fasa dan beberapa kaedah perbahasannya. Dan kali ini, kita sampai di penghujung hadith yang pertama, yang sebenarnya mahu menceritakan kepada kita akan sifat-sifat terpuji yang dimiliki oleh Nabi saw. Iaitulah sepertimana diantaranya yang disebut oleh baginda saw bahwa, "Aku ni lebih berhak menolong kamu, lebih daripada kamu menolong diri kamu sendiri. Kalau siapa yang ada hutang, maka aku akan cuba tolong bayar."...Walaupun kata-kata Nabi saw ini cukup ringkas dan pendek, yang menjadi penutup kepada hadith yang awal ini, tetapi ia menunjukkan kepada kita bahwa inilah suatu sifat yang baik yang tidak dimiliki oleh orang lain kecuali para nabi dan rasul a.s....Mana ada orang dalam dunia ni yang nak tolong orang lain bayar hutang tak pasal-pasal?...Tapi bagi Rasulullah saw, inilah dia sifatnya.

Dan sifat inilah yang dijelaskan oleh Allah swt di dalam ayat yang selalu kita baca, yakni dalam Surat at-Taubah ayat 128 yang bermaksud, "Dan telah datang kepada kamu seorang rasul dikalangan kamu (manusia), yang amat berat baginya kesusahan kamu serta harap akan keimanan mu, lagi sangat kasihan dan penyayang kepada orang-orang yang beriman."...Bila Allah sebut rasul yang dilantikNya adalah dikalangan manusia juga, yakni bukan dari kalangan malaikat, maka inilah yang dijadikan alasan remeh temeh daripada pembesar-pembesar kafir Quraisy untuk tidak menerima peraturan Islam yang diajak oleh Nabi saw. Sepertimana kata Allah dalam ayat 2 Suratul Qaaf yang bermaksud, "Bahkan mereka merasa ta`ajub (hairan) kerana yang datang memberi peringatan itu dari kalangan mereka juga. Lalu berkatalah golongan yang kafir itu: Inilah perkara yang amat menakjubkan."...Golongan kafir ini rasa hairan sebab apa Allah lantik rasul dari kalangan manusia juga?...Mengapa rasul tidak didatangkan daripada malaikat?...Inilah alasan remeh temeh mereka untuk menolak Islam. Begitulah juga dengan puak-puak sekularisma yang ada pada hari ini. Mereka menggunakan pendekatan yang sama, yakni alasan yang remeh temeh juga untuk menolak risalah-risalah Islam. Seringkali mereka mengemukakan alasan-alasan yang remeh temeh dan tak masuk akal untuk membenarkan hujjah mereka dalam menempelak Islam dan menolak risalah Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.

Kemudian dalam ayat 128 Surah at-Taubah itu juga, Allah memperjelaskan kepada kita tentang 3 sifat Nabi Muhammad saw yang cukup mulia. Dimana dengan 3 ciri yang ada pada Nabi inilah, kita boleh kaitkan dengan hadith di atas.

1) yang mana kata Allah, ciri yang pertama itu ialah Nabi saw terasa berat dan susah benar jiwanya kalau umatnya ditimpa dengan kesusahan. Rasulullah saw seorang yang tak boleh tengok orang lain susah. Dia akan lebih susah bila dia tengok ada orang yang susah. Inilah dia ciri kepimpinan yang diajar oleh Islam. Dan ini telah dibuktikan oleh Nabi saw dengan perlakuannya mengambil wanita-wanita yang kehilangan suami sebagai isterinya. Sebab itu, 12 orang kesemuanya isteri Nabi saw. Dalam 12 orang isterinya itu, hanya seorang saja yang dikahwininya itu anak dara, iaitulah Saidatina Aishah radiallahuanha. Maka 11 yang lain adalah janda-janda belaka, seperti Ummi Salamah, Zainab binti Jahashi, Safiah dan lain-lain lagi yang boleh kita rujuk di dalam kitab Sirah. Yang majoritinya, suami-suami mereka adalah syuhadah-syuhadah yang gugur syahid pergi bertemu Allah swt. Lalu bila wanita-wanita ini kehilangan suami, maka terbit rasa kasihan dalam hati Rasulullah terhadap janda-janda ini. Maka sebab itu, Nabi melamar wanita-wanita ini menjadi isteri-isterinya. Nabi ajak mereka kahwin bukan atas dasar hawa nafsunya sepertimana yang dilontarkan oleh para orientalis barat. Mereka kata bahwa Nabi orang Islam ini (sebenarnya Nabi adalah untuk semua manusia) adalah seorang gila seks, sehingga tak cukup baginya seorang isteri. Tuduhan-tuduhan seperti ini yang dilemparkan oleh orientalis barat adalah suatu tuduhan yang mencabar kewibawaan umat Islam. Sebagaimana yang kita tahu, Nabi saw berkahwin sebanyak 12 orang itu, hanya semata-mata untuk menjaga akan hak-hak wanita, kerana kita sedia maklum bahwa wanita dalam pandangan Islam adalah golongan yang dimuliakan oleh Allah swt. Sebab itu, di dalam al-Quran tidak ada surah yang dinamakan dengan Surah ar-Rijal; tetapi ada di dalam Quran Surah an-Nissa`. Inilah bukti yang Allah mengangkat martabat wanita. Bahkan kebanyakan ayat-ayat al-Quran turun kerana keluhan para wanita. Contohnya seperti apa yang diceritakan dalam sebuah kisah yang masyhur, iaitu ketika mana sedang Amirul Mukminin Khalifah Umar al-Khatab sedang berjalan-jalan bersama dengan menteri-menterinya, tiba-tiba beliau telah ditemukan dengan seorang wanita tua. Yang mana Umar sangat kenal akan wanita tua itu dan wanita tua itu juga kenal akan Umar. Lalu wanita tua itu kata, "Wahai Umar, aku kenal engkau sewaktu di Mekah. Aku kenal engkau sewaktu zaman remaja mu. Aku juga kenal engkau sewaktu engkau masih jahiliyyah. Dan aku juga kenal engkau sekarang ini sebagai Khalifah Amirul Mukminin. Lalu wahai Umar, bertaqwalah engkau kepada Allah."...Bila dengar kata-kata daripada wanita tua itu, menteri-menteri yang mengiringi Umar ketika itu merasa marah. Lalu salah seorang daripada mereka berkata, "Wahai perempuan tua, kenalkah kamu dengan siapa kamu bercakap ini?"...Menteri-menteri itu marah bukan pasai apa; sebab semua orang tahu betapa warak dan taqwanya Umar. Contohnya, ketika Umar baca Surah Yaasiin, apabila dia sampai sahaja pada ayat 59 yang bermaksud, "Berpisahlah kamu pada hari ini (hari qiamat) wahai orang-orang yang berdosa."...Ketika itu Umar akan menangis terisak-isak. Ada riwayat menyebut, dia pengsan bila sampai kat ayat tu. Lalu bila dia sedar kembali, ada sahabat tanya, "Pasai apa ya Amirul Mukminin?"...Umar jawab, "Kerana aku bimbang, aku juga termasuk dalam salah seorang yang akan diasingkan oleh Allah daripada golongan orang-orang yang beriman di Padang Mahsyar kelak."...Tuuu dia tuan-tuan. Umar punya la takut walaupun dia dah Nabi jamin masuk syurga. Begitulah hebatnya ketaqwaan Umar al-Khatab. Sebab itu, menteri pengiringnya memberi kata dua kepada wanita tua itu, "Kamu jangan pandai-pandai nak suruh Umar bertaqwa. Amirul Mukminin dah cukup hebat dalam ketaqwaannya."...Lalu apabila mendengar kata-kata daripada menterinya itu, Umar naik marah dan menempelak menterinya itu dengan mengatakan, "Kamu kenalkah siapa wanita tua ini?"...Jawab menteri itu, "Tidak wahai Amirul Mukminin."...Lalu kata Umar, "Wanita inilah yang doanya didengar oleh Allah, sehingga turunnya Surah al-Mujaadalah. Yakni ketika wanita ini mengadu halnya kepada Nabi saw. Namanya Khaulah binti Tsa`labah."...Kalau tuan-tuan baca Asbabul Nuzul turunnya Surah al-Mujaadalah ini, ia adalah kerana cerita Khaulah binti Tsa`labah. Ia dikisahkan bagaimana Khaulah mengadu kepada Rasulullah tentang sikap suaminya yang sudah dingin terhadapnya, sehinggakan suaminya berkata, "Engkau seperti punggung ibuku."...Lalu Allah swt menurunkan hukum zihar (mengikut Islam) melalui Surah al-Mujaadalah. Lihat tuan-tuan, bagaimana Allah memuliakan kaum wanita.

Okay berbalik kepada cerita Nabi saw tadi; apabila baginda melihat kaum wanita ini mesti dibela, maka baginda sendiri menawarkan dirinya untuk kahwin dengan mereka. Inilah dia perangai Rasulullah, yang tak boleh tengok orang lain susah. Dia akan cuba tolong dengan sedaya upayanya. Sepertimana yang berlaku ke atas Saidatina Habsah binti Umar radiallahuanha, yang ketika itu menghadapi kesulitan akibat kematian suami. Lalu Nabi saw pun pergi bertemu dengan Saidina Abi Bakr, dan menyatakan hasratnya untuk melamar dan berkahwin dengan Habsah. Kemudian selang 2 hari selepas itu, Saidina Umar ibnul Khatab ra pula datang bertemu dengan Abi Bakr. Umar kata, "Wahai sahabatku Abi Bakr, mahu tak kamu kahwin dengan anak aku, Habsah?"...Abi Bakr diam tak jawab. Bila Saidina Umar tengok Abi Bakr diam membisu, dia rasa agak tersentuh hati kecilnya. Kemudian Umar pergi pula bertemu dengan Saidina Usman bin Affan ra, "Wahai Usman, mahu tak aku kahwinkan anakku Habsah dengan kamu?"...Saidina Usman kata, "Beri aku masa 2 hari untuk berfikir."...Sahabat-sahabat sekelian, daripada kisah ini, kita boleh ambil 3 pengajaran. Iaitulah :

a) tolong simpan rahsia kawan kita. Contohnya, sepertimana Saidina Abu Bakr menyimpan rahsia Nabi nak kahwin dengan Habsah,

b) tak boleh lawan pimpinan,

c) pihak perempuan boleh pi risik pihak lelaki, berkenaan dengan jodoh nikah kahwinnya.

Katakanlah, saya ada seorang anak perempuan. Lalu saya nak kahwinkan anak perempuan saya ni dengan anak seorang sahabat. Sebab saya dok tengok budak lelaki anak kepada sahabat saya ni cukup rajin pergi balik ke masjid menunaikan solat; dengan istiqomahnya pula dengan majlis-majlis ilmu; kemudian bila check dalam komputer, ahli kita pula; masa pilihanraya hari tu, baguih punya dok heret tangga nak tampal poster; kemudian pi T`ganu tempohari, nampak dia jadi perwakilan pula; yang ni semua kira cantik dah la. Lalu saya pun pi jumpa sahabat saya tu dan berkata, "Mahu tak saya kahwinkan anak perempuan saya dengan anak lelaki awak?"...Dari sudut hukum, apa yang saya lakukan itu memang boleh, tapi dengan syarat latarbelakang peribadi budak lelaki itu confirm cantik.

Okay, sebagai membenarkan firman Allah dalam Surah at-Taubah ayat 128 itu tadi, iaitu Nabi saw lebih rela susah daripada sesiapa saja yang susah, maka sebagai contoh yang nak menunjukkan bahwa mulianya perangai Nabi ini; ialah pada suatu hari datangnya seorang tetamu di rumah Nabi saw untuk meminta sedikit makanan. Lalu Nabi saw tanya isterinya Saidatina Aishah, "Ada apa dalam rumah kita ni yang boleh kita bagi kepada tetamu ini, supaya nanti dia balik tidak dengan tangan kosong?"...Lalu kata Aishah, "Hanya segelas susu saja ya Rasulullah."...Kata Nabi, "Berikanlah susu itu kepada tetamu itu."...Bila diberinya susu itu kepada peminta sedeqah itu, maka berlaparlah kedua-dua Nabi dan isterinya itu. Inilah dia perangai Rasulullah, yang sentiasa mencari jalan penyelesaian bagi membahagiakan orang yang dalam kesusahan.

Tingkah-laku Rasulullah ini turut juga dicontohi oleh para sahabat ra. Sepertimana yang berlaku kepada keluarga Saidina Ali karamallahu wajhah; yang mana di tangan masing-masing sedang memegang sebiji buah kurma untuk berbuka puasa nanti. Lalu semasa Bilal melaungkan azan, tiba-tiba pintu rumah mereka diketuk peminta sedeqah. Lalu Ali bangun dan beri buah kurmanya itu kepada peminta sedeqah. Apabila Fatimah tengok Ali bangun beri kurma, dia pun turut beri kurmanya kepada peminta sedeqah itu. Kemudian Hassan, Hussein dan Zainab kata, "Takkanlah ayah dan ibu sahaja yang mahu masuk ke syurga. Apa halnya dengan kami?"...Lalu ketiga-tiga anak ini menyerahkan kurma masing-masing, dan akhirnya kelima-lima buah kurma tadi berada di tangan peminta sedeqah. Inilah hebatnya tarbiyyah daripada Nabi saw kepada para sahabatnya.

2) sifat Nabi saw yang kedua ialah dia suka tengok umatnya dapat kebaikan. Tidak ada kebaikan yang paling besar selain berbahagia di negeri akhirat, dengan nikmat syurga yang dikurniakan oleh Allah swt. Sebab itu, sebagai tugas Rasulullah saw, baginda mengingatkan kita tentang berita gembira dan mengingatkan kita juga tentang amaran dan ancaman Allah swt melalui hadith-hadithnya. Daripada sabdaan-sabdaannyalah diberikan amaran kepada kita supaya jangan celaka di dunia dan lebih-lebih lagilah di akhirat. Untuk apa dilakukannya semua ini?...Ini semua ialah kerana dia boleh tengok kita semua mendapat kebaikan. Inilah matlamatnya. Sehinggakan sampai dia nak mati pun, dia masih lagi ingatkan umatnya dengan ditanya kepada Jibril as, "Wahai Jibril, apa yang Allah telah sediakan untukku sekarang?"...Jawab Jibril, "Ya Rasulullah, sekarang telah berdiri dengan berderet-deret di pintu langit dan di pintu syurga para malaikat dan bidadari-bidadari, menanti untuk menyambut akan roh mu. Dan Allah telah pun menyediakan syurga untuk mu wahai Rasulullah."...Kemudian Nabi tanya lagi, "Bagaimana dengan umat ku pula?"...Inilah dia perangai Nabi saw. Nak kata pentingkan diri sendiri, memang bukan style dia. Yang hanya dihatinya ialah umatnya sahaja.

Satu lagi contoh nak tunjukkan betapa kasihnya dia pada umatnya ialah sepertimana dikisahkan dalam satu riwayat yang menceritakan bagaimana Nabi saw lah orang yang pertama yang akan meniti di titian sirat. Nampak tak tuan-tuan, kalau baginda sendiri pun kena meniti di titian sirat, siapakah kita untuk dikecualikan daripada meniti di titian sirat, yang lebih tajam daripada mata pedang dan lebih halus daripada rambut itu?...Setiap orang pasti akan menitinya, dan keadaannya pula terpulanglah kepada amalan kita. Ada yang meniti seperti pantasnya kilat sampai ke hujung sana (syurga Allah). Ada yang melintas seperti kuda berlari. Ada yang seperti orang berlari, berjalan, merangkak dan mengesot pun ada. Tapi yang paling celaka ialah apabila start saja meniti, terus jatuh disambar neraka dibawahnya (nauzubillahiminzalik). Jadi, terpulanglah kepada diri masing-masing, setelah usia diberiNya, amalan dinyatakanNya, segala-galanya telah pun dikurniakan oleh Allah swt; hanya terpulang kepada kita sendiri yang buat pilihan...Okay lalu pergilah Nabi saw melintas titian sirat sepantas kilat, dan bila dia sampai di hadapan pintu syurga, terus baginda berkata, "Umatku, selamatkan mereka! Wahai Tuhan, selamatkan umatku!"...Inilah dia perangai Rasulullah walaupun dia dah selamat melintas tapi tak mau masuk syurga lagi sebab masih sibuk dengan umatnya walaupun sudah berada di alam akhirat. Sebab itu, bila Nabi tengok ada yang jatuh, dia menangis sebab dia tak boleh nak tolong. Bila ada yang lepas, Nabi pun ucap syukur kepada Allah.

Oleh kerana keperihatinan Nabi saw cukup tinggi terhadap umatnya sehinggakan keadaan dia tidur pun, para ulama membahaskannya. Iaitu apabila Nabi tidur mengiring diatas lambung kanannya, dia akan meletakkan tangannya di bawah pipinya, maka para ulama mengatakan bahwa inilah lambang baginda sentiasa mengingati sesuatu tentang umatnya, walaupun dia sedang tidur berehat.

Oleh kerana Rasulullah saw tersangat inginkan kebaikan bagi kita (umatnya), maka diajarnya kepada kita jalan-jalan kebaikan. Diantara salah satunya yang paling hebat ialah baginda menanamkan keyakinan bahwa dunia ini sementara sahaja, manakala akhiratlah yang kekal abadi. Perkara inilah yang cukup payah bagi orang-orang yang kuffur kepada Allah untuk merealisasikan dalam kehidupan mereka. Sebab itu, Nabi saw meletakkan diantara punca kehancuran ummah ialah apabila umatnya ditimpa penyakit wahhan, yakni terlalu mencintai dunia dan takut akan mati. Tapi kalau kita mengambil dunia sekadar batasan yang diizinkan oleh syara`, maka ia tidak dicela. Tetapi sekiranya meletakkan kecintaan kepada dunia sehinggakan melupai akhirat, maka inilah yang dicela oleh syara`. Dan yang paling celakanya, sudahla dilupainya akhirat, kemudian digunakan pula dunianya itu untuk mengganyang dan membunuh umat Islam. Sebab itu, Allah kata, "Barang siapa yang toghut (melampaui batas dalam perkara Islam dengan tidak menghormati peraturan Allah) dan mengutamakan pula kehidupan di dunia, maka neraka jahim lah tempat kembalinya untuk mereka besok."...nauzubillahiminzalik. Jadi ayat ini menjadi dalil supaya kita tidak ada sifat mencintai dunia. Kerana realiti kehidupan yang kita lihat mutakhir ini, bahwa golongan-golongan yang menentang Islam adalah golongan-golongan yang mengutamakan dunia. Tapi sekarang ni cuba kita tanya kat depa; adakah kamu tak tahu Islam itu baik?...Kebanyakan mereka tahu yang Islam itu baik. Kalau kita tanya lagi; adakah mereka tak tahu Quran itu daripada Allah?...Kalau depa kata tak tau, itu maknanya depa berbohong. Pasai apa kata macam tu?...Pasai di M`sia, pagi-pagi buta buka saja tv atau radio, mesti disajikan dulu dengan ayat al-Quran. Masa depa sekolah dulu pun, kalau tak banyak, sikit mesti depa tau tentang Islam ni, pasai ada dalam syllabus. Lebih-lebih lagilah orang Melayu sekular umno, depa pun tahu yang Quran itu daripada Allah. Tetapi mengapa mereka masih bertindak di luar batasan iman dan aqidah?...Ini ialah kerana mereka melihat dunia ini adalah segala-galanya dan mereka tidak yakin dengan akhirat. Tapi untuk pejuang-pejuang Islam, mujahidin dan mujahadah sekelian; kita mestilah menjadikan dunia ini hanyalah sebagai tempat bercucuk-tanam atau ladang untuk menuju ke negeri akhirat. Maknanya, dunia ini ialah tempat kita menabur benih, manakala hasilnya nanti kita akan dapat di akhirat. Itulah ganjaran syurga daripada rahmat keampunan Allah swt. Inilah yang diingini oleh orang-orang yang beriman dan bertaqwa.

Hari ini kita boleh lihat sendiri macamana masyarakat kita telah menjadi rosak dan Islam tidak dapat ditegakkan akibat budaya terlalu mencintai dunia. Tetapi jangan salah sangka pula, bilamana kita kata ingin menegakkan Islam, bukan makna kita buang dunia sama sekali. Yang kita maksudkan ialah memajukan dunia untuk kesejahteraan rakyat disamping menjaga batasan-batasan dan hak-hak Allah, supaya dunia yang kita ambil itu tidak menjahanamkan kita di negeri akhirat kelak. Inilah yang boleh kita lihat di negeri-negeri yang ditadbir oleh para ulama`. Aman dan sejahteranya kehidupan. Cantik dan indahnya pergaulan sesama manusia. Dan kita nak bagitau bahwa bila ulama` yang mengambil-alih pemerintahan, bukan makna dunia tidak dimajukan. Sahabat-sahabat pi lah ke T`ganu. Ni betoi-betoi punya cakap. Melawat M`sia kira merata dah, tapi saya tak pernah jumpa lagi jalanraya paling cantik kecuali di negeri T`ganu. Semasa berlangsungnya Muktamar di T`ganu beberapa tahun yang lalu, kita boleh lihat bagaimana mesranya polis dengan orangramai. Polis yang menunjukkan kemesraan mereka itu adalah daripada PDRM yang sama tu juga. Bukan daripada negara lain punya PDRM. Tapi nak habaq mai ialah pasai apa Polis PDRM yang sama tu juga boleh bertindak di luar nilai kemanusiaan ke atas orang ramai dalam perhimpunan 100k di Kesas Highway hari tu?...Tapi tiba-tiba polis PDRM yang sama tu juga boleh bermesra dengan orang ramai di T`ganu. Yang ni lah yang kita nak bagitau bahwa bila ulama` yang memerintah, maka habih semua pakat jadi baik, termasuklah PDRM. Ini semua berlaku kerana pemerintah adalah golongan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt. Golongan atasan seperti ini, mereka tahu dengan memajukan dunia untuk kebahagiaan di negeri akhirat. Bukannya dengan memajukan dunia dalam keadaan melupakan akhirat, melupai dosa pahala dan menghentam Islam. Kerana ini akan mencacatkan suatu kepimpinan dan akan menyebabkan rakyat dan masyarakat rosak. Kita kena sebut perkara-perkara macam ni sebab la ni Harakah keluar 2x sebulan saja. Jadi, perkembangan-perkembangan terbaru akan lambat diterima. Sebab itu la ni, kitalah yang kena ambik inisiatif jadi pemberi matlumat tanpa gaji. Walaupun tanpa gaji, demi untuk menyedarkan masyarakat kerana Allah, saya sanggup. Sebab itu, Pas la ni ambik tindakan mahkamah untuk saman KDN, kerana KDN telah mencabul hak-hak demokrasi yang sepatutnya tidak boleh berlaku. Dengan menyekat kebebasan rakyat untuk mendapat berita, maka ini menghalang demokrasi dan mencabul perlembagaan M`sia.

3) sifat Nabi saw yang ketiga dalam ayat 128 Surah at-Taubah ialah baginda teramat kasih dan belas kasihan terhadap orang-orang yang beriman. Inilah yang diajar oleh Allah swt kepada orang-orang beriman, dengan ditanamNya perasaan kasih sayang. Sifat mulia seperti ini, sepatutnya diteladani oleh kita. Lebih-lebih lagi sifat ini mesti ada kepada kepimpinan. Tetapi yang sedihnya pada hari ini, kebanyakan pemimpin dalam negara kita sudah hilang perasaan macam ni. Malah apabila golongan-golongan yang beriman ini menyokong kebenaran, menentang kezaliman, mahukan Islam ditegakkan, mahukan rasuah dihapuskan; tiba-tiba mereka didera dan difitnah oleh pemerintah. Maka pemimpin berperangai sebegini adalah lebih zolim daripada Firaun laknatullah.

Contohnya, ustaz Halim cerita ada seorang sahabat mai jumpa ustaz dan mengadu bahwa dia kehilangan tender projek pembinaan jalanraya sebanyak RM10juta. Sahabat tu kata, "Lepas-lepas saja daripada pilihanraya umum yang lalu, saya dapati nama saya pun hilang daripada senarai kontrak."...Sahabat kita ni yang pada asalnya memang dah dapat tender projek RM10juta tu, tapi dengan tiba-tiba saja nama dia lesap dari senarai, hanya semata-mata kerana nak tegakkan keadilan dan menghapuskan kezoliman. Kita nak bagitau, "Kamu Mahathir Mohamad & kroni-kroni kamu yang buat angkara ini, kamu jawablah besok di hadapan Allah. Allah akan menghukum walau sekecil zarah akan ketidak-adilan kamu. La ni atas dunia, hang boleh la sedap dengan kuasa yang hang ada. Tapi besok di akhirat, takdak dah nak seronok nyanyi lagu raya apa ka. Tinggai hang kena jawab di hadapan Allah swt."...Dari kacamata Islam, orang macam Dr Mahathir ni bukannya pandai, malah bahalol lagi ada. Seluruh rakyat sedang mentertawakan apa saja tindakannya. Mau tak gelak, semua strategi yang digunakannya untuk menyerang musuh, nampak sangat akan kelemahan dan kebodohannya. Ingat tak tuan-tuan, masa selepas pilihanraya umum dulu, ada yang dinafikan hak mereka untuk melawat K`tan/T`ganu, kerana kononnya takut dijangkiti virus tertiru cara pemerintahan K`tan/T`ganu. Cara yang digunakan oleh pemerintah BN di Melaka lahabau ini, menunjukkan betapa tak cerdiknya puak-puak ni untuk memerintah. Ada ka pemerintahan di K`tan/T`ganu meluluskan lesen judi/arak dan sebagainya sampai diharamkan kakitangan kerajaan untuk melawat ke sana?...Ini bukan apa. Ini adalah kerana busuk hati dendam kesumat kerana orang dah tak suka dengan hangpa.

Apa lagi kita nak sembang pasai kezoliman depa ni tuan-tuan?...Bukan pasai apa, sebab masih ada lagi netters yang dok ingat Dr Mahathir tu bijak...tinggai saki baki saja la!...Kezoliman seterusnya ialah pinjaman MARA. Ia hanya diberi kepada mereka yang benar-benar menyokong golongan yang menegakkan kekufuran. Sapa yang menentang, minta maaf banyak-banyak...Awat, depa ingat MARA tu bapak depa punya ka?...Awat, depa ingat Majlis Amanah tu tok wan depa punya ka?...Awat, bangunan MARA tu buat pakai duit depa ka?...Inilah antara bentuk kezoliman puak-puak BN sampai nak menafikan hak rakyat yang menentang kezoliman.

Yang paling clear menunjukkan akan kebangangan puak-puak karat ni ialah pembelian saham MAS. Bisnesman apa kalau orang letak harga RM3.60 seunit, hang pi beli dengan harga RM8.00 seunit?...Pandai ka lagu tu?...Ya, memang pandai, cerdik, genius betoi Daim tu; pasai dia bukan beli pakai duit dia. Dia beli pakai duit rakyat macam kita ni. Nampak sangat yang puak-puak karat ni bukan nak menyelamatkan MAS, tapi sebenarnya mereka nak menyelamatkan kroni depa yang bernama Tajudin Ramli dan sekali gus menyelamatkan diri mereka sendiri...Tuan-tuan ingat tak, personaliti Tajudin Ramli inilah dulu yang depa canangkan keseluruh negara sebagai usahawan yang berjaya dan patut dicontohi. Siap buat ceramah motivasi ke Universiti-universiti lagi...Piiiirahhhh!! usahawan apa, tak ketahuan ada la.

Jadi, sifat kasih sayang Nabi saw kepada orang-orang beriman sudah tidak dipandang oleh puak-puak karat ni. Malah jadi terbalik pula; orang menentang Allah dibela, penegak agama Allah pula ditindas. Tapi, percayalah wahai para sahabat ku sekelian, akan sampai juga saat dan ketika, kebathilan akan runtuh akhirnya. Sesungguhnya ini adalah janji Allah. Kita kena yakin dengan janji Allah, yang puak-puak ni akan tersungkur rebah ke bumi. Masanya akan sampai, percayalah. Bila?...Allahu ta`ala a`alam. Tapi Dia telah berjanji dalam al-Quran bahwa Dia akan menjadikan diantara kita seorang Khalifah yang memerintah bumi, sepertimana Dia telah melantik orang sebelum kita menjadi pemerintah...Ini janji Allah.

Kata Allah dalam Surah an-Nur ayat 55, "Aku berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bahwa Aku akan melantik mereka menjadi pemimpin."...Tu dia tuan-tuan. Kita kena yakin akan berlaku perubahan ini pasai ayat ini ayat Quran. Kita kena yakin bahwa satu masa nanti, orang-orang bukan Islam akan minat dengan Islam. Bunga-bunganya sudah pun kita nampak di Lunas. Tapi pada keseluruhannya, mungkin mereka masih ditakut-takutkan. Tapi percayalah, akan sampai masanya benteng ini akan pecah. Maka dikala itu, kamu puak-puak karat tidak akan dapat lagi menghalang kemaraan dan kebangkitan Islam.

Jadi, sebagai saudara dalam Islam, kita nak bagitau kepada puak-puak karat ini, bertaubatlah segera kepada Allah swt kerana setiap tindakan rakus kamu telah pun dicatit oleh malaikat. Dan setiap tindakan ketidak-adilan kamu, juga akan dibawa di hadapan Allah swt. Kamu nafikan hak orang yang benar-benar berhak menerimanya, maka jaga kamu. Kerana Nabi saw pernah bersabda, "Barangsiapa yang mengambil walaupun sejengkal tanah orang lain tanpa hak, dia akan dilipat dan dililit pada hari qiamat dengan 7 lapisan bumi."...nauzubillahiminzalik. Oleh itu, jangan dok main-main dengan hak orang lain. Yang ni baru cerita pasai sejengkal tanah sahaja, apatah lagi RM10juta yang memang clear dinafikan. Ada juga yang dah siap buat projek, tapi ditahan bayarannya. Kamu tak pikiaq ka?...Anak dia nak sekolah, isteri dia nak itu ini untuk bagi dapur berasap. Tapi dengan hanya dia seorang penegak keadilan dan menentang kezoliman, walaupun projek dah siap, bayaran tetap ditangguhkan. Apa ini?!!

Tidakkah Allah pernah berkata, "Bersifat adil lah kamu walaupun terhadap musuh kamu sendiri."...Tu dia aih! Islam ajar sampai macam tu. Kata Allah lagi dalam Surah al-Maidah ayat 8, "Janganlah kebencian kamu kepada satu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Maka berlaku adillah kamu kerana adil itu lebih dekat kepada ketaqwaan."...Ini Islam ajar. Allah ajar walaupun terhadap musuh, kita mesti berlaku adil. Sebab itulah kita seru, "Wahai orang Melayu Umno, adakah kami ini musuh kamu?..Ya, kami mungkin musuh pada kamu di bidang politik. Tapi kami dan kamu, sama-sama mengucap dua kalimah syahadah. Jadi, mengapa kamu wahai umno masih tak boleh berfikir dalam suasana kami hanya mengajak kepada kebenaran Islam, hanya mengajak kepada perpaduan yang sebenar, hanya mengajak kepada tegakkan ugama Allah dan janganlah berpecah-belah?..Itu saja matlamat kami."

Antara pengajaran yang paling besar daripada hadith ini ialah kita hendaklah suka dan sentiasa mahu membantu sesama manusia sepertimana Nabi saw lakukan. Yang kata Nabi ni, orang punya hutang pun dia sanggup bayar. Janda yang kematian suami pun dia sanggup jadikan isterinya (bukan kerana nafsu). Orang yang lapar, dia sanggup bagi makan walaupun dia sendiri dalam keadaan kelaparan. Sifat-sifat begini, kalau dapat kita contohi; masya`Allah, tuan-tuan. Walaupun mustahil bagi kita, tapi sekurang-kurangnya keinginan dan kesukaan kepada menolong manusia yang susah, cubalah kita praktikkan. Sepertimana kata Nabi saw, "Barang siapa yang melepaskan kesusahan orang lain di dunia, maka Allah akan melepaskan kesusahannya di negeri akhirat."...Ini pula adalah janji Rasulullah saw. Oleh sebab itu, jangan berat tangan untuk beri pertolongan kepada manusia sekadar yang kita mampu, kerana kita tak tahu berapa banyak bebanan-bebanan yang akan kita tanggung esok di negeri akhirat. Tapi daripada hadith ni, timbol pula satu persoalan, "Macamana pula kita yang tinggal dalam masyarakat yang majoritinya keris karat tak dak sarong tu?..Adakah boleh kita apply sifat yang mulia ini kepada mereka?"...Lalu jawab ustaz Halim Nasir dengan membaca satu ayat al-Quran daripada Surah Haamiim as-Sajdah ayat 34 yang bermaksud, "Kamu tolaklah segala kejahatan dengan penuh kebaikan.."...Inilah Allah/rasulNya ajar kepada kita supaya jangan berdendam. Akhirnya kata Allah lagi dalam ayat yang sama yang bermaksud, "Mengakibatkan orang yang asalnya musuh kamu itu, akan menjadi teman yang baik dan bersama dengan kamu."...Dalam lain perkataan, "isi borang" la jawabnya tu. Sebab itu, kita kena banyak bersabar, kerana kebathilan tidak akan kemana-mana, yang akhirnya ia pasti akan tunduk kepada kebenaran juga. Sebab itu, kita kena terang juga Islam dekat puak-puak karat ni. Kena bagitau kat depa yang perbuatan mengambil hak orang ini zalim dalam Islam. Depa buat semua ini sebab depa rasa depa ada kuasa. Tapi itu hanya di dunia, di akhirat kelak lagumana?...Dengan peringatan-peringatan yang kita beri ini, mudah-mudahan terbuka hati mereka untuk menerima Islam dan menjadi kawan baik kita pulak. Berapa ramai yang buat kerja pilihanraya dengan kita dulu, la ni semua pakat masuk Pas habih dah. Macam budak-budak Abim dan penyokong-penyokong Anwar Ibrahim; mula-mula depa buat kerja secara sukarela saja, lepas tu bila keADILan mai, depa buat kerja dalam parti keADILan. Kemudian, bila depa join dengan kita pi masjid, dengar kuliyyah-kuliyyah, last sekali keADILan pun masuk, PAS pun depa masuk.

Contoh pada zaman Rasulullah saw pula ialah bilamana datang satu orang nak bunuh Nabi. Kalau tak silap saya, nama orang itu ialah Samamah, datang daripada Yaman. Dia masuk Madinah dengan kuda sambil diselitnya pedang di belakang dan terus mata dia liar mencari Nabi saw. Apabila dia melewati Masjid Nabawi yang ketika itu Nabi saw bersama dengan Saidina Umar ra berada di situ, Saidina Umar pun pandang Samamah dan berkata kepada Nabi, "Ya Rasulullah, la ni aku nak bangun, aku nak pi kerat leher orang tu."...Yang ni yang dikatakan Saidina Umar ni. Dia boleh baca dah gerak-geri orang tu. Kata Umar, "Ya Rasulullah, izinkan aku memenggal leher dia. Sebab mengikut deria bau aku, aku rasa dia nak bunuh kamu."...Nabi kata, "Wahai Umar, panggil dia masuk dulu."...Bila dipanggil oleh Umar, lalu Samamah pun duduk depan Nabi dan Nabi saw tanya, "Kamu mesti datang daripada jauh ni sebab pakaian kamu berdebu. Kamu dah makan ka?"...Tengok tuan-tuan perangai Nabi, walhal dia tahu yang Samamah ni mai nak bunuh dia. Lalu jawab Samamah, "Belum lagi."...Lalu Nabi pun kata kat Umar, "Wahai Umar, tolong siapkan makanan untuk tetamu kita ni."...Bisik Umar kat Nabi, "Makan apa? Tak dak masa nak makan-makan dah. Dia tu mai nak bunuh kamu, ya Rasulullah. Aku boleh baca dah gerak-gerinya."...Inilah kehebatan yang Allah bagi kat Saidina Umar. Dia boleh tau firasat orang. Lalu Nabi keluarkan arahan, "Sediakan makanan!"...Umar pun tak cakap banyak dah, dia pi cari roti dan bagi kat Samamah. Bila Samamah tengah dok makan roti tu lah, Nabi saw kata, "Katakanlah oleh mu bahwa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku ini Rasulullah."...Samamah kata, "Aku tak mau."...Kemudian Nabi ulangkan sekali lagi dan tetap ditolak juga oleh Samamah. Lalu Nabi saw suruh dia balik. Samamah pun melangkah balik, tapi belum lagi sampai ke kudanya, dia patah balik ke arah Nabi dan terus memeluk Islam...Nampak tak tuan-tuan?...Bolehkah kita belajar daripada apa yang Nabi lakukan tu?...Cukup susah tuan-tuan. Lebih-lebih lagi kita dah ramai sekarang. Bila dah ramai, mulalah syaitan inject masuk sifat ego. Sifat perosak inilah yang perlu kita tepis, lebih-lebih lagi kepada kita yang bergelar pejuang-pejuang Islam. Tapi bukan makna bila kita berlembut macam Nabi, bermakna kita bersetuju dengan kemungkaran. Mana boleh lagu tu?...Kerana kemungkaran tetap kemungkaran, ia mesti ditentang. Kita mengambil sikap lembut dan bersabar ni hanya dalam beberapa keadaan sahaja. Kerana kebathilan tak ke mana, melainkan ia pasti sujud kepada kebenaran. Kalau sifat ini boleh kita buat, betapa untung dan mudahnya kerja kita, kerana ia menjadi satu aset yang besar kepada kita.

Kesimpulannya; hadith ini mengajar kita supaya sentiasa suka mengambil sikap menolong orang lain sekadar yang kita mampu.

Wallahu ta`ala `alam.

 

Hadith 2.

Daripada Abdullah bin Umar ra, katanya: Biasanya aku menulis segala yang aku dengar dari Nabi saw dengan tujuan hendak menghafaznya, lalu dilarang oleh orang-orang Quraisy serta berkata: "Patutkah engkau menulis segala yang engkau dengar, sedang Rasulullah saw seorang manusia yang bercakap dalam masa marah dan dalam masa suka?.."Setelah itu aku pun berhenti dari menulis, kemudian aku menyebutkan hal itu kepada Rasulullah saw, lalu baginda menunjuk kepadaku mulutnya dengan jarinya sambil bersabda: "Tulislah, kerana demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaanNya, tidak keluar dari mulutku ini melainkan yang benar." (Riwayat Abu Dawud)

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Hadith yang kedua yang kita baca pada kali ini diambil daripada Abdullah bin Umar atau lebih dikenali dengan nama Ibn Umar ra. Dimana Abdullah bin Umar ini adalah merupakan anak kepada Saidina Umar Ibnul Khattab ra. Yang mana perangainya sebijik macam bapanya, yakni bersikap tegas terhadap hukum dan perintah Allah swt. Sebab itu al-Qardhawi di dalam kitabnya "Fekah al-Aulawiyah" menjelaskan bahwa, itulah dia diantara suatu kaedah yang mesti digunakan dalam menyampaikan Islam, iaitulah kaedah yang disebut dengan "syaddaid" Ibn Umar dan "ruhas" Ibn Abbas ra. Yang dimaksudkan dengan "syaddaid" Ibn Umar, iaitulah bersikap tegas sepertimana Abdullah bin Umar, dan mengambil sikap "ruhas" Ibn Abbas yakni sikap berlemah-lembut seperti Abdullah bin Abbas ra. Maka kata al-Qardhawi bahwa "syaddaid" dan "ruhas" ini hendaklah digabungkan di dalam menyampaikan risalah Allah swt.

Selain sikap tegasnya Ibn Umar ini, dia juga adalah seorang manusia yang suka meniru akan perangai Nabi saw. Sehinggakan dalam satu riwayat menyebut bahwa apabila dia tengok Nabi qadho hajat di suatu tempat, dia pun pergi qadho hajatnya juga di tempat yang sama. Sampai macam tu sekali dia ikut Nabi. Begitu juga dalam satu riwayat lain yang menceritakan pernah unta Rasulullah saw berpusing sebanyak 3x di satu kawasan pokok, kemudian Ibn Umar pun bawa untanya dan dia pun turut berpusing 3x di tempat yang mana unta Rasulullah berpusing tadi...Entahkan unta Nabi tu sakit perut, tak tahulah kita?...Tapi nak ceritanya ialah segala perangai Nabi, dia nak tiru.

Ibn Umar menjelaskan di dalam hadith ini bahwa diantara kerjanya ialah menulis akan hadith-hadith Nabi saw dengan tujuan untuk dihafalnya. Maknanya, dia adalah seorang sahabah yang pandai menulis. Dan memang pun ramai diantara sahabat-sahabat yang pandai menulis dan membaca, tapi tidak semua. Diantara yang pandai menulis ialah sahabat seperti Zaid bin Sabit, yang menjadi juru tulis wahyu kepada Nabi saw. Begitu juga dengan Muawiyah bin Abu Sufyan, Saidina Ali karamallahu wajhah dan termasuk juga Ibn Umar. Mereka adalah orang yang pandai menulis dan pandai membaca. Tapi ramai juga sahabat-sahabat yang tak berapa pandai membaca dan menulis. Sebab itu di dalam peperangan Badar, ketika Nabi saw dapat menawan 70 orang Quraisy, maka Nabi menebus mereka dengan mengarah mereka tinggal di Madinah selama beberapa tahun untuk mengajar anak-anak orang Islam membaca dan menulis. Bila anak-anak orang Islam dah pandai, maka terpulanglah kepada mereka untuk memilih masuk Islam dan menetap di Madinah pun boleh, ataupun balik semula ke Mekah dalam kekafiran pun boleh; Nabi tak paksa.

Kata Ibn Umar ra, "Aku sering menulis apa yang aku dengar daripada Nabi saw. Tiba-tiba satu hari aku dimarahi oleh pemimpin-pemimpin Quraisy yang lain dengan alasan, kata mereka: Adakah perlu kamu menulis sedangkan Nabi saw adalah seorang lelaki yang bercakap waktu dia marah, dan bercakap waktu dia sedang suka dan redha."...Apakah maksud pemimpin-pemimpin Quraisy menegur Ibn Umar begitu?..Maksudnya ialah mereka bimbang sewaktu Nabi sedang marah, takut-takut baginda akan mengeluarkan percakapan yang tidak betul. Lalu bila dicatit oleh Ibn Umar, maka ia akan menjadi hadith. Ini hanyalah pandangan daripada pemimpin-pemimpin Quraisy itu tadi.

Kemudian kata Ibn Umar, "Aku pun berhenti menulis dan pergi berjumpa dengan Rasulullah saw untuk mengadu hal ini kepadanya."...Setelah Nabi mendengar pengaduan daripada Ibn Umar itu, maka Nabi saw pun berkata, "Tulislah! Demi jiwaku dalam kekuasaanNya. Tidak daripadaku melainkan yang benar."...Apakah yang Nabi saw nak ajar kita tentang hadith ini?...Inilah dia kebenaran Rasulullah saw. Maknanya, samada Nabi bercakap dalam keadaan marah sekalipun, ia tetap adalah haq kebenaran yang mesti dipatuhi oleh ummat. Inilah dia maksud keseluruhan hadith ini. Walaupun baginda sedang marah tentang sesuatu perkara, maka perkara itu adalah haq, yang akan menjadi hukum kepada ummat Islam sehinggalah ke hari qiamat.

Teguran yang dilakukan oleh sahabat-sahabat (pemimpin-pemimpin Quraisy) yang lain itu, bukanlah bermaksud nak komplen. Tapi inilah yang dikatakan mengambil sikap berhati-hati dan khuatir sebab Nabi saw pun manusia biasa juga. Mereka beranggapan begitu sebab mereka tahu Nabi pun ada perasaan marah dan Nabi pun ada perasaan suka duka. Lalu sahabat-sahabat lain mengambil kaedah berhati-hati bimbang berkemungkinan semasa marah, Nabi cakap lain. Tiba-tiba anggapan mereka itu disanggah oleh Rasulullah, kata Nabi saw, "Aku marah ka, aku suka ka, semua adalah haq yang mesti dipatuhi oleh ummatku."...Sebab itu, baginda tunjuk mulut dia kepada Ibn Umar serta berkata, "Apa yang keluar daripada ku adalah haq yang benar."...Inilah dia Islam yang disampaikan oleh Rasulullah saw.

Sebab itu, Allah swt menempelak golongan-golongan yang memilih selain daripada Islam sebagai cara hidup mereka sepertimana dalam firmanNya yang bermaksud, "Dan barang siapa yang mencari selain daripada Islam sebagai cara hidupnya, nescaya akan ditolak daripadaNya."...Dia berekonomi bukan cara Islam, maka ditolak oleh Allah walaupun dia mengemukakan hujjah bahwa inilah teori yang terbaik yang boleh menyelamatkan masyarakat kononnya. Kemudian dia berpolitik pula dengan terkeluar daripada landasan Islam walaupun dia berhujjah bahwa inilah politik yang baik, yang boleh mengamankan masyarakat, yang boleh menyatu-padukan kaum Melayu, Cina dan India, dia keluarkan macam-macam teori; tetapi bila lari saja daripada Islam, maka tidak guna untuk diimplementkan sebab akan ditolak oleh Allah swt. Dan puak-puak ini akan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang rugi di akhirat kelak. (Minta dilindungi Allah swt).

Sebab itu, perkara ini mesti difahami, yakni apa saja yang Nabi saw sampaikan itu adalah "Islam". Sepertimana yang disebut oleh Dr Yusof al-Qardhawi di dalam kitabnya "Penentangan Sekularisma dan Islam, Sekular Pasti Tersungkur", yang mana disebutnya ada 4 ciri Islam.

1) Suci bersih tanpa sebarang kesilapan.

Kata al-Qardhawi bahwa itulah Islam yang dibawa oleh Muhammad saw. Yang mana baginda dilahirkan oleh Allah swt di tengah-tengah kekerasan dan keterikan padang pasir, di tengah-tengah timbunan batu-batu yang cukup panas dan di tengah-tengah masyarakat Arab Quraisy yang hati mereka seumpama serigala lapar yang membaham mangsa mereka. Itulah dia Allah swt melahirkan Muhammad bin Abdullah untuk membawa ajaran yang disebut oleh al-Qardhawi bahwa yang pertama itu ialah Islam itu suci bersih tanpa sebarang kesilapan. Inilah yang Allah isytiharkan dalam ayat 115 dari Suratul An`aam yang bermaksud, "Dan telah tamatlah kalimat Tuhanmu dengan kebenaran dan keadilan. Tiadalah yang mengubah kalimatNya;"...Dengan turunnya ayat ini, bermakna Islam ini sudah lengkap. Tak perlu lagi untuk kita mengubah-ubah akan ayat-ayatNya. Kalau dalam Islam itu sendiri ada siasahnya yakni cara pemerintahan (politik Islam), maka mana mungkin perkataan Islam boleh dibuang daripada sistem berpolitik. Teramat-amatlah bahayanya jika Islam dipisahkan dari politik. Apa sebab kita kata macam tu?...Ini adalah kerana kita bimbang bila Islam diasingkan daripada sistem politik, ini akan membuatkan masyarakat dah tak nampak lagi Islam dalam politik. Yang akhirnya, masyarakat akan beriktikad bahwa dalam Islam takdak politik dan takdak sistem pemerintahan...Nauzubillahiminzalik. Keadaan seperti inilah yang pernah disebut oleh as-Sheikh Mustafa Sobri (bekas qadi kerajaan Ottomaniah Turki), yang mana beliau pernah berkata bahwa diantara jalan paling cepat untuk membuat rakyat menjadi murtad ialah bila masyarakat beriktikad bahwa Islam dan pemerintahan adalah 2 perkara yang berasingan. Tak payah susah-susah pi sembah patung berhala, dengan hanya beriktikad bahwa dalam Islam tidak ada soal pemerintahan, sudah cukup untuk di cancel syahadah kita (minta dilindungi Allah swt). Bila masyarakat sudah familiar dengan keadaan sedemikian (sekular); maka apa perlu Nabi saw berhijrah dari Mekah ke Madinah?...Apa perlu Surah-surah Madaniyyah diturunkan?...Apa perlu ayat-ayat 33, 34, 38 dan 45 dalam Surah al-Ma`idah?...Apa perlu ayat-ayat 2 dan 4 dalam Surah an-Nur?...Apa perlu Suratul An`aam yang diturunkan di Madinah setelah wujudnya politik Islam?...Semua ayat-ayat ni kita kena faham betul-betul sebab apa Allah swt turunkan. Bukan hanya sekadar baca saja sampai apa pun tak tau. Sebab itulah, kita beri peringatan dan amaran kepada puak-puak sekular ni, "Hangpa dah la sesat, jangan cuba nak menyesatkan orang lain sama."

2) Lurus tanpa sebarang penyelewengan.

Dalam suatu hadith yang boleh kita jumpa dalam kitab Mastika Hadith jilid 1, yang mana sesudah Nabi saw menguburkan jenazah seorang sahabat Ansar di perkuburan Baqi` di al-Madinatul Munawwarah, lalu baginda mengambil ranting kayu dan membuat satu garisan lurus di atas tanah sambil berkata, "Ini jalan Allah."...Kemudian Nabi saw buat beberapa garisan di kiri dan kanan daripada garisan lurus itu sambil Nabi kata lagi, "Janganlah kamu ikut jalan-jalan yang lain daripada Islam, nescaya berpecah-belah kamu daripada ugama Allah."...Apa yang Nabi saw nak ajar kepada kita dalam hadith tersebut, iaitulah inilah dia Islam yang dibawanya sudah cukup lurus. Tak payahlah kita ikut ajaran yang lain daripada Islam, samada ekonomi, politik, cara hidup dan sebagainya, yang mana boleh menyebabkan kita terus berpecah-belah dan akhirnya membawa kehancuran.

3) Sempurna tanpa sebarang penjuzukkan.

Islam itu sudah pun lengkap. Jangan pula kita menjuzuk-juzukkannya dengan membuang ayat-ayat al-Quran yang nampak boleh merugikan kita. Yang hanya kita ambil ialah ayat-ayat yang boleh untung saja, seperti zakat umpamanya. Lalu kita pun kempen besar-besaran tentang pembayaran zakat melalui media cetak, media elektronik, papan tanda dan bermacam-macam lagi. Bukanlah kita nak nafikan zakat yang Allah swt sebut dalam ayat 34 dari Surah at-Taubah itu. Tapi takkan ambik yang "masuk" saja. Pasai apa ayat yang terang-terang sebut mengenai kerat tangan tak dikempen pula?...Ayat yang haram riba, awat tak kempen dalam tv?...Hukum hudud, mengapa tak jadi tajuk dalam Forum Perdana?...Mengapa mesti dijuzuk-juzukkan Islam?...Inilah masalahnya. Sampai bila rakyat nak faham Islam kalau beginilah keadaan negara kita?...Sapa-sapa yang pi masjid tu, Insya`Allah, sikit-sikit bolehlah faham. Tapi macamana yang dok melepak kat kedai kopi tengok WWF tu?...Depa nak faham apa?!

Sebab itu, kata Dr Yusof al-Qardhawi bahwa Islam itu sempurna tanpa sebarang menjuzukkan. Yakni mesti diambil kesemuanya sepertimana firman Allah dalam Suratul Baqarah ayat 208 yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam ini seluruhnya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuhmu yang nyata."...Asbabul Nuzul ayat ini adalah berhubung dengan 7 orang yahudi yang telah memeluk Islam di Madinah, yang mana mereka diketuai oleh Abdullah bin Salam ra datang berjumpa dengan Rasulullah saw di Masjidil Nabawi. Kata mereka, "Ya Rasulullah, kami ini orang-orang yahudi Madinah yang telah memeluk Islam. Kami baca quran, kami sembahyang Jumaat, dan kami puasa bulan Ramadan; cumanya kalau boleh izinkan kami buat 2 perkara wahai Rasulullah. Yang pertama ialah izinkanlah kami orang-orang yahudi di Madinah yang telah memeluk Islam ini merayakan hari Sabtu bersama-sama dengan orang-orang yahudi yang lain sebab hari Sabtu itu adalah hari kebesaran bagi orang-orang Yahudi. Dan yang keduanya ialah kami nak baca kitab Taurah sebab Taurah ni juga daripada Allah swt, apa salahnya kami membacanya?"...Bila mendengar begitu, Nabi saw pun diam. Sebab baginda tidak akan menjawab kecuali wahyu daripada Allah swt. Lalu apabila Abdullah bin Salam bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya melihat Rasulullah mendiamkan diri, maka tahulah mereka bahwa Nabi sedang menanti jawapan daripada Allah swt. Kemudiannya tiba-tiba Nabi saw berpeluh. Bila Nabi berpeluh, maka sahabat-sahabat pun tahu yang wahyu sedang dibacakan kepada Nabi. Begitulah beratnya Nabi saw menerima wahyu. Sehinggakan kata `Urwah bin Mas`ud ra, "Sekiranya wahyu turun ketika Nabi sedang menaiki unta, nescaya unta Nabi itu jatuh dan tidak dapat berjalan lagi."...Begitulah beratnya wahyu itu sehinggakan unta jadi lembik. Manakala kata Saidatina Aishah rha pula, "Kalaulah wahyu turun pada musim dingin di Madinah, Nabi saw akan tetap berpeluh."...Tuu dia tuan-tuan yang kata Nabi terima wahyu tu.

Lalu bila sahabat melihat Nabi saw berpeluh, mereka pun diam. Kemudian Nabi saw mengangkat kepalanya terus memberi jawapan dengan ayat tadi. Allah swt menurunkan ayat itu untuk menegur Abdullah bin Salam dan 6 orang Yahudi yang telah memeluk Islam itu bahwa, "Jangan mengada-ngada. Kamu dah jadi orang Islam, kamu dah mengucap 2 kalimah syahadah; jangan terhegeh-hegeh nak merayakan hari Sabtu pula. Jangan terhegeh-hegeh nak baca kitab Taurah lagi. Kamu mestilah masuk Islam keseluruhannya."...Bila kata ayat ini turun untuk menegur 7 orang yahudi itu, bukan bermakna kita pada zaman sekarang ni tak kena; malah hukumnya berjalan sehingga ke hari ini kepada semua orang Islam yang ada perasaan seperti 7 orang yahudi tu...Bukan bermakna kita boleh pi rasmi sambut tahun baru Hijrah dengan berdoa kepada Allah swt, kemudian boleh juga pi rasmi sambut Tahun Baru Alaf Baru dengan anak-anak muda yang pegang botol-botol arak. Bila ditanya oleh ahli-ahli Pas di dalam Parlimen, "Mengapa sanggup buat macam ni?"...Tuan-tuan tau ka apa jawab puak-puak gurkha ni kepada ahli-ahli Parlimen kita?...Jawab depa, "Nothing wrong with that."...Inilah jawapan "stupid bin idiot" dari golongan-golongan yang apa yellow pun tak tau. Bila kawan-kawan kita tanya lagi, "Pasai apa sampai ke tahap begitu, sehingga sambut tahun baru dengan dibanjiri oleh arak?"...Depa jawab, "Tarak apa-apa aih. Dont worry, small matter saja."...Astaghfirullah hal `azim, inilah dia apabila Islam diketepikan dan dijuzuk-juzukkan. Baca doa masa sambut Hijrah pun boleh, kemudian menari melalak minum arak sambut happy new year pun boleh.

Sebab itu, Allah swt pesan kepada kita bahwa apabila jadi orang Islam, maka kita kena ambil Islam kesemuanya. Inilah yang ditegur oleh Allah kepada Abdullah bin Salam melalui lidah Rasulullah saw, maka fahamlah 7 orang yahudi Islam ini. Maknanya mereka tidak boleh lagi membaca kitab taurah dan merayakan hari Sabtu. Bahkan mereka mesti terus berjuang di dalam ugama Allah dengan mengambil Islam keseluruhannya.

4) Tulus tanpa sebarang kesyirikkan.

Cuba tuan-tuan tengok apa Allah tanya kat kita dalam ayat 40 Surah Faatir, "Adakah kamu mempunyai sekutu-sekutu yakni tuhan-tuhan yang lain daripada Allah?..Dimana tuhan-tuhan ini tolong pula mensyariatkan untuk kamu benda yang tidak diizinkan oleh Allah swt?"...Apa kita nak jawab depan Dia nanti tuan-tuan kalau di dunia ni kita syirik kat Dia?...Nauzubillah.

Inilah 4 ciri yang Dr Yusof al-Qardhawi maksudkan sebagai ugama Islam itu. Iaitulah yang amat bersih, yang amat suci, yang tulus, yang sempurna dan yang tidak ada penjuzukkan di dalamnya. Namun begitu, apabila ada manusia yang tidak percaya dengan apa yang dinyatakan oleh Nabi saw bahwa, "Tiada yang keluarkan dari mulutku melainkan yang haq", maka mulalah manusia seperti ini mencari formula-formula lain dari ugama Islam. Maka teraba-rabalah mereka, lalu datanglah ajaran yang dinamakan sebagai "sekularisma". Kemudian dibawa fahaman ini oleh penjajah ke tanah Melayu atas nama rempah ratus dan kain batik. Pada tahun 1509, Lopez de Sequira pun masuk survey tanah Melayu dan didapatinya bahwa orang-orang Melayu sangat suka akan benda free. Akhirnya pada tahun 1511, dengan plan yang dirangkakan setelah dibuat surveying nya itu, mereka pun masuk atas nama rempah ratus dan kain batik, maka habis hancur Melaka yang ketika itu melaksanakan undang-undang Islam. Kemudian untuk mengukuhkan lagi fahaman sekular ini di tanah Melayu, maka pada tahun 1826 ditubuhkan negeri-negeri Selat yang berpusat di Pulau Pinang. Dari sinilah mereka menularkan fahaman ini keseluruh tanah Melayu sehingga sampai ke tarikh 20 Januari 1874 di atas sebuah meja bulat di sebuah pulau yang namanya Pulau Pangkor, maka bermulalah penjajahan British dan campurtangan sekular yang pertama sekali di tanah Melayu. Sehingga habis hancur keseluruhan tanah Melayu ini dengan fahaman sekular, dan negeri yang terakhir menerima campurtangan Inggeris ialah Terengganu Darul Iman pada tahun 1928. Itulah dia negeri dan pengkalan terakhir negeri Islam yang wujud pada waktu itu dengan buktinya pada "Batu Bersurat" di Terengganu yang dijumpai di Sg. Tersat di hulu Kuala Terengganu pada 20 Februari 1202, yang mana di atasnya dituliskan undang-undang qisas dan hudud iaitulah merejam dan menyebat orang yang sudah berzina.

Jadi, apabila manusia tidak lagi mahu kepada Islam, maka sekularisma dapat menular dengan begitu cepat sehinggalah ke hari ini, lalu mengakibatkan kehancuran ummah yang amat dahsyat. Berbagai-bagai definasi telah kita dengar dari para ulama` berhubung dengan "sekularisma" ini. Kalau kita rujuk kamus Oxford pun, kita akan dapati bahwa penafsiran perkataan "sekular" itu ialah bermaksud ugama bukanlah menjadi asas kepada akhlak dan pendidikan...Itu dia yang dikatakan sekular tu. Jadi sekarang faham tak tuan-tuan apa itu sekular?...Kalau tak faham juga, takdak perkataan lain dah yang nak bagi kat hangpa selain daripada "al-Ghaplahtul Kubra" betoi la hangpa ni.

Tuan-tuan pun dah tau kan bahwa dalam satu "Momerandum of understanding" (MOU) iaitu dalam perjanjian persefahaman yang ditandatangani pada tahun lalu, maka wujudlah E-Village (Entertainment Village) ataupun perkampungan hiburan di Sepang. Dengan keluasannya menjangkaui 300 ekar tanah, maka di situlah nanti akan dilonggokkan industri-industri filem. Lalu dinamakan perkampungan ini sebagai "Perkampungan Pintar"....PiiiiRahhhh!!! Pintar apa?...Kalau pi longgok segala bollywood, segala hollywood, segala Melayuwood; boleh lingkup habih aqidah pemuda pemudi kita. Tara dok ada dalam tv la ni pun kira dah tolonji tinggai sembahyang habih dah, inikan pula nak dibuat E-Village..."Ya Allah, ampunilah diriku yang hina ini, jauhkanlah bala` dan azabmu ya Allah."

Inilah akibatnya apabila sistem sekular telah menjadi sebati dalam darah daging orang-orang Melayu sekarang. Sekular telah berjaya menjuzuk-juzukkan Islam. Sistem pendidikan dalam negara kita sekarang ini sudah tidak ada kena mengena lagi dengan Islam. Sehingga lukisan pun boleh menjadi matapelajaran pilihan bersama-sama dengan Pengetahuan ugama Islam. Yang ni masa saya mengaji tahun 80an dulu la. Sekarang tak tau lah macamana pula. Masa SRP dulu, ramai yang ambil lukisan kalau nak compare dengan matapelajaran ugama. Sebab lukisan ni senang, hangpa conteng pi lah apa pun atas kertas tu, sure dapat markah punya. Hang conteng gambaq beruk pun dapat markah juga. Jangan hantar kertas kosong, sudah. Pi ambik kertas, kemudian conteng-conteng sikit, lukis awan sikit, kemudian lukis muka si toghut sikit, lepas tu hantar. Bila examiner tanya, "What is this?"...Kita boleh bagitau, "This is an abstract."...Jadi, bukan teruk mana lukisan ni. Kalau kita pilih ugama, kenalah hafal hadith, kenalah hafal Quran. Sebenarnya bukan banyak mana pun yang kena hafal seperti beberapa ayat sahaja dalam Surah al-Fiil ataupun habih kuat Surah al-Humazah. Tapi itu pun ramai yang tak mau hafal. Tuan-tuan boleh imagine dak macamana ugama boleh jadi matapelajaran pilihan bersama dengan lukisan?...Sebab itu, kita tak hairan dah sekarang ni budak-budak sekolah sudah tidak berakhlak lagi. Sehinggakan ada yang sanggup bakar sekolah, pukul cikgu, gangsterism dan bermacam-macam lagi. Sepatutnya pihak Kementerian Pendidikan perlu bermuhasabah tentang perkara sebegini, sebab apa budak itu sanggup bakar sekolah yang dibina daripada duit cukai emak bapa dia sendiri?...Di sini kita kena faham bahwa duit yang digunakan untuk membina sekolah adalah duit rakyat, bukannya duit kerajaan. Bila Kementerian Pendidikan buat permohonan nak buat sekolah, kabinet atau kerajaan hanya meluluskan perlaksanaannya, tapi segala kos pembinaan adalah daripada duit rakyat yang dikutip dari hasil cukai. Yang kata duit cukai ni; bukan kata yang bekerja saja kena cukai, malah yang tak bekerja atau yang berniaga pun kena bayar cukai juga. Bukan kena tunggu isi borang B/BE/D/C atau macam-macam borang, baru kena bayar cukai. Bukan lagu tu. Dengan kita isi minyak petrol kat motor singgit sahaja, maka 45 sen sudah dikenakan cukai. Belilah apa saja di kedai, semuanya telah dikenakan cukai. Lebih-lebih lagi yang mentahkedarah rokok tu, lagilah banyak kena bayar cukai. Kalau tak mau bayar cukai, kenalah pi ke Langkawi sebab dia pulau bebas cukai. Segala duit-duit cukai daripada bapa dia, daripada emak dia, daripada kakak dia, daripada abang dia, semuanya ini untuk dibuat sekolah bagi dia belajar; tapi tiba-tiba dia boleh pi bakar sekolah tu. Tuan-tuan boleh imagine dak akhlak budak lagu ni macamana?...Perkara sebegini hendaklah pihak Kementerian Pendidikan memikirkannya secara serious. Nabi saw kata apabila mai masalah macam ni?...Kita sebagai orang Islam, bila ada saja masalah, kita kena balik kepada al-Quran dan hadith Nabi saw. Jadi, kita kena refer balik kepada kaedah atau pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah saw untuk mendidik anak-anak muda. Nabi kata bahwa ada 3 pendekatan yang sepatutnya tidak diketepikan khususnya oleh Kementerian Pendidikan bagi menangani masalah para pelajar.

 

 

a) Yang pertamanya ialah ajar mereka mencintai Nabi mereka.

 

Dikenalkan Muhammad saw kepada mereka. Siapakah Nabi Muhammad saw?...Bagaimanakah perjuangannya?...Cuba tuan-tuan ambik buku Pengetahuan agama Islam anak-anak tuan-tuan dan tengok apa yang ada di dalamnya mengenai Nabi Muhammad saw. Paling tidak yang ada hanyalah Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah, Nabi Muhammad gembala kambing, Nabi Muhammad berkahwin dengan Khadijah pada umurnya 25 tahun dan akhirnya baginda wafat dalam umurnya 63 tahun. Habis, setakat itulah sahaja cerita tentang Rasulullah saw. Agak-agak tuan-tuan, boleh tak anak-anak kita jatuh cinta kat Nabi depa kalau lagu tu punya subject?...Sedangkan Nabi saw pesan bahwa kita kena ajar anak-anak kita, anak-anak buah kita, dan anak-anak murid kita supaya cintakan Nabi saw dulu. Jadi, kalau nak bagi mereka jatuh cinta kat Nabi, maka kenalah imbau akan sejarah perjuangannya. Betapa susah payah pahit getir yang dihadapinya ketika menjalankan misi dakwah dan peperangan demi peperangan. Baginda pernah patah gigi geraham serta pecah pipi kerana tertusuk baju besinya akibat panahan pihak musuh dalam peperangan Uhud. Baginda juga pernah jatuh dalam lubang yang digali daripada cetusan idea Abu Amir ar-Rahib laknatullah dalam Perang Uhud sehinggakan cedera kedua-dua lututnya. Cerita macam inilah yang perlu diberitahu dan ditulis dalam buku-buku sekolah. Bukannya hanya dicerita yang Nabi saw itu sebagai gembala kambing sahaja. Itu semua benda kecil. Kita kenalah tahu akan priority dimana awla nya yang nak ditekankan dalam pendidikan Islam anak-anak kita. Barulah mereka ada semangat kecintaan pada Nabi, "Ooooo, begini teruknya Nabi membawa Islam kepada aku rupanya?..Sedangkan aku ambil mudah dan sambil lewa saja terhadap Islam."...Bila dah datang kesedaran, barulah datangnya perasaan ingin berjuang mempertahankan Islam. Inilah sebabnya kita nak bagitau kat Kementerian Pendidikan bahwa depa kena bermuhasabah dengan membanyakkan program keagamaan di sekolah dalam bentuk menyayangi Rasulullah saw umpamanya. Berapa banyak sekolah-sekolah di M`sia yang mengadakan program menyambut Maulidur Rasul tiap-tiap tahun?...Ada sekolah yang langsung tak pernah buat pun ada. Ini mengambarkan kepada kita yang budak-budak sekarang seolah-olah tak kenal pun siapa itu Nabi Muhammad saw. Sepatutnya, mereka ini dididik supaya mencintai Rasulullah saw, seperti tubuh team Marhaban umpamanya untuk menunjukkan kecintaan mereka kepada Nabi saw.

 

 

b) Yang keduanya ialah mengajar anak-anak murid mencintai ahlil-bait (ahli keluarga Rasulullah saw termasuklah para sahabatnya.)

 

Inilah sistem pendidikan Islam. Setelah diajar kenal Rasulullah dan cintakan perjuangan Nabi saw, maka seterusnya Nabi kata, "Yang keduanya aku minta kamu didik mereka supaya sayang dan kasih kepada ahli keluarga aku, dan termasuk juga sahabat."...Kenalkanlah kepada mereka siapa itu Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib?...Kenalkan kepada mereka siapa itu Saidina Ali karamallahu wajhah?...Kalau perempuannya, kenalkan kepada mereka siapa itu Fatimah, Zainab dan ramai lagi?...Ini tidak, mereka lebih kenal siapa itu David Beckam, mereka lebih memuja Michael Jackson, mereka lebih gilakan Shah Rukh Khan dan bermacam-macam lagi. Oleh sebab inilah, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor pernah menyebut bahwa kita perlu berkorban mendidik anak-anak kita supaya mereka lebih mengenali Rasulullah saw dan para sahabah ra daripada cenderung mengenali akan para artis atau footballer superstar. Kalau anak-anak kita tak boleh nak mengenali para sahabat ra, macamana mereka nak meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran?...Sebab Nabi saw pernah bersabda, "Sahabat-sahabat aku adalah seperti bintang di langit. Siapa yang ikut salah seorang daripada sahabatku, maka dia akan dapat petunjuk."...Macamana anak-anak kita nak ikut; kalau Ibn Umar pun mereka tak kenal, Ibn Abbas pun mereka tak kenal, Abu Hurairah pun mereka tak kenal. Bukankah ada pepatah Melayu yang mengatakan bahwa "Tak kenal, maka tak cinta." 

 

 

c) Yang ketiganya ialah ajar mereka baca Quran.

 

Berapa banyak penekanan dalam bab membaca al-Quran di sekolah?...Ini pun pihak Kementerian perlu muhasabah. Adakah cukup sekadar KAFA?...

Dengan 3 pendekatan sebeginilah, Rasulullah saw berjaya membentuk generasi para sahabah menjadi generasi al-Quran, yang tidak takut mati dan tidak takut pada sesiapa pun kecuali kepada Allah swt. Selagi kita tidak mengambil dari apa yang Nabi sampaikan dari mulutnya iaitu kebenaran Islam, maka selagi itulah keadaan kita menjadi celaru biru. Apakah kita nak jadi seperti di Amerika?...Yang mana bukan lagi selang sehari, bukan lagi selang sejam, tapi di Amerika jenayah berlaku selang seminit. Tembak di petrol pump, tembak di kedai kopi, tembak di sekolah; ini menunjukkan bahwa masyarakat barat sedang menghadapi krisis keruntuhan akhlak. Inilah dia golongan yang takdak agama. Kehidupan mereka semata-mata hanya untuk kebebasan. Apakah kita di M`sia tidak boleh ambik pengajaran bahwa inilah akibat daripada tidak ada didikan agama?...Orang-orang barat sudah tidak minat lagi dengan ugama kristian mereka. Gereja-gereja mereka ditinggalkan kosong, yang akhirnya orang Islam seperti Yusof Islam (Cat Steven) beli, kemudian dibuat masjid. Keadaan seperti ini sedang berlaku di England, ini berlaku di Sweden, ini berlaku di Perancis, malah ini berlaku di mana-mana negara barat. Ini bermakna bahwa gagalnya sistem yang lain kecuali sistem Islam yang dihantar oleh Allah swt kepada Nabi saw.

Jadi persoalannya sekarang, mengapa kita yang dah jadi orang Islam pun, nak rasa hancur macam barat?...Jadi lagumana satu macam punya phobia pulak bila dengar perkataan "Islam", sampai nak dibuangnya perkataan "Islam". Janganlah berfikir macam cowboy barat. Berfikirlah macam Rasulullah saw yakni berfikirlah seperti orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah, dengan melihat Islam itu sebagai satu risalah yang boleh menyelamatkan ummah.

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada hadith ini ialah bahawa walaupun Nabi saw bercakap dalam keadaan marah sekali pun, itu adalah kebenaran yang mesti diikuti. Dan inilah yang banyak boleh dibaca dalam Sirah, yakni ketika Nabi marahlah kadang-kadang hadith disampaikan. Seperti hadith yang berbunyi, "Demi Allah! Sekiranya anakku Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku sendiri akan potong tangannya."...Hadith ini dikeluarkan ketika Nabi saw sedang marah, apabila Usamah bin Zaid cuba memujuk Rasulullah supaya jangan menghudud kerat tangan seorang perempuan yang bernama Fatimah daripada Bani Mahzum yang didapati bersalah kerana mencuri. Dan sabit kesalahannya, maka dia dihukum kerat tangan, tetapi Usamah cuba pujuk Rasulullah saw supaya jangan dihukum perempuan itu sebab dia adalah dari kalangan koporat. Lalu bangun Nabi dan marah dia kepada Usamah dengan hadith ini. Inilah ceritanya, iaitu Nabi dalam keadaan marah ka atau pun suka; semua itu adalah haq yang mesti kita patuhi. Semoga ia menjadikan pengajaran dalam kehidupan kita. Insya`Allah.

 

Allahu ta`ala `alam